2. 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
kepelbagaian biologi hutan? (3)
Kepelbagaian biologi ialah kepelbagaian spesies fauna
dan flora yang ada dalam hutan termasuklah ekosistem
hutan, habitat, rantaian makanannya. Contoh fauna
seperti harimau Malaya, badak Sumatra, harimau dahan,
dan orang utan, Manakala flora pula seperti reflesia,
paku pakis, pokok cengal, kempas, meranti, tualang dll.
3. 1 (b) Mengapakah sumber perhutanan
di Malaysia semakin merosot.(4)
Pembalakan haram (tanpa kawalan). Berpunca daripada kaedah tebang bersih. Ini
menyebabkan pelbagai spesies fauna dan flora musnah secara besar-besaran. Walaupun
pembalakan hanya menebang pokok-pokok yang bersaiz besar sahaja tetapi pokok--
pokok kecil di bahagian bawahnya akan turut musnah.
Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah. Penerokaan hutan untuk
perladangan kelapa sawit, getah dan sayuran mengakibatkan penyahhutanan secara
besar-besaran. Sebagai contohnya di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan dan Tanah Tinggi
Cameron di Pahang. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka untuk pembersihan
tapak ladang dan pertanian pindah juga memusnahkan ekosistem hutan.
4. 1 (c) Jelaskan dua fungsi hutan simpan
kepada alam sekitar manusia. (4)
Sumber eko pelancongan. Hutan simpan penting untuk aktiviti eko pelancongan.
Contoh aktiviti jungle tracking untuk menikmati keindahan kepelbagaian spesies
fauna dan flora di dalam hutan lipur, berkelah di kawasan air terjun, berkhemah dan
lain-lain lagi. Kepelbagaian dan keunikan sumber hutan mampu menarik pelancong
asing ke Malaysia. Keadaan ini akan menambah pendapatan penduduk dan negara.
Kawasan tadahan air kepada penduduk. Hutan simpan berfungsi sebagai storan air
atau kawasan tadahan air yang paling berkesan. la membekalkan air kepada sungai,
empangan dan menjamin pula bekalan air yang berterusan kepada penduduk.
5. 1 (d) Bagaimanakah tumbuhan semula jadi
mengawal proses geomorfologi
setempat. (4)
Tumbuhan litupan penting untuk melindungi tanih daripda hakisan percikan atau hempasan
air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan. Halaju setiap titisan air
hujan yang menimpa lantai hutan dapat diperlahankan oleh kanopi/ silara pokok.
Manakala sistem akar pula akan mengikat butiran tanih dan mengukuhkan cerun daripada
mengalami gerakan jisim seperti kesotan tanih, tanah runtuh dan tanah mendap. Manakala
sistem akar pula akan mengikat butiran tanih dan mengukuhkan cerun daripada mengalami
gerakan jisim seperti kesotan tanih, tanah runtuh dan tanah mendap.
6. 1 (e) Bagaimanakah penyahutanan
menjejaskan kepelbagaian biologi
hutan. (4)
Penyahhutanan menyebabkan spesies fauna dan flora diancam kepupusan akibat
pemusnahan hutan secara besar-besaran tanpa usaha pemuliharaan yang sistematik dan
bersungguh-sungguh. Contoh hidupan liar yang diancam kepupusan seperti harimau Malaya,
badak sumatra, harimau dahan, dan orang utan. Contoh tumbuhan yang terancam pula
seperti cengal, kempas, berlian, meranti, tualang dil.
Kemusnahan habitat (tempat tinggal). Proses penyahhutanan memusnahkan sama sekali
habitat hidupan liar. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.
Apabila habitat musnah, haiwan melakukan penghijrahan untuk mencari habitat baharu dan
terpaksa bersaing dengan hidupan lain di habitat baharu. Persaingan intra dan interspesies
akan berlaku di tempat baharu. Mana-mana spesies yang kalah akan musnah dan pupus.
7. 1 (f) Bagaimanakah sumber hutan
memajukan industri hiliran. (3)
Sumber perhutanan membekalkan bahan mentah , untuk
membolehkan perkembangan industri hiliran seperti
industri pembuatan perabot, kilang papan dan plywood dll
yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan sebagai
bahan mentahnya. Kesannya wujud kepelbagaian ekonomi
dan rantaian ekonomi yang mempunyai nilai tambah.
