SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
KSSR SAINS TAHUN 3
32
• Pelbagai bentuk.
• Adil kepada semua murid.
• Mengambil kira pelbagai aras kognitif
• Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan
pembelajaran.
• Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari oleh murid dan mentaksir sejauh mana mereka
fahami.
Pentaksiran bagi setiap kelompok Standard Kandungan
dijalankan dengan menggunakan Standard Prestasi sebagai
rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam
menguasai sesuatu Standard Kandungan yang ditetapkan.
Standard Prestasi disusun secara hierarki di mana Tahap
Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga
pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Tahap
penguasaan yang dicapai oleh murid mestilah direkodkan ke
dalam borang pelaporan pentaksiran.
Standard Prestasi Sains Sekolah Rendah
Pentaksiran sekolah bagi Sains dilaksanakan bersandarkan tiga
domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Pentaksiran pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan
pengintegrasian proses kemahiran sains bertujuan melihat sejauh
mana murid memahami standard kandungan tertentu secara
menyeluruh dan holistik. Pelaksanaan pentaksiran bagi
penguasaan kemahiran proses sains boleh dijalankan sepanjang
tahun. Oleh itu adalah penting bagi guru menggunakan
pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan
murid. Hierarki tahap penguasaan murid di bahagikan kepada 6
tahap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.
Jadual 9: Penyataan Tahap Penguasaan Pengetahuan dan
Kemahiran
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Mengingat kembali pengetahuan dan
kemahiran asas sains.
2
Memahami pengetahuan dan kemahiran sains
serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut.
3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
sains untuk melaksanakan tugasan mudah.
KSSR SAINS TAHUN 3
33
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
4
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran
sains dalam konteks penyelesaian masalah.
5
Menilai pengetahuan dan kemahiran sains
dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan untuk melaksanakan
satu tugasan.
6
Merekacipta menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains dalam konteks penyelesaian
masalah dan membuat keputusan atau
dalam melaksanakan satu tugasan dalam
situasi baru secara kreatif dan inovatif.
Sikap saintifik dan nilai murni juga ditaksir sepanjang tahun bagi
memberi peluang kepada murid untuk mencapai Tahap
Penguasaan yang lebih tinggi seterusnya menjadi amalan dan
budaya dalam kehidupan. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai
murni bagi Sains Sekolah Rendah dibuat dengan merujuk kepada
Jadual 10.
Jadual 10: Penyataan Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik
dan Nilai Murni
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Minat
2 Minat dan bersifat ingin tahu.
3
Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat
dalam merekod data.
4
Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat
dalam merekod data, berani mencuba dan
bersistematik.
5
Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat
dalam merekod data, berani mencuba,
bersistematik, bekerjasama, rajin dan tabah
dalam menjalankan tugasan.
6
Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat
dalam merekod data, berani mencuba,
bersistematik, bekerjasama, rajin dan tabah
dalam menjalankan tugas,
bertanggungjawab ke atas diri, rakan, alam
sekitar dan berhemah tinggi.
KSSR SAINS TAHUN 3
34
Tahap Penguasaan Keseluruhan
Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi
satu nilai tahap penguasaan murid pada akhir sesi persekolahan.
Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi aspek
kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai
murni. Untuk itu, guru perlu menilai murid secara holistik dengan
melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara
berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian dalam
ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid
secara lisan, kerja projek berkumpulan dan sebagainya. Guru
boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu
nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan
pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui
perbincangan bersama rakan sejawat dengan merujuk Jadual 11.
Jadual 11: Penyataan Tahap Penguasaan Umum KSSR Sains
Sekolah Rendah
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Mengingat kembali pengetahuan dan
kemahiran asas sains serta menunjukkan
minat.
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
2
Memahami pengetahuan dan kemahiran sains
serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut
di samping menunjukkan sifat ingin tahu.
3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
sains untuk melaksanakan tugasan mudah
dengan jujur serta merekod data dengan tepat.
4
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran
sains dalam konteks penyelesaian masalah
secara bersistematik serta berani mencuba.
5
Menilai pengetahuan dan kemahiran sains
dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan untuk melaksanakan
satu tugasan secara bekerjasama, rajin dan
tabah.
6
Merekacipta menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains dalam konteks penyelesaian
masalah dan membuat keputusan atau
dalam melaksanakan satu tugasan dalam
situasi baru secara kreatif dan inovatif serta
bertanggungjawab ke atas diri, rakan, alam
sekitar dan berhemah tinggi
KSSR SAINS TAHUN 3
35
ORGANISASI KANDUNGAN
KSSR Sains memberi penekanan kepada penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan tahap
kebolehan murid. Pelaksanaan bagi kurikulum Sains adalah
