SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
Minit mesyuarat 7
1. MINIT MESYUARAT PROGRAM “UKM AUTISM
AWARENESS FUN RUN 2014”
Tarikh : 12 Mac 2014
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Pusat Kembangan Pendidikan.
KTSN
Kehadiran :
Mohd Haziq Bin Hasbuddin
Kasturi A/P Vijaya Kumar
Deepa A/P Shanmugam
Siti Fatimah Binti Kather Hussain
Thanusha A/P Rangiah
Sarumathi A/P Gobinathan
Nurul Hidayah Binti Mohd Ismail
Norain Zulkifli
Arika Binti Khairul Azam
Nik Nadia Binti Nik Mohamad
2. BIL AGENDA TINDAKAN
1.0 Penerangan tugas-tugas exco protocol dan program. Ketua Exco Protokol
dan Program.
2.0 PERKARA PERBINCANGAN:
2.1 : Penukaran Tentatif Program.
Majlis Tertinggi telah mendapat tentatif baharu daripada pihak Jabatan Perdana Menteri
berikutan kehadiran YAB Datin Seri Hajah Rosmah Mansor sebagai tetamu kehormat.
2.2 : Penukaran lokasi persembahan.
Berikutan kehadiran YAB Datin Seri Hajah Rosmah Mansor sebagai tetamu kehormat,
dua buah pentas akan disediakan. Maka satu pentas akan disediakan khas untuk
persembahan ketika tetamu kehormat tiba dan satu lagi pentas akan digunakan untuk
senam seni autism.
2.3 : Penetapan VVIP yang terlibat untuk acara Cabutan Bertuah.
Memandangkan YAB Datin Seri Hajah Rosmah Mansor hanya mempunyai masa yang
terhad, maka ditetapkan bahawa beliau akan mencabut undi bagi cabutan bertuah dan
hadiah akan diberikan oleh VVIP yg lain.
2.4 : Perbincangan mengenai Teks Ucapan VVIP.
Teks Ucapan tidak perlu disiapkan oleh Exco Program dan Protokol berikutan pihak
Jabatan Perdana Menteri sendiri yang akan menyiapkan teks tersebut.
2.5: Teks Ucapan Pengacara Majlis
Teks ucapan pengacara majlis harus disiapkan oleh Exco Program dan Protokol maka
beberapa ahli Exco Program dan Protokol telah berbincang bersama Majlis Tertinggi dan
Doktor-doktor yang terlibat untuk menyiapkan teks ucapan tersebut.
2.6 : Pembatalan persembahan-persembahan kebudayaan.
Persembahan-persembahan kebudayaan sebelum ini telah dibatalkan kerana
kesuntukan masa dan juga kerana slot teersebut telah diisi oleh persembahan dari
kanak-kanak autism dari NASOM serta adik Umar serta rakan-rakan.
2.7 : Tugas menjaga kaunter pendaftaran
Sebelum ini tugas untuk menjaga kaunter pendaftaran telah diberikan kepada Exco
Program dan Protokol namun setelah perbincangan dengan semua pihak, ditetapkan
bahawa kaunter pendaftaran akan diuruskan oleh Exco Pendaftaran sendiri.
Exco protocol dan
Program.
3. 3.0 Perkara-perkara Berbangkit:
- Penukaran lokasi persembahan
- Pembahagiaan tapak sewaan
- .Penyediaan teks ucapan.
Exco Protokol dan
Program.
4.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 malam. Makluman
Disediakan oleh:
SITI FATIMAH BINTI KATHER HUSSAIN
Setiausaha ,
Exco Protokal Dan Program,
Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh:
DR. NOOR AKMAL SHAREELA BINTI ISMAIL DR. NURUL IZZATI BINTI HASSAN
Penyelia Penyelia
Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014, Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia