SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER / 2013
HBLS3103
ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
NAMA : KHIRRULNIZAM BIN ABDULLAH
NO. MATRIKULASI : 760106075177001
NO. KAD PENGNEALAN : :760106075177
NO. TELEFON : 0122717443
E-MEL : KHIRRULNIZAM @GMAIL.COM
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA
<HBLS 3103>
NAMA TUTUR :
BIL MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
2
<HBLS 3103>
1.0 TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam
semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan
sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-
apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau
digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan
Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat
permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga
adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana
pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan
generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita
perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan
yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras
dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi
prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita
sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan
dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.Dalam mengaplikasi teknologi hijau,
faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti
alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan
menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila
kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.
Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga
meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk
3
<HBLS 3103>
teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu
atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai
sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang
tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk
mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus
bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.
TENAGA SOLAR
Sumber cahaya matahari atau tenaga suria merupakan tenaga semulajadi yang boleh
diperbaharui. Tenaga suria ini tidak akan habis digunakan atau berkurangan selagi matahari
masih terus wujud dan bersinar. Tenaga suria ini amat berguna kepada penduduk dan
merupakan suatu produk yang bernilai tinggi. Cahaya matahari akan dikumpulkan, diproses
dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro kepada stesen-stesen yang terdapat di bumi.
Tenaga suria yang diproses ini akan akan disalurkan kepada penduduk dalam bentuk tenaga
elektrik.
Tenaga suria ini mempunyai banyak kegunaan iaitu sebagai pemanasan seperti air panas,
pemanasan bangunan dan masakan; sebagai generasi elektrik seperti enjin pemanasan dan
fotovoltaik (satu bidang teknologi dan penyelidikan berkaitan penukaran tenaga daripada
cahaya matahari kepada tenaga elektrik); serta sebagai penyahmasinan air laut. Manusia juga
menggunakan tenaga ini untuk membakar kayu atau minyak fosil. Di Malaysia pelbagai
projek telah dilaksanakan iaitu rumah asap yang menggunakan tenaga suria di Kampung
Sungai Malau Dalam, Selama, Perak, telefon yang menggunakan tenaga suria di Pulau
Aman, Pulau Pinang serta projek menjanakan tenaga suria yang dibina di Teluk Apan, Pulau
Langkawi dan Kampung Hulu Tembeling, Pahang.
4
<HBLS 3103>
Namun, pada hari ini tenaga suria telah mendatangkan kesan negatif kepada bumi dan
penduduk. Masalah penipisan lapisan ozon telah menyebabkan jumlah cahaya yang sampai
ke bumi bertambah banyak. Kebanyakan cahaya ini adalah dalam bentuk cahaya Nampak
dan sinaran ultra ungu. Ultra unggu yang berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit
wujud di kalangan penduduk seperti kanser kulit (melanoma), sakit mata sehinga boleh
menjadi buta, melemahkan sistem imunisasi manusia dan kulit terbakar. Jumlah tenaga suria
yang berlebihan juga akan menyebabkan pemanasan global. Masalah ini akan menyebabkan
pencairan ais di kutub dan mengakibatkan banjir dan kawasan yang rendah ditenggelam air
laut. Ini akan memusnahan nyawa dan harta benda manusia seperti tempat tinggal dan
tanaman. Masalah pembesaran saiz gurun telah menyebabkan keluasan tempat tinggal
manusia semakin berkurangan. Masalah EL-Nino yang semakin giat telah menyebabkan
kemarau yang teruk dan jumlah hasil pertanian manusia menurun. Keadaan ini secara tidak
langsung akan menyebabkan kemiskinan dan kebuluran berlaku.
Dengan itu, pelbagai cara pemeliharaan dan pemuliharaan perlu diambil supaya
membolehkan tenaga suria yang sederhana dan mencukupi sampai ke bumi dan
membolehkan pelbagai aktiviti manusia dilakukan. Untuk mengurangkan masalah kelebihan
kemasukan cahaya matahari, maka kerajaan telah melaksanakan langkah perundangan dan
langkah bukan perundangan untuk memelihara dan memulihara tenaga suria ini. Langkah
