SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG HENRIETTA
09400 Padang Serai ,Kedah Darul Aman
Sjktldghenrietta.kbb@gmail.com Tel: 04-4000064
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2018
Tarikh : 27.12.2017
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi-10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 25/26
1. En.Maree Atchanan : (Guru Besar)
2. En.S.Narasiman : (PK Pentadbiran)
3. Pn.R.Barvate : (PK Hem)
4. Pn.P.Selvi : (PK KO-KU)
5. Cik.R.Vithiyawathi
6. Pn.M.Ilavaenil
7. Pn.N.Jiwa
8. Pn.M.Kanaga
9. Cik.A.Anuratha
10. Pn.K.Suguna
11. Cik.L.Mogana
12. Pn.G.Rajeswary
13. Pn.C.Kavidah
14. Cik.K.Punitha
15. Pn.R.Parimalam
16. Pn.K.Shanthi
17. Pn.N.Yuvanashree
18. En.K.Hemahrajan
19. Pn.A.Kogila
20. En.M.Jeyashilan
21. Pn.M.Sarasuwathi
22. Pn.M.Sabbeena
23. Pn.V.Mokana
24. Pn.S.Saraswathi
25. Pn.Norazlina Binti MD Akhir
Tidak Hadir
1. Pn.Suguna (Bersebab)
Hadir Bersama
-
Urusetia
-Penolong Kanan Pentadbiran
Agenda Mesyuarat:
I. Perutusan pengerusi
1. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru-guru penolong kanan, dan semua guru ke
mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum kali pertama ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru yang meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
2. Beliau juga turut mengingatkan semua guru untuk menunjukkan prestasi yang tinggi sejajar
dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang kedua PPPM dan meminta semua guru
melayari internet untuk memahami sepenuhnya 3 gelombang PPPM.
Tindakan : Makluman semua guru
II. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat yang lalu telah
dicadang oleh Pn.Ilavaenil dan disokong oleh Pn.N.Jiwa untuk diterima dan disahkan.
III. Perkara Berbangkit
4. Guru Besar menegaskan lagi tentang tatacara menghukum murid.
IV. Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia(3PM)
5. Guru Besar mengatakan semua guru perlu tahu Transformasi Pendidikan yang dilaungkan oleh
KPM, JPN dan PPD.
6. Tranformasi Pendidikan adalah mengikut Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (3PM) yang akan
melangkah ke gelombang kedua dilaksanakan dalam tempoh 2013-2025.
7. Beliau mengatakan semua guru perlu berfikiran positif , berganding bahu, berusaha gigih dan
mengubah corak pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sasaran GPS dan peratus lulus
UPSR. Tindakan: Makluman Semua Guru
V. Pesanan Datin Pengarah JPN Kedah
8.Guru Besar menyampaikan amanat Datin Pengarah JPN Kedah kepada semua guru.
9. Persediaan Hari Pertama Awal Persekolahan bagi Tahun 2018 haruslah berjalan lancar.
10.Pihak sekolah perlu melayan pelanggan dengan penuh santun dan budi bicara yang bersopan.
11.Pengurusan Sumber ,Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hem,Pengurusan Kokurikulum di
sekolah hendaklah diberi keutamaan.
12.Pengurusan fizikal sekolah perlu dipelihara.
13.Pihak sekolah perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa pada hari
pertama persekolahan.
Tindakan: Makluman Semua Guru
VI. Pesanan PPD KBB
14. Guru Besar berkongsi maklumat yang terdapat dalam teks awal persekolahan Tahun 2018 yang
disampaikan oleh PPD KBB bersama guru-guru.
15.PPD KBB terus melaksanakan agenda berdasarkan slogan KBB SMART 2020. Sederap Memacu
Aspirasi Roh Transformasi 2020.
16. Matlamat Pendidikan adalah untuk melahirkan kecemerlangan murid dalam akademik ,
kokurikulum dan sahsiah diri yang membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dengan mudah.
17. Para guru bertanggungjawab untuk mendidik dan melatih pelajar selaras dengan perkembangan
semasa dan perlu meluangkan masa untuk membaca serta menambahkan ilmu pengetahuan
tentang teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai selaras dengan perubahan zaman.
18.Menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk mencapai enam aspirasi murid yang digariskan
dalam PPPM , iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan
Kerohanian ,Identiti Nasional dan Pengetahuan.
19.Para guru perlu berusaha secara kolektif dan holistik untuk memaksimumkan keberhasilan murid.
20.Para pendidik mesti mempunyai integrity dan kompetensi dalam melaksanakan tanggungjawab
mendidik para pelajar.
21.Pendidik perlu mempunyai kejujuran, amanah, adil, bertanggungjawab, telus dan cekap dalam
menjalankan tugas.
22.Guru-guru perlu memahami dan menguasai serta mampu menterjemahkan DSKP, KSSR dengan
tepat dan efektif sebagai bekalan untuk memperkasakan kemahiran berfikir.
23.PBS di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secara berintegriti mengikut garis panduan
24.PBD,PPsi dan PAJSK perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
25. Keputusan UPSR pada tahun 2018 mengambil kira PBD,PPsi,PAJSK.
26.Guru perlu mengubah pelaksanaan amalan pdp mengikut keperluan semasa dengan
mengaplikasikan amalan PAK 21.
Tindakan: Makluman Semua Guru
VII. Visi dan Misi Sekolah
27. Guru Besar menjelaskan Visi dan Misi Sekolah
Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi:Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Tindakan: Makluman Semua Guru
VIII. Jawatankuasa Kurikulum Tahun 2018 & Pengurusan Panitia Matapelajaran
28. Pelantikan Ketua Panitia bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:
Senarai Nama Ketua Panitia:-
i.Bahasa Tamil :Cik.R.Vithiyawathi
ii.Bahasa Malaysia :Pn.Ena Nurhazlina
iii.Bahasa Inggeris :Pn.C.Kavidah
iv.Matematik :Cik.L.Mogana
v.Sains :Cik.A.Anuratha
vi.Sejarah :Pn.R.Parimalam
vii.RBT/TMK :Pn.K.Suguna
viii. Pen. Moral :Pn.Jiwa
ix.Dunia Muzik :Pn.Shanthi
x.PJK :Cik.K.Punitha
xi.Pendidikan Seni :Pn.Shanthi
29. AJK Kurikulum adalah seperti berikut:
i.Setiausaha Kurikulum :Pn.M.Kanaga
ii.Setiausaha Peperiksaan :En.K.Hemahrajan
iii.PSS/PBS :Pn.N.Jiwa
iv.Data :En.K.Hemahrajan
v.Penyelaras Linus(BM) :Pn.Mokana
vi.Penyelaras Linus (MT) :Cik.L.Mogana
vii.Pemulihan :Pn.Yuvanasree
viii.Transisi :Pn.Sabeena
ix.SPBT :Pn.Kogila
30. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
31. Ketua Panitia perlu membaca dan memahami peranan ,konsep,arganisasi panitia dan
sebagainya.
32. Bahan –bahan keperluan panitia harus dibincang dan disemak stok sebelum membuat
permohonan melalui nota minta yang telah diedarkan.
33. Fail-fail Panitia perlu dikemaskini dan hantar untuk semakan PK 1 dan GB pada minggu kedua
bulan Januari.
Tindakan:Semua guru
IX. Post Mortem UPSR 2017
34. Guru besar membentangkan Post Mortem UPSR 2017. Keputusan UPSR telah menurun dari
78% ke 74% dengan bilangan lulus 29 orang murid.
35. GPS telah meningkat 2.60 kepada 2.44 dan seorang gagal semua matapelajaran.
36. Guru Besar mengucapkan Tahniah kepada semua guru.
36. Beliau turut menegaskan semua guru perlu melipatgandakan usaha untuk pencapaian ETR UPSR
2018
37. Berikut adalah analisa keputusan UPSR 2017 dan ETR UPSR 2018
M/Pelajaran 2015
% GPS
2016
% GPS
2017
% GPS
ETR 2018
% GPS
BM(Pemahaman) 56.40 3.08 94.74 2.82 89.70 3.33 91.83 2.95
BM(Penulisan) 92.30 1.69 100.00 2.24 94.90 2.46 95.74 2.43
BI(Pemahaman) 64.10 2.95 89.47 3.21 89.70 3.18 89.80 2.85
BI(Penulisan) 64.10 2.95 78.95 3.11 79.50 3.38 85.71 2.73
Matematik 94.90 2.21 100.00 2.71 87.20 2.95 100.00 2.43
BT(Pemahaman) 89.70 2.13 94.74 2.53 94.90 2.28 100.00 1.47
BT(Penulisan) 92.30 1.49 100.00 1.58 94.90 2.08 100.00 1.85
Sains 82.10 2.41 100.00 2.61 97.50 2.51 97.96 2.47
% / GPS Keseluruhan 53.85 2.28 78.95 2.60 74.32 2.44 94.63 2.39
Tindakan :Semua guru
X. Head Count
38. PK 1 telah membentangkan Headcount Tahun 6 2018.
39. Beliau membentangkan peratus pencapaian ETR UPSR ialah 100% dengan bilangan lulus 47
orang murid .
40. Sasaran calon (ETR) 8A 2018 bagi tahun 6 ialah seramai 4 orang murid.
41. Guru-guru diminta menyediakan Head Count dari tahun 1 hingga 6 bagi matapelajaran teras dan
elektif dalam tapak headcount yang telah dibekalkan oleh PPD.
