SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
.

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
_____________________________________________________________

KPT 6044

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
(Kumpulan A)

Pensyarah:
Prof Mdya Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor

Laporan Kajian Tijauan:

Penggunaan Komputer Dalam Kehidupan Harian di
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

Disediakan oleh:

NGO CHOOI HONG

M20121000788

Tarikh Hantar:

22 November 2013
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media elektronik
komputer dalam kehidupan harian di kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 5 orang pelajar tahun 4
yang memiliki komputer sendiri, dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah kajian
yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen temu bual
berstruktur. Dapatan kajian ini dianalisis dengan mengumpulkan borang catatan temu
bual berstruktur yang ditranskrip ke dalam tulisan. Hasil kajian mendapati secara
keseluruhannya tahap penggunaan komputer di kalangan pengguna adalah bergantung
kepada jantina dan program yang dilayari dari internet.

Kata kunci: media elektronik, penggunaan komputer, melayari internet.

1
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK

BAB 1

BAB 2

BAB 3

BAB 4

PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1.2
Latar Belakang
1.3
Pernyataan Masalah
1.4
Objektif Kajian
1.5
Persoalan Kajian
1.6
Hipotesis
1.7
Kepentingan Kajian
1.8
Batasan Kajian
1.9
Definisi Operational
1.10 Penutup

…………………………………
…………………………………
…………………………………
…………………………………
………………………………....
…………………………………
…………………………………
…………………………………
…………………………………
…………………………………

3
3
3
4
4
5
5
5
5
7

KAJIAN LITERATUR
2.1
Pendahuluan
2.2
Kajian Lepas
2.3
Berita Lepas

…………………………………
…………………………………
…………………………………

8
8
8

METODOLOGI
3.1
Pendahuluan
…………………………………
3.2
Reka Bentuk Kajian
…………………………………
3.3
Instrumen Kajian
…………………………………
3.4
Lokasi Kajian
…………………………………
3.5
Sampel Kajian
…………………………………
3.6
Prosedur Pengumpulan Data ……………………………..
3.7
Analisis Data
…………………………………
3.8
Penutup
…………………………………

10
10
10
10
11
11
11
11

ANALISIS DATA DAN DAPATAN
4.1
Pendahuluan
…………………………………
4.2
Dapatan Kajian
…………………………………
4.3
Kesimpulan Dapatan
…………………………………
4.4
Penutup
…………………………………

12
12
14
14

RUJUKAN

2
BAB 1
PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Perkembangan yang pesat dalam media elektronik telah berlaku dengan pantas.
Kemudahan media elektronik telah mempermudahkan tugas kita serta meningkatkan
prestasi pelajar dalam pembelajaran. Kajian ini cuba meneliti dan meninjau
penggunaan komputer di kalangan pelajar sekolah rendah dalam kehidupannya.

1.2

LATAR BELAKANG

Media elektronik telah menjadi sebuah agen pengubah masa. Media elektronik
merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk dicapai
pengguna seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan sebagainya. Perkembangan
industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990an apabila kerajaan telah
mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran. Kini, media elektronik
semakin penting kepada dunia dalam menuju ke era globalisasi.
Komputer merupakan salah satu media elektronik yang amat popular.
Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Ini
adalah disebabkan komputer memudahkan tugas seharian kita. Dengan adanya
komputer, maklumat-maklumat yang diperlukan dapat dihantar dengan cepat dan
pantas. Contohnya, penggunaan komputer dengan teknologi telekomunikasi
berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur
dan mengedarkan maklumat dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat
tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara,
animasi dan video. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan
teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Komputer telah menjadi senjata dalam zaman sekarang dan masa akan datang.
Komputer bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi pengetahuan,
tetapi juga menyalurkan maklumat bagi memperolehi hiburan. Fenomena hari ini
menyaksikan kewujudan pengaruh penggunaan komputer dalam kehidupan harian

3
pelajar. Hal demikian disebabkan pelajar kini lebih berminat berinteraksi dengan
komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet. Penyalahgunaan
komputer boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap masyarakat
terutamanya pelajar.
Generasi muda kini amat leka dan asyik dengan hiburan yang dicapaikan dari
internet. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan muda
banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan mereka. Kini,
masalah tersebut semakin dimudakan kepada pelajar dari sekolah rendah.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan komputer di kalangan
pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. Secara
khususnya, objektif kajian adalah untuk:
a)

Mengenal pasti hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari
internet.

b) Mengenal pasti perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari
internet.
c)

Mengenal pasti penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan
pembelajaran.

d) Menganalisa pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet.

1.5

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah:
a)

Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari
internet?

b) Adakah perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet?
c)

Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan
pembelajaran?

d) Apakah pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet?

4
1.6

HIPOTESIS

Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini:
a)

Ha1:

Terdapat hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari
internet.

b) Ha2:

Terdapat perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari
internet.

c)

Ha3:

Terdapat hubungan penggunaan komputer di kalangan pelajar
terhadap tujuan pembelajaran.

1.7

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk membolehkan ibu bapa melakukan
pemantauan laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan
memberi manfaat kepada anak mereka. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat
menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan penggunaan komputer.

