[Ringkasan]
Akuaponik merupakan teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur (aktiviti ternakan ikan) dengan aktiviti hidroponik (menanam tanaman tanpa media tanah) dalam satu pusingan air. Tiga reka bentuk sistem akuaponik utama ialah sistem Raft, sistem Ebb & Flow, dan sistem NFT. Unsur-unsur penting dalam proses kitaran akuaponik ialah ikan, tanaman, dan bakteria.