SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
PEMARKAHAN

                                                 1   TUGASAN 1

                                                     JUMLAH




                           KRM 3043

              ASAS PENGURUSAN DATA

                       TAJUK TUGASAN

                               TUGASAN 1

                      REFLEKSI PEMBELAJARAN




                             KUMPULAN

                          UPSI 02 (A121PJJ)

                          DISEDIAKAN OLEH

            NAMA                        NO. ID           NO. TELEFON

       NORLIA BT ISMAIL              D20102043530         0194370597




NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH


TARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012
ISI KANDUNGAN


    1.0 UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK
         1.1    Ringkasan Isi Kandungan Unit 2
         1.2    Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 2
         1.3    Komentar tentang kandungan Unit 2 dalam konteks keguruan
    2.0 UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DTA
         2.1    Ringkasan Isi Kandungan Unit 3
         2.2    Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 3
         2.3    Komentar tentang kandungan Unit 3 dalam konteks keguruan
    3.0 UNIT 5 : PERWAKILAN DATA
         3.1    Ringkasan Isi Kandungan Unit 5
         3.2    Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 5
         3.3    Komentar tentang kandungan Unit 5 dalam konteks keguruan
    4.0 UNIT 7 : SUKATAN KECENDURANGAN MEMUSAT
         4.1    Ringkasan Isi Kandungan Unit 7
         4.2    Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 7
         4.3    Komentar tentang kandungan Unit 7 dalam konteks keguruan
    5.0 UNIT 9 : SUKATAN SERAKAN
         5.1    Ringkasan Isi Kandungan Unit 9
         5.2    Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 9
         5.3    Komentar tentang kandungan Unit 9 dalam konteks keguruan
    6.0 BIBLIOGRAFI
REFLEKSI UNIT PELAJARAN

                                        1.0 TAJUK

                UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK




    1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Statistik berasal daripada bahasa latin yang bermaksud ’status’ bermaksud negeri
dan ’statista’ bermaksud negarawan ( Folks, 1981 ). Statistik juga dapat ditakrifkan
sebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan,
pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data.

   Menurut folks ( 1981 ) dalam kajiannya pada zaman pemerintahan maharaja
Iskandar Zulkarnain pada zaman Yunani Purba bermulanya pengumpulan maklumat
deskriptif daripada158 negeri jajahannya untuk tujuan penguatkuasaan cukai. Ini
membuktikan sejarah kegunaan statistik telah diguna oleh manusia zaman dahulu
kala secara tak langsung. Namun terma statistik hanya muncul dalam bentuk
cetakan pada kurun ke 18 oleh ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu John
Graunt, seorang berbangsa Inggeris. Beliau telah mengumpul, menyusun dan
menganalisis data. Maklumat dan data diterbit dalam buku Natural and Political
Obsevations on the Bills of Mortality pada tahun 1600.

   Terdapat banyak kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita. Maklumat
kuantitatif yang terkumpul yang boleh membentuk carta-carta, graf-graf, jadual-
jadual, membolehkan kita memperolehi anggaran, purata, peluang dan seterusnya
membuat keputusan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian manusia
seperti dalam bidang pendidikan sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan dan
lain-lain.
1.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
            Konsep                                  Penjelasan

1.   Statistik             Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam
                           pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran
                           data.

2.   Ilustrasi Visual      Piktograf, Carta pai, Graf garisan, Carta palang,
                           Histogram dan Poligon Kekerapan

3.   Graf                  .Gambaran data yang terkumpul



4.   Perkataan Statistik   Purata (Min), kekerapan (mod), peluang, trend, korelasi,
                           anggran, skor tengah ( median) dalam susunan taburan

5.   Statistik inferensi   Suatu pernyataan mengenai suatu populasi yang
                           didasarkan pada informasi dari sampel random yang
                           diambil dari populasi.



     1.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
         profesionalisme keguruan anda.


Unit ini membantu saya memahami tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam
kehidupan seharian manusia. Untuk memudahkan sesuatu masalah yang timbul
dapat dikesan dengan cara yang lebih baik dan berdisiplin. Dalam konteks profesion
keguruan, pengumpulan data statistik sangat membantu memudahkan masalah
murid dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dengan lebih
cepat dan berkesan. Contohnya apabila sesuatu ujian telah dijalankan guru
mengumpulkan maklumat dari jawapan murid. Data dapat diperolehi dari jawapan
murid yang salah dan betul dari jawapan ini guru akan membuat analisis item soalan
manakah yang ramai murid salah iaitu tidak menguasai. Keseluruhannya peratus
kesukaran item dapat dikesan dari data yang diperolehi.
2.0 TAJUK

               UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA




              2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit



   Dalam unit ini dihuraikan bagaimana mengumpul dan mengklafikasikan data
mengikut jenisnya. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antara
seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalah
melibatkan maklumat yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialah
nilai tidak boleh dihitung. Nilai-nilai pembolehubah dikenali sebagai data. Data
kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif
adalah data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikan
kepada data diskret ( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ).

