2. A.Ciri-ciri matahari
1.Matahari adalah pusat sistem suria kita.
2.Semua planet dan objek di angkasa lepas
seperti komet dan asteroid berputar
mengelilingi matahari.
3.Matahari mempunyai tarikan graviti yang
kuat mengekalkan planet dan objek lain
di dalam orbit di sekelilingnya.
3. 4.Matahari sebenarnya adalah bintang
bersaiz sederhana.
5.Matahari mengambil masa 25 1/3 hari
untuk berputar pada paksinya dari barat
ke timur.
Cir-ciri Matahari Ukuran Nota
Saiz 1.4juta km -diameter 109 x bumi
-jisim 330,000 x bumi
Jisim 1.989 x 1030 kg
Ketumpatan 1.14gcm-3
Suhu permukaan 6000OC
Suhu teras 15,000,000 OC
9. Korona
Ciri-ciri:
1.Lapisan paling luar gas dalam atmosfera
matahari.
2.Korona membentuk bulatan cahaya putih
di sekeliling matahari.
3.Hanya kelihatan semasa gerhana matahari
4.Suhu 1.5 jutaOC.
12. Fotosfera
Ciri-ciri:
1.Lapisan padat gas dilihat akan bersinar
dengan cahaya kuning dari bumi.
2.Suhu 6000OC.
3.Lapisan ini bertanggungjawab utk radiasi
haba dan cahaya dari matahari.
13. Teras matahari
Ciri-ciri:
1.Terdiri drpd gas helium & gas hidrogen.
2.Tindakbalas nuklear berlaku diteras
sepanjang masa utk menghasilkan tenaga
haba dan cahaya.
3.Suhu 15,000,000OC.
Teras
matahari
14. C. Fenomena yang berlaku di permukaan matahari
1.Granul
2.Tompok matahari
3.Kitaran Suria
4.Semarak suria (Prominen)
5.Nyalaan suria
6.Lentingan jisim korona
7.Angin suria
Semarak suria Tompok matahari
Lentingan jisim
korona
15. Granul, Tompok Matahari & Kitaran Suria
Granul
Imej yang kelihatan berbutir pada fotosfera dalam
atmosfera Matahari
Merupakan bahagian atas zon perolakan bagi plasma
yang sangat panas dengan suhu setinggi 5,800°C.
Diameter purata lebih kurang 1,000 km!!!
Kitaran Suria
Aktiviti tompok matahari yang wujud dan lenyap
mengikut pusingan 11 tahun
17. Tompok Matahari
Kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan matahari
Mempunyai kumpulan pelbagai saiz
Kelihatan gelap kerana suhunya lebih rendah daripada
kawasan sekitarnya yang terdiri daripada granul.
(Mempunyai suhu serendah 4000OC berbanding
sekelilingnya 6000OC)
Merupakan lokasi letusan
yang amat besar di fotosfera
(medan magnet yang kuat)
Fenomena yang berlaku
selama beberapa bulan
20. Semarak suria (Prominen matahari)
1.Prominen ialah letusan gas panas yg
meletus keluar dari matahari kromosfera
dgn cahaya yg bersinar terang.
2.Puncak boleh dilihat semasa gerhana
matahari.
3.Gas panas meletus dari kromosfera
sehingga angkasa lepas tetapi ia akan
ditarik balik untuk kromosfera oleh daya
graviti.
23. 4. Puncak mengeluarkan partikel bercas dan
sinaran ultraungu ke angkasa lepas.
5. Puncak mengakibatkan aliran angin yg
dipanggil angin suria. Angin solar terdiri
daripada zarah bercas.
Angin solar
26. Nyalaan suria
1.Nyalaan suria adalah ledakan gas yang
kuat berlaku tiba-tiba di kromosfera
matahari
2.Nyalaan suria berlaku dekat tompok mataha
Fenomena ini berlaku dgn ketara apabila
aktiviti pada tompok matahari mencapai
puncak setiap 11 tahun.
3. Nyalaan suria melepaskan:
a. partikel bercas spt proton & elektron
b. sinar gamma & sinar-x
27. 4.Fenomena ini berlaku untuk hanya beberapa
minit atau beberapa jam tetapi ia
mengeluarkan banyak tenaga.