1.8

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada:
a)

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak.

b) Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk temu bual
berstruktur.
c)

Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan
komputer di kalangan pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak.

1.9

DEFINISI OPERATIONAL

Dalam bahagian ini, disenaraikan beberapa istilah yang penting yang digunakan di
dalam penyelidikan ini.

5
1.9.1 Media elektronik
Media elektronik adalah media yang meggunakan elektronik atau energy
elektromekanis bagi pengguna akhir untuk mengakses kontennya. Sumber
media elektronik yang familiar bagi pengguna umum antara lain adalah
rakaman video, rakaman audio, presentasi multimedia, dan komputer.

1.9.2 Komputer
Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan
melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia
melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada
asasnya,

komputer

dibentuk

sebagai

penyimpanan data,

dan unit

pemprosesan pusatnya berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi
unit logik aritmetik.

1.9.3 Internet
Internet adalah suatu jaringan komputer yang satu dengan yang lain saling
terhubung untuk keperluan komunikasi dan informasi. Sebuah komputer
dalam satu jaringan internet dapat berada di mana saja. Internet juga diertikan
sebagai jaringan komputer di seluruh dunia yang berisikan informasi dan
sebagai sarana komunikasi data yang berupa suara, gambar, video dan juga
teks.

1.9.4 Intranet
Intranet adalah jaringan komputer-komputer yang saling tersambung
digunakan suatu sistem organisasi. Intranet berfungsi mengkomunikasikan
komputer satu dengan yang lain, persis seperti internet tetapi layanannya
terbatas, tidak seluas dan seberangam di internet.

1.9.5 Rangkaian
Rangkaian adalah dua kumpulan atau lebih sistem komputer yang
dihubungkan antara satu sama lain melalui wayar atau tanpa wayar. Ia adalah
untuk menyambungkan dua atau lebih komputer bersama-sama dengan
keupayaan untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dan berkongsi
sumber.

6
1.10 PENUTUP
Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen
penting dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latar belakang
kajian, objektif dan kepentingan kajian. Ini menunjukkan pengkaji jelas akan kajian
yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya.

7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN

Dalam kajian literatur, pengkaji menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan dengan
tajuk. Sorotan penulisan ini adalah melihat beberapa pandangan dan kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat sama
ada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

2.2

KAJIAN LEPAS

Menurut Addullah dan Mawaddah dalam kajiannya, didapati bahawa permasalah
akhlak pelajar dapat dilihat kecenderungan pelajar menghabiskan masa untuk
berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah. Pelajar lebih suka
meluangkan masa menonton rancangan televisyen serta melayari internet atau
berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi. Oleh itu, jelas di
sini bahawa kebanyakan masa lapang pelajar diisi dengan menonton rancangan yang
disiarkan di televisyen daripada melakukan aktiviti pengisian rohani pelajar.
Abdul Wahab mengulaskan dalam kajiannya yang berkaitan bidang pendidikan,
usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa
peka dengan perkembangan teknologi semasa.
Abdul Razak dan Daniel Chan menyatakan bahawa penggunaan teknologi
maklumat dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat negara kita untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Penggunaan teknologi maklumat
membolehkan pendidikan di negara kita menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing
di peringkat antarabangsa.

2.3

BERITA LEPAS

Dengan adanya media elektronik, masyarakat menjadi mudah dalam mengakses suatu
kandungan, dan juga informasi kejadian saat ini dapat diketahui dengan cepat. Di sini
peranan media sebagai pengawalan sosial sangat diperlukan, jangan sampai dengan

8
segala kemudahan akses media, fungsi pengawalan sosial ini menjadi disalah gunakan,
misalnya dengan menyebarkan berita bohong. (ID-ESOCIAL, 9 May 2012)
Berita Harian (April 2011), media sebagai satu produk teknologi seperti juga
kemajuan yang wujud daripada perkembagan teknologi bukan saja boleh memberikan
manfaat dan kesan positif tetapi ia juga boleh mendatangkan pengaruh buruk. Ini
terpulang kepada mereka yang menggunakan teknologi itu. Malangnya, apa yang
terlihat ialah betapa menyeluruhnya pengaruh negatif media terhadap orang ramai,
lebih-lebih lagi terhadap corak hidup mereka.

9
BAB 3
METODOLOGI

3.1

PENDAHULUAN

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi
merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Metodologi menjamin kaedah yang
digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuaian dengan pembolehubah yang
hendak dikaji. Maka, tujuan kajian ini adalah menganalisa penggunaan komputer di
kalangan pelajar sekolah rendah. Temu bual berstruktur dijalankan di kalangan pelajar
tahun 4 di SJKC Hwa Lian 1, Perak, akan dijadikan data analisis kajian ini.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif dalam jenis tinjauan. Kajian ini
adalah bertujuan untuk menganalisis penggunaan komputer di kalangan pelajar
sekolah rendah cina. Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan data-data
kualitatif. Data-data tersebut dipungut melalui borang catatan temu bual berstruktur.

