M O R F O L O G I


B E N T U K K A T A


SMK CONVENT 2021
Kata Tunggal
	
3


..................................................................................................
Kata Terbitan
	
5


..................................................................................................
Kata Majmuk
	
8


.................................................................................................
Kata Ganda
	
10
..................................................................................................
K A T A T U N G G A L


Kata tunggal ialah kata dasar atau kata akar yang tidak mengalami sebarang bentuk pengimbuhan, penggandaan
atau pemajmukan.


Contoh:


Akronim merupakan gabungan beberapa kata tunggal, namun turut dianggap sebagai satu unit kata tunggal.


Akronim ialah kependekan yang terbentuk dari gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan,
yang membentuk satu perkataan yang utuh dan mantap yang mempunyai makna tersendiri serta dapat berdiri sendiri.


Ada tiga jenis akronim iaitu:


1. Akronim gabungan huruf-huruf pangkal perkataan


2. Akronim gabungan suku kata


3. Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata


Akronim gabungan huruf pangkal


Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal sesuatu perkataan. Sila lihat contoh di bawah:


- Meja - Emak - Bulan
- Pokok - Kereta - Bunga
Kata akronim cantuman huruf awal
Akronim Perkataan penuh
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
TNB Tenaga Nasional Berhad
JKR Jabatan Kerja Raya
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
BSN Bank Simpanan Nasional
Akronim gabungan suku kata


Akronim jenis ini menggabungkan atau mencantumkan sebahagian suku kata dari perkataan-perkataan tertentu. Sila
lihat contoh di bawah:


Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata


Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal dan suku kata sesuatu perkataan.


Sila lihat contoh di bawah:


Kata akronim cantuman suku kata
Akronim Perkataan penuh
Cerpen Cerita pendek
Debunga Debu bunga
Petronas Petroleum Nasional Berhad
Gimrama Gimnastik berirama
Hakis Habis kikis
Tadika Taman didikan kanak-kanak
Jenama Jenis nama
Halaju Had laju
Pawagam Panggung wayang gambar
Jentolak Jentera tolak
Kugiran Kumpulan gitar rancak
Kata akronim cantuman huruf pangkal dan suku kata
Akronim Perkataan penuh
Intan Institut Tadbiran Awam Negara
Mara Majlis Amanah Rakyat
Taska Taman Asuhan Kanak-kanak
Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Proton Perusahaan Otomobil Nasional
K A T A T E R B I T A N


Kata dasar + imbuhan awalan


Contoh kata terbitan yang terbentuk akibat percantuman kata dasar dengan imbuhan awalan adalah seperti berikut:


Contoh lain imbuhan awalan:


Imbuhan awalan Kata dasar Kata terbitan
pe- makan pemakan
ber- akal berakal
meng- garu menggaru
mem- beri memberi
Imbuhan awalan Maksud imbuhan Kata terbitan
anti- Menentang antikerajaan
auto- buat sendiri autobiografi
eka- satu (Sanskrit) ekafungsi (satu fungsi)
juru- pakar juruterbang
dwi- dua dwiminggu
maha- besar maharaja
Ada empat jenis imbuhan iaitu


1. Imbuhan awalan (imbuhan dipangkal
kata dasar)


2. Imbuhan akhiran (imbuhan di hujung
kata dasar)


3. Imbuhan sisipan (imbuhan di celah-
celah kata dasar)


4. Imbuhan apitan (imbuhan di kiri dan
kanan kata dasar)
Kata terbitan terbentuk
apabila kata dasar menerima
imbuhan.


Kata Dasar + imbuhan = Kata Terbitan


Semua jenis imbuhan dieja rapat
dengan kata dasarnya.
Kata dasar + imbuhan akhiran


Kata dasar + imbuhan apitan


panca- 5 (Sanskrit) pancaindera
poli- banyak poligami
pra- sebelum prauniversiti
pasca- selepas pascasiswazah
pro- cenderung kepada propembangkang
se- satu sesaat
sub- di bawah subtopik
swa- sendiri (Sanskrit) swakarya
tuna- tiada tunasusila
tata- peraturan tatacara
supra- melampau supragolongan
Kata dasar Imbuhan akhiran Kata terbitan
makan -an makanan
ikut -i ikuti
beri -kan berikan
seni -man seniman
Kata dasar Imbuhan apitan Kata terbitan
pandang ber-...-an berpandangan
bekal ber-...-kan berbekalkan
heboh di-...-kan dihebohkan
kasar di-...-i dikasari
beri mem-...-kan memberikan
Kata dasar + imbuhan sisipan


