2. BAB 28: CERITA PENGHUJUNG USIA
• Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu.
• Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Rahayu, iaitu adik kembarnya yang
penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa.
• Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk
Azrul berkata bahawa dia telah berjumpa banyak orang dan mendapat pelbagai
sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah
lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal.
• Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa.
Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi.
• Selepas itu, mereka berbual tentang rumah banglo yang dibeli oleh Soleh,
memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia.
• Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika
koma.
• Akhirnya, dia telah meluahkan keinginannya untuk pulang ke Malaysia bagi
menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.
3. BAB 29: PASRAH
• Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri
tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan
pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan.
• Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguhsungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.
Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan
Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad.
• Apabila gagal menghubungi telefon bimbit Benny, Melina membuat laporan
kehilangan suaminya di Balai Polis, Marang.
• Terbongkar juga misteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa
kad kepada Inspektor Radzi. Kawan-kawan Benny telah ditangkap oleh pihak
berkuasa Interpol tetapi Benny tidak terlibat dalam senarai tangkapan.
• Akhirnya, Melina pulang ke rumah dan telah dihantar oleh Haji Awang dan
Khadijah.