SlideShare a Scribd company logo
BAHAGIAN B
PENGURUSAN
MURID ASRAMA
21
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA
1. Pengenalan 23
2. Matlamat 23
3. Kriteria Pengambilan Murid Ke Asrama 23
4. Bidang Pengurusan Murid 24
4.1 Pengurusan Akademik
24
4.2 Pengurusan Kokurikulum ( Unit Beruniform, Kelab/Persatuan &
25
Sukan/Permainan )
4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan
26
4.4 Pengurusan Kesihatan dan kebersihan
31
4.5 Keselamatan
31
4.6 Pengurusan Kebajikan Murid
34
4.7 Peraturan Dan Disiplin
36
4.8 Peraturan Asrama
40
4.9 Peraturan Keluar Masuk
47
4.10 Peraturan Melawat
47
4.11 Pemeriksaan Asrama
48
4.12 Kategori Kesalahan Murid
48
4.13 Tindakan –Tindakan 50
22
BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA
1. Pengenalan
Murid di asrama seharusnya lebih cemerlang dalam pelbagai bidang berbanding dengan murid
yang mempunyai latar belakang yang sama tetapi tidak tinggal di asrama. Ini disebabkan
mereka mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar. Hal ini boleh dicapai melalui
perancangan dan pelaksanaan aktiviti murid yang berkesan.
2. Matlamat
Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
3. Kriteria Pengambilan Murid Asrama
3.1. Kemudahan asrama adalah satu keistimewaan dan bukan merupakan hak kepada semua
murid. Oleh itu, pemilihan murid-murid yang layak masuk ke asrama adalah berdasarkan kriteria
berikut :-
3.1.1 Tinggal jauh dari sekolah.
3.1.2 Keluarga yang kurang berada.
3.1.3 Murid Rancangan Khas (Ini melibatkan asrama-asrama tertentu sahaja seperti
yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri)
3.1.3.1 Rancangan Khas Akademik
3.1.3.2 Rancangan Khas Aliran Agama
3.1.3.3 Rancangan Khas Sukan
3.1.3.4 Rancangan Khas Integrasi
3.1.3.5 Rancangan Model Khas (Rendah/Menengah)
3.2 Tinggal di tempat yang sukar mendapat kemudahan pengangkutan dan mengancam
keselamatan murid.
3.3 Ibu bapa/penjaga mereka bertugas di luar negara.
3.4 Murid- murid yang mungkin tercicir jika tidak diberi tempat di asrama.
3.5 Kes Khas (Arahan-arahan khas daripada Kementerian Pelajaran/Pengarah Pelajaran
Negeri)
23
4 Bidang Pengurusan Murid
4.1 Pengurusan Akademik
4.1.1 Menubuhkan jawatankuasa.
4.1.2 Kelas Persediaan (Preparatory hour) dijalankan secara berjadual dan bersistem.
4.1.3 Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikelolakan oleh
guru yang berpengalaman dan berkemahiran.
4.1.4 Bengkel kemahiran belajar diadakan secara terancang dan berkesan.
4.1.5 Penggunaan perpustakaan asrama/sekolah secara maksimum.
4.1.6 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan
peningkatan dalam ujian dan peperiksaan.
4.1.7 Warden memaklumkan perkembangan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa
atau penjaga.
4.1.8 Mengadakan program bercorak akademik seperti hari/minggu/bulan Bahasa Inggeris
bagi meningkatkan minat dalam pelajaran dan sebagainya.
4.1.9 Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti modul, buku kerja, perisian
pembelajaran berkomputer untuk digunakan oleh murid.
4.1.10 Memastikan murid-murid membuat Aku Janji dengan menetapkan sasaran
pencapaian akademik secara jelas dan khusus.
Contoh Perancangan Program Peningkatan Akademik
Bil Aktiviti Objektif
Kumpulan
Sasaran
Pelaksana
Utama/
Penyelaras
Tarikh
Pelaksanaan
1
Kelas persediaan
pagi/petang
Menyemak kerja
rumah dan membuat
persiapan Pelajaran
Semua
murid
- Warden
- Pengawas
- Ketua kelas
Sepanjang
masa
2
Kelas persediaan
malam
Mengulangkaji
Pelajaran
Semua
Murid
- Warden
- Pengawas
- Ketua Kelas
Sepanjang
masa
3
Motivasi
Akademik
Orientasi
Mendedahkan murid
baru tentang kaedah
belajar dalam konteks
kehidupan di asrama
Semua murid
baru
- PK 1 /PK
HEM
- Kaunselor
- Warden
- Ibu bapa
- PIBG
Minggu
Pertama
mendaftar
4
Kelas Tambahan/
Tuisyen
(UPSR/PMR/
SPM/ STPM)
Mengulangkaji
Pelajaran untuk
peperiksaan
Semua murid
kelas
peperiksaan
- PK 1
-J/Kuasa
Akademik/
Guru/ Warden/
Ibubapa/ PIBG
Mengikut
Takwim sekolah
24
5
Kursus/
Ceramah Teknik
Kemahiran
Belajar
Pendedahan
penguasaan teknik
pembelajaran yang
berkesan
Semua murid
-GPK 1
-J/Kuasa
Akademik/
Kaunselor
Mengikut
Takwim
Sekolah
6
Kursus/teknik
menjawab soalan
Mendedahkan teknik
menjawab soalan
peperiksaan
Semua murid
kelas
peperiksaan
-J/Kuasa
Akademik/
Kaunselor
Mengikut
Takwim
Sekolah
7
Kajian
Pencapaian
Akademik dan
Tindakan
Susulan
Menganalisis dan
menyediakan
program susulan/
menyimpan rekod
akademik/ mengesan
murid lemah
Semua murid
-J/Kuasa
Akademik
Sepanjang
Masa/Selepas
Ujian/
Peperiksaan
8
Anugerah
Kecemerlangan
Akademik
Merangsang murid ke
arah kecemerlangan
Semua murid
-J/Kuasa
Akademik/
Warden
Pertengahan/
Akhir Tahun
9
TV Pendidikan
(Rakaman)
Pendedahan
maklumat mata
pelajaran
Semua murid
mengikut
tingkatan
-J/Kuasa
Akademik/
Warden
bertugas
Sepanjang
masa
4.2 Pengurusan Kokurikulum
(Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan)
4.2.1 Menubuhkan jawatankuasa.
4.2.2 Memastikan setiap murid mengisi Borang Laporan Kesihatan semasa pendaftaran
masuk ke asrama setiap tahun. Ia perlu dirujuk sebelum seseorang murid itu
dibenarkan menyertai sebarang program/aktiviti.
4.2.3 Mewajibkan setiap murid menyertai salah satu bidang kokurikulum di peringkat
sekolah secara aktif.
4.2.4 Menyediakan jadual aktiviti sepanjang minggu/bulan/tahun.
4.2.5 Merancang program dan aktiviti yang menjurus kepada integrasi nasional.
4.2.6 Menyediakan bilik, kemudahan tempat dan peralatan bagi semua aktiviti kokurikulum.
4.2.7 Mewujudkan/memantapkan pasukan sekolah/asrama dan menyediakan pasukan
pelapis bagi setiap program/aktiviti.
4.2.8 Menyertai pelbagai pertandingan di peringkat asrama, zon/daerah, negeri dan
kebangsaan.
4.2.9 Merancang dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi pembelian peralatan
aktiviti kokurikulum.
4.2.10 Memastikan murid hanya menyertai aktiviti luar sekolah yang diluluskan oleh JPN/
Pengetua/Guru Besar sahaja serta mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa/penjaga.
25
4.2.11 Memastikan semua aktiviti berlangsung dalam suasana harmonis.
4.2.12 Memastikan murid - murid mematuhi peraturan keselamatan dan peraturan mengikut
‘Education (School Discipline) Regulations 1959’ di dalam semua aktiviti yang
dijalankan.
4.2.13 Menganjurkan kursus kepemimpinan dan latihan kepada semua pemimpin unit
secara berkala.
4.2.14 Memastikan setiap murid sentiasa mematuhi peraturan permainan, menjaga nama
baik serta imej sekolah dan menunjukkan prestasi cemerlang.
4.2.15 Menyediakan rekod prestasi kokurikulum setiap murid.
4.2.16 Mempelbagaikan jenis permainan dan sukan agar lebih ramai murid
terlibat mengikut minat masing-masing.
4.2.17 Mengadakan program sukan dan permainan tertentu untuk tujuan
kecemerlangan dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan
bertauliah daripada persatuan-persatuan sukan tempatan.
4.2.18 Mewujudkan asrama berwatak melalui aktiviti kokurikulum.
4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan
4.3.1 Keagamaan/Kerohanian
4.3.1.1 Mewujudkan Jawatankuasa.
4.3.1.2 Memastikan semua murid memiliki pakaian dan
kelengkapan yang sempurna, sesuai untuk beribadah
dan aktiviti keagamaan.
4.3.1.3 Mewajibkan murid asrama yang beragama Islam
mengerjakan solat berjemaah di bilik solat/surau asrama.
4.3.1.4 Mengadakan kelas Al-Quran.
4.3.1.5 Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian
secara harian/mingguan/bulanan seperti:-
i. Bacaan Yasin dan Tahlil
ii. Kuliah Maghrib / Subuh
iii. Tazkirah selepas Solat Maghrib
iv. Tadarus Al-Quran
v. Usrah murid
vi. Qiamullail
26
vii. Doa dan Zikir
viii. Marhaban
4.3.1.6 Memupuk nilai-nilai murni seperti berikut :
i. Memberi dan menjawab salam
ii. Ucapan terima kasih
iii. Hormat menghormati
iv. Bersopan santun
4.3.1.7. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Sambutan Hari
Kebesaran Islam seperti :
i. Maal Hijrah
ii. Maulidur Rasul
iii. Israk Mikraj
iv. Nisfu Sya’aban
v. Ihya` Ramadhan
vi. Nuzul Al-Quran
vii. Hari Raya Aidilfitri
viii. Hari Raya Aidiladha
4.3.1.8. Merancang dan mengadakan kursus-kursus Fardhu Ain dan
Fardu Kifayah berkaitan peningkatan amalan kerohanian di
kalangan murid, contoh :
i. Kursus Imam dan Muazzin
ii. Kursus Pengurusan Jenazah.
iii. Kursus mendirikan solat
iv. Kursus Haji
v. Khemah Ibadat
vi. Kursus Perkahwinan
vii. Kursus Penyembelihan
27
4.3.1.9. Merancang dan mengadakan pertandingan-pertandingan
yang berkaitan dengan keagamaan seperti:
i. Hafazan
ii. Nasyid
iii. Marhaban/Berzanji
iv. Azan
v. Syarahan
vi. Tilawah
vii. Sketsa
4.3.2 Pengurusan Surau/Bilik Solat
a. Menubuhkan jawatankuasa
b. Mengadakan atau menyediakan kemudahan tempat wuduk dan
solat yang sesuai dan lengkap
c. Menyediakan jadual bertugas bagi Imam dan Muazzin
d. Memastikan murid solat berjemaah di surau
e. Membuat penyeliaan dan laporan harian
f. Menyediakan kemudahan siaraya
4.3.3 Kelas Membaca Al-Quran
a. Mengenal pasti murid yang tidak dapat membaca al-Quran
dengan betul melalui Kelas Fardhu Ain dan Kokurikulum Pendidikan
Islam kepada murid baru.
b. Menyediakan bahan bacaan dan tenaga pengajar.
c. Mengadakan kelas pengajian dan latihan membaca al-Quran.
d. Melatih secara berkelompok / kumpulan.
e. Membuat penilaian/laporan.
f . Membudayakan membaca al-Quran secara istiqomah.
g. Mengadakan kelas bacaan al-Quran,Tajwid dan Tarannum.
28
29
4.3.4 Kepemimpinan
a. Mengadakan kursus kepemimpinan.
b. Memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada murid untuk
menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
c. Membina kesedaran kendiri melalui latihan dan amalan berpandukan
modul tertentu.
d. Memperbanyakkan dokumen penghayatan biodata pemimpin negara dan
tokoh-tokoh pejuang yang ditempatkan di perpustakaan asrama dan di
papan kenyataan asrama.
4.3.5 Penghayatan Nilai Murni
a. Melahirkan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.
b. Menanamkan nilai kesedaran, keyakinan dan
kesyukuran.
c. Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama,
bangsa dan negara sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab.
d. Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan.
e. Mengadakan tayangan filem yang berkaitan dengan
patriotisme.
f. Menghasilkan buletin/buku skrap aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan.
Contoh Perancangan Program Kepemimpinan
Bil Program Objektif Strategi Tarikh
1 Kursus
Kepemimpinan
Pengawas
Asrama
- Melahirkan pemimpin
murid asrama
- Memberi pendedahan
kepada murid tentang
cara-cara memimpin
- Ceramah
- LDK
- Lawatan
- Forum
Mac
2 Majlis Anugerah
Cemerlang
- Melahirkan tokoh
pemimpin murid
- Memberi pengiktirafan
kepada murid yang
telah memberi
sumbangan kepada
asrama
- Majlis khas
- Majlis jamuan
akhir tahun
- Hadiah
- Sijil
Nov
3 Membentuk
Kumpulan/
Pasukan
- Melahirkan murid
boleh memimpin dan
mengurus
- Menubuhkan
Jawatankuasa
khas seperti
Sepanjang
tahun
30
Tertentu - Memberi
tanggungjawab
kepada murid untuk
memimpin
Pengawas,
Dorm,
Kumpulan
kebudayaan
contoh:-
- Nasyid
- Kompang
- Koir
- Marhaban
4 Program
Pertukaran
Murid Antara
Asrama
- Memberi pendedahan
kepada murid tentang
budaya sesebuah
asrama
- Memupuk semangat
cintakan asrama.
- Pertukaran murid
asrama
Tingkatan 2 & 4
Julai
5 Program
Motivasi Antara
Asrama
- Memberi kesedaran
kepada murid tentang
kepimpinan
- Membentuk daya
kepimpinan.
- Kem Motivasi Mei
4.4 Pengurusan Kesihatan dan Kebersihan
“Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada segi fizikal,mental, sosial dan bukan
hanya ketiadaan penyakit atau cacat cedera .”
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia-WHO)
Murid asrama perlu mempunyai kesedaran, sikap dan amalan yang positif terhadap kebersihan
kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Kesihatan pula penting bagi pembentukan insan yang
seimbang. Oleh itu, murid yang tinggal di asrama hendaklah dididik supaya bertanggungjawab
menjaga kebersihan diri mereka, tempat tinggal dan persekitaran.
Kebersihan dan keceriaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
seperti berikut :-
4.4.1 Kebersihan Dan Kesihatan Diri
a Kebersihan kendiri perlu menjadi amalan yang paling penting
bagi setiap murid.
b PPM/Warden perlu menjalankan pemeriksaan kebersihan bilik dan
diri murid setiap hari.
c Sebarang penyakit atau kemalangan/kecemasan hendaklah
dilaporkan dengan segera.
4.4.2 Pakaian
a Murid mestilah sentiasa berpakaian kemas dan bersih.
b Pakaian sekolah hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya.
4.5 Keselamatan
31
4.5.1 Keselamatan murid perlulah diutamakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan
berlaku akibat daripada kecuaian dan ketidaksempurnaan keadaan di asrama. Semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan langkah-langkah
keselamatan sentiasa diamalkan.
a. Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran
i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah
dibunyikan dan orang pertama menyedarinya mestilah
menghubungi bomba dengan segera.
ii. Murid asrama mestilah meninggalkan bangunan asrama
dengan serta merta.
iii. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan.
iv. Ketua dorm/murid yang terakhir yang berada di dalam
dorm hendaklah menutup pintu setelah memastikan semua
murid keluar.
v. Murid hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut
pelan kecemasan yang telah ditetapkan.
vi. Di tempat perhimpunan, murid hendaklah berbaris mengikut
dorm masing-masing dan ketua dorm hendaklah menyemak
dan memastikan bilangan muridnya mencukupi.
vii. Warden yang bertugas hendaklah melakukan tinjauan di tempat
kebakaran berlaku dan melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar/
Pen. Kanan HEM/Ketua Warden.
viii. Ketua dorm hendaklah melaporkan bilangan murid dalam
dormnya kepada warden dan seterusnya melaporkan kepada
Pengetua/Guru Besar.
ix. Murid hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan.
b. Sistem Amaran Awal Kebakaran
i. Pastikan semua peralatan, suis dan soket dalam keadaan baik serta
berfungsi.
ii. Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada penyelia/warden dengan
segera.
iii. Pemadam api dan paip bomba mestilah dalam keadaan baik, berfungsi,
diletakkan di tempat yang strategik dan diselenggara setahun sekali.
iv. Setiap bilik dan blok mestilah dilengkapi dengan pelan kecemasan yang
menunjukkan laluan murid apabila berlaku kecemasan.
v. Laluan kecemasan mestilah bebas daripada sebarang halangan.
32
vi. Latihan kebakaran mestilah dijalankan pada awal tahun dan sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
vii. Murid dilarang membuat sambungan elektrik atau menggunakan ubat
nyamuk, alatan elektrik, lilin atau pelita.
viii. Sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan sewaktu
menggunakan peralatan elektrik dan bahan api.
ix. Dorm yang menampung lebih daripada 4 orang mestilah mempunyai dua
pintu.
x. Lampu kecemasan berfungsi jika bekalan elektrik terputus.
xi. Setiap dorm mesti mempunyai dua lampu picit yang berfungsi dan
diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
xii. Dilarang membuat pembakaran terbuka di kawasan asrama.
c. Keracunan
i. Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan yang dibeli
dari luar asrama.
ii. Pastikan pekerja dewan makan mendapat suntikan TY2.
iii Murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan makan.
iv. Murid tidak dibenarkan membawa masuk atau menyimpan sebarang makanan
di dalam dorm.
v. Jika berlaku keracunan, segera bawa murid berkenaan ke hospital/klinik
terdekat.
vi. Melaporkan kepada Pengetua/GB/PK HEM/JPN/waris.
d. Kemalangan Kecil
i. Pastikan lantai sentiasa bersih dan kering.
ii. Dilarang sama sekali berlari di dalam bilik air,
dorm dan koridor.
iii. Tidak dibenarkan duduk di atas tembok koridor.
iv. Poster-poster peringatan perlu ditampal di persekitaran asrama.
v. Dilarang memanjat tangki air atau sebarang tempat tinggi yang
berbahaya.
33
e. Sistem Kawalan Am
i. Pengawal keselamatan mestilah membuat rondaan yang kerap
dan
membuat laporan kepada Penyelia Asrama sekiranya berlaku
kerosakan.
ii. Mengunci dan membuka pagar pada waktu yang ditetapkan.
iii. Kawasan asrama puteri mestilah berpagar di sekeliling dan pintunya
sentiasa berkunci pada waktu malam.
iv. Pintu di dalam dorm mestilah dilengkapi dengan penyelak / kunci.
v. Alatan berbahaya seperti pisau/gunting/ skrew driver tidak boleh
disimpan di asrama.
vi. Murid mestilah mengetahui peraturan umum keselamatan seperti
keselamatan jalan raya dan keselamatan elektrik.
vii. Satu isyarat tertentu (seperti jeritan, bunyi wisel, siren, loceng )
hendaklah dibunyikan jika berlaku kecemasan atau pencerobohan.
4.6 Pengurusan Kebajikan Murid
4.6.1 Pendaftaran Dan Penempatan Murid Asrama
Pengurusan bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid
yang berjaya ditempatkan di asrama mempunyai keperluan asas yang
mencukupi dan selesa seperti katil, tilam, bantal, almari dan sebagainya.
Mereka perlu diberi panduan untuk menyesuaikan diri dalam suasana
baru yang mungkin asing bagi mereka. Perkara-perkara yang perlu
diambil tindakan:
i. Panduan Penempatan Murid Asrama
ii. Menerima senarai nama daripada Pengetua/Guru Besar
ii. Mengenal pasti bilik/perabot/alatan.
iv. Membuat agihan mengikut bilik
v. Murid asrama melapor diri
vi. Murid asrama mengisi borang penerimaan alatan
vii. Menyemak dan mengesahkan borang akuan penerimaan
viii. Murid mendapat tempat penginapan
ix. Taklimat kepada waris
34
x. Program Suai Kenal
4.6.2 Pengurusan Tabung Kebajikan Murid
Ini bertujuan untuk membantu murid asrama dari segi kewangan apabila mereka
menghadapi keadaan kecemasan.
Antara sumber dana ialah :
i. Kutipan yuran daripada setiap murid dibuat setelah memohon dan
mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
ii. Melalui inisiatif Badan Kebajikan Waris Asrama/PIBG
iii. Melalui sumber-sumber lain.
4.6.3 Pengurusan Kesihatan Murid
a. Pengurusan bidang ini bertujuan untuk memberi bantuan segera dan lanjutan
kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan ketika
berada di asrama. Antara fungsi- fungsinya :
i. Memastikan setiap murid mempunyai rekod
kesihatan sejak mula mendaftar.
ii. Memastikan rekod kesihatan murid disimpan dan mudah
untuk diperoleh pada masa kecemasan.
iii. Memastikan bilik rawatan lengkap, sesuai dan selesa.
iv. Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal.
v. Menguruskan surat kebenaran mendapat rawatan.
vi. Menguruskan penghantaran murid ke hospital/klinik/
rumah apabila sakit.
vii. Menghubungi ibu bapa/penjaga/waris murid yang sakit.
viii. Melaksanakan program kesihatan murid seperti :
a. Ceramah kesihatan
b. Pemeriksaan kesihatan
c. Kempen cara hidup sihat
d. Program kecergasan
e. Program awal remaja
35
f. Program penjagaan gigi
4.6.4 Pengurusan Pengangkutan
Penyelia Asrama/Warden perlu menguruskan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan
murid seperti ke masjid untuk sembahyang Jumaat, balik kampung, semasa kecemasan dan
lawatan sambil belajar.
4.6.5 Pengurusan Disiplin
Pengurusan Disiplin bertujuan untuk memastikan murid asrama mematuhi peraturan dan
sentiasa berada dalam keadaan selamat.
1. Menubuhkan Jawatankuasa Disiplin Asrama.
2. Mewujudkan Buku Peraturan Asrama.
3. Merekod kes disiplin di dalam Buku Salahlaku.
4. Melengkapkan data kes salahlaku ke dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA).
5. Mewujudkan Lembaga Pengawas Asrama.
6. Memastikan murid mematuhi peraturan dan mengambil tindakan terhadap murid yang
melanggar peraturan asrama.
7. Mematuhi prosedur tindakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Melaksanakan program Sistem Amaran Awal (AWAS).
9. Menyediakan borang tertentu yang berkaitan dengan disiplin seperti :
i. Akujanji
ii. Surat Pemberitahuan
iii Borang Pengakuan dan lain-lain yang berkaitan.
10. Memaklumkan dan memanggil ibu bapa/penjaga murid yang melakukan kesalahan untuk
sesi perbincangan.
11. Merujuk kes-kes salahlaku murid kepada Pengetua / Guru Besar untuk diambil tindakan.
12. Menyediakan program pemantapan disiplin. Contohnya:
i. Sesi Kaunseling
ii. Motivasi
iii. Ceramah
36
iv. Seminar Keibubapaan
4.7 Jadual Harian Murid Asrama
Isnin Hingga Khamis (Mengikut kesesuaian sekolah)
5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri.
6.00 pagi Sembahyang Subuh secara berjemaah.
6.40 pagi Sarapan pagi.
7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan.
7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.
7.10 pagi Perhimpunan pagi.
7.25 pagi Pelajaran bermula.
12.00 t.hari Makan tengah hari
1.45 petang Sembahyang Zohor secara berjemaah.
2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan .
3.00 petang Kelas persediaan
4.30 petang Minum petang.
4.45 petang Sembahyang Asar secara berjemaah.
5.00 petang Riadah/Urus Diri
6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan.
6.30 petang Makan malam.
7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah.
9.00 malam Kelas persediaan malam.
10.30 malam Minum malam.
11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.
11.05 malam Murid berada di katil masing-masing
37
Jumaat
5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri.
6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah (Sujud Sajadah).
6.40 pagi Sarapan pagi.
7.00 pagi Siren/Loceng untuk meninggalkan dewan makan.
7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.
7.10 pagi Perhimpunan pagi.
7.25 pagi Pelajaran bermula.
12.00 petang Makan tengahari.
12.45 petang Sembahyang Jumaat (L) /Zohor (P).
2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan .
3.00 petang Kelas persediaan .
4.30 petang Minum petang.
4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.
5.00 petang Riadah/Urus Diri
6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan .
6.30 petang Makan malam.
7.30 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah.
8.00 malam Kelas persediaan malam.
10.30 malam Minum malam.
11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.
11.05 malam Murid berada di katil masing-masing.
Sabtu
5.30 pagi Siren/loceng murid bangun.
6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/ kuliah subuh
6.40 pagi Sarapan pagi.
38
7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan.
7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.
7.10 pagi Perhimpunan pagi.
8.00 pagi Kelas persediaan/aktiviti kokurikulum./Keluar ke bandar.
12.00 tgh. Tamat kelas persediaan/Aktiviti Kokurikulum.
12.30 tgh Makan tengahari.
1.30 petang Sembahyang Zohor berjemaah.
4.30 petang Minum petang.
4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.
5.00 petang Riadah Petang/Urus Diri
6.15 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan.
6.20 petang Semua mesti berada di asrama
6.30 petang Makan malam.
7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah.
Aktiviti berfaedah/kelas persediaan malam.
10.30 malam Minum malam.
11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.
11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing.
Ahad/ Cuti Umum
5.30 pagi Siren/loceng murid bangun.
6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/Kuliah Subuh
6.30 pagi Riadah pagi.
7.30 pagi Sarapan pagi.
9.00 pagi Gotong royong
10.00 pagi Pemeriksaan rasmi asrama.
12.30 tgh Makan tengahari.
39
1.30 tgh Sembahyang Zohor berjemaah.
4.30 petang Minum petang.
4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.
5.00 petang Riadah petang.
6.15 petang Siren/loceng peringatan dibunyikan .
6.30 petang Makan malam.
7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah
9.00 malam Kelas persediaan malam.
10.30 malam Minum malam.
11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.
11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing.
4.8 PERATURAN ASRAMA
4.8.1 Peraturan Kemasukan
a) Penginapan di asrama adalah terhad untuk tempoh setahun sahaja.
b) Murid mestilah memohon semula untuk tahun berikutnya.
4.8.2 Peraturan Berpakaian
a) Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah,
menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan dorm dan menghadiri
sebarang acara rasmi asrama atau sekolah.
b) Setiap murid mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari
kawasan asrama seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke
rumah.
c) Murid perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya dan
memakai kosmetik.
4.8.2.1 Pakaian Sekolah Murid Lelaki
a) Baju
i) Warna putih (cotton), lengan pendek , poket satu di kiri dan tidak bertutup.
ii) Butang putih dijahit dengan benang putih.
iii) Baju sentiasa dimasukkan ke dalam.
40
iv) Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di
pergelangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.
41
b) Seluar
i) Seluar panjang berwarna hijau tua/putih .
ii) Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali
apabila berdiri.
iii) Potongan “bell-bottom”, kaki kecil (slim cut ) dan ketat tidak dibenarkan.
iv) Material dari ‘Jeans’ atau ala ‘Jeans’ tidak dibenarkan.
c) Stokin
i) Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stokin berwarna putih.
ii) Stokin yang terlalu pendek tidak dibenarkan.
d) Kasut
i) Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, kasut
kulit berwarna hitam (bukan kanvas) dipakai untuk acara rasmi.
ii) Kasut tidak bertumit tinggi.
iii) Kasut berbelang-belang, sandal, selipar, kasut sukan tidak dibenarkan
dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau
mengikuti rombongan sekolah.
iv) Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih.
v) Kasut bertali mestilah diikat kemas.
.
e) Tali Pinggang.
i) Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau atau hitam
dibenarkan.
ii) Lebar tali pinggang mestilah tidak melebihi 2 cm.
iii) Kepala tali pinggang yang besar dan berbagai bentuk tidak dibenarkan.
(Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah)
42
4.8.2.2 Pakaian Sekolah Murid Perempuan.
i) Baju kurung dan kain atau ‘pinafore’ sekolah (cotton).
ii) Telekung mini berwarna putih.
iii) Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi,
keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah.
(Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah)
4.8.2.3 Pakaian Kebangsaan.
a) Murid Lelaki.
i) Pakaian kebangsaan berwarna putih atau berwarna pilihan asrama,
potongan baju berbutang 5 atau 3.
ii) Songkok hitam, berukuran tinggi 10 cm dan bersampin.
b) Murid Perempuan
Pakaian baju kurung berwarna putih atau berwarna pilihan asrama.
4.8.2.4 Pakaian Sukan
i) Seluar panjang permainan (seluar trek) berwarna biru gelap atau hitam.
ii) Hanya baju ‘T’ berkolar, berwarna putih berlengan pendek atau panjang,
kosong atau berlambang/tulisan yang berkaitan dengan identiti sekolah
sahaja.
4.8.2.5 Pakaian Pengawas
Tertakluk kepada tatacara berpakaian pengawas sekolah.
4.8.2.6 Tanda Nama dan Lencana Sekolah
Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.
4.8.2.7 Cermin Mata
i) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor.
ii) Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil
dan berwarna atau berfesyen.
iii) Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor
iv) Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/ gelap.
43
4.8.2.8 Topi/Songkok
i) Dibenarkan memakai topi sekolah ketika menyertai atau menyaksikan
acara sukan dan permainan.
ii) Dibenarkan memakai songkok hitam sahaja.
4.8.2.9 Rambut
a) Murid Lelaki
i) Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju.
Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja.
ii) Rambut mesti disikat kemas dan bersih.
iii) Membotakkan kepala adalah dilarang.
iv) Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang.
v) Misai,janggut dan jambang tidak dibenarkan.
b) Murid Perempuan
i) Rambut hendaklah pendek. Jika panjang mestilah diikat
/ didandan dengan reben hitam/putih/biru.
ii) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
iii) Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang.
iv) Rambut mesti kemas dan bersih.
v) Bulu kening tidak boleh dihias, dicukur atau dicabut.
4.8.3 Majalah Dan Penulisan
i) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah
asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman
dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah
mendapat kebenaran daripada Pengetua/Guru Besar.
ii) Semua tulisan yang bertujuan untuk dicetak, disebar dan
diedar hendaklah melalui semakan dan kebenaran warden.
iii) Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang
kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa kebenaran
Pengetua/Guru Besar.
44
iv) Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah
adalah tertakluk kepada peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang
Majalah Sekolah 1958) dan pindaan- pindaannya.
4.8.4 Surat Menyurat
i) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat
pengirim.
ii) Pihak pentadbiran asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan
perlu.
iii) Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan
mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah.
4.8.5 Harta Persendirian
i) Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda milik masing-
masing.
ii) Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan
hak milik murid hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih,
cermat dan sempurna.
iii) Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam
kelas, dorm atau tempat-tempat yang terdedah. Murid hanya dibenarkan
menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 pada setiap masa. Wang
selebihnya hendaklah disimpan oleh warden atau di bank.
iv) Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai
hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas
harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada
pemiliknya.
4.8.6 Barang larangan
i) Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak
dibenarkan dibawa ke asrama.
ii) Rokok, pil khayal, ‘chewing gum’, kuaci, minuman keras, alat solek,
barang kemas, pakaian berharga,cermin mata hitam, pakaian menjolok
mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans,
bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar,
buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan
sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama.
iii) Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan
tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan
dibawa ke asrama.
45
4.8.7 Kawasan Larangan
i) Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.
ii) Bilik Makmal atau Bilik Tayangan, Bilik Kemahiran Hidup,
Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu
dan Bilik Profesional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani
aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan.
iii) Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan.
iv) Dapur dan tangki air.
v) Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah.
vi) Kawasan rumah Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, rumah guru
dan rumah pekerja.
vii) Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat
jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan.
viii) Pada waktu malam yang tiada kelas persediaan, murid-murid mesti
berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran.
ix) Kawasan asrama puteri menjadi kawasan larangan murid putera dan
sebaliknya.
4.8.8 Kelas Persediaan
i) Semua murid diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan petang dan
malam yang telah ditetapkan.
ii) Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua
warden atau warden bertugas.
iii) Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak
dibenarkan.
iv) Murid-murid juga tidak dibenarkan membaca surat khabar, majalah,
komik, menulis surat, membuat lukisan, berjalan-jalan atau berbual-bual
kosong.
4.8.9 Makanan
i) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar
dari dewan makan.
ii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam dorm.
iii) Murid yang sakit atau tidak berupaya berjalan, makanan boleh
dibawa ke bilik rawatan.
46
4.9 Peraturan Keluar Masuk
i) Murid dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak asrama.
ii) Setiap murid mestilah menyerahkan kad murid/kad keluar masuk di
pondok pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula
semasa memasuki kawasan asrama.
iii) Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk
temujanji rawatan, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.
iv) Murid tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa
kebenaran ketua warden atau warden bertugas.
v) Murid yang keluar ke bandar dilarang membawa beg atau
bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya.
4.10 Peraturan Melawat
i) Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :
i Sabtu/ Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang
ii Kelepasan Am : 10.00 pagi - 6.00 petang
ii) Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa/penjaga
boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar/Penolong
Kanan HEM/ warden bertugas.
iii) Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang
disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan
kawasan-kawasan larangan yang lain.
iv) Murid perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa
atau adik-beradik lelaki.
v) Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan mematuhi syarat
syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut.
vi) Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak
mempunyai kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya.
vii) Pelawat/Ibu bapa hanya dibenarkan melawat murid pada waktu lawatan
sahaja.
viii) Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang
penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran
Pengetua/Guru Besar.
ix) Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar untuk bertemu dengan
murid.
x) Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab.
47
4.11 Pemeriksaan Asrama
i) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh
pengawas sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat
tidur murid dalam keadaan kemas dan bersih.
ii) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah
dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan :
a) Kebersihan dorm murid.
b) Kebersihan asrama.
c) Setiap murid mempunyai peralatan peribadi
yang lengkap.
d) Perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak
sekolah.
iii) Pemeriksaan asrama pada hari Ahad, jam 10.00 pagi
dijalankan oleh pengawas dan warden.
iv) Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh
Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/
Warden/Guru Disiplin atau Pengawas.
4.12 Kategori Kesalahan Murid
4.12.1 Kesalahan Berat
a) Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar dadah.
b) Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum
minuman keras atau berjudi.
c) Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru,
pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja.
d) Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan
terhadap guru-guru, kakitangan atau murid-murid lain.
e) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya
yang boleh digunakan untuk tujuan jahat.
f) Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya.
48
g) Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu
lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau
yang boleh mendatangkan syak wasangka.
h) Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan.
i) Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa
kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang
kenderaan dan sebagainya.
j) Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah,
menipu dan membantah arahan warden/guru.
k) Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat, penyelia
asrama, warden, guru disiplin, penolong kanan atau
pengetua walaupun telah diberi beberapa kali amaran.
l) Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas
sekolah/asrama,warden,guru dan kakitangan sekolah/asrama.
4.12.2 Kesalahan Sederhana
a) Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri
seperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan sebagainya.
b) Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut
walaupun telah diberi amaran dan membuat perakuan
bertulis.
4.12.3 Kesalahan Ringan
a) Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam
peraturan sekolah/asrama.
b) Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan
dan tidak berpakaian kemas.
c) Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan ketua
dorm.
d) Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak
dipotong/disikat secara yang dibenarkan.
e) Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah
ditetapkan.
f) Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/mengganggu
ketenteraman umum atau murid lain di asrama/sekolah/
padang/gelanggang semasa menonton perlawanan sukan/
semasa dalam rombongan dan sebagainya.
49
g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng poster yang
ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah, bas sekolah,
membazirkan tenaga elektrik, air dan lain-lain.
h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/
asrama/ murid- murid lain.
4.13 Tindakan –Tindakan
4.13.1 Kesalahan Berat
a) Dilaporkan kepada Pengetua / Guru Besar / PPD
/JPN/Kementeriaan Pelajaran Malaysia (mengikut kesalahan)
dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
b) Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan
terakhir.
c) Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah
diberikan.
d) Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama.
e) Mengisi borang akujanji.
f) Dihantar ke sesi kaunseling.
4.13.2 Kesalahan Sederhana
a) Kali pertama :
- Dirotan.
- Membuat perakuan bertulis.
- Laporan kepada ibu bapa/penjaga.
- Ditahan keluar ke bandar selama dua kali berturut-turut.
- Dihantar ke sesi kaunseling.
50
b) Kali Kedua :
- Dirotan.
- Amaran terakhir.
- Membuat perakuan bertulis.(salinan kepada
ibu bapa atau penjaga)
- Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk
membuat perakuan bertulis di hadapan
pengetua.
- Dihantar ke sesi kaunseling.
c) Kali ketiga.
- Dirotan.
- Diumumkan semasa perhimpunan.
- Digantung persekolahan/asrama.
- Direkod sebagai kesalahan berat, jika
diulangi akan dibuang sekolah/asrama
- Dihantar ke sesi kaunseling.
4.13.3 Kesalahan Ringan.
a) Kali pertama
- Diberi amaran.
b) Kali kedua.
- Diberi amaran terakhir
- Ditahan keluar ke bandar sekali.
c) Kali ketiga.
- Dirotan
- Ditahan keluar ke bandar tiga kali berturut-
turut
- Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika
diulangi akan dirotan serta dilaporkan
kepada ibu bapa/penjaga.
- Dihantar ke sesi kaunseling.
51