28. Lentingan Jisim Korona
1. Merupakan awan yang besar dan terdiri
daripada plasma yang meletus daripada
matahari dan kerap berlaku bersama nyalaan
suria yang besar dan kuat.
2.Lentingan jisim korona ialah letusan zarah gas
yang bermagnet keluar pada kelajuan yang tinggi
dan kelihatan sebagai sebuah awan yang
mengembang.
3.Zarah bermagnet daripada lentingan jisim korona
mengambil masa tiga hari untuk sampai ke Bumi
dan menghasilkan aurora.
30. D.Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya
Medan magnet Bumi Magnetosfera Bumi
Kedua-dua corak garisan medan magnet tidak tetap
Corak garisan medan magnet Bumi hanya berubah sedikit sahaja
manakala corak garisan medan magnet dalam magnetosfera
berubah dengan banyak berdasarkan kepada interaksi antara
angin suria dengan medan magnet Bumi.
Bentuk Magnetosfera Bumi
31. D.Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya
Medan magnet Bumi Magnetosfera Bumi
Didefinisikan sebagai suatu ruang dalam angkasa lepas yang
meliputi Bumi di mana medan magnet dalam magnetosfera Bumi
ialah gabungan antara medan magnet Bumi (sebagai medan
magnet utama) dengan medan magnet dalam ruang di angkasa
lepas
Definisi Magnetosfera Bumi
32. D.Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya
Medan magnet Bumi Magnetosfera Bumi
Terbentuk daripada interaksi antara medan magnet yang dibawa
oleh angin suria dengan medan magnet Bumi.
Oleh sebab bilangan dan tenaga dalam zarah yang dibawa oleh
angin suria berubah-ubah, bentuk magnetosfera turut berubah-
ubah.
Pembentukan Magnetosfera Bumi
33. D.Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya
Berfungsi sebagai sekatan biologi yang melindungi hidupan di
Bumi daripada kesan buruk yang disebabkan oleh angin suria.
Menghalang zarah bercas seperti elektron, proton dan zarah
alfa dalam angin suria untuk sampai ke Bumi, jika berlebihan
dalam atmosfera Bumi akan mengganggu telekomunikasi, sistem
navigasi dan talian kuasa elektrik.
Mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh fenoena angin suria
terhadap atmosfera Bumi.
Kepentingan Magnetosfera Bumi
34. Cuaca Angkasa Lepas dan
Kesannya terhadap Bumi
Cuaca angkasa lepas didefinisikan sebagai
fenomena yang berlaku:
Di permukaan matahari seperti
nyalaan suria, semarak suria, tompok
matahari dan lentingan jisim korona.
Di angkasa lepas seperti angin suria,
ribut pancaran suria dan ribut
geomagnet.
35. Kesan fenomena di permukaan matahari
pada bumi
1.Selain daripada melepaskan haba dan
tenaga cahaya, tompok matahari,semarak
suria dan nyalaan suria memberi kesan
kepada cuaca dan komunikasi di bumi.
2.Hasilnya, matahari memancarkan sinar
UV, sinar-X, sinar gamma dan sinar
kosmik yang berbahaya.
37. matahari memancarkan
UV
3.Zarah bercas dengan tenaga yang tinggi
juga dipancarkan ke bumi.
4.Angin solar yg disebabkan oleh prominen
akan memberi kesan kpd bumi.
5.Hasilnya, cuaca di bumi terjejas.
Angin solar
38. Kesan ke atas cuaca di bumi
1.Zarah bercas akibat semarak suria sampai
Kutub Utara atau Kutub Selatan Bumi dan
berlanggar dengan molekul gas dalam
atmosfera.
2.Hasilnya, cahaya hijau, kuning dan merah
yang dihasilkan.
3.Cahaya ini dapat dilihat pada waktu
malam dipanggil aurora.
39. Aurora matahari
4. Atmosfera dan permukaan Bumi
dihangatkan oleh tenaga haba dari
matahari. Ini seterusnya mempengaruhi
suhu, tekanan atmosfera, kelembapan,
pembentukan awan, angin dan ais di bumi.
40. Kesan ke atas komunikasi di bumi
1.Zarah bercas akan bertembung dengan
zarah dalam atmosfera bumi.
2.Ini menyebabkan gangguan kepada
sistem komunikasi seperti TV dan radio
siar, telegraf dan panggilan telefon.