Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Dsk sains thn 4 bm

1,813 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Dsk sains thn 4 bm

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHSAINSTAHUN EMPAT2013DRAF
  2. 2. DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)SAINSTAHUN EMPATBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  3. 3. Cetakan Pertama 2013© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  4. 4. iiiKANDUNGANRukun NegaraFalsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Sains NegaraPendahuluan 1Matlamat 1Objektif 1Kemahiran Saintifik 2Kemahiran Berfikir 3Sikap Saintifik dan Nilai Murni 8Elemen Merentas Kurikulum 9Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains 12Penilaian 14Kemahiran dan Nilai untuk Abad ke 21 14Profil Murid 16Organisasi Standard Kandungan Kurikulum Sains 17KURIKULUM SAINS
  5. 5. ivTema: Pengenalan kepada SainsKemahiran SaintifikPeraturan Bilik SainsTema: Sains HayatProses Hidup Manusia 21Proses Hidup Haiwan 25Proses Hidup Tumbuhan 26Tema: Sains FizikalPengukuran 28Tema: Sains BahanSifat Bahan 34Pengaratan 36Tema: Bumi dan Sains AngkasaSistem Suria 37Tema: Teknologi dan Kehidupan LestariTeknologi 39
  6. 6. vRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalamkalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yangadil bagi kemakmuran negara yang akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjaminsatu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  7. 7. viPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
  8. 8. viiFALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARASelaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains danTeknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan ber-daya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
  9. 9. 1Pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan untukmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. StandardKurikulum Sains sekolah rendah dan menengah dibangunkanuntuk menghasilkan insan yang dihasratkan.Standard Kurikulum Sains secara keseluruhan merangkumi tigamata pelajaran sains teras dan empat mata pelajaran sainselektif. Mata Pelajaran Sains Teras adalah Sains SekolahRendah, Sains Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas.Mata pelajaran Sains Elektif yang ditawarkan di peringkatmenengah atas adalah Biologi, Kimia, Fizik dan SainsTambahan.Mata Pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan sekolahmenengah rendah direka bentuk dengan memberi penekanankepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains kepadamurid supaya celik sains dan menyediakan mereka untukmempelajari sains di peringkat yang lebih tinggi. Mata pelajaranSains Teras bagi peringkat sekolah menengah atas adalahuntuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif danmenyediakan murid untuk menceburi bidang sains yang lebihumum. Mata pelajaran Sains Elektif menawarkan pilihankepada murid mengikut kecenderungan, minat dan keupayaandalam bidang sains bagi menceburi kerjaya dalam bidang sainsdan teknologi yang khusus.Golongan murid ini bakal menjadi sumber tenaga manusiadalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbangkepada penerusan dalam pembangunan negara.Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untukmenanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melaluipengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dannilai murni.Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bertujuan:1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minattentang dunia di sekeliling mereka.2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifikdan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.3. Meningkatkan daya kreativiti murid.4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahi-ran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah.6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membo-lehkan murid mengamalkannya.7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
  10. 10. 2Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiransaintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiransaintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankansebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sainsdan kemahiran manipulatif. Kemahiran ini dipupuk dandicapai melalui aktiviti atau penyiasatan yang mestidilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran supayapembelajaran sains menjadi bermakna.Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkantentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secarabersistem.Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalahseperti berikut:Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena.Menggunakan pemerhatian untuk men-gasing dan mengumpulkan objek ataufenomena berdasarkan ciri yang sama.Membuat pemerhatian secara kuantitatifdengan menggunakan nombor atau alatberunit piawai atau alat yang diseragam-kan sebagai unit rujukan.Membuat kesimpulan awal yang muna-sabah, yang mungkin benar atau tidakbenar untuk menerangkan sesuatuperistiwa atau pemerhatian.Membuat jangkaan tentang sesuatuperistiwa berdasarkan pemerhatian danpengalaman yang lalu atau berdasarkandata.Menerima, memilih, menyusun danmempersembahkan maklumat atau ideadalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf,rajah atau model.Memerihalkan perubahan parameterseperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu,berat dan jisim dengan masa.Memberi penerangan yang rasional ten-tang objek, peristiwa atau pola daripadadata yang dikumpulkan.Memberi tafsiran tentang sesuatu konsepdengan menyatakan perkara yang dila-kukan dan diperhatikan.Mengenal pasti pemboleh ubah dima-nipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalar-kan. Dalam sesuatu penyiasatan satu
  11. 11. 3pemboleh ubah dimanipulasikan untukmemerhatikan hubungannya denganpemboleh ubah bergerak balas. Padamasa yang sama pemboleh ubah yanglain dimalarkan.Membuat suatu pernyataan umum ten-tang hubungan antara pemboleh ubahyang difikirkan benar bagi menerangkansesuatu perkara atau peristiwa. Pern-yataan ini boleh diuji untuk menentukankesahihannya.Merancang dan menjalankan penyiasa-tan untuk menguji sesuatu hipotesis,mengumpulkan data, mentafsirkan datasehingga mendapat rumusan daripadapenyiasatan itu.Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalampenyiasatan sains yang membolehkan murid melakukanperkara berikut:Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sainsdengan betul.Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul danselamat.Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individumenggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang adapada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkanalam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negaraadalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektifini boleh dicapai melalui pembelajaran berfikrah.Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secaraaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam prosesini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang denganteliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untukberfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaranyang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalahteras kepada pembelajaran berfikrah.Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis danpemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akansentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelummenerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyaidaya imiginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yanginovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan produk sediaada.Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggiperingkatnya yang melibatkan beberapa langkah. Setiap langkahmelibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategiberfikir merupakan matlamat akhir kepada proses berfikir.
