1. KELEBIHAN ZIKIR
Hafiz Ibnu Qaiyim rah. A. adalah seorang
ulama yang termasyhur. Beliau telah
mengarang sebuah risalah yang bernama al-
Awwabil yang mengandungi pelbagai
penjelasan mengenai kelebihan zikir. Di dalam
risalah itu, beliau telah menyatakan bahawa
terdapat lebih daripada seratus faedah zikir. Di
sini disenaraikan sebahagian daripada
kelebihan zikir tersebut sebagai renungan dan
semoga mendorong kita mengamalkannya
2. 1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan
kekuatannya.
2. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia.
3. Zikir menguatkan badan dan menggembirakan hati.
4. Zikir adalah sinaran hati dan wajah.
5. Zikir mendatangkan rezeki mencurah-curah.
3. 6. Zikir membawa seseorang kepada mendekatkan
diri kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak,
maka dengan sendirinya ia bertambah dekat
kepada Allah tetapi jika sebaliknya maka dengan
sendirinya ia bertambah jauh daripada Allah.
7. Zikir adalah santapan roh dan hati. Andaikata
kedua-duanya tidak dapat menikmati santapannya
maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat
makanannya.
4. 8. Zikir menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Thaimi’ah
rah.a. berkata bahawa perbandingan zikrullah
dengan hati seseorang adalah ibarat ikan
dengan air. Fikirkanlah, bagaimanakah halnya
ikan itu jika tidak berada di dalam air?
9. Zikir membersihkan hati daripada kekotoran
sepertimana diterangkan di dalam hadis
bahawa tiap-tiap satu adalah daki dan
kekotoran. Daki dan kekotoran hati adalah
keinginan dan kelalaian yang tidak dapat
dibersihkan melainkan dengan berzikir.
5. 10. Zikir menggerakkan hati manusia
daripada tidur dan menyedarkannya
daripada lalai. Selagi hati dan jiwa
manusia tidak sedar maka selama itulah
ia mengalami kerugian demi kerugian.
6. Zikir adalah pengganti kepada ibadat-
ibadat sunat. Sebagaimana yang
diriwayatkan di dalam sebuah hadis
bahawa segolongan orang-orang
miskin datang lalu mengadu hal
mereka kepada baginda Rasulullah
s.a.w. dengan berkata:-
“Ya Rasulullah, saudara kami yang
berharta benda telah meningkat darjat
yang setinggi-tingginya disebabkan
harta kekayaan mereka. Mereka
bersembahyang seperti kami
bersembahyang, mereka berpuasa
seperti kami berpuasa tetapi kerana
harta kekayaan, mereka telah
mendahului kami dengan
mengerjakan haji, umrah, jihad dan
7. Sebagai menjawab, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Mahukah kamu sekelian ku ajarkan
sesuatu untuk mencapai yang
mendahului dan untuk mendahului
sesudah kamu sehingga tiadalah lagi
seorangpun yang lebih afdhal daripada
kamu kecuali orang yang berbuat
seperti yang kamu perbuat?.
Seterusnya baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda :-
“Bacalah kamu sekelian:
SUBHANALLAHI
ALHAMDULILAHI ALLAHU AKBAR
Selepas setiap kali sembahyang. Ini
menunjukkan bahawa baginda
Rasulullah menganggapkan zikir ini
sebagai pengganti haji, umrah jihad dan
8. Zikir melahirkan kekuatan dan tenaga kepada manusia. Maka
dengan kekuatan itu ia dapat melaksanakan urusan-urusan yang
sukar. Suatu ketika Siti Fatimah, r.a.puteri baginda Rasulullah s.a.w.
mengadukan halnya kepada baginda dengan berkata:
“Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam)
agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami
dalam melakukan urusan rumahtanggaku”.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hendaklah kau ucapkan :
SUBHANALLAHI (33 kali), ALHAMDULILLAHI (33 kali) dan
ALLAHU AKBAR (34 kali) sebelum tidur di malam hari”.
Seterusnya baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“ Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan
itu”.
9. Zikir menyebabkan terbinanya rumah dalam
syurga.Apabila seseorang hamba berhenti
daripada berzikir maka para malaikat berhenti
daripada membina rumah itu. Apabila mereka
ditanyakan, “mengapakah kamu berhenti
daripada membina rumah itu? Mereka menjawab
bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba. Jadi
teruskanlah berzikir……