Imbuhan Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan
-el-
tunjuk telunjuk
kangkang kelangkang
kopak kelopak
kupas kelupas
tapak telapak
kembung kelembung
jajah jelajah
-em-
kuncup kemuncup
kuning kemuning
kilau kemilau
guruh gemuruh
gilang gemilang
ketot kemetot
serbak semerbak
gentar gementar
-in- sambung sinambung
-er-
gigi gerigi
sabut serabut
cucuk cerucuk
suling seruling
godak gerodak
K A T A M A J M U K


Kata Majmuk Bebas
air hujan bandar raya jam tangan
bom tangan gambar rajah luar biasa
jalan raya daya serap tunjuk ajar
nasi minyak terima kasih tengah hari
kuning langsat meja tulis biru laut
Kata Majmuk Istilah Khusus
duta besar ketua menteri polis trafik
perdana menteri profesor madya raja muda
atur cara cari gali kertas kerja
hak milik lut sinar kanta tangan
Kata Majmuk Kiasan
anak emas durian runtuh kaki bangku
buah tangan cakar ayam makan angin
kaki botol ambil hati jatuh hati
buah hati hati emas busuk hati
- Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua
kata dasar (maksimum dua perkataan).


- Kata majumuk yang terbentuk itu mempunyai makna
yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan
kedua.


- Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda
sempang, namun dianggap satu unit.


- Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan
pertama sahaja (kecuali kata majmuk mantap yang
digandakan seluruhnya.
Kata Majmuk
terbahagi tiga
Kata majmuk bebas

Kata majmuk istilah khusus

Kata majmuk kiasan
Penggandaan kata majmuk


Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja.


Contoh:


Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk tersebut.


Contoh:


Kata Majmuk Mantap


Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata
majmuk mantap iaitu:


1. antarabangsa (antara + bangsa)


2. beritahu (beri + tahu)


3. bumiputera (bumi + putera)


4. jawatankuasa (jawatan + kuasa)


5. kakitangan (kaki + tangan)


6. kerjasama (kerja + sama)


7. olahraga (olah + raga)


8. matahari (mata + hari)


9. pesuruhjaya (pesuruh + jaya)


10.setiausaha (setia + usaha)


11.sukarela (suka + rela)


12.suruhanjaya (suruhan +jaya)


13.tandatangan (tanda + tangan)


14.tanggungjawab (tanggung + jawab)


15.warganegara (warga + negara)


Walaupun tidak disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata gabungan dua perkataan yang
dieja rapat. Banyak contohnya namun antaranya adalah:


• apabila (apa + bila)


• bagaimana (bagai + mana)


• daripada (dari + pada)


• dukacita (duka + cita)


• kadangkala (kadang + kala)


• manakala (mana + kala)


• sukacita (suka + cita)


Kata Majmuk Betul Salah
Alat tulis Alat-alat tulis Alat tulis-tulis
Ketua Menteri Ketua-ketua menteri Ketua menteri-menteri
budak jahat Budak-budak jahat Budak jahat-jahat
Kata Majmuk Betul Salah
Anak emas anak emas-anak emas anak-anak emas / anak emas-emas
Buah hati buah hati-buah hati buah-buah hati / buah hati-hati
K A T A G A N D A


Kata ganda penuh


Kata ganda penuh ialah kata yang diulang atau diganda seluruhnya sama ada yang berimbuhan atau tidak. Kata yang
sama diulang sebutannya.


Contoh:


Kata ganda separa


Kata yang digandakan sebahagian (satu) kata sahaja. Contoh:


gila-gila


babi-babi


mata-mata
hati-hati


buku-buku


tiba-tiba
jari menjadi jejari
kuda menjadi kekuda
balang menjadi bebalang
laki menjadi lelaki
sungut menjadi sesungut
bawang menjadi bebawang
bola menjadi bebola
buli menjadi bebuli
cair menjadi cecair
daun menjadi dedaun
gendang menjadi gegendang
kacang menjadi kekacang
Kata ganda ialah kata-kata yang terhasil
akibat dari penggandaan atau pengulangan
kata dasar.


