1. LMCP 1532:PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN: PEMANASAN GLOBAL
DISEDIAKAN OLEH : NURUL NADHIRAH BINTI MOHD NOOR (A 159867)
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR ,DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
2. SOALAN :
• Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan
aras laut semenjak 50 tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang
panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang
rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara
ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
• Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi.
3. PUNCA KENAIKAN PARAS AIR LAUT:
• Pemanasan global telah mengakibatkan suhu bumi meningkat dengan sangat cepat.
• Pemanasan global adalah disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon
dioksida dan metana di atmosfera bumi.
• Apabila suhu bumi meningkat,pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
berlaku dengan cepat.
• Menurut laporan imej satelit menunjukkan saiz bongkah ais di kawasan tersebut
merosot secara dramatik menjadi 90 peratus lebih kecil berbanding 100 tahun lalu.
• Keadaan tersebut amat membimbangkan para saintis kerana ia boleh menyebabkan
kenaikan paras laut dengan ketara dan mengakibatkan kawasan rendah di tepi
pantai tenggelam.
4. TINDAKAN MITIGASI :
• Tindakan mitigasi adalah untuk mengurangkan pemansan global melalui
pembangunan fizikal atau kesedaran dan kemampuan menghadapi ancaman
bencana.
• Tindakan yang perlu dilakukan adalah :
1) Mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera bumi.
2) Menyediakan tiga program utama seperti Kecekapan Penggunaan
Tenaga,Tenaga Boleh Diperbaharui dan Pengurusan Sisa Pepejal.
5. TINDAKAN ADAPTASI :
• Tindakan adaptasi adalah tindakan selepas berlakunya sesuatu bencana.
• Tindakan yang perlu dilakukan adalah :
1) Menjalankan program mengukuhkan persisiran pantai termasuklah pelaksaan
projek pengukuhan benteng batu.
2) Tanaman semula bakau
3) Memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan
pemaju berkaitan dengan pembangunan masa hadapan agar menjauhi garis pantai.