   Dalam topik ini juga didedahkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Data
dikelaskan mengikut kategori tertentu. Teknik pengklasan data dengan kaedah
tanda gundal memudahkan kita membaca dan memahami data yang terkumpul. Dari
perolehan data, taburan kekerapan(bilangan data yang terkumpul dalam satu kelas )
dan taburan kekerapan relatif ( data dalam bentuk perpuluhan ) dapat diperolehi
dengan mudah.
2.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
                   penjelasannya
             Konsep                               Penjelasan

1.    Pembolehubah        Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu
                          benda kepada yang lain

2.    Data                Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas
                          nilai-nilai satu pembolehubah

3.    Kelas Data          Kategori untuk data terkumpul



4.    Kekerapan           Bilangan data dalam satu kelas



5.    Kekerapan Relatif   Nisbah kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan
                          data.

               2.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
                   konteks profesionalisme keguruan anda.


     Dalam unit ini saya dapat memahami bagaimana data-data yang diberikan
dikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu untuk memudahkan data tersebut
dibaca dan difahami. Pengetahuan tentang statistik memerlukan perancangan awal
sebelum sesuatu data diperolehi. Sampel data yang diperolehi akan disusun
mengikut tertib tertentu supaya maklumat dapat diringkaskan dan memperolehi hasil
terbaik dari data yang terkumpul. Dalam unit ini juga diterangkan maksud istilah-
istilah statistik yang digunakan. Contohnya taburan kekerapan relatif, data selanjar
dan sebagainya. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian memudahkan
maklumat diperolehi dan dibaca. Tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaiki
atau untuk mengatasi setiap kajian data yang dijalankan.
3.0 TAJUK

                          UNIT 5 : PERWAKILAN DATA




             3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini menerangkan peringkat-peringkat dalam perwakilan data yang terdiri
daripada    permasalahan.       Dari   permasalahan    ini,   boleh   dikemukakan
soalan(mengemukakan soalan) untuk memperolehi data (pengumpulan data).
Apabila data diperolehi, data dianalisis (analisis data) dan seterusnya membuat
keputusan interpretasi. Dalam unit ini cara memaparkan data secara gambar seperti
carta dan graf akan diperkenalkan. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu data
dipersembahkan dan jelas difahami. Terdapat dua jenis pengumpulan data iaitu data
diskrit dan data selanjar (continuous). Data diskrit adalah data yang dikumpul
dengan mengira bilangan sebenar manakala data selanjar (continuous) adalah data
yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari skala selanjar.

Melalui unit ini juga ditunjukkan cara-cara untuk memaparkan data dalam bentuk
gambar rajah dan dipersembahkan melalui jadual, senarai, gundalan, piktogram,
carta palang, poligon kekerapan, carta pai, histogram dan graf garisan. Carta palang
pula terdiri dari carta palang menegak dan carta palang melintang. Begitu juga
dengan graf garisan yang terdiri dari graf garisan berganda di mana ianya
mempunyai lebih dari satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza.

Dalam unit ini juga menjelaskan langkah-langkah membina carta dan graf bagi
memudahkan maklumat data disampaikan dan menjadikan pembacaan lebih mudah
dan efektif. Dalam mempersembahkan maklumat data terdapat perbezaan dalam
setiap carta dan graf. Terdapat maklumat data yang dipaparkan melalui simbol yang
mewakili sesuatu benda, ada juga yang menggunakan palang atau bar menegak
dan melintang bagi mewakili setiap kekerapan, dan ada juga yang menggunakan
garisan bagi menunjukkan nilai yang berbeza. Selain itu, maklumat data juga dapat
dipaparkan melalui carta pai.
3.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
                    penjelasannya
            Konsep                                 Penjelasan

1.   Data diskrit            Data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar.

2.   Data                    Data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari
     selanjar(continuous) skala selanjar.

3.   Gundalan                Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima.



4.   Histogram               Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data
                             kuantitatif. Palang-palang dalam histogram bercantum
                             pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Dilukis
                             secara menegak dan melintang.

5.   Carta Palang            Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk
                             menunjukkan saiz data. Carta palang tidak bercantum
                             antara satu sama lain. Dilukis secara menegak atau
                             melintang.

      3.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
      profesionalisme keguruan anda.
Berdasarkan unit ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci
tentang perwakilan data. Di samping itu, saya dapat mengetahui cara-cara
memaparkan data di dalam bentuk gambar rajah. Dalam unit ini juga diterangkan
cara-cara membina carta dan graf. Ini memudahkan para guru membimbing murid
membina carta dan graf dan juga cara bagaimana mendapat maklumat daripada
graf tersebut. Data dapat dibaca dengan mudah dengan paparan gambarajah yang
lengkap dengan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Petunjuk-petunjuk bagi
setiap graf perlu jelas supaya pembacaan data lebih mudah dan tepat. Selain
daripada itu juga, perwakilan data yang dikumpul dapat membantu kita mengetahui
mengenai dunia sekeliling.
4.0 TAJUK

              UNIT 7 : SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

             4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran
pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya
menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan
nombor.Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu min, median dan mod.

Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data tak terkumpul

Min – purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombor
dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakan
dengan huruf mu (∑). Min sampel ditandakan dengan (X). N adalah bilangan nombor
didalam populasi. n adalah bilangan nombor didalam sampel. Definisi min adalah :




Mod – nilai atau fakta yang paling berulang dalam set data itu. Jika terdapat dua
atau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih mod
bagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yang
sama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod.

Median – titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jika
bilangan data adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data
adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah.

Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data terkumpul

Min – nilai yang khusus tidak diketahui tetapi titik tengah bagi setiap jeda kelas
adalah digunakan untuk mewakili semua nilai di dalam jeda kelas tersebut. Titik
tengah akan diwajarkan dengan kekerapan nilai di dalam jeda kelas tersebut, min
bagi data terkumpul kemudiannya dikira dengan menjumlahkan hasil darab titik
tengah kelas dengan kekerapan kelas dan membahagikan jumlah tersebut dengan
bilangan kekerapan.

                                              𝒇𝒊 𝑿𝒊       𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 +𝒇 𝟐 𝒙 𝟐 + ……….𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 .
Formulanya adalah seperti berikut: μ =                =
                                               𝒇𝒊              𝒇 𝟏 + 𝒇 𝟐 + …… + 𝒇 𝟏


dimana ; i = bilangan jeda, f = kekerapan kelas, x = titik tengah

Mod – titik tengah kelas mod yang mempunyai kekerapan yang tertinggi, terdapat
dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedah
formula dan kaedah histogram. Kaedah formula mod data terkumpul :

                         𝒅𝟏
 𝑴 𝟎 =𝑳   𝑴𝟎   +              𝑪
                    𝒅𝟏+ 𝒅𝟐


dimana ; 𝐿          𝑀0    = sempadan bawah bagi kelas mod,                     𝑑1 = perbezaan antara
kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod,                         𝑑2 =
perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas selepas
kelas mod, c = saiz kelas mod.

Median – pengiraan median agak rumit            dan nilai median juga merupakan nilai
penghampiran, andaian yang dibuat di dalam pengiraan ini adalah nilai sebenar
adalah jatuh secara seragam disepanjang jeda kelas median, formulanya seperti
                              𝑵
                                  −𝑭
                              𝟐
berikut : m = L +                      𝑪
                                  𝒇𝒎

dimana ;           L = sempadan bawah kelas median ,                N = jumlah kekerapan, F =
kekerapan longokkan sebelum kelas median,                 𝑓 𝑚 = kekerapan kelas median, C =
saiz kelas median.
4.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
                 penjelasannya
           Konsep                                 Penjelasan

1.   Sukatan              Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu
     Kecenderungan        taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam
     Memusat              statistik. Menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan
                          titik tengah pada satu kumpulan nombor.

2.   Min                  purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel

3.   Median               nilai cerapan di tengah apabila semua cerapan tersebut
                          disusun mengikut urutan


4.   Mod                  cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu
                          set data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai
                          kekerapan yang tertinggi.

5.   Jadual Kekerapan     Satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan
                          adalah banyak dan bernilai besar


              4.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
              konteks profesionalisme keguruan anda.


Kandungan unit ini telah menjelaskan kepada saya terdapat tiga jenis sukatan
kecenderungan memusat yang dibincangkan bagi data tak terkumpul dan terkumpul
iaitu min, median dan mod. Ianya banyak membantu saya dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik iaitu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dalam
setiap data yang diberi. Penerangan yang diberikan begitu jelas dan lengkap beserta
dengan contoh-contoh dan cara penyelesaiannya, gambarajah dan formula yang
diberikan begitu lengkap dan jelas dapat dilihat di dalam modul ini. Latihan sumatif
juga disertakan bagi saya membuat latih tubi untuk menguji tahap pemahaman dan
dapat disemak dengan mudah kerana disertakan dengan jawapan sebagai rujukan.
5.0 TAJUK

                                         UNIT 9 – SUKATAN SERAKAN

                        5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan serakan adalah amaun sebaran antara nilai-nilai dalam set data sukatan
serakan terdiri daripada beberapa jenis yang diistilahkan sebagai julat, sisihan
piawai dan varian yang berdasarkan kuarti dan persentil.

   Julat dihitung dengan mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil
Nilai Julat = Besar – Nilai Kecil                                dalam senarai set data. Sisihan piawai bagi
satu-satu taburan kebarangkalian pembolehubah rawan atau populasi atau banyak
set nilai adalah ukuran serakan nilainya. Ia diwakili dengan huruf 𝜎 (huruf kecil
sigma). Ia ditakrif sebagai punca kuasa dua varians. Varians terdiri daripada varian
populasi dan varian sampel.

