SlideShare a Scribd company logo
SULIT 
BUKU PANDUAN 
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL 
KEBANGSAAN (SEGAK) 
SEKOLAH RENDAH 
(NATIONAL PHYSICAL FITNESS STANDARD FOR MALAYSIAN SCHOOL CHILDRENS)
OGOS 2006 
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Pengenalan 
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah 
dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan 
Kesihatan Sekolah Menengah 
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum 
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. 
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan 
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut 
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. 
“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian 
ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 
2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan 
berpusat. 
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian 
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat 
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab 
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap 
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. 
Definisi Kecergasan Fizikal 
“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi 
dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit 
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai 
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan 
keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya 
kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” 
Falls, 1980 
Matlamat 
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk 
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 
2 
SULIT
Objektif 
Murid dapat : 
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui 
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. 
Prosedur 
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam 
buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, 
kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur 
murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. 
Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. 
Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih 
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau 
keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. 
Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; 
1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 
2. Tekan Tubi ( 1 minit ) 
3. RIngkuk (1 minit ) 
4. Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan) 
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. 
Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini 
perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. 
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada 
bulan yang sama. 
Persediaan 
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan 
aerobik. 
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani 
ujian. 
Keselamatan 
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : 
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan 
fizikal; 
(b) mengidap penyakit kronik; dan 
(c) tidak sihat pada waktu ujian. 
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 
3
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. 
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. 
Prinsip Latihan 
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi 
prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: 
1. Prinsip tambah bebanan 
Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur 
berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini 
melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. 
2. Prinsip perbezaan individu 
Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus 
menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. 
3. Prinsip kekhususan 
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan 
kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. 
4. Prinsip kebolehbalikan 
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak 
dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. 
5. Prinsip kepelbagaian latihan 
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam 
sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan. 
Pelaporan 
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. 
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. 
3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah. 
4
Nama Ujian: 
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) 
Tujuan: 
Menilai komposisi badan 
Tahap: 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina: 
Lelaki dan Perempuan 
Alatan dan kemudahan: 
1. Pengukur tinggi 
2. Penimbang berat 
3. Borang skor 
Pengurusan dan organisasi: 
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula. 
Prosedur: 
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan 
mengukur ketinggian dalam meter. 
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: 
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) 
Tinggi (m) x Tinggi (m) 
3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan. 
Lelaki 
Umur 
(Tahun) Kurang berat Normal 
Berisiko Berat 
Berlebihan Berat berlebihan 
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0 
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2 
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2 
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2 
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2 
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0 
5
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8 
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6 
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2 
Perempuan 
Umur 
(Tahun) Kurang berat Normal 
Berisiko Berat 
Berlebihan Berat berlebihan 
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8 
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9 
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0 
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2 
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2 
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2 
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0 
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8 
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6 
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000) 
6
Nama Ujian: 
Ujian Tekan Tubi 
Tujuan: 
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu 
Tahap: 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina: 
Lelaki 
Alatan dan kemudahan: 
1. Kawasan lapang dan rata. 
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 
3. Rakaman/ Metronome 
Pengurusan dan organisasi: 
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. 
Prosedur: 
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh 
tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 
40 detik seminit. 
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; 
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. 
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua 
ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah 
ditegur oleh guru. 
7
Bersedia Detik Pertama Detik Kedua 
2 detik 1 kiraan 
Nama Ujian: 
Ujian Tekan Tubi 
Tujuan: 
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu 
Tahap: 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina: 
Perempuan 
Alatan dan kemudahan: 
1. Kawasan lapang dan rata. 
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 
3. Rakaman/Metronome 
Pengurusan dan organisasi: 
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit 
Prosedur: 
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh 
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 
40 detik seminit. 
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; 
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. 
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua 
ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru. 
8
bersedia Detik Pertama Detik Kedua 
2 detik 1 kiraan 
Nama Ujian: 
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit 
Tujuan : 
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen 
Tahap : 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina : 
Lelaki dan perempuan 
Alatan dan kemudahan : 
1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 
2. Pita ukur 
3. Rakaman / CD/ Metronome 
4. Jam randik 
Pengurusan dan organisasi: 
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak 
antara pita adalah 10 cm. 
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. 
Prosedur : 
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa 
menyentuh lantai. 
3. Buka kaki seluas bahu. 
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian 
luar pelekat pertama. 
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome 
dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu 
diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat 
kedua. 
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada 
kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang 
seterusnya. 
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari 
dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A. 
9. Murid B mengira ulangan perlakuan. 
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- 
10.1 Berasa tidak selesa. 
9
10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome. 
10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna 
untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh 
guru. 
10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 
10.5 Tumit diangkat. 
Panduan guru 
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna: 
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 
2. Tumit diangkat. 
3. Badan/ bahu senget. 
4. Punggung terangkat. 
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). 
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul 
1. Rapatkan belakang ke lantai. 
2. Bahu sentuh lantai. 
3. Rapatkan tumit ke lantai. 
4. Seimbangkan bahu/badan. 
5. Buka kaki. 
6. Bengkokkan lutut. 
Sedia Detik Pertama Detik Kedua 
2 detik 1 kiraan 
10
Nama Ujian: 
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test) 
Tujuan: 
Mengukur fleksibiliti 
Tahap: 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina: 
Lelaki dan perempuan 
Alatan dan kemudahan: 
1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah) 
2. Borang skor. 
Pengurusan dan organisasi: 
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. 
Prosedur: 
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 
23 sentimeter. 
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke 
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita 
pengukur. 
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap. 
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira 
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. 
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan. 
11
Sedia Jangkau Rehat 
Nama Ujian: 
Naik Turun Bangku 3 minit 
Tujuan: 
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular 
Tahap: 
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 
Jantina: 
Lelaki dan Perempuan 
Alatan dan kemudahan: 
1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 
2. Jam Randik 
3. Borang Skor 
4. Rakaman atau Metronome 
Pengurusan dan organisasi: 
1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak 
bergerak semasa ujian dijalankan.) 
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. 
Prosedur: 
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku. 
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun 
diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ). 
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan 
kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. 
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 
12 
PERMULAAN NAIK TURUN 
BANGKU
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) 
LELAKI 10 - 17 TAHUN 
TEKAN TUBI 
ULANGAN SKOR 
54321 
RENGKUK 1 MINIT 
ULANGAN SKOR 
54321 
JANGKAUAN MELUNJUR 
JARAK SKOR 
54321 
NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT 
MASA SKOR 
54321 
13
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) 
PEREMPUAN 10 - 17 TAHUN 
TEKAN TUBI 
ULANGAN SKOR 
54321 
RENGKUK 1 MINIT 
ULANGAN SKOR 
25 kali 5 
23 – 24 kali 4 
21 – 22 kali 3 
16 – 20 kali 2 
Kurang drp 15 kali 1 
JANGKAUAN MELUNJUR 
JARAK SKOR 
54321 
NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT 
MASA SKOR 
Kurang daripada 100 denyutan 5 
115 – 101 denyutan 4 
116 – 120 denyutan 3 
121 – 157 denyutan 2 
158 – 169 denyutan 1 
14
KEPUTUSAN KESELURUHAN 
SETELAH MELAKUKAN 5 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH 
KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN 
PEMARKAHAN 
BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN 
1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 
2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 
3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK 
4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 
5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI 
15
ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL 
UJIAN TEKAN TUBI 
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 
5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal 
anda dengan meneruskan latihan 
berkala supaya tidak berlaku 
kebolehbalikan. 
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 
20 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, ping pong atau 
hoki. 
4 Kekalkan kecergasan fizikal anda 
dengan meneruskan latihan berkala 
dan melakukan prinsip tambah 
bebanan. 
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 
30 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, badminton atau 
hoki. 
3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda 
dengan menggunakan prinsip tambah 
bebanan. 
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 
20 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, badminton atau 
bola keranjang. 
2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan 
fizikal. Dapatkan nasihat guru 
Pendidikan Jasmani anda. 
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 
30 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, bola jaring atau 
bola baling. 
1 Perlu berusaha dengan menjalani 
latihan yang khusus untuk membina 
kekuatan dan dayatahan otot dengan 
bimbingan guru Pendidikan Jasmani. 
Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti 
tekan tubi selama 5 minit setiap pagi 
dan petang. Kekerapan latihan 
memainkan peranan penting dalam 
latihan. Selain itu anda perlu 
melakukan riadah setiap hari. Berjalan 
laju dan bersukan setiap petang. 
UJIAN RENGKUK 
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 
5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal 
anda dengan meneruskan latihan 
berkala supaya tidak berlaku 
kebolehbalikan. 
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 
20 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, ping pong atau 
hoki. 
4 Kekalkan kecergasan fizikal anda 
dengan meneruskan latihan berkala 
dan melakukan prinsip tambah 
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 
30 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, badminton atau 
16
bebanan. hoki. 
3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda 
dengan menggunakan prinsip tambah 
bebanan. 
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 
20 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, badminton atau 
bola keranjang. 
2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan 
fizikal. Dapatkan nasihat guru 
Pendidikan Jasmani anda. 
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 
30 minit setiap kali seperti 
bermain bola tampar, bola jaring atau 
bola baling. 
1 Perlu berusaha dengan menjalani 
latihan yang khusus untuk membina 
kekuatan dan dayatahan otot dengan 
bimbingan guru Pendidikan Jasmani. 
Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti 
rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan 
petang. Kekerapan latihan memainkan 
peranan penting dalam latihan. Selain 
itu anda perlu melakukan riadah setiap 
hari. Berjalan laju dan bersukan setiap 
petang. 
PERNYATAAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR 
JUMLAH SKOR 
KESELURUHAN 
PERNYATAAN 
5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti 
mematuhi prinsip latihan. 
4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap 
cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan 
rengkuk. 
3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh 
dicapai dengan melakukan aktiviti seperti 
berenang dan senamrobik. 
2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap 
pencapaian yang dikehendaki dengan 
melakukan aktiviti duduk dan kilas lebih 
kerap. 
1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan 
kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang 
dan bangkit tubi. 
17
PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT 
JUMLAH SKOR 
PERNYATAAN 
KESELURUHAN 
5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti 
mematuhi prinsip latihan. 
4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap 
cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan 
joging. 
3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh 
dicapai dengan melakukan aktiviti seperti 
berenang, fartlek dan par course. 
2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap 
pencapaian yang dikehendaki dengan 
melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali 
seminggu. 
1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan 
daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti 
lompat tali, berbasikal dan joging 
18