  12. 12. 4Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritisadalah seperti berikut:Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat,kualiti dan unsur sesuatu konsep atau ob-jek.Mencari persamaan dan perbezaan ber-dasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualitidan unsur sesuatu objek atau peristiwa.Mengasingkan dan mengumpulkan objekatau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentuseperti ciri atau sifat sepunya.Menyusun objek dan maklumat mengikuttertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciriatau sifatnya seperti saiz, masa, bentukatau bilangan.Menyusun objek atau maklumat mengikuttertib berdasarkan kepentingan atau ke-segeraan.Mengolah maklumat dengan mengurai-kannya kepada bahagian yang lebih kecilbagi memahami sesuatu konsep atauperistiwa serta mencari makna yang ter-sirat.Mengesan pandangan atau pendapat yang ber-pihak kepada atau menentang sesuatu.Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkaradari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkanbukti atau dalil yang sah.Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu ka-jian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesisatau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkanpenyiasatan.Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatifadalah seperti berikut:Menghasilkan idea yang berkaitan dengansesuatu perkara.Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaanatau peristiwa untuk mencari sesuatu strukturatau corak perhubungan.Membuat kesimpulan awal yang munasabah,yang mungkin benar atau tidak benar untukmenerangkan sesuatu peristiwa atau pemer-hatian.Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwaberdasarkan pemerhatian dan pengalamanyang lalu atau data yang boleh dipercayai.
  13. 13. 5Membuat pernyataan umum terhadap sesuatuperkara untuk keseluruhan kumpulan berdasar-kan pemerhatian ke atas sampel atau beberapamaklumat daripada kumpulan itu.Membuat tanggapan atau membayangkan se-suatu idea, konsep, keadaan atau gagasandalam minda.Menggabungkan unsur yang berasingan untukmenghasilkan satu gambaran menyeluruhdalam bentuk seperti pernyataan, lukisan atauartifak.Membuat suatu pernyataan umum tentanghubungan antara pemboleh ubah yang difikirkanbenar bagi menerangkan sesuatu perkara atauperistiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk me-nentukan kesahihannya.Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsepyang kompleks atau mujarad secara mengait-kan konsep itu dengan konsep yang mudahatau maujud yang mempunyai ciri yang serupa.Menghasilkan sesuatu yang baru atau melaku-kan pengubahsuaian kepada sesuatu yangsedia ada untuk mengatasi masalah secaraterancang.Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti berikut:Membuat pengitlakan ke arah membinapengertian, konsep atau model berdasarkanciri spesifik sepunya yang saling berhubung.Memilih satu alternatif penyelesaian yang ter-baik daripada beberapa alternatif berdasar-kan kriteria tertentu bagi mencapai matlamatyang ditetapkan.Mencari penyelesaian yang tepat secara ter-ancang terhadap situasi yang tidak pasti ataumencabar ataupun kesulitan yang tidak di-jangkakan.Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiranmenaakul merupakan satu lagi kemahiran yang ditekankan.Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang digunakan dalammembuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikirmenjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuatpenaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberigambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategiberfikir (KBSB).
  14. 14. 6Rajah 1: Model KBSB dalam Sains Penguasaan KBSB melalui pengajaran dan pembelajaran sainsboleh dikembangkan melalui peringkat berikut:1. KBSB diperkenalkan.2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan denganbimbingan guru.5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untukmencapai tugasan berfikir.Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalamsains diberikan dalam Buku Panduan Penerapan KemahiranBerfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan PembelajaranSains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).Kemahiran Proses Sains adalah kemahiran yang diperlukan untukmencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuatkeputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mentalyang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dansistematik. Penguasaan Kemahiran Proses Sains bersamadengan pengetahuan dan sikap yang sesuai menjamin keupayaanmurid untuk berfikir secara berkesan.Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlumenguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikirutama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sainsadalah seperti berikut:KemahiranBerfikirKritisMencirikanMembandingkan &membezakanMengumpulkan &mengelaskanMembuat urutanMenyusun mengikutkeutamaanMenganalisisMengesan kecon-donganMenilaiMembuat kesimpulanKreatifMenjanakan ideaMenghubungkaitkanMembuat inferensMeramalkanMembuat hipotesisMensintesiskanMengitlakkanMembuat gambaranmentalMenganalogikanMereka ciptaStrategi BerfikirMengkonsepsikanMenyelesaikan masalahMembuat keputusanMenaakul
  15. 15. 7Memerhati MencirikanMembandingkan dan mem-bezakanMenghubungkaitkanMengelaskan MencirikanMembandingkan dan mem-bezakanMengumpulkan dan menge-laskanMengukur dan menggunakannomborMenghubungkaitkanMembandingkan dan mem-bezakanMembuat inferens MenghubungkaitkanMembandingkan dan mem-bezakanMenganalisisMembuat inferensMeramalkan MenghubungkaitkanMembuat gambaran mentalMenggunakan perhubungan ruangdan masaMembuat urutanMenyusun mengikut keu-tamaanMentafsirkan data Membandingkan dan mem-bezakanMenganalisisMengesan kecondonganMembuat kesimpulanMengitlakkanMenilaiMendefinisi secara operasi MenghubungkaitkanMenganalogikanMembuat gambaran mentalMenganalisisMengawal pemboleh ubah MencirikanMembandingkan dan mem-bezakanMenghubungkaitkanMenganalisisMembuat hipotesis MencirikanMenghubungkaitkanMembandingkan danmembezakanMenjanakan ideaMembuat hipotesisMeramalkanMensintesiskanMengeksperimen Semua kemahiran berfikirBerkomunikasi Semua kemahiran berfikir
  16. 16. 8Standard Kurikulum Sains ini menekankan pembelajaranberfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiransaintifik. Dalam kurikulum ini standard pembelajaran yangdihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehanpengetahuan dengan penguasaan kemahiran berfikir dankemahiran saintifik. Oleh itu dalam pengajaran danpembelajaran guru perlu mengintegrasikan penguasaankemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan disamping penerapan sikap saintifik dan nilai murni.Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dannilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupukdalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dannilai murni seperti yang berikut:Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatuperkara.Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan sertaterhadap alam sekitar.Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untukmemahami alam.Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dansihat.Menghargai keseimbangan alam semula jadi.Berhemah tinggi dan hormat menghormati.Menghargai sumbangan sains dan teknologi.Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.Berfikiran kritikal dan analitis.Luwes dan berfikiran terbuka.Baik hati dan penyayang.Bersifat objektif.Sistematik.Bekerjasama.Adil dan saksama.Berani mencuba.Berfikir secara rasional.Yakin dan berdikari.Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlakumengikut peringkat berikut:Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikapsaintifik dan nilai murni.Memberi perhatian serta respons.Menghayati dan mengamalkan.Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan.Dalam standard kurikulum ini, standard pembelajaran untuk domainafektif ditulis secara eksplisit di mana yang sesuai. Walau bagai-manapun, dalam pengajaran dan pembelajaran penerapan sikapsaintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan. Contohnyasemasa pembelajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sen-tiasa mengingatkan murid tentang kepentingan menjalankaneksperimen secara teliti, cermat, bekerjasama, jujur dan tabah.Perancangan yang rapi diperlukan untuk mengoptimumkan pen-erapan sikap saintifik dan nilai murni. Guru digalakkan meneliti