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang.
Waktu minimum yang diperuntukkan bagi sains tahap I adalah 48
jam setahun. Kurikulum ini mempunyai tiga lajur utama iaitu
Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan
Standard Prestasi (SPi). Maksud SK, SP dan SPi adalah seperti
dalam Jadual 12.
Jadual 12: Organisasi DSKP
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
STANDARD
PRESTASI
Penyataan spesifik
tentang perkara
yang murid patut
ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu
tempoh
persekolahan
merangkumi aspek
pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Suatu penetapan
kriteria atau
indikator kualiti
pembelajaran dan
pencapaian yang
boleh diukur bagi
setiap standard
kandungan.
Suatu set kriteria
umum yang
menunjukkan tahap-
tahap prestasi yang
perlu murid
pamerkan sebagai
tanda bahawa
sesuatu perkara itu
telah dikuasai murid
Dalam organisasi kandungan, terdapat lajur catatan. Lajur ini
mengandungi cadangan aktiviti yang bersifat setempat dan nota
sebagai panduan. Guru boleh melaksanakan aktiviti tambahan
selain daripada yang dicadangkan mengikut kreativiti dan
keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran.
KSSR Sains Tahun 1 hingga Tahun 6 disusun mengikut tema
bidang pembelajaran iaitu Inkuiri Dalam Sains, Sains Hayat,
Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi
dan Kehidupan Lestari.
Skop kemahiran proses sains bagi Tahap 1 berfokus kepada
enam kemahiran iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan
menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan
berkomunikasi. Penerapan kemahiran proses sains boleh
dijalankan dengan menggunakan kandungan pengetahuan yang
terdapat dalam Standard Pembelajaran atau secara bersendiri.
Penerapan kemahiran proses sains perlu diulang sepanjang
tahun bagi memberi peluang kepada murid meningkatkan dan
mengukuhkan penguasaan kemahiran yang dihasratkan.
KSSR SAINS TAHUN 3
36
Skop pengetahuan bagi Tahap I adalah seperti dalam Jadual 13.
Jadual 13: Kandungan KSSR Sains Tahap I
TEMA SKOP
Inkuiri Dalam Sains Kemahiran proses sains, kemahiran
manipulatif dan peraturan bilik sains
Sains Hayat Benda hidup dan benda bukan hidup
Manusia: keperluan asas benda hidup,
deria, pembiakan dan tumbesaran, gigi,
kelas makanan, pencernaan
Haiwan: bahagian tubuh, pembiakan dan
tumbesaran, tabiat pemakanan
Tumbuhan: bahagian tumbuhan,
tumbesaran dan pembiakan
Sains Fizikal Magnet, terang dan gelap, litar elektrik,
pengukuran luas dan isi padu, objek
atau bahan yang lebih tumpat atau
kurang tumpat daripada air
Sains Bahan Keupayaan bahan menyerap air,
campuran, asid dan alkali
TEMA SKOP
Bumi dan Angkasa Bentuk muka bumi, tanah, air, udara,
sistem suria
Teknologi dan
Kehidupan Lestari
Binaan daripada bongkah bentuk asas,
set binaan, takal
KSSR SAINS TAHUN 3
37
1.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK
TEMA
TAJUK
INKUIRI DALAM SAINS
2.0 PERATURAN BILIK SAINS
KSSR SAINS TAHUN 3
38
1.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.1 Kemahiran
Proses Sains
Murid boleh:
1
Menyatakan semua deria
yang terlibat untuk membuat
pemerhatian tentang
fenomena atau perubahan
yang berlaku.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti
yang boleh membawa
kepada penguasaan
kemahiran memerhati
seperti:
(i) Memerhati video
tentang pencernaan
makanan.
(ii) Memerhati objek
yang timbul atau
objek yang
tenggelam.
1.1.1 Memerhati
2
Memerihalkan penggunaan
semua deria yang terlibat
untuk membuat pemerhatian
tentang fenomena atau
perubahan yang berlaku.
3
Menggunakan semua deria
yang terlibat untuk membuat
pemerhatian tentang
fenomena atau perubahan
yang berlaku.
4
Menggunakan semua deria
yang terlibat dan alat jika
perlu untuk membuat
pemerhatian secara kualitatif
bagi menerangkan
fenomena atau perubahan
yang berlaku.
KSSR SAINS TAHUN 3
39
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Menggunakan semua deria
yang terlibat dan alat jika
perlu untuk membuat
pemerhatian secara kualitatif
dan kuantitatif bagi
menerangkan fenomena
atau perubahan yang
berlaku.
6
Menggunakan semua deria
yang terlibat dan alat jika
perlu untuk membuat
pemerhatian secara kualitatif
dan kuantitatif bagi
menerangkan fenomena
atau perubahan yang
berlaku secara sistematik.
KSSR SAINS TAHUN 3
40
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh:
1
Menyatakan ciri yang
terdapat pada objek atau
fenomena.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti yang
boleh membawa kepada
penguasaan kemahiran
mengelas seperti:
(i) Mengelas haiwan
berdasarkan tabiat
pemakanan.
(ii) Mengelas tumbuhan
berdasarkan cara
tumbuhan membiak.
1.1.2 Mengelas
2
Memerihalkan ciri objek atau
fenomena dengan
menyatakan persamaan dan
perbezaan.
3
Mengasing dan mengumpul
objek atau fenomena
berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza.
4
Mengasing dan mengumpul
objek atau fenomena
berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza serta menyatakan
ciri sepunya yang digunakan.
KSSR SAINS TAHUN 3
41
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Mengasing dan mengumpul
objek atau fenomena
berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza serta menyatakan ciri
sepunya yang digunakan
kemudian boleh menggunakan
ciri lain untuk mengasing dan
mengumpul.
6
Mengasing dan mengumpul
objek atau fenomena
berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza sehingga peringkat
terakhir dengan menyatakan
ciri yang digunakan.
KSSR SAINS TAHUN 3
42
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh:
1
Memilih peralatan yang
sesuai bagi mengukur suatu
kuantiti.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti yang
boleh membawa kepada
penguasaan kemahiran
mengukur dan
menggunakan nombor
seperti:
(i) Mengukur masa bagi
satu aktiviti.