3.3

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian digunakan dalam kajian ini adalah satu set soalan temu bual
berstruktur yang mengandungi 4 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Tiga soalan
pertama adalah berkaitan tentang penggunaan komputer dalam kehidupan hariannya,
dan satu soalan lagi adalah pandangan responden terhadap kemudahan komputer yang
digunakan untuk mengakses internet. Maklumat temu bual direkod melalui rakaman
audio dan dicatat dalam borang catatan temu bual berstruktur.

3.4

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, yang bertempat di Pulau Pangkor, Perak.

10
3.5

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun empat dari SJK(C) Hwa Lian 1,
Perak, yang memiliki komputer sendiri. Kelima-lima murid tersebut terdiri daripada 3
orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pemilihan pelajar-pelajar tahun empat ini
bertujuan untuk menganalisa penggunaan komputer pelajar sekolah rendah dalam
kehidupan harian.

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Bagi menjalankan kajian ini, prosedur pengumpulan data dilakukan melalui temu bual
berstruktur dengan murid-murid tahun 4 yang dipilih. Hasil temu bual berstruktur
ditranskripsikan dari rakaman audio ke dalam bentuk tulisan.

3.7

ANALISIS DATA

Penganalisaan data merupakan perkara yang penting dalam menentukan hasil sesuatu
kajian. Dalam kajian ini, data-data yang dikumpulkan melalui temu bual berstruktur
disusun secara kualitatif.

3.8

PENUTUP

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Beberapa aspek penting seperti reka bentuk kajian, lokasi, sampel kajian
dan instrumen kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji
berharap agar hasil dapatan dapat memastikan penggunaan komputer pelajar sekolah
rendah dalam kehidupan hariannya.

11
BAB 4
ANALISIS DATA DAN DAPATAN

4.1

PENDAHULUAN

Keseluruhan bahagian ini membincangkan tentang dapatan kajian hasil daripada
penganalisisan data-data yang diperoleh daripada transkripsi-transkripsi yang terhasil
selepas proses temu bual antara penyelidik dan responden dijalankan. Kesemua hasil
dapatan adalah berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden kajian
berpandukan kepada soalan temu bual berstruktur.

4.2

DAPATAN KAJIAN
4.2.1 Soalan Kajian a: Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan
jangkamasa melayari internet?
Ketiga-tiga responden murid lelaki yang ditemu bual bersependapat bahawa
mereka menggunakan kebanyakan masa lapang dalam melayari internet. Secara
purata, mereka melayari internet lebih daripada enam jam seminggu.
“… satu hari sudah lebih dua jam…” (responden lelaki a)
Bagi salah seorang responden murid perempuan (responden perempuan a)
menyatakan bahawa dia tidak melayari internet tiap-tiap hari. Maka, secara
puratanya, dia melayari internet lebih kurang tiga jam seminggu. Manakala,
responden

murid

perempuan

yang

kedua

(responden

perempuan

b)

menunjukkan bahawa dia jarang melayari internet di mana tidak melebihi dua
jam seminggu.
“kadang kala, online sangat boringlah…” (responden perempuan b)

4.2.2 Soalan Kajian b: Adakah perkaitan jantina terhadap program yang
dilayari dari internet?
Responden murid lelaki memberi jawapan yang sama bahawa permainan
komputer diutamakan semasa melayari internet. Manakala, responden murid

12
perempuan menyatakan bahawa selain permainan komputer, mereka juga suka
bersembang dengan kawan-kawan yang bertalian internet.
“..seronok menghantar mesej melalui online…” (responden perempuan a)
“saya suka sembang di „facebook‟…” (responden perempuan b)

4.2.3 Soalan Kajian c: Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan
pelajar terhadap tujuan pembelajaran?
Hasil dapatan bagi kelima-lima responden, sama ada murid lelaki mahupun
murid perempuan, menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan komputer
untuk tujuan pembelajaran. Mereka hanya menggunakannya apabila disuruh
oleh guru untuk sesuatu tugasan rumah sahaja.

4.2.4 Soalan Kajian d: Apakah

pandangan

pelajar

tahun

4

terhadap

kemudahan internet?
Ketiga-tiga responden murid lelaki berpendapat bahawa kemudahan internet
membantu

mereka

berseronok

dalam

permainan

komputer.

Walau

bagaimanapun, mereka selalu menghadapi masalah kelancaran.
“..ketidaklancaran menyebabkan saya terpaksa berhenti main
„game‟..” (responden lelaki c)
Bagi responden murid perempuan b, menyatakan bahawa dia boleh mengakses
internet untuk bersembang dengan kawan. Selain itu, dia juga boleh
menyebarkan maklumat tertentu dengan menghantar mesej melalui internet.
Responden murid perempuan a menekankan bahawa mengakses internet
memudahkannya mendapat maklumat yang diperlukan. Dia juga boleh
mengkongsi maklumat, gambar dan sebagainya melalui internet.