Kata ganda dipisahkan oleh sempang, kecuali
jenis kata ganda separa.
Kata ganda terbahagi empat iaitu


1. kata ganda penuh


2. kata ganda separa


3. kata ganda berentak, dan


4. kata ganda bebas
Kata ganda berentak


Kata ganda berentak ialah kata ganda yang seolah-olah mempunyai rentak apabila digandakan.


Contoh:


Kata ganda semu


Semu ialah 'bukan yang sebenarnya'. Kata ganda semu ialah kata ganda yang kelihatan seperti banyak (berganda)
namun sebenarnya jumlahnya hanyalah satu. Kata ganda semu perlu wujud dalam bentuk gandaan. Sekiranya tidak
digandakan, maknanya akan lari. Sebaliknya bagi kata ganda biasa, sekiranya gandaannya itu ditiadakan (contoh:
'meja-meja' menjadi 'meja' sahaja), makna masih wujud (iaitu 'meja').


Sekiranya perkataan 'lembu' tidak digandakan menjadi 'lembu-lembu' tetapi kekal sebagai 'lembu' sahaja, maknanya
masih ada. Namun sekiranya 'anai-anai' tidak digandakan dan menjadi 'anai' sahaja, makna 'anai-anai' telah hilang
sebab 'anai' tidak membawa apa-apa makna pun.


Contoh kata ganda semu:


hingar-bingar lauk-pauk sayur-mayur
kuih-muih papa-kedana selok-belok
cerai-berai tungkus-lumus hina-dina
asal-usul bukit-bukau gunung-ganang
mundar-mandir kayu-kayan mandi-manda
bolak-balik batu-batan porak-peranda
Perbezaan kata ganda biasa dengan kata ganda semu
Kata Ganda Lembu-lembu banyak lembu
Kata Ganda Semu Anai-anai satu anai-anai sahaja
kupu-kupu anai-anai
layang-layang ura-ura
bibit-bibit undang-undang
agar-agar ubun-ubun
kura-kura api-api
pura-pura kunang-kunang
sumpah-sumpah jemput-jemput
rama-rama ari-ari
kanak-kanak biri-biri
paru-paru hati-hati

Bentuk kata

  • 1.
    
 M O RF O L O G I B E N T U K K A T A SMK CONVENT 2021
  • 2.
    Kata Tunggal 3 .................................................................................................. Kata Terbitan 5 .................................................................................................. KataMajmuk 8 ................................................................................................. Kata Ganda 10 ..................................................................................................
  • 3.
    K A TA T U N G G A L Kata tunggal ialah kata dasar atau kata akar yang tidak mengalami sebarang bentuk pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Contoh: Akronim merupakan gabungan beberapa kata tunggal, namun turut dianggap sebagai satu unit kata tunggal. Akronim ialah kependekan yang terbentuk dari gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan, yang membentuk satu perkataan yang utuh dan mantap yang mempunyai makna tersendiri serta dapat berdiri sendiri. Ada tiga jenis akronim iaitu: 1. Akronim gabungan huruf-huruf pangkal perkataan 2. Akronim gabungan suku kata 3. Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata Akronim gabungan huruf pangkal Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal sesuatu perkataan. Sila lihat contoh di bawah: - Meja - Emak - Bulan - Pokok - Kereta - Bunga Kata akronim cantuman huruf awal Akronim Perkataan penuh ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia TNB Tenaga Nasional Berhad JKR Jabatan Kerja Raya ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri BSN Bank Simpanan Nasional
  • 4.
    Akronim gabungan sukukata Akronim jenis ini menggabungkan atau mencantumkan sebahagian suku kata dari perkataan-perkataan tertentu. Sila lihat contoh di bawah: Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal dan suku kata sesuatu perkataan. Sila lihat contoh di bawah: Kata akronim cantuman suku kata Akronim Perkataan penuh Cerpen Cerita pendek Debunga Debu bunga Petronas Petroleum Nasional Berhad Gimrama Gimnastik berirama Hakis Habis kikis Tadika Taman didikan kanak-kanak Jenama Jenis nama Halaju Had laju Pawagam Panggung wayang gambar Jentolak Jentera tolak Kugiran Kumpulan gitar rancak Kata akronim cantuman huruf pangkal dan suku kata Akronim Perkataan penuh Intan Institut Tadbiran Awam Negara Mara Majlis Amanah Rakyat Taska Taman Asuhan Kanak-kanak Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Proton Perusahaan Otomobil Nasional
  • 5.
    K A TA T E R B I T A N Kata dasar + imbuhan awalan Contoh kata terbitan yang terbentuk akibat percantuman kata dasar dengan imbuhan awalan adalah seperti berikut: Contoh lain imbuhan awalan: Imbuhan awalan Kata dasar Kata terbitan pe- makan pemakan ber- akal berakal meng- garu menggaru mem- beri memberi Imbuhan awalan Maksud imbuhan Kata terbitan anti- Menentang antikerajaan auto- buat sendiri autobiografi eka- satu (Sanskrit) ekafungsi (satu fungsi) juru- pakar juruterbang dwi- dua dwiminggu maha- besar maharaja Ada empat jenis imbuhan iaitu 1. Imbuhan awalan (imbuhan dipangkal kata dasar) 2. Imbuhan akhiran (imbuhan di hujung kata dasar) 3. Imbuhan sisipan (imbuhan di celah- celah kata dasar) 4. Imbuhan apitan (imbuhan di kiri dan kanan kata dasar) Kata terbitan terbentuk apabila kata dasar menerima imbuhan. Kata Dasar + imbuhan = Kata Terbitan Semua jenis imbuhan dieja rapat dengan kata dasarnya.
  • 6.
    Kata dasar +imbuhan akhiran Kata dasar + imbuhan apitan panca- 5 (Sanskrit) pancaindera poli- banyak poligami pra- sebelum prauniversiti pasca- selepas pascasiswazah pro- cenderung kepada propembangkang se- satu sesaat sub- di bawah subtopik swa- sendiri (Sanskrit) swakarya tuna- tiada tunasusila tata- peraturan tatacara supra- melampau supragolongan Kata dasar Imbuhan akhiran Kata terbitan makan -an makanan ikut -i ikuti beri -kan berikan seni -man seniman Kata dasar Imbuhan apitan Kata terbitan pandang ber-...-an berpandangan bekal ber-...-kan berbekalkan heboh di-...-kan dihebohkan kasar di-...-i dikasari beri mem-...-kan memberikan
  • 7.
    Kata dasar +imbuhan sisipan Imbuhan Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan -el- tunjuk telunjuk kangkang kelangkang kopak kelopak kupas kelupas tapak telapak kembung kelembung jajah jelajah -em- kuncup kemuncup kuning kemuning kilau kemilau guruh gemuruh gilang gemilang ketot kemetot serbak semerbak gentar gementar -in- sambung sinambung -er- gigi gerigi sabut serabut cucuk cerucuk suling seruling godak gerodak
  • 8.
