SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
BAB LIMA:
PENGURUSAN PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH
STRUKTUR ORGANISASI PANITIA SEJARAH
 Secara umumnya, keperluan penubuhan panitia mata pelajaran di setiap sekolah
adalah berdasarkan ketetapan yang telah diselaraskan di bawah Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/1986 Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk “Panitia Mata
Pelajaran”.
 Pekeliling ini telah dikeluarkan atas saranan Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana sebelum tahun 1986, terdapat beberapa masalah utama berkait
dengan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti
termasuklah:
1. Ketiadaan dasar dan garis panduan yang mewajibkan penubuhan panitia
mata pelajaran;
2. Penubuhan dan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di sekolah tidak
diselaraskan;
3. Ketiadaan arahan dan panduan yang jelas tentang fungsi, peranan dan
tanggungjawab sesebuah panitia;
4. Terdapat sekolah yang tidak menubuhkan panitia mata pelajaran;
5. Terdapat sekolah yang tidak mengaktifkan peranan panitia mata pelajaran.
Keperluan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah
 Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah adalah PERLU berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.
EMPAT Fokus utama dalam bab ini termasuklah:
1. Struktur Organisasi Panitia Sejarah di peringkat sekolah rendah
2. Tujuan Penubuhan Panitia Sejarah
3. Pengurusan Panitia dalam aspek: i. Sistem Fail; ii. Perancangan Aktiviti
4. Peranan Panitia Sejarah
2
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
 Sebuah “panitia” (committee) yang dianggotai dalam kalangan guru yang mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama hendaklah ditubuhkan sebagai sebuah badan
ikhtisas.
 Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, kewajaran penubuhan panitia di
sesebuah sekolah termasuklah:
“Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar mereka sebagai
pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat berkerjasama, saling membantu
dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi
kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar
sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk berkerjasama dan menyelaraskan usaha
mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.
Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang
menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-
masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang
berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.”
Struktur dan Organisasi Panitia Sejarah
Pengetua / Guru Besar
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Panitia Mata Pelajaran Sejarah
3
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
 Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
kesemua guru yang terlibat atau mengajar mata pelajaran Sejarah di sesebuah
sekolah.
 Di peringkat sekolah rendah misalnya, penubuhan Panitia Mata Pelajaran Sejarah
adalah dianggotai oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kurikulum Standard
Sejarah Tahun Empat hingga Enam bermula Tahun 2014.
 Bermula tahun 2016, Panitia Sejarah ini akan menggantikan sepenuhnya Panitia
Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan selaras
dengan pemansuhan mata pelajaran tersebut secara berperingkat sehingga tahun
2016.
 Panitia Sejarah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang Guru Kanan yang dilantik
sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar. Menurut Ismail Said & Rosadah Nik Ali
(2013), Ketua Panitia perlulah dilantik dalam kalangan guru kanan yang beropsyen
Sejarah di sesebuah sekolah.
Organisasi Panitia Sejarah di Sesebuah Sekolah
Penasihat
Guru Besar
Ketua Panitia
Guru Kanan Sejarah
(berdasarkan lantikan Guru Besar)
Setiausaha Panitia
(berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia)
Ahli-ahli Panitia
(dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah)
4
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
 Ketua Panitia Sejarah secara automatiknya akan dilantik menjadi ahli kepada
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Jawatankuasa ini berperanan sebagai
penghubung di antara ahli-ahli di dalam setiap panitia dengan Guru Besar dan pihak
pentadbiran sekolah.
 Setiap panitia haruslah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-
kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan dan sekiranya terdapat
keperluan untuk mengadakan mesyuarat.
 Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat panitia berhubung isu atau masalah
berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada
Guru Besar atau Penolong Kanannya untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk
dimaklumkan.
TUJUAN PANITIA SEJARAH
 Penubuhan sesebuah panitia mata pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1986 termasuklah:
1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-
pembelajaran;
2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran;
3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah
dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan
kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
4. Mewujudkan semangat berkerjasama di antara panitia mata pelajaran
dengan persatuan atau kelab akademik.
5
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
PENGURUSAN PANITIA SEJARAH
 Sesebuah Panitia Sejarah yang baik perlulah diuruskan dan dikelolakan dengan
baik. Pengurusan panitia yang baik termasuklah melalui pengurusan rekod yang
bersistematik serta penetapan hala tuju dan perancangan panitia yang tersusun.
 Di bawah pengurusan sesebuah Panitia Sejarah, dua aspek penting perlu ditekankan
termasuklah:
1. Sistem Fail
2. Perancangan Aktiviti
1. Sistem Fail
 Sistem Fail merujuk kepada proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk
rujukan dengan selamat, mudah diperolehi dengan cepat bila dikehendaki, dan
proses ini meliputi klasifikasi, penyusunan, penyimpanan, dan pelupusan rekod.
 Penggunaan sistem fail dalam pengurusan sesebuah panitia mata pelajaran di
sekolah adalah berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam melalui Arahan Perkhidmatan Bab 4: Fail Memfail.
 Selain itu, panduan sistem fail yang selaras dengan perkhidmatan awam turut
digunakan dalam pengurusan fail panitia yang tertakluk kepada Sistem Fail Arkib
Negara Malaysia seperti yang terkandung di bawah Akta Arkib Negara Malaysia
2003.
 Di peringkat panitia mata pelajaran, fail berwarna putih akan digunakan yang
diklasifikasikan sebagai fail terbuka dan terhad.
 Sistem fail yang digunakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia hadir
bersama-sama dengan kod dan nombor panggilannya. Berikut adalah contoh kod fail
bagi sistem fail sesebuah panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah:
TBCXXXX / 06 / 06 / XXX
(Kod Sekolah) / (Kurikulum) / (Panitia) / (Mata Pelajaran)
6
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
* Kod Fail di bawah Kod Kurikulum:
06/01 - Laporan Lawatan
06/02 - Jadual Waktu
06/03 - Kursus Pengajian
06/04 - Pelbagai
06/05 - Ujian/Peperiksaan
06/06 - Panitia
 Dalam Sistem Fail sesebuah panitia mata pelajaran, terdapat SEPULUH kandungan
yang perlu diuruskan termasuklah:
Bil. Kod Tajuk Isi Kandungan Fail
1. 06/06/XXXA Fail Induk 1. Surat-surat
Perhubungan luar
2. 06/06/XXXB Sukatan Pelajaran 1. Sukatan Pelajaran;
2. Huraian Sukatan
Pelajaran ;
3. Rancangan Pelajaran
Tahunan;
4. Senarai Buku Rujukan
Guru/Murid;
5. Pekeliling Ikhtisas
yang berkait dengan
Kurikulum
3. 06/06/XXXC Mesyuarat Panitia 1. Surat panggilan
mesyuarat panitia;
2. Minit mesyuarat;
7
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
4. 06/06/XXXD Program Kecemerlangan 1. Perancangan Program
2. Perlaksanaan
Program
5. 06/06/XXXE Keputusan Ujian dan
Peperiksaan
1. Analisa Keputusan
Peperiksaan Awam
(UPSR) peringkat
sekolah;
2. Analisa Keputusan
Peperiksaan Mata
Pelajaran dalam
peperiksaan awam;
3. Analisa pencapaian
mata pelajaran
peringkat sekolah
(bulanan/penggal);
4. Headcount;
5. Post-mortem.
6. 06/06/XXXF Penyeliaan 1. Jadual Penyeliaan/
Pencerapan;
2. Laporan Penyeliaan
PdP oleh Guru Besar;
3. Laporan Penyeliaan
PdP oleh GPK;
4. Laporan Penyeliaan
PdP oleh Guru Kanan
Panitia;
5. Laporan Penyeliaan
PdP oleh rakan
sejawat.
7. 06/06/XXXG Pemeriksaan Buku Latihan 1. Jadual Pemeriksaan
Buku Latihan/
Rampaian;
8
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
2. Jaduan Pemeriksaan
Buku Program/Buku
Kerja/Buku Nota.
8. 06/06/XXXH Aktiviti Ko-Kurikulum 1. Surat-menyurat Ko-
kurikulum Akademik;
2. Laporan ringkas
aktiviti.
9. 06/06/XXXI Fail Bank Soalan 1. Koleksi soalan ujian/
peperiksaan yang
dibina mengikut tahap
murid di sekolah;
2. Koleksi soalan dari
Daerah/Negeri lain;
3. Koleksi soalan yang
telah dianalisis (Bank
Soalan)
10. 06/06/XXXJ Fail Maklumat Guru Mata
Pelajaran
1. Maklumat Peribadi
Guru;
2. Jadual Waktu
Mengajar Guru;
3. Carta Organisasi
Kurikulum/Panitia;
4. Jawatankuasa Panitia.
* XXX adalah kod kepada mata pelajaran. Contohnya 002.
 Dalam pengurusan sesebuah sistem fail, perkara-perkara tersebut turut diambilkira
termasuklah:
1. Minit (Doket) : Rekod pergerakan keluar masuk surat dan dokumen dalam
sesebuah fail (diletak di sebelah kiri dalam fail)
2. Isi Kandungan : Diletakkan pada sebelah kanan dalam fail; Disusun dengan surat
baharu di bahagian atas.
*(minit dan isi kandungan diikat menggunakan tali hijau pada fail yang ditebuk)
9
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
3. Rekod Pergerakan : Sebuah buku rekod (buku log) berkaitan dengan rekod
pergerakan fail diwujudkan.
4. Simpanan Fail : Fail Induk Panitia (berwarna putih) disimpan di pejabat; Fail-
fail lain disimpan oleh Ketua Panitia.
2. Perancangan Aktiviti
 Sesebuah panitia mata pelajaran yang baik haruslah mempunyai perancangan
aktivitinya tersendiri yang akan menjadi penentu hala tuju sesebuah panitia bagi
sesebuah tahun atau tempoh tertentu.
 Sebagai cadangan, setiap panitia haruslah mempunyai “Buku Perancangan
Tahunan” yang terancang. Buku perancangan ini haruslah meliputi:
1. Pengurusan dan pentadbiran panitia;
2. Perancangan akademik panitia;
3. Perancangan persatuan/kelab akademik;
4. Dokumen sokongan
KANDUNGAN BUKU PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA
BAHAGIAN KANDUNGAN
SATU:
Pengurusan dan Pentadbiran
1. Visi, Misi dan Matlamat Sekolah;
2. Carta Organisasi Sekolah;
3. Carta Organisasi JK Kurikulum Sekolah;
4. Carta Organisasi Panitia;
5. Senarai Guru Panitia dan Biodata;
6. Senarai Penyedia Soalan Ujian/Peperiksaan;
7. Data Pelajar Tahun Semasa;
8. Perancangan Aktiviti Tahunan (Carta Gantt);
9. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan.
10
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
DUA:
Perancangan Akademik
1. Prestasi Semasa Mata Pelajaran Tahun Sebelum
bagi setiap Darjah dan Peperiksaan Awam;
2. Data/Rekod Peperiksaan UPSR bagi Mata
Pelajaran (sekiranya ada) hingga Tahun Terkini;
3. Data/Rekod Ujian Kecergasan/UDTA;
4. Perancangan Strategik Semua Darjah:
 Keputusan peperiksaan terakhir;
 Sasaran tahun semasa;
 Strategi/aktiviti peningkatan prestasi.
TIGA
Perancangan Kelab/ Persatuan
Akademik