13
4.3

KESIMPULAN DAPATAN

Kesimpulan dapatan bagi soalan 1, terdapat hubungan antara jantina dengan
jangkamasa melayari internet. Murid lelaki menggunakan masa yang lebih untuk
melayari internet, iaitu melebihi enam jam seminggu. Sebaliknya, murid perempuan
hanya mengguna lebih kurang tiga jam seminggu.
Di samping itu, hasil dapatan bagi soalan kedua menunjukkan perkaitan di
antara jantina dengan program yang dilayari dari internet. Murid lelaki lebih kepada
permainan ‘game’ komputer, berbanding dengan murid perempuan yang suka
bersembang dan menghantar mesej melalui internet selain bermain ‘game’ komputer.
Hasil dapatan bagi soalan ketiga pula menunjukkan tiada perkaitan bagi
penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran. Sama ada
murid lelaki atau murid perempuan, mereka tidak menggunakan komputer untuk
mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran, kecuali tugasan yang
diperlukan dengan penggunaan komputer.
Pelajar-pelajar sekolah rendah suka mengakses internet pada waktu lapang
untuk berkomunikasi dan mengkongsi sebarang maklumat dengan kawan mereka.
Selain itu, mereka juga berhibur kepada kandungan yang terdedahkan dalam internet.

4.4

PENUTUP

Kajian ini pada keselururhannya, mendedahkan bahawa penggunaan komputer dalam
kehidupan di kalangan pelajar tahun empat sekolah rendah amat berkaitan dengan
jantina. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar menghabiskan masa
yang lebih dalam permainan ‘game’ komputer. Dengan ini, pengkaji berharap pihak
ibu bapa memberi perhatian yang lebih dan memantau anak-anak mereka supaya tidak
leka dan asyik dalam permainan ‘game’ komputer.
Implikasi dari kajian ini dapat dijadikan renungan bersama untuk membantu
generasi muda dalam penggunaan komputer yang bermanfaat dalam kehidupan harian.
Kerjasama semua pihak adalah perlu bagi memperbaiki tahap penggunaan komputer
di kalangan pelajar.

14
RUJUKAN
Abdul Razak, & Daniel Chan. (t.t.). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam
Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah. Universiti
Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada
http://eprints.utm.my/10642/1/PENGGUNAAN_KOMPUTER_DI_KALANGA
N_GURU_DALAM_PENGAJARAN.pdf

Abdullah Sulong, & Mawaddah Abdullah. (t.t.). Pengaruh Media Elektronik
Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat
turun pada 20 November 2013, daripada http://eprints.utm.my/10835/1/
Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdf

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006).
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pingan. Vol. XXIV, No 1
& 2. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripda http://web.usm.my/km
/24-06/km%20art%2011.pdf

Berita Harian. (April 2011). Status Negara Maju Bukan Bermakna Kita Perlu
Pinggirkan Budaya. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada
http://www.bharian.com.my/articles/Pengaruhnegatifmediaterhadaptatasusila_m
oral/Article/

ID-ESOCIAL. (May 2012). Pandangan Mengenai Perkembangan Teknologi
Informasi Dan Komunikasi (Digital) Yang Menghasilkan Konversi Media Cetak
Pada Media Elektronik. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada
http://idesocial.wordpress.com/2012/05/09/pandangan-mengenai-perkembangan
-teknologi-informasi-dan-komunikasi-digital-yang-menghasilkan-konversi-medi
a-cetak-pada-media-elektronik/

Internet Dan Intranet. (April 2009). Dimuat turun pada 29 November 2013, daripada
http://irma-ti065.blogspot.com/2009/04/pengertian-internet-dan-intranet.html

Networking. (t.t.). Mendefinisikan rangkaian komputer. Dimuat turun pada 29
November 2013, daripada http://rangkaiankomputerdankomunikasi.
weebly.com/definisi1.html

15
Wikipedia. (t.t.). Media elektronik. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_elektronik

Wikipedia. (t.t.). Media elektronik. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripada
http://id.wikipedia.org/wiki/Media_elektronik

Wikipedia. (t.t.). Komputer. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer

16

More Related Content

What's hot

Peran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam DuniaPeran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam Duniasiti_dea
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanilah2012
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutdianseptian09
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanAndi Aryauri
 
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaranpemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaransmkpbu
 
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASIAPLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASImrofi202001011338
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancageGun Gun Gunawan
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)-
 
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)raniayulatifa
 
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetShinta Naili Fitrisari
 
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238lxionsaga
 
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...Abd Rahman
 
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasari
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasariTik bab 1. ix 3 anisa yunitasari
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasarianisayunitasari
 

What's hot (19)

5447
54475447
5447
 
Peran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam DuniaPeran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam Dunia
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikan
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap Pendidikan
 
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaranpemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
 
Jurnal blog 1
Jurnal blog 1Jurnal blog 1
Jurnal blog 1
 
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASIAPLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet Balerancage
 
pemanfaatan ict
pemanfaatan ictpemanfaatan ict
pemanfaatan ict
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
 
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
 
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
 
Tahap akhir
Tahap akhirTahap akhir
Tahap akhir
 
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238
Tahap1 muhammad tofa ngenda j1_f111238
 
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...
Laporan akhir pengaruh penggunaan internet oleh mahasiswa terhadap tingkat mi...
 
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasari
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasariTik bab 1. ix 3 anisa yunitasari
Tik bab 1. ix 3 anisa yunitasari
 
Media pembelajaran berbasis internet
Media pembelajaran berbasis internet Media pembelajaran berbasis internet
Media pembelajaran berbasis internet
 
Media berbasis internet
Media berbasis internetMedia berbasis internet
Media berbasis internet
 

Viewers also liked

Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturDwi Karyani
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHnurulanwar
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 

Viewers also liked (6)

Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 

Similar to PENGGUNAAN KOMPUTER

Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanWarnet Raha
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)-
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)-
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanWarnet Raha
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pTee Teh
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis websriylimutasima
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis websriylimutasima
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBIldayanti
 
Siskom terakhir
Siskom terakhirSiskom terakhir
Siskom terakhirImam OZ
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersRomzi Bin Zainal
 
Ebook dan peranti mobile
Ebook dan peranti mobileEbook dan peranti mobile
Ebook dan peranti mobilePunia Turiman
 
tugas kelompok siskom
tugas kelompok siskomtugas kelompok siskom
tugas kelompok siskomguest7ae38d2
 

Similar to PENGGUNAAN KOMPUTER (20)

Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapan
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
 
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)Nanik kharisma andari (j1 f111230)
Nanik kharisma andari (j1 f111230)
 
Kertas 2
Kertas 2Kertas 2
Kertas 2
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Bahasa penelitian
Bahasa penelitianBahasa penelitian
Bahasa penelitian
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikan
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd p
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis web
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis web
 
Tugas makalah1
Tugas makalah1Tugas makalah1
Tugas makalah1
 
Tugas makalah1
Tugas makalah1Tugas makalah1
Tugas makalah1
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
 
Siskom terakhir
Siskom terakhirSiskom terakhir
Siskom terakhir
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
Ebook dan peranti mobile
Ebook dan peranti mobileEbook dan peranti mobile
Ebook dan peranti mobile
 
Makalah kkpi enchyi
Makalah kkpi    enchyiMakalah kkpi    enchyi
Makalah kkpi enchyi
 
Makalah kkpi enchyi
Makalah kkpi    enchyiMakalah kkpi    enchyi
Makalah kkpi enchyi
 
tugas kelompok siskom
tugas kelompok siskomtugas kelompok siskom
tugas kelompok siskom
 

More from ngochooihong

KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_ppt
KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_pptKPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_ppt
KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_pptngochooihong
 
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdf
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdfKPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdf
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdfngochooihong
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdf
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdfKPT6044 Ulasan Jurnal_pdf
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdfngochooihong
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_ppt
KPT6044 Ulasan Jurnal_pptKPT6044 Ulasan Jurnal_ppt
KPT6044 Ulasan Jurnal_pptngochooihong
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_word
KPT6044 Ulasan Jurnal_wordKPT6044 Ulasan Jurnal_word
KPT6044 Ulasan Jurnal_wordngochooihong
 

More from ngochooihong (6)

KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_ppt
KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_pptKPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_ppt
KPT 6044 Penilaian Kendiri (teks)_ppt
 
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdf
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdfKPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdf
KPT6044 Penilaian Kendiri (teks)_pdf
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdf
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdfKPT6044 Ulasan Jurnal_pdf
KPT6044 Ulasan Jurnal_pdf
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_ppt
KPT6044 Ulasan Jurnal_pptKPT6044 Ulasan Jurnal_ppt
KPT6044 Ulasan Jurnal_ppt
 
KPT6044 Ulasan Jurnal_word
KPT6044 Ulasan Jurnal_wordKPT6044 Ulasan Jurnal_word
KPT6044 Ulasan Jurnal_word
 
