Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang langkah keselamatan umum dan khusus di bengkel elektrik serta cara penggunaan alat ukur voltmeter untuk mengukur tegangan, arus, dan resistansi dalam tiga amali yang dilakukan.
Page | i
Isikandungan
Penghargaan ……………………………………………………………. ii
1.0 Objektif…………………………………………………………….......... 1
1.1
1.1.1
1.1.2
1.1.3
Langkah keselamatan……………………………………...................
langakh keselamatan pada diri………………………………………….
langkah keselamatan semasa menggunakan mesin……………………..
langkah keselamatan di kawasan kerja………………………………….
1
1.2 Langkah keselamatan di bengkel elektrik…………………………… 2
1.3
1.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.3.5
AMALI 1 (multimeter)………………………………………………….
Objektif…………………………………………………………………...
Penerangan dan fungsi……………………………………………………
Peralatan yang digunakan………………………………………………...
Cara penggunaan multimeter…………………………………………….
Langkah pengujian multimeter…………………………………………...
4
1.4
1.4.1
1.4.2
1.4.3
AMALI 2(pendawaian pendaflour)........................................................
Peralatan yang digunakan……………………………………………...
Langkah kerja amali……………………………………………………
Perbincangan dan kesimpulan………………………
10
1.5
1.5.1
1.5.2
1.5.3
AMALI 3(pendawaian soket keluaran 13A)…………………………..
Peralatan yang digunakan……………………………………………...
Langkah kerja amali……………………………………………………
Perbincangan dan kesimpulan………………………...
19
1.6 Rujukan ……………………………………………………………….. 27
2.
Page | ii
Penghargaan
Bismillahirahmanirahim,
dengannama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukurnya saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya, dapat
juga kami menyelesaikan amali di bengkel elektrik saya yang diberi tempoh selama 4 minggu untuk
menyiapkannya. Alhamdulillah report amali elektrik ini juga dapat kami siapkan pada tempoh waktu
yang diberi.
Pertama sekali, ingin kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang membantu dan
memberi tunjuk ajar semasa tempoh amali kami di bengkel elektrik iaitu Dr Anisah yang merupakan
pensyarah kami bagi amali elektrik ini. Terima kasih jugak diucapkan kepada Dr Amirmudin bin Udin
atas dorongan dan semangat yang diberikan. Dr Amir adalah merupakan pensyarah utama kami dalam
subjek Asas Ketukangan (SPPE 1012) ini.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kami kepada rakan-rakan yang
bersama-sama menjalani amali bengkel elektrik ini. Terima kasih kerana membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi sepanjang tempoh amali ini berlangsung.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak putus memberi semangat
kepada kami sepanjang tempoh berlangsungnya amali elektrik ini dan sepanjang pengajian kami di
UTM ini.
3.
Page | 1
1.0Objektif :
Merancang kerja amali
Membaca bacaan multimeter, Menyiapkan litar pendawaian kawalan lampu
pendaflour dan soket keluaran 13A.
Menguji litar pendawaian
1.1 langkah keselamatan
Berikut adalah langkah keselamatan yang asas yang perlu pelajar patuhi setiap kali
memasuki kawasan bengkel.
1.1.1 Langkah keselamatan terhadap diri sendiri
I. Elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar, di galakkan untuk mematuhi
pakaian yang di tetapkan oleh OSHA untuk setiap bengkel.
II. Elakkan memakai barang-barang perhiasan, terutamanya perhiasan tangan.
III. Tidak di benarkan bergurau semasa berada di dalam bengkel terutamanya semasa
menjalankan kerja-kerja amali.
IV. Bagi lelaki rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi mahasiswi pula, rambut
mestilah diikat kemas. Untuk memastikan keselamatan, mahasiswa/mahasiswi
digalakkan menggunakan ‘net hair’.