1. Menubuhkan kelab/persatuan akademik yang
berkait dengan mata pelajaran (cth: Persatuan
Sejarah);
2. Merancang aktiviti untuk kelab/persatuan
akademik;
3. Melaksana aktiviti untuk kelab/persatuan
akademik yang terbabit.
EMPAT
Dokumen Sokongan
1. Penetapan kuota latihan bagi setiap Darjah;
2. Panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian;
3. Pemeriksaan buku latihan/nota/kerja/projek murid;
4. Laporan Pemantauan Kurikulum Berkualiti;
5. Sistem Fail Panitia;
6. Senarai Buku Rujukan/CD/BBM untuk guru.
Perancangan Mesyuarat Panitia
 Selain itu, setiap panitia haruslah merancang untuk mengadakan mesyuarat panitia
sekurang-kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan seperti yang
disyaratkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.
 Tarikh mesyuarat panitia haruslah ditetapkan selaras dengan tarikh yang
dicadangkan dalam Takwim Tahunan Sekolah. Ketua Panitia dan Setiausahanya
haruslah menentukan penetapan tarikh dan tempat mesyuarat, mengeluarkan surat
panggilan mesyuarat serta menetapkan agenda bagi sesebuah mesyuarat.
11
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
 Setiap kali selesai bermesyuarat, satu minit mesyuarat hendaklah disediakan oleh
Setiausaha Panitia dan difailkan.
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
 Sesebuah panitia mata pelajaran berperanan dalam menetapkan guru yang akan
mengajar mengikut kelas.
 Dalam menetapkan guru yang mengajar, bidang pengkhususan guru mengikut tahap
keupayaan murid atau darjah perlu diambilkira.
 Ketua Panitia bertanggungjawab memanjangkan permohonan guru mata pelajaran
kepada Guru Besar sekiranya guru opsyen adalah tidak mencukupi.
 Pihak panitia juga bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) mengikut format Kurikulum Berkualiti. Selain itu, semakan berkala
dan analisa ke atas RPT juga perlu dilakukan oleh panitia bagi mendapatkan hasilan
yang terbaik.
 Selain itu, pihak panitia haruslah menekankan aspek-aspek berikut dalam melakukan
perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuklah:
1. Menyedia dan menyimpan data murid
2. Menyimpan data peperiksaan dan penilaian
3. Menetapkan buku rujukan guru
4. Menyenaraikan buku teks/rujukan/kerja murid
5. Menetapkan kekerapan jumlah latihan dan semakan latihan
6. Menentukan standard pemeriksaan buku nota/latihan murid
7. Merangka strategi PdP untuk kelas peperiksaan (jika ada)
8. Merancang kajian tindakan
12
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
Perancangan Program Sokongan Panitia
 Sesebuah panitia yang berkesan juga perlu merangka dan merancang perlaksanaan
pelbagai program sokongan yang berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi sesuatu mata pelajaran termasuklah:
1. Kelas bimbingan Sejarah
2. Klinik Sejarah
3. Minggu Sejarah
4. Program Motivasi dan Kemahiran Belajar
5. Hadiah Motivasi
6. Program Restu Ilmu (Kelas Peperiksaan)
7. Sudut Khas Sejarah
Perancangan Pembangunan Guru/Staf
 Bagi meningkatkan lagi kualiti para guru atau staf bagi sesebuah panitia,
perancangan pembangunan guru dan staf juga perlu dirangka.
 Antara program pembangunan yang boleh dirangka termasuklah:
1. Kursus Dalaman
2. Meningkatkan Keilmuan Guru:
 Teori pedagogi
 Kaedah P&P terkini
 Pengurusan Panitia
 Kemahiran ICT
 Kemahiran mengguna BBM terkini
 Isu-isu semasa pendidikan dan kerjaya mata pelajaran
 Pembinaan profil pelajar
 Pengurusan bilik darjah
 Kaedah P&P berkesan
 Kemahiran belajar
 Membuat kajian tindakan
13
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
3. Post-Mortem/Kajian Tindakan:
 Penilaian Kendiri – refleksi diri:
 Menyemak kelemahan dan kekuatan P&P guru
 Mencadangkan program pembaikan
 Post-Mortem Jadual Spesifkasi Ujian:
 Aras Soalan : Pengetahuan
: Kefahaman
: aplikasi
: analisis
: sintisis
: penilaian
 Analisis Item
 Analisis Keputusan Ujian/Peperiksaan
 Analisis Pencapaian Ujian/ Peperiksaan
 Pemulihan dan Pengayaan
14
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
PERANAN PANITIA SEJARAH
 Peranan sesebuah panitia mata pelajaran ada dijelaskan secara terperinci melalui
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986. Antara peranan sesebuah panitia mata
pelajaran termasuklah:
1. Memperolehi sukatan mata pelajaran terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;
2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. *(takwim sekarang - hanya dua penggal) Rancangan mengajar
ini diselaraskan di antara guru dalam suatu tingkatan/darjah dan di antara
tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari
segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah)
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu
menubuhkan bank soalan;
6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan
jika perlu;
15
Nota SJH3103
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
hazmanazhar_ipda© 2013
8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau
isu-isu berkaitan, seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar
serta mencari penyelesaian kepada masalah tersebut;
9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
10. Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran;
11. Berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan;
12. Berkerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu;
13. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
14. Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaMohamad Faiz
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukanmond niel
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Najwa Norizam
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1jaykoko
 