(ii) Mengukur panjang
buku, pencil dan lain-
lain.
1.1.3 Mengukur dan
menggunakan nombor
2
Memerihalkan penggunaan
peralatan dan cara mengukur
yang sesuai bagi suatu
kuantiti.
3
Mengukur menggunakan alat
dan unit piawai yang sesuai
dengan teknik yang betul.
4
Mengukur menggunakan alat
dan unit piawai yang sesuai
dengan teknik yang betul
serta merekod dalam jadual.
KSSR SAINS TAHUN 3
43
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Membuat justifikasi kesesuaian
alat dan unit piawai yang
digunakan bagi aktiviti yang
dijalankan.
6
Menunjuk cara untuk
mengukur menggunakan alat,
unit piawai dengan teknik yang
betul serta merekod dalam
jadual secara kreatif, inovatif
dan sistematik.
KSSR SAINS TAHUN 3
44
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh:
1
Menyatakan pemerhatian
bagi satu situasi yang
diberikan.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti
yang boleh membawa
kepada penguasaan
kemahiran membuat
inferens seperti:
(i) Membuat inferens
tentang objek yang
timbul dan objek
yang tenggelam.
(ii) Membuat inferens
tentang kumpulan
haiwan
berdasarkan tabiat
pemakanan.
1.1.4 Membuat inferens
2
Menyatakan satu penerangan
bagi pemerhatian.
3
Menyatakan lebih dari satu
penerangan bagi
pemerhatian yang sama.
4
Memilih penerangan yang
paling munasabah bagi satu
pemerhatian menggunakan
maklumat yang diperolehi.
KSSR SAINS TAHUN 3
45
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Membuat kesimpulan awal
yang munasabah
berdasarkan penerangan
yang dipilih dengan
menggunakan maklumat
yang diperolehi.
6
Menyokong kesimpulan awal
yang dibuat dengan
menggunakan maklumat atau
pemerhatian lain.
KSSR SAINS TAHUN 3
46
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh:
1
Menyatakan satu jangkaan
bagi pemerhatian terhadap
peristiwa/fenomena.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti yang
boleh membawa kepada
penguasaan kemahiran
meramal seperti:
(i) Meramal perubahan
suhu air apabila
dipanaskan.
(ii) Meramalkan keadaan
di planet berdasarkan
urutan dalam sistem
suria.
1.1.5 Meramal
2
Membuat satu jangkaan
tentang satu
peristiwa/fenomena
berdasarkan pemerhatian,
pengalaman lalu, data atau
pola.
3
Membuat lebih daripada satu
jangkaan tentang satu
peristiwa/fenomena
berdasarkan pemerhatian,
pengalaman lalu, data atau
pola.
4
Menjelaskan jangkaan
tentang satu
peristiwa/fenomena
berdasarkan pemerhatian,
pengalaman lalu, data atau
pola.
KSSR SAINS TAHUN 3
47
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Menyokong jangkaan yang telah
dibuat dengan menggunakan
maklumat tambahan.
6
Membuat jangkaan melalui
intrapolasi atau ekstrapolasi
berdasarkan pemerhatian,
pengalaman lalu, data atau pola.
KSSR SAINS TAHUN 3
48
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh:
1
Menyatakan maklumat yang
diperoleh.
Cadangan aktiviti:
Menjalankan aktiviti yang
boleh membawa kepada
penguasaan kemahiran
berkomunikasi seperti:
(i) Melukis dan melabel
struktur gigi.
(ii) Membuat poster satu
hidangan makanan
seimbang.
1.1.6 Berkomunikasi
2
Merekod maklumat atau idea
dalam sebarang bentuk.
3
Merekod maklumat atau idea
dalam bentuk yang sesuai.
4
Merekod maklumat atau idea
dalam bentuk yang sesuai
dan mempersembahkan
maklumat atau idea tersebut
secara sistematik.
KSSR SAINS TAHUN 3
49
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Merekodkan maklumat atau
idea dalam lebih dari satu
bentuk yang sesuai dan
mempersembahkan
maklumat atau idea tersebut
secara sistematik.
6
Menghasilkan persembahan
yang kreatif dan inovatif
berdasarkan maklumat atau
idea yang direkodkan secara
sistematik serta boleh
memberi maklum balas.
KSSR SAINS TAHUN 3
50
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.2 Kemahiran
Manipulatif
Murid boleh:
1
Mengenal pasti peralatan,
bahan sains dan spesimen
yang diperlukan bagi suatu
aktiviti.
Nota:
Pentaksiran
dilaksanakan semasa
murid menjalankan aktivti
PdP seperti:
(i) Mengukur masa bagi
satu aktiviti.
(ii) Menjalankan projek
pembiakan tumbuhan
yang membiak lebih
dari satu cara.
1.2.1
1.2.2
1.2.3
1.2.4
1.2.5
Menggunakan dan
mengendalikan peralatan
dan bahan sains dengan
betul.
Mengendalikan spesimen
dengan betul dan cermat.
Melakar spesimen, peralatan
dan bahan sains dengan
betul.
Membersihkan peralatan
sains dengan cara yang
betul.
Menyimpan peralatan dan
bahan sains dengan betul
dan selamat.
2
Memerihalkan penggunaan
peralatan, bahan sains dan
spesimen yang diperlukan
bagi suatu aktiviti.
3
Mengguna dan
mengendalikan peralatan,
bahan sains dan spesimen
yang diperlukan bagi suatu
aktiviti dengan kaedah yang
betul.
4
Mengguna, mengendali,
melakar, membersih dan
menyimpan peralatan, bahan
sains dan spesimen yang
digunakan dalam suatu
aktiviti dengan kaedah yang
betul dan cermat
KSSR SAINS TAHUN 3
51
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Mengguna, mengendali,
melakar, membersih dan
menyimpan peralatan, bahan
sains dan spesimen yang
digunakan dalam suatu
aktiviti dengan kaedah yang
betul, bersistematik dan
berhemah.
6
Mengguna, mengendali,
melakar, membersih dan
menyimpan peralatan, bahan
sains dan spesimen yang
digunakan dalam suatu
aktiviti dengan kaedah yang
betul, bersistematik,
berhemah dan menjadi
contoh kepada rakan lain.
KSSR SAINS TAHUN 3
52
2.0 PERATURAN BILIK SAINS
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.1 Peraturan Bilik
Sains
Murid boleh:
1
Menyatakan peraturan bilik
sains.
Nota:
Pentaksiran
dilaksanakan melalui
pemerhatian sebelum,
semasa dan selepas
menggunakan bilik sains.
2.1.1 Mematuhi peraturan bilik
sains.
2
Menerangkan peraturan bilik
sains.
3
Mematuhi peraturan bilik
sains.
4
Menaakul kepentingan
peraturan bilik sains perlu
dipatuhi.
5
Menjana idea tindakan yang
perlu diambil sekiranya
terdapat situasi menyalahi
peraturan bilik sains.