42. Guru kelas perlu bertanggungjawab mengendalikan tapak headcount tersebut.
43. Borang HC3 perlu dilekat dalam buku rekod dan diisi keputusan murid selepas sesuatu ujian atau
peperiksaan.
44. Dalam masa yang sama guru perlu bandingkan dengan OTI 1,OTI2, OTI3 dengan AR untuk
merealisasikan ETR.
45. Semua guru perlu bersedia untuk menjalankan program dan aktiviti yang lebih berfokus untuk
mencapai sasaran tersebut.
Tindakan : Semua guru
XI. Program Peningkatan UPSR 2018
46. Guru-guru perlu merancang PdPc yang berfokus untuk mencapai ETR UPSR 100% pada tahun
2018.
47. Dialog prestasi akan dijalankan selepas sesuatu Ujian dan Peperiksaan bersama ibu bapa.
48. Guru-guru perlu menganalisa kertas soalan dan membuat post mortem dengan terperinci.
49. Kelas bimbingan pada waktu pagi, petang dan malam akan dijalankan seperti yang dijadualkan.
Disamping itu, kelas bimbingan juga akan dijalankan pada setiap hari sabtu dan dalam cuti
pertengahan penggal ( Bulan Mac) dan pertengahan tahun (Bulan Mei).
50. Program Motivasi juga akan diadakan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja
dari sudut akademik tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa, disiplin dan
berdedikasi.
51. Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi semua subjek UPSR dijalankan pada awal bulan Mac dan
bulan Jun 2018.
52. Jadual Anjal dilksanakan selepas Peperiksaan Percubaan UPSR 2018
53. Program Mentor mentee juga dijalankan untuk membimbing murid yang lemah secara individu.
54 .Program Gerak Gempur 100 hari juga akan dijalankan.
55 . Program Zoom A perlu dijalankan oleh semua murid sewaktu kelas ICT.
Tindakan: Makluman Semua Guru
XII. Program Peningkatan Akademik 1Tahun
56. Guru Besar menyatakan program perancangan 1 tahun perlu disediakan untuk semua
matapelajaran bagi Tahun 1 – 6 mengikut format yang dijelaskan.
57. Guru Besar menyatakan perancangan 1 tahun perlu dibuat setelah meneliti punca
kelemahan murid mengikut individu dan rancang aktiviti yang membawa kesan yang
maksimum dan dapat meningkatkan prestasi murid tersebut.
58. Ketua Panitia perlu memastikan Pelan Taktikal dirancang dengan teliti.
59. ETR pencapaian bagi setiap kelas telah ditetapkan berdasarkan analisa peperiksaan
penggal kedua 2017.
60. Perancangan yang lengkap perlu diserahkan pada atau sebelum 10.01.2018.
Tindakan: Ketua panitia dan Semua guru matapelajaran.
61. KPI bagi setiap kelas telah diputuskan setelah berbincang bersama guru kelas dan guru
matapelajaran.
Tindakan: Makluman Semua Guru
KPI bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:
XIII. Mesyuarat Panitia Kali 1/2018
62. Guru Besar memberitahu mesyuarat bagi semua panitia perlu diadakan mengikut takwim. Dalam
mesyuarat panitia bincang isu secara profesional.
63.Guru perlu mengenalpasti masalah murid yang wujud dalam pdpc secara terperinci bagi setiap
subjek dan bincang strategi untuk mengatasi masalah tersebut.
64. Matapelajaran bahasa perlu diajar mengikut aras murid untuk meningkatkan kemajuan murid
terutamanya dalam 3M. Murid tahap 1 perlu menguasai bacaan sebelum ke tahap II.
65.Semua guru perlu menyediakan KPI mengikut matapelajaran pada awal tahun dan serah sebelum
12.01.2018.
66.Guru-guru perlu merujuk Head Count dan kenalpasti murid-murid yang berpotensi dan lemah
untuk memperbaiki prestasi keseluruhan.
Tahun
Target 1 2 3 4 5 6
Tov(2017) - 80 76 62 50 70
ETR(2018) 100 95 90 85 80 95
67.Mesyuarat Panitia perlu dihadiri seorang Penolong Kanan.
68.Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan anggaran belanjawan mengurus panitia 2018 kepada
semua guru dan membentangkannya.
Anggaran Belanjawan Mengurus Panitia 2018
Tindakan :Ketua Panitia & semua guru
XIV. PKB 2018
69. Guru Besar memberitahu bahawa jadual pemantauan PKB 2018 akan diedarkan kepada semua
guru.
70. Guru-guru perlu meneliti jadual agihan tugas yang akan diedarkan bagi 5 elemen pemantauan.
71.Guru-guru perlu menjalankan pdpc berdasarkan kepada Standard 4 SKPM.
72. Guru-guru perlu menulis RPH mengikut format terkini.
73. Aktiviti pengayaan dan pemulihan harus diterapkan dalam setiap pdpc guru
74. Sumber pendidikan yang menarik minat murid perlu digunakan sewaktu pdpc dijalankan.
75.Guru-guru perlu memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 .
Tindakan: semua guru
XV. Jadual Waktu
76. Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan Jadual Waktu bagi sesi 2018 kepada semua guru.
77. Beliau mengatakan guru-guru diagihkan mata pelajaran mengikut kemahiran dan pengalaman
mengajar dan diharap menunjukkan kesungguhannya dalam pdpc.
78. Guru-guru diminta mengisi jadual waktu dan analisa waktu dalam Buku Rekod Mengajar
Tindakan: Makluman Semua Guru
BIL Panitia Peruntukan
1 B.INGGERIS 643.46
2 MATEMATIK 643.46
3 SAINS 857.95
4 B.TAMIL 357.48
5 B.MALAYSIA 357.48
6 P.MORAL 142.99
7 P.SENI 1250.64
8 P.MUZIK 1250.64
BIL Panitia Peruntukan
9 PJK 2188.62
10 BIM.KAUNSELING 1711.80
11 KOKURIKULUM 2044.80
12 PSS 4147.20
13 RBT 1563.30
14 SEJARAH 887.40
15 TMK 571.97
XVI. Penggunaan Buku Latihan dan Kontrak Latihan
79. Penolong Kanan Pentadbiran mengatakan guru-guru perlu memastikan nama murid dilekat
dengan kemas pada buku latihan.
80. Beliau turut mengatakan buku latihan perlu diagihkan mengikut keperluan setelah berbincang
dengan ahli-ahli panitia.
81. Kontrak latihan perlu disediakan mengikut kemahiran yang akan diajar sepanjang tahun 2018.
82. Kontrak latihan perlu dihantar bersama penyemakan buku latihan mengikut jadual PKB yang
telah diedarkan.
Tindakan : Semua guru
XVII. PBS
83. Guru Besar mengatakan pentaksiran sekolah perlu dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru-guru perlu menggunakan instrumen seperti lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan di rumah dan ujian.
84. Beliau turut menyatakan guru perlu menjalankan pentaksiran sumatif pada akhir setiap
unit pembelajaran.
85. PAJSK juga perlu dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid
berdasarkan penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra
kurikulum.
86.Pentaksiran Psikometrik juga perlu dilaksanakan untuk mengukur kebolehan,kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
87.Pentaksiran pusat ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan
peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan
penggredan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
88.Penyelaras PBS diminta memantau dan mengumpul pelaporan pentaksiran untuk difailkan.
Tindakan: Makluman Semua Guru
XVIII. MBMMBI
89. Guru Besar berkata guru-guru BM dan BI perlu berbincang dan membuat perancangan
mingguan yang dapat menarik minat murid.
90. Ketua Panitia BM da BI perlu membuat perancangan satu tahun yang melibatkan program-
program yang sesuai supaya dapat meningkatkan kemahiran murid-murid dalam 3M.
91.Guru bertugas boleh menjalankan aktiviti persembahan dalam BM dan BI pada waktu pagi dan
rehat untuk murid mencapai kemahiran Dwibahasa.
Tindakan: Makluman Semua Guru
XVIV. SAPS
92. En.Hemahrajan selaku Setiausaha Peperiksaan mengatakan guru kelas perlu bertindak untuk
mengemaskini data APDM dari semasa ke semasa.
93. Beliau mengatakan segala maklumat berkenaan murid diambil dari data APDM.
94. Guru-guru diminta mendaftarkan mata pelajaran yang diajar pada tahun 2018 dalam SAPS.
95. Markah TOV dan ETR juga perlu dimasukkan dalam SAPS.
96. Beliau turut berharap guru-guru memasukkan markah ujian dan peperiksaan dalam SAPS
mengikut tarikh yang ditetapkan untuk memudahkan proses pengesahan dan pencetakan.
97.Guru juga perlu membuat Post Mortem selepas Ujian&Peperiksaan dan menyediakan borang
Analisis Item ,PM1, PM2 dan PM3.
98. Guru perlu semak OTR & Head Count selepas sesuatu ujian dan peperiksaan untuk
penambahbaikan pencapaian.
99. Guru Besar mengatakan setiausaha peperiksaan perlu membuat analisis markah semua kelas
