ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
ABSTRACT: Tujuan kajian adalah untuk melihat impak eComDeaf dalam kalangan pelajar khas Politeknik Kota Kinabalu bagi kursus Aplikasi Komputer (SBK1021). Koswer yang dibangunkan ini diberi nama sebagai eComDeaf dan ia dibangunkan meliputi gabungan elemen animasi, audio, grafik, nota interaktif dan juga video khas iaitu bahasa isyarat turut disertakan. Konsep visual ini digunakan bagi memudahkan mereka memahami isi kandungan subjek ini kerana mereka adalah golongan visual learner yang mana mereka ini lebih cenderung dengan visual didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dikenali sebagai eComDeaf kerana ia satu aplikasi untuk kursus aplikasi Komputer khusus kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) di Politeknik Malaysia. Nama aplikasi ini berkonsepkan dari beberapa perkataan yang digabungkan dalam satu patah perkataan iaitu “e” adalah untuk e-learning, “Com” bermaksud Komputer dan “Deaf” iaitu Pekak begitu mudah untuk ditafsirkan melalui nama aplikasi ini. eComDeaf direka khas menggunakan konsep visual yang merangkumi video bahasa isyarat, animasi, ilustrasi dan nota interaktif. eComdeaf telah diaplikasikan kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) sem 1 sesi Jun 2015 bagi kursus SBK1021: Aplikasi Komputer dan mendapat respon positif daripada pelajar malah pensyarah sendiri. “eComDeaf” ini juga boleh berfungsi secara atas talian atau luar talian. Sampel kajian adalah pelajar khas semester satu yang sedang mengikuti kursus SBK1021 di Politeknik Kota Kinabalu. Pelajar khas ini adalah pelajar yang mempunyai masalah pendengaran (pekak) dan pertuturan (bisu), namun mereka mampu menggunakan eComDeaf seperti pelajar normal kerana mereka mempunyai kemahiran membaca dan penglihatan yang baik. Data kajian dikutip dengan menggunakan Soalan Ujian dan Soal Selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan dan maklum balas yang positif berdasarkan nilai keseluruhan peratus skor min yang tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi pemangkin usaha kearah penghasilan bahan multimedia pendidikan atau koswer yang khusus untuk pelajar khas (bisu dan pekak).
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran PengajaranSidek Aziz
Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik dalam abad ini. Penggunaan aplikasi Web 2.0 membantu mengubah landskap pendidikan abad ke-2. Web 2.0 membentuk pendekatan pelajar untuk belajar secra kendiri, pendekatan pengajar untuk mengajar secara efektif dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar dan rakan sejawat seantero dunia.
Kajian terdahlu menunjukkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, pengajaran berasaskan teknologi mempunyai lebih banyak alternatif dan kepelbagaian untuk diterokai oleh para pelajar.
Malahan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan banyak ruang dan kepelbagaian kaedah untuk para pelajar mengalami proses penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif yang pastinya akan menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran dinamik. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda serta menjadikan pelajar menganalisis data saintifik khususnya dengan sebaiknya. Kini dengan kemudahan ICT terkini dengan perkhidmatan jalur lebar G3 dan G4 membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilakukan menggunakan gajet atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, menjadikans proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.
Buku ini merupakan hasil usaha kolektif mengumpulkan beberapa aplikasi Web 2.0 yang terdapat dalam tapak web di persekitaran internet yang menyediakan kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka.
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
ABSTRACT: Tujuan kajian adalah untuk melihat impak eComDeaf dalam kalangan pelajar khas Politeknik Kota Kinabalu bagi kursus Aplikasi Komputer (SBK1021). Koswer yang dibangunkan ini diberi nama sebagai eComDeaf dan ia dibangunkan meliputi gabungan elemen animasi, audio, grafik, nota interaktif dan juga video khas iaitu bahasa isyarat turut disertakan. Konsep visual ini digunakan bagi memudahkan mereka memahami isi kandungan subjek ini kerana mereka adalah golongan visual learner yang mana mereka ini lebih cenderung dengan visual didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dikenali sebagai eComDeaf kerana ia satu aplikasi untuk kursus aplikasi Komputer khusus kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) di Politeknik Malaysia. Nama aplikasi ini berkonsepkan dari beberapa perkataan yang digabungkan dalam satu patah perkataan iaitu “e” adalah untuk e-learning, “Com” bermaksud Komputer dan “Deaf” iaitu Pekak begitu mudah untuk ditafsirkan melalui nama aplikasi ini. eComDeaf direka khas menggunakan konsep visual yang merangkumi video bahasa isyarat, animasi, ilustrasi dan nota interaktif. eComdeaf telah diaplikasikan kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) sem 1 sesi Jun 2015 bagi kursus SBK1021: Aplikasi Komputer dan mendapat respon positif daripada pelajar malah pensyarah sendiri. “eComDeaf” ini juga boleh berfungsi secara atas talian atau luar talian. Sampel kajian adalah pelajar khas semester satu yang sedang mengikuti kursus SBK1021 di Politeknik Kota Kinabalu. Pelajar khas ini adalah pelajar yang mempunyai masalah pendengaran (pekak) dan pertuturan (bisu), namun mereka mampu menggunakan eComDeaf seperti pelajar normal kerana mereka mempunyai kemahiran membaca dan penglihatan yang baik. Data kajian dikutip dengan menggunakan Soalan Ujian dan Soal Selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan dan maklum balas yang positif berdasarkan nilai keseluruhan peratus skor min yang tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi pemangkin usaha kearah penghasilan bahan multimedia pendidikan atau koswer yang khusus untuk pelajar khas (bisu dan pekak).
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran PengajaranSidek Aziz
Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik dalam abad ini. Penggunaan aplikasi Web 2.0 membantu mengubah landskap pendidikan abad ke-2. Web 2.0 membentuk pendekatan pelajar untuk belajar secra kendiri, pendekatan pengajar untuk mengajar secara efektif dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar dan rakan sejawat seantero dunia.
Kajian terdahlu menunjukkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, pengajaran berasaskan teknologi mempunyai lebih banyak alternatif dan kepelbagaian untuk diterokai oleh para pelajar.
Malahan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan banyak ruang dan kepelbagaian kaedah untuk para pelajar mengalami proses penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif yang pastinya akan menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran dinamik. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda serta menjadikan pelajar menganalisis data saintifik khususnya dengan sebaiknya. Kini dengan kemudahan ICT terkini dengan perkhidmatan jalur lebar G3 dan G4 membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilakukan menggunakan gajet atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, menjadikans proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.
Buku ini merupakan hasil usaha kolektif mengumpulkan beberapa aplikasi Web 2.0 yang terdapat dalam tapak web di persekitaran internet yang menyediakan kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka.
Kelab Biokimia merupakan tunjang kepada mahasiswa yang mengambil kursus Biokimia di Fakulti Sains & Teknologi UKM. Selaras dengan itu, adalah sesuatu yang penting untuk Kelab Biokimia terus kreatif dan terkehadapan untuk memastikan setiap warga seimbang dari semua aspek termasuk akademik, sahsiah, rohani, jasmani dan seumpamanya.
Dengan itu, Kelab Biokimia telah merancang untuk merapatkan ukhwah sesama warga Biokimia dengan mengadakan Mega Interaksi Biokimia 2014 di Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor. Idea untuk menggerakkan program ini tercetus apabila melihat majoriti ahli Kelab Biokimia telah banyak menghabiskan masa di dalam makmal ujikaji sahaja menyebabkan ruang untuk mereka berinteraksi secara efisien antara satu sama lain agak terbatas. Melalui program yang dirancang ini, Kelab Biokimia mengharapkan ukhwah antara mahasiswa Biokimia menjadi lebih erat lagi.
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Togar Simatupang
Dunia pendidikan tinggi sedang berada dalam perputaran teknologi disruptif dan dituntut untuk menjadi garda terdepan di era digital.
Namun kemampuan pendidikan tinggi untuk beradaptasi dengan perkembangan teknologi mempunyai berbagai macam kendala internal dan eksternal baik yang bersifat kebijakan, pola pikir, kapabilitas, maupun fasilitas.