6
Mengamalkan konsep
pematuhan peraturan bilik
sains sebagai budaya dalam
kehidupan seharian.
KSSR SAINS TAHUN 3
53
3.0 MANUSIA
TEMA
TAJUK
SAINS HAYAT
4.0 HAIWAN
5.0 TUMBUHAN
KSSR SAINS TAHUN 3
54
3.0 MANUSIA
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Gigi Murid boleh:
1 Menyatakan jenis gigi.
Cadangan aktiviti:
Tayangan video atau
gambar untuk melihat set
gigi susu dan set gigi
kekal dari aspek bilangan
dan jenis serta
penggantian set gigi susu
dengan set gigi kekal.
Nota:
(i) Struktur gigi iaitu
enamel, dentin, saraf,
salur darah dan gusi.
(ii) Pengambilan makanan
tertentu seperti
makanan manis akan
merosakkan enamel
seterusnya
menyebabkan sakit
gigi.
(iii) Contoh rawatan
pergigian seperti
tampalan, pendakap
gigi, gigi palsu dan
rawatan akar.
3.1.1
3.1.2
3.1.3
3.1.4
3.1.5
Memerihalkan jenis gigi dan
fungsinya.
Melabelkan struktur gigi.
Membanding dan
membezakan set gigi susu
dan set gigi kekal.
Menghubung kait penjagaan
kesihatan gigi dengan
struktur gigi.
Menjelaskan pemerhatian
tentang gigi melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan
secara kreatif.
2
Memerihalkan fungsi setiap
jenis gigi.
3
Melabelkan keratan rentas
struktur gigi.
4
Membanding dan
membezakan set gigi susu
dan set gigi kekal.
5
Menaakul kepentingan
amalan harian penjagaan
kesihatan gigi.
6
Berkomunikasi secara
kreatif dan inovatif tentang
penggunaan teknologi
dalam rawatan gigi.
KSSR SAINS TAHUN 3
55
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.2 Kelas Makanan Murid boleh:
1
Menyatakan contoh
makanan.
Cadangan aktiviti:
Penyediaan hidangan
makanan menggunakan
gambar, model atau
makanan sebenar.
Nota:
Kelas makanan iaitu
karbohidrat, protein,
lemak, vitamin, mineral,
pelawas dan air.
Contoh kepentingan kelas
makanan seperti:
(i) Karbohidrat memberi
tenaga.
(ii) Protein untuk
tumbesaran.
(iii) Lemak memanaskan
badan.
(iv) Vitamin dan mineral
untuk menjaga
kesihatan.
(v) Pelawas mencegah
sembelit.
(vi) Air untuk mengawal
suhu badan.
Piramid makanan yang
digunakan mesti merujuk
kepada piramid makanan
Malaysia.
3.2.1
3.2.2
3.2.3
3.2.4
3.2.5
Memberi contoh makanan
bagi setiap kelas makanan.
Mengitlak kepentingan
makanan mengikut kelasnya
kepada tubuh manusia.
Menjelas dengan contoh
makanan seimbang
berdasarkan piramid
makanan.
Menaakul kesan
pengambilan makanan yang
tidak seimbang.
Menjelaskan pemerhatian
tentang kelas makanan
menerusi lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara
kreatif.
2
Menyenaraikan contoh
makanan bagi setiap kelas
makanan.
3
Menjelas dengan contoh
kepentingan setiap kelas
makanan.
4
Menaakul kesan
pengambilan makanan
yang tidak berdasarkan
piramid makanan.
5
Merancang satu hidangan
makanan berdasarkan
piramid makanan dan
membuat penaakulan
tentang cadangan tersebut.
6
Berkomunikasi secara
kreatif dan inovatif jenis
makanan yang perlu
dielakkan oleh seseorang
yang mempunyai masalah
kesihatan serta
mempersembahkannya.
KSSR SAINS TAHUN 3
56
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.3 Pencernaan Murid boleh:
1
Menyatakan makanan
dihancurkan oleh gigi, lidah
dan air liur.
Cadangan aktiviti:
Tayangan video/simulasi
berkomputer/carta untuk
membuat pemerhatian
tentang proses
pencernaan makanan.
Penerangan tentang aliran
makanan semasa
pencernaan dengan
menggunakan pelbagai
media.
Nota:
Pencernaan adalah
proses menghancurkan
makanan kepada cebisan
lebih kecil supaya nutrien
dari makanan boleh
diserap oleh badan
bermula daripada mulut
(gigi, lidah dan air liur),
esofagus, perut, usus dan
dubur.
3.3.1
3.3.2
3.3.3
3.3.4
Memerihalkan proses
pencernaan.
Membuat urutan aliran
makanan semasa
pencernaan.
Merumus tentang makanan
tercerna yang tidak
diperlukan oleh badan.
Menjelaskan pemerhatian
tentang pencernaan
menerusi lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara
kreatif.
2
Melabelkan bahagian yang
terlibat dalam pencernaan.
3
Membuat urutan aliran
makanan semasa
pencernaan.
4
Mengitlak tentang apa yang
berlaku kepada makanan
tercerna.
5
Membuat kesimpulan
maksud pencernaan
berdasarkan urutan semasa
pencernaan.
KSSR SAINS TAHUN 3
57
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
6
Berkomunikasi secara
kreatif dan inovatif tentang
perbuatan yang boleh
mengganggu pencernaan
makanan dan kesannya.
Nota:
Perbuatan yang
mengganggu pencernaan
seperti:
(i) Makan sambil
bercakap, berlari dan
melompat.
(ii) Makan terlalu cepat.
Perbuatan yang
mengganggu pencernaan
memberi kesan seperti
tersedak, muntah, tercekik
dan sakit perut.
KSSR SAINS TAHUN 3
58
4.0 HAIWAN
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.1 Tabiat
Pemakanan
Murid boleh:
1
Menyatakan tabiat
pemakanan haiwan.
Cadangan aktiviti:
Tayangan video/ carta
untuk membuat
pemerhatian tentang tabiat
pemakanan haiwan.
Nota:
Tabiat pemakanan
haiwan secara semula
jadi iaitu makan
tumbuhan sahaja,
makan haiwan sahaja
atau makan haiwan dan
tumbuhan.
4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4
4.1.5
Mengelas haiwan mengikut
tabiat pemakanan.
Menjelaskan dengan contoh
tabiat pemakanan haiwan
herbivor, karnivor dan
omnivor.
Membuat inferens tentang
kumpulan haiwan
berdasarkan tabiat
pemakanan.
Membanding dan
membezakan kegigian
haiwan herbivor, karnivor,
dan omnivor.
Menjelaskan pemerhatian
tentang tabiat pemakanan
haiwan melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara
kreatif.
2
Mengelas haiwan
berdasarkan tabiat
pemakanan.
3
Mengitlak tentang tabiat
pemakanan haiwan
herbivor, karnivor dan
omnivor.
4
Menaakul kegigian haiwan
herbivor, karnivor dan
omnivor berdasarkan
tabiat pemakanan.
5
Menjelaskan melalui
contoh haiwan yang
berubah tabiat
pemakanan semula
jadinya.
6
Berkomunikasi untuk
menunjukkan haiwan yang
berubah tabiat pemakanan
semula jadinya dan
memberi justifikasi.