dan membuat pelaporan kepada guru besar &PK1.
100. Buku Rekod Pelaporan dan Analisa Ujian &Peperiksaan perlu dihantar ke meja guru Besar
bersama buku PLBS pada hari yang ditetapkan.
101.Ketua Panitia perlu bersedia untuk Dialog Prestasi selepas sesuatu ujian dan Peperiksaan.
102. Takwim peperiksaan yang telah didrafkan oleh Guru Besar adalah seperti berikut:
Takwim Peperiksaan 2018
BIL BULAN JENIS PENILAIAN SASARAN TARIKH TINDAKAN
1. Mac Ujian siri 1
Ujian Saringan Linus 1(Lisan/Bacaan)
Ujian Psikometrik
Tahun 1-6
Tahun 1,2&3
Tahun3
4-8 Mac Sekolah
KPM
2. April Ujian Saringan Linus 1(Tulisan) Tahun1,2&3 2 minggu 1-12 Apr PPD
3. Mei Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahun 1-6 20-24 Mei Sekolah
4. Julai Ujian Percubaan UPSR 1 Tahun 6 15-19 Julai PPD
5. Ogos Ujian Percubaan UPSR 2
Ujian Siri 2
PBD/PPsi/PAJSK
Tahun 6
Tahun 1-5
Tahun 6
12-16 Ogos MPST
Sekolah
Sekolah
6. September UPSR
Ujian Saringan Linus 2(Lisan&Bacaan)
Tahun 6
Tahun1,2&3
2-6 Sep LPM
PPD
7. Oktober Ujian Saringan Linus 2(Tulisan) Tahun 1,2&3 2 minggu 7-12 OKT PPD
8. OKT/NOV Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 1-6 28 Okt-1 Nov Sekolah
9. November PBD / PAJSK Tahun 1-6 1 Nov- 15 Nov Sekolah
Tindakan :Ketua Panitia & semua guru
XX. ICT/VLE
103. Guru Penyelaras ICT, diminta mengurus bilik dan peralatan ICT dengan cekap dan
berhemat.
104. Guru Penyelaras VLE, perlu memastikan semua guru menggunakan VLE dengan cekap dan
dimanfaatkan kepada murid-murid.
105. Guru Penyelaras mengatakan TMK wajib dijalankan untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6.
106. Guru-guru tahun 1-3 perlu susun jadual membawa murid ke bilik ICT sewaktu
matapelajaran DST selama 30 minit dua minggu sekali.
Tindakan : Guru Penyelaras ICT dan semua guru
XXI. PLBS/PEKA
107.Guru Besar mengatakan pelaksanaan PLBS BM dan BI perlu diteruskan.
108.Selepas Ujian Bersiri atau Peperiksaan guru perlu mengisi Buku PLBs dan dihantar sekali
bersama Buku Laporan Murid untuk pemeriksaan GB.
109.Guru-guru Sains perlu menjalankan Peka mengikut sukatan yang ditetapkan dan direkod
dalam buku khas yang disediakan.
110.Markah bagi penilaian PEKA UPSR, PLBS BM,BI perlu dihantar ke JPN pada bulan Julai.
Tindakan: Ketua Pentaksir BM,BI,PEKA
XXII. PSS/Nilam
111.Pn.Jiwa selaku penyelaras PSS mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberi kerjasama sepanjang tahun ini.
112.Beliau turut membentang Rancangan Tahunan PSS dalam Mesyuarat Kurikulum kali pertama.
113.Diharap penggunaan PSS pada tahun 2018 akan lebih berwawasan dan perancangan yang teliti
akan dilaksanakan . Beliau turut berkata Perpustakaan adalah gedung ilmu yang dapat
meningkatkan prestasi sekolah .
114.Guru Besar mengatakan Program Nilam perlu dimantapkan pada tahun 2018.
115.Beliau berkata KPI Pusat Sumber bagi 2018 adalah murid dipilih sebagai tokoh Nilam.
Tindakan: Guru PSS dan semua guru
XXIII. Buku Rekod Mengajar
116.Diedarkan Buku Rekod Mengajar kepada semua guru. Penolong Kanan Pentadbiran
menerangkan kandungan buku rekod satu demi satu seperti berikut:-
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Surat Pekeliling Ikthisas Bil 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
• Perutusan Penyelia Sekolah-sekolah Tamil
• Format Rancangan Pengajaran Harian
• Peruntukan Masa Seminggu KBSR/KSSR
• Penggal persekolahan tahun 2018
• Cuti am dan cuti peristiwa sekolah
• Jadual waktu
Makluman : Semua Guru
117. Seterusnya, guru besar telah menerangkan tentang cara menulis RPH mengikut KSSR . Beliau
menekankan tulisan guru harus kemas, cantik dan boleh dibaca dengan mudah. Rekod kerja
harian boleh ditulis mulai muka surat rancangan pelajaran tahunan ataupun boleh ditaip dan
lekatkan. Rancangan pelajaran tahunan pula boleh disimpan dengan kemas dalam satu fail dan
sentiasa dibawa bersama buku rekod jika tidak dilekatkan dalam ruangan Rancangan Tahunan
Matapelajaran.
Makluman : Semua Guru
118.Beliau juga menekankan butir-butir guru harus dilengkapkan sepenuhnya dan guru harus
menulis jadual waktu kelas dan peribadi dengan jelas.
119.Guru Besar mengumumkan cuti peristiwa sekolah.
• Cuti peristiwa sekolah
 Thaipusam - 1 Februari 2018
 Ponggal - 14 Januari 2018
 Vinayagar Saturthi - 13 September 2018
120. Guru besar meminta semua guru melengkapkan bahagian penggunaan bahan bantu mengajar,
kursus yang dihadiri dari masa ke masa pada tahun 2018 ini. Pada bahagian catatan pula
senarai kelas ganti yang guru hadiri perlu dicatatkan. Takwin peperiksaan sekolah perlu
dilekatkan dalam buku rekod masing-masing.
Makluman : Semua Guru
XXIV. Kelas Pemulihan
121. Guru Besar mengingkatkan semua guru kelas dan guru subjek supaya berganding bahu
dalam membantu guru pemulihan menjalankan kelas pemulihan berdasarkan maklumat
murid yang diperolehi daripada Peperiksaan Akhir Tahun 2017.
Tindakan : Guru Kelas & guru pemulihan
XXV. SKPMg2
122. Guru Besar mengarahkan semua jawatankuasa melengkapkan dan mengemaskini fail bidang
masing-masing berpandukan SKPMg2 yang telah diedarkan.
123.Semua Penolong Kanan juga diarahkan untuk bertindak mengikut senarai kandungan
SKPMg2 masing-masing dan menjalankan pemantauan secara berkala untuk memastikan
jawatankuasa bidang masing-masing mematuhinya.
124.Para Penolong Kanan juga diminta mengarahkan jawatankuasa bidang masing-masing untuk
mewujudkan dahulu fail yang tiada dan memasukkan kandungannya kemudian.
125.Guru Besar juga mengingatkan semua guru agar menjalankan tugas dengan sebaik yang
mungkin kerana markah penilaian yang diberikan oleh guru-guru adalah dalam kategori baik
dan cemerlang. Oleh itu, para guru haruslah menjalanan tugas yang mencerminkan diri
mereka sebaik guru yang baik dan cemerlang sepertimana yang telah diisi dalam SKPMg2
Standard 4.
126.Guru Besar mengatakan semua guru perlu mengorak langkah dalam semua aspek pengajaran
dan pembelajaran mengikut standard 4 SKPM G2 serta kemenjadian murid untuk mendapat
Band dan Ranking terbaik bagi tahun akan datang.
127.Beliau turut menyatakan GPS UPSR terbaik akan menentukan pencapaian keseluruhan
SKPM . Semua guru perlu berganding bahu untuk mencapai Band 1 bagi tahun 2018.
Tindakan : semua guru
XXVI. Pengurusan Latihan Dalam Pendidikan
128. Penyelaras LDP mengatakan semua guru perlu mengisi maklumat kursus yang telah hadir
dalam SPLG.
129. Guru-guru perlu menyediakan minit curai setelah menghadiri mesyuarat , ceramah, bengkel,
seminar untuk makluman pihak pentadbir.
130. Guru –guru yang menghadiri kursus perlu mengadakan perkembangan staf dan membuat
laporan untuk simpanan fail.
131. Setiausaha LDP memberitahu bahawa Kursus I-Think dalam talian untuk guru
ditangguhkan oleh kementerian .
Tindakan :Ketua Panitia & semua guru
XXVII. I-Think dan KBAT
132.Guru Besar berkata semua guru perlu menerapkan i-think dalam pdpc untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
133. Beliau turut meminta guru-guru perlu menjadikan penggunaan alat berfikir dan kemahiran
aras tinggi sebagai amalan dalam pdpc di sekolah.
134.Guru-guru juga perlu menggunakan soalan –soalan KBAT supaya murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah.
Tindakan :Ketua Panitia & semua guru
XXVIII. HAL-HAL LAIN
135. Guru besar meminta guru –guru memastikan setiap murid disediakan satu meja, satu kerusi
dan satu set buku teks yang lengkap untuk memulakan pembelajaran.
136. Guru besar meminta semua guru kelas mengemas dan menyediakan kelas masing-masing
sebelum sesi persekolahan bermula.
137. Guru besar juga meminta semua guru mengekalkan kerjasama dan toleransi yang selama ini
diberikan demi meningkatkan prestasi sekolah dalam akademik pada tahun 2018.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan terima kasih.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
________________________
(KANAGA A/P MANICKAM)
Setiausaha Kurikulum
Minit kurikulum 2018