8. 1 (g) Bagaimanakah penyahutanan
menjejaskan keseimbangan kitar
hidrologi setempat. (4)
Gangguan hidrologi. Apabila hutan dimusnahkan proses transpirasi tidak lagi
berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara bagi membentuk awan. Ini
akan mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada
sistem hidrologi setempat. Sistem sungai, tasik, paya kolam akan kekurangan air.
Memusnahkan kawasan tadahan air. Apabila hutan dimusnahkan ia akan
mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnva menurunkan
paras air dalam tanah. Hal ini seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air dan
bekalan air kepada sungai. tasik, kolam, dan paya.
9. 1 (h) Jelaskan kaedah penebangan terpilih
yang dijalankan di Malaysia. (4)
Hanya pokok balak yang matang dan cukup ukur lilit sahaja yang ditebang. Pokok-pokok balak
yang masih muda atau tidak cukup ukur lilitnya ditinggalkan untuk penebangan pada
pusingan seterusnya.
Dalam konteks ini hanya pokok-pokok yang cukup umur (60 hingga 80 tahun) dan mempunyai
diameter minimum 45 sentimeter hingga 60 sentimeter sahaja yang boleh ditebang.
Pusingan tebangan seterusnya ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di
Sabah dan Sarawak. Hal ini bermakna tempoh penebangan kali kedua adalah seusia dengan
kitar hidup pokok tersebut.
10. 1 (i) Nilaikan keberkesanan kempen kesedaran dan pendidikan
alam sekitar dalam konteks memelihara dan memulihara
sektor perhutanan di Malaysia. (4)
Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
diusahakan melalui agensi kerajaan seperti FRIM, t)adan
bukan kerajaan NGO dan juga menerusi media massa. Di
Malaysia langkah ini masih kurang berkesan kerana:
• Keuntungan daripada sektor pembalakan lebih besar - tahap kesedaran
masyarakat masin lembah.
• Sumber perhutanan dikawal oleh kerajaan negeri – bukannya
persekutuan, Wujud Percanggahan kepentingan.
11. 1 (j) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh NGO untuk
melestarikan sumber perhutanan di Malaysia. (4)
Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatua Pencinta Alam
Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM) mestilah
melaksanakan kempen yang berterusan khususnya kepada
generasi muda menerusi pelbagai media khususnya merdia
sosial seperti facebook, twitter dan blog. Selain itu NGO perlu
bekerjasama secara padu dengan agensi Kerajaan dan PBT
untuk menjayakan kempen tersebut.
12. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Kebakaran hutan akibat cuaca panas seperti El-Nino
• Perubahan cuaca seperti fenomena EI-Nino menyebabkan cuaca
menjadi panas yang melampau dan kemarau dalam tempoh yang
panjang.
• Keadaan ini memudahkan hutan terbakar dengan sendirinya.
• Sebagai contohnya, seperti kebakaran hutan di Kalimantan dan
Sumatera di Indonesia pada tahun 1997, 2003, 2009. Akibat
kebakaran habitat hutan dan kepelbagaian sepsis musnah serta
berlaku juga penghijrahan spesies.
13. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Letusan gunung berapi
• Aliran lava yang panas juga boleh menyebabkan kebakaran hutan
secara semulajadi.
• Selain itu muntahan debu yang banyak seperti dari Gunung Pinatubo
di Filipina dan Gunung Merapi di Indonesia meliputi kawasan hutan
menyebabkan kemusnahan hutan.
• Hujan asid yang turun selepas muntahan debu gunung berapi akan
menyebabkan tumbuhan mengugurkan daun dan yang tinggal ialah
"hutan berangka”
14. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Gempa bumi, tsunami, gerakan jisim, penyakit dan perosak
hutan
• Jika gempa bumi melanda kawasan hutan, maka kawasan hutan akan
tertimbus. Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh akan menimbuskan
kawasan hutan yang berada di lereng-lereng bukit.
• Manakala kejadian tsunami pula menggelamkan kawasan hutan di tepi
pantai dan boleh memusnahkan keseluruhan ekologinya.
• Selain itu, hutan juga dimusnahkan oleh serangan penyakit dan perosak
hutan.
15. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Aktiviti Pertanian Pindah
• Aktiviti pertanian pindah oleh orang-orang asli memusnahkan
hutan melalui kaedah tebang-bakar.
• Tebang-bakar hutan dan pemindahan tapak tani turut memusnah
ekosistem hutan dalam jangkamasa panjang.