Rumus varian data tak terkumpul :

                                                      (       𝒙) 𝟐
                                               𝒙 𝟐−
                                                              𝑵
   a) Varian Populasi 𝝈=                             𝑵
                                                          (    𝒙) 𝟐
                                                𝒙 𝟐−
                                         𝟐                     𝒏
   b) Varian Sampel                  𝒔 =          𝒏−𝟏




Rumus Varian data terkumpul :

                (   𝒇𝒙) 𝟐
       𝒇𝒙 𝟐 −                                𝒇−(𝒙−𝒙) 𝟐
                     𝒇
𝝈 𝟐=                        atau 𝝈 𝟐 =
                𝒇                                𝒇


  Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang
telah disusun. Rumus untuk mencari kuartil :

                                                                      1
(Kuartil bawah)                  𝑄1 = cerapan ke                          ( 𝑛 + 1)
                                                                      4

                                                                      1
(Kuartil median)                 𝑄2 = cerapan ke                          ( 𝑛 + 1)
                                                                      2
3
(Kuartil atas)          𝑄3 = cerapan ke        ( 𝑛 + 1)
                                           4


dimana n adalah bilangan cerapan dalam set data.

Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah
disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Rumus persentil
                              𝒌𝒏
adalah 𝑷 𝒌 = nilai cerapan           ( k mewakili nombor persentil dan n mewakili bilangan
                              𝟏𝟎𝟎

cerappan dalam set data)

     Julat Persentil = 𝒑 𝟗𝟎 - 𝒑 𝟏𝟎




                  5.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
                     penjelasannya
              Konsep                                      Penjelasan

1.    Sukatan Serakan         Amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang
                              disenaraikan

2.    Julat                   Perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam
                              senarai set data tertentu

3.    Kuartil                 Sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data
                              yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun
                              kepada empat bahagian yang sama.

4.    Persentil               Sukatan kedudukan yang mebahagikan satu set data
                              yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100
                              bahagian yang sama.

5.    Julat Persentil         Perbezaan antara nilai persentil ke 90 dan nilai persentil
                              ke 10
5.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
                 konteks profesionalisme keguruan anda.


   Dalam unit ini saya didedahkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan data-
data yang diberi untuk mendapat nilai-nilai tertentu, peratus data, kedudukan
tertentu, perbezaan nilai tertinggi dan nilai terendah dan sebagainya dengan
menggunakan rumus-rumus yang telah diberikan. Dengan adanya rumus-rumus dan
contoh pengiraan yang ditunjukkan ianya agak mudah untuk diaplikasikan. Kaedah
yang ditunjukkan memerlukan ketelitian agar kesilapan dapat dielakkan. Statistik
termasuk perancangan, meringkaskan dan memahami pemerhatian yang tidak
menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat terbaik daripada data yang
diberi. Oleh itu pengetahuan tentang data statistik sangat membantu dalam
kehidupan seharian kita kerana data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amat
penting untuk diselidiki agar sesuatu tindakan dapat diambil untuk penambahbaikan
pada masa hadapan.
BIBLIOGRAFI

  1. Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada
           http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=
           article&id= 113&Itemid=64&lang=bm

  2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani
     (2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti     Pendidikan
     Sultan Idris.

  3. Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada
           http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika-
           inferensi/

  4. Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind
           Horizons Sdn. Bhd.

  5. Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada
             http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik

More Related Content

What's hot

Penyajian data perbaikan
Penyajian data perbaikanPenyajian data perbaikan
Penyajian data perbaikan
Lyfia Silitonga
 
Handout statistik 1
Handout statistik 1Handout statistik 1
Handout statistik 1
Misdar Scout
 
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
afifsalim
 
Espa4123 statistika modul 1
Espa4123 statistika   modul 1Espa4123 statistika   modul 1
Espa4123 statistika modul 1
Ratzman III
 
Statistika pendidikan uni
Statistika pendidikan uniStatistika pendidikan uni
Statistika pendidikan uni
Elisa Dian
 
Data dan Penyajian Data
Data dan Penyajian DataData dan Penyajian Data
Data dan Penyajian Data
rezkiyurika
 
Espa4123 statistika modul 2
Espa4123 statistika   modul 2Espa4123 statistika   modul 2
Espa4123 statistika modul 2
Ratzman III
 

What's hot (19)

Statistika ekonomi dan bisnis 1
Statistika ekonomi dan bisnis 1Statistika ekonomi dan bisnis 1
Statistika ekonomi dan bisnis 1
 
3 biostatistik
3 biostatistik3 biostatistik
3 biostatistik
 
Kuliah 1 konsep dasar statistika niken
Kuliah 1 konsep dasar statistika nikenKuliah 1 konsep dasar statistika niken
Kuliah 1 konsep dasar statistika niken
 
Penyajian data perbaikan
Penyajian data perbaikanPenyajian data perbaikan
Penyajian data perbaikan
 
Handout statistik 1
Handout statistik 1Handout statistik 1
Handout statistik 1
 
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
MATEMATIKA TERAPAN (MODUS, MEAN, MEDIAN, VARIAN, SIMPANGAN BAKU, REGRESI)
 
Espa4123 statistika modul 1
Espa4123 statistika   modul 1Espa4123 statistika   modul 1
Espa4123 statistika modul 1
 
