Dokumen tersebut merangkum tentang KKE DATABASE SYSTEM di UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Ia menjelaskan halatuju KKE yang memfokuskan pada akhlak, akademik, profesionalisme dan desekularisasi. Dokumen ini juga memaparkan visi, misi dan objektif KKE serta beberapa program yang dijalankan seperti lawatan sambil belajar, e-apprentice dan majlis-majlis perayaan.
9. HALATUJU KKE
AKHLAK
Akhlak merupakan elemen yang begitu penting
sehingga dapat mempengaruhi elemen-elemen
yang lainnya. Justeru, setiap gerak kerja KKE
haruslah dirancang berdasarkan kepada
pembentukan akhlak yang terpuji. Kesemua usaha
ini merujuk kepada program-program anjuran KKE.
AKADEMIK
Meskipun berpersatuan begitu penting, namun jangan dilupa bahawa
matlamat asal mereka yang bergelar mahasiswa adalah untuk
mencapai kecemerlangan akademik. Oleh itu, sebahagian besar
program anjuran KKE merupakan program yang dirangka khas untuk
memantapkan mutu pencapaian akademik.
10. PROFESIONALISME
Perancangan yang disusuli dengan tindakan yang begitu
sistematik amat diperlukan bagi menjamin kualiti akademik. Bagi
mencapai maksud tersebut, gerak kerja yang dilaksanakan
haruslah berpadanan dengan peraturan dan protokol yang telah
ditetapkan.
DESEKULARISASI
Sebagai sebuah kelab akademik, tidak
seharusnya ilmu duniawi dipisahkan dengan
ilmu ukhrawi. Hal ini kerana untuk mencapai
kecemerlangan dunia dan akhirat,
penguasaan ilmu begitu penting.
11. VISI KKE
Melahirkan mahasiswa yang syumul ke
arah kecemerlangan.
MISI KKE
Meneraju dan mengaplikasikan cabang ilmu
secara optimum melalui daya kreativiti dan
inovasi berlandaskan budaya ilmu.
OBJEKTIF KKE
Membantu mahasiswa meningkatkan kualiti
akademik.Memberi khidmat dan nasihat dari segi
akademik, kerohanian, pengurusan dan
kebajikan.Membentuk pemimpin yang syumul.
MOTTO KKE
‘AKHLAK GEMILANG
AKADEMIK CEMERLANG’