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1PPD HULU SELANGOR
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011muruna21
 
Laporan in house numerasi 2.0
Laporan in house numerasi 2.0Laporan in house numerasi 2.0
Laporan in house numerasi 2.0Mohd Lufti
 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil  3 1999Surat Pekeliling Ikhtisas Bil  3 1999
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999zafeen zafeen
 
Kertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinKertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinEiza Alias
 
Fail meja bryan (pendidikan khas)
Fail meja bryan (pendidikan khas)Fail meja bryan (pendidikan khas)
Fail meja bryan (pendidikan khas)Bryan Soineh
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016Anum Aksan
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahgschong83
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Ahmad Lili
 
Program bintang & kem kecemerlangan upsr
Program bintang & kem kecemerlangan upsrProgram bintang & kem kecemerlangan upsr
Program bintang & kem kecemerlangan upsrwakhamsah
 

What's hot (20)

Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysia
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan
 
Proposal
Proposal Proposal
Proposal
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
 
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
Mesyuarat kokurikulum sk bukit beruntung 2 bil 1
 
Contoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursusContoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursus
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011
Mesyuarat JK Kokurikulum 2/2011
 
Big sem 5
Big sem 5Big sem 5
Big sem 5
 
Laporan in house numerasi 2.0
Laporan in house numerasi 2.0Laporan in house numerasi 2.0
Laporan in house numerasi 2.0
 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil  3 1999Surat Pekeliling Ikhtisas Bil  3 1999
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999
 
Kertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinKertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplin
 
Fail meja bryan (pendidikan khas)
Fail meja bryan (pendidikan khas)Fail meja bryan (pendidikan khas)
Fail meja bryan (pendidikan khas)
 
Fail meja guru pkhas
Fail meja guru pkhasFail meja guru pkhas
Fail meja guru pkhas
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolah
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
 
Program bintang & kem kecemerlangan upsr
Program bintang & kem kecemerlangan upsrProgram bintang & kem kecemerlangan upsr
Program bintang & kem kecemerlangan upsr
 

Viewers also liked

Dskp sejarah tahun 6
Dskp sejarah tahun 6Dskp sejarah tahun 6
Dskp sejarah tahun 6bahrinnordin
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaimanmutiara
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Adila Dila
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...Sherly Jewinly
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negarafiro HAR
 
1.0 pengenalan pengertian sejarah
1.0 pengenalan pengertian sejarah1.0 pengenalan pengertian sejarah
1.0 pengenalan pengertian sejarahfiro HAR
 
1.4 bentuk kssr
1.4 bentuk kssr1.4 bentuk kssr
1.4 bentuk kssrfiro HAR
 
1.6 kurikulum berasaskan standard
1.6 kurikulum berasaskan standard1.6 kurikulum berasaskan standard
1.6 kurikulum berasaskan standardfiro HAR
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarahfiro HAR
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarahfiro HAR
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarahfiro HAR
 
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)firo HAR
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitiafiro HAR
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarahfiro HAR
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah srfiro HAR
 

Viewers also liked (20)

Dskp sejarah tahun 6
Dskp sejarah tahun 6Dskp sejarah tahun 6
Dskp sejarah tahun 6
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
 
Pengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia BerkesanPengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia Berkesan
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
1.8 kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara
 
1.0 pengenalan pengertian sejarah
1.0 pengenalan pengertian sejarah1.0 pengenalan pengertian sejarah
1.0 pengenalan pengertian sejarah
 
1.4 bentuk kssr
1.4 bentuk kssr1.4 bentuk kssr
1.4 bentuk kssr
 
1.6 kurikulum berasaskan standard
1.6 kurikulum berasaskan standard1.6 kurikulum berasaskan standard
1.6 kurikulum berasaskan standard
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
 
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
1.2 kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
 

Similar to nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx

Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahcikqil
 
Surat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bilSurat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas biljekius
 
MESYUARAT HAL EHWAL MURID Bil 1 2023.pptx
MESYUARAT HAL EHWAL MURID  Bil 1 2023.pptxMESYUARAT HAL EHWAL MURID  Bil 1 2023.pptx
MESYUARAT HAL EHWAL MURID Bil 1 2023.pptxHabsah8
 
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHppt
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHpptPANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHppt
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHpptFARIDAHBINTIHAMIDMoe
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013mas61
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strSAMUEL NOEID
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Cikgu Hayati
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumSharon Er
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumali ahmad
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaeyrina
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxInaAwatifAwalina
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaEast Smile
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Jeya Kumar
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpmmelrance
 
Pelan strategik TKRS 2014 2016
Pelan strategik TKRS 2014 2016Pelan strategik TKRS 2014 2016
Pelan strategik TKRS 2014 2016Aidil Sahipaludin
 

Similar to nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx (20)

Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
SPI Pekeliling
SPI PekelilingSPI Pekeliling
SPI Pekeliling
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
 
Surat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bilSurat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bil
 
MESYUARAT HAL EHWAL MURID Bil 1 2023.pptx
MESYUARAT HAL EHWAL MURID  Bil 1 2023.pptxMESYUARAT HAL EHWAL MURID  Bil 1 2023.pptx
MESYUARAT HAL EHWAL MURID Bil 1 2023.pptx
 
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHppt
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHpptPANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHppt
PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN PANITIA BAGI RUJUKAN UNIT KURIKULUM SEKOLAHppt
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
Tugas guru
Tugas guruTugas guru
Tugas guru
 
Bidang tugas2013
Bidang tugas2013Bidang tugas2013
Bidang tugas2013
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpm
 
Pelan strategik TKRS 2014 2016
Pelan strategik TKRS 2014 2016Pelan strategik TKRS 2014 2016
Pelan strategik TKRS 2014 2016
 

nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx

  • 1. 1 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 BAB LIMA: PENGURUSAN PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH STRUKTUR ORGANISASI PANITIA SEJARAH  Secara umumnya, keperluan penubuhan panitia mata pelajaran di setiap sekolah adalah berdasarkan ketetapan yang telah diselaraskan di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk “Panitia Mata Pelajaran”.  Pekeliling ini telah dikeluarkan atas saranan Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sebelum tahun 1986, terdapat beberapa masalah utama berkait dengan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti termasuklah: 1. Ketiadaan dasar dan garis panduan yang mewajibkan penubuhan panitia mata pelajaran; 2. Penubuhan dan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di sekolah tidak diselaraskan; 3. Ketiadaan arahan dan panduan yang jelas tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab sesebuah panitia; 4. Terdapat sekolah yang tidak menubuhkan panitia mata pelajaran; 5. Terdapat sekolah yang tidak mengaktifkan peranan panitia mata pelajaran. Keperluan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah  Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah adalah PERLU berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986. EMPAT Fokus utama dalam bab ini termasuklah: 1. Struktur Organisasi Panitia Sejarah di peringkat sekolah rendah 2. Tujuan Penubuhan Panitia Sejarah 3. Pengurusan Panitia dalam aspek: i. Sistem Fail; ii. Perancangan Aktiviti 4. Peranan Panitia Sejarah
  • 2. 2 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013  Sebuah “panitia” (committee) yang dianggotai dalam kalangan guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama hendaklah ditubuhkan sebagai sebuah badan ikhtisas.  Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, kewajaran penubuhan panitia di sesebuah sekolah termasuklah: “Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar mereka sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat berkerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk berkerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah- masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.” Struktur dan Organisasi Panitia Sejarah Pengetua / Guru Besar Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Panitia Mata Pelajaran Sejarah
  • 3. 3 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013  Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh kesemua guru yang terlibat atau mengajar mata pelajaran Sejarah di sesebuah sekolah.  Di peringkat sekolah rendah misalnya, penubuhan Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah dianggotai oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kurikulum Standard Sejarah Tahun Empat hingga Enam bermula Tahun 2014.  Bermula tahun 2016, Panitia Sejarah ini akan menggantikan sepenuhnya Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan selaras dengan pemansuhan mata pelajaran tersebut secara berperingkat sehingga tahun 2016.  Panitia Sejarah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang Guru Kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar. Menurut Ismail Said & Rosadah Nik Ali (2013), Ketua Panitia perlulah dilantik dalam kalangan guru kanan yang beropsyen Sejarah di sesebuah sekolah. Organisasi Panitia Sejarah di Sesebuah Sekolah Penasihat Guru Besar Ketua Panitia Guru Kanan Sejarah (berdasarkan lantikan Guru Besar) Setiausaha Panitia (berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia) Ahli-ahli Panitia (dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah)
  • 4. 4 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013  Ketua Panitia Sejarah secara automatiknya akan dilantik menjadi ahli kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Jawatankuasa ini berperanan sebagai penghubung di antara ahli-ahli di dalam setiap panitia dengan Guru Besar dan pihak pentadbiran sekolah.  Setiap panitia haruslah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang- kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan dan sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat.  Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat panitia berhubung isu atau masalah berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanannya untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk dimaklumkan. TUJUAN PANITIA SEJARAH  Penubuhan sesebuah panitia mata pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 termasuklah: 1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran- pembelajaran; 2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 4. Mewujudkan semangat berkerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
  • 5. 5 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 PENGURUSAN PANITIA SEJARAH  Sesebuah Panitia Sejarah yang baik perlulah diuruskan dan dikelolakan dengan baik. Pengurusan panitia yang baik termasuklah melalui pengurusan rekod yang bersistematik serta penetapan hala tuju dan perancangan panitia yang tersusun.  Di bawah pengurusan sesebuah Panitia Sejarah, dua aspek penting perlu ditekankan termasuklah: 1. Sistem Fail 2. Perancangan Aktiviti 1. Sistem Fail  Sistem Fail merujuk kepada proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk rujukan dengan selamat, mudah diperolehi dengan cepat bila dikehendaki, dan proses ini meliputi klasifikasi, penyusunan, penyimpanan, dan pelupusan rekod.  Penggunaan sistem fail dalam pengurusan sesebuah panitia mata pelajaran di sekolah adalah berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Arahan Perkhidmatan Bab 4: Fail Memfail.  Selain itu, panduan sistem fail yang selaras dengan perkhidmatan awam turut digunakan dalam pengurusan fail panitia yang tertakluk kepada Sistem Fail Arkib Negara Malaysia seperti yang terkandung di bawah Akta Arkib Negara Malaysia 2003.  Di peringkat panitia mata pelajaran, fail berwarna putih akan digunakan yang diklasifikasikan sebagai fail terbuka dan terhad.  Sistem fail yang digunakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia hadir bersama-sama dengan kod dan nombor panggilannya. Berikut adalah contoh kod fail bagi sistem fail sesebuah panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah: TBCXXXX / 06 / 06 / XXX (Kod Sekolah) / (Kurikulum) / (Panitia) / (Mata Pelajaran)
  • 6. 6 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 * Kod Fail di bawah Kod Kurikulum: 06/01 - Laporan Lawatan 06/02 - Jadual Waktu 06/03 - Kursus Pengajian 06/04 - Pelbagai 06/05 - Ujian/Peperiksaan 06/06 - Panitia  Dalam Sistem Fail sesebuah panitia mata pelajaran, terdapat SEPULUH kandungan yang perlu diuruskan termasuklah: Bil. Kod Tajuk Isi Kandungan Fail 1. 06/06/XXXA Fail Induk 1. Surat-surat Perhubungan luar 2. 06/06/XXXB Sukatan Pelajaran 1. Sukatan Pelajaran; 2. Huraian Sukatan Pelajaran ; 3. Rancangan Pelajaran Tahunan; 4. Senarai Buku Rujukan Guru/Murid; 5. Pekeliling Ikhtisas yang berkait dengan Kurikulum 3. 06/06/XXXC Mesyuarat Panitia 1. Surat panggilan mesyuarat panitia; 2. Minit mesyuarat;
  • 7. 7 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 4. 06/06/XXXD Program Kecemerlangan 1. Perancangan Program 2. Perlaksanaan Program 5. 06/06/XXXE Keputusan Ujian dan Peperiksaan 1. Analisa Keputusan Peperiksaan Awam (UPSR) peringkat sekolah; 2. Analisa Keputusan Peperiksaan Mata Pelajaran dalam peperiksaan awam; 3. Analisa pencapaian mata pelajaran peringkat sekolah (bulanan/penggal); 4. Headcount; 5. Post-mortem. 6. 06/06/XXXF Penyeliaan 1. Jadual Penyeliaan/ Pencerapan; 2. Laporan Penyeliaan PdP oleh Guru Besar; 3. Laporan Penyeliaan PdP oleh GPK; 4. Laporan Penyeliaan PdP oleh Guru Kanan Panitia; 5. Laporan Penyeliaan PdP oleh rakan sejawat. 7. 06/06/XXXG Pemeriksaan Buku Latihan 1. Jadual Pemeriksaan Buku Latihan/ Rampaian;
  • 8. 8 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 2. Jaduan Pemeriksaan Buku Program/Buku Kerja/Buku Nota. 8. 06/06/XXXH Aktiviti Ko-Kurikulum 1. Surat-menyurat Ko- kurikulum Akademik; 2. Laporan ringkas aktiviti. 9. 06/06/XXXI Fail Bank Soalan 1. Koleksi soalan ujian/ peperiksaan yang dibina mengikut tahap murid di sekolah; 2. Koleksi soalan dari Daerah/Negeri lain; 3. Koleksi soalan yang telah dianalisis (Bank Soalan) 10. 06/06/XXXJ Fail Maklumat Guru Mata Pelajaran 1. Maklumat Peribadi Guru; 2. Jadual Waktu Mengajar Guru; 3. Carta Organisasi Kurikulum/Panitia; 4. Jawatankuasa Panitia. * XXX adalah kod kepada mata pelajaran. Contohnya 002.  Dalam pengurusan sesebuah sistem fail, perkara-perkara tersebut turut diambilkira termasuklah: 1. Minit (Doket) : Rekod pergerakan keluar masuk surat dan dokumen dalam sesebuah fail (diletak di sebelah kiri dalam fail) 2. Isi Kandungan : Diletakkan pada sebelah kanan dalam fail; Disusun dengan surat baharu di bahagian atas. *(minit dan isi kandungan diikat menggunakan tali hijau pada fail yang ditebuk)
  • 9. 9 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 3. Rekod Pergerakan : Sebuah buku rekod (buku log) berkaitan dengan rekod pergerakan fail diwujudkan. 4. Simpanan Fail : Fail Induk Panitia (berwarna putih) disimpan di pejabat; Fail- fail lain disimpan oleh Ketua Panitia. 2. Perancangan Aktiviti  Sesebuah panitia mata pelajaran yang baik haruslah mempunyai perancangan aktivitinya tersendiri yang akan menjadi penentu hala tuju sesebuah panitia bagi sesebuah tahun atau tempoh tertentu.  Sebagai cadangan, setiap panitia haruslah mempunyai “Buku Perancangan Tahunan” yang terancang. Buku perancangan ini haruslah meliputi: 1. Pengurusan dan pentadbiran panitia; 2. Perancangan akademik panitia; 3. Perancangan persatuan/kelab akademik; 4. Dokumen sokongan KANDUNGAN BUKU PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA BAHAGIAN KANDUNGAN SATU: Pengurusan dan Pentadbiran 1. Visi, Misi dan Matlamat Sekolah; 2. Carta Organisasi Sekolah; 3. Carta Organisasi JK Kurikulum Sekolah; 4. Carta Organisasi Panitia; 5. Senarai Guru Panitia dan Biodata; 6. Senarai Penyedia Soalan Ujian/Peperiksaan; 7. Data Pelajar Tahun Semasa; 8. Perancangan Aktiviti Tahunan (Carta Gantt); 9. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan.