perundangan seperti denda dan hukuman berat terhadap pekilang yang tidak melakukan
aktiviti penapisan asap yang sempurna. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 juga perlu sentiasa
diubahsuaikan supaya masalah pencemaran boleh diatasi dan mengelakkan individu yang
melanggar peraturan. Jabatan Alam Sekitar juga perlu bertanggungjawab untuk menilai,
memantau dan mengawal segala aspek yang berkaitan denan alam sekitar dengan
5
<HBLS 3103>
berdasarkan Akta Kualiti Alam 1974. Di samping itu, agensi-agensi ini juga boleh
menggalakkan pengusaha menggunakan tenaga suria untuk menjana kilangnya supaya lebih
berjimat dan mesra alam. Dalam hal ini, bukan sahaja boleh menggunakan tenaga suria
dengan maksimum tetapi juga boleh menjaga kualiti alam sekitar.
Langkah bukan perundangan iaitu kempen kesedaran telah diamalkan supaya masyarakat
pelbagai lapisan fahami kegunaan tenaga suria dalam kehidupan harian dan bekerjasama
memulihara masalah penipisan lapisan ozon yang banyak mendatangkan keburukan kepada
manusia sendiri seperti mengurangkan penggunaan bahan yang mengeluarkan
kloroflorokarbon dan kempen berkongsi kereta . Kerajaan juga perlu menggalakkan
penduduknya mengguanakan tenaga suria dengan sepenuhnya iaitu menggunakan bahan
pemanasan air dan generasi elektrik yang menggunakan tenaga suria. Selain itu, kerajaan
juga boleh mengimport bahan-bahan yang menggunakan tenaga suria dari negara maju
seperti kereta yang menggunakan tenaga suria dari Jepun dan Perancis. Seterusnya kerajaan
perlu menggalakkan penduduk membuat pengajian dan penyelidikan terhadapnya. Ini bukan
sahaja boleh meningkatkan hasilan teknologi negara tetapi juga meningkatkan pendapatan
dan taraf hidup penduduk.
Tenaga suria yang tidak akan habis digunakan dan amat berpotensi serta amat berguna
kepada manusia seharusnya digunakan dengan sepenuhnya. Ini terutamanya di Malaysia
yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun yang mempunyai berpotensi dalam
membangunkan teknologi tersebut.
SOLAR PANEL
6
<HBLS 3103>
Solar panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik.
Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali Photovoltaic (PV).
Solar panel menghasilkan voltan arus terus.
Gambar di atas adalah pengukuran voltan yang dihasilkan oleh satu solar panel. Pengukuran
voltan solar panel ketika tiada beban dikenali ‘Open Circuit Voltage’. Solar panel boleh di
samakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun berbeza dengan bateri,
solar panel tidak boleh menyimpan tenaga. Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap
semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga.
Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum. Jika bateri tidak
boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh ‘short circuit’ tanpa rosak.
Pengukuran arus ketika ‘short’ boleh dilakukan dan mendapatkan arus maksimum.
Pengukuran ‘Short Circuit Current’ seperti gambar di bawah.
7
<HBLS 3103>
So, enjoy la sedikit info dari kami ni ek.=]
Kelebihan Tenaga Solar
8
<HBLS 3103>
Kekurangan Tenaga Solar
Itu sahaja info dari kami untuk hari ini. Semoga maklumat ini berguna kepada anda.See ya next time!
=]
9
<HBLS 3103>
PANDANGAN TOKOH MENGENAI TENAGA SOLAR
TENAGA MASA DEPAN (SOLAR)
Oleh Mohd Faizal Aziz
Jambatan Sains & Teknologi Untuk Masyarakat
Tenaga sangat penting dalam kehidupan. Hakikat ini diakui kerana tenaga bukan sahaja
diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan
manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian,
pencahayaan dan sebagainya.
Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan
bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan.
Surirumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana
ketiadaan gas memasak. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak
berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang
bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak
berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana
kehidupan di dunia kini.
10
<HBLS 3103>
Umumnya, sumber tenaga berpunca daripada empat sumber asas; tenaga suria,geoterma,
tenaga ombak dan tenaga nuklear. Sumber utama ialah tenaga suria daripada sinaran cahaya
matahari. Geoterma dihasilkan oleh aktiviti magma dalam perut bumi. Tenaga ombak pula
terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut. Manakala tenaga
nuklear dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif.
Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat untuk memajukan tenaga nuklear
untuk penjanaan tenaga elektrik Sehingga kini ia masih di peringkat perbincangan dan
keputusannya belum diumumkan lagi oleh kementerian yang terbabit. Banyak isu-isu
keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum memutuskan untuk
menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik. Namun begitu teknologi
sinaran nuklear telah banyak dimajukan untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan
pertanian yang sedang giat dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia.
Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk; sinaran suria terus, tenaga yang tersimpan dalam
bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan
juga tenaga terma laut. Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya
kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovoltaik atau digunakan sebagai tenaga haba
dalam sistem air panas suria dan juga pengeringan. Tenaga suria tersimpan dalam dua
bentuk; pertama dalam bentuk mineral yang disimpan dalam perut bumi seperti arang batu,
petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal
penggunaanya pada masa sekarang. Malah kenaikan harga bahan api utama petrol dan diesel
baru-baru ini menyebabkan ramai orang mula memandang serius tentang tenaga
keterbaharuan. Selain itu tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam
bentuk biojisim dan juga biogas.
Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui
kerana tumbuhan dapat ditanam berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik
yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma tanpa kehadiran oksigen atau udara yang
menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan bahan bakar paling
baik dan tidak mencemarkan alam, tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh
mengakibatkan kesan rumah hijau.
11
<HBLS 3103>
Tenaga sangat diperlukan dalam semua aktiviti manusia. Oleh yang demikian tenaga
diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara. Lebih pesat pembangunan yang
dijalankan, lebih banyak tenaga yang perlu dihasilkan untuk memenuhi pembangunan
tersebut.
Masa hadapan dalam menghadapi krisis tenaga kesan dari kenaikan harga minyak dan kos
penggunaan tenaga elektrik yang tinggi ialah penggunaan tenaga keterbaharuan. Antara
tenaga keterbaharuan yang mendapat perhatian pada masa kini ialah tenaga suria yang
digunakan dengan meluas di negara-negara maju. Antara aplikasi tenaga suria ialah untuk
menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk
wap panas atau stim dengan jumlah yang banyak. Stim tersebut akan berfungsi untuk
menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini
banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort yang mempunyai
sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi. Malaysia berpotensi untuk
memajukan sumber tenaga suria ini memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan
khatulistiwa yang menerima pancaran matahari yang banyak sepanjang tahun. Selain itu
beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang giat menjalankan penyelidikan
tentang potensi tenaga ini.untuk dikomersilkan. Namun begitu beberapa faktor lain perlu
dikenalpasti untuk melaksanakannya. Informasi mengenai taburan keamatan cahaya sangat
penting sebelum menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu, luas
kawasan juga perlu diambil kira bagi memastikan serapan tenaga solar boleh mencapai
kuantiti yang mencukupi untuk penjanaan tenaga yang lebih cekap.
Selain tenaga solar, ombak juga merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh
dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita bersyukur kerana hampir keseluruhan
negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dikelilingi
oleh laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak untuk bekalan
elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di
pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara.
Sebenarnya penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui bukanlah perkara baharu di negara
kita. Pada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang
12
<HBLS 3103>
digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya
biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam industri kelapa sawit.
Contohnya, loji biojisim yang dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006,
berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong
kelapa sawit.
Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk
membangunkan tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. Dengan
memanfaatkan peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap tenaga
keterbaharuan seperti tenaga angin, solar, hidro, nuklear dan juga biojisim, kita mampu
menjadi contoh kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga yang semakin
meruncing. Malaysia harus bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan
harga bahan api dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif.
Istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini ialah ‘tenaga’ selepas internet,
bioteknologi dan nanoteknologi. Bak kata Geoffrey Carr, seorang kolumnis majalah The
Economist “masa hadapan bergantung kepada kuasa dan tenaga”.
Catatan :// Artikel ini muncul di Estidotmy Julai 2008
- See more at: http://www.majalahsains.com/2010/08/tenaga-dan-masa-depan-2/#sthash.ZKbcbMxk.dpuf
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT LAMPU JALAN SOLAR
13

More Related Content

What's hot

Makalah materi & energi kel.2
Makalah materi & energi kel.2Makalah materi & energi kel.2
Makalah materi & energi kel.2Neneng Lestari Sy
 
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...N'fall Sevenfoldism
 
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANG
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANGPOLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANG
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANGsari nurfiani
 
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan Energi
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan EnergiPengembangan Kelembagaan - Penghematan Energi
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan EnergiHerlambang Bagus
 
pengembangan kelembagaan (punya lala)
pengembangan kelembagaan (punya lala)pengembangan kelembagaan (punya lala)
pengembangan kelembagaan (punya lala)Herlambang Bagus
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1ilarosdi
 
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi Alternatif
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi AlternatifPemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi Alternatif
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi AlternatifPuspawijaya Putra
 
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018Kevin Biondy
 
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020Handout Science Class Energi Terbarukan 2020
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020MohammadAnandaRezaKu
 
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)Dimaz Muda
 
Tantangan dan peluang energi alternatif
Tantangan dan peluang energi alternatifTantangan dan peluang energi alternatif
Tantangan dan peluang energi alternatifKhoirunnisah SR
 
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber Energi
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber EnergiSumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber Energi
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber EnergiDimas Rama
 
Amalan hijau kettha
Amalan hijau ketthaAmalan hijau kettha
Amalan hijau ketthaNurul Zuhada
 
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi Alternatif
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi AlternatifPotensi Geografis Indonesia Untuk Energi Alternatif
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi AlternatifAyu Aliyatun
 

What's hot (19)

Konversi Energi Terbarukan (My Ppt)
Konversi Energi Terbarukan (My Ppt)Konversi Energi Terbarukan (My Ppt)
Konversi Energi Terbarukan (My Ppt)
 
Makalah materi & energi kel.2
Makalah materi & energi kel.2Makalah materi & energi kel.2
Makalah materi & energi kel.2
 
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...
Paper Pertumbuhan Penggunaan Energi, Konservasi Energi, dan Pencemaran Energi...
 
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANG
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANGPOLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANG
POLEMIK PEMBANGUNAN PLTU BATANG
 
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan Energi
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan EnergiPengembangan Kelembagaan - Penghematan Energi
Pengembangan Kelembagaan - Penghematan Energi
 
pengembangan kelembagaan (punya lala)
pengembangan kelembagaan (punya lala)pengembangan kelembagaan (punya lala)
pengembangan kelembagaan (punya lala)
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Ipa 9 kd 10
Ipa 9 kd 10Ipa 9 kd 10
Ipa 9 kd 10
 
Bekalan tenaga
Bekalan tenaga Bekalan tenaga
Bekalan tenaga
 
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi Alternatif
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi AlternatifPemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi Alternatif
Pemanfatan Sampah Kota Sebagai Sumber Energi Alternatif
 
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018
Hbl,kevinbiondy,hapzi ali,hukum lingkungan,universitasmercubuana,2018
 
Bahan Bakar Nabati Sebagai Solusi Alternatif Dalam Menghadapi Krisis Sumberda...
Bahan Bakar Nabati Sebagai Solusi Alternatif Dalam Menghadapi Krisis Sumberda...Bahan Bakar Nabati Sebagai Solusi Alternatif Dalam Menghadapi Krisis Sumberda...
Bahan Bakar Nabati Sebagai Solusi Alternatif Dalam Menghadapi Krisis Sumberda...
 