  17. 17. 9semua standard pembelajaran dalam sesuatu standard kand-ungan yang berkaitan termasuk standard pembelajaran tentangpenerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakanpelajaran untuk sesuatu bidang pembelajaran.Standard kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupukunsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di kalangan muridbagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan ne-gara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, kepel-bagaian hidupan serta perkembangan sains dan teknologi dinegara kita, semangat mencintai negara dapat dikukuhkan.Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulumtelah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Re-produktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Peng-guna dan Keselamatan Jalanraya.Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan danditambah dengan memperkenalkan elemen Kreati viti danInovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat danKomunikasi.Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang salingberkaitan.Secara umum, kreativiti merujuk kepada ti ndakanpenghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pulaialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatifdalam konteks tertentu.Elemen kreativiti dan i novasi merupakan salah satu elemenyang diberi penekanan dalam KSSR bagi menyediakan muriddalam menangani cabaran abad 21. Kreativiti dan inovasi muridperlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya merekaberkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti,dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupanwarganegara Malaysia pada masa hadapan.Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagimata pelajaran Sains yang berkaitan dengan pemupukan kreativitidan inovasi di nyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapunguru juga digalakkan menerapkan elemen kreati viti dan inovasidi mana -mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidakdinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakanaktiviti yang meni ngkatkan minat dan kreati viti dan murid perludibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yangmembolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuksikap dan personaliti individu kreatif.Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri-ciri Malaysia pada tahun2020 adalan inovasi dan keusahawanan. Penerapan elemenkeusahawanan di dalam KSSR bertujuan membentuk ciri-ciri danamalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalamkalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentukdengan:Mengamalkan sikap keusahawanan
  18. 18. 10Mengaplikasikan pemikiran keusahawananMengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran p enguru-san perniagaanMemformulasikan konsep, proses atau pro-duk keusahawananMengamalkan nilai, moral dan etika baikdalam keusahawananSemua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengantahap kebolehan murid sekolah rendah.Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untukmemperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologiseperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer,perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikanpengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik danberkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakansatu wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsepyang sukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalambentuk perisian kursus atau laman web.Elemen Teknologi Maklumat & Komunikasi merupakan salahsatu elemen yang ditambah dalam KSSR. Terdapat tigapendekatan dalam menggunakan Teknologi Maklumat &Komunikasi dalam KSSR:Belajar mengenai TMKBelajar melalui TMKBelajar dengan TMKStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard kurikulumsains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaranberfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaankemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkanminda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yangdirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah dapatmencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukanberbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiranberfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepadamurid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakandaya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalampengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikanpemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran danpenerapan sikap saintifik dan nilai murni. Pembelajaran berfikrahboleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme,sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual danpembelajaran masteri.Pendekatan Inkuiri-PenemuanPendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yangmementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secaraam bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasatsesuatu fenomena yang berlaku. Penemuan merupakan sifatutama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabilakonsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
  19. 19. 11Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasatsesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Gurukemudian membimbing murid untuk memahami konsep sainsmelalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dankemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri-penemuan ini. Namun perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri-penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasipengajaran dan pembelajaran. Terdapat konsep dan prinsiplebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru ataumelalui inkuiri-penemuan terbimbing.KonstruktivismeKonstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkanbahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiripemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Antara unsurpenting dalam kontruktivisme adalah:Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula ideamereka.Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea danpengalaman serta membuat refleksi.Pendekatan Sains, Teknologi dan MasyarakatPembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapatmenghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupanharian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalampelbagai pendekatan seperti Pembelajaran Kontekstual danPendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Temadan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM dijelmakandalam kurikulum standard ini. Pendekatan STM mengesyorkanpembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincanganberlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat. Pengetahuansains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains danteknologi serta implikasi kepada kehidupan masyarakat.Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkandengan kehidupan harian murid. Pendekatan ini melibatkan muridbelajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara ilmuyang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalamkonteks ini murid tidak hanya belajar secara teori sahaja tetapidapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengankehidupan mereka.Pembelajaran MasteriPembelajaran ini merupakan satu pendekatan yang memastikansemua murid menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan.Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap muridmampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepadamurid untuk belajar mengikut kadarnya. Aktiviti pengayaan danpemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajarandan pembelajaran.
