3. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
Video ialah kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital
secara selari yang berasaskan masa.
Video (berasal dari kata bahasa Latin, "Saya lihat") ialah teknologi memproses
isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak.
(https://ms.wikipedia.org/wiki/Video)
4. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
Video adalah teknologi untuk merakam, memproses, memindahkan dan
mengulang tayang gambar bergerak. Video juga boleh dikatakan sebagai
gabungan gambar-gambar tidak bergerak yang dipaparkan dengan cepat
secara berturutan dalam satu tempoh masa tertentu. Gambar-gambar yang
digabung tersebut dinamakan frame dan kelajuan paparan gambar persaat
disebut dengan frame rate satuan fps (frame per second). Disebabkan
dimainkan dalam kecepatan yang tinggi maka tercipta ilusi gerak dan
semakin tinggi nilai frame rate maka akan semakin lancar pergerakan yang
ditayangkan.
6. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
JENIS FORMAT PENERANGAN
AVI Audio Video Interlaced diperkenalkan pertama kali
pada tahun 1992 oleh Microsoft. Format video ini
disokong oleh hampir semua alat pemutar. Ukuran
failnya yang cenderung besar membuat AVI kurang
efisien untuk disimpan . Boleh dimainkan
menggunakan media player.
MPEG / MPG Format jenis Motion Picture Expert Group ini banyak
digunakan dalam industri video. Kualiti gambar nya
yang baik setara dengan VHS dengan audio setara
CD. Boleh dimainkan menggunakan media player.
MKV Matroska Video Container merupakan format video
yang bersifat fleksibel,terbuka dan bebas. MKV
memiliki banyak kelebihan termasuk untuk membuat
menu dan chapter pada DVD. Tetapi format MKV
belum diiktiraf secara universal.
7. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
JENIS FORMAT PENERANGAN
MP4 Merupakan versi pembaharuan dari format
MPEG/MPG. . Boleh dimainkan menggunakan media
player.
ASF Advance Streaming Format banyak digunakan untuk
layanan streaming video di jaringan internet.
MOV Banyak dimainkan menggunakan Quick Time player.
Untuk pengiriman fail video melalui internet, MOV
adalah format yang paling sering dipakai.
3GP 3rd Generation Partnership Project adalah format
video yang paling banyak digunakan untuk keperluan
multimedia. Saiz failnya lebih kecil dan kualitinya lebih
rendah dari MP4.
8. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
FUNGSI PENERANGAN
Video
Pembelajaran
Video yang menyampaikan dan menerangkan
tentang tajuk suatu pembelajaran. Selalunya dibuat
dalam bentuk penerangan atau demonstrasi.
Video
Dokumentari
Video yang bersifat non-fiksi yang berperanan
merakam dan memaparkan realiti sebenar kehidupan
melalui video untuk tontonan dan simpanan untuk
generasi masa hadapan. Penggunaan narator di
dalam audio dan kurang kesan khas di dalam video.
Video
Persembahan
Video jenis ini jarang dibuat namun membantu untuk
menonton semua persembahan jika dihasilkan. Isi dan
penyampaian lebih formal. Gaya suntingan video lebih
ringkas dan straight forward.
9. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
FUNGSI PENERANGAN
Video Cerita Video yang banyak dihasilkan dengan konsep, tema
dan menyampaikan jalan cerita yang pelbagai. Video
jenis ini mempunyai beberapa teknik penghasilan,
antaranya teknik penceritaan langsung, teknik lakonan
dan teknik animasi. Ada juga video jenis ini diangkat
menjadi filem dengan durasi tertentu (pendek).
Video Berita Video jenis ini menyampaikan satu kejadian atau
peristiwa penting berdasar fakta. Selain merakam
kejadian secara langsung, ada juga yang dirakam
bersama pembaca berita yang menyampaikan berita
secara formal.
11. ASAS PENGETAHUAN VIDEOGRAFI
Videografi adalah proses menghasilkan video atau memindahkan gambar
menggunakan media elektronik seperti pita, cakera keras, DVD / CD, Blu-ray
dan sebagainya.
Videografi merupakan proses penghasilan video yang melibatkan seni dan
proses merakam kejadian atau momen dengan cara yang memberikan
kesan yang diinginkan pada penonton.
Videografi menghasilkan video dari konsep hingga ke proses suntingan dan
penghasilan produk akhir yang menarik, samada secara individu atau dalam
satu pasukan.