Makalah statistika dasar 2015 universitas sriwijaya
Makalah statistika dasar 2015 universitas sriwijayaMakalah statistika dasar 2015 universitas sriwijaya
Makalah statistika dasar 2015 universitas sriwijaya
 
LTM Statistika Deskriptif Pertemuan 1
LTM Statistika Deskriptif Pertemuan 1LTM Statistika Deskriptif Pertemuan 1
LTM Statistika Deskriptif Pertemuan 1
 
PENGOLAHAN DATA
PENGOLAHAN DATAPENGOLAHAN DATA
PENGOLAHAN DATA
 
PowerPoint Statistika
PowerPoint StatistikaPowerPoint Statistika
PowerPoint Statistika
 
Statistika ekonomi 1 (Dasar)
Statistika ekonomi 1 (Dasar)Statistika ekonomi 1 (Dasar)
Statistika ekonomi 1 (Dasar)
 
1. pengertian statistik, statistika, statistik deskriptif dan statistik infer...
1. pengertian statistik, statistika, statistik deskriptif dan statistik infer...1. pengertian statistik, statistika, statistik deskriptif dan statistik infer...
1. pengertian statistik, statistika, statistik deskriptif dan statistik infer...
 
Statistika pendidikan uni
Statistika pendidikan uniStatistika pendidikan uni
Statistika pendidikan uni
 
statistik
statistik statistik
statistik
 
Pengertian dasar dalam_statistika(1)
Pengertian dasar dalam_statistika(1)Pengertian dasar dalam_statistika(1)
Pengertian dasar dalam_statistika(1)
 
ESPA 4123 - Statistika Ekonomi Modul 3 : Ukuran Penyimpangan
ESPA 4123 - Statistika Ekonomi Modul 3 : Ukuran PenyimpanganESPA 4123 - Statistika Ekonomi Modul 3 : Ukuran Penyimpangan
ESPA 4123 - Statistika Ekonomi Modul 3 : Ukuran Penyimpangan
 
Data dan Penyajian Data
Data dan Penyajian DataData dan Penyajian Data
Data dan Penyajian Data
 
Espa4123 statistika modul 2
Espa4123 statistika   modul 2Espa4123 statistika   modul 2
Espa4123 statistika modul 2
 

Similar to Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

Pengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistikaPengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistika
annatriyana
 
Pertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalahPertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalah
20012011
 
Data dan informasi
Data dan informasiData dan informasi
Data dan informasi
pia_13
 
1 a pengertian-dasar-statistika
1 a pengertian-dasar-statistika1 a pengertian-dasar-statistika
1 a pengertian-dasar-statistika
Salma Van Licht
 
Stat pro modul_1
Stat pro modul_1Stat pro modul_1
Stat pro modul_1
wifiq
 
Makalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistikaMakalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistika
Siti_Rita_Anita
 
Makalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistikaMakalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistika
Siti_Rita_Anita
 
Pengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistikaPengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistika
Ghifari Chaula
 

Similar to Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530 (20)

Bab iii
Bab iiiBab iii
Bab iii
 
Pengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistikaPengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistika
 
Pertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalahPertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalah
 
Makalah statistik
Makalah statistikMakalah statistik
Makalah statistik
 
Kelompok 2
Kelompok 2Kelompok 2
Kelompok 2
 
Data dan informasi
Data dan informasiData dan informasi
Data dan informasi
 
Bbm 8
Bbm 8Bbm 8
Bbm 8
 
Statistik & Probabilitas
Statistik & ProbabilitasStatistik & Probabilitas
Statistik & Probabilitas
 
1 a pengertian-dasar-statistika
1 a pengertian-dasar-statistika1 a pengertian-dasar-statistika
1 a pengertian-dasar-statistika
 
Pertemuan 3 (2).pptx
Pertemuan 3 (2).pptxPertemuan 3 (2).pptx
Pertemuan 3 (2).pptx
 
Slide1 statistika
Slide1 statistikaSlide1 statistika
Slide1 statistika
 
Statistik.xlsx
Statistik.xlsxStatistik.xlsx
Statistik.xlsx
 
tugas karya ilmiah tentang peran statistika
tugas karya ilmiah tentang peran statistikatugas karya ilmiah tentang peran statistika
tugas karya ilmiah tentang peran statistika
 
Stat pro modul_1
Stat pro modul_1Stat pro modul_1
Stat pro modul_1
 
educational research
educational researcheducational research
educational research
 
Makalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistikaMakalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistika
 
Makalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistikaMakalah dasar-dasar statistika
Makalah dasar-dasar statistika
 
Pengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistikaPengenalan analisis data dan statistika
Pengenalan analisis data dan statistika
 
Analisis diskriptif
Analisis diskriptifAnalisis diskriptif
Analisis diskriptif
 
FIKS BAHAN AJAR SISTEM INFORMASI KESEHATAN.pdf
FIKS BAHAN AJAR SISTEM INFORMASI KESEHATAN.pdfFIKS BAHAN AJAR SISTEM INFORMASI KESEHATAN.pdf
FIKS BAHAN AJAR SISTEM INFORMASI KESEHATAN.pdf
 

Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

  • 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 JUMLAH KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 REFLEKSI PEMBELAJARAN KUMPULAN UPSI 02 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORLIA BT ISMAIL D20102043530 0194370597 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH TARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK 1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 2 1.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 2 1.3 Komentar tentang kandungan Unit 2 dalam konteks keguruan 2.0 UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DTA 2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 3 2.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 3 2.3 Komentar tentang kandungan Unit 3 dalam konteks keguruan 3.0 UNIT 5 : PERWAKILAN DATA 3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 5 3.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 5 3.3 Komentar tentang kandungan Unit 5 dalam konteks keguruan 4.0 UNIT 7 : SUKATAN KECENDURANGAN MEMUSAT 4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 7 4.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 7 4.3 Komentar tentang kandungan Unit 7 dalam konteks keguruan 5.0 UNIT 9 : SUKATAN SERAKAN 5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 9 5.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 9 5.3 Komentar tentang kandungan Unit 9 dalam konteks keguruan 6.0 BIBLIOGRAFI
  • 3. REFLEKSI UNIT PELAJARAN 1.0 TAJUK UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK 1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Statistik berasal daripada bahasa latin yang bermaksud ’status’ bermaksud negeri dan ’statista’ bermaksud negarawan ( Folks, 1981 ). Statistik juga dapat ditakrifkan sebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data. Menurut folks ( 1981 ) dalam kajiannya pada zaman pemerintahan maharaja Iskandar Zulkarnain pada zaman Yunani Purba bermulanya pengumpulan maklumat deskriptif daripada158 negeri jajahannya untuk tujuan penguatkuasaan cukai. Ini membuktikan sejarah kegunaan statistik telah diguna oleh manusia zaman dahulu kala secara tak langsung. Namun terma statistik hanya muncul dalam bentuk cetakan pada kurun ke 18 oleh ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu John Graunt, seorang berbangsa Inggeris. Beliau telah mengumpul, menyusun dan menganalisis data. Maklumat dan data diterbit dalam buku Natural and Political Obsevations on the Bills of Mortality pada tahun 1600. Terdapat banyak kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita. Maklumat kuantitatif yang terkumpul yang boleh membentuk carta-carta, graf-graf, jadual- jadual, membolehkan kita memperolehi anggaran, purata, peluang dan seterusnya membuat keputusan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian manusia seperti dalam bidang pendidikan sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan dan lain-lain.
  • 4. 1.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Statistik Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data. 2. Ilustrasi Visual Piktograf, Carta pai, Graf garisan, Carta palang, Histogram dan Poligon Kekerapan 3. Graf .Gambaran data yang terkumpul 4. Perkataan Statistik Purata (Min), kekerapan (mod), peluang, trend, korelasi, anggran, skor tengah ( median) dalam susunan taburan 5. Statistik inferensi Suatu pernyataan mengenai suatu populasi yang didasarkan pada informasi dari sampel random yang diambil dari populasi. 1.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Unit ini membantu saya memahami tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam kehidupan seharian manusia. Untuk memudahkan sesuatu masalah yang timbul dapat dikesan dengan cara yang lebih baik dan berdisiplin. Dalam konteks profesion keguruan, pengumpulan data statistik sangat membantu memudahkan masalah murid dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya apabila sesuatu ujian telah dijalankan guru mengumpulkan maklumat dari jawapan murid. Data dapat diperolehi dari jawapan murid yang salah dan betul dari jawapan ini guru akan membuat analisis item soalan manakah yang ramai murid salah iaitu tidak menguasai. Keseluruhannya peratus kesukaran item dapat dikesan dari data yang diperolehi.
  • 5. 2.0 TAJUK UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA 2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Dalam unit ini dihuraikan bagaimana mengumpul dan mengklafikasikan data mengikut jenisnya. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalah melibatkan maklumat yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialah nilai tidak boleh dihitung. Nilai-nilai pembolehubah dikenali sebagai data. Data kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif adalah data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikan kepada data diskret ( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ). Dalam topik ini juga didedahkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Data dikelaskan mengikut kategori tertentu. Teknik pengklasan data dengan kaedah tanda gundal memudahkan kita membaca dan memahami data yang terkumpul. Dari perolehan data, taburan kekerapan(bilangan data yang terkumpul dalam satu kelas ) dan taburan kekerapan relatif ( data dalam bentuk perpuluhan ) dapat diperolehi dengan mudah.