  20. 20. 12Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut bolehdilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran danpembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi,projek, penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masadepan dan penyelesaian masalah. Dalam standard kurikulumini cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran tidakdinyatakan secara eksplisit. Penulisan standard kurikulumbegini membolehkan guru menggunakan kreativiti merekasendiri untuk menyampaikan dan murid memperolehpengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnyaberdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dankepelbagaian kecerdasan murid serta sumber dan prasaranayang ada. Di samping berperanan sebagai penyampaipengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya,guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jeniskecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yangberbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagaikecerdasan. Berikut adalah penerangan ringkas tentangkaedah ini.EksperimenEksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalampelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatanuntuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedahsaintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiranberfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Secara umum langkah yang diikuti semasa menjalankaneksperimen adalah:Mengenal pasti masalahMembuat hipotesisMerancang eksperimen- Mengawal pemboleh ubah- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan- Menentukan langkah menjalankan eksperimen- Menentukan kaedah mengumpulkan data- Menentukan kaedah menganalisis dataMelakukan eksperimenMengumpulkan dataMenganalisis dataMentafsirkan dataMembuat kesimpulanMembuat pelaporanDalam kurikulum standard ini, dicadangkan selain daripadaeksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluangmereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangkacara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang bo-leh diukur, bagaimana menganalisis data dan bagaimana mem-bentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankansecara bersendirian atau secara kumpulan kecil.PerbincanganPerbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan menge-mukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih.Semasa perbincangan murid perlu mempunyai fikiran yang ter-buka untuk menerima pendapat orang lain. Guru boleh bertindaksebagai fasilitator dengan mengemukakan soalan-soalan yangmemandu murid ke arah tajuk perbincangan. Perbincangan boleh
  21. 21. 13dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen, pro-jek, aktiviti mengumpul dan mentafsirkan data, simulasi peng-gunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah danlain-lain.SimulasiSimulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang se-benar. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan,permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan,murid melakonkan sesuatu peranan secara spontanberdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainanpula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid bermainuntuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahamiproses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakiliobjek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat membayangkansituasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsipyang dipelajari.ProjekProjek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau dalamkumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masayang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal.Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untukmenyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnyamerancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuklaporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan.Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar bilik DarjahPembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikanpembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mestidirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktivitiatau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincanganselepas lawatan perlu diadakan bagi membuat rumusan aktivitiyang dijalankan.Kajian Masa DepanMurid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjauperubahan keadaan daripada masa lalu ke masa depan. Pedagogiini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang.Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupukmelalui kaedah ini.Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan muridsecara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapaisasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti sepertisimulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secaraumum penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:Kenal pasti dan faham masalahJelaskan masalahCari alternatif penyelesaian masalahJalankan operasi penyelesaianNilaikan penyelesaian
  22. 22. 14Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untukmemperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologiseperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer,perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikanpengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik danberkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satuwadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yangsukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalam bentukperisian kursus atau laman web.Penilaian di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahappenguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telahdipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untukmenambah baik kaedah pengajarannya. Hasil penilaian di bilikdarjah ini juga memberi maklum balas awal kepada guru untukmerancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagipenguasaan dan pemahaman murid.Beberapa kaedah penilaian dalam bilik darjah yang bolehdijalankan adalah:: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dariaspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni.Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yangdilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.:Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel ataulisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuksoalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.: Persembahan secara lisan adalahpenting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri danpengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.: Senarai semak merupakan laporan individutentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sainsadalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilaimurni.: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secaraindividu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap danfolio.: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untukmenyampaikan maklumat secara saintifik.Seseorang murid perlu dilengkapkan dengan kemahiran,berpengetahuan dan nilai yang perlu dikuasai untuk berjaya dalamkehidupan dan kerjaya dalam abad ke 21.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pastikemahiran dan nilai yang perlu ada pada setiap murid untukmenghadapi abad ke 21. Kemahiran dan nilai tersebut terbahagikepada 3 aspek:
  23. 23. 15: Menyediakan murid untuk menghadapi ke-hidupan yang semakin mencabar serta persekitaran kerja masakini. Kemahiran ini antaranya adalah:KreatifKritisMenaakulInovatifPenyelesaian MasalahMembuat Keputusan: Memerlukan lebih dari kema-hiran berfikir dan pengetahuan. Murid membangunkan kemahi-ran hidup dan kerjaya bagi menghadapi kehidupan yang kom-pleks dan persekitaran kerjaya dalam dunia yang semakinmencabar. Antaranya ialah:Kemahiran KomunikasiTeknologi Maklumat dan KomunikasiBekerjasamaKeusahawananKepimpinanBelajar Sepanjang HayatKeluwesanKemampuan Menyesuaikan DiriBerinisiatif dan Terarah Kendiri: Merupakan garis panduan untuk murid menjadi seorangindividu berpewatakan mulia yang mampu membuat keputusandan tindakan sebagai melaksanakan tanggungjawab kepadakeluarga, masyarakat dan negara, merangkumi:KerohanianBerperikemanusiaanPatriotikBerintegritiBertanggungjawabBersatu PaduFaktor kritikal yang menyumbang pertumbuhan sosial, budaya danekonomi sesebuah negara adalah pembangunan modal insanyang berinovatif dan berkemahiran tinggi. Dengan itu, setiap muridyang dihasilkan perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, ro-hani dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidi-kan Kebangsaan.KPM telah menggariskan 10 Profil Murid yang perlu ada untukmurid berupaya bersaing pada peringkat global. Profil Muridadalah ciri yang ada pada setiap murid.Mereka seimbang dari segi fizikal, emosi, rohanidan intelek untuk mencapai kesejahteraan peri-badi, serta menunjukkan empati, belas kasihandan menghormati orang lain. Dapat menyum-bang ke arah keharmonian keluarga, masyarakatdan negara.Mereka mampu menghadapi dan mengatasi ke-sukaran, mengatasi cabaran dengan kebijak-sanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
  24. 24. 16Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inova-tif; mampu untuk menangani masalah kompleksdan membuat keputusan yang beretika. Merekaberfikir tentang pembelajaran dan diri merekasebagai pelajar. Mereka menjana soalan danbersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tra-disi individu dan masyarakat lain. Mereka berke-yakinan dan kreatif dalam menangani bidangpembelajaran yang baru.Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran,idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif se-cara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagaimedia dan teknologi.Mereka boleh bekerjasama secara berkesan danharmoni dengan orang lain. Mereka menggalastanggungjawab bersama serta menghormati danmenghargai sumbangan yang diberikan olehsetiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kema-hiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, danini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasu-kan yang lebih baik.Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula-jadi untuk meneroka strategi dan idea baru.Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukanuntuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, sertamenunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran.Mereka menikmati pengalaman pembelajaransepanjang hayat secara berterusan.Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adildan menghormati maruah individu, kumpulandan komuniti. Mereka bertanggungjawab atastindakan, akibat tindakan serta keputusanmereka.Mereka mendapatkan pengetahuan dan mem-bentuk pemahaman yang luas dan seimbangmerentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Merekameneroka pengetahuan dengan cekap danberkesan dalam konteks isu tempatan danglobal. Mereka memahami isu-isu etika/undang-undang berkaitan maklumat yang diperolehi.Mereka menunjukkan empati, belas kasihan danrasa hormat terhadap keperluan dan perasaanorang lain. Mereka komited untuk berkhidmatkepada masyarakat dan memastikan kelestarianalam sekitar.Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongandan rasa hormat terhadap negara.
  25. 25. 17Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5disusun mengikut enam bidang pembelajaran iaituPengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, SainsBahan, Bumi dan Sains Angkasa serta Teknologi danKehidupan Lestari. Sungguh pun begitu, setiap tahunpembelajaran tidak semesti nya merangkumi keenam-enambidang pembelajaran tersebut.Bidang Pembelajaran Pengenalan kepada Sains, SainsHayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasaserta Teknologi dan Kehidupan Lestari diperi ncikan melaluiStandard Kandungan dan Standard Pembelajaran. StandardKandungan mempunyai satu atau lebih StandardPembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidangpembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikuthierarki dalam domain kognitif dan afektif. PernyataanStandard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yangmengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik,kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuaidengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan.Standard Pembelajaran merupakan objektif pembelajaranyang ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang bolehdiukur. Standard Pembelajaran merangkumi skoppembelajaran dan kemahiran sai ntifik serta kemahiran berfikiryang menuntut murid melakukan sains bagi membolehkanmereka menguasai konsep sains yang di hasratkan. Secaraam, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki darimudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan StandardPembelajaran boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dankeperluan pembelajaran. Standard Kandungan bagi domainafektif ditulis di akhir Standard Kandungan domain kognitifyang berkaitan, tetapi tidak semua Standard Kandungan domainkognitif diikuti dengan domain afektif.Proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dirancangsecara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapaStandard Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaiandan keperluan pembelajaran. Guru seharusnya meneliti semuaStandard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yangberkenaan sebelum merancang akti viti pengajaran danpembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif diterapsecara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domainkognitif dijalankan. Akti viti boleh dipelbagaikan untuk mencapaisatu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluanpembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaranmurid.Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan muridsecara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis,inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagaiwahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut denganlebih berkesan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yangmemerlukan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen yang difikirkansesuai bagi mencapai sesuatu standard pembelajaran hendaklahdijalankan bagi mengukuhkan kefahaman murid.
