Tiga kalimat ringkasan dokumen:
Klien menghadapi konflik dengan keluarga kandung yang menyebabkan rasa tidak dihargai, kaunselor menggunakan teknik parenting dan reframing untuk membantu klien memaafkan ibunya dan meningkatkan keyakinan diri. Hasil tiga sesi awal menunjukkan klien mampu memaafkan dan lebih yakin mengawal diri.
2. INTIPATI VIDEO DAN
PEMBENTANGAN
Proses-proses dalam sesi kaunseling
Latar belakang kes
Penerangan tentang kefahaman kes
Matlamat kaunseling
Strategi intervensi
Kesudahan/ Progres Kes
3. Pengenalan Kes
LATAR BELAKANG
KLIEN:
Wanita (33 tahun)
Beragama Islam dan berbangsa Melayu
Berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan
Masih mempunyai ibu (58 tahun) dan bapa (60 tahun)
Bekerja tetapi sudah berhenti
Berhenti kerana ingin berasa tenang dan membolehkan diri untuk fokus kepada anak-anak
Takut untuk dilihat sebagai ibu yang tidak baik dan tidak berpuas hati dengan cara didikan
terhadap anak-anak sehingga berasa putus asa.
4. Pengenalan Kes
LATAR BELAKANG (samb….)
Takut dengan sejarah bersama ibunya berlaku kembali terhadap anak-anak
Mempedulikan tanggapan orang lain bahawa dia paling teruk dalam keluarga
Berasa tidak disokong dan hidup kucar kacir
Ibu mempunyai penyakit diabetes
Ibu sentiasa mahukan dia untuk menjadi peneman tetapi ibu selalu bersikap tidak menyokong
dan membantah
Sudah penat untuk memenuhi standard ibunya
Layanan ibubapa membuatkan dia berasa sebagai beban
Ayah seorang yang tidak menyokong dan mengikut keputusan yang dibuat oleh ibunya.
Sejak kecil, adik lelaki sering membuli dia tetapi ibubapanya sering menyalahkannya
Keluarga mertua juga tidak menyokong tetapi kelamaan hubungan bertambah baik.
5. Pengenalan Kes
PERNYATAAN MASALAH
Ketidakupayaan mendidik anak dengan baik
Konflik dengan keluarga kandung
Tanggapan bahawa dia tidak mendapat sokongan
6. Kefahaman Kes
Klien memerlukan sokongan yang berterusan dari orang sekeliling
Klien selalu hilang kawalan diri dan merasakan tidak boleh diharap, tidak cekap
dan mudah kecewa dengan penolakan
Klien sering menghukum diri sebagai anak dan ibu yang tidak baik
Klien mengalami kesukaran untuk mengawal kemarahan kepada ibu bapanya
Klien merasakan ibu bapanya beranggapan bahawa memarahi ibu bapa adalah
tidak baik lalu menyebabkan klien berasa bersalah
Klien menyatakan sepanjang hidupnya, sentiasa mencuba memenuhi standard
ibunya tetapi sekarang tidak berbuat begitu lagi
Klien juga berharap ibu bapanya sedar dan bertanggungjawab dengan
kesilapan mereka yang menyebabkan hidupnya kucar-kacir
Klien juga menyatakan beliau ialah ibu yang tidak baik kerana pernah satu
ketika beliau mengabaikan anaknya yang sedang menangis
7. Matlamat Kaunseling
Matlamat yang telah dipersetujui KLIEN dan KAUNSELOR:
Mendapat kawalan sepenuhnya terhadap diri
Mengurangkan kritik diri dan banyak menilai diri supaya dapat melihat
kebaikan diri
Bagaimana membezakan perasaan marah dan bersalah
Melupakan peristiwa dan memaafkan
Mempunyai ruang masa dan emosi
8. Strategi Intervensi
Klien mahu mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap diri dan memaafkan ibunya
dengan melihat kebaikan dalam diri ibunya:
Teknik ‘Parenting’
Tujuan – membantu klien memujuk dan menjadi ‘ibu’ kepada diri waktu
kecil
- membolehkan klien menilai sudut positif
Teknik ‘Reframing’
Tujuan - menukar pemikiran yang tidak sihat kearah yang lebih baik
- membolehkan klien melihat hidupnya dari perspektif yang
berbeza
9. Kesudahan/ Progres Kes
Setelah menyelesaikan tiga sesi kaunseling, dapat dilihat bahawa klien
sudah mampu untuk memaafkaan ibunya.
Klien juga dapat dilihat lebih yakin untuk bertindak sendiri dan memiliki
kawalan sepenuhnya terhadap dirinya sendiri.
Klien juga dapat meningkatkan dimensi untuk mengurangkan kritik diri
tetapi masih perlu sesi yang berikutnya bagi mengenal pasti apakah
perkara yang masih perlu ditingkatkan dan diperlukan.