More Related Content

What's hot

Kertas kerja prog thn 6 2016
Kertas kerja prog thn 6 2016Kertas kerja prog thn 6 2016
Kertas kerja prog thn 6 2016cikgunafizah
 
Minit mesyuarat panitia 4
Minit mesyuarat panitia 4Minit mesyuarat panitia 4
Minit mesyuarat panitia 4kesavan24
 
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaKertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaFarah Elriani
 
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010ZANERIAH
 
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Puvaneswari Punis
 
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrPelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrSk Skta
 
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013Mohd Mustakim Kamarudin
 
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Rosell Roseliana Rusli
 
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Zuliaty Ismail
 
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)amranamie
 
Kertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematikKertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematiksoulmoon
 
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018 copy
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018   copyKertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018   copy
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018 copyMohd U-wei
 
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSR
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSRPelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSR
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSRrebakasajaya
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)Zita Razak
 
Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Gonshiro Rayyan
 

What's hot (20)

Kertas kerja prog thn 6 2016
Kertas kerja prog thn 6 2016Kertas kerja prog thn 6 2016
Kertas kerja prog thn 6 2016
 
Minit mesyuarat panitia 4
Minit mesyuarat panitia 4Minit mesyuarat panitia 4
Minit mesyuarat panitia 4
 
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaKertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
 
Pelan strategik sains 2014
Pelan strategik sains 2014Pelan strategik sains 2014
Pelan strategik sains 2014
 
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010
PROGRAM PENINGKATAN SPM 2010
 
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
 
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrPelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
 
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013
Kertas cadangan program sains daerah kinabatangan 2013
 
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
 
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
 
Kertas kerja hafal sifir
Kertas kerja hafal sifirKertas kerja hafal sifir
Kertas kerja hafal sifir
 
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
 
Copy of dialog prestasi 3
Copy of dialog prestasi 3Copy of dialog prestasi 3
Copy of dialog prestasi 3
 
Kertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematikKertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematik
 
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018 copy
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018   copyKertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018   copy
Kertas kerja menggilap minda mencetus idea sains fasa 1 2018 copy
 
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSR
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSRPelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSR
Pelan Taktikal Peningkatan Kecemerlangan UPSR
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)
Minit mesyuarat panitia bm1 (2013)
 
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
 
Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3
 

Similar to Minit kurikulum 2018

Minit mesyuarat sains 2017
Minit mesyuarat sains 2017Minit mesyuarat sains 2017
Minit mesyuarat sains 2017fmuna
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumZai Muhd
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014nadzrah
 