V. Pastikan tangan kering semasa memetik suis elektrik.
VI. Menggunakan setiap alat pelindung yang disediakan disetiap bengkel.
1.1.2 Langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin/tangan.
I. Pastikan mana-mana bahagian yang mempunyai risiko/berbahaya dipasang alat
pelindung.
4.
Page | 2
II.Setiap mesin mestilah mempunyai sus keselamatan dan suis saling mengunci. Suis
tersebut perlu dipastikan sama ada berfungsi atau tidak sebelum menggunakan
mesin tersebut.
III. Elakkan menyentuh alat-alat ataupun bahagian-bahagian yang tajam pada mesin.
IV. Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
V. Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak lagi
menggunakan mesin ataupun semasa menjalankan aktiviti pembersihan.
VI. Laporkan kepada pensyarah ataupun juruteknik bengkel sekiranya terdapat bahaya
ataupun mesin tidak berfungsi dengan baik.
VII. Bersikan alatan yang telah digunakan dan letakkan semula di tempatnya
1.1.3 Langkah keselamatan tempat kerja
I. jangan biarkan alatan tangan atau bahan kerja bersepah di atas lantai atau di
sekeliling mesin. Ini bagi mengurangkan bahaya di kawasan kerja.
II. Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai tempat kerja kerana minyak
sangat licin dan mudah tergelincir apabila terpijak. Bersihkan menggunakan
habuk kayu yang disediakan.
III. Jangan biarkan tatal atau logam bersepah di atas lantai, sebaiknya bersihkan
kawasan mesin sebaik sahaja selesai menggunakan.
IV. Bengkel mestilah mendapat pencahayaan yang terang dan pengudaraan yang baik
serta laluan kecemasan yang sempurna.
V. Pastikan kawasan kerja dibersihkan sesudah menggunakan.
1.2 langkah keselamatan di dalam bengkel elektrik
1. sentiasa menjaga kebersihan bengkel
2. jangan bergurau semasa berada di dalam bengkel
3. pastikan punca elektrik dimatika sebelum meninggalkan bengkel.
4. Sila laporkan kepada kakitangan bengkel yang bertugas jika berlaku sebarang
kemalangan ataupun kecemasan.
5. Pastikan anda mengetahui kedudukan
5.
Page | 3
I.Peralatan/peti pertolongan cemas
II. Peralatan alat pemadam api
III. Staf yang bertanggungjawab jika berlaku kecemasan
6. Pastikan alat tangan sentiasa berada dalam keadaan baik, mencukupi dan kemas di
dalam toolbox sebelum dan selepas amali.
7. Pastikan mendapat kebenaran kakitangan bertugas sebelum menggunakan
alatan/mesin.
8. Ketika membuat pengujian litar hidup jangan ‘ON’/hidupkan bekalan elektrik tanpa
kebenaran dan pengawasan kakitangan bengkel yang bertugas.
9. Kerjasama pelajar juga diminta untuk menyusun/meletakkan semula bahan/alatan
yang telah digunakan mengikut ruang/tempat yang telah disediakan. Bahan buangan
yang akan digunakan semula seperti wayar/kabel,PVC pipe hendaklah dibuang di
tempat yang telah disediakan.
10. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
11. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel.
12. Sentiasa menjaga keselamatan diri semasa mengendalikan alatan/mesin.
13. Pakai kasut yang sesuai, tertutup dan bertapak getah.
14. Bagi pelajar perempuan, tudung atau rambut hendaklah di masukkan kedalam baju
dan diikat dengan kemas.
15. Jangan gunakan alatan/mesin yang diragui cara penggunaannya, dapatkan tunjuk ajar
dari kakitangan bengkel yang bertugas.
16. Pelajar dibenarkan meminjam peralatan dibengkel dengan kebenaran secara bertulis
dari kakitangan yang bertugas.
17. Pelajar mesti mematuhi arahan dari semasa ke semasa dari Pensyarah, pengajar dan
kakitangan bengkel yang bertugas.