More Related Content

Similar to 008 DSKP KSSR SEMAKAN 2017 SAINS TAHUN 3-44-70.pdf

Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Hazlee Gapal
 
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4vibila
 
3. paparan standar penilaian 2013 prof udin
3. paparan  standar penilaian 2013 prof udin3. paparan  standar penilaian 2013 prof udin
3. paparan standar penilaian 2013 prof udinSuaidin -Dompu
 
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptxBahriansyahSpd
 
Model penilaian kurikulum 2013
Model penilaian kurikulum 2013Model penilaian kurikulum 2013
Model penilaian kurikulum 2013Suwandi Sibarani
 
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013Model penilaian dan rapor kurikulum 2013
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013fathul arief
 
Makalah pengembangan ernhy
Makalah pengembangan ernhyMakalah pengembangan ernhy
Makalah pengembangan ernhyErnhy Hijoe
 
Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Neil Yeah
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4Hazlee Gapal
 
Dskp sains-tahun-4
Dskp sains-tahun-4Dskp sains-tahun-4
Dskp sains-tahun-4zati909090
 
Pemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongPemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongLilis Indayani
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skHazlee Gapal
 
Model penilaian di smp dan sma
Model penilaian di smp dan smaModel penilaian di smp dan sma
Model penilaian di smp dan smaFery Zahuri
 
Materi 1 paparan model penilaian
Materi 1 paparan model penilaianMateri 1 paparan model penilaian
Materi 1 paparan model penilaianadulcharli
 
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATP
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATPPPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATP
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATPAtikaWardihan
 
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5Logarani Kishnan
 

Similar to 008 DSKP KSSR SEMAKAN 2017 SAINS TAHUN 3-44-70.pdf (20)

Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
 
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
 
3. paparan standar penilaian 2013 prof udin
3. paparan  standar penilaian 2013 prof udin3. paparan  standar penilaian 2013 prof udin
3. paparan standar penilaian 2013 prof udin
 
Dsk sains thn 4 bm
Dsk sains thn 4 bmDsk sains thn 4 bm
Dsk sains thn 4 bm
 
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx
3_CP-TP_ATP Pembelajaran Asesmen.pptx
 
Model penilaian kurikulum 2013
Model penilaian kurikulum 2013Model penilaian kurikulum 2013
Model penilaian kurikulum 2013
 
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013Model penilaian dan rapor kurikulum 2013
Model penilaian dan rapor kurikulum 2013
 
Makalah pengembangan ernhy
Makalah pengembangan ernhyMakalah pengembangan ernhy
Makalah pengembangan ernhy
 
Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sains tahun 4
 
Dskp sains-tahun-4
Dskp sains-tahun-4Dskp sains-tahun-4
Dskp sains-tahun-4
 
Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4
 
Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4
 
Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4Dskp sains tahun 4
Dskp sains tahun 4
 
Pemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongPemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka Sorong
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk sk
 
Model penilaian di smp dan sma
Model penilaian di smp dan smaModel penilaian di smp dan sma
Model penilaian di smp dan sma
 
Materi 1 paparan model penilaian
Materi 1 paparan model penilaianMateri 1 paparan model penilaian
Materi 1 paparan model penilaian
 
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATP
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATPPPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATP
PPT Capaian Pembelajaran tujuan pembelajaran ATP
 
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5
221726776 dokumen-standard-kurikulum-dan-pentaksiran-sains-sk-tahun-5
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