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020Handout Science Class Energi Terbarukan 2020
Handout Science Class Energi Terbarukan 2020
 
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)
Energi terbarukan untuk indonesia (terjemah paper IEEE)
 
Tantangan dan peluang energi alternatif
Tantangan dan peluang energi alternatifTantangan dan peluang energi alternatif
Tantangan dan peluang energi alternatif
 
Kebutuhan energi listrik
Kebutuhan energi listrikKebutuhan energi listrik
Kebutuhan energi listrik
 
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber Energi
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber EnergiSumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber Energi
Sumber Energi Alternatif & Makanan Sebagai Sumber Energi
 
Amalan hijau kettha
Amalan hijau ketthaAmalan hijau kettha
Amalan hijau kettha
 
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi Alternatif
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi AlternatifPotensi Geografis Indonesia Untuk Energi Alternatif
Potensi Geografis Indonesia Untuk Energi Alternatif
 

Similar to TENAGA MASA DEPAN (SOLAR

Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalNorsyaza Aqilah
 
Pendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamPendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamJeshurun96
 
Makalah Limbah Bahan Elektronik
Makalah Limbah Bahan ElektronikMakalah Limbah Bahan Elektronik
Makalah Limbah Bahan ElektronikNurul Afdal Haris
 
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdfLawranceAling1
 
Makalah osn pertamina
Makalah osn pertaminaMakalah osn pertamina
Makalah osn pertaminaMuya Avisiena
 
Green action and tecnology untuk hijaunya bumiku
Green action and tecnology untuk hijaunya bumikuGreen action and tecnology untuk hijaunya bumiku
Green action and tecnology untuk hijaunya bumikualimakrup
 
Energy 101 Just Energy Transition Youth Camp
Energy 101 Just Energy Transition Youth CampEnergy 101 Just Energy Transition Youth Camp
Energy 101 Just Energy Transition Youth CampAri W Adipratomo
 
Global warming - Sukistono
Global warming - Sukistono Global warming - Sukistono
Global warming - Sukistono Satria
 
proposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdfproposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdfssuserd389df
 
Energi Terbarukan dan Tidak Terbarukan
Energi Terbarukan dan Tidak TerbarukanEnergi Terbarukan dan Tidak Terbarukan
Energi Terbarukan dan Tidak TerbarukanKelas Teknisi
 
Tugasan tenaga yg diperbaharui
Tugasan tenaga yg diperbaharuiTugasan tenaga yg diperbaharui
Tugasan tenaga yg diperbaharuiSyafiqa Amira
 
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptxTEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptxssuser96919e1
 
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptxTEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptxKadriGinting3
 
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikan
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikanUniveristas negeri makassar materi elektro_kelistrikan
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikanInchy Yaa Rfy
 
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenaga
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenagaAplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenaga
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenagaMohd Yusrie Masri
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoWarnet Raha
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoSeptian Muna Barakati
 

Similar to TENAGA MASA DEPAN (SOLAR (20)

Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Pendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamPendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alam
 
Makalah Limbah Bahan Elektronik
Makalah Limbah Bahan ElektronikMakalah Limbah Bahan Elektronik
Makalah Limbah Bahan Elektronik
 
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf
01 - PENGENALAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf
 
Makalah osn pertamina
Makalah osn pertaminaMakalah osn pertamina
Makalah osn pertamina
 
Green action and tecnology untuk hijaunya bumiku
Green action and tecnology untuk hijaunya bumikuGreen action and tecnology untuk hijaunya bumiku
Green action and tecnology untuk hijaunya bumiku
 
Energy 101 Just Energy Transition Youth Camp
Energy 101 Just Energy Transition Youth CampEnergy 101 Just Energy Transition Youth Camp
Energy 101 Just Energy Transition Youth Camp
 
Global warming - Sukistono
Global warming - Sukistono Global warming - Sukistono
Global warming - Sukistono
 
proposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdfproposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdf
 
Energi Terbarukan dan Tidak Terbarukan
Energi Terbarukan dan Tidak TerbarukanEnergi Terbarukan dan Tidak Terbarukan
Energi Terbarukan dan Tidak Terbarukan
 