  • 10. 10 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 DUA: Perancangan Akademik 1. Prestasi Semasa Mata Pelajaran Tahun Sebelum bagi setiap Darjah dan Peperiksaan Awam; 2. Data/Rekod Peperiksaan UPSR bagi Mata Pelajaran (sekiranya ada) hingga Tahun Terkini; 3. Data/Rekod Ujian Kecergasan/UDTA; 4. Perancangan Strategik Semua Darjah:  Keputusan peperiksaan terakhir;  Sasaran tahun semasa;  Strategi/aktiviti peningkatan prestasi. TIGA Perancangan Kelab/ Persatuan Akademik 1. Menubuhkan kelab/persatuan akademik yang berkait dengan mata pelajaran (cth: Persatuan Sejarah); 2. Merancang aktiviti untuk kelab/persatuan akademik; 3. Melaksana aktiviti untuk kelab/persatuan akademik yang terbabit. EMPAT Dokumen Sokongan 1. Penetapan kuota latihan bagi setiap Darjah; 2. Panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian; 3. Pemeriksaan buku latihan/nota/kerja/projek murid; 4. Laporan Pemantauan Kurikulum Berkualiti; 5. Sistem Fail Panitia; 6. Senarai Buku Rujukan/CD/BBM untuk guru. Perancangan Mesyuarat Panitia  Selain itu, setiap panitia haruslah merancang untuk mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan seperti yang disyaratkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.  Tarikh mesyuarat panitia haruslah ditetapkan selaras dengan tarikh yang dicadangkan dalam Takwim Tahunan Sekolah. Ketua Panitia dan Setiausahanya haruslah menentukan penetapan tarikh dan tempat mesyuarat, mengeluarkan surat panggilan mesyuarat serta menetapkan agenda bagi sesebuah mesyuarat.
  • 11. 11 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013  Setiap kali selesai bermesyuarat, satu minit mesyuarat hendaklah disediakan oleh Setiausaha Panitia dan difailkan. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)  Sesebuah panitia mata pelajaran berperanan dalam menetapkan guru yang akan mengajar mengikut kelas.  Dalam menetapkan guru yang mengajar, bidang pengkhususan guru mengikut tahap keupayaan murid atau darjah perlu diambilkira.  Ketua Panitia bertanggungjawab memanjangkan permohonan guru mata pelajaran kepada Guru Besar sekiranya guru opsyen adalah tidak mencukupi.  Pihak panitia juga bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut format Kurikulum Berkualiti. Selain itu, semakan berkala dan analisa ke atas RPT juga perlu dilakukan oleh panitia bagi mendapatkan hasilan yang terbaik.  Selain itu, pihak panitia haruslah menekankan aspek-aspek berikut dalam melakukan perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuklah: 1. Menyedia dan menyimpan data murid 2. Menyimpan data peperiksaan dan penilaian 3. Menetapkan buku rujukan guru 4. Menyenaraikan buku teks/rujukan/kerja murid 5. Menetapkan kekerapan jumlah latihan dan semakan latihan 6. Menentukan standard pemeriksaan buku nota/latihan murid 7. Merangka strategi PdP untuk kelas peperiksaan (jika ada) 8. Merancang kajian tindakan
  • 12. 12 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 Perancangan Program Sokongan Panitia  Sesebuah panitia yang berkesan juga perlu merangka dan merancang perlaksanaan pelbagai program sokongan yang berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sesuatu mata pelajaran termasuklah: 1. Kelas bimbingan Sejarah 2. Klinik Sejarah 3. Minggu Sejarah 4. Program Motivasi dan Kemahiran Belajar 5. Hadiah Motivasi 6. Program Restu Ilmu (Kelas Peperiksaan) 7. Sudut Khas Sejarah Perancangan Pembangunan Guru/Staf  Bagi meningkatkan lagi kualiti para guru atau staf bagi sesebuah panitia, perancangan pembangunan guru dan staf juga perlu dirangka.  Antara program pembangunan yang boleh dirangka termasuklah: 1. Kursus Dalaman 2. Meningkatkan Keilmuan Guru:  Teori pedagogi  Kaedah P&P terkini  Pengurusan Panitia  Kemahiran ICT  Kemahiran mengguna BBM terkini  Isu-isu semasa pendidikan dan kerjaya mata pelajaran  Pembinaan profil pelajar  Pengurusan bilik darjah  Kaedah P&P berkesan  Kemahiran belajar  Membuat kajian tindakan
  • 13. 13 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 3. Post-Mortem/Kajian Tindakan:  Penilaian Kendiri – refleksi diri:  Menyemak kelemahan dan kekuatan P&P guru  Mencadangkan program pembaikan  Post-Mortem Jadual Spesifkasi Ujian:  Aras Soalan : Pengetahuan : Kefahaman : aplikasi : analisis : sintisis : penilaian  Analisis Item  Analisis Keputusan Ujian/Peperiksaan  Analisis Pencapaian Ujian/ Peperiksaan  Pemulihan dan Pengayaan
  • 14. 14 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 PERANAN PANITIA SEJARAH  Peranan sesebuah panitia mata pelajaran ada dijelaskan secara terperinci melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986. Antara peranan sesebuah panitia mata pelajaran termasuklah: 1. Memperolehi sukatan mata pelajaran terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. *(takwim sekarang - hanya dua penggal) Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam suatu tingkatan/darjah dan di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; 4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan; 6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan- kelemahan pengajaran dan pembelajaran; 7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan jika perlu;
  • 15. 15 Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berkaitan, seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah tersebut; 9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 10. Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 11. Berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan; 12. Berkerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu; 13. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 14. Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.