008 DSKP KSSR SEMAKAN 2017 SAINS TAHUN 3-44-70.pdf

  • 1. KSSR SAINS TAHUN 3 32 • Pelbagai bentuk. • Adil kepada semua murid. • Mengambil kira pelbagai aras kognitif • Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran. • Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan mentaksir sejauh mana mereka fahami. Pentaksiran bagi setiap kelompok Standard Kandungan dijalankan dengan menggunakan Standard Prestasi sebagai rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai sesuatu Standard Kandungan yang ditetapkan. Standard Prestasi disusun secara hierarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Tahap penguasaan yang dicapai oleh murid mestilah direkodkan ke dalam borang pelaporan pentaksiran. Standard Prestasi Sains Sekolah Rendah Pentaksiran sekolah bagi Sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian proses kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami standard kandungan tertentu secara menyeluruh dan holistik. Pelaksanaan pentaksiran bagi penguasaan kemahiran proses sains boleh dijalankan sepanjang tahun. Oleh itu adalah penting bagi guru menggunakan pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan murid. Hierarki tahap penguasaan murid di bahagikan kepada 6 tahap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9. Jadual 9: Penyataan Tahap Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains. 2 Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk melaksanakan tugasan mudah.
  • 2. KSSR SAINS TAHUN 3 33 TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah. 5 Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan. 6 Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif. Sikap saintifik dan nilai murni juga ditaksir sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada murid untuk mencapai Tahap Penguasaan yang lebih tinggi seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni bagi Sains Sekolah Rendah dibuat dengan merujuk kepada Jadual 10. Jadual 10: Penyataan Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Minat 2 Minat dan bersifat ingin tahu. 3 Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat dalam merekod data. 4 Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat dalam merekod data, berani mencuba dan bersistematik. 5 Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat dalam merekod data, berani mencuba, bersistematik, bekerjasama, rajin dan tabah dalam menjalankan tugasan. 6 Minat, bersifat ingin tahu, jujur dan tepat dalam merekod data, berani mencuba, bersistematik, bekerjasama, rajin dan tabah dalam menjalankan tugas, bertanggungjawab ke atas diri, rakan, alam sekitar dan berhemah tinggi.
  • 3. KSSR SAINS TAHUN 3 34 Tahap Penguasaan Keseluruhan Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan murid pada akhir sesi persekolahan. Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu, guru perlu menilai murid secara holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat dengan merujuk Jadual 11. Jadual 11: Penyataan Tahap Penguasaan Umum KSSR Sains Sekolah Rendah TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains serta menunjukkan minat. TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2 Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut di samping menunjukkan sifat ingin tahu. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk melaksanakan tugasan mudah dengan jujur serta merekod data dengan tepat. 4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah secara bersistematik serta berani mencuba. 5 Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan secara bekerjasama, rajin dan tabah. 6 Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif serta bertanggungjawab ke atas diri, rakan, alam sekitar dan berhemah tinggi
  • 4. KSSR SAINS TAHUN 3 35 ORGANISASI KANDUNGAN KSSR Sains memberi penekanan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Pelaksanaan bagi kurikulum Sains adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang. Waktu minimum yang diperuntukkan bagi sains tahap I adalah 48 jam setahun. Kurikulum ini mempunyai tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Maksud SK, SP dan SPi adalah seperti dalam Jadual 12. Jadual 12: Organisasi DSKP STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap- tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid Dalam organisasi kandungan, terdapat lajur catatan. Lajur ini mengandungi cadangan aktiviti yang bersifat setempat dan nota sebagai panduan. Guru boleh melaksanakan aktiviti tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut kreativiti dan keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran. KSSR Sains Tahun 1 hingga Tahun 6 disusun mengikut tema bidang pembelajaran iaitu Inkuiri Dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Skop kemahiran proses sains bagi Tahap 1 berfokus kepada enam kemahiran iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi. Penerapan kemahiran proses sains boleh dijalankan dengan menggunakan kandungan pengetahuan yang terdapat dalam Standard Pembelajaran atau secara bersendiri. Penerapan kemahiran proses sains perlu diulang sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada murid meningkatkan dan mengukuhkan penguasaan kemahiran yang dihasratkan.
  • 5. KSSR SAINS TAHUN 3 36 Skop pengetahuan bagi Tahap I adalah seperti dalam Jadual 13. Jadual 13: Kandungan KSSR Sains Tahap I TEMA SKOP Inkuiri Dalam Sains Kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan peraturan bilik sains Sains Hayat Benda hidup dan benda bukan hidup Manusia: keperluan asas benda hidup, deria, pembiakan dan tumbesaran, gigi, kelas makanan, pencernaan Haiwan: bahagian tubuh, pembiakan dan tumbesaran, tabiat pemakanan Tumbuhan: bahagian tumbuhan, tumbesaran dan pembiakan Sains Fizikal Magnet, terang dan gelap, litar elektrik, pengukuran luas dan isi padu, objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air Sains Bahan Keupayaan bahan menyerap air, campuran, asid dan alkali TEMA SKOP Bumi dan Angkasa Bentuk muka bumi, tanah, air, udara, sistem suria Teknologi dan Kehidupan Lestari Binaan daripada bongkah bentuk asas, set binaan, takal
  • 6. KSSR SAINS TAHUN 3 37 1.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK TEMA TAJUK INKUIRI DALAM SAINS 2.0 PERATURAN BILIK SAINS
  • 7. KSSR SAINS TAHUN 3 38 1.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.1 Kemahiran Proses Sains Murid boleh: 1 Menyatakan semua deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian tentang fenomena atau perubahan yang berlaku. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran memerhati seperti: (i) Memerhati video tentang pencernaan makanan. (ii) Memerhati objek yang timbul atau objek yang tenggelam. 1.1.1 Memerhati 2 Memerihalkan penggunaan semua deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian tentang fenomena atau perubahan yang berlaku. 3 Menggunakan semua deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian tentang fenomena atau perubahan yang berlaku. 4 Menggunakan semua deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif bagi menerangkan fenomena atau perubahan yang berlaku.
  • 8. KSSR SAINS TAHUN 3 39 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Menggunakan semua deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif bagi menerangkan fenomena atau perubahan yang berlaku. 6 Menggunakan semua deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif bagi menerangkan fenomena atau perubahan yang berlaku secara sistematik.
  • 9. KSSR SAINS TAHUN 3 40 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN Murid boleh: 1 Menyatakan ciri yang terdapat pada objek atau fenomena. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran mengelas seperti: (i) Mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. (ii) Mengelas tumbuhan berdasarkan cara tumbuhan membiak. 1.1.2 Mengelas 2 Memerihalkan ciri objek atau fenomena dengan menyatakan persamaan dan perbezaan. 3 Mengasing dan mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri sepunya dan berbeza. 4 Mengasing dan mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri sepunya dan berbeza serta menyatakan ciri sepunya yang digunakan.
  • 10. KSSR SAINS TAHUN 3 41 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Mengasing dan mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri sepunya dan berbeza serta menyatakan ciri sepunya yang digunakan kemudian boleh menggunakan ciri lain untuk mengasing dan mengumpul. 6 Mengasing dan mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri sepunya dan berbeza sehingga peringkat terakhir dengan menyatakan ciri yang digunakan.
  • 11. KSSR SAINS TAHUN 3 42 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN Murid boleh: 1 Memilih peralatan yang sesuai bagi mengukur suatu kuantiti. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran mengukur dan menggunakan nombor seperti: (i) Mengukur masa bagi satu aktiviti. (ii) Mengukur panjang buku, pencil dan lain- lain. 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 2 Memerihalkan penggunaan peralatan dan cara mengukur yang sesuai bagi suatu kuantiti. 3 Mengukur menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan teknik yang betul. 4 Mengukur menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan teknik yang betul serta merekod dalam jadual.
  • 12. KSSR SAINS TAHUN 3 43 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Membuat justifikasi kesesuaian alat dan unit piawai yang digunakan bagi aktiviti yang dijalankan. 6 Menunjuk cara untuk mengukur menggunakan alat, unit piawai dengan teknik yang betul serta merekod dalam jadual secara kreatif, inovatif dan sistematik.
  • 13. KSSR SAINS TAHUN 3 44 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN Murid boleh: 1 Menyatakan pemerhatian bagi satu situasi yang diberikan. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran membuat inferens seperti: (i) Membuat inferens tentang objek yang timbul dan objek yang tenggelam. (ii) Membuat inferens tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. 1.1.4 Membuat inferens 2 Menyatakan satu penerangan bagi pemerhatian. 3 Menyatakan lebih dari satu penerangan bagi pemerhatian yang sama. 4 Memilih penerangan yang paling munasabah bagi satu pemerhatian menggunakan maklumat yang diperolehi.
  • 14. KSSR SAINS TAHUN 3 45 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Membuat kesimpulan awal yang munasabah berdasarkan penerangan yang dipilih dengan menggunakan maklumat yang diperolehi. 6 Menyokong kesimpulan awal yang dibuat dengan menggunakan maklumat atau pemerhatian lain.
  • 15. KSSR SAINS TAHUN 3 46 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN Murid boleh: 1 Menyatakan satu jangkaan bagi pemerhatian terhadap peristiwa/fenomena. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran meramal seperti: (i) Meramal perubahan suhu air apabila dipanaskan. (ii) Meramalkan keadaan di planet berdasarkan urutan dalam sistem suria. 1.1.5 Meramal 2 Membuat satu jangkaan tentang satu peristiwa/fenomena berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola. 3 Membuat lebih daripada satu jangkaan tentang satu peristiwa/fenomena berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola. 4 Menjelaskan jangkaan tentang satu peristiwa/fenomena berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola.
  • 16. KSSR SAINS TAHUN 3 47 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Menyokong jangkaan yang telah dibuat dengan menggunakan maklumat tambahan. 6 Membuat jangkaan melalui intrapolasi atau ekstrapolasi berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola.
  • 17. KSSR SAINS TAHUN 3 48 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN Murid boleh: 1 Menyatakan maklumat yang diperoleh. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran berkomunikasi seperti: (i) Melukis dan melabel struktur gigi. (ii) Membuat poster satu hidangan makanan seimbang. 1.1.6 Berkomunikasi 2 Merekod maklumat atau idea dalam sebarang bentuk. 3 Merekod maklumat atau idea dalam bentuk yang sesuai. 4 Merekod maklumat atau idea dalam bentuk yang sesuai dan mempersembahkan maklumat atau idea tersebut secara sistematik.
  • 18. KSSR SAINS TAHUN 3 49 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Merekodkan maklumat atau idea dalam lebih dari satu bentuk yang sesuai dan mempersembahkan maklumat atau idea tersebut secara sistematik. 6 Menghasilkan persembahan yang kreatif dan inovatif berdasarkan maklumat atau idea yang direkodkan secara sistematik serta boleh memberi maklum balas.
  • 19. KSSR SAINS TAHUN 3 50 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.2 Kemahiran Manipulatif Murid boleh: 1 Mengenal pasti peralatan, bahan sains dan spesimen yang diperlukan bagi suatu aktiviti. Nota: Pentaksiran dilaksanakan semasa murid menjalankan aktivti PdP seperti: (i) Mengukur masa bagi satu aktiviti. (ii) Menjalankan projek pembiakan tumbuhan yang membiak lebih dari satu cara. 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 2 Memerihalkan penggunaan peralatan, bahan sains dan spesimen yang diperlukan bagi suatu aktiviti. 3 Mengguna dan mengendalikan peralatan, bahan sains dan spesimen yang diperlukan bagi suatu aktiviti dengan kaedah yang betul. 4 Mengguna, mengendali, melakar, membersih dan menyimpan peralatan, bahan sains dan spesimen yang digunakan dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul dan cermat