Tugasan tenaga yg diperbaharui
Tugasan tenaga yg diperbaharuiTugasan tenaga yg diperbaharui
Tugasan tenaga yg diperbaharui
 
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptxTEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN(1).pptx
 
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptxTEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptx
TEHNOLOGI RAMAH LINGKUNGAN.pptx
 
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikan
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikanUniveristas negeri makassar materi elektro_kelistrikan
Univeristas negeri makassar materi elektro_kelistrikan
 
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenaga
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenagaAplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenaga
Aplikasi bioteknologi dalam penyelamatan sumber dan tenaga
 
Artikel salah
Artikel salahArtikel salah
Artikel salah
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
 
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tandoMakalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
Makalah cara mencegah pemanasan global iqbal tando
 

TENAGA MASA DEPAN (SOLAR

  • 1. (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2013 HBLS3103 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK NAMA : KHIRRULNIZAM BIN ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 760106075177001 NO. KAD PENGNEALAN : :760106075177 NO. TELEFON : 0122717443 E-MEL : KHIRRULNIZAM @GMAIL.COM PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA
  • 2. <HBLS 3103> NAMA TUTUR : BIL MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 2
  • 3. <HBLS 3103> 1.0 TEKNOLOGI HIJAU Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa- apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk 3
  • 4. <HBLS 3103> teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau. TENAGA SOLAR Sumber cahaya matahari atau tenaga suria merupakan tenaga semulajadi yang boleh diperbaharui. Tenaga suria ini tidak akan habis digunakan atau berkurangan selagi matahari masih terus wujud dan bersinar. Tenaga suria ini amat berguna kepada penduduk dan merupakan suatu produk yang bernilai tinggi. Cahaya matahari akan dikumpulkan, diproses dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro kepada stesen-stesen yang terdapat di bumi. Tenaga suria yang diproses ini akan akan disalurkan kepada penduduk dalam bentuk tenaga elektrik. Tenaga suria ini mempunyai banyak kegunaan iaitu sebagai pemanasan seperti air panas, pemanasan bangunan dan masakan; sebagai generasi elektrik seperti enjin pemanasan dan fotovoltaik (satu bidang teknologi dan penyelidikan berkaitan penukaran tenaga daripada cahaya matahari kepada tenaga elektrik); serta sebagai penyahmasinan air laut. Manusia juga menggunakan tenaga ini untuk membakar kayu atau minyak fosil. Di Malaysia pelbagai projek telah dilaksanakan iaitu rumah asap yang menggunakan tenaga suria di Kampung Sungai Malau Dalam, Selama, Perak, telefon yang menggunakan tenaga suria di Pulau Aman, Pulau Pinang serta projek menjanakan tenaga suria yang dibina di Teluk Apan, Pulau Langkawi dan Kampung Hulu Tembeling, Pahang. 4
  • 5. <HBLS 3103> Namun, pada hari ini tenaga suria telah mendatangkan kesan negatif kepada bumi dan penduduk. Masalah penipisan lapisan ozon telah menyebabkan jumlah cahaya yang sampai ke bumi bertambah banyak. Kebanyakan cahaya ini adalah dalam bentuk cahaya Nampak dan sinaran ultra ungu. Ultra unggu yang berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit wujud di kalangan penduduk seperti kanser kulit (melanoma), sakit mata sehinga boleh menjadi buta, melemahkan sistem imunisasi manusia dan kulit terbakar. Jumlah tenaga suria yang berlebihan juga akan menyebabkan pemanasan global. Masalah ini akan menyebabkan pencairan ais di kutub dan mengakibatkan banjir dan kawasan yang rendah ditenggelam air laut. Ini akan memusnahan nyawa dan harta benda manusia seperti tempat tinggal dan tanaman. Masalah pembesaran saiz gurun telah menyebabkan keluasan tempat tinggal manusia semakin berkurangan. Masalah EL-Nino yang semakin giat telah menyebabkan kemarau yang teruk dan jumlah hasil pertanian manusia menurun. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kemiskinan dan kebuluran berlaku. Dengan itu, pelbagai cara pemeliharaan dan pemuliharaan perlu diambil supaya membolehkan tenaga suria yang sederhana dan mencukupi sampai ke bumi dan membolehkan pelbagai aktiviti manusia dilakukan. Untuk mengurangkan masalah kelebihan kemasukan cahaya matahari, maka kerajaan telah melaksanakan langkah perundangan dan langkah bukan perundangan untuk memelihara dan memulihara tenaga suria ini. Langkah perundangan seperti denda dan hukuman berat terhadap pekilang yang tidak melakukan aktiviti penapisan asap yang sempurna. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 juga perlu sentiasa diubahsuaikan supaya masalah pencemaran boleh diatasi dan mengelakkan individu yang melanggar peraturan. Jabatan Alam Sekitar juga perlu bertanggungjawab untuk menilai, memantau dan mengawal segala aspek yang berkaitan denan alam sekitar dengan 5