KPT6044 ppt_REUSE
KPT6044 ppt_REUSEKPT6044 ppt_REUSE
KPT6044 ppt_REUSE
 

PENGGUNAAN KOMPUTER

  • 1. . Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia _____________________________________________________________ KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (Kumpulan A) Pensyarah: Prof Mdya Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor Laporan Kajian Tijauan: Penggunaan Komputer Dalam Kehidupan Harian di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Disediakan oleh: NGO CHOOI HONG M20121000788 Tarikh Hantar: 22 November 2013
  • 2. ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media elektronik komputer dalam kehidupan harian di kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 5 orang pelajar tahun 4 yang memiliki komputer sendiri, dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen temu bual berstruktur. Dapatan kajian ini dianalisis dengan mengumpulkan borang catatan temu bual berstruktur yang ditranskrip ke dalam tulisan. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan komputer di kalangan pengguna adalah bergantung kepada jantina dan program yang dilayari dari internet. Kata kunci: media elektronik, penggunaan komputer, melayari internet. 1
  • 3. ISI KANDUNGAN Muka Surat ABSTRAK BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Batasan Kajian 1.9 Definisi Operational 1.10 Penutup ………………………………… ………………………………… ………………………………… ………………………………… ……………………………….... ………………………………… ………………………………… ………………………………… ………………………………… ………………………………… 3 3 3 4 4 5 5 5 5 7 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 2.2 Kajian Lepas 2.3 Berita Lepas ………………………………… ………………………………… ………………………………… 8 8 8 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan ………………………………… 3.2 Reka Bentuk Kajian ………………………………… 3.3 Instrumen Kajian ………………………………… 3.4 Lokasi Kajian ………………………………… 3.5 Sampel Kajian ………………………………… 3.6 Prosedur Pengumpulan Data …………………………….. 3.7 Analisis Data ………………………………… 3.8 Penutup ………………………………… 10 10 10 10 11 11 11 11 ANALISIS DATA DAN DAPATAN 4.1 Pendahuluan ………………………………… 4.2 Dapatan Kajian ………………………………… 4.3 Kesimpulan Dapatan ………………………………… 4.4 Penutup ………………………………… 12 12 14 14 RUJUKAN 2
  • 4. BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Perkembangan yang pesat dalam media elektronik telah berlaku dengan pantas. Kemudahan media elektronik telah mempermudahkan tugas kita serta meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Kajian ini cuba meneliti dan meninjau penggunaan komputer di kalangan pelajar sekolah rendah dalam kehidupannya. 1.2 LATAR BELAKANG Media elektronik telah menjadi sebuah agen pengubah masa. Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan sebagainya. Perkembangan industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990an apabila kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran. Kini, media elektronik semakin penting kepada dunia dalam menuju ke era globalisasi. Komputer merupakan salah satu media elektronik yang amat popular. Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Ini adalah disebabkan komputer memudahkan tugas seharian kita. Dengan adanya komputer, maklumat-maklumat yang diperlukan dapat dihantar dengan cepat dan pantas. Contohnya, penggunaan komputer dengan teknologi telekomunikasi berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi dan video. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Komputer telah menjadi senjata dalam zaman sekarang dan masa akan datang. Komputer bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi pengetahuan, tetapi juga menyalurkan maklumat bagi memperolehi hiburan. Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh penggunaan komputer dalam kehidupan harian 3
  • 5. pelajar. Hal demikian disebabkan pelajar kini lebih berminat berinteraksi dengan komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet. Penyalahgunaan komputer boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya pelajar. Generasi muda kini amat leka dan asyik dengan hiburan yang dicapaikan dari internet. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan muda banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan mereka. Kini, masalah tersebut semakin dimudakan kepada pelajar dari sekolah rendah. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan komputer di kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk: a) Mengenal pasti hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet. b) Mengenal pasti perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet. c) Mengenal pasti penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran. d) Menganalisa pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet. 1.5 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah: a) Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet? b) Adakah perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet? c) Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran? d) Apakah pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet? 4
  • 6. 1.6 HIPOTESIS Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini: a) Ha1: Terdapat hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet. b) Ha2: Terdapat perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet. c) Ha3: Terdapat hubungan penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan penggunaan komputer. 1.8 BATASAN KAJIAN Kajian ini dibataskan kepada: a) Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. b) Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk temu bual berstruktur. c) Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan komputer di kalangan pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak. 1.9 DEFINISI OPERATIONAL Dalam bahagian ini, disenaraikan beberapa istilah yang penting yang digunakan di dalam penyelidikan ini. 5