  26. 26. 18Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkankepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaranSains. Tema ini menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk& Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Masayang diperuntukkan untuk mata pelajaran adalah 60 minitseminggu.Bagi Tahap Dua, mata pelajaran Sains wujud sebagai satumata pelajaran yang berdiri sendiri dan masa yangdiperuntukkan adalah 120 minit seminggu.
  27. 27. 191.1 Memahami kemahiran proses sains. Murid boleh:1.1.1 Memerhati.1.1.2 Mengelas.1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor.1.1.4 Membuat inferens.1.1.5 Meramal.1.1.6 Berkomunikasi.1.1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa.1.1.8 Mentafsir data.1.1.9 Mendefinisi secara operasi1.1.10 Mengawal pembolehubah.1.1.11 Membuat hipotesis.1.1.12 Mengeksperimen.1.1.13 Menjelaskan kemahiran proses sains melalui lakaran, TMK, penulisanatau lisan.
  28. 28. 201.2 Memahami kemahiran manipulatif. Murid boleh:1.2.1 Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains denganbetul.1.2.2 Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.1.2.3 Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.2.1 Mengamalkan peraturan bilik sains Murid boleh:2.1.1 Mematuhi peraturan bilik sains.
  29. 29. 213.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang prosespernafasan manusia.Murid boleh:3.1.1 Menyatakan manusia bernafas menggunakan hidung, trakea danpeparu melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.3.1.2 Melakar laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas.3.1.3 Memerihalkan pergerakan dada dengan meletakkan tangan di dadasemasa menarik dan menghembus nafas.3.1.4 Mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktivitiyang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada.3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  30. 30. 22STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.2 Mengetahui tentang perkumuhan dan pen-yahtinjaan manusia.Murid boleh:3.2.1 Menyatakan maksud perkumuhan melalui pemerhatian menerusi pelbagaimedia.3.2.2 Mengenal pasti organ dan hasil perkumuhan iaitu:ginjal ialah air kencingkulit ialah peluhpeparu ialah karbon dioksida dan wap air.3.2.3 Menyatakan maksud penyahtinjaan dan hasil nyahtinja melalui pemer-hatian menerusi pelbagai media.3.2.4 Menyatakan keperluan manusia menjalani perkumuhan dan penyahtin-jaan.3.2.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadaprangsanganMurid boleh:3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rang-sangan dengan menjalankan aktiviti.3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam ke-hidupan harian.
  31. 31. 23STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.3.3 Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadaprangsangan.3.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.3.4 Memahami pewarisan manusia. Murid boleh:3.4.1 Menyatakan anak mewarisi ciri ibubapa seperti warna kulit, keadaanrambut, dan rupa dengan menjalankan aktiviti.3.4.2 Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisi daripada keturunan.3.4.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.3.5 Memahami tabiat yang boleh menggangguproses hidup manusiaMurid boleh:3.5.1 Menyatakan tabiat yang mengganggu proses hidup seperti :makan makanan yang tidak seimbangmerokokmenghidu gammenyalahgunakan dadahminum minuman beralkohol.
  32. 32. 243.5.2 Menerangkan kesan tabiat yang mengganggu proses hidup seperti:memudaratkan kesihatanmengganggu tumbesaranmelambatkan gerak balas terhadap rangsangan.3.5.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.3.6 Menyayangi diri sendiri dengan amalan budayahidup sihat.Murid boleh3.6.1 Mempraktikkan budaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
  33. 33. 254.1 Mengetahui organ pernafasan haiwan. Murid boleh:4.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan bagi haiwan melalui pemerhatianhaiwan sebenar atau pelbagai media iaitu:peparu contoh kucing, burung, buaya, katak, pausinsang contoh ikan, berudu, ketam, udangkulit lembap contoh katak, cacing, siput babispirakel contoh lipas, belalang, rama-rama, beluncas.4.1.2 Menyatakan terdapat haiwan yang mempunyai lebih dari satu organ per-nafasan seperti katak dan penyu.4.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  34. 34. 265.1 Mengetahui bahagian tumbuhan yang ber-gerak balas terhadap rangsangan.Murid boleh:5.1.1 Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadaprangsangan dengan menjalankan penyiasatan iaitu:akar bergerak balas terhadap airakar bergerak balas terhadap gravitipucuk, daun dan bunga bergerak balas terhadap cahayadaun bergerak balas terhadap sentuhan5.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.5.2 Menganalisis pengetahuan tentang prosesfotosintesis.Murid boleh:5.2.1 Menyatakan tumbuhan membuat makanan sendiri dengan men-jalankan proses fotosintesis melalui pemerhatian menerusi pelbagaimedia.