Perguruan tinggi perlu mengembangkan kemampuan inovasi yang bersifat kolektif dan replikatif supaya mampu menanggapi kebutuhan masyarakat yang telah banyak melakukan kegiatan pembelajaran secara daring.
Berikut ini disampaikan beberapa rekomendasi untuk pengembangan pendidikan tinggi yang mampu beradaptasi dengan cepat dengan kemajuan teknologi dan sekaligus menjaga nilai-nilai karakter bangsa Indonesia.
Disusun oleh :
Kelas 6D-MKP
Hera Aprilia (11012100601)
Ade Muhita (11012100614)
Nurhalifah (11012100012)
Meutiah Rizkiah. F (11012100313)
Wananda PM (11012100324)
Teori ini kami kerjakan untuk memenuhi tugas
Matakuliah : KEPEMIMPINAN
Dosen : Dr. Angrian Permana, S.Pd.,MM.
UNIVERSITAS BINA BANGSA
Reformasi Administrasi Publik di Indonesia (1998-2023): Strategi, Implementas...Universitas Sriwijaya
Reformasi tahun 1998 di Indonesia dilakukan sebagai respons terhadap krisis ekonomi, ketidakpuasan rakyat terhadap pemerintahan otoriter dan korup, tuntutan demokratisasi, hak asasi manusia, serta tekanan dari lembaga keuangan internasional. Tujuannya adalah memperbaiki kondisi ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan memperkuat fondasi demokrasi dan tata kelola pemerintahan. Reformasi ini mencakup bidang politik, ekonomi, hukum, birokrasi, sosial, budaya, keamanan, dan otonomi daerah. Meskipun masih menghadapi tantangan seperti korupsi dan ketidaksetaraan sosial, reformasi berhasil meningkatkan demokratisasi, investasi, penurunan kemiskinan, efisiensi pelayanan publik, dan memberikan kewenangan lebih besar kepada pemerintah daerah. Tetap berpegang pada ideologi bangsa dan berkontribusi dalam pembangunan negara sangat penting untuk masa depan Indonesia.
Reformasi Birokrasi Kementerian Pertanian Republik Indonesia Tahun 2020-2024Universitas Sriwijaya
Selama periode 2014-2021, Kementerian Pertanian Indonesia mencapai beberapa keberhasilan, termasuk penurunan jumlah penduduk miskin dari 11,5% menjadi 9,78%. Ketahanan pangan Indonesia juga meningkat, dengan peringkat ke-13 di Asia Pasifik pada tahun 2021. Berdasarkan Global Food Security Index, Indonesia naik dari peringkat 68 pada tahun 2021 ke peringkat 63 pada tahun 2022. Meskipun ada 81 kabupaten dan 7 kota yang rentan pangan pada tahun 2018, volume ekspor pertanian meningkat menjadi 41,26 juta ton dengan nilai USD 33,05 miliar pada tahun 2017. Walaupun pertumbuhan ekonomi menurun 2,07% pada tahun 2020, ini membuka peluang untuk reformasi dan restrukturisasi di berbagai sektor.