18. Contoh pemakaian di bengkel elektrik:
Page | 5
1.4AMALI BENGKEL 1 (ASAS PENGGUNAAN
PERALATAN PENGUKURAN (MULTIMETER) )
1.4.1 OBJEKTIF AMALI
Mengetahuikegunaan peralatan pengukuran elektronik
Mengenalpasti dan memilih julat yang sesuai bagi setiap jenis peralatan pengukuran
Mengetahui teknik pengukuran mengikut spesifikasi alat
1.4.2 MULTIMETER
Alat pengujian digunakan untuk menguji sistem elektrik/elektronik dan juga untuk mencari
sebarang kerosakan atau ketidaksempurnaan dalam sistem elektrik dan elektronik. Alat
menguji elektrik digunakan bagi menguji litar, rintangan, arus, voltan dan lain-lain lagi. Arus
elektrik diukur menggunakan sukatan ampere (A). tekanan elektrik diukur dalam sukatan
voltan dan rintangan dalam sukatan Ohm(Ω).
FUNGSI/KEGUNAAN MULTIMETER
Digunakan untuk mengukur voltan, rintangan, arus dan menguji keterusan litar.
Membuat pengujian dengan cepat dan senang.
8.
Page | 6
CARAPENGGUNAAN:
a) MENGUKUR DIRECT CURRENT VOLTAGE (DCV)
I. Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan
skala
II. Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih
pada julat bacaan yang diperlukan
III. Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaa untuk bacaan yang hendak
diambil
IV. Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaaan yang hendak
diambil
V. Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative dan test
pin merah pada terminal positif
VI. Baca pergerakkan karun pada skala bacaan dan skala yang dipilih
VII. Untuk langkah keselamatan alat multimeter, letakan julat yang lebih tinggi
untuk bacaan yang akan diambil.
HASIL PENGUJIAN MULTIMETER (DCV)
Dengan menggunakan bateri sebagai bahan ujian, berikut adalah bacaan multimeter bagi
ujian amali yang di jalankan:
JULAT YANG DIGUNAKAN BACAAN MULTIMETER
50 2.0, 4.5, 1.9
10 9.2, 3.6,2.0
9.
Page | 7
b)Mengukur Alternate Current Voltage (ACV)
I. Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan
skala.
II. Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih
pada julat bacaan yang diperlukan.
III. Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan ACV.
IV. Sambungkan test pin pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji.
V. Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak
diambil.
VI. Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian wayar neutral dan test pin
warna merah pada wayar yang membawa arus.
VII. Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang
dipilih.
HASIL PENGUJIAN MULTIMETER (ACV)
Dengan menggunakan bateri sebagai bahan ujian, berikut adalah bacaan multimeter bagi
ujian amali yang di jalankan:
JULAT YANG DIGUNAKAN BACAAN MULTIMETER
10 3.0, 3.5
50 4.5, 4.0
10.
Page | 8
c)Mengukur Direct Current Ampere (DCA)
I. Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada skala
bacaan.
II. Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih
pada julat bacaan yang diperlukan.
III. Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCA.
IV. Sambungkan test pin pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji.
V. Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak
diambil.
VI. Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative dan test
pin berwarna merah pada terminal positif.
VII. Pastikan sambungan dilakukan sesiri dengan beban.
VIII. Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang
dipilih.
HASIL PENGUJIAN MULTIMETER (DCA)
Dengan menggunakan bateri sebagai bahan ujian, berikut adalah bacaan multimeter bagi
ujian amali yang di jalankan:
JULAT YANG DIGUNAKAN BACAAN MULTIMETER
50 4.5,3.5,2
10 2.0,2.5,2.0
11.
Page | 9
d)Mengukur rintangan (Ω)
I. Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada skala
bacaan.
II. Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih
pada julat bacaan yang diperlukan.
III. Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan rintangan.
IV. Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak
diambil.
V. Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian hujung peringang dan test
pin merah pada hujung yang lagi satu.
VI. Bacaa pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan rintangan.
VII. Bacaa yang diperolehi perlu didarabkan dengan nilai julat dipilih. (x1, x10,
x100, x1k, x10k )
HASIL PENGUJIAN MULTIMETER (Ω)
Dengan menggunakan perintang sebagai bahan ujian, berikut adalah bacaan multimeter bagi
ujian amali yang di jalankan:
A) Multimeter B) perintang
JULAT YANG DIGUNAKAN BACAAN MULTIMETER
1 100 Ω
10 100k Ω
100 300k Ω
Page | 11
OBJEKTIFAMALI
Mengetahui fungsi alat tangan elektrik
Mengetahui pendawaian pendaflour
Menguji kefungsian litar pendaflour
Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AMALI
No. Gambar bahan Fungsi
1. KABEL • mengalirkan arus elektrik dari
bekalan elektrik ke beban-beban.
2. PERUMAH PENDAFLOUR Mengandungi cok, pemegang tiub,
pemegang suis penghidup dan suis
penghidup.
14.
Page | 12
3.TUBE HOLDER Untuk menyangga tib pendaflour.
4. STARTER HOLDER Untuk menempatkan suis
penghidup.
5. BALLAST Mengawal arus elektrik yang
mengalir.
Arus yang tinggi boleh
menyebabkan lampu pendaflour
rosak.
6. STARTER Untuk menghidupkan lampu.
15.
Page | 13
ALATANYANG DIGUNAKAN
No. Gambar alat Fungsi alat
1. Playar muncung tirus Membengkok dan memotong dawai
halus.
Memotong kaki komponen.
Memegang atau mencapai
komponen elektronik di ruang yang
sempit.
2. Pemotong sisi Memotong wayar atupun kabel.
3. Penjalur wayar Menjalur wayar/kabel.
Memotong wayar/kabel.
4. Skru driver Philips Melonggar dan mengetatkan skru
kepala belah.
16.
Page | 14
5.Pena ujian Pena ujian fungsinya adalah untuk
mengesan kehadiranarus elektrik
pada sesuatu jasad. Pena ujian
bolehdigunakan untuk mengetat dan
melonggarkan skru yangkecil yang
terdapat dalam peralatan elektronik.
Batang pena ujian berpenebat.
Bahagian mata pena ujian berbentuk
seperti skru mata bilah. Pena ujian
selamat dansesuai digunakan untuk
mengesan voltan antara julat 50V
hingga 500 V
LANGKAH KERJA AMALI
NO. GAMBAR KERJA PENERANGAN
1. Mendengar taklimat dan
penerangan daripada tenaga
pengajar, Puan Annisa.
Pembantu bengkel memberi
tujuk ajar cara memasang dan
menunjukan cara pemasangan
kabel yang betul.
17.
Page | 15
2. Fahami gambarajah litar yang
diberi didalam kertas panduan.
3. Kenalpasti setiap komponen
yang hendak digunakan.
Memastikan komponen yang
diambil dalam keadaan baik
dengan menggunakan
multimeter.
4. Ambil toolbox yang telah
diberikan pada setiap
kumpulan.
5. Kenalpasti kedudukan pada
perumah pendaflour sebelum
meletakan komponen.
Komponen disusun mengikut
kedudukan yang betul seperti
rajah yang diberikan.
18.
Page | 16
6. Menggunakan kabel pengalir
tunggal sebagai komponen
penyambungan.
Kabel pengalir tunggal
disambung pada semua
komponen mengikut kod
warna kabel yang betul
mengikut gambarajah.
7. Mengukur kabel pengalir
tunggal yang menyambung
dari satu komponen ke
komponen yang lain.
Ia bagi memastikan kabel
tersebut tidak terlalu panjang
kerana supaya ia berada dalam
keadaan kemas dan tidak
berbahaya.
Ia juga tidak boleh terlalu
pendek untuk menggelakan
kabel putus/terlepas daripada
komponen.
8. Setelah selesai menyusun
komponen dan wayar perumah,
pemeriksaan dan pengujian
litar mati dibuat pada
pendawaian pendaflour
tersebut, menggunakan
multimeter bagi memastikan ia
berfungsi.
19.
Page | 17
9. Untuk membuat pengujian litar
hidup, penadawaian pendaflour
tersebut perlu disambung pada
plug 3pin.
10. Sesi pengujian litar hidup
dijalankan.
Pengujian menggunakan
mentol pendaflour
membuktikan pendawaian
pendaflour yang dilakukan
betul apabila ia menyala.
11. Pengujian menggunakan
RCCB Tester untuk
mengetahui nilai jumlah arus
yang mengalir.
20.
Page | 18
12. Kerja amali selesai, mengemas
semua peralatan yang
diberikan.
Pendawaian perlu dicabut
semula.
PERBINCANGAN
Kabel yang dipotong untuk disambungkan dari satu komponen ke satu komponen yang lain
mestilah diukur dengan betul.
Mentol pendaflour akan kehitaman apabila lama digunakan kerana merkuri didalam mentol
tersebut telah habis.
Dawai merah – dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup.
Dawai kuning – dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup.
Dawai biru – dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup.
Dawai hitam – dawai neutral.
KESIMPULAN
Kerja amali ini mendedahkan pelajar kepada cara memasang kabel dalam lampu pendeflour
dengan betul dan tepat mengikut kod warna yang ditentukan. Selain itu, ia melatih pelajar
menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang tepat dan pada objek yang sepatutnya.
Wayar kabel yang disambungkan dari satu komponen ke satu komponen yang lain mestilah
diukur terlebih dahulu sebelum dipasang. Kabel tersebut tidak boleh terlalu panjang dan
jugak tidak boleh terlalu pendek. Sekiranya terlalu panjang ia akan membahayakan litar dan
apabila ia terlalu pendek ia akan menyebabkan kabel mudah putus atau tercabut.
Page | 20
OBJEKTIFAMALI
Mengetahui fungsi alat tangan elektrik.
Mengetahui pendawaian soket keluaran 13A dan papan fius agihan.
Menguji aksesori papan fius agihan.
Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan.
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AMALI
No. Gambar bahan Fungsi bahan
1. Kabel dua lembar mengalirkan arus elektrik dari bekalan
elektrik ke beban-beban.
23.
Page | 21
2.MCB 6A/10A & ELCB fungsi MCB 6A/10A
-memutuskan bekalan pada litar akhir
yang dikawal apabila berlakunya
kerosakan litar pintas atau arus beban
lebih pada litar yang dikawal.
fungsi ELCB
-memutuskan bekalan utama apabila
berlakunya kerosakan ELCB pada
pendawaian penguna.
3. Main switch untuk menyambung dan memutuskan
bekalan utama pada litar pendawaian
pengguna
ALATAN YANG DIGUNAKAN
No. Gambar alat Fungsi alat
1. Playar muncung tirus Membengkok dan memotong dawai
halus.
Memotong kaki komponen.
Memegang atau mencapai
komponen elektronik di ruang yang
sempit.
24.
Page | 22
2.Pemotong sisi Memotong wayar atupun kabel.
3. Penjalur wayar Menjalur wayar/kabel.
Memotong wayar/kabel.
4. Skru driver Philips Melonggar dan mengetatkan skru
kepala belah.
5. Pena ujian Pena ujian fungsinya adalah untuk
mengesan kehadiranarus elektrik
pada sesuatu jasad. Pena ujian
bolehdigunakan untuk mengetat dan
melonggarkan skru yangkecil yang
terdapat dalam peralatan elektronik.
Batang pena ujian berpenebat.