  • 6. <HBLS 3103> berdasarkan Akta Kualiti Alam 1974. Di samping itu, agensi-agensi ini juga boleh menggalakkan pengusaha menggunakan tenaga suria untuk menjana kilangnya supaya lebih berjimat dan mesra alam. Dalam hal ini, bukan sahaja boleh menggunakan tenaga suria dengan maksimum tetapi juga boleh menjaga kualiti alam sekitar. Langkah bukan perundangan iaitu kempen kesedaran telah diamalkan supaya masyarakat pelbagai lapisan fahami kegunaan tenaga suria dalam kehidupan harian dan bekerjasama memulihara masalah penipisan lapisan ozon yang banyak mendatangkan keburukan kepada manusia sendiri seperti mengurangkan penggunaan bahan yang mengeluarkan kloroflorokarbon dan kempen berkongsi kereta . Kerajaan juga perlu menggalakkan penduduknya mengguanakan tenaga suria dengan sepenuhnya iaitu menggunakan bahan pemanasan air dan generasi elektrik yang menggunakan tenaga suria. Selain itu, kerajaan juga boleh mengimport bahan-bahan yang menggunakan tenaga suria dari negara maju seperti kereta yang menggunakan tenaga suria dari Jepun dan Perancis. Seterusnya kerajaan perlu menggalakkan penduduk membuat pengajian dan penyelidikan terhadapnya. Ini bukan sahaja boleh meningkatkan hasilan teknologi negara tetapi juga meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk. Tenaga suria yang tidak akan habis digunakan dan amat berpotensi serta amat berguna kepada manusia seharusnya digunakan dengan sepenuhnya. Ini terutamanya di Malaysia yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun yang mempunyai berpotensi dalam membangunkan teknologi tersebut. SOLAR PANEL 6
  • 7. <HBLS 3103> Solar panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali Photovoltaic (PV). Solar panel menghasilkan voltan arus terus. Gambar di atas adalah pengukuran voltan yang dihasilkan oleh satu solar panel. Pengukuran voltan solar panel ketika tiada beban dikenali ‘Open Circuit Voltage’. Solar panel boleh di samakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun berbeza dengan bateri, solar panel tidak boleh menyimpan tenaga. Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga. Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum. Jika bateri tidak boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh ‘short circuit’ tanpa rosak. Pengukuran arus ketika ‘short’ boleh dilakukan dan mendapatkan arus maksimum. Pengukuran ‘Short Circuit Current’ seperti gambar di bawah. 7
  • 8. <HBLS 3103> So, enjoy la sedikit info dari kami ni ek.=] Kelebihan Tenaga Solar 8
  • 9. <HBLS 3103> Kekurangan Tenaga Solar Itu sahaja info dari kami untuk hari ini. Semoga maklumat ini berguna kepada anda.See ya next time! =] 9
  • 10. <HBLS 3103> PANDANGAN TOKOH MENGENAI TENAGA SOLAR TENAGA MASA DEPAN (SOLAR) Oleh Mohd Faizal Aziz Jambatan Sains & Teknologi Untuk Masyarakat Tenaga sangat penting dalam kehidupan. Hakikat ini diakui kerana tenaga bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian, pencahayaan dan sebagainya. Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan. Surirumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia kini. 10
  • 11. <HBLS 3103> Umumnya, sumber tenaga berpunca daripada empat sumber asas; tenaga suria,geoterma, tenaga ombak dan tenaga nuklear. Sumber utama ialah tenaga suria daripada sinaran cahaya matahari. Geoterma dihasilkan oleh aktiviti magma dalam perut bumi. Tenaga ombak pula terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut. Manakala tenaga nuklear dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif. Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat untuk memajukan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik Sehingga kini ia masih di peringkat perbincangan dan keputusannya belum diumumkan lagi oleh kementerian yang terbabit. Banyak isu-isu keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum memutuskan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik. Namun begitu teknologi sinaran nuklear telah banyak dimajukan untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan pertanian yang sedang giat dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk; sinaran suria terus, tenaga yang tersimpan dalam bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan juga tenaga terma laut. Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovoltaik atau digunakan sebagai tenaga haba dalam sistem air panas suria dan juga pengeringan. Tenaga suria tersimpan dalam dua bentuk; pertama dalam bentuk mineral yang disimpan dalam perut bumi seperti arang batu, petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal penggunaanya pada masa sekarang. Malah kenaikan harga bahan api utama petrol dan diesel baru-baru ini menyebabkan ramai orang mula memandang serius tentang tenaga keterbaharuan. Selain itu tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam bentuk biojisim dan juga biogas. Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui kerana tumbuhan dapat ditanam berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma tanpa kehadiran oksigen atau udara yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan bahan bakar paling baik dan tidak mencemarkan alam, tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh mengakibatkan kesan rumah hijau. 11
  • 12. <HBLS 3103> Tenaga sangat diperlukan dalam semua aktiviti manusia. Oleh yang demikian tenaga diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara. Lebih pesat pembangunan yang dijalankan, lebih banyak tenaga yang perlu dihasilkan untuk memenuhi pembangunan tersebut. Masa hadapan dalam menghadapi krisis tenaga kesan dari kenaikan harga minyak dan kos penggunaan tenaga elektrik yang tinggi ialah penggunaan tenaga keterbaharuan. Antara tenaga keterbaharuan yang mendapat perhatian pada masa kini ialah tenaga suria yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju. Antara aplikasi tenaga suria ialah untuk menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk wap panas atau stim dengan jumlah yang banyak. Stim tersebut akan berfungsi untuk menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi. Malaysia berpotensi untuk memajukan sumber tenaga suria ini memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari yang banyak sepanjang tahun. Selain itu beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang giat menjalankan penyelidikan tentang potensi tenaga ini.untuk dikomersilkan. Namun begitu beberapa faktor lain perlu dikenalpasti untuk melaksanakannya. Informasi mengenai taburan keamatan cahaya sangat penting sebelum menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu, luas kawasan juga perlu diambil kira bagi memastikan serapan tenaga solar boleh mencapai kuantiti yang mencukupi untuk penjanaan tenaga yang lebih cekap. Selain tenaga solar, ombak juga merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita bersyukur kerana hampir keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dikelilingi oleh laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak untuk bekalan elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara. Sebenarnya penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui bukanlah perkara baharu di negara kita. Pada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang 12
  • 13. <HBLS 3103> digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam industri kelapa sawit. Contohnya, loji biojisim yang dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong kelapa sawit. Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk membangunkan tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. Dengan memanfaatkan peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap tenaga keterbaharuan seperti tenaga angin, solar, hidro, nuklear dan juga biojisim, kita mampu menjadi contoh kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga yang semakin meruncing. Malaysia harus bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan harga bahan api dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif. Istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini ialah ‘tenaga’ selepas internet, bioteknologi dan nanoteknologi. Bak kata Geoffrey Carr, seorang kolumnis majalah The Economist “masa hadapan bergantung kepada kuasa dan tenaga”. Catatan :// Artikel ini muncul di Estidotmy Julai 2008 - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/08/tenaga-dan-masa-depan-2/#sthash.ZKbcbMxk.dpuf LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT LAMPU JALAN SOLAR 13