Moderasi agama memegang peranan vital dalam mempertahankan kerukunan antar umat beragama, menjaga stabilitas sosial, dan mempromosikan nilai-nilai toleransi serta kerjasama lintas agama. Dalam konteks Indonesia, negara dengan beragam kepercayaan dan keyakinan, moderasi agama menjadi fondasi utama bagi keberlangsungan kehidupan beragama yang damai dan harmonis. Moderasi agama merupakan konsep yang mengajarkan pendekatan yang seimbang dalam praktik keagamaan, dengan menekankan toleransi, penghargaan terhadap perbedaan, serta penolakan terhadap ekstremisme dan intoleransi. Di Indonesia, moderasi agama tidak hanya menjadi prinsip panduan dalam praktik keagamaan, tetapi juga menjadi bagian dari identitas nasional yang memperkuat persatuan dan kesatuan dalam keberagaman. Kehadiran Islam di Indonesia telah memberikan kontribusi besar dalam membentuk karakter moderasi agama. Sejak masuknya Islam pada abad ke-13, agama ini telah meresap ke dalam budaya dan masyarakat Indonesia dengan pendekatan yang toleran dan inklusif. Selain itu, keberadaan agama-agama lain seperti Hindu, Buddha, dan Kristen juga turut membentuk lanskap keberagaman agama di Indonesia. Moderasi agama membantu masyarakat Indonesia untuk menjaga kerukunan antar umat beragama dalam kehidupan sehari-hari. Melalui dialog antar agama, kegiatan lintas agama, dan kerjasama sosial, moderasi agama memfasilitasi pertukaran budaya dan pemahaman yang lebih dalam antar penganut agama. Hal ini mengurangi potensi konflik antar kelompok agama dan mendorong terbentuknya hubungan yang harmonis di antara mereka. Pemerintah Indonesia memiliki peran penting dalam mempromosikan moderasi agama melalui kebijakan-kebijakan yang mendukung kerukunan antar umat beragama. Salah satu contohnya adalah Pancasila, yang menekankan pada prinsip-prinsip seperti keadilan sosial, demokrasi, dan persatuan Indonesia dalam keberagaman. Selain itu, pembentukan Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT) dan Dewan Gereja Indonesia (DGI) merupakan upaya konkret untuk mendorong dialog antaragama dan pencegahan ekstremisme agama. Meskipun moderasi agama memiliki dampak positif yang besar dalam masyarakat Indonesia, tetapi masih ada beberapa tantangan yang perlu dihadapi dalam mewujudkannya sepenuhnya. Salah satunya adalah adanya kelompok-kelompok radikal yang mempromosikan ideologi ekstremisme agama. Kelompok-kelompok ini seringkali menimbulkan konflik dan ketegangan antar umat beragama, serta mengancam stabilitas sosial dan keamanan nasional. Selain itu, ketidaksetaraan dalam perlakuan terhadap umat beragama juga menjadi masalah serius dalam konteks moderasi agama. Diskriminasi dan intoleransi terhadap minoritas agama masih terjadi di beberapa daerah, memperumit upaya untuk mencapai kerukunan antar umat beragama secara menyeluruh. Untuk mengatasi tantangan tersebut, penting untuk meningkatkan kesadaran akan pentingnya moderasi agama melalui pendidikan agama yang inklusif dan holistik.
Implementasi transformasi pemberdayaan aparatur negara di Indonesia telah difokuskan pada tiga aspek utama: penyederhanaan birokrasi, transformasi digital, dan pengembangan kompetensi ASN. Penyederhanaan birokrasi bertujuan untuk membuat ASN lebih lincah dan inovatif dalam pelayanan publik melalui struktur yang lebih sederhana dan mekanisme kerja baru yang relevan di era digital. Transformasi digital memerlukan perubahan mendasar dan menyeluruh dalam sistem kerja di instansi pemerintah, yang meliputi penyempurnaan mekanisme kerja dan proses bisnis birokrasi untuk mempercepat pengambilan keputusan dan meningkatkan pelayanan publik. Selain itu, pengembangan kompetensi ASN mencakup penyesuaian sistem kerja yang lebih lincah dan dinamis, didukung oleh pengelolaan kinerja yang optimal serta pengembangan sistem kerja berbasis digital, termasuk penyederhanaan eselonisasi.
1. KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN INDUSTRI
TARIKH
17 DISEMBER 2014
TEMPAT
MULTIMEDIA UNIVERSITI (MMU)
ANJURAN
EXCO HUBUNGAN LUAR
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)
TEMA
“MAHASISWA BERINTELEKTUAL PEMANGKIN GAYA INOVASI KREATIF”
2. 1
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS
MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat (FTSM), Kelab untuk Exco Hubungan Luar di bawah Kelab Multimedia
Interaktif (IMeC) mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat-syarikat luar.
Program ini akan disertai oleh ahli kelab Interaktif Multimedia seramai 30 orang dan
diiringi oleh 3 orang pensyarah sebagai pensyarah pengiring.
2.0 PENGENALAN
Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) ditubuhkan di bawah pemantauan Persatuan
Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA). Kelab ini bertujuan
adalah untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap bidang
multimedia kepada semua mahasiswa/i FTSM khususnya kepada pelajar multimedia.
Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke syarikat-syarikat luar atau universiti yang sememangnya
lebih memfokuskan ke arah bidang multimedia . Memandangkan program Lawatan
Sambil Belajar ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kelab
Interaktif Multimedia (IMec), jadi secara tidak langsung program ini dapat membuka
minda mahasisiwa/i terhadap teknologi yang serba moden dan canggih. Oleh itu,
dengan penubuhan kelab ini dapat dijadikan sebagai platform kepada mahasiswa/i
untuk mempelajari ilmu multimedia secara mendalam dan pada masa yang sama
dapat melahirkan graduan yang bijak pandai dalam bidang multimedia.
3. 2
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Selain itu, program lawatan ini juga adalah bagi menyahut seruan Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali, dalam
membantu merealisasikan 6 Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan oleh beliau.
Program ini juga telah menepati 4 daripada 6 Keberhasilan Utama yang ditetapkan
oleh Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali. Antaranya adalah:
1. Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing Dan
Inovatif.
Program ini dijangka mampu untuk melahirkan mahasiswa/i yang mepunyai
daya intelektual yang berinovatif dalam memajukan teknologi industri serta
graduan yang beraspirasi kebangsaan dengan membawa nama Fakulti
Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia selaku
mendokong nama kebangsaan sendiri ke Universiti lain. Tambahan pula,
program ini mampu membawa pulang segala ilmu dan juga idea-idea bernas
tentang proses pembuatan video, audio dengan menggunakan teknologi
terkini. Selain itu, program ini juga mampu untuk menerapkan nilai etika yang
positif di kalangan mahasiswa/i dalam mendalami ilmu teknologi dan
Multimedia selaras dengan penambahan ilmu pengetahuan mahasiswa/i dalam
bidang teknologi dan sains maklumat. Program ini juga mampu untuk
meningkatkan nilai kompetensi dan memupuk sikap berdaya saing di kalangan
mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam setiap program, dengan membawa
mereka melihat keunikkan teknologi multimedia yang ada di Multimedia
Universiti disamping memupuk minat pelajar secara tidak langsung.
2. Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi
Keberhasilan dari segi penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi adalah
berdasarkan daripada salah satu objektif yang dirancang iaitu dengan
meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang multimedia.
Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru yang
mana mengfokuskan kepada multimedia terutamanya dari segi penghasilan
video, audio dan lain-lain elemen multimedia yang menggunakan teknologi
4. 3
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
terkini yang boleh meningkatkan lagi kepakaran dan hasil penyelidikan Fakulti
Teknologi & Sains Maklumat UKM yang boleh menyumbang secara
signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem hasil
dari kolaborasi antara MMU dan Fakulti Teknologi Sains & Maklumat UKM
yang akhirnya dapat memupuk kepada penemuan intelek, inovasi, penyebaran
dan pengaplikasian ilmu serta dapat mengukuhkan prestasi cemerlang
universiti sebagai universiti penyelidikan perdana di Malaysia dan
antarabangsa.
3. Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik
Menerusi program ini, kita mampu melihat keterlibatan mahasiswa/i secara
lebih mendalam terhadap apa yang diketengahkan oleh pihak universiti. Pada
masa kini, CGPA tidak lagi menjadi momentum terpenting dalam pemilihan
sektor pekerjaan. Keterlibatan mahasiswa/i dalam aktiviti-aktiviti di luar
kuliah juga memainkan peranan yang sangat penting. Dengan adanya
keterlibatan mahasiswa/i di luar kuliah, mampu memperluaskan lagi
pandangan mahasiswa/i serta menjadi pendorong kepada mahasiswa/i untuk
lebih berusaha dalam memantapkan diri. Selain itu, program ini dapat
mendekatkan mahasiswa/i dengan dunia luar dan mampu untuk menarik minat
mahasiswa/i berkaitan dengan IT dan juga multimedia. Tambahan pula, hal ini
dapat meluaskan lagi perkongsian pintar dan berimpak antara fakulti dengan
pihak berkepentingan luar yang saling memanfaatkan dan mengukuhkan
tawaran nilai FTSM dari segi pendidikan, penyelidikan dan khidmat fakulti di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perkongsian pintar yang merupakan
gabungan strategik dan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat.