Bahagian mata pena ujian berbentuk
seperti skru mata bilah. Pena ujian
selamat dansesuai digunakan untuk
mengesan voltan antara julat 50V
hingga 500 V
25.
Page | 23
LANGKAHKERJA
No. Gambar kerja Penerangan
1. Diberi penerangan dari pensyarah,
puan anissa.
Pembantu bengkel, en basri
memberi tunjuk ajar.
2. Fahami gambarajah litar yang
diberi.
3. Memilih komponen yang akan
digunakan.
Mengambil toolbox yang telah
diagihkan.
4. Kenalpasti kedudukan Nuteral,
Life, Earth sebelum memulakan
amali.
26.
Page | 24
5. Menggunakan kabel pengalir dua
lembar sebagai komponen
penyambung.
Membuang penebat kabel untuk
diskru pada komponen dengan
menggunakan penjalur wayar.
6. Sambungkan kabel pada soket
keluaran mengikut kod warna kabel
yang telah ditetapkan.
7. Sambungan terakhir kabel
disambung pada kabel pengalir tiga
lembar untuk disambung pada plug
3 pin 13 A.
27.
Page | 25
8. Selepas membuat penyambungan
pada soket keluaran, periksa setiap
soket keluaran untuk memastikan ia
berfungsi dengan menggunakan
multimeter.
Selepas memastikan semua kabel
dipasang dengan betul dan
berfungsi, pasangkan tapak soket
dan skru dengan kemas.
9. Setelah siap, lakukan pemeriksaan
dan pengujian litar mati terlebih
dahulu sebelum membuat pengujian
litar hidup.
10.CARA PERTAMA Pengujian litar hidup dijalankan
dengan berberapa cara
Cara pertama, menggunakan
RCCB TESTER. Cara ini
merupakan cara paling
selamat kerana melalui alat
ini boleh diketahui sama ada
litar ini dipasang dengan
betul atau pun tidak.
28.
Page | 26
CARAKEDUA
CARA KETIGA
Cara kedua, menggunakan
mentol pendaflour bulat.
Sekiranya mentol tersebut
menyala, maka, litar yang
dipasang adalah betul.
Cara ketiga adalah dengan
menggunakan TEST PEN.
cara ini adalah cara yang
terakhir. Dengan cara ini
kita hanya mengetahui
bahawa kabel kod life
dipasang ditempat yang
betul tetapi tidak dapat
diketahui sama ada kabel
nuteral dan bumi dipasang
dengan betul ataupun tidak.
HASIL AMALI/PROJEK
29.
Page | 27
PERBINCANGAN
Kabelperlu dipasang mengikut kod warna yang ditetapkan dan pada tempat yang ditetapkan.
Kabel tidak boleh terlalu panjang dan tidak boleh terlalu pendek.
Penjaluran kabel perlu dilakukan dengan betul dan dipasang pada skru dengan kemas
sehingga tidak menampakan lembar kabel.
KESIMPULAN
Daripada amali ini, pelajar dapat mempelajari cara-cara membuat pendawaian sendiri untuk
membuat pendawaian soket pengeluaran ini. Hal ini sangat membantu pelajar dalam urusan
harian, kerana pelajar didedahkan dengan kemahiran dan cara untuk mengesan masalah yang
berlaku didalam soket keluaran sekiranya ia mengalami kerosakan.
Kabel di dalam soket keluaran ini perlu disambungkan dan dipasangkan pada tempat yang
betul dan tepat dan juga perlu dikemaskan. Ia perlu dikemaskan dan elakkan daripada terlihat
lembar kabel kerana sekiranya lembar kabel terdedah, ia akan berisoko mengalami litar
pintas.
RUJUKAN
1. http://www.scribd.com/doc/69138093/laporan-pendawaian-permukaan#scribd
2. rubric bengkel elektrik
3. http://www.belajarwiring.com/