• Pemindahan tapak tani berlaku apabila tanihnya menjadi tidak
subur lagi. Petani pindah ini akan meneroka kawasan hutan baru.
16. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Aktiviti Pembangunan Tanah
• Penerokaan hutan untuk pertanian perladangan,
melibatkan kerja-kerja penebangan, pembakaran,
pembersihan hutan secara besar-besaran menyebabkan
kemerosotan dan kepupusan sumber hutan dengan ketara.
• Contoh pembangunan tanah FELDA — JENGKA, KESEDAR,
DARA, KETENGAH dll.
17. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Pembinaan empangan hidro elektrik
• Aktiviti ini memusnahkan empangan hutan melalui penebangan
dan elektrik hidro. pembersihan hutan untuk dibina jalan dan
tapak stesen janakuasa. contohnya empangan Bakun dan Pergau
• Juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air.
Ekosistem hutan akan musnah dengan cepat apabila kawasan
hutan ditengelami air., Contoh pembinaan empangan Kenyir dan
Chenderoh.
18. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Aktiviti pembalakan
• Pembalakan tak terkawal dan pembalakan haram
• Kaedah tebang bersih menyebabkan kawasan hutan
merosot dan memusnahkan habitat, siratan makanan dan
kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan.
• Kerja-kerja pembinaan jalan pengangkutan kayu balak
juga merosakkan sumber hutan.
19. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Pembinaan infrastruktur
•Pembinaan infrastruktur – lebuh raya, jalanraya, kabel
elektrik, saluran paip juga menyebabkan kemusnahan
hutan dengan ketara.
•Projek mega seperti pembinaan dan naik taraf lapangan
terbang contohnya ; KLIA, Bayan Lepas, Langkawi dll
20. 2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan
berlakunya fenomena penyahutanan di Asia
Tenggara. (4)
Pembinaan petempatan/perumahan dan tapak bina
bandar serta industri
• Pembinaan kawasan petempatan/perumahan.Hutan dimusnahkan
untuk dijadikan kawasan tapak bina petempatan/ perumahan.
• Hutan juga dimusnahkan untuk dijadikan tapakbina bandar dan
industri seperti pembinaan bandar-bandar baru dan estet
perindustrian.
• Saiz kawasan hutan semakin sempit.
21. 2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor
perhutanan di Malaysia. (4)
Langkah Perundangan (Pemellharaan)
• Pernatuhan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Perhilitan untuk menjaga pencerobohan
hutan.
• Pemantauan dan rondaan yang kerap oleh Agensi pelaksana iaitu Jabatan Hutan dan Perhilitan.
• Penguatkuasaan dan hukuman oleh pihak berkuasa: Mengenakan tindakan tegas terhadap
aktiviti pembalakan haram - seperti denda/ kompaun, penjara, membatalkan konsesi
pembalakan dll
• Mengharamkan eksport kayu balak terutamanya dari jenis yang hampir pupus seperti kayu
ramin dan cengal.
• Melaksanakan peraturan EIA sebelum, semasa dan selepas sesuatu projelk pembangunan
dijalankan yang melibatkan kawasan hutan.
22. 2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor
perhutanan di Malaysia. (4)
Langkah Pengurusan (Pemuliharaan):
• Mewartakan hutan rezab/ hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara
terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan. Contoh Taman Negara Pahang, Hutan
Simpan Belum, Perak dan Taman Negara Bako, Sarawak.
• Melaksanakan sistem penebangan hutan terpilih bukan tebang – bersih. Pokok-pokok yang cukup
matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Pokok yang muda dibiarkan terus membesar
dan matang.
• Melaksanakan program penghutanan semula/ penanaman semula hutan yang diuruskan secara
sistematik, saintifik dan terkawal – projelk perladangan hutan kompensatori. Contoh menanam
pokok balak – Akasia, Jati, Sentang dill.
• Menggalakkan penggunaan sumber-sumber gentian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber
hutan khususnya kayu. Seperti pengunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan,
penggunaan kayu getah dalam industri perabot termasuk mengitar semula bahan terbuang.
23. 2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor
perhutanan di Malaysia. (4)
Langkah Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar
• Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai
warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen ”cintailah hutan
kita"
• Kempen melalui media ekektronik dan media cetak.Termasuk program
gotong-royong menanam pokok hutan.
