SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
PENGURUSAN PENDIDIKAN (BBD 30102)
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
TUGASAN INDIVIDU #2
ULASAN ARTIKEL
Kreativiti Kriteria Utama Guru Sekolah Dalam Hospital (SDH)
Disediakan untuk:
GHAZALLY BIN SPAHAT
Disediakan oleh:
MUHAMAD FARHAN BIN ROHMAN
DB 120015
SEKSYEN 2
KREATIF! Itulah sifat yang perlu ada pada seorang insan yang bergelar guru. Dengan adanya
sifat tersebut proses pengajaran dan pembelajaran pasti akan bertambah senang dan
menyeronokkan. Bagi pendapat saya, sekolah dalam hospital ini merupakan suatu usaha murni
yang perlu diikuti oleh pihak hospital yang lain dan perlu diperkembangkan lagi ke seluruh
Malaysia dalam memastikan pesakit di hospital juga turut sama mendapatkan pendidikan
sewajarnya seperti di sekolah.
Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO)
telah mengusahakan konsep di mana sekolah dibawa ke wad kanak-kanak di hospital bagi
membolehkan pesakit kanak-kanak belajar seperti rakan seusia mereka yang lain. Ini bermakna
hak mereka untuk belajar tidak terabai dan kelas pelajaran dalam hospital ini dijalankan secara
percuma. Beberapa buah hospital kerajaan di negara ini menyediakan ruang khas menempatkan
kelas untuk pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah bagi pesakit pediatrik.
Pesakit muda ini perlulah disahkan
boleh hadir kelas oleh doktor yang memberi
rawatan dan SDH diuruskan kurikulumnya
oleh guru-guru berpengalaman daripada
Kementerian Pelajaran. Guru-guru Sekolah
Dalam Hospital (SDH) diselia oleh seorang
Guru Penyelia. Guru-guru Kementerian
Pelajaran boleh memohon untuk menjadi
guru SDH di bawah Bahagian Pendidikan Khas kementerian ini. Antara mata pelajaran yang
diajar di kelas SDH ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas
dijalankan pada waktu pagi dan petang iaitu dari pukul 10.00pagi hingga 12.00 tengah hari dan
kelas petang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Pesakit yang berusia muda lebih ramai di sini, jadi keperluan untuk menghadiri sekolah
rendah lebih besar berbanding sekolah menengah. Walaupun begitu, jumlah yang hadir ke kelas
setiap hari tidak tetap dan tidak semua yang hadir setiap hari. Juga bergantung pada tahap
kesihatan mereka.
Program perintis SDH dilancarkan pada Julai
2011 di tiga buah hospital kerajaan iaitu di
HKL selain Hospital Ampang dan Hospital
Serdang. Ia adalah hasil dari cetusan buah
fikiran Puan Sri Noorainee Abdul Rahman,
isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin. SDH diwujudkan di
beberapa negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom, Kanada dan
Australia seiring dengan saranan UNESCO yang menitikberatkan ‘pelajaran untuk semua.’
Sehingga kini terdapat lapan SDH di Malaysia. Selain tiga buah SDH yang dibuka semasa projek
ini dilancarkan hampir dua tahun lepas, lima buah lagi dibuka di Hospital Sultanah Aminah,
Johor Baharu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang, Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) di Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di
Kuala Lumpur dan yang terbaru Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.
Projek yang turut diberi nama projek Hati Nurani ini menitikberatkan persekitaran yang
kondusif serta bantuan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajarnya.
Guru-guru di SDH memainkan peranan sebagai pemudahcara dan kaedah yang mereka gunakan
untuk mengajar di dalam kelas lebih fleksibel serta berlandaskan kaedah didik hibur. Ini kerana
pelajar mereka terdiri daripada kanak-kanak yang tidak sihat dan ada juga yang telah berada di
hospital berbulan-bulan sehingga bertahun lamanya kerana penyakit kronik. Daripada respon
yang diterima, ibu bapa pelajar yang menghadiri kelas di SDH rata-rata puas hati kerana
sekurang-kurangnya anak mereka yang tidak dapat hadir di sekolah masih boleh dibimbing guru-
guru mahir yang berkhidmat di SDH. Buku teks disediakan seperti mana di sekolah harian dan
pelajar boleh membawa buku latihan sendiri untuk membuat kerja rumah setakat yang mereka
mampu.
Untuk pesakit muda yang minat membaca, SDH menyediakan rak-rak yang dipenuhi
buku cerita untuk mereka pilih di sudut perpustakaan. Guru-guru yang berminat untuk
ditugaskan di sekolah dalam hospital akan dihantar untuk menghadiri kursus sebelum mereka
dihantar ke SDH masing-masing. Dan kursus tambahan susulan turut dijalankan setiap tahun
untuk guru-guru ini.
“Sebagai guru, keperluan emosi pesakit yang menjadi pelajar di SDH perlu ditangani
dengan baik. Pesakit muda ini pula terdiri daripada berlainan usia. Maka cara yang digunakan
turut berbeza, mengikut keadaan kesihatan dan pendedahan mereka sebelum ini," jelas seorang
guru SDH yang sudah dua tahun mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
Sebelum tahun 2011, beberapa buah hospital memang dikatakan ada menyediakan kelas
pembelajaran di hospital tetapi ketika itu ia dijalankan oleh beberapa NGO dan kelas yang
dijalankan kurang teratur berbanding sekarang. "Kelas di SDH kini berstruktur dan formal
mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996. "Tempat
kelas diberikan oleh pihak hospital di bawah Kementerian Kesihatan manakala peralatan dan hal-
hal tajaan SDH diusahakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen iaitu NGO yang menjadi rakan
kerjasama," jelas guru itu.
SDH di negara ini semakin mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak yang
perlukan rawatan hospital. Perancangan kerajaan membuka SDH di tiga buah hospital lagi di
seluruh negara tahun ini termasuk Sabah dan Sarawak disambut baik masyarakat umum dengan
harapan positif.
RUJUKAN
Akhbar:
 Kreativiti kriteria utama guru SDH - Harian Metro, 22 Mei 2014
Internet:
 http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=2080
 http://www.mummynemo.com/2011/07/sesi-pembelajaran-sekolah-dalam-hospital-
bermula-esok/
 http://www.sinarharian.com.my/nasional/2014-tiga-lagi-sekolah-dalam-hospital-ditubuh-
1.268115
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Program kesihatan mulut
Program kesihatan mulutProgram kesihatan mulut
Program kesihatan mulutRibut Taufan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatT Karin
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziZauhari Hussein
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Pensil Dan Pemadam
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 

What's hot (8)

Program kesihatan mulut
Program kesihatan mulutProgram kesihatan mulut
Program kesihatan mulut
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
 
Carta organisasi dr muda
Carta organisasi dr mudaCarta organisasi dr muda
Carta organisasi dr muda
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 

Similar to Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

sekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxsekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxZolpataieliasZol
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
Kertas kerja amsa malaysia jppel updated
Kertas kerja amsa malaysia   jppel updatedKertas kerja amsa malaysia   jppel updated
Kertas kerja amsa malaysia jppel updatedSavyN1234
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 

Similar to Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH) (20)

sekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxsekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptx
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
Kertas kerja amsa malaysia jppel updated
Kertas kerja amsa malaysia   jppel updatedKertas kerja amsa malaysia   jppel updated
Kertas kerja amsa malaysia jppel updated
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
KELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDAKELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDA
 
7 9
7 97 9
7 9
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL PENGURUSAN PENDIDIKAN (BBD 30102) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 TUGASAN INDIVIDU #2 ULASAN ARTIKEL Kreativiti Kriteria Utama Guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) Disediakan untuk: GHAZALLY BIN SPAHAT Disediakan oleh: MUHAMAD FARHAN BIN ROHMAN DB 120015 SEKSYEN 2
  • 2. KREATIF! Itulah sifat yang perlu ada pada seorang insan yang bergelar guru. Dengan adanya sifat tersebut proses pengajaran dan pembelajaran pasti akan bertambah senang dan menyeronokkan. Bagi pendapat saya, sekolah dalam hospital ini merupakan suatu usaha murni yang perlu diikuti oleh pihak hospital yang lain dan perlu diperkembangkan lagi ke seluruh Malaysia dalam memastikan pesakit di hospital juga turut sama mendapatkan pendidikan sewajarnya seperti di sekolah. Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah mengusahakan konsep di mana sekolah dibawa ke wad kanak-kanak di hospital bagi membolehkan pesakit kanak-kanak belajar seperti rakan seusia mereka yang lain. Ini bermakna hak mereka untuk belajar tidak terabai dan kelas pelajaran dalam hospital ini dijalankan secara percuma. Beberapa buah hospital kerajaan di negara ini menyediakan ruang khas menempatkan kelas untuk pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah bagi pesakit pediatrik. Pesakit muda ini perlulah disahkan boleh hadir kelas oleh doktor yang memberi rawatan dan SDH diuruskan kurikulumnya oleh guru-guru berpengalaman daripada Kementerian Pelajaran. Guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) diselia oleh seorang Guru Penyelia. Guru-guru Kementerian Pelajaran boleh memohon untuk menjadi guru SDH di bawah Bahagian Pendidikan Khas kementerian ini. Antara mata pelajaran yang diajar di kelas SDH ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas dijalankan pada waktu pagi dan petang iaitu dari pukul 10.00pagi hingga 12.00 tengah hari dan kelas petang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pesakit yang berusia muda lebih ramai di sini, jadi keperluan untuk menghadiri sekolah rendah lebih besar berbanding sekolah menengah. Walaupun begitu, jumlah yang hadir ke kelas setiap hari tidak tetap dan tidak semua yang hadir setiap hari. Juga bergantung pada tahap kesihatan mereka.