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017nizam khairul
 
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docMinit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docIkmalBong1
 
Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2zuhaipgm
 
Kertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatKertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatAida Ayu
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxNaimMahmud10
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxNaimMahmud10
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptxCharlesBayang
 
Fail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumFail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumLan Sempoi
 
Sains minit 1
Sains minit 1Sains minit 1
Sains minit 1zuhaipgm
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014rosnita wahab
 

Similar to Minit kurikulum 2018 (20)

Minit mesyuarat sains 2017
Minit mesyuarat sains 2017Minit mesyuarat sains 2017
Minit mesyuarat sains 2017
 
Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)
 
PSO.pptx
PSO.pptxPSO.pptx
PSO.pptx
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
 
Failmejapkkurikulum
FailmejapkkurikulumFailmejapkkurikulum
Failmejapkkurikulum
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
 
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
 
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docMinit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
 
Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2
 
minit STEM 1.:2023docx.docx
minit STEM 1.:2023docx.docxminit STEM 1.:2023docx.docx
minit STEM 1.:2023docx.docx
 
Borang soal selidik kepimpinan guru besar
Borang soal selidik kepimpinan guru besarBorang soal selidik kepimpinan guru besar
Borang soal selidik kepimpinan guru besar
 
Kertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatKertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkat
 
mesyuarat
mesyuarat mesyuarat
mesyuarat
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
 
Fail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumFail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulum
 
Sains minit 1
Sains minit 1Sains minit 1
Sains minit 1
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014
 
Fail meja gpki
Fail meja gpkiFail meja gpki
Fail meja gpki
 

More from Kanaga Manickam Kanagaa (11)

Sivik sejarah 23.2.2020
Sivik sejarah 23.2.2020Sivik sejarah 23.2.2020
Sivik sejarah 23.2.2020
 
Bm t4
Bm t4Bm t4
Bm t4
 
Rpt pk thn5
Rpt pk thn5Rpt pk thn5
Rpt pk thn5
 
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatifPembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif
 
Laporan teknik menjawab soalan upsr bm kathiravan
Laporan teknik menjawab soalan upsr bm kathiravanLaporan teknik menjawab soalan upsr bm kathiravan
Laporan teknik menjawab soalan upsr bm kathiravan
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
4 kemahiran membaca
4 kemahiran membaca4 kemahiran membaca
4 kemahiran membaca
 
Ayat pola dasar fnfn dan fnfk
Ayat pola dasar fnfn dan fnfkAyat pola dasar fnfn dan fnfk
Ayat pola dasar fnfn dan fnfk
 
Karangan peta minda
Karangan peta mindaKarangan peta minda
Karangan peta minda
 
Rph pokok kelapa
Rph pokok kelapaRph pokok kelapa
Rph pokok kelapa
 
Sifir 4
Sifir 4Sifir 4
Sifir 4
 

Recently uploaded

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Minit kurikulum 2018

  • 1. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG HENRIETTA 09400 Padang Serai ,Kedah Darul Aman Sjktldghenrietta.kbb@gmail.com Tel: 04-4000064 MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2018 Tarikh : 27.12.2017 Hari : Rabu Masa : 8.00 pagi-10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : 25/26 1. En.Maree Atchanan : (Guru Besar) 2. En.S.Narasiman : (PK Pentadbiran) 3. Pn.R.Barvate : (PK Hem) 4. Pn.P.Selvi : (PK KO-KU) 5. Cik.R.Vithiyawathi 6. Pn.M.Ilavaenil 7. Pn.N.Jiwa 8. Pn.M.Kanaga 9. Cik.A.Anuratha 10. Pn.K.Suguna 11. Cik.L.Mogana 12. Pn.G.Rajeswary 13. Pn.C.Kavidah 14. Cik.K.Punitha 15. Pn.R.Parimalam 16. Pn.K.Shanthi 17. Pn.N.Yuvanashree 18. En.K.Hemahrajan 19. Pn.A.Kogila 20. En.M.Jeyashilan 21. Pn.M.Sarasuwathi 22. Pn.M.Sabbeena 23. Pn.V.Mokana
  • 2. 24. Pn.S.Saraswathi 25. Pn.Norazlina Binti MD Akhir Tidak Hadir 1. Pn.Suguna (Bersebab) Hadir Bersama - Urusetia -Penolong Kanan Pentadbiran Agenda Mesyuarat: I. Perutusan pengerusi 1. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru-guru penolong kanan, dan semua guru ke mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum kali pertama ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. 2. Beliau juga turut mengingatkan semua guru untuk menunjukkan prestasi yang tinggi sejajar dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang kedua PPPM dan meminta semua guru melayari internet untuk memahami sepenuhnya 3 gelombang PPPM. Tindakan : Makluman semua guru II. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang oleh Pn.Ilavaenil dan disokong oleh Pn.N.Jiwa untuk diterima dan disahkan. III. Perkara Berbangkit 4. Guru Besar menegaskan lagi tentang tatacara menghukum murid. IV. Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia(3PM) 5. Guru Besar mengatakan semua guru perlu tahu Transformasi Pendidikan yang dilaungkan oleh KPM, JPN dan PPD. 6. Tranformasi Pendidikan adalah mengikut Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (3PM) yang akan melangkah ke gelombang kedua dilaksanakan dalam tempoh 2013-2025. 7. Beliau mengatakan semua guru perlu berfikiran positif , berganding bahu, berusaha gigih dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sasaran GPS dan peratus lulus UPSR. Tindakan: Makluman Semua Guru
  • 3. V. Pesanan Datin Pengarah JPN Kedah 8.Guru Besar menyampaikan amanat Datin Pengarah JPN Kedah kepada semua guru. 9. Persediaan Hari Pertama Awal Persekolahan bagi Tahun 2018 haruslah berjalan lancar. 10.Pihak sekolah perlu melayan pelanggan dengan penuh santun dan budi bicara yang bersopan. 11.Pengurusan Sumber ,Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hem,Pengurusan Kokurikulum di sekolah hendaklah diberi keutamaan. 12.Pengurusan fizikal sekolah perlu dipelihara. 13.Pihak sekolah perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa pada hari pertama persekolahan. Tindakan: Makluman Semua Guru VI. Pesanan PPD KBB 14. Guru Besar berkongsi maklumat yang terdapat dalam teks awal persekolahan Tahun 2018 yang disampaikan oleh PPD KBB bersama guru-guru. 15.PPD KBB terus melaksanakan agenda berdasarkan slogan KBB SMART 2020. Sederap Memacu Aspirasi Roh Transformasi 2020. 16. Matlamat Pendidikan adalah untuk melahirkan kecemerlangan murid dalam akademik , kokurikulum dan sahsiah diri yang membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dengan mudah. 17. Para guru bertanggungjawab untuk mendidik dan melatih pelajar selaras dengan perkembangan semasa dan perlu meluangkan masa untuk membaca serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai selaras dengan perubahan zaman. 18.Menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk mencapai enam aspirasi murid yang digariskan dalam PPPM , iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian ,Identiti Nasional dan Pengetahuan. 19.Para guru perlu berusaha secara kolektif dan holistik untuk memaksimumkan keberhasilan murid. 20.Para pendidik mesti mempunyai integrity dan kompetensi dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik para pelajar. 21.Pendidik perlu mempunyai kejujuran, amanah, adil, bertanggungjawab, telus dan cekap dalam menjalankan tugas. 22.Guru-guru perlu memahami dan menguasai serta mampu menterjemahkan DSKP, KSSR dengan tepat dan efektif sebagai bekalan untuk memperkasakan kemahiran berfikir. 23.PBS di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secara berintegriti mengikut garis panduan 24.PBD,PPsi dan PAJSK perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. 25. Keputusan UPSR pada tahun 2018 mengambil kira PBD,PPsi,PAJSK.
  • 4. 26.Guru perlu mengubah pelaksanaan amalan pdp mengikut keperluan semasa dengan mengaplikasikan amalan PAK 21. Tindakan: Makluman Semua Guru VII. Visi dan Misi Sekolah 27. Guru Besar menjelaskan Visi dan Misi Sekolah Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Misi:Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Tindakan: Makluman Semua Guru VIII. Jawatankuasa Kurikulum Tahun 2018 & Pengurusan Panitia Matapelajaran 28. Pelantikan Ketua Panitia bagi tahun 2018 adalah seperti berikut: Senarai Nama Ketua Panitia:- i.Bahasa Tamil :Cik.R.Vithiyawathi ii.Bahasa Malaysia :Pn.Ena Nurhazlina iii.Bahasa Inggeris :Pn.C.Kavidah iv.Matematik :Cik.L.Mogana v.Sains :Cik.A.Anuratha vi.Sejarah :Pn.R.Parimalam vii.RBT/TMK :Pn.K.Suguna viii. Pen. Moral :Pn.Jiwa ix.Dunia Muzik :Pn.Shanthi x.PJK :Cik.K.Punitha xi.Pendidikan Seni :Pn.Shanthi 29. AJK Kurikulum adalah seperti berikut: i.Setiausaha Kurikulum :Pn.M.Kanaga ii.Setiausaha Peperiksaan :En.K.Hemahrajan iii.PSS/PBS :Pn.N.Jiwa iv.Data :En.K.Hemahrajan v.Penyelaras Linus(BM) :Pn.Mokana vi.Penyelaras Linus (MT) :Cik.L.Mogana vii.Pemulihan :Pn.Yuvanasree viii.Transisi :Pn.Sabeena ix.SPBT :Pn.Kogila
  • 5. 30. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. 31. Ketua Panitia perlu membaca dan memahami peranan ,konsep,arganisasi panitia dan sebagainya. 32. Bahan –bahan keperluan panitia harus dibincang dan disemak stok sebelum membuat permohonan melalui nota minta yang telah diedarkan. 33. Fail-fail Panitia perlu dikemaskini dan hantar untuk semakan PK 1 dan GB pada minggu kedua bulan Januari. Tindakan:Semua guru IX. Post Mortem UPSR 2017 34. Guru besar membentangkan Post Mortem UPSR 2017. Keputusan UPSR telah menurun dari 78% ke 74% dengan bilangan lulus 29 orang murid. 35. GPS telah meningkat 2.60 kepada 2.44 dan seorang gagal semua matapelajaran. 36. Guru Besar mengucapkan Tahniah kepada semua guru. 36. Beliau turut menegaskan semua guru perlu melipatgandakan usaha untuk pencapaian ETR UPSR 2018 37. Berikut adalah analisa keputusan UPSR 2017 dan ETR UPSR 2018 M/Pelajaran 2015 % GPS 2016 % GPS 2017 % GPS ETR 2018 % GPS BM(Pemahaman) 56.40 3.08 94.74 2.82 89.70 3.33 91.83 2.95 BM(Penulisan) 92.30 1.69 100.00 2.24 94.90 2.46 95.74 2.43 BI(Pemahaman) 64.10 2.95 89.47 3.21 89.70 3.18 89.80 2.85 BI(Penulisan) 64.10 2.95 78.95 3.11 79.50 3.38 85.71 2.73 Matematik 94.90 2.21 100.00 2.71 87.20 2.95 100.00 2.43 BT(Pemahaman) 89.70 2.13 94.74 2.53 94.90 2.28 100.00 1.47 BT(Penulisan) 92.30 1.49 100.00 1.58 94.90 2.08 100.00 1.85 Sains 82.10 2.41 100.00 2.61 97.50 2.51 97.96 2.47 % / GPS Keseluruhan 53.85 2.28 78.95 2.60 74.32 2.44 94.63 2.39 Tindakan :Semua guru X. Head Count 38. PK 1 telah membentangkan Headcount Tahun 6 2018. 39. Beliau membentangkan peratus pencapaian ETR UPSR ialah 100% dengan bilangan lulus 47