More Related Content

What's hot

Kertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerahKertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerah
Zatil Nabilah
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBT
chooeinsan
 
Contoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratContoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratChon Seong Hoo
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgmmariam buang
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
amuradhamid edidik edu my
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
NHazaarifaAinS
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmi
ain hunny
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebm
Noor Hayati
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Photography on Facebook
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012julianah73
 
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Contoh Borang Maklum Balas Minit MesyuaratContoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Hasni Dolmat
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
shukrie ahmad
 
Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)
Annazelan Ann
 
Borang pemantauan
Borang pemantauanBorang pemantauan
Borang pemantauan
TING Hua
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
NASIDAHBINTINASAHAMo
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
AzimahDollah2
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptxPPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
NURALYAZAHRABINTIMOH
 

What's hot (20)

Kertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerahKertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerah
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBT
 
Contoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratContoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuarat
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgm
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmi
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebm
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 
Bidang Tugas PPM Pend. Khas
Bidang Tugas PPM Pend. KhasBidang Tugas PPM Pend. Khas
Bidang Tugas PPM Pend. Khas
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
 
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Contoh Borang Maklum Balas Minit MesyuaratContoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
 
Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)
 
Borang pemantauan
Borang pemantauanBorang pemantauan
Borang pemantauan
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptxPPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
PPT MESYURAT HEM BIL 1 TAHUN 2022.pptx
 

Similar to Bahagian pengurusan asrama

analisis video pembelajaran
analisis video pembelajaran analisis video pembelajaran
analisis video pembelajaran
TriBudhiSuwarsono1
 
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxMESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
ssuseref9602
 
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdfmesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
Shafizad Kamaludin
 
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
NORZIHABTEOTHMANMoe
 
RPP AA 8.pdf
RPP AA 8.pdfRPP AA 8.pdf
RPP AA 8.pdf
NurulWinayanti1
 
Standar pedagogi
Standar pedagogiStandar pedagogi
Aktiviti kurikulum 2021 2
Aktiviti kurikulum 2021 2Aktiviti kurikulum 2021 2
Aktiviti kurikulum 2021 2
mohdazman76
 
Senarai tugas pengetua
Senarai tugas pengetuaSenarai tugas pengetua
Senarai tugas pengetuaKasniza Kas
 
Bidang tugas JK PBS sekolah
Bidang tugas JK PBS sekolahBidang tugas JK PBS sekolah
Bidang tugas JK PBS sekolahZaharah Yahya
 
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptxMATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
eky tea
 
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docxBARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
wan muhd nazari
 
Pedagogik sd
Pedagogik sdPedagogik sd
Pedagogik sd
selalubelajar
 
2. JUKNIS AKREDITASI SMK
2. JUKNIS AKREDITASI SMK2. JUKNIS AKREDITASI SMK
2. JUKNIS AKREDITASI SMKasep mulyana
 
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
Sanda Zyrechsmart
 
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.pptKEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
AsrolFaezal1
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
smstspg8
 

Similar to Bahagian pengurusan asrama (20)

Modul asrama 2104
Modul asrama 2104Modul asrama 2104
Modul asrama 2104
 
Management Sekolah
Management SekolahManagement Sekolah
Management Sekolah
 
analisis video pembelajaran
analisis video pembelajaran analisis video pembelajaran
analisis video pembelajaran
 
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxMESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
 
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdfmesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
 
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
3.2 Toolkit 3.2.2 - 3.2.4 - Google Docs.pdf
 
RPP AA 8.pdf
RPP AA 8.pdfRPP AA 8.pdf
RPP AA 8.pdf
 
Standar pedagogi
Standar pedagogiStandar pedagogi
Standar pedagogi
 
Aktiviti kurikulum 2021 2
Aktiviti kurikulum 2021 2Aktiviti kurikulum 2021 2
Aktiviti kurikulum 2021 2
 
Tugas penolong kanan hem
Tugas penolong kanan hemTugas penolong kanan hem
Tugas penolong kanan hem
 
Standar pedagogi
Standar pedagogiStandar pedagogi
Standar pedagogi
 
Senarai tugas pengetua
Senarai tugas pengetuaSenarai tugas pengetua
Senarai tugas pengetua
 
Bidang tugas JK PBS sekolah
Bidang tugas JK PBS sekolahBidang tugas JK PBS sekolah
Bidang tugas JK PBS sekolah
 
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptxMATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
MATERI BUKTI FISIK PKKS.pptx
 
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docxBARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
BARU PENGURUSAN HEM 2023 (2).docx
 
Pedagogik sd
Pedagogik sdPedagogik sd
Pedagogik sd
 
2. JUKNIS AKREDITASI SMK
2. JUKNIS AKREDITASI SMK2. JUKNIS AKREDITASI SMK
2. JUKNIS AKREDITASI SMK
 
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
1. sop pengelolaan pemb tematik terpadu ks
 
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.pptKEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
 

Recently uploaded

PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptxPPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
MiscoTamaela1
 
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
GalihHardiansyah2
 
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).pptstudi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
SendowoResiden
 
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
aciambarwati
 
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptxBAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
arda89
 
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
RahmanAnshari3
 
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke KlojenGrass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
PavingBlockBolong
 
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baikkinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
HalomoanHutajulu3
 
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
hanhan140379
 
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWINSUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
SUNDABET
 
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaanStrategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
fatamorganareborn88
 
pph pasal 4 ayat 2 belajar ( pph Final ).ppt
pph pasal 4 ayat 2  belajar ( pph Final ).pptpph pasal 4 ayat 2  belajar ( pph Final ).ppt
pph pasal 4 ayat 2 belajar ( pph Final ).ppt
mediamandirinusantar
 
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdfPPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
MuhammadIqbal24956
 
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioningbauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
wear7
 
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptxPERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
AzisahAchmad
 
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
helenenolaloren
 
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDFJasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
Rajaclean
 
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faizppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
Alfaiz21
 
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdekaMateri Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
13FitriDwi
 
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptxAUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
indrioktuviani10
 

Recently uploaded (20)

PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptxPPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
PPT BIMTEK STRATEGI PEMBELAJARAN EFEKTIF.pptx
 
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
Khutbah Jum'at, RASULULLAH BERANGKAT BERUMRAH DAN BERHAJI MULAI BULAN DZULQA'...
 
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).pptstudi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
studi kelayakan bisnis (desaian studi kelayakan).ppt
 
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
17837355 pemantauan dan pengendalian.ppt
 
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptxBAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
BAB 8 Teori Akuntansi dan Konsekuensi Ekonomi.pptx
 
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
10. Bab tentang Anuitas - Matematika ekonomi.pptx
 
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke KlojenGrass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
Grass Block Untuk Carport Pengiriman ke Klojen
 
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baikkinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
kinerja penyusunan anggaran organisasi yang baik
 
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
hubungan-perusahaan-dengan-stakeholder-lintas-budaya-dan-pola-hidup-audit-sos...
 
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWINSUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
SUNDABET DAFTAR SLOT ONLINE GACOR MAXWIN
 
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaanStrategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
Strategi pemasaran dalam bisnis ritel diperusahaan
 
pph pasal 4 ayat 2 belajar ( pph Final ).ppt
pph pasal 4 ayat 2  belajar ( pph Final ).pptpph pasal 4 ayat 2  belajar ( pph Final ).ppt
pph pasal 4 ayat 2 belajar ( pph Final ).ppt
 
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdfPPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
PPT METODOLOGI PENELITIAN MUHAMMAD IQBAL.pdf
 
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioningbauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
bauran pemasaran- STP-segmen pasar-positioning
 
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptxPERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
PERTEMUAN 1 ; PENGANTAR DIGITAL MARKETING PERTANIAN.pptx
 
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
PENGARUH PERCEIVED USEFULNESS, PERCEIVED EASE OF USE, DAN PERCEIVED RISK TERH...
 
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDFJasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
Jasa Cuci Sofa Terdekat Bogor Barat Bogor.PDF
 
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faizppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
ppt metodologi penelitian bisnis digital Al faiz
 
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdekaMateri Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
Materi Pemasaran Kelas 11 kurikulum merdeka
 
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptxAUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
AUDIT II KELOMPOK 9_indrioktuvianii.pptx
 