  • 7. 1.9.1 Media elektronik Media elektronik adalah media yang meggunakan elektronik atau energy elektromekanis bagi pengguna akhir untuk mengakses kontennya. Sumber media elektronik yang familiar bagi pengguna umum antara lain adalah rakaman video, rakaman audio, presentasi multimedia, dan komputer. 1.9.2 Komputer Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer dibentuk sebagai penyimpanan data, dan unit pemprosesan pusatnya berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. 1.9.3 Internet Internet adalah suatu jaringan komputer yang satu dengan yang lain saling terhubung untuk keperluan komunikasi dan informasi. Sebuah komputer dalam satu jaringan internet dapat berada di mana saja. Internet juga diertikan sebagai jaringan komputer di seluruh dunia yang berisikan informasi dan sebagai sarana komunikasi data yang berupa suara, gambar, video dan juga teks. 1.9.4 Intranet Intranet adalah jaringan komputer-komputer yang saling tersambung digunakan suatu sistem organisasi. Intranet berfungsi mengkomunikasikan komputer satu dengan yang lain, persis seperti internet tetapi layanannya terbatas, tidak seluas dan seberangam di internet. 1.9.5 Rangkaian Rangkaian adalah dua kumpulan atau lebih sistem komputer yang dihubungkan antara satu sama lain melalui wayar atau tanpa wayar. Ia adalah untuk menyambungkan dua atau lebih komputer bersama-sama dengan keupayaan untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dan berkongsi sumber. 6
  • 8. 1.10 PENUTUP Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen penting dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latar belakang kajian, objektif dan kepentingan kajian. Ini menunjukkan pengkaji jelas akan kajian yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya. 7
  • 9. BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Dalam kajian literatur, pengkaji menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan dengan tajuk. Sorotan penulisan ini adalah melihat beberapa pandangan dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan. 2.2 KAJIAN LEPAS Menurut Addullah dan Mawaddah dalam kajiannya, didapati bahawa permasalah akhlak pelajar dapat dilihat kecenderungan pelajar menghabiskan masa untuk berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah. Pelajar lebih suka meluangkan masa menonton rancangan televisyen serta melayari internet atau berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi. Oleh itu, jelas di sini bahawa kebanyakan masa lapang pelajar diisi dengan menonton rancangan yang disiarkan di televisyen daripada melakukan aktiviti pengisian rohani pelajar. Abdul Wahab mengulaskan dalam kajiannya yang berkaitan bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Abdul Razak dan Daniel Chan menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat negara kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Penggunaan teknologi maklumat membolehkan pendidikan di negara kita menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. 2.3 BERITA LEPAS Dengan adanya media elektronik, masyarakat menjadi mudah dalam mengakses suatu kandungan, dan juga informasi kejadian saat ini dapat diketahui dengan cepat. Di sini peranan media sebagai pengawalan sosial sangat diperlukan, jangan sampai dengan 8
  • 10. segala kemudahan akses media, fungsi pengawalan sosial ini menjadi disalah gunakan, misalnya dengan menyebarkan berita bohong. (ID-ESOCIAL, 9 May 2012) Berita Harian (April 2011), media sebagai satu produk teknologi seperti juga kemajuan yang wujud daripada perkembagan teknologi bukan saja boleh memberikan manfaat dan kesan positif tetapi ia juga boleh mendatangkan pengaruh buruk. Ini terpulang kepada mereka yang menggunakan teknologi itu. Malangnya, apa yang terlihat ialah betapa menyeluruhnya pengaruh negatif media terhadap orang ramai, lebih-lebih lagi terhadap corak hidup mereka. 9
  • 11. BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENDAHULUAN Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Metodologi menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji. Maka, tujuan kajian ini adalah menganalisa penggunaan komputer di kalangan pelajar sekolah rendah. Temu bual berstruktur dijalankan di kalangan pelajar tahun 4 di SJKC Hwa Lian 1, Perak, akan dijadikan data analisis kajian ini. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif dalam jenis tinjauan. Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis penggunaan komputer di kalangan pelajar sekolah rendah cina. Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan data-data kualitatif. Data-data tersebut dipungut melalui borang catatan temu bual berstruktur. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian digunakan dalam kajian ini adalah satu set soalan temu bual berstruktur yang mengandungi 4 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Tiga soalan pertama adalah berkaitan tentang penggunaan komputer dalam kehidupan hariannya, dan satu soalan lagi adalah pandangan responden terhadap kemudahan komputer yang digunakan untuk mengakses internet. Maklumat temu bual direkod melalui rakaman audio dan dicatat dalam borang catatan temu bual berstruktur. 3.4 LOKASI KAJIAN Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, yang bertempat di Pulau Pangkor, Perak. 10
  • 12. 3.5 SAMPEL KAJIAN Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun empat dari SJK(C) Hwa Lian 1, Perak, yang memiliki komputer sendiri. Kelima-lima murid tersebut terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pemilihan pelajar-pelajar tahun empat ini bertujuan untuk menganalisa penggunaan komputer pelajar sekolah rendah dalam kehidupan harian. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Bagi menjalankan kajian ini, prosedur pengumpulan data dilakukan melalui temu bual berstruktur dengan murid-murid tahun 4 yang dipilih. Hasil temu bual berstruktur ditranskripsikan dari rakaman audio ke dalam bentuk tulisan. 3.7 ANALISIS DATA Penganalisaan data merupakan perkara yang penting dalam menentukan hasil sesuatu kajian. Dalam kajian ini, data-data yang dikumpulkan melalui temu bual berstruktur disusun secara kualitatif. 3.8 PENUTUP Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Beberapa aspek penting seperti reka bentuk kajian, lokasi, sampel kajian dan instrumen kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji berharap agar hasil dapatan dapat memastikan penggunaan komputer pelajar sekolah rendah dalam kehidupan hariannya. 11
  • 13. BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN 4.1 PENDAHULUAN Keseluruhan bahagian ini membincangkan tentang dapatan kajian hasil daripada penganalisisan data-data yang diperoleh daripada transkripsi-transkripsi yang terhasil selepas proses temu bual antara penyelidik dan responden dijalankan. Kesemua hasil dapatan adalah berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden kajian berpandukan kepada soalan temu bual berstruktur. 4.2 DAPATAN KAJIAN 4.2.1 Soalan Kajian a: Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet? Ketiga-tiga responden murid lelaki yang ditemu bual bersependapat bahawa mereka menggunakan kebanyakan masa lapang dalam melayari internet. Secara purata, mereka melayari internet lebih daripada enam jam seminggu. “… satu hari sudah lebih dua jam…” (responden lelaki a) Bagi salah seorang responden murid perempuan (responden perempuan a) menyatakan bahawa dia tidak melayari internet tiap-tiap hari. Maka, secara puratanya, dia melayari internet lebih kurang tiga jam seminggu. Manakala, responden murid perempuan yang kedua (responden perempuan b) menunjukkan bahawa dia jarang melayari internet di mana tidak melebihi dua jam seminggu. “kadang kala, online sangat boringlah…” (responden perempuan b) 4.2.2 Soalan Kajian b: Adakah perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet? Responden murid lelaki memberi jawapan yang sama bahawa permainan komputer diutamakan semasa melayari internet. Manakala, responden murid 12
  • 14. perempuan menyatakan bahawa selain permainan komputer, mereka juga suka bersembang dengan kawan-kawan yang bertalian internet. “..seronok menghantar mesej melalui online…” (responden perempuan a) “saya suka sembang di „facebook‟…” (responden perempuan b) 4.2.3 Soalan Kajian c: Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran? Hasil dapatan bagi kelima-lima responden, sama ada murid lelaki mahupun murid perempuan, menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran. Mereka hanya menggunakannya apabila disuruh oleh guru untuk sesuatu tugasan rumah sahaja. 4.2.4 Soalan Kajian d: Apakah pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet? Ketiga-tiga responden murid lelaki berpendapat bahawa kemudahan internet membantu mereka berseronok dalam permainan komputer. Walau bagaimanapun, mereka selalu menghadapi masalah kelancaran. “..ketidaklancaran menyebabkan saya terpaksa berhenti main „game‟..” (responden lelaki c) Bagi responden murid perempuan b, menyatakan bahawa dia boleh mengakses internet untuk bersembang dengan kawan. Selain itu, dia juga boleh menyebarkan maklumat tertentu dengan menghantar mesej melalui internet. Responden murid perempuan a menekankan bahawa mengakses internet memudahkannya mendapat maklumat yang diperlukan. Dia juga boleh mengkongsi maklumat, gambar dan sebagainya melalui internet. 13
  • 15. 4.3 KESIMPULAN DAPATAN Kesimpulan dapatan bagi soalan 1, terdapat hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet. Murid lelaki menggunakan masa yang lebih untuk melayari internet, iaitu melebihi enam jam seminggu. Sebaliknya, murid perempuan hanya mengguna lebih kurang tiga jam seminggu. Di samping itu, hasil dapatan bagi soalan kedua menunjukkan perkaitan di antara jantina dengan program yang dilayari dari internet. Murid lelaki lebih kepada permainan ‘game’ komputer, berbanding dengan murid perempuan yang suka bersembang dan menghantar mesej melalui internet selain bermain ‘game’ komputer. Hasil dapatan bagi soalan ketiga pula menunjukkan tiada perkaitan bagi penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran. Sama ada murid lelaki atau murid perempuan, mereka tidak menggunakan komputer untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran, kecuali tugasan yang diperlukan dengan penggunaan komputer. Pelajar-pelajar sekolah rendah suka mengakses internet pada waktu lapang untuk berkomunikasi dan mengkongsi sebarang maklumat dengan kawan mereka. Selain itu, mereka juga berhibur kepada kandungan yang terdedahkan dalam internet. 4.4 PENUTUP Kajian ini pada keselururhannya, mendedahkan bahawa penggunaan komputer dalam kehidupan di kalangan pelajar tahun empat sekolah rendah amat berkaitan dengan jantina. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lebih dalam permainan ‘game’ komputer. Dengan ini, pengkaji berharap pihak ibu bapa memberi perhatian yang lebih dan memantau anak-anak mereka supaya tidak leka dan asyik dalam permainan ‘game’ komputer. Implikasi dari kajian ini dapat dijadikan renungan bersama untuk membantu generasi muda dalam penggunaan komputer yang bermanfaat dalam kehidupan harian. Kerjasama semua pihak adalah perlu bagi memperbaiki tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar. 14
  • 16. RUJUKAN Abdul Razak, & Daniel Chan. (t.t.). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada http://eprints.utm.my/10642/1/PENGGUNAAN_KOMPUTER_DI_KALANGA N_GURU_DALAM_PENGAJARAN.pdf Abdullah Sulong, & Mawaddah Abdullah. (t.t.). Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada http://eprints.utm.my/10835/1/ Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdf Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pingan. Vol. XXIV, No 1 & 2. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripda http://web.usm.my/km /24-06/km%20art%2011.pdf Berita Harian. (April 2011). Status Negara Maju Bukan Bermakna Kita Perlu Pinggirkan Budaya. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada http://www.bharian.com.my/articles/Pengaruhnegatifmediaterhadaptatasusila_m oral/Article/ ID-ESOCIAL. (May 2012). Pandangan Mengenai Perkembangan Teknologi Informasi Dan Komunikasi (Digital) Yang Menghasilkan Konversi Media Cetak Pada Media Elektronik. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada http://idesocial.wordpress.com/2012/05/09/pandangan-mengenai-perkembangan -teknologi-informasi-dan-komunikasi-digital-yang-menghasilkan-konversi-medi a-cetak-pada-media-elektronik/ Internet Dan Intranet. (April 2009). Dimuat turun pada 29 November 2013, daripada http://irma-ti065.blogspot.com/2009/04/pengertian-internet-dan-intranet.html Networking. (t.t.). Mendefinisikan rangkaian komputer. Dimuat turun pada 29 November 2013, daripada http://rangkaiankomputerdankomunikasi. weebly.com/definisi1.html 15
  • 17. Wikipedia. (t.t.). Media elektronik. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_elektronik Wikipedia. (t.t.). Media elektronik. Dimuat turun pada 19 November 2013, daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Media_elektronik Wikipedia. (t.t.). Komputer. Dimuat turun pada 20 November 2013, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer 16