More Related Content

What's hot

Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007
jefriamer
 
Panduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAKPanduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAK
Chon Seong Hoo
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 
Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Jas Rieno
 
Ujian segak pjpk
Ujian segak  pjpkUjian segak  pjpk
Ujian segak pjpkSen Sei
 
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Lianah77
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Signorina Nurshuadah Aripin
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Jimmy Siow
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
1habib
 
Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013adipurwoko85
 
Modul 8 cetak
Modul 8 cetakModul 8 cetak
Modul 8 cetak
pjj_kemenkes
 
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
takdir10
 
Modul 2 cetak
Modul 2 cetakModul 2 cetak
Modul 2 cetak
pjj_kemenkes
 
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-525563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
wild_nymph2000
 
Program ujian praktek
Program ujian praktekProgram ujian praktek
Program ujian praktek
Gencar Niagara
 
Modul 3 cetak
Modul 3 cetakModul 3 cetak
Modul 3 cetak
pjj_kemenkes
 
What's hot (18)

Segak
SegakSegak
Segak
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007
 
Panduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAKPanduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAK
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 
Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009
 
Ujian segak pjpk
Ujian segak  pjpkUjian segak  pjpk
Ujian segak pjpk
 
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013
 
Modul 8 cetak
Modul 8 cetakModul 8 cetak
Modul 8 cetak
 
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
 
(2) rpp 107
(2) rpp 107(2) rpp 107
(2) rpp 107
 
Modul 2 cetak
Modul 2 cetakModul 2 cetak
Modul 2 cetak
 
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-525563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
25563164 rancangan-tahunan-pjpk-tingkatan-5
 
Program ujian praktek
Program ujian praktekProgram ujian praktek
Program ujian praktek
 
Modul 3 cetak
Modul 3 cetakModul 3 cetak
Modul 3 cetak
 
Viewers also liked

Ms nadia zia & Ayesha Khan
Ms nadia zia & Ayesha KhanMs nadia zia & Ayesha Khan
Ms nadia zia & Ayesha Khan
nadiazia17
 
Ms. Nadia Zia & Ayesha Khan
Ms. Nadia Zia & Ayesha KhanMs. Nadia Zia & Ayesha Khan
Ms. Nadia Zia & Ayesha Khan
nadiazia17
 
2011 Perfect Pitch excerpt ppt
2011 Perfect Pitch excerpt ppt2011 Perfect Pitch excerpt ppt
2011 Perfect Pitch excerpt pptDebbie Lee
 
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University TownRoll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
The Conference for Entrepreneurial Librarians
 
N3 adgd0208
N3 adgd0208N3 adgd0208
N3 adgd0208
jmlp777
 
Puloma's 60th Birthday
Puloma's 60th BirthdayPuloma's 60th Birthday
Puloma's 60th Birthdaykunaljhaveri
 
Increase Efficiency with Enhanced Payroll Services
Increase Efficiency with Enhanced Payroll ServicesIncrease Efficiency with Enhanced Payroll Services
Increase Efficiency with Enhanced Payroll Services
InsideUp
 
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12gonen bar lev
 
Hoja de vida luis alfonso
Hoja de vida luis alfonsoHoja de vida luis alfonso
Hoja de vida luis alfonsoguacaalfonso
 
Stacking the Odds for Success
Stacking the Odds for SuccessStacking the Odds for Success
Stacking the Odds for Success
The Conference for Entrepreneurial Librarians
 
Viewers also liked (14)

Ms nadia zia & Ayesha Khan
Ms nadia zia & Ayesha KhanMs nadia zia & Ayesha Khan
Ms nadia zia & Ayesha Khan
 
Ms. Nadia Zia & Ayesha Khan
Ms. Nadia Zia & Ayesha KhanMs. Nadia Zia & Ayesha Khan
Ms. Nadia Zia & Ayesha Khan
 
2011 Perfect Pitch excerpt ppt
2011 Perfect Pitch excerpt ppt2011 Perfect Pitch excerpt ppt
2011 Perfect Pitch excerpt ppt
 
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University TownRoll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
Roll With It: Pedaling Toward a Sustainable Future for a Small University Town
 
N3 adgd0208
N3 adgd0208N3 adgd0208
N3 adgd0208
 
Candau
CandauCandau
Candau
 
Puloma's 60th Birthday
Puloma's 60th BirthdayPuloma's 60th Birthday
Puloma's 60th Birthday
 
Increase Efficiency with Enhanced Payroll Services
Increase Efficiency with Enhanced Payroll ServicesIncrease Efficiency with Enhanced Payroll Services
Increase Efficiency with Enhanced Payroll Services
 
Task nine
Task nineTask nine
Task nine
 
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12
אלבום תמונות סדנא לבניית דידג'רידו 30.11.12
 
Lingerie shopping
Lingerie shoppingLingerie shopping
Lingerie shopping
 
Hoja de vida luis alfonso
Hoja de vida luis alfonsoHoja de vida luis alfonso
Hoja de vida luis alfonso
 
Stacking the Odds for Success
Stacking the Odds for SuccessStacking the Odds for Success
Stacking the Odds for Success
 
Rules invest
Rules investRules invest
Rules invest
 
Similar to Buku panduan segak

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
Rosliza Yacob
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Sobri Ismail
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
norzarieynaazirawati
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Daniarhaqiyah Riyadi
 
Nota beteri ujian
Nota beteri ujianNota beteri ujian
Nota beteri ujian
zainal saim
 
taklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptxtaklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptx
ssusercb9a58
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
sahiran1
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
sahiran1
 
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptxBMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
NurulShuhadaMohdHaro
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
HADIANNAS
 
Kertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 mKertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 mMirul Kimi
 
2008 ujian segak
2008 ujian segak2008 ujian segak
2008 ujian segakJimmy Siow
 
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptxPenilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
najibrendra
 
MI 1 Kebjas 170303 .pptx
MI 1 Kebjas 170303 .pptxMI 1 Kebjas 170303 .pptx
MI 1 Kebjas 170303 .pptx
sekretariatAkreditas2
 
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitasPrinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
SalamatunNF
 
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum untuk mapel.pptx
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum  untuk mapel.pptx7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum  untuk mapel.pptx
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum untuk mapel.pptx
guntur70
 
Buku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMKBuku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMK
FAJAR AJI WIBOWO
 
Modul 6 cetak
Modul 6 cetakModul 6 cetak
Modul 6 cetak
pjj_kemenkes
 
Similar to Buku panduan segak (20)

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
 
Makalah tkji smp
Makalah tkji smpMakalah tkji smp
Makalah tkji smp
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
 
Nota beteri ujian
Nota beteri ujianNota beteri ujian
Nota beteri ujian
 
taklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptxtaklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptx
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
 
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptxBMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
BMI 5-9T UMUM_-PORTAL BPK.pptx
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 7 (aktivitas kebugaran jasmani).pdf
 
Kertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 mKertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 m
 
2008 ujian segak
2008 ujian segak2008 ujian segak
2008 ujian segak
 
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptxPenilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
 
MI 1 Kebjas 170303 .pptx
MI 1 Kebjas 170303 .pptxMI 1 Kebjas 170303 .pptx
MI 1 Kebjas 170303 .pptx
 
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitasPrinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
 
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum untuk mapel.pptx
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum  untuk mapel.pptx7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum  untuk mapel.pptx
7. Menetapkan Kriteria Ketuntasan Mininmum untuk mapel.pptx
 
Buku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMKBuku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMK
 
Modul 6 cetak
Modul 6 cetakModul 6 cetak
Modul 6 cetak
 
Recently uploaded

Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
Recently uploaded (20)

  • 1. SULIT BUKU PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH (NATIONAL PHYSICAL FITNESS STANDARD FOR MALAYSIAN SCHOOL CHILDRENS)
  • 2. OGOS 2006 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Definisi Kecergasan Fizikal “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980 Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 2 SULIT
  • 3. Objektif Murid dapat : 1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Prosedur Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; 1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 2. Tekan Tubi ( 1 minit ) 3. RIngkuk (1 minit ) 4. Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan) Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama. Persediaan 1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik. 2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian. Keselamatan 1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; (b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 3
  • 4. 3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. 6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. Prinsip Latihan Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: 1. Prinsip tambah bebanan Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. 2. Prinsip perbezaan individu Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. 3. Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. 4. Prinsip kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. 5. Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan. Pelaporan 1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. 2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. 3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah. 4
  • 5. Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Tujuan: Menilai komposisi badan Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula. Prosedur: 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. 2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) 3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan. Lelaki Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0 10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2 11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2 12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2 13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2 14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0 5
  • 6. 15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8 16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6 17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2 Perempuan Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8 10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9 11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0 12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2 13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2 14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2 15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0 16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8 17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6 (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000) 6
  • 7. Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/ Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit. 3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru. 7
  • 8. Bersedia Detik Pertama Detik Kedua 2 detik 1 kiraan Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit. 3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru. 8
  • 9. bersedia Detik Pertama Detik Kedua 2 detik 1 kiraan Nama Ujian: Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina : Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur 3. Rakaman / CD/ Metronome 4. Jam randik Pengurusan dan organisasi: 1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm. 2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A. 9. Murid B mengira ulangan perlakuan. 10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- 10.1 Berasa tidak selesa. 9
  • 10. 10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome. 10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru. 10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 10.5 Tumit diangkat. Panduan guru Lakuan rengkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul 1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai. 3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan. 5. Buka kaki. 6. Bengkokkan lutut. Sedia Detik Pertama Detik Kedua 2 detik 1 kiraan 10
  • 11. Nama Ujian: Jangkauan Melunjur (Seat and reach test) Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah) 2. Borang skor. Pengurusan dan organisasi: 1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap. 5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. 6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan. 11
  • 12. Sedia Jangkau Rehat Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit Tujuan: Menilai Daya Tahan Kardiovaskular Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik 3. Borang Skor 4. Rakaman atau Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Prosedur: 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ). 5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 12 PERMULAAN NAIK TURUN BANGKU
  • 13. NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) LELAKI 10 - 17 TAHUN TEKAN TUBI ULANGAN SKOR 54321 RENGKUK 1 MINIT ULANGAN SKOR 54321 JANGKAUAN MELUNJUR JARAK SKOR 54321 NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT MASA SKOR 54321 13
  • 14. NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) PEREMPUAN 10 - 17 TAHUN TEKAN TUBI ULANGAN SKOR 54321 RENGKUK 1 MINIT ULANGAN SKOR 25 kali 5 23 – 24 kali 4 21 – 22 kali 3 16 – 20 kali 2 Kurang drp 15 kali 1 JANGKAUAN MELUNJUR JARAK SKOR 54321 NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT MASA SKOR Kurang daripada 100 denyutan 5 115 – 101 denyutan 4 116 – 120 denyutan 3 121 – 157 denyutan 2 158 – 169 denyutan 1 14
  • 15. KEPUTUSAN KESELURUHAN SETELAH MELAKUKAN 5 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN 1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK 4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI 15
  • 16. ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UJIAN TEKAN TUBI SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang. UJIAN RENGKUK SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau 16
  • 17. bebanan. hoki. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang. PERNYATAAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR JUMLAH SKOR KESELURUHAN PERNYATAAN 5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan rengkuk. 3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik. 2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk dan kilas lebih kerap. 1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi. 17
  • 18. PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT JUMLAH SKOR PERNYATAAN KESELURUHAN 5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan joging. 3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang, fartlek dan par course. 2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali seminggu. 1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti lompat tali, berbasikal dan joging 18