  • 6. orang murid . 40. Sasaran calon (ETR) 8A 2018 bagi tahun 6 ialah seramai 4 orang murid. 41. Guru-guru diminta menyediakan Head Count dari tahun 1 hingga 6 bagi matapelajaran teras dan elektif dalam tapak headcount yang telah dibekalkan oleh PPD. 42. Guru kelas perlu bertanggungjawab mengendalikan tapak headcount tersebut. 43. Borang HC3 perlu dilekat dalam buku rekod dan diisi keputusan murid selepas sesuatu ujian atau peperiksaan. 44. Dalam masa yang sama guru perlu bandingkan dengan OTI 1,OTI2, OTI3 dengan AR untuk merealisasikan ETR. 45. Semua guru perlu bersedia untuk menjalankan program dan aktiviti yang lebih berfokus untuk mencapai sasaran tersebut. Tindakan : Semua guru XI. Program Peningkatan UPSR 2018 46. Guru-guru perlu merancang PdPc yang berfokus untuk mencapai ETR UPSR 100% pada tahun 2018. 47. Dialog prestasi akan dijalankan selepas sesuatu Ujian dan Peperiksaan bersama ibu bapa. 48. Guru-guru perlu menganalisa kertas soalan dan membuat post mortem dengan terperinci. 49. Kelas bimbingan pada waktu pagi, petang dan malam akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Disamping itu, kelas bimbingan juga akan dijalankan pada setiap hari sabtu dan dalam cuti pertengahan penggal ( Bulan Mac) dan pertengahan tahun (Bulan Mei). 50. Program Motivasi juga akan diadakan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa, disiplin dan berdedikasi. 51. Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi semua subjek UPSR dijalankan pada awal bulan Mac dan bulan Jun 2018. 52. Jadual Anjal dilksanakan selepas Peperiksaan Percubaan UPSR 2018 53. Program Mentor mentee juga dijalankan untuk membimbing murid yang lemah secara individu. 54 .Program Gerak Gempur 100 hari juga akan dijalankan. 55 . Program Zoom A perlu dijalankan oleh semua murid sewaktu kelas ICT. Tindakan: Makluman Semua Guru XII. Program Peningkatan Akademik 1Tahun 56. Guru Besar menyatakan program perancangan 1 tahun perlu disediakan untuk semua
  • 7. matapelajaran bagi Tahun 1 – 6 mengikut format yang dijelaskan. 57. Guru Besar menyatakan perancangan 1 tahun perlu dibuat setelah meneliti punca kelemahan murid mengikut individu dan rancang aktiviti yang membawa kesan yang maksimum dan dapat meningkatkan prestasi murid tersebut. 58. Ketua Panitia perlu memastikan Pelan Taktikal dirancang dengan teliti. 59. ETR pencapaian bagi setiap kelas telah ditetapkan berdasarkan analisa peperiksaan penggal kedua 2017. 60. Perancangan yang lengkap perlu diserahkan pada atau sebelum 10.01.2018. Tindakan: Ketua panitia dan Semua guru matapelajaran. 61. KPI bagi setiap kelas telah diputuskan setelah berbincang bersama guru kelas dan guru matapelajaran. Tindakan: Makluman Semua Guru KPI bagi tahun 2018 adalah seperti berikut: XIII. Mesyuarat Panitia Kali 1/2018 62. Guru Besar memberitahu mesyuarat bagi semua panitia perlu diadakan mengikut takwim. Dalam mesyuarat panitia bincang isu secara profesional. 63.Guru perlu mengenalpasti masalah murid yang wujud dalam pdpc secara terperinci bagi setiap subjek dan bincang strategi untuk mengatasi masalah tersebut. 64. Matapelajaran bahasa perlu diajar mengikut aras murid untuk meningkatkan kemajuan murid terutamanya dalam 3M. Murid tahap 1 perlu menguasai bacaan sebelum ke tahap II. 65.Semua guru perlu menyediakan KPI mengikut matapelajaran pada awal tahun dan serah sebelum 12.01.2018. 66.Guru-guru perlu merujuk Head Count dan kenalpasti murid-murid yang berpotensi dan lemah untuk memperbaiki prestasi keseluruhan. Tahun Target 1 2 3 4 5 6 Tov(2017) - 80 76 62 50 70 ETR(2018) 100 95 90 85 80 95
  • 8. 67.Mesyuarat Panitia perlu dihadiri seorang Penolong Kanan. 68.Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan anggaran belanjawan mengurus panitia 2018 kepada semua guru dan membentangkannya. Anggaran Belanjawan Mengurus Panitia 2018 Tindakan :Ketua Panitia & semua guru XIV. PKB 2018 69. Guru Besar memberitahu bahawa jadual pemantauan PKB 2018 akan diedarkan kepada semua guru. 70. Guru-guru perlu meneliti jadual agihan tugas yang akan diedarkan bagi 5 elemen pemantauan. 71.Guru-guru perlu menjalankan pdpc berdasarkan kepada Standard 4 SKPM. 72. Guru-guru perlu menulis RPH mengikut format terkini. 73. Aktiviti pengayaan dan pemulihan harus diterapkan dalam setiap pdpc guru 74. Sumber pendidikan yang menarik minat murid perlu digunakan sewaktu pdpc dijalankan. 75.Guru-guru perlu memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 . Tindakan: semua guru XV. Jadual Waktu 76. Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan Jadual Waktu bagi sesi 2018 kepada semua guru. 77. Beliau mengatakan guru-guru diagihkan mata pelajaran mengikut kemahiran dan pengalaman mengajar dan diharap menunjukkan kesungguhannya dalam pdpc. 78. Guru-guru diminta mengisi jadual waktu dan analisa waktu dalam Buku Rekod Mengajar Tindakan: Makluman Semua Guru BIL Panitia Peruntukan 1 B.INGGERIS 643.46 2 MATEMATIK 643.46 3 SAINS 857.95 4 B.TAMIL 357.48 5 B.MALAYSIA 357.48 6 P.MORAL 142.99 7 P.SENI 1250.64 8 P.MUZIK 1250.64 BIL Panitia Peruntukan 9 PJK 2188.62 10 BIM.KAUNSELING 1711.80 11 KOKURIKULUM 2044.80 12 PSS 4147.20 13 RBT 1563.30 14 SEJARAH 887.40 15 TMK 571.97
  • 9. XVI. Penggunaan Buku Latihan dan Kontrak Latihan 79. Penolong Kanan Pentadbiran mengatakan guru-guru perlu memastikan nama murid dilekat dengan kemas pada buku latihan. 80. Beliau turut mengatakan buku latihan perlu diagihkan mengikut keperluan setelah berbincang dengan ahli-ahli panitia. 81. Kontrak latihan perlu disediakan mengikut kemahiran yang akan diajar sepanjang tahun 2018. 82. Kontrak latihan perlu dihantar bersama penyemakan buku latihan mengikut jadual PKB yang telah diedarkan. Tindakan : Semua guru XVII. PBS 83. Guru Besar mengatakan pentaksiran sekolah perlu dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu menggunakan instrumen seperti lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan di rumah dan ujian. 84. Beliau turut menyatakan guru perlu menjalankan pentaksiran sumatif pada akhir setiap unit pembelajaran. 85. PAJSK juga perlu dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid berdasarkan penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. 86.Pentaksiran Psikometrik juga perlu dilaksanakan untuk mengukur kebolehan,kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. 87.Pentaksiran pusat ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 88.Penyelaras PBS diminta memantau dan mengumpul pelaporan pentaksiran untuk difailkan. Tindakan: Makluman Semua Guru XVIII. MBMMBI 89. Guru Besar berkata guru-guru BM dan BI perlu berbincang dan membuat perancangan mingguan yang dapat menarik minat murid. 90. Ketua Panitia BM da BI perlu membuat perancangan satu tahun yang melibatkan program- program yang sesuai supaya dapat meningkatkan kemahiran murid-murid dalam 3M. 91.Guru bertugas boleh menjalankan aktiviti persembahan dalam BM dan BI pada waktu pagi dan rehat untuk murid mencapai kemahiran Dwibahasa. Tindakan: Makluman Semua Guru