    K A TA M A J M U K Kata Majmuk Bebas air hujan bandar raya jam tangan bom tangan gambar rajah luar biasa jalan raya daya serap tunjuk ajar nasi minyak terima kasih tengah hari kuning langsat meja tulis biru laut Kata Majmuk Istilah Khusus duta besar ketua menteri polis trafik perdana menteri profesor madya raja muda atur cara cari gali kertas kerja hak milik lut sinar kanta tangan Kata Majmuk Kiasan anak emas durian runtuh kaki bangku buah tangan cakar ayam makan angin kaki botol ambil hati jatuh hati buah hati hati emas busuk hati - Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata dasar (maksimum dua perkataan). - Kata majumuk yang terbentuk itu mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua. - Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda sempang, namun dianggap satu unit. - Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan pertama sahaja (kecuali kata majmuk mantap yang digandakan seluruhnya. Kata Majmuk terbahagi tiga Kata majmuk bebas Kata majmuk istilah khusus Kata majmuk kiasan
  • 9.
    Penggandaan kata majmuk Penggandaankata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja. Contoh: Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk tersebut. Contoh: Kata Majmuk Mantap Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata majmuk mantap iaitu: 1. antarabangsa (antara + bangsa) 2. beritahu (beri + tahu) 3. bumiputera (bumi + putera) 4. jawatankuasa (jawatan + kuasa) 5. kakitangan (kaki + tangan) 6. kerjasama (kerja + sama) 7. olahraga (olah + raga) 8. matahari (mata + hari) 9. pesuruhjaya (pesuruh + jaya) 10.setiausaha (setia + usaha) 11.sukarela (suka + rela) 12.suruhanjaya (suruhan +jaya) 13.tandatangan (tanda + tangan) 14.tanggungjawab (tanggung + jawab) 15.warganegara (warga + negara) Walaupun tidak disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata gabungan dua perkataan yang dieja rapat. Banyak contohnya namun antaranya adalah: • apabila (apa + bila) • bagaimana (bagai + mana) • daripada (dari + pada) • dukacita (duka + cita) • kadangkala (kadang + kala) • manakala (mana + kala) • sukacita (suka + cita) 
 Kata Majmuk Betul Salah Alat tulis Alat-alat tulis Alat tulis-tulis Ketua Menteri Ketua-ketua menteri Ketua menteri-menteri budak jahat Budak-budak jahat Budak jahat-jahat Kata Majmuk Betul Salah Anak emas anak emas-anak emas anak-anak emas / anak emas-emas Buah hati buah hati-buah hati buah-buah hati / buah hati-hati
  • 10.
    K A TA G A N D A Kata ganda penuh Kata ganda penuh ialah kata yang diulang atau diganda seluruhnya sama ada yang berimbuhan atau tidak. Kata yang sama diulang sebutannya. Contoh: Kata ganda separa Kata yang digandakan sebahagian (satu) kata sahaja. Contoh: gila-gila babi-babi mata-mata hati-hati buku-buku tiba-tiba jari menjadi jejari kuda menjadi kekuda balang menjadi bebalang laki menjadi lelaki sungut menjadi sesungut bawang menjadi bebawang bola menjadi bebola buli menjadi bebuli cair menjadi cecair daun menjadi dedaun gendang menjadi gegendang kacang menjadi kekacang Kata ganda ialah kata-kata yang terhasil akibat dari penggandaan atau pengulangan kata dasar. Kata ganda dipisahkan oleh sempang, kecuali jenis kata ganda separa. Kata ganda terbahagi empat iaitu 1. kata ganda penuh 2. kata ganda separa 3. kata ganda berentak, dan 4. kata ganda bebas
  • 11.
    Kata ganda berentak Kataganda berentak ialah kata ganda yang seolah-olah mempunyai rentak apabila digandakan. Contoh: Kata ganda semu Semu ialah 'bukan yang sebenarnya'. Kata ganda semu ialah kata ganda yang kelihatan seperti banyak (berganda) namun sebenarnya jumlahnya hanyalah satu. Kata ganda semu perlu wujud dalam bentuk gandaan. Sekiranya tidak digandakan, maknanya akan lari. Sebaliknya bagi kata ganda biasa, sekiranya gandaannya itu ditiadakan (contoh: 'meja-meja' menjadi 'meja' sahaja), makna masih wujud (iaitu 'meja'). Sekiranya perkataan 'lembu' tidak digandakan menjadi 'lembu-lembu' tetapi kekal sebagai 'lembu' sahaja, maknanya masih ada. Namun sekiranya 'anai-anai' tidak digandakan dan menjadi 'anai' sahaja, makna 'anai-anai' telah hilang sebab 'anai' tidak membawa apa-apa makna pun. Contoh kata ganda semu: hingar-bingar lauk-pauk sayur-mayur kuih-muih papa-kedana selok-belok cerai-berai tungkus-lumus hina-dina asal-usul bukit-bukau gunung-ganang mundar-mandir kayu-kayan mandi-manda bolak-balik batu-batan porak-peranda Perbezaan kata ganda biasa dengan kata ganda semu Kata Ganda Lembu-lembu banyak lembu Kata Ganda Semu Anai-anai satu anai-anai sahaja kupu-kupu anai-anai layang-layang ura-ura bibit-bibit undang-undang agar-agar ubun-ubun kura-kura api-api pura-pura kunang-kunang sumpah-sumpah jemput-jemput rama-rama ari-ari kanak-kanak biri-biri paru-paru hati-hati