Bahagian pengurusan asrama

  • 2. ISI KANDUNGAN BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA 1. Pengenalan 23 2. Matlamat 23 3. Kriteria Pengambilan Murid Ke Asrama 23 4. Bidang Pengurusan Murid 24 4.1 Pengurusan Akademik 24 4.2 Pengurusan Kokurikulum ( Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & 25 Sukan/Permainan ) 4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan 26 4.4 Pengurusan Kesihatan dan kebersihan 31 4.5 Keselamatan 31 4.6 Pengurusan Kebajikan Murid 34 4.7 Peraturan Dan Disiplin 36 4.8 Peraturan Asrama 40 4.9 Peraturan Keluar Masuk 47 4.10 Peraturan Melawat 47 4.11 Pemeriksaan Asrama 48 4.12 Kategori Kesalahan Murid 48 4.13 Tindakan –Tindakan 50 22
  • 3. BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA 1. Pengenalan Murid di asrama seharusnya lebih cemerlang dalam pelbagai bidang berbanding dengan murid yang mempunyai latar belakang yang sama tetapi tidak tinggal di asrama. Ini disebabkan mereka mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar. Hal ini boleh dicapai melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti murid yang berkesan. 2. Matlamat Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3. Kriteria Pengambilan Murid Asrama 3.1. Kemudahan asrama adalah satu keistimewaan dan bukan merupakan hak kepada semua murid. Oleh itu, pemilihan murid-murid yang layak masuk ke asrama adalah berdasarkan kriteria berikut :- 3.1.1 Tinggal jauh dari sekolah. 3.1.2 Keluarga yang kurang berada. 3.1.3 Murid Rancangan Khas (Ini melibatkan asrama-asrama tertentu sahaja seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri) 3.1.3.1 Rancangan Khas Akademik 3.1.3.2 Rancangan Khas Aliran Agama 3.1.3.3 Rancangan Khas Sukan 3.1.3.4 Rancangan Khas Integrasi 3.1.3.5 Rancangan Model Khas (Rendah/Menengah) 3.2 Tinggal di tempat yang sukar mendapat kemudahan pengangkutan dan mengancam keselamatan murid. 3.3 Ibu bapa/penjaga mereka bertugas di luar negara. 3.4 Murid- murid yang mungkin tercicir jika tidak diberi tempat di asrama. 3.5 Kes Khas (Arahan-arahan khas daripada Kementerian Pelajaran/Pengarah Pelajaran Negeri) 23
  • 4. 4 Bidang Pengurusan Murid 4.1 Pengurusan Akademik 4.1.1 Menubuhkan jawatankuasa. 4.1.2 Kelas Persediaan (Preparatory hour) dijalankan secara berjadual dan bersistem. 4.1.3 Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dan berkemahiran. 4.1.4 Bengkel kemahiran belajar diadakan secara terancang dan berkesan. 4.1.5 Penggunaan perpustakaan asrama/sekolah secara maksimum. 4.1.6 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan. 4.1.7 Warden memaklumkan perkembangan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa atau penjaga. 4.1.8 Mengadakan program bercorak akademik seperti hari/minggu/bulan Bahasa Inggeris bagi meningkatkan minat dalam pelajaran dan sebagainya. 4.1.9 Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti modul, buku kerja, perisian pembelajaran berkomputer untuk digunakan oleh murid. 4.1.10 Memastikan murid-murid membuat Aku Janji dengan menetapkan sasaran pencapaian akademik secara jelas dan khusus. Contoh Perancangan Program Peningkatan Akademik Bil Aktiviti Objektif Kumpulan Sasaran Pelaksana Utama/ Penyelaras Tarikh Pelaksanaan 1 Kelas persediaan pagi/petang Menyemak kerja rumah dan membuat persiapan Pelajaran Semua murid - Warden - Pengawas - Ketua kelas Sepanjang masa 2 Kelas persediaan malam Mengulangkaji Pelajaran Semua Murid - Warden - Pengawas - Ketua Kelas Sepanjang masa 3 Motivasi Akademik Orientasi Mendedahkan murid baru tentang kaedah belajar dalam konteks kehidupan di asrama Semua murid baru - PK 1 /PK HEM - Kaunselor - Warden - Ibu bapa - PIBG Minggu Pertama mendaftar 4 Kelas Tambahan/ Tuisyen (UPSR/PMR/ SPM/ STPM) Mengulangkaji Pelajaran untuk peperiksaan Semua murid kelas peperiksaan - PK 1 -J/Kuasa Akademik/ Guru/ Warden/ Ibubapa/ PIBG Mengikut Takwim sekolah 24
  • 5. 5 Kursus/ Ceramah Teknik Kemahiran Belajar Pendedahan penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan Semua murid -GPK 1 -J/Kuasa Akademik/ Kaunselor Mengikut Takwim Sekolah 6 Kursus/teknik menjawab soalan Mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan Semua murid kelas peperiksaan -J/Kuasa Akademik/ Kaunselor Mengikut Takwim Sekolah 7 Kajian Pencapaian Akademik dan Tindakan Susulan Menganalisis dan menyediakan program susulan/ menyimpan rekod akademik/ mengesan murid lemah Semua murid -J/Kuasa Akademik Sepanjang Masa/Selepas Ujian/ Peperiksaan 8 Anugerah Kecemerlangan Akademik Merangsang murid ke arah kecemerlangan Semua murid -J/Kuasa Akademik/ Warden Pertengahan/ Akhir Tahun 9 TV Pendidikan (Rakaman) Pendedahan maklumat mata pelajaran Semua murid mengikut tingkatan -J/Kuasa Akademik/ Warden bertugas Sepanjang masa 4.2 Pengurusan Kokurikulum (Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan) 4.2.1 Menubuhkan jawatankuasa. 4.2.2 Memastikan setiap murid mengisi Borang Laporan Kesihatan semasa pendaftaran masuk ke asrama setiap tahun. Ia perlu dirujuk sebelum seseorang murid itu dibenarkan menyertai sebarang program/aktiviti. 4.2.3 Mewajibkan setiap murid menyertai salah satu bidang kokurikulum di peringkat sekolah secara aktif. 4.2.4 Menyediakan jadual aktiviti sepanjang minggu/bulan/tahun. 4.2.5 Merancang program dan aktiviti yang menjurus kepada integrasi nasional. 4.2.6 Menyediakan bilik, kemudahan tempat dan peralatan bagi semua aktiviti kokurikulum. 4.2.7 Mewujudkan/memantapkan pasukan sekolah/asrama dan menyediakan pasukan pelapis bagi setiap program/aktiviti. 4.2.8 Menyertai pelbagai pertandingan di peringkat asrama, zon/daerah, negeri dan kebangsaan. 4.2.9 Merancang dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi pembelian peralatan aktiviti kokurikulum. 4.2.10 Memastikan murid hanya menyertai aktiviti luar sekolah yang diluluskan oleh JPN/ Pengetua/Guru Besar sahaja serta mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga. 25
  • 6. 4.2.11 Memastikan semua aktiviti berlangsung dalam suasana harmonis. 4.2.12 Memastikan murid - murid mematuhi peraturan keselamatan dan peraturan mengikut ‘Education (School Discipline) Regulations 1959’ di dalam semua aktiviti yang dijalankan. 4.2.13 Menganjurkan kursus kepemimpinan dan latihan kepada semua pemimpin unit secara berkala. 4.2.14 Memastikan setiap murid sentiasa mematuhi peraturan permainan, menjaga nama baik serta imej sekolah dan menunjukkan prestasi cemerlang. 4.2.15 Menyediakan rekod prestasi kokurikulum setiap murid. 4.2.16 Mempelbagaikan jenis permainan dan sukan agar lebih ramai murid terlibat mengikut minat masing-masing. 4.2.17 Mengadakan program sukan dan permainan tertentu untuk tujuan kecemerlangan dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah daripada persatuan-persatuan sukan tempatan. 4.2.18 Mewujudkan asrama berwatak melalui aktiviti kokurikulum. 4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan 4.3.1 Keagamaan/Kerohanian 4.3.1.1 Mewujudkan Jawatankuasa. 4.3.1.2 Memastikan semua murid memiliki pakaian dan kelengkapan yang sempurna, sesuai untuk beribadah dan aktiviti keagamaan. 4.3.1.3 Mewajibkan murid asrama yang beragama Islam mengerjakan solat berjemaah di bilik solat/surau asrama. 4.3.1.4 Mengadakan kelas Al-Quran. 4.3.1.5 Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian secara harian/mingguan/bulanan seperti:- i. Bacaan Yasin dan Tahlil ii. Kuliah Maghrib / Subuh iii. Tazkirah selepas Solat Maghrib iv. Tadarus Al-Quran v. Usrah murid vi. Qiamullail 26
  • 7. vii. Doa dan Zikir viii. Marhaban 4.3.1.6 Memupuk nilai-nilai murni seperti berikut : i. Memberi dan menjawab salam ii. Ucapan terima kasih iii. Hormat menghormati iv. Bersopan santun 4.3.1.7. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti : i. Maal Hijrah ii. Maulidur Rasul iii. Israk Mikraj iv. Nisfu Sya’aban v. Ihya` Ramadhan vi. Nuzul Al-Quran vii. Hari Raya Aidilfitri viii. Hari Raya Aidiladha 4.3.1.8. Merancang dan mengadakan kursus-kursus Fardhu Ain dan Fardu Kifayah berkaitan peningkatan amalan kerohanian di kalangan murid, contoh : i. Kursus Imam dan Muazzin ii. Kursus Pengurusan Jenazah. iii. Kursus mendirikan solat iv. Kursus Haji v. Khemah Ibadat vi. Kursus Perkahwinan vii. Kursus Penyembelihan 27
  • 8. 4.3.1.9. Merancang dan mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan keagamaan seperti: i. Hafazan ii. Nasyid iii. Marhaban/Berzanji iv. Azan v. Syarahan vi. Tilawah vii. Sketsa 4.3.2 Pengurusan Surau/Bilik Solat a. Menubuhkan jawatankuasa b. Mengadakan atau menyediakan kemudahan tempat wuduk dan solat yang sesuai dan lengkap c. Menyediakan jadual bertugas bagi Imam dan Muazzin d. Memastikan murid solat berjemaah di surau e. Membuat penyeliaan dan laporan harian f. Menyediakan kemudahan siaraya 4.3.3 Kelas Membaca Al-Quran a. Mengenal pasti murid yang tidak dapat membaca al-Quran dengan betul melalui Kelas Fardhu Ain dan Kokurikulum Pendidikan Islam kepada murid baru. b. Menyediakan bahan bacaan dan tenaga pengajar. c. Mengadakan kelas pengajian dan latihan membaca al-Quran. d. Melatih secara berkelompok / kumpulan. e. Membuat penilaian/laporan. f . Membudayakan membaca al-Quran secara istiqomah. g. Mengadakan kelas bacaan al-Quran,Tajwid dan Tarannum. 28
  • 9. 29
  • 10. 4.3.4 Kepemimpinan a. Mengadakan kursus kepemimpinan. b. Memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada murid untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. c. Membina kesedaran kendiri melalui latihan dan amalan berpandukan modul tertentu. d. Memperbanyakkan dokumen penghayatan biodata pemimpin negara dan tokoh-tokoh pejuang yang ditempatkan di perpustakaan asrama dan di papan kenyataan asrama. 4.3.5 Penghayatan Nilai Murni a. Melahirkan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. b. Menanamkan nilai kesedaran, keyakinan dan kesyukuran. c. Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan negara sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab. d. Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan. e. Mengadakan tayangan filem yang berkaitan dengan patriotisme. f. Menghasilkan buletin/buku skrap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Contoh Perancangan Program Kepemimpinan Bil Program Objektif Strategi Tarikh 1 Kursus Kepemimpinan Pengawas Asrama - Melahirkan pemimpin murid asrama - Memberi pendedahan kepada murid tentang cara-cara memimpin - Ceramah - LDK - Lawatan - Forum Mac 2 Majlis Anugerah Cemerlang - Melahirkan tokoh pemimpin murid - Memberi pengiktirafan kepada murid yang telah memberi sumbangan kepada asrama - Majlis khas - Majlis jamuan akhir tahun - Hadiah - Sijil Nov 3 Membentuk Kumpulan/ Pasukan - Melahirkan murid boleh memimpin dan mengurus - Menubuhkan Jawatankuasa khas seperti Sepanjang tahun 30
  • 11. Tertentu - Memberi tanggungjawab kepada murid untuk memimpin Pengawas, Dorm, Kumpulan kebudayaan contoh:- - Nasyid - Kompang - Koir - Marhaban 4 Program Pertukaran Murid Antara Asrama - Memberi pendedahan kepada murid tentang budaya sesebuah asrama - Memupuk semangat cintakan asrama. - Pertukaran murid asrama Tingkatan 2 & 4 Julai 5 Program Motivasi Antara Asrama - Memberi kesedaran kepada murid tentang kepimpinan - Membentuk daya kepimpinan. - Kem Motivasi Mei 4.4 Pengurusan Kesihatan dan Kebersihan “Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada segi fizikal,mental, sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau cacat cedera .” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia-WHO) Murid asrama perlu mempunyai kesedaran, sikap dan amalan yang positif terhadap kebersihan kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Kesihatan pula penting bagi pembentukan insan yang seimbang. Oleh itu, murid yang tinggal di asrama hendaklah dididik supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan diri mereka, tempat tinggal dan persekitaran. Kebersihan dan keceriaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :- 4.4.1 Kebersihan Dan Kesihatan Diri a Kebersihan kendiri perlu menjadi amalan yang paling penting bagi setiap murid. b PPM/Warden perlu menjalankan pemeriksaan kebersihan bilik dan diri murid setiap hari. c Sebarang penyakit atau kemalangan/kecemasan hendaklah dilaporkan dengan segera. 4.4.2 Pakaian a Murid mestilah sentiasa berpakaian kemas dan bersih. b Pakaian sekolah hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya. 4.5 Keselamatan 31