  • 10. XVIV. SAPS 92. En.Hemahrajan selaku Setiausaha Peperiksaan mengatakan guru kelas perlu bertindak untuk mengemaskini data APDM dari semasa ke semasa. 93. Beliau mengatakan segala maklumat berkenaan murid diambil dari data APDM. 94. Guru-guru diminta mendaftarkan mata pelajaran yang diajar pada tahun 2018 dalam SAPS. 95. Markah TOV dan ETR juga perlu dimasukkan dalam SAPS. 96. Beliau turut berharap guru-guru memasukkan markah ujian dan peperiksaan dalam SAPS mengikut tarikh yang ditetapkan untuk memudahkan proses pengesahan dan pencetakan. 97.Guru juga perlu membuat Post Mortem selepas Ujian&Peperiksaan dan menyediakan borang Analisis Item ,PM1, PM2 dan PM3. 98. Guru perlu semak OTR & Head Count selepas sesuatu ujian dan peperiksaan untuk penambahbaikan pencapaian. 99. Guru Besar mengatakan setiausaha peperiksaan perlu membuat analisis markah semua kelas dan membuat pelaporan kepada guru besar &PK1. 100. Buku Rekod Pelaporan dan Analisa Ujian &Peperiksaan perlu dihantar ke meja guru Besar bersama buku PLBS pada hari yang ditetapkan. 101.Ketua Panitia perlu bersedia untuk Dialog Prestasi selepas sesuatu ujian dan Peperiksaan. 102. Takwim peperiksaan yang telah didrafkan oleh Guru Besar adalah seperti berikut: Takwim Peperiksaan 2018 BIL BULAN JENIS PENILAIAN SASARAN TARIKH TINDAKAN 1. Mac Ujian siri 1 Ujian Saringan Linus 1(Lisan/Bacaan) Ujian Psikometrik Tahun 1-6 Tahun 1,2&3 Tahun3 4-8 Mac Sekolah KPM 2. April Ujian Saringan Linus 1(Tulisan) Tahun1,2&3 2 minggu 1-12 Apr PPD 3. Mei Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahun 1-6 20-24 Mei Sekolah 4. Julai Ujian Percubaan UPSR 1 Tahun 6 15-19 Julai PPD 5. Ogos Ujian Percubaan UPSR 2 Ujian Siri 2 PBD/PPsi/PAJSK Tahun 6 Tahun 1-5 Tahun 6 12-16 Ogos MPST Sekolah Sekolah 6. September UPSR Ujian Saringan Linus 2(Lisan&Bacaan) Tahun 6 Tahun1,2&3 2-6 Sep LPM PPD 7. Oktober Ujian Saringan Linus 2(Tulisan) Tahun 1,2&3 2 minggu 7-12 OKT PPD 8. OKT/NOV Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 1-6 28 Okt-1 Nov Sekolah 9. November PBD / PAJSK Tahun 1-6 1 Nov- 15 Nov Sekolah Tindakan :Ketua Panitia & semua guru XX. ICT/VLE
  • 11. 103. Guru Penyelaras ICT, diminta mengurus bilik dan peralatan ICT dengan cekap dan berhemat. 104. Guru Penyelaras VLE, perlu memastikan semua guru menggunakan VLE dengan cekap dan dimanfaatkan kepada murid-murid. 105. Guru Penyelaras mengatakan TMK wajib dijalankan untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6. 106. Guru-guru tahun 1-3 perlu susun jadual membawa murid ke bilik ICT sewaktu matapelajaran DST selama 30 minit dua minggu sekali. Tindakan : Guru Penyelaras ICT dan semua guru XXI. PLBS/PEKA 107.Guru Besar mengatakan pelaksanaan PLBS BM dan BI perlu diteruskan. 108.Selepas Ujian Bersiri atau Peperiksaan guru perlu mengisi Buku PLBs dan dihantar sekali bersama Buku Laporan Murid untuk pemeriksaan GB. 109.Guru-guru Sains perlu menjalankan Peka mengikut sukatan yang ditetapkan dan direkod dalam buku khas yang disediakan. 110.Markah bagi penilaian PEKA UPSR, PLBS BM,BI perlu dihantar ke JPN pada bulan Julai. Tindakan: Ketua Pentaksir BM,BI,PEKA XXII. PSS/Nilam 111.Pn.Jiwa selaku penyelaras PSS mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama sepanjang tahun ini. 112.Beliau turut membentang Rancangan Tahunan PSS dalam Mesyuarat Kurikulum kali pertama. 113.Diharap penggunaan PSS pada tahun 2018 akan lebih berwawasan dan perancangan yang teliti akan dilaksanakan . Beliau turut berkata Perpustakaan adalah gedung ilmu yang dapat meningkatkan prestasi sekolah . 114.Guru Besar mengatakan Program Nilam perlu dimantapkan pada tahun 2018. 115.Beliau berkata KPI Pusat Sumber bagi 2018 adalah murid dipilih sebagai tokoh Nilam. Tindakan: Guru PSS dan semua guru XXIII. Buku Rekod Mengajar 116.Diedarkan Buku Rekod Mengajar kepada semua guru. Penolong Kanan Pentadbiran menerangkan kandungan buku rekod satu demi satu seperti berikut:- • Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Surat Pekeliling Ikthisas Bil 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran • Perutusan Penyelia Sekolah-sekolah Tamil
  • 12. • Format Rancangan Pengajaran Harian • Peruntukan Masa Seminggu KBSR/KSSR • Penggal persekolahan tahun 2018 • Cuti am dan cuti peristiwa sekolah • Jadual waktu Makluman : Semua Guru 117. Seterusnya, guru besar telah menerangkan tentang cara menulis RPH mengikut KSSR . Beliau menekankan tulisan guru harus kemas, cantik dan boleh dibaca dengan mudah. Rekod kerja harian boleh ditulis mulai muka surat rancangan pelajaran tahunan ataupun boleh ditaip dan lekatkan. Rancangan pelajaran tahunan pula boleh disimpan dengan kemas dalam satu fail dan sentiasa dibawa bersama buku rekod jika tidak dilekatkan dalam ruangan Rancangan Tahunan Matapelajaran. Makluman : Semua Guru 118.Beliau juga menekankan butir-butir guru harus dilengkapkan sepenuhnya dan guru harus menulis jadual waktu kelas dan peribadi dengan jelas. 119.Guru Besar mengumumkan cuti peristiwa sekolah. • Cuti peristiwa sekolah  Thaipusam - 1 Februari 2018  Ponggal - 14 Januari 2018  Vinayagar Saturthi - 13 September 2018 120. Guru besar meminta semua guru melengkapkan bahagian penggunaan bahan bantu mengajar, kursus yang dihadiri dari masa ke masa pada tahun 2018 ini. Pada bahagian catatan pula senarai kelas ganti yang guru hadiri perlu dicatatkan. Takwin peperiksaan sekolah perlu dilekatkan dalam buku rekod masing-masing. Makluman : Semua Guru XXIV. Kelas Pemulihan
  • 13. 121. Guru Besar mengingkatkan semua guru kelas dan guru subjek supaya berganding bahu dalam membantu guru pemulihan menjalankan kelas pemulihan berdasarkan maklumat murid yang diperolehi daripada Peperiksaan Akhir Tahun 2017. Tindakan : Guru Kelas & guru pemulihan XXV. SKPMg2 122. Guru Besar mengarahkan semua jawatankuasa melengkapkan dan mengemaskini fail bidang masing-masing berpandukan SKPMg2 yang telah diedarkan. 123.Semua Penolong Kanan juga diarahkan untuk bertindak mengikut senarai kandungan SKPMg2 masing-masing dan menjalankan pemantauan secara berkala untuk memastikan jawatankuasa bidang masing-masing mematuhinya. 124.Para Penolong Kanan juga diminta mengarahkan jawatankuasa bidang masing-masing untuk mewujudkan dahulu fail yang tiada dan memasukkan kandungannya kemudian. 125.Guru Besar juga mengingatkan semua guru agar menjalankan tugas dengan sebaik yang mungkin kerana markah penilaian yang diberikan oleh guru-guru adalah dalam kategori baik dan cemerlang. Oleh itu, para guru haruslah menjalanan tugas yang mencerminkan diri mereka sebaik guru yang baik dan cemerlang sepertimana yang telah diisi dalam SKPMg2 Standard 4. 126.Guru Besar mengatakan semua guru perlu mengorak langkah dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran mengikut standard 4 SKPM G2 serta kemenjadian murid untuk mendapat Band dan Ranking terbaik bagi tahun akan datang. 127.Beliau turut menyatakan GPS UPSR terbaik akan menentukan pencapaian keseluruhan SKPM . Semua guru perlu berganding bahu untuk mencapai Band 1 bagi tahun 2018. Tindakan : semua guru XXVI. Pengurusan Latihan Dalam Pendidikan 128. Penyelaras LDP mengatakan semua guru perlu mengisi maklumat kursus yang telah hadir dalam SPLG. 129. Guru-guru perlu menyediakan minit curai setelah menghadiri mesyuarat , ceramah, bengkel, seminar untuk makluman pihak pentadbir. 130. Guru –guru yang menghadiri kursus perlu mengadakan perkembangan staf dan membuat laporan untuk simpanan fail. 131. Setiausaha LDP memberitahu bahawa Kursus I-Think dalam talian untuk guru ditangguhkan oleh kementerian . Tindakan :Ketua Panitia & semua guru
  • 14. XXVII. I-Think dan KBAT 132.Guru Besar berkata semua guru perlu menerapkan i-think dalam pdpc untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. 133. Beliau turut meminta guru-guru perlu menjadikan penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi sebagai amalan dalam pdpc di sekolah. 134.Guru-guru juga perlu menggunakan soalan –soalan KBAT supaya murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah. Tindakan :Ketua Panitia & semua guru XXVIII. HAL-HAL LAIN 135. Guru besar meminta guru –guru memastikan setiap murid disediakan satu meja, satu kerusi dan satu set buku teks yang lengkap untuk memulakan pembelajaran. 136. Guru besar meminta semua guru kelas mengemas dan menyediakan kelas masing-masing sebelum sesi persekolahan bermula. 137. Guru besar juga meminta semua guru mengekalkan kerjasama dan toleransi yang selama ini diberikan demi meningkatkan prestasi sekolah dalam akademik pada tahun 2018. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan terima kasih. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, ________________________ (KANAGA A/P MANICKAM) Setiausaha Kurikulum