  35. 35. 27STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN5.2.2 Menyatakan proses fotosintesis memerlukan karbon dioksida, air, ca-haya matahari, dan klorofil melalui pemerhatian menerusi pelbagaimedia.5.2.3 Menyatakan proses fotosintesis menghasilkan kanji dan oksigen.5.2.4 Membuat inferens tentang kepentingan fotosintesis terhadap hidupanlain.5.2.5 Menaakul mengapa tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan.5.2.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  36. 36. 286.1 Memahami ukuran panjang. Murid boleh:6.1.1 Menyatakan panjang ialah ukuran jarak antara dua titik.6.1.2 Mengukur panjang dengan menggunakan alat yang tidak piawai seperti:jengkal, hasta, depa dan tapak kaki,klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang, talidan anak mancis.6.1.3 Menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawaiseperti pembaris, pita pengukur, dan benang serta pembaris denganmenjalankan aktiviti.6.1.4 Menyatakan unit piawai ukuran panjang dalam sistem metrik iaitumillimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m) atau kilometer (km).6.1.5 Mengukur panjang dengan menggunakan alat dan unit piawai yang se-suai dengan kaedah yang betul.6.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  37. 37. 296.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luas. Murid boleh6.2.1 Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan.6.2.2 Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan alat pengukurpiawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1cm.6.2.3 Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu milimeterpersegi (mm2), sentimeter persegi (cm2), meter persegi (m2) dan kilo-meter persegi (km2).6.2.4 Mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat samamenggunakan rumus:luas = panjang x lebar6.2.5 Menganggarkan luas permukaan bentuk tidak sekata denganmenggunakan kertas petak 1cm x 1 cm.6.2.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  38. 38. 306.3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang isipaduobjek.Murid boleh:6.3.1 Menyatakan isipadu ialah besarnya sesuatu ruang.6.3.2 Mengukur isipadu satu kotak lohong dengan menggunakan alat pengu-kur piawai seperti kubus berukuran 1cm x 1cm x 1cm.6.3.3 Menyatakan bahawa unit isipadu dalam sistem metrik ialah milimeterpadu (mm3), sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).6.3.4 Mengira isipadu kubus dan kuboid menggunakan rumus :isipadu = panjang x lebar x tinggi6.3.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.6.4 Memahami ukuran isipadu cecair. Murid boleh:6.4.1 Menyukat isipadu cecair dalam satu bekas menggunakan alat penyukatisipadu tidak piawai seperti sudu, gelas, cawan, mangkuk, jag dan botol.6.4.2 Menyukat isipadu cecair menggunakan alat penyukat isipadu piawaiseperti silinder penyukat, bikar, kelalang dan bekas bersenggat.
  39. 39. 316.4.3 Menyatakan unit piawai isipadu cecair dalam sistem metrik ialah milili-ter(ml) atau sentimeter padu(cm3), liter(l) dan meter padu(m3).6.4.4 Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alat dan unit piawaiyang sesuai dengan kaedah yang betul.6.4.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.6.5 Mengaplikasikan pengetahuan tentang isipaducecair.Murid boleh6.5.1 Mengira isipadu pepejal berbentuk sekata menggunakan kaedahsesaran air dan menggunakan rumus.6.5.2 Mengira isipadu pepejal berbentuk tidak sekata menggunakan kaedahsesaran air.6.5.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.6.6 Memahami ukuran jisim. Murid boleh6.6.1 Menyatakan jisim ialah kuantiti jirim dalam sesuatu objek.6.6.2 Mengenal pasti alat pengukur jisim seperti neraca tuas atau neraca tigaalur.
  40. 40. 326.6.3 Menyatakan unit piawai jisim dalam sistem metrik ialah milligram (mg),gram(g) dan kilogram(kg).6.6.4 Mengukur jisim objek dengan menggunakan alat dan unit piawai yangsesuai dengan kaedah yang betul.6.6.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.6.7 Memahami ukuran masa. Murid boleh6.7.1 Menyatakan masa ialah tempoh antara dua ketika.6.7.2 Menyatakan masa boleh diukur berasaskan peristiwa yang berulangsecara seragam seperti titisan air, ayunan bandul dan denyutan nadi.6.7.3 Mengenal pasti alat pengukur masa seperti jam matahari, jam pasir, jamair, nyalaan lilin, jam randik dan jam digital.6.7.4 Menyatakan unit piawai masa ialah saat (s), minit (min), jam (j), hari,bulan dan tahun.6.7.5 Mengukur masa dengan menggunakan alat dan unit piawai yang sesuaidengan kaedah yang betul.6.7.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
  41. 41. 336.8 Merekacipta alat mengukur masa Murid boleh:6.8.1 Mencipta alat untuk mengukur masa.6.8.2 Memerihalkan ciptaan yang dihasilkan melalui lakaran, TMK, penulisanatau lisan.6.9 Menganalisis pengetahuan tentang pengu-kuran menggunakan unit, alat dan kaedahyang betul. 6.9.1Murid bolehMembanding dan membezakan ukuran yang dibuat menggunakan alatpiawai dan tidak piawai dengan menjalankan aktiviti.6.9.2 Menaakul kepentingan mengukur menggunakan alat pengukur dengankaedah yang betul.