  • 12. 4.5.1 Keselamatan murid perlulah diutamakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian dan ketidaksempurnaan keadaan di asrama. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan langkah-langkah keselamatan sentiasa diamalkan. a. Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah dibunyikan dan orang pertama menyedarinya mestilah menghubungi bomba dengan segera. ii. Murid asrama mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta merta. iii. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan. iv. Ketua dorm/murid yang terakhir yang berada di dalam dorm hendaklah menutup pintu setelah memastikan semua murid keluar. v. Murid hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan kecemasan yang telah ditetapkan. vi. Di tempat perhimpunan, murid hendaklah berbaris mengikut dorm masing-masing dan ketua dorm hendaklah menyemak dan memastikan bilangan muridnya mencukupi. vii. Warden yang bertugas hendaklah melakukan tinjauan di tempat kebakaran berlaku dan melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar/ Pen. Kanan HEM/Ketua Warden. viii. Ketua dorm hendaklah melaporkan bilangan murid dalam dormnya kepada warden dan seterusnya melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar. ix. Murid hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan. b. Sistem Amaran Awal Kebakaran i. Pastikan semua peralatan, suis dan soket dalam keadaan baik serta berfungsi. ii. Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada penyelia/warden dengan segera. iii. Pemadam api dan paip bomba mestilah dalam keadaan baik, berfungsi, diletakkan di tempat yang strategik dan diselenggara setahun sekali. iv. Setiap bilik dan blok mestilah dilengkapi dengan pelan kecemasan yang menunjukkan laluan murid apabila berlaku kecemasan. v. Laluan kecemasan mestilah bebas daripada sebarang halangan. 32
  • 13. vi. Latihan kebakaran mestilah dijalankan pada awal tahun dan sekurang- kurangnya dua kali setahun. vii. Murid dilarang membuat sambungan elektrik atau menggunakan ubat nyamuk, alatan elektrik, lilin atau pelita. viii. Sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan sewaktu menggunakan peralatan elektrik dan bahan api. ix. Dorm yang menampung lebih daripada 4 orang mestilah mempunyai dua pintu. x. Lampu kecemasan berfungsi jika bekalan elektrik terputus. xi. Setiap dorm mesti mempunyai dua lampu picit yang berfungsi dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. xii. Dilarang membuat pembakaran terbuka di kawasan asrama. c. Keracunan i. Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan yang dibeli dari luar asrama. ii. Pastikan pekerja dewan makan mendapat suntikan TY2. iii Murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan makan. iv. Murid tidak dibenarkan membawa masuk atau menyimpan sebarang makanan di dalam dorm. v. Jika berlaku keracunan, segera bawa murid berkenaan ke hospital/klinik terdekat. vi. Melaporkan kepada Pengetua/GB/PK HEM/JPN/waris. d. Kemalangan Kecil i. Pastikan lantai sentiasa bersih dan kering. ii. Dilarang sama sekali berlari di dalam bilik air, dorm dan koridor. iii. Tidak dibenarkan duduk di atas tembok koridor. iv. Poster-poster peringatan perlu ditampal di persekitaran asrama. v. Dilarang memanjat tangki air atau sebarang tempat tinggi yang berbahaya. 33
  • 14. e. Sistem Kawalan Am i. Pengawal keselamatan mestilah membuat rondaan yang kerap dan membuat laporan kepada Penyelia Asrama sekiranya berlaku kerosakan. ii. Mengunci dan membuka pagar pada waktu yang ditetapkan. iii. Kawasan asrama puteri mestilah berpagar di sekeliling dan pintunya sentiasa berkunci pada waktu malam. iv. Pintu di dalam dorm mestilah dilengkapi dengan penyelak / kunci. v. Alatan berbahaya seperti pisau/gunting/ skrew driver tidak boleh disimpan di asrama. vi. Murid mestilah mengetahui peraturan umum keselamatan seperti keselamatan jalan raya dan keselamatan elektrik. vii. Satu isyarat tertentu (seperti jeritan, bunyi wisel, siren, loceng ) hendaklah dibunyikan jika berlaku kecemasan atau pencerobohan. 4.6 Pengurusan Kebajikan Murid 4.6.1 Pendaftaran Dan Penempatan Murid Asrama Pengurusan bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid yang berjaya ditempatkan di asrama mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan selesa seperti katil, tilam, bantal, almari dan sebagainya. Mereka perlu diberi panduan untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru yang mungkin asing bagi mereka. Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan: i. Panduan Penempatan Murid Asrama ii. Menerima senarai nama daripada Pengetua/Guru Besar ii. Mengenal pasti bilik/perabot/alatan. iv. Membuat agihan mengikut bilik v. Murid asrama melapor diri vi. Murid asrama mengisi borang penerimaan alatan vii. Menyemak dan mengesahkan borang akuan penerimaan viii. Murid mendapat tempat penginapan ix. Taklimat kepada waris 34
  • 15. x. Program Suai Kenal 4.6.2 Pengurusan Tabung Kebajikan Murid Ini bertujuan untuk membantu murid asrama dari segi kewangan apabila mereka menghadapi keadaan kecemasan. Antara sumber dana ialah : i. Kutipan yuran daripada setiap murid dibuat setelah memohon dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri. ii. Melalui inisiatif Badan Kebajikan Waris Asrama/PIBG iii. Melalui sumber-sumber lain. 4.6.3 Pengurusan Kesihatan Murid a. Pengurusan bidang ini bertujuan untuk memberi bantuan segera dan lanjutan kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan ketika berada di asrama. Antara fungsi- fungsinya : i. Memastikan setiap murid mempunyai rekod kesihatan sejak mula mendaftar. ii. Memastikan rekod kesihatan murid disimpan dan mudah untuk diperoleh pada masa kecemasan. iii. Memastikan bilik rawatan lengkap, sesuai dan selesa. iv. Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal. v. Menguruskan surat kebenaran mendapat rawatan. vi. Menguruskan penghantaran murid ke hospital/klinik/ rumah apabila sakit. vii. Menghubungi ibu bapa/penjaga/waris murid yang sakit. viii. Melaksanakan program kesihatan murid seperti : a. Ceramah kesihatan b. Pemeriksaan kesihatan c. Kempen cara hidup sihat d. Program kecergasan e. Program awal remaja 35
  • 16. f. Program penjagaan gigi 4.6.4 Pengurusan Pengangkutan Penyelia Asrama/Warden perlu menguruskan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan murid seperti ke masjid untuk sembahyang Jumaat, balik kampung, semasa kecemasan dan lawatan sambil belajar. 4.6.5 Pengurusan Disiplin Pengurusan Disiplin bertujuan untuk memastikan murid asrama mematuhi peraturan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. 1. Menubuhkan Jawatankuasa Disiplin Asrama. 2. Mewujudkan Buku Peraturan Asrama. 3. Merekod kes disiplin di dalam Buku Salahlaku. 4. Melengkapkan data kes salahlaku ke dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA). 5. Mewujudkan Lembaga Pengawas Asrama. 6. Memastikan murid mematuhi peraturan dan mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan asrama. 7. Mematuhi prosedur tindakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Melaksanakan program Sistem Amaran Awal (AWAS). 9. Menyediakan borang tertentu yang berkaitan dengan disiplin seperti : i. Akujanji ii. Surat Pemberitahuan iii Borang Pengakuan dan lain-lain yang berkaitan. 10. Memaklumkan dan memanggil ibu bapa/penjaga murid yang melakukan kesalahan untuk sesi perbincangan. 11. Merujuk kes-kes salahlaku murid kepada Pengetua / Guru Besar untuk diambil tindakan. 12. Menyediakan program pemantapan disiplin. Contohnya: i. Sesi Kaunseling ii. Motivasi iii. Ceramah 36
  • 17. iv. Seminar Keibubapaan 4.7 Jadual Harian Murid Asrama Isnin Hingga Khamis (Mengikut kesesuaian sekolah) 5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri. 6.00 pagi Sembahyang Subuh secara berjemaah. 6.40 pagi Sarapan pagi. 7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan. 7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. 7.10 pagi Perhimpunan pagi. 7.25 pagi Pelajaran bermula. 12.00 t.hari Makan tengah hari 1.45 petang Sembahyang Zohor secara berjemaah. 2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan . 3.00 petang Kelas persediaan 4.30 petang Minum petang. 4.45 petang Sembahyang Asar secara berjemaah. 5.00 petang Riadah/Urus Diri 6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan. 6.30 petang Makan malam. 7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah. 9.00 malam Kelas persediaan malam. 10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di katil masing-masing 37
  • 18. Jumaat 5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri. 6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah (Sujud Sajadah). 6.40 pagi Sarapan pagi. 7.00 pagi Siren/Loceng untuk meninggalkan dewan makan. 7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. 7.10 pagi Perhimpunan pagi. 7.25 pagi Pelajaran bermula. 12.00 petang Makan tengahari. 12.45 petang Sembahyang Jumaat (L) /Zohor (P). 2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan . 3.00 petang Kelas persediaan . 4.30 petang Minum petang. 4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah. 5.00 petang Riadah/Urus Diri 6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan . 6.30 petang Makan malam. 7.30 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah. 8.00 malam Kelas persediaan malam. 10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di katil masing-masing. Sabtu 5.30 pagi Siren/loceng murid bangun. 6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/ kuliah subuh 6.40 pagi Sarapan pagi. 38
  • 19. 7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan. 7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. 7.10 pagi Perhimpunan pagi. 8.00 pagi Kelas persediaan/aktiviti kokurikulum./Keluar ke bandar. 12.00 tgh. Tamat kelas persediaan/Aktiviti Kokurikulum. 12.30 tgh Makan tengahari. 1.30 petang Sembahyang Zohor berjemaah. 4.30 petang Minum petang. 4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah. 5.00 petang Riadah Petang/Urus Diri 6.15 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan. 6.20 petang Semua mesti berada di asrama 6.30 petang Makan malam. 7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah. Aktiviti berfaedah/kelas persediaan malam. 10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing. Ahad/ Cuti Umum 5.30 pagi Siren/loceng murid bangun. 6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/Kuliah Subuh 6.30 pagi Riadah pagi. 7.30 pagi Sarapan pagi. 9.00 pagi Gotong royong 10.00 pagi Pemeriksaan rasmi asrama. 12.30 tgh Makan tengahari. 39
  • 20. 1.30 tgh Sembahyang Zohor berjemaah. 4.30 petang Minum petang. 4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah. 5.00 petang Riadah petang. 6.15 petang Siren/loceng peringatan dibunyikan . 6.30 petang Makan malam. 7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah 9.00 malam Kelas persediaan malam. 10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing. 4.8 PERATURAN ASRAMA 4.8.1 Peraturan Kemasukan a) Penginapan di asrama adalah terhad untuk tempoh setahun sahaja. b) Murid mestilah memohon semula untuk tahun berikutnya. 4.8.2 Peraturan Berpakaian a) Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan dorm dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama atau sekolah. b) Setiap murid mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah. c) Murid perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya dan memakai kosmetik. 4.8.2.1 Pakaian Sekolah Murid Lelaki a) Baju i) Warna putih (cotton), lengan pendek , poket satu di kiri dan tidak bertutup. ii) Butang putih dijahit dengan benang putih. iii) Baju sentiasa dimasukkan ke dalam. 40