• Pendidikan alam sekitar. menerusi matapelajaran Geografi di Sekolah
– menanam kesedaran dan kecintaan terhadap sumber hutan
dikalangan generasi muda
24. 3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada
ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)
Memajukan sektor ekonomi hiliran
•Industri berasaskan kayu seperti industri perabot, papan
lapis, pembuatan kertas dapat dimajukan kerana
mendapat bekalan sumber kayu balak yang berterusan.
•Industri pembinaan juga berkembang kerana sokongan
sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam pasaran
daripada projek perladangan hutan yang dijalankan.
25. 3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada
ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)
Meningkatkan pendapatan negara/ KDNK
• Produk kayu, perabot dan kraf tangan berasaskan sumber
hutan yang berkualiti tinggi dieksport ke luar negara.
• Ini akan menambahkan pendapatan eksport negara
melalui tukaran mata wang asing dari negara yang lebih
tinggi nilai matawangnya seperti negara Eropah dan
Jepun.
26. 3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada
ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)
Menambahkan teknologi melalui R&D
• Keupayaan teknologi dalam negara ditingkatkan melalui R&D
yang berterusan dalam sector perhutanan seperti mana yang
dijalankan oleh FRIM dan UPM.
• Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu pokok,
teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan bagi
memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan yang
lestari.
27. 3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada
ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)
Ekopelancongan dan sumber air
• Hutan lipur yang kaya dengan pelbagai spesis fauna dan
flora, air terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber
ekopelanoongan yang menguntungkan ekonomi negara.
• Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadkan sebagai
kawasan tadahan untuk bekalan air kepada penduduk, sektor
pertanian dan tenaga hidro menerusi pernbinaan empangan.
28. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Hakisan dan tanah runtuh.
• Pembalakan tanpa kawalan dan aktiviti penarahan bukit untuk dibina
laluan mengangkut balak telah menyebabkan hakisan tanah dan
kegagalan cerun.
• Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk memintas air
hujan. Ini menyebabkan hakisan percikan yang tinggi. Akar-akar pokok
yang musnah juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air
permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan tanah runtuh
terjadi.
29. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Pencemaran surnber air.
• Aktiviti pembalakan berhampiran dengan sungai akan
menyebabkan sungai tercemar dengan selut, kelodak dan lumpur.
• Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit ke dalam
sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem akuatik terjejas dan
jika berlaku pemendapan kelodak, dasar sungai menjadi cetek
yang boleh mempercepatkan pula kejadian banjir.
30. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Kemusnahan kawasan tadahan air.
• Aktiviti pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan
dan adakalanya melewati kawasan rezab sungai.
• Ini akan memusnahkan kawasan tadahan air.
• Penebangan pokok akan mengurangkan proses susupan air
ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer terjejas yang akan
menjejaskan pula bekalan air kepada sungai dan tasik.
31. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Menjejaskan kehidupan orang asli.
• Pembalakan menyebabkan kekurangan surnber makanan dan
minuman khususnya kepada masyarakat orang Ash yang bergantung
sepenuhnya kepada hasil-hasil hutan.
• Hal ini demikian kerana sumber utama makanan masyarakat tersebut
datangnya daripada hasil-hasil hutan seperti buah-buahan, ulam-
ulaman, dan haiwan liar (pelanduk, rusa, atau burung).
• Selain itu penyahutanan memusnahkan tempat tinggal/ habitat dan
lingkungan ekologi orang-orang asli
32. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Menjejaskan sector ekonorni hiliran.
• Penyphhutanan juga menyebabkan kegiatan ekonomi yang
berteraskan kepada pembalakan seperti industri kayu, perabot dan
dan kraf tangan terjejas.
• Hal ini disebabkan pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal,
meranti, seraya, dan keruing semakin berkurang. Pokok-pokok balak
itu pula mengambil masa yang lama untuk membesar dan matang.
Keadaan ini secara tak langsung turut menjejaskan sektor pembinaan
dalam negara
33. 3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)
Menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk.
• Bekalan air kepada penduduk juga boleh terjejas akibat daripada
pembalakan.
• Hal ini demikian kerana simpanan air dalam tanah berkurang apabila
hutan ditebang yang mengurangkan input air kepada sungai,tasik dan
empangan.
• Selain itu sungai yang teroemar dengan kelodak dan lumpur
memerlukan kos yang tinggi untuk merawatnya bagi menyalurkan air
kepada penduduk.