  42. 42. 347.1 Memahami sumber asas bagi bahan untukmenghasilkan sesuatu objek.7.1.1Murid bolehMengenal pasti sumber asas bagi bahan yang digunakan untuk mem-buat objek.Sumber asas Bahan Contoh ObjekTumbuhan Kayu MejaKapas BajuGetah TayarHaiwan Kulit Beg tanganBulu Baju sejukSutera SelendangBatuan Logam PakuTanih Cermin kacaPetroleum Plastik BaldiKain sintetik Payung7.1.2 Mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.7.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  43. 43. 35STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN7.2 Memahami sifat-sifat bahan. Murid boleh:7.2.1 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama adamenyerap atau kalis air dengan menjalankan aktiviti.7.2.2 Memberi contoh bahan dari segi kebolehan terapung di atas permukaanair dengan menjalankan aktiviti.7.2.3 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kekenyalan dengan menjalankanaktiviti.7.2.4 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan aruselektrik iaitu konduktor atau penebat elektrik dengan menjalankanaktiviti.7.2.5 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan haba iaitukonduktor atau penebat haba dengan menjalankan aktiviti:7.2.6 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan penembusan cahayaiaitu legap, lut cahaya dan lut sinar dengan menjalankan aktiviti:7.2.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  44. 44. 36STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN7.3 Merekacipta objek menggunakan pengetahuantentang sifat bahan.Murid boleh7.3.1 Mencipta objek dengan menggunakan pengetahuan tentang sifatbahan.7.3.2 Menaakul pemilihan jenis bahan yang digunakan dalam mereka ciptaobjek.8.1 Mensintesis pengetahuan tentang pengaratanbahan.Murid boleh :8.1.1 Mengenal pasti objek berkarat dan tidak berkarat dengan membuatpemerhatian terhadap objek di persekitaran.8.1.2 Mengitlak objek berkarat diperbuat daripada besi.8.1.3 Mengeksperimen bagi menentukan faktor yang menyebabkanpengaratan.8.1.4 Menyatakan cara mencegah pengaratan seperti mengecat, men-yalut, menyadur dan menyapu minyak atau gris.8.1.5 Menaakul kepentingan mencegah pengaratan.8.1.6 Menjelas pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  45. 45. 379.1 Menganalisis pengetahuan tentang SistemSuria.Murid boleh:9.1.1 Memerihalkan ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, planet, satelit se-mula jadi, asteroid, meteor, komet melalui pemerhatian menerusi pelba-gai media.9.1.2 Membuat urutan planet dalam Sistem Suria dengan menjalankanaktiviti.9.1.3 Menyatakan bahawa planet berputar pada paksinya dan padamasa yang sama beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnyamelalui pemerhatian menerusi pelbagai media.9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan ataulisan.9.2 Memahami saiz relatif antara Bumi, Bulan danMatahariMurid boleh:9.2.1 Menyatakan anggaran saiz relatif Bumi berbanding dengan Matahari.9.2.2 Menyatakan anggaran saiz relatif Bulan berbanding dengan Matahari.9.2.3 Menyatakan anggaran saiz relatif Bulan berbanding dengan Bumi.9.2.4 Menjelas pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  46. 46. 389.3 Memahami perbandingan jarak relatif antaraBumi, Bulan dan Matahari.Murid boleh:9.3.1 Menyatakan anggaran jarak relatif Bumi ke Matahari berbanding jarakBumi ke Bulan.9.3.2 Meramalkan keadaan di Bumi jika jaraknya lebih dekat denganMatahari.9.3.3 Meramalkan keadaan di Bumi jika jaraknya lebih jauh dengan Matahari.9.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan ataulisan.
  47. 47. 3910.1 Menganalisis pengetahuan tentangkepentingan teknologi dalam kehidupan harianmanusia.10.1.1Murid boleh:Mengenal pasti aktiviti yang mampu dilakukan dan tidak mampu dilaku-kan oleh otak, deria dan anggota badan dengan menjalankan aktiviti.10.1.2 Mengitlak manusia mempunyai had keupayaan dalam melakukan aktiv-iti.10.1.3 Menjelaskan dengan contoh alat yang digunakan untuk mengatasi hadkeupayaan manusia melalui pemerhatian menerusi pelbagai media atausumber10.1.4 Menyatakan teknologi merupakan aplikasi pengetahuan sains untukmengatasi had keupayaan manusia.10.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  48. 48. 4010.2 Memahami perkembangan teknologi Murid boleh10.2.1 Memerihalkan perkembangan teknologi dalam bidang :pertanianpengangkutanpembinaankomunikasiperubatan10.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.10.3 Menganalisis pengetahuan tentangsumbangan teknologi kepada manusia.10.3.1Murid boleh:Menjana idea kebaikan dan keburukan teknologi melalui pemerhatianmenerusi pelbagai media.10.3.2 Memerihalkan keperluan penciptaan teknologi baru dalam meneruskankesejahteraan kehidupan manusia sejagat.10.3.3 Menaakul kepentingan menggunakan bahan secara berhemah dalampenghasilan teknologi.10.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
  49. 49. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk

×