  • 21. iv) Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di pergelangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku. 41
  • 22. b) Seluar i) Seluar panjang berwarna hijau tua/putih . ii) Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri. iii) Potongan “bell-bottom”, kaki kecil (slim cut ) dan ketat tidak dibenarkan. iv) Material dari ‘Jeans’ atau ala ‘Jeans’ tidak dibenarkan. c) Stokin i) Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stokin berwarna putih. ii) Stokin yang terlalu pendek tidak dibenarkan. d) Kasut i) Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, kasut kulit berwarna hitam (bukan kanvas) dipakai untuk acara rasmi. ii) Kasut tidak bertumit tinggi. iii) Kasut berbelang-belang, sandal, selipar, kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah. iv) Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih. v) Kasut bertali mestilah diikat kemas. . e) Tali Pinggang. i) Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau atau hitam dibenarkan. ii) Lebar tali pinggang mestilah tidak melebihi 2 cm. iii) Kepala tali pinggang yang besar dan berbagai bentuk tidak dibenarkan. (Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah) 42
  • 23. 4.8.2.2 Pakaian Sekolah Murid Perempuan. i) Baju kurung dan kain atau ‘pinafore’ sekolah (cotton). ii) Telekung mini berwarna putih. iii) Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah. (Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah) 4.8.2.3 Pakaian Kebangsaan. a) Murid Lelaki. i) Pakaian kebangsaan berwarna putih atau berwarna pilihan asrama, potongan baju berbutang 5 atau 3. ii) Songkok hitam, berukuran tinggi 10 cm dan bersampin. b) Murid Perempuan Pakaian baju kurung berwarna putih atau berwarna pilihan asrama. 4.8.2.4 Pakaian Sukan i) Seluar panjang permainan (seluar trek) berwarna biru gelap atau hitam. ii) Hanya baju ‘T’ berkolar, berwarna putih berlengan pendek atau panjang, kosong atau berlambang/tulisan yang berkaitan dengan identiti sekolah sahaja. 4.8.2.5 Pakaian Pengawas Tertakluk kepada tatacara berpakaian pengawas sekolah. 4.8.2.6 Tanda Nama dan Lencana Sekolah Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah. 4.8.2.7 Cermin Mata i) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor. ii) Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen. iii) Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor iv) Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/ gelap. 43
  • 24. 4.8.2.8 Topi/Songkok i) Dibenarkan memakai topi sekolah ketika menyertai atau menyaksikan acara sukan dan permainan. ii) Dibenarkan memakai songkok hitam sahaja. 4.8.2.9 Rambut a) Murid Lelaki i) Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju. Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja. ii) Rambut mesti disikat kemas dan bersih. iii) Membotakkan kepala adalah dilarang. iv) Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang. v) Misai,janggut dan jambang tidak dibenarkan. b) Murid Perempuan i) Rambut hendaklah pendek. Jika panjang mestilah diikat / didandan dengan reben hitam/putih/biru. ii) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. iii) Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang. iv) Rambut mesti kemas dan bersih. v) Bulu kening tidak boleh dihias, dicukur atau dicabut. 4.8.3 Majalah Dan Penulisan i) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua/Guru Besar. ii) Semua tulisan yang bertujuan untuk dicetak, disebar dan diedar hendaklah melalui semakan dan kebenaran warden. iii) Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa kebenaran Pengetua/Guru Besar. 44
  • 25. iv) Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah adalah tertakluk kepada peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan pindaan- pindaannya. 4.8.4 Surat Menyurat i) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim. ii) Pihak pentadbiran asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu. iii) Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah. 4.8.5 Harta Persendirian i) Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda milik masing- masing. ii) Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik murid hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna. iii) Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, dorm atau tempat-tempat yang terdedah. Murid hanya dibenarkan menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh warden atau di bank. iv) Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya. 4.8.6 Barang larangan i) Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak dibenarkan dibawa ke asrama. ii) Rokok, pil khayal, ‘chewing gum’, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga,cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. iii) Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. 45
  • 26. 4.8.7 Kawasan Larangan i) Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja. ii) Bilik Makmal atau Bilik Tayangan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan Bilik Profesional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan. iii) Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan. iv) Dapur dan tangki air. v) Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah. vi) Kawasan rumah Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, rumah guru dan rumah pekerja. vii) Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan. viii) Pada waktu malam yang tiada kelas persediaan, murid-murid mesti berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran. ix) Kawasan asrama puteri menjadi kawasan larangan murid putera dan sebaliknya. 4.8.8 Kelas Persediaan i) Semua murid diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan petang dan malam yang telah ditetapkan. ii) Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua warden atau warden bertugas. iii) Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan. iv) Murid-murid juga tidak dibenarkan membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, membuat lukisan, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong. 4.8.9 Makanan i) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan. ii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam dorm. iii) Murid yang sakit atau tidak berupaya berjalan, makanan boleh dibawa ke bilik rawatan. 46
  • 27. 4.9 Peraturan Keluar Masuk i) Murid dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak asrama. ii) Setiap murid mestilah menyerahkan kad murid/kad keluar masuk di pondok pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan asrama. iii) Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk temujanji rawatan, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja. iv) Murid tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ketua warden atau warden bertugas. v) Murid yang keluar ke bandar dilarang membawa beg atau bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya. 4.10 Peraturan Melawat i) Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut : i Sabtu/ Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang ii Kelepasan Am : 10.00 pagi - 6.00 petang ii) Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ warden bertugas. iii) Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan kawasan-kawasan larangan yang lain. iv) Murid perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau adik-beradik lelaki. v) Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan mematuhi syarat syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut. vi) Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya. vii) Pelawat/Ibu bapa hanya dibenarkan melawat murid pada waktu lawatan sahaja. viii) Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar. ix) Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar untuk bertemu dengan murid. x) Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab. 47
  • 28. 4.11 Pemeriksaan Asrama i) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur murid dalam keadaan kemas dan bersih. ii) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan : a) Kebersihan dorm murid. b) Kebersihan asrama. c) Setiap murid mempunyai peralatan peribadi yang lengkap. d) Perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah. iii) Pemeriksaan asrama pada hari Ahad, jam 10.00 pagi dijalankan oleh pengawas dan warden. iv) Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ Warden/Guru Disiplin atau Pengawas. 4.12 Kategori Kesalahan Murid 4.12.1 Kesalahan Berat a) Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar dadah. b) Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum minuman keras atau berjudi. c) Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru, pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja. d) Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap guru-guru, kakitangan atau murid-murid lain. e) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat. f) Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya. 48
  • 29. g) Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka. h) Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan. i) Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya. j) Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah arahan warden/guru. k) Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat, penyelia asrama, warden, guru disiplin, penolong kanan atau pengetua walaupun telah diberi beberapa kali amaran. l) Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama,warden,guru dan kakitangan sekolah/asrama. 4.12.2 Kesalahan Sederhana a) Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri seperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan sebagainya. b) Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut walaupun telah diberi amaran dan membuat perakuan bertulis. 4.12.3 Kesalahan Ringan a) Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah/asrama. b) Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas. c) Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan ketua dorm. d) Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong/disikat secara yang dibenarkan. e) Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. f) Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/mengganggu ketenteraman umum atau murid lain di asrama/sekolah/ padang/gelanggang semasa menonton perlawanan sukan/ semasa dalam rombongan dan sebagainya. 49
  • 30. g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng poster yang ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah, bas sekolah, membazirkan tenaga elektrik, air dan lain-lain. h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/ asrama/ murid- murid lain. 4.13 Tindakan –Tindakan 4.13.1 Kesalahan Berat a) Dilaporkan kepada Pengetua / Guru Besar / PPD /JPN/Kementeriaan Pelajaran Malaysia (mengikut kesalahan) dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. b) Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan terakhir. c) Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan. d) Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama. e) Mengisi borang akujanji. f) Dihantar ke sesi kaunseling. 4.13.2 Kesalahan Sederhana a) Kali pertama : - Dirotan. - Membuat perakuan bertulis. - Laporan kepada ibu bapa/penjaga. - Ditahan keluar ke bandar selama dua kali berturut-turut. - Dihantar ke sesi kaunseling. 50
  • 31. b) Kali Kedua : - Dirotan. - Amaran terakhir. - Membuat perakuan bertulis.(salinan kepada ibu bapa atau penjaga) - Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan bertulis di hadapan pengetua. - Dihantar ke sesi kaunseling. c) Kali ketiga. - Dirotan. - Diumumkan semasa perhimpunan. - Digantung persekolahan/asrama. - Direkod sebagai kesalahan berat, jika diulangi akan dibuang sekolah/asrama - Dihantar ke sesi kaunseling. 4.13.3 Kesalahan Ringan. a) Kali pertama - Diberi amaran. b) Kali kedua. - Diberi amaran terakhir - Ditahan keluar ke bandar sekali. c) Kali ketiga. - Dirotan - Ditahan keluar ke bandar tiga kali berturut- turut - Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika diulangi akan dirotan serta dilaporkan kepada ibu bapa/penjaga. - Dihantar ke sesi kaunseling. 51