  • 20. KSSR SAINS TAHUN 3 51 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Mengguna, mengendali, melakar, membersih dan menyimpan peralatan, bahan sains dan spesimen yang digunakan dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul, bersistematik dan berhemah. 6 Mengguna, mengendali, melakar, membersih dan menyimpan peralatan, bahan sains dan spesimen yang digunakan dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul, bersistematik, berhemah dan menjadi contoh kepada rakan lain.
  • 21. KSSR SAINS TAHUN 3 52 2.0 PERATURAN BILIK SAINS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Peraturan Bilik Sains Murid boleh: 1 Menyatakan peraturan bilik sains. Nota: Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian sebelum, semasa dan selepas menggunakan bilik sains. 2.1.1 Mematuhi peraturan bilik sains. 2 Menerangkan peraturan bilik sains. 3 Mematuhi peraturan bilik sains. 4 Menaakul kepentingan peraturan bilik sains perlu dipatuhi. 5 Menjana idea tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat situasi menyalahi peraturan bilik sains. 6 Mengamalkan konsep pematuhan peraturan bilik sains sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
  • 22. KSSR SAINS TAHUN 3 53 3.0 MANUSIA TEMA TAJUK SAINS HAYAT 4.0 HAIWAN 5.0 TUMBUHAN
  • 23. KSSR SAINS TAHUN 3 54 3.0 MANUSIA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.1 Gigi Murid boleh: 1 Menyatakan jenis gigi. Cadangan aktiviti: Tayangan video atau gambar untuk melihat set gigi susu dan set gigi kekal dari aspek bilangan dan jenis serta penggantian set gigi susu dengan set gigi kekal. Nota: (i) Struktur gigi iaitu enamel, dentin, saraf, salur darah dan gusi. (ii) Pengambilan makanan tertentu seperti makanan manis akan merosakkan enamel seterusnya menyebabkan sakit gigi. (iii) Contoh rawatan pergigian seperti tampalan, pendakap gigi, gigi palsu dan rawatan akar. 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 Memerihalkan jenis gigi dan fungsinya. Melabelkan struktur gigi. Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal. Menghubung kait penjagaan kesihatan gigi dengan struktur gigi. Menjelaskan pemerhatian tentang gigi melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 2 Memerihalkan fungsi setiap jenis gigi. 3 Melabelkan keratan rentas struktur gigi. 4 Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal. 5 Menaakul kepentingan amalan harian penjagaan kesihatan gigi. 6 Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang penggunaan teknologi dalam rawatan gigi.
  • 24. KSSR SAINS TAHUN 3 55 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.2 Kelas Makanan Murid boleh: 1 Menyatakan contoh makanan. Cadangan aktiviti: Penyediaan hidangan makanan menggunakan gambar, model atau makanan sebenar. Nota: Kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air. Contoh kepentingan kelas makanan seperti: (i) Karbohidrat memberi tenaga. (ii) Protein untuk tumbesaran. (iii) Lemak memanaskan badan. (iv) Vitamin dan mineral untuk menjaga kesihatan. (v) Pelawas mencegah sembelit. (vi) Air untuk mengawal suhu badan. Piramid makanan yang digunakan mesti merujuk kepada piramid makanan Malaysia. 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 Memberi contoh makanan bagi setiap kelas makanan. Mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia. Menjelas dengan contoh makanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Menjelaskan pemerhatian tentang kelas makanan menerusi lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 2 Menyenaraikan contoh makanan bagi setiap kelas makanan. 3 Menjelas dengan contoh kepentingan setiap kelas makanan. 4 Menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak berdasarkan piramid makanan. 5 Merancang satu hidangan makanan berdasarkan piramid makanan dan membuat penaakulan tentang cadangan tersebut. 6 Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif jenis makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang yang mempunyai masalah kesihatan serta mempersembahkannya.
  • 25. KSSR SAINS TAHUN 3 56 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.3 Pencernaan Murid boleh: 1 Menyatakan makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur. Cadangan aktiviti: Tayangan video/simulasi berkomputer/carta untuk membuat pemerhatian tentang proses pencernaan makanan. Penerangan tentang aliran makanan semasa pencernaan dengan menggunakan pelbagai media. Nota: Pencernaan adalah proses menghancurkan makanan kepada cebisan lebih kecil supaya nutrien dari makanan boleh diserap oleh badan bermula daripada mulut (gigi, lidah dan air liur), esofagus, perut, usus dan dubur. 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 Memerihalkan proses pencernaan. Membuat urutan aliran makanan semasa pencernaan. Merumus tentang makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan. Menjelaskan pemerhatian tentang pencernaan menerusi lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 2 Melabelkan bahagian yang terlibat dalam pencernaan. 3 Membuat urutan aliran makanan semasa pencernaan. 4 Mengitlak tentang apa yang berlaku kepada makanan tercerna. 5 Membuat kesimpulan maksud pencernaan berdasarkan urutan semasa pencernaan.
  • 26. KSSR SAINS TAHUN 3 57 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 6 Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang perbuatan yang boleh mengganggu pencernaan makanan dan kesannya. Nota: Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti: (i) Makan sambil bercakap, berlari dan melompat. (ii) Makan terlalu cepat. Perbuatan yang mengganggu pencernaan memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut.
  • 27. KSSR SAINS TAHUN 3 58 4.0 HAIWAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Tabiat Pemakanan Murid boleh: 1 Menyatakan tabiat pemakanan haiwan. Cadangan aktiviti: Tayangan video/ carta untuk membuat pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan. Nota: Tabiat pemakanan haiwan secara semula jadi iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan. Menjelaskan dengan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Membuat inferens tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. Membanding dan membezakan kegigian haiwan herbivor, karnivor, dan omnivor. Menjelaskan pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 2 Mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. 3 Mengitlak tentang tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. 4 Menaakul kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan tabiat pemakanan. 5 Menjelaskan melalui contoh haiwan yang berubah tabiat pemakanan semula jadinya. 6 Berkomunikasi untuk menunjukkan haiwan yang berubah tabiat pemakanan semula jadinya dan memberi justifikasi.