Dari segi kemahiran mahasiswa/i FTSM pula, perkongsian pintar berlaku
apabila mahasiswa/i yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT berkongsi
pengalaman dengan pelajar dari fakulti lain khususnya dalam bidang
pembangunan sistem.
5. 4
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
4. Prasarana ilmu yang kondusif
Menerusi program ini, kita dapat lihat prasarana di fakulti merupakan faktor
yang sangat penting bagi setiap mahasiswa/i kerana ia dapat menarik perhatian
mahasiswa/i untuk lebih bersemangat dan sentiasa hadir ke fakulti bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dengan wujudnya infrastruktur fizikal dan
teknologi terkini yang berkesan ia dapat memenuhi keperluan pendidikan
penyelidikan, khidmat dan pengurusan sesuatu fakulti. Seperti yang kita
ketahui bahawa MMU merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan
teknologi IT terkini iaitu menyediakan pelbagai kemudahan IT yang canggih.
Oleh itu, dengan lawatan tersebut, kita boleh menjadikan MMU sebagai
contoh bagi penambahbaikan dari segi prasarana dan kelengkapan IT yang
secukupnya sama ada di makmal, dewan kuliah, pejabat dan sebagainya.
3.0 MATLAMAT
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang cakna akan
perkembangan dunia dalam bidang multimedia sekaligus mampu menyumbang idea
mahupun kemahiran hasil daripada lawatan ini. Hal ini kerana, mereka akan diberikan
pendedahan secara terperinci dan lebih menyeluruh mengenai aspek-aspek yang
terdapat dalam teknologi terkini seperti proses penghasilan video, audio, animasi dan
sebagainya. Malahan ianya juga, dapat memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk
terlibat dalam bidang peryiaran, percetakan, pembinaan laman web serta animasi 2D
dan 3D dalam bidang multimedia.
6. 5
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
4.0 MISI
Lawatan ini disasarkan kepada semua ahli Kelab Multimedia Interaktif yang terlibat
dari tahun satu dan dua agar dapat menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat
mengurangkan jurang diantara pelajar tahun satu dan tahun dua.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mendedahkan secara terperinci kepada mahasiswa/i tentang proses pembuatan
video, audio yang menggunakan teknologi terkini.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memilih tempat latihan industri.
5.3 Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang multimedia.
5.4 Menggalakkan pelajar aktif dalam setiap program yang dijalankan dan
mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai kredibiliti kepimpinan.
6.0 TEMA
“MAHASISWA BERINTELEKTUAL PEMANGKIN GAYA INOVASI KREATIF”
7. 6
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
7.0 ANJURAN
Kelab Multimedia Interaktif (IMeC),
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dengan Kerjasama
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (PERTAMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 17 Disember 2014
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
9.0 TEMPAT PROGRAM
Multimedia University
Jalan Multimedia
63100 Cyberjaya, Selangor
10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Ahli Kelab Interaktif Multimedia(IMeC), FTSM, UKM
38 0rang mahasiswa/i pelajar tahun 1 dan 2
8. 7
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Pensyarah pengiring
1. Dr. Zurina Binti Muda
2. Dr. Siti Fadzilah Binti Mat Noor
11.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
11.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
12.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
13.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran D
14.0 INOVASI PROGRAM
Rujuk Lampiran E
9. 8
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
15.0 PERINCIAN KESELAMATAN
Rujuk Lampiran F
19.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:
Kelab Interaktif Multimedia (IMeC),
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Nur Zafirah Binti Mohd Husin 014-8142489)
Fax : 03 – 8925 6732
Email : nurzafirah_5982@yahoo.com
10. 9
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
20.0 SYOR / PENUTUP
Pihak kami amat berharap kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak
tuan. Sehubungan itu, kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada
pihak tuan untuk menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang
diharapkan dan memberi manfaat kepada semua ahli Kelab Multimedia Interaktif
(IMeC) FTSM. Segala idea dan juga ilmu yang diterima akan dikongsikan bersama
mahasiswa/i. Terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung.
13. 12
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
“PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR”
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
Penaung
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM.
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
Penyelaras
Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, UKM
Penasihat Utama
Dr. Zurina Binti Muda
Ketua Prgram Multimedia
Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, UKM
14. 13
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Pensyarah Pengiring
Dr. Siti Fadzilah Binti Mat Noor
Pemantau
Fatin Nadia Binti Nor Azman
Tahun 2
A146250 / 013- 523 4407
Ketua Pengarah
Nur Zafirah Binti Mohd Husin
Tahun 2
A146297 / 014-814 2489
Timbalan Ketua Pengarah
Maizathul Farhanis Binti Othman
Tahun 2
A146274 / 014-506 4177
Setiausaha
Nur Amalina Zhafirah Binti Mohd Yusoff
Tahun 2
A146220 / 018 – 202 6169
15. 14
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Timbalan Setiausaha
Sakinah Binti Hamzah
Tahun 2
A146311 / 013- 620 0864
Bendahari
Nur Farahin Binti Abd Halim
Tahun 2
A146354 / 017-476 5347
Ketua Program : Nur Jihan Binti Abu Bakar
Tahun 2
A146271 / 019 – 759 5767
Timbalan Ketua Program : Rashidah Binti Jamaluddin
Tahun 2
A146298 / 013 - 479 5461
Ajk program : Nurul Adila Binti Zahaimi
Tahun 2
A146412 / 010- 5754 324
Raihan Binti Mat Salleh
Tahun 2
A146394 / 014 – 516 5304
16. 15
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Ketua Hubungan Luar : Nor Alia Syafika Binti Bostamam
Tahun 2
A146317 / 017 – 278 9460
Timbalan hubungan luar : NurSyuhadah Binti Abdul Razak
Tahun 2
A146368 / 017 – 478 1921
Ketua Logistik & Pengangkutan : Nur Adila Binti Zahari
Tahun 2
A146360 / 012 – 562 0478
Timbalan logistik & pengangkutan : Norsafika Binti Abdu Karim
Tahun 2
A146363 / 011 – 2301 2600
Ketua Publisiti : Nurul Fatin Amira Binti Hamdan
Tahun 2
A146351 / 012 – 976 7019
Ajk Publisiti : Nurul Natasha Binti Borhan
Tahun 2
A146290 / 011 – 17714 431
Nur Fatin Halwaizzati Binti Mohd Arif
Tahun 2
A146369 / 014 – 505 8404
Salwah Binti Rosdi
Tahun 2
A146329 / 017 – 330 2050
17. 16
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
Ketua cenderamata : Elida Shazleen Binti Ismail
Tahun 2
A146337 / 017 – 393 8537
Ajk cenderamata : Noradilah Binti Awalludin
Tahun 2
A146389 / 017 – 275 8487
18. 17
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
HARI MASA PENGISIAN
TINDAKAN EXCO
BERTUGAS
17
DISEMBER
2014
(RABU)
7.45
A.M
8.00
A.M
8.30
A.M
Berkumpul di Fakulti
Teknologi dan Sains
Maklumat, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Pendaftaran peserta setiap
ahli & Sarapan Pagi
Bertolak ke Multimedia
Universiti (MMU)
-Pendaftaran
Peserta
* 20 AJK
* 18 Peserta
-Sediakan
Sarapan Pagi
-Menyediakan
Pengangkutan
(bas)
-Memastikan
semua peserta
dan AJK berada
di kawasan
tersebut
-Exco
program
-Exco
Logistik
-Exco
Logistik
-Exco
Program
19. 18
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
10.00
A.M-
12.30
P.M
12.30
P.M
1.00 P.M
Ceramah dari Multimedia
University dan melawat
sekitar Multimedia
University
Agenda :
– ‘Arrival Guest From
UKM’
– ‘Intro On MMU
(Mr.Selvan)’
– ‘Talk by Mr.Najib (FCM
Lecturer)’
– ‘Campus Visit Tour (FCM
E-gallery)’
– ‘End Of Visit’
Penyampaian hadiah dari
pihak fakulti kepada MMU
Bersurai dan bertolak balik
ke UKM
-Menyediakan
soalan
untuk sesi ‘ Q
& A’
-Menyampaikan
cendramata
kepada wakil
MMU
-Memastikan
bilangan pelajar
mencukupi
* 20 AJK
* 18 Peserta
-Exco
Program
-Exco
Cendramata
-Exco
Program
20. 19
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
-Memastikan
kenderaan
pengankutan
berada di lokasi
tepat pada
waktu.
-Exco
Logistik
21. 20
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN C
ANGGARAN PENDAPATAN
Bil. Perkara RM
1. Sumbangan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Kelab Multimedia Interaktif
RM 300.00
RM 400.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 700.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara RM
1. Jamuan AJK & Peserta
Sarapan Pagi (RM5.00 x 40 orang)
Sijil dan Cenderamata
Sijil (RM2.00 x 38 orang)
Cenderamata penghargaan
Publisiti
Banner,Bunting,Poster
RM 200.00
RM 76.00
RM 100.00
RM 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 476.00
22. 21
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN D
PERINCIAN PROGRAM
“PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR”
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
D.1 - Ceramah Dari Pihak Multimedia Universiti.
Wakil dari pihak multimedia universiti iaitu Mr. Selvan A/L Adinarayanan
akan memberikan sedikit pendedahan kepada latar belakang dan sejarah
penubuhan mereka. Selain itu, Mr. Selvan A/L Adinarayanan juga akan
memberikan penerangan tentang kemudahan yang disediakan untuk para
pelajar yang menuntut di universiti multimedia dan fakulti mereka. Kemudian,
kami akan didedahkan dengan fakulti yang terdapat di universiti multimedia
serta kos yang terdapat dalam faculty of creative multimedia. Disamping itu,
kami juga akan didedahkan dengan teknologi-teknologi multimedia dari setiap
kos yang terdapat dalam faculty of creative multimedia. Antaranya :
1) Media Arts
2) Advertising Design
3) Animation and Visual Effects
4) Virtual Reality
5) Interface Design
D.2 - Melawat persekitaran Universiti Multimedia
Melihat prasarana – prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh pihak
pentadbiran universiti kepada para pelajar mereka sehingga mampu menarik
perhatian orang ramai.
23. 22
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN E
INOVASI PROGRAM
“PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR”
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
Dengan penganjuran program ini, kita dapat melihat hasil daripada keberhasilan utama 2 iaitu
Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi. Program ini dapat menghasilkan dan
mencetuskan sesuatu idea yang baru yang mana mengfokuskan kepada multimedia
terutamanya dari segi penghasilan video, audio dan lain-lain elemen multimedia yang
menggunakan teknologi terkini yang boleh meningkatkan lagi kepakaran dan hasil
penyelidikan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat UKM yang boleh menyumbang secara
signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem hasil dari kolaborasi
antara MMU dan Fakulti Teknologi Sains & Maklumat UKM yang akhirnya dapat memupuk
kepada penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan pengaplikasian ilmu serta dapat
mengukuhkan prestasi cemerlang universiti sebagai universiti penyelidikan perdana di
Malaysia dan antarabangsa.
Selain itu, ia dapat menyumbang ke arah yang lebih canggih dan setaraf dengan dunia
luar. Sebagai contoh, aplikasi power point. Aplikasi power point masih lagi digunakan
sehingga kini, mungkin dengan lawatan ini, kita dapat mengurangkan aplikasi power point
yang selalu digunakan oleh mahasiswa/I semasa membuat pembentangan.
24. 23
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17 DISEMBER 2015
LAMPIRAN F
PERINCIAN KESELAMATAN PROGRAM
“PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR”
KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
F.1 - Langkah – langkah keselamatan yang akan dipatuhi sepanjang tempoh
perjalanan di Multimedia Universiti.
a) Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti
multimedia.
b) Sentiasa memaklumkan pensyarah pengiring sekiranya hendak keluar
menuju ke tempat yang lain.
c) Sentiasa peka dengan perubahan yang akan berlaku.
d) Tidak mengusik atau menceroboh mana-mana tempat.
F.2 - Pelan Kontigensi Sekiranya berlaku kecemasan.
a) Laporkan kepada pensyarah pengiring sekiranya berlaku kecemasan.
b) Memaklumkan kepada ibu bapa ataupun penjaga pelajar yang
menghadapi masalah atau kecemasan.