  • 6. 2.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Pembolehubah Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain 2. Data Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah 3. Kelas Data Kategori untuk data terkumpul 4. Kekerapan Bilangan data dalam satu kelas 5. Kekerapan Relatif Nisbah kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan data. 2.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Dalam unit ini saya dapat memahami bagaimana data-data yang diberikan dikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu untuk memudahkan data tersebut dibaca dan difahami. Pengetahuan tentang statistik memerlukan perancangan awal sebelum sesuatu data diperolehi. Sampel data yang diperolehi akan disusun mengikut tertib tertentu supaya maklumat dapat diringkaskan dan memperolehi hasil terbaik dari data yang terkumpul. Dalam unit ini juga diterangkan maksud istilah- istilah statistik yang digunakan. Contohnya taburan kekerapan relatif, data selanjar dan sebagainya. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian memudahkan maklumat diperolehi dan dibaca. Tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaiki atau untuk mengatasi setiap kajian data yang dijalankan.
  • 7. 3.0 TAJUK UNIT 5 : PERWAKILAN DATA 3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Dalam unit ini menerangkan peringkat-peringkat dalam perwakilan data yang terdiri daripada permasalahan. Dari permasalahan ini, boleh dikemukakan soalan(mengemukakan soalan) untuk memperolehi data (pengumpulan data). Apabila data diperolehi, data dianalisis (analisis data) dan seterusnya membuat keputusan interpretasi. Dalam unit ini cara memaparkan data secara gambar seperti carta dan graf akan diperkenalkan. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu data dipersembahkan dan jelas difahami. Terdapat dua jenis pengumpulan data iaitu data diskrit dan data selanjar (continuous). Data diskrit adalah data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar manakala data selanjar (continuous) adalah data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari skala selanjar. Melalui unit ini juga ditunjukkan cara-cara untuk memaparkan data dalam bentuk gambar rajah dan dipersembahkan melalui jadual, senarai, gundalan, piktogram, carta palang, poligon kekerapan, carta pai, histogram dan graf garisan. Carta palang pula terdiri dari carta palang menegak dan carta palang melintang. Begitu juga dengan graf garisan yang terdiri dari graf garisan berganda di mana ianya mempunyai lebih dari satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza. Dalam unit ini juga menjelaskan langkah-langkah membina carta dan graf bagi memudahkan maklumat data disampaikan dan menjadikan pembacaan lebih mudah dan efektif. Dalam mempersembahkan maklumat data terdapat perbezaan dalam setiap carta dan graf. Terdapat maklumat data yang dipaparkan melalui simbol yang mewakili sesuatu benda, ada juga yang menggunakan palang atau bar menegak dan melintang bagi mewakili setiap kekerapan, dan ada juga yang menggunakan garisan bagi menunjukkan nilai yang berbeza. Selain itu, maklumat data juga dapat dipaparkan melalui carta pai.
  • 8. 3.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Data diskrit Data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar. 2. Data Data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari selanjar(continuous) skala selanjar. 3. Gundalan Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima. 4. Histogram Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif. Palang-palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Dilukis secara menegak dan melintang. 5. Carta Palang Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data. Carta palang tidak bercantum antara satu sama lain. Dilukis secara menegak atau melintang. 3.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Berdasarkan unit ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci tentang perwakilan data. Di samping itu, saya dapat mengetahui cara-cara memaparkan data di dalam bentuk gambar rajah. Dalam unit ini juga diterangkan cara-cara membina carta dan graf. Ini memudahkan para guru membimbing murid membina carta dan graf dan juga cara bagaimana mendapat maklumat daripada graf tersebut. Data dapat dibaca dengan mudah dengan paparan gambarajah yang lengkap dengan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Petunjuk-petunjuk bagi setiap graf perlu jelas supaya pembacaan data lebih mudah dan tepat. Selain daripada itu juga, perwakilan data yang dikumpul dapat membantu kita mengetahui mengenai dunia sekeliling.
  • 9. 4.0 TAJUK UNIT 7 : SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT 4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor.Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu min, median dan mod. Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data tak terkumpul Min – purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakan dengan huruf mu (∑). Min sampel ditandakan dengan (X). N adalah bilangan nombor didalam populasi. n adalah bilangan nombor didalam sampel. Definisi min adalah : Mod – nilai atau fakta yang paling berulang dalam set data itu. Jika terdapat dua atau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih mod bagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yang sama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod. Median – titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jika bilangan data adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data