  • 3. Program perintis SDH dilancarkan pada Julai 2011 di tiga buah hospital kerajaan iaitu di HKL selain Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Ia adalah hasil dari cetusan buah fikiran Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. SDH diwujudkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia seiring dengan saranan UNESCO yang menitikberatkan ‘pelajaran untuk semua.’ Sehingga kini terdapat lapan SDH di Malaysia. Selain tiga buah SDH yang dibuka semasa projek ini dilancarkan hampir dua tahun lepas, lima buah lagi dibuka di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur dan yang terbaru Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Projek yang turut diberi nama projek Hati Nurani ini menitikberatkan persekitaran yang kondusif serta bantuan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajarnya. Guru-guru di SDH memainkan peranan sebagai pemudahcara dan kaedah yang mereka gunakan untuk mengajar di dalam kelas lebih fleksibel serta berlandaskan kaedah didik hibur. Ini kerana pelajar mereka terdiri daripada kanak-kanak yang tidak sihat dan ada juga yang telah berada di hospital berbulan-bulan sehingga bertahun lamanya kerana penyakit kronik. Daripada respon yang diterima, ibu bapa pelajar yang menghadiri kelas di SDH rata-rata puas hati kerana sekurang-kurangnya anak mereka yang tidak dapat hadir di sekolah masih boleh dibimbing guru- guru mahir yang berkhidmat di SDH. Buku teks disediakan seperti mana di sekolah harian dan pelajar boleh membawa buku latihan sendiri untuk membuat kerja rumah setakat yang mereka mampu. Untuk pesakit muda yang minat membaca, SDH menyediakan rak-rak yang dipenuhi buku cerita untuk mereka pilih di sudut perpustakaan. Guru-guru yang berminat untuk ditugaskan di sekolah dalam hospital akan dihantar untuk menghadiri kursus sebelum mereka dihantar ke SDH masing-masing. Dan kursus tambahan susulan turut dijalankan setiap tahun untuk guru-guru ini.
  • 4. “Sebagai guru, keperluan emosi pesakit yang menjadi pelajar di SDH perlu ditangani dengan baik. Pesakit muda ini pula terdiri daripada berlainan usia. Maka cara yang digunakan turut berbeza, mengikut keadaan kesihatan dan pendedahan mereka sebelum ini," jelas seorang guru SDH yang sudah dua tahun mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Sebelum tahun 2011, beberapa buah hospital memang dikatakan ada menyediakan kelas pembelajaran di hospital tetapi ketika itu ia dijalankan oleh beberapa NGO dan kelas yang dijalankan kurang teratur berbanding sekarang. "Kelas di SDH kini berstruktur dan formal mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996. "Tempat kelas diberikan oleh pihak hospital di bawah Kementerian Kesihatan manakala peralatan dan hal- hal tajaan SDH diusahakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen iaitu NGO yang menjadi rakan kerjasama," jelas guru itu. SDH di negara ini semakin mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak yang perlukan rawatan hospital. Perancangan kerajaan membuka SDH di tiga buah hospital lagi di seluruh negara tahun ini termasuk Sabah dan Sarawak disambut baik masyarakat umum dengan harapan positif.
  • 5. RUJUKAN Akhbar:  Kreativiti kriteria utama guru SDH - Harian Metro, 22 Mei 2014 Internet:  http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=2080  http://www.mummynemo.com/2011/07/sesi-pembelajaran-sekolah-dalam-hospital- bermula-esok/  http://www.sinarharian.com.my/nasional/2014-tiga-lagi-sekolah-dalam-hospital-ditubuh- 1.268115