SlideShare a Scribd company logo
1.0 PENGENALAN
Linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai
kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics-
Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa.Dalam bahasa
Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan
Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama
sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics,
physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik
ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang
diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.
Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal
berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa memiliki ciri
sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara
unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem
lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa,
iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk
sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau
sintaksis.
Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik
dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan
leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam
sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur
kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara
satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK
Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke
hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman
Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman
Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.
Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah
berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.Walau bagaimanapun
titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani.Hal ini ada
kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan
kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17.Kehebatan orang Yunani
dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada
zaman linguistik yang bermula di Eropah.
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang
pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu
tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.Kehebatan tamadun ini merangkumi
semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.Kegiatan dalam pengkajian
bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.Disebabkan seluruh kehidupan
mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak
dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.Falsafah bahasa bermula pada
zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa
merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan
kekuatan masyarakat ketika itu
Melalui sejarah perkembangan ini, tugasan ini meyorot kepada empat zaman
berikut :-
2.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang
pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu
tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini
merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.Kegiatan dalam
pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.Disebabkan seluruh
kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa
banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.Falsafah bahasa bermula
pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.Falsafah Bahasa
merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan
kekuatan masyarakat ketika itu.
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman
Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato.Plato (427 – 347) merupakan ahli
falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah
dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus
telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis
yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan
anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar
sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama
berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan
masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata
nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek
kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum
masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata
penghubung.Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah
bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula
mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain
yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk
retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia,
tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai
cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa.Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak
logik dan bukannya saintifik.
Seterusnya, perkembangan ilmu linguistic pada Zaman Iskandariah.Zaman ini
bermula pada abad ketiga tahun masihi.Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani,
Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun
Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu
pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada
adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan
bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada
turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Manakala sejarah perkembangan linguistik zaman Rom telah menyaksikan
Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani
runtuh.Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat
kajian dalam bahasa Latin.Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih
kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin.
Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.
Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka
menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
2.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Pada era zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance,
ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular.Para pengkaji
pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti
sesuatu bahasa.Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan
hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa.Bahasa pada era ini masih
kekal kepada fungsi kesusasateraan.Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan
logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.Golongan zaman
pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat
mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Melihat pula perkembangan linguistik zaman Arab.Pada zaman ini bahasa
berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.Hal ini disebabkan
Eropah mengalami zaman gelap.Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah
sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.Kajian
mereka tertumpu kepada sumber al-Qur‟an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik
semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk
dijadikan bahan rujukan.
Seterusnya, sejarah perkembangan linguistik zaman India.Pada era ini bahasa
Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu
linguistik.Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-
Veda.Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan
sintaksis.
Antara sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka
membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara
saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa
yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki
perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
2.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Pada zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu
sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu,
iaitu antropologi dan sosiologi.Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata.
Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa
yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman
atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua
bahasa di dunia.Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia
kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.Hukum
baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.Pengkajian ilmu
bahasa pada zaman moden sekitar abad ke-20 lebih cenderung kepada linguistik
deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan
kepada sinkronis dan diakronis.Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu
bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
2.4 Sejarah Bahasa Dan Linguistik Melayu
Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu
yang tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu
sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti
Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan
pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang
17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu,
tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri
laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah,
warna, hitungan, kata umum. Meskipun kamus yang berbentuk daftar kata itu tampak
sederhana, pastilah usaha menghimpunkan kosa kata utama alam Melayu pada abad
ke-15 hingga abad ke-16 itu menuntut upaya yang bukan mudah bagi orang asing dari
China itu.
Usaha orang Barat dalam kajian bahasa Melayu pula bermula pada abad ke-17.
Kesimpulan ini dapat diterima dengan memperhitungkan bahawa upaya
mengetengahkan ehwal bahasa Melayu telah dimulakan pada abad itu, bermula
dengan usaha F. de Houtman, orang Belanda yang tinggal di Aceh (Jun 1599-Ogos
1601) untuk mempelajari bahasa Melayu dan apabila kembali ke Belanda menerbitkan
buku berisi 12 pelajaran, dengan setiap pelajaran berisi dialog dalam bahasa Melayu
dalam ranah perdagangan, pemerintahan dan yang lain. Dalam buku itu dilampirkan
kamus Belanda-Melayu (Collins, 1998: 26-27).Kemudian terbit karya A.C. Ruyll
Speighel van de Maleysche Talepada tahun 1612 (Harimurti Kridalaksana, 1979).
Malahan jika usaha penyusun daftar kata bahasa Cina-Melayu yang berisi
hampir 500 lema pada awal abad ke-15 dan usaha Antonio Pigafetta pada tahun 1522
menerbitkan daftar kata bahasa Itali-Melayu dapat diperhitungkan sebagai usaha rintis
kajian bahasa Melayu, maka tradisi kajian bahasa dan linguistik Melayu telah berakar
lebih lama di rantau ini. Demikian juga, usaha penerjemahan `Aqaid al-Nasafi sebagai
kitab tertua dalam bahasa Melayu pada tahun 1590 (al-Attas, 1988) yang menandai
bermulanya tradisi penerjemahan di alam Melayu membuktikan adanya wawasan dan
keterampilan yang bersangkutan dengan aspek linguistik, meskipun penerjemahnya
(berkemungkinan besar Nuruddin al-Raniri) tidak terdedah kepada disiplin linguistik
sebagaimana yang difahami oleh sarjana moden dalam bidang itu.
Pada zaman awal pertumbuhan kajian bahasa dan linguistik Melayu itu, usaha
dilakukan oleh bangsa Barat yang datang ke Kepulauan Melayu dalam rangka
penjajahan politik dan ekonomi.Sebagai usaha awal, dan dalam keadaan tradisi kajian
secara ilmiah di bahagian mana dunia pun belum mantap ketika itu, kajian bahasa dan
linguistik pada zaman awal itu tidak harus diukur dengan berdasarkan konsep ilmiah
kini.Pada hemat saya, dapat ditimbangkan pandangan Harimurti Kridalaksana (2002)
bahawa penilaian terhadap kerja kebahasaan harus dilihat pada dua sudut, iaitu sudut
yang sempit dan sudut yang luas. Sudut yang sempit (atau sebenarnya khusus) ialah
yang mengkhususkan perhatian pada hasil penelitian dan karya teoretis sahaja,
sementara sudut yang luas (umum) turut meliputi karya seperti buku pelajaran, bahan
penyuluhan (pedoman), kamus, buku pengajaran tatabahasa dan yang lain.
Dengan demikian, Harimurti Kridalaksana mengiktiraf karya pujangga besar Melayu
Raja Ali Haji, iaitu Bustanul Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859)
sebagai karya linguistik awal yang dihasilkan oleh anak watan alam Melayu. Maka itu,
untuk mendapat gambaran yang luas tentang perkembangan bidang linguistik Melayu,
diperlukan kajian mendalam yang meliputi kajian ilmiah dalam bentuk tesis atau
disertasi dan juga kajian ilmiah semasa (yang bukan untuk tujuan pengijazahan) serta
apa-apa jua hasil tulisan dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan sebagainya. Walau
bagaimanapun makalah ini akan hanya membataskan pembicaraan pada sudut yang
sempit, dengan catatan bahawa pembahasan sudut yang luas itu akan dibicarakan
pada kesempatan lain, disebabkan data yang harus ditangani demikian luasnya.
3.0 HASIL PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH LINGUISTIK
3.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi
dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan
pemikiran manusia dari aspek psikologi.Beliau berpendapat psikologi mendasari
pengkajian bahasa dalamsains.Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur
bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.Menurut
beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitubersifat arbitrari untuk
menyampaikan perasaan dan fikiran.Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan
Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi
fungsinya dalam masyarakat.Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang
sempurna,bahasa akan sentiasa berubah.
3.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yangmempelopori teori
behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan
bahasa.Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang
boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di
dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Rumusan beliau, sekiranya
tingkah laku manusia lain berpuncadaripada adanya rangsangan atau stimulus, maka
bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan
itu.Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah lakumanusia.Beliau
memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang
menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis
secara empirikal.Buku beliau yang popular ialah Language (1933).
3.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yangmengasaskan
ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai „Bapa Ilmu Linguistik Moden‟ telah
terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang
bahasa secara moden.Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan
orangpertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa
dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik
sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.Linguistik diakronis mengkaji
bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang
dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.De Saussure merupakan orang pertama yang
mengemukakankonsep „langue‟ dan „parole‟.
3.4 Pemikiran Tokoh Alam Melayu dalam Bidang Linguistik
Amatlah jelas bahawa perkembangan kajian bahasa dan linguistik di Malaysia
dan di alam Melayu cukup dipengaruhi oleh situasi linguistik sedunia, khususnya yang
bersumber daripada tradisi linguistik Barat.Harimurti Kridalaksana (1979)
mengemukakan dua kecenderungan utama dalam perkembangan awal linguistik di
alam Melayu, iaitu yang bersumberkan tradisi linguistik Arab dan yang bersumberkan
tradisi linguistik Barat. Karya Raja Ali Haji, iaitu Bustanul Katibin dan Kitab Pengetahuan
Bahasa merupakan contoh yang jelas bersumberkan tradisi linguistik Arab sementara
karya-karya lain yang dihasilkan oleh orang Belanda (di Indonesia) dan oleh orang
Inggeris (di Malaysia) merupakan hasil penerapan linguistik Barat. Karya
Sasrasoegondo, iaitu Kitab jang Menyatakan Djalan Bahasa Malajoe (1910) merupakan
buku tatabahasa pertama di Indonesia yang berasaskan model Eropah yang ditulis oleh
orang Indonesia (Harimurti Kridalaksana, 1983), sementara di Malaysia buku Pelita
Bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga jilid karangan Za`ba merupakan contoh yang
jelas bagi karya bahasa yang bersumberkan model Eropah (Inggeris), sebagaimana
yang diakui sendiri oleh Za`ba dalam Pendahuluan bukunya itu (di sisi ada pengaruh
bahasa Arab yang sedikit banyaknya diakui juga oleh Za`ba).
4.0 SUMBANGAN LINGUISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Perkamusan, tatabahasa dan penggunaan bahasa, ejaan dan daftar kata
Kegiatannya menjadi betul-betul rancak pada tahun 1930-an dengan terajunya
Dato‟Abdullah bin Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua, Mejar Dato‟ Haji Muhammad
Said bin Suleiman dan Dato‟ Awang bin Omar sebagai Naib Yang Dipertua serta Mejar
Musa bin Yusof sebagai setiausaha. Pada tahun 1935, badan itu diberi gelaran „Diraja‟
oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sebagai pengiktirafan, dan nama badan itu
menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D). Dalam
tahun 1930-an dan 1940-an, badan itu menjadi markaz perancangan bahasa yang
berkesan apabila dapat menghimpunkan lebih 200 orang anggota dari Johor dan luar
Johor, termasuklah Bapa Kewartawanan Melayu Abdul Rahim Kajai, Pendeta dan ahli
bahasa ternama Zainal Abidin Ahmad (Za`ba), pemimpin politik dan wartawan Dato‟
Onn Jaafar dan penulis wanita terkenal Ibu Zain (Ensiklopedia Sejarah dan Budaya
Melayu, 1998).
Selanjutnya, sumbangan lingusitik Melayu dengan jelas ditandai oleh usaha
Za`ba yang untuk selama lebih 30 tahun sesudah beliau menghasilkan karya-karya
tentang bahasa Melayu, mendominasi alam pendidikan di negara ini apabila karya-
karyanya itu dijadikan sandaran untuk pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu
oleh para guru dan pihak berwibawa seperti Kementerian Pelajaran sendiri. Menurut
Asmah Haji Omar (2000:xi), sebelum tahun 1968, semua buku tatabahasa Melayu di
Malaysia (termasuk di Singapura - P.) ditulis dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang
diletakkan oleh Za`ba. Demikian juga, dalam hal ejaan Jawi dan Rumi, pedoman yang
disusun oleh Za`ba turut menjadi pegangan semua pendidik bahasa Melayu selama
puluhan tahun dan disebut Sistem Ejaan Sekolah sehinggalah berlaku perubahan
dalam sistem ejaan (Rumi) apabila diisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa
Malaysia pada 16 Ogos 1972.
4.2 Kajian fonologi dan tatabahasa bahasa Melayu
Za`ba telah meletakkan asas yang kukuh dalam kajian fonologi dan tatabahasa
bahasa Melayu meskipun sewaktu menghasilkan karya itu beliau belum terdedah
kepada ilmu fonologi dan linguistik moden pada keseluruhannya. Antara prinsip fonologi
yang diketengahkan oleh Za`ba termasuklah prinsip keutamaan ucapan di atas tulisan,
huruf sebagai lambang bunyi dan hubungan antara mekanisme bahasa dalam bentuk
deretan bunyi-bunyi dengan isi fikiran.Dalam bidang fonetik, Za`ba mengemukakan
jenis-jenis bunyi kepada bunyi yang disebutnya huruf saksi (vokal) dan huruf benar
(konsonan).
4.3 Sistem ejaan melayu
Salah satu sumbangan Za‟ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau
terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa
Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula
mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula,
beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang
berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan
sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk
menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan
perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.
Nama Pendeta Za‟ba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa
Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba.Beliau menggubal sistem ejaan
dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah
digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-
sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan
dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali
sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Za‟ba menaruh harapan untuk
kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi
tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan
bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-
kamus kita yang sedia ada".
5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
Asmah Haji Omar.(2002). Sejarah dan Perkembangan Linguistik Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1998). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
________________. (n.d). Linguistik : Tokoh dan Sumbangan . [Online]. Available:
http://www.scribd.com
____________________. (n.d). Sejarah Perkembangan Linguistik Bahasa Melayu.
[Online]. Available: Http:// www.oum.edu.my
Perpustakaan Negara Malaysia.(2000), Bahasa Malaysia Linguistik.[Online]. Available:
http://malaysiana.pnm.my

More Related Content

What's hot

Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
Mohammad Yaqin
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
Pihin Hassanal
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
Ahmad NazRi
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
IPG Kampus Kota Bharu
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
cikgushamsuddin
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
azam_hazel
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikmarzieta
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertama
Phyne Phain
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Hafezah Yusof
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
SMK Bintulu
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Watak Bulat
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
jimoh370
 

What's hot (20)

Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertama
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
Bbm3201 minggu02
Bbm3201 minggu02Bbm3201 minggu02
Bbm3201 minggu02
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 

Similar to Bmm3107 linguistik

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
Oh Jenny
 
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuPengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuNoor Syazwanni
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Fei Yee
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Ryabbi Imp
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Watak Bulat
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
kee jumat
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 

Similar to Bmm3107 linguistik (20)

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
 
09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)
 
7. es linguistik
7. es linguistik7. es linguistik
7. es linguistik
 
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuPengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3
 
Bahan ass linguistik
Bahan ass linguistikBahan ass linguistik
Bahan ass linguistik
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Sejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistikSejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistik
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 

Bmm3107 linguistik

  • 1. 1.0 PENGENALAN Linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics- Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa.Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.
  • 2. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani.Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17.Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Melalui sejarah perkembangan ini, tugasan ini meyorot kepada empat zaman berikut :-
  • 3. 2.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato.Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung.Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain
  • 4. yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa.Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Seterusnya, perkembangan ilmu linguistic pada Zaman Iskandariah.Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi.Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Manakala sejarah perkembangan linguistik zaman Rom telah menyaksikan Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
  • 5. 2.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Pada era zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance, ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular.Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa.Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa.Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Melihat pula perkembangan linguistik zaman Arab.Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap.Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur‟an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Seterusnya, sejarah perkembangan linguistik zaman India.Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik.Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig- Veda.Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Antara sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
  • 6. 2.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Pada zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi.Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia.Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.Pengkajian ilmu bahasa pada zaman moden sekitar abad ke-20 lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis.Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. 2.4 Sejarah Bahasa Dan Linguistik Melayu Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang 17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, kata umum. Meskipun kamus yang berbentuk daftar kata itu tampak sederhana, pastilah usaha menghimpunkan kosa kata utama alam Melayu pada abad
  • 7. ke-15 hingga abad ke-16 itu menuntut upaya yang bukan mudah bagi orang asing dari China itu. Usaha orang Barat dalam kajian bahasa Melayu pula bermula pada abad ke-17. Kesimpulan ini dapat diterima dengan memperhitungkan bahawa upaya mengetengahkan ehwal bahasa Melayu telah dimulakan pada abad itu, bermula dengan usaha F. de Houtman, orang Belanda yang tinggal di Aceh (Jun 1599-Ogos 1601) untuk mempelajari bahasa Melayu dan apabila kembali ke Belanda menerbitkan buku berisi 12 pelajaran, dengan setiap pelajaran berisi dialog dalam bahasa Melayu dalam ranah perdagangan, pemerintahan dan yang lain. Dalam buku itu dilampirkan kamus Belanda-Melayu (Collins, 1998: 26-27).Kemudian terbit karya A.C. Ruyll Speighel van de Maleysche Talepada tahun 1612 (Harimurti Kridalaksana, 1979). Malahan jika usaha penyusun daftar kata bahasa Cina-Melayu yang berisi hampir 500 lema pada awal abad ke-15 dan usaha Antonio Pigafetta pada tahun 1522 menerbitkan daftar kata bahasa Itali-Melayu dapat diperhitungkan sebagai usaha rintis kajian bahasa Melayu, maka tradisi kajian bahasa dan linguistik Melayu telah berakar lebih lama di rantau ini. Demikian juga, usaha penerjemahan `Aqaid al-Nasafi sebagai kitab tertua dalam bahasa Melayu pada tahun 1590 (al-Attas, 1988) yang menandai bermulanya tradisi penerjemahan di alam Melayu membuktikan adanya wawasan dan keterampilan yang bersangkutan dengan aspek linguistik, meskipun penerjemahnya (berkemungkinan besar Nuruddin al-Raniri) tidak terdedah kepada disiplin linguistik sebagaimana yang difahami oleh sarjana moden dalam bidang itu. Pada zaman awal pertumbuhan kajian bahasa dan linguistik Melayu itu, usaha dilakukan oleh bangsa Barat yang datang ke Kepulauan Melayu dalam rangka penjajahan politik dan ekonomi.Sebagai usaha awal, dan dalam keadaan tradisi kajian secara ilmiah di bahagian mana dunia pun belum mantap ketika itu, kajian bahasa dan linguistik pada zaman awal itu tidak harus diukur dengan berdasarkan konsep ilmiah kini.Pada hemat saya, dapat ditimbangkan pandangan Harimurti Kridalaksana (2002) bahawa penilaian terhadap kerja kebahasaan harus dilihat pada dua sudut, iaitu sudut
  • 8. yang sempit dan sudut yang luas. Sudut yang sempit (atau sebenarnya khusus) ialah yang mengkhususkan perhatian pada hasil penelitian dan karya teoretis sahaja, sementara sudut yang luas (umum) turut meliputi karya seperti buku pelajaran, bahan penyuluhan (pedoman), kamus, buku pengajaran tatabahasa dan yang lain. Dengan demikian, Harimurti Kridalaksana mengiktiraf karya pujangga besar Melayu Raja Ali Haji, iaitu Bustanul Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859) sebagai karya linguistik awal yang dihasilkan oleh anak watan alam Melayu. Maka itu, untuk mendapat gambaran yang luas tentang perkembangan bidang linguistik Melayu, diperlukan kajian mendalam yang meliputi kajian ilmiah dalam bentuk tesis atau disertasi dan juga kajian ilmiah semasa (yang bukan untuk tujuan pengijazahan) serta apa-apa jua hasil tulisan dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan sebagainya. Walau bagaimanapun makalah ini akan hanya membataskan pembicaraan pada sudut yang sempit, dengan catatan bahawa pembahasan sudut yang luas itu akan dibicarakan pada kesempatan lain, disebabkan data yang harus ditangani demikian luasnya.
  • 9. 3.0 HASIL PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH LINGUISTIK 3.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalamsains.Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitubersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,bahasa akan sentiasa berubah. 3.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yangmempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpuncadaripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah lakumanusia.Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal.Buku beliau yang popular ialah Language (1933).
  • 10. 3.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yangmengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai „Bapa Ilmu Linguistik Moden‟ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orangpertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakankonsep „langue‟ dan „parole‟. 3.4 Pemikiran Tokoh Alam Melayu dalam Bidang Linguistik Amatlah jelas bahawa perkembangan kajian bahasa dan linguistik di Malaysia dan di alam Melayu cukup dipengaruhi oleh situasi linguistik sedunia, khususnya yang bersumber daripada tradisi linguistik Barat.Harimurti Kridalaksana (1979) mengemukakan dua kecenderungan utama dalam perkembangan awal linguistik di alam Melayu, iaitu yang bersumberkan tradisi linguistik Arab dan yang bersumberkan tradisi linguistik Barat. Karya Raja Ali Haji, iaitu Bustanul Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan contoh yang jelas bersumberkan tradisi linguistik Arab sementara karya-karya lain yang dihasilkan oleh orang Belanda (di Indonesia) dan oleh orang Inggeris (di Malaysia) merupakan hasil penerapan linguistik Barat. Karya Sasrasoegondo, iaitu Kitab jang Menyatakan Djalan Bahasa Malajoe (1910) merupakan buku tatabahasa pertama di Indonesia yang berasaskan model Eropah yang ditulis oleh orang Indonesia (Harimurti Kridalaksana, 1983), sementara di Malaysia buku Pelita Bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga jilid karangan Za`ba merupakan contoh yang jelas bagi karya bahasa yang bersumberkan model Eropah (Inggeris), sebagaimana yang diakui sendiri oleh Za`ba dalam Pendahuluan bukunya itu (di sisi ada pengaruh bahasa Arab yang sedikit banyaknya diakui juga oleh Za`ba).
  • 11. 4.0 SUMBANGAN LINGUISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4.1 Perkamusan, tatabahasa dan penggunaan bahasa, ejaan dan daftar kata Kegiatannya menjadi betul-betul rancak pada tahun 1930-an dengan terajunya Dato‟Abdullah bin Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua, Mejar Dato‟ Haji Muhammad Said bin Suleiman dan Dato‟ Awang bin Omar sebagai Naib Yang Dipertua serta Mejar Musa bin Yusof sebagai setiausaha. Pada tahun 1935, badan itu diberi gelaran „Diraja‟ oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sebagai pengiktirafan, dan nama badan itu menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D). Dalam tahun 1930-an dan 1940-an, badan itu menjadi markaz perancangan bahasa yang berkesan apabila dapat menghimpunkan lebih 200 orang anggota dari Johor dan luar Johor, termasuklah Bapa Kewartawanan Melayu Abdul Rahim Kajai, Pendeta dan ahli bahasa ternama Zainal Abidin Ahmad (Za`ba), pemimpin politik dan wartawan Dato‟ Onn Jaafar dan penulis wanita terkenal Ibu Zain (Ensiklopedia Sejarah dan Budaya Melayu, 1998). Selanjutnya, sumbangan lingusitik Melayu dengan jelas ditandai oleh usaha Za`ba yang untuk selama lebih 30 tahun sesudah beliau menghasilkan karya-karya tentang bahasa Melayu, mendominasi alam pendidikan di negara ini apabila karya- karyanya itu dijadikan sandaran untuk pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu oleh para guru dan pihak berwibawa seperti Kementerian Pelajaran sendiri. Menurut Asmah Haji Omar (2000:xi), sebelum tahun 1968, semua buku tatabahasa Melayu di Malaysia (termasuk di Singapura - P.) ditulis dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang diletakkan oleh Za`ba. Demikian juga, dalam hal ejaan Jawi dan Rumi, pedoman yang disusun oleh Za`ba turut menjadi pegangan semua pendidik bahasa Melayu selama puluhan tahun dan disebut Sistem Ejaan Sekolah sehinggalah berlaku perubahan dalam sistem ejaan (Rumi) apabila diisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.
  • 12. 4.2 Kajian fonologi dan tatabahasa bahasa Melayu Za`ba telah meletakkan asas yang kukuh dalam kajian fonologi dan tatabahasa bahasa Melayu meskipun sewaktu menghasilkan karya itu beliau belum terdedah kepada ilmu fonologi dan linguistik moden pada keseluruhannya. Antara prinsip fonologi yang diketengahkan oleh Za`ba termasuklah prinsip keutamaan ucapan di atas tulisan, huruf sebagai lambang bunyi dan hubungan antara mekanisme bahasa dalam bentuk deretan bunyi-bunyi dengan isi fikiran.Dalam bidang fonetik, Za`ba mengemukakan jenis-jenis bunyi kepada bunyi yang disebutnya huruf saksi (vokal) dan huruf benar (konsonan). 4.3 Sistem ejaan melayu Salah satu sumbangan Za‟ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Nama Pendeta Za‟ba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba.Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah- sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Za‟ba menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus- kamus kita yang sedia ada".
  • 14. RUJUKAN Asmah Haji Omar.(2002). Sejarah dan Perkembangan Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1998). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti ________________. (n.d). Linguistik : Tokoh dan Sumbangan . [Online]. Available: http://www.scribd.com ____________________. (n.d). Sejarah Perkembangan Linguistik Bahasa Melayu. [Online]. Available: Http:// www.oum.edu.my Perpustakaan Negara Malaysia.(2000), Bahasa Malaysia Linguistik.[Online]. Available: http://malaysiana.pnm.my