  • 10. adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah. Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data terkumpul Min – nilai yang khusus tidak diketahui tetapi titik tengah bagi setiap jeda kelas adalah digunakan untuk mewakili semua nilai di dalam jeda kelas tersebut. Titik tengah akan diwajarkan dengan kekerapan nilai di dalam jeda kelas tersebut, min bagi data terkumpul kemudiannya dikira dengan menjumlahkan hasil darab titik tengah kelas dengan kekerapan kelas dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan kekerapan. 𝒇𝒊 𝑿𝒊 𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 +𝒇 𝟐 𝒙 𝟐 + ……….𝒇 𝟏 𝒙 𝟏 . Formulanya adalah seperti berikut: μ = = 𝒇𝒊 𝒇 𝟏 + 𝒇 𝟐 + …… + 𝒇 𝟏 dimana ; i = bilangan jeda, f = kekerapan kelas, x = titik tengah Mod – titik tengah kelas mod yang mempunyai kekerapan yang tertinggi, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedah formula dan kaedah histogram. Kaedah formula mod data terkumpul : 𝒅𝟏 𝑴 𝟎 =𝑳 𝑴𝟎 + 𝑪 𝒅𝟏+ 𝒅𝟐 dimana ; 𝐿 𝑀0 = sempadan bawah bagi kelas mod, 𝑑1 = perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod, 𝑑2 = perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas selepas kelas mod, c = saiz kelas mod. Median – pengiraan median agak rumit dan nilai median juga merupakan nilai penghampiran, andaian yang dibuat di dalam pengiraan ini adalah nilai sebenar adalah jatuh secara seragam disepanjang jeda kelas median, formulanya seperti 𝑵 −𝑭 𝟐 berikut : m = L + 𝑪 𝒇𝒎 dimana ; L = sempadan bawah kelas median , N = jumlah kekerapan, F = kekerapan longokkan sebelum kelas median, 𝑓 𝑚 = kekerapan kelas median, C = saiz kelas median.
  • 11. 4.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Sukatan Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu Kecenderungan taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam Memusat statistik. Menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor. 2. Min purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel 3. Median nilai cerapan di tengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan 4. Mod cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. 5. Jadual Kekerapan Satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan adalah banyak dan bernilai besar 4.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini telah menjelaskan kepada saya terdapat tiga jenis sukatan kecenderungan memusat yang dibincangkan bagi data tak terkumpul dan terkumpul iaitu min, median dan mod. Ianya banyak membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik iaitu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dalam setiap data yang diberi. Penerangan yang diberikan begitu jelas dan lengkap beserta dengan contoh-contoh dan cara penyelesaiannya, gambarajah dan formula yang diberikan begitu lengkap dan jelas dapat dilihat di dalam modul ini. Latihan sumatif juga disertakan bagi saya membuat latih tubi untuk menguji tahap pemahaman dan dapat disemak dengan mudah kerana disertakan dengan jawapan sebagai rujukan.
  • 12. 5.0 TAJUK UNIT 9 – SUKATAN SERAKAN 5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit Sukatan serakan adalah amaun sebaran antara nilai-nilai dalam set data sukatan serakan terdiri daripada beberapa jenis yang diistilahkan sebagai julat, sisihan piawai dan varian yang berdasarkan kuarti dan persentil. Julat dihitung dengan mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil Nilai Julat = Besar – Nilai Kecil dalam senarai set data. Sisihan piawai bagi satu-satu taburan kebarangkalian pembolehubah rawan atau populasi atau banyak set nilai adalah ukuran serakan nilainya. Ia diwakili dengan huruf 𝜎 (huruf kecil sigma). Ia ditakrif sebagai punca kuasa dua varians. Varians terdiri daripada varian populasi dan varian sampel. Rumus varian data tak terkumpul : ( 𝒙) 𝟐 𝒙 𝟐− 𝑵 a) Varian Populasi 𝝈= 𝑵 ( 𝒙) 𝟐 𝒙 𝟐− 𝟐 𝒏 b) Varian Sampel 𝒔 = 𝒏−𝟏 Rumus Varian data terkumpul : ( 𝒇𝒙) 𝟐 𝒇𝒙 𝟐 − 𝒇−(𝒙−𝒙) 𝟐 𝒇 𝝈 𝟐= atau 𝝈 𝟐 = 𝒇 𝒇 Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun. Rumus untuk mencari kuartil : 1 (Kuartil bawah) 𝑄1 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 4 1 (Kuartil median) 𝑄2 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 2
  • 13. 3 (Kuartil atas) 𝑄3 = cerapan ke ( 𝑛 + 1) 4 dimana n adalah bilangan cerapan dalam set data. Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Rumus persentil 𝒌𝒏 adalah 𝑷 𝒌 = nilai cerapan ( k mewakili nombor persentil dan n mewakili bilangan 𝟏𝟎𝟎 cerappan dalam set data) Julat Persentil = 𝒑 𝟗𝟎 - 𝒑 𝟏𝟎 5.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Sukatan Serakan Amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang disenaraikan 2. Julat Perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam senarai set data tertentu 3. Kuartil Sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama. 4. Persentil Sukatan kedudukan yang mebahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. 5. Julat Persentil Perbezaan antara nilai persentil ke 90 dan nilai persentil ke 10
  • 14. 5.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Dalam unit ini saya didedahkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan data- data yang diberi untuk mendapat nilai-nilai tertentu, peratus data, kedudukan tertentu, perbezaan nilai tertinggi dan nilai terendah dan sebagainya dengan menggunakan rumus-rumus yang telah diberikan. Dengan adanya rumus-rumus dan contoh pengiraan yang ditunjukkan ianya agak mudah untuk diaplikasikan. Kaedah yang ditunjukkan memerlukan ketelitian agar kesilapan dapat dielakkan. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat terbaik daripada data yang diberi. Oleh itu pengetahuan tentang data statistik sangat membantu dalam kehidupan seharian kita kerana data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amat penting untuk diselidiki agar sesuatu tindakan dapat diambil untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
  • 15. BIBLIOGRAFI 1. Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view= article&id= 113&Itemid=64&lang=bm 2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani (2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika- inferensi/ 4. Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. 5. Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik