SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
TUGASAN 1:Analisis Jurnal


Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006
 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG
(COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING AMONG SECONDARY SCHOOL
TEACHERS: A CASE STUDY IN PENANG)
Abdul Wahab Ismail Gani1
Kamaliah Hj. Siarap2
Hasrina Mustafa3



http://myais.fsktm.um.edu.my/6783/1/KM_ART_11.pdf
1.PENGENALAN
Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini
menyaksikan komputer menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan
maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000).
Dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan
komputer dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Implikasi
daripada pelaksanaan dasar baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang
rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah
kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan
menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian
dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap
penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.
 2. Persoalan-persoalan kajian
Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah daripada aspek berikut :
   (i)     Adakah terdapat perbezaan antara jantina dan umur dengan sikap penggunaan
           komputer dalam pengajaran dan pembelajaran?
   (ii)    Adakah terdapat perbezaan antara mata pelajaran major yang diajar dengan sikap
           penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ?
   (iii)   Bagaimanakah tahap pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
           pembelajaran ?
   (iv)    Adakah terdapat perbezaan personaliti dengan penggunaan komputer dalam
           pengajaran dan pembelajaran ?
   (v)     Adakah terdapat sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran
           dan pembelajaran ?
   (vi)    Adakah terdapat faedah relatif dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
           pembelajaran ?

                                              1
(vii)  Adakah terdapat     kesepadanan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
          pembelajaran ?
   (viii) Adakah terdapat    ketidakrumitan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
          pembelajaran ?
   (ix)   Adakah terdapat    kebolehcubaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
          pembelajaran ?
   (x)    Adakah terdapat     keteramatan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
          pembelajaran ?

3. Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai
instrumen utama kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari tiga buah
sekolah menengah dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu SMK Datuk Hj. Mohd. Nor
Ahmad (Gelugor), SMK Bukit Gambir (Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi (Jalan P.
Ramlee). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif.
Daripada 184 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 166 (90%) borang soal selidik telah
dikembalikan. Sebanyak lima borang soal selidik telah ditolak oleh pengkaji kerana didapati
tidak lengkap, menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 161. Bagi menganalisis data yang
diperolehi daripada responden melalui soal selidik, perisian SPSS (Statistical Package for the
Social Sciences) telah digunakan. Beberapa kaedah seperti statistik deskriptif, statistik crosstab,
t-test sampel bebas, Anova satu hala dan korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan dan
perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah.



4. Dapatan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang pertama, dapatan kajian berdasarkan Jadual 1 menunjukkan
bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki, di mana bilangan responden perempuan ialah
109 orang (67.7%) manakala bilangan responden lelaki hanya 52 orang (32.3%)
Dapatan kajian, Guru perempuan mencatatkan penggunaan komputer yang terbanyak iaitu
sebanyak 57 orang berbanding guru lelaki iaitu sebanyak 27 orang.

Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 68
orang (42.2%), diikuti oleh kategori umur antara 36–45 tahun iaitu seramai 56 orang (34.8%)
dan kategori umur lebih 45 tahun adalah seramai 28 orang (17.4%). Cuma 9 orang (5.6%) yang
berumur kurang dari 26 tahun.
 Dapatan kajian, Keputusan menunjukkan responden yang berumur di antara 26 hingga 35 tahun
merupakan kategori umur yang mencatat bilangan penggunaan komputer yang tertinggi iaitu
sebanyak 38 orang atau 56% (38 daripada 68 orang yang menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran). Responden yang berumur lebih daripada 45 tahun mencatatkan
peratusan yang paling kurang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
hanya sebanyak 43% (12 daripada 28 orang). Ini mungkin disebabkan responden yang berada


                                                2
dalam kategori umur ini lebih selesa dan berpengalaman dengan pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional.
Taburan kekerapan bagi mata pelajaran major yang diajar pula menunjukkan responden yang
mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan bilangan responden yang sama
iaitu masing-masing seramai 23 orang (14.3%), diikuti dengan 22 responden (13.7%) yang
mengajar subjek Sains, 19 responden (11.8%) yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan 15
responden (9.3%) yang mengajar subjek Sejarah. Baki 59 responden lagi merupakan mereka
yang dikategorikan sebagai mengajar subjek lain-lain seperti subjek Pendidikan Islam, Geografi,
Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pendidikan Jasmani.
 Dapatan kajian menunjukkan responden yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik
mencatatkan peratusan yang paling tinggi menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu masing-masing mencatat peratusan sebanyak 68% (15 daripada 22 orang) dan
70% (16 daripada 23 orang). Keputusan ini adalah selaras dengan saranan kerajaan supaya
menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai subjek yang serasi dengan pembelajaran
berkomputer. Peratusan terendah bagi mata pelajaran major yang diajar terhadap penggunaan
komputer pula adalah subjek Sejarah iaitu sebanyak 47% (7 daripada 15 orang).
Berdasarkan objektif kajian ketiga, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang
signifikan antara pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran .
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.(Rujuk Jadual 12)
Berdasarkan objektif kajian keempat pula,      dapat disimpulkan bahawa faktor personaliti
mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu personaliti yang
positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi
penggunaannya.(Rujuk Jadual 14)


Dapatan kajian bagi objektif kelima, dapat disimpulkan bahawa faktor organisasi mempengaruhi
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sokongan organisasi yang positif
terhadap   penggunaan    komputer    dalam   pengajaran   dan   pembelajaran    mempengaruhi
penggunaannya. (Rujuk Jadual 15)
Dapatan kajian bagi objektif keenam , dapat disimpulkan bahawa faktor faedah relatif
mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif
terhadap faedah relatif komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi
penggunaannya.(Rujuk Jadual 16)




                                              3
Dapatan kajian objektif ketujuh, dapat disimpulkan bahawa faktor kesepadanan mempengaruhi
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap faedah
kesepadanan komputer mempengaruhi penggunaannya
Dapatan kajian objektif kelapan pula,walaupun tahap kekuatannya rendah iaitu nilai r = 0.366
dan P = 0.001. Namun begitu, dapat juga disimpulkan bahawa faktor ketidakrumitan
mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif
terhadap ketidakrumitan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi
penggunaannya.(Rujuk jadual 18)
Dapatan kajian kesembilan, kebolehcubaan mempengaruhi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap kebolehcubaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.
Dapatan objektif kesepuluh, Jadual 20 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang
signifikan antara keteramatan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di
mana nilai r = 0.388 dan P = 0.001.


PENUTUP


Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi,
personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor
demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak
mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.




                                             4

More Related Content

What's hot

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
greenfrog88
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
byin85
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
vincentraj74
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
maheswary2402
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
shamsuhaila85
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
idahazira
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
Azyzah Tahrim
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
Tee Teh
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
Siew Sin Wong
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
sammuechan
 

What's hot (18)

Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Jurnal Web kpt6044
Jurnal Web  kpt6044Jurnal Web  kpt6044
Jurnal Web kpt6044
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail Pengurusan
 

Viewers also liked (6)

Band2
Band2Band2
Band2
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Pp pbs f2
Pp pbs f2Pp pbs f2
Pp pbs f2
 
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddinTugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
 
Faraz resume 2''
Faraz resume 2''Faraz resume 2''
Faraz resume 2''
 
Question 7
Question 7Question 7
Question 7
 

Similar to Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin

Similar to Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin (20)

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
P Point Web
P Point WebP Point Web
P Point Web
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Powerpoint web kpt
Powerpoint web kptPowerpoint web kpt
Powerpoint web kpt
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 

More from kamaruddinmohdsaad (10)

Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
 
1 pengoperasian pbs jpn perak
1 pengoperasian pbs  jpn perak1 pengoperasian pbs  jpn perak
1 pengoperasian pbs jpn perak
 
Kerja paip
Kerja paipKerja paip
Kerja paip
 
Band 1
Band  1Band  1
Band 1
 
Band 6
Band 6Band 6
Band 6
 
Pbs band 4
Pbs band 4Pbs band 4
Pbs band 4
 
Band 1
Band  1Band  1
Band 1
 
Pp pbs f2
Pp pbs f2Pp pbs f2
Pp pbs f2
 
Band2
Band2Band2
Band2
 
Band2
Band2Band2
Band2
 

Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin

  • 1. TUGASAN 1:Analisis Jurnal Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG (COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING AMONG SECONDARY SCHOOL TEACHERS: A CASE STUDY IN PENANG) Abdul Wahab Ismail Gani1 Kamaliah Hj. Siarap2 Hasrina Mustafa3 http://myais.fsktm.um.edu.my/6783/1/KM_ART_11.pdf 1.PENGENALAN Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan komputer menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan komputer dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Implikasi daripada pelaksanaan dasar baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. 2. Persoalan-persoalan kajian Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah daripada aspek berikut : (i) Adakah terdapat perbezaan antara jantina dan umur dengan sikap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? (ii) Adakah terdapat perbezaan antara mata pelajaran major yang diajar dengan sikap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (iii) Bagaimanakah tahap pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (iv) Adakah terdapat perbezaan personaliti dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (v) Adakah terdapat sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (vi) Adakah terdapat faedah relatif dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1
  • 2. (vii) Adakah terdapat kesepadanan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (viii) Adakah terdapat ketidakrumitan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (ix) Adakah terdapat kebolehcubaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? (x) Adakah terdapat keteramatan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ? 3. Metodologi Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari tiga buah sekolah menengah dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu SMK Datuk Hj. Mohd. Nor Ahmad (Gelugor), SMK Bukit Gambir (Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi (Jalan P. Ramlee). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif. Daripada 184 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 166 (90%) borang soal selidik telah dikembalikan. Sebanyak lima borang soal selidik telah ditolak oleh pengkaji kerana didapati tidak lengkap, menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 161. Bagi menganalisis data yang diperolehi daripada responden melalui soal selidik, perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) telah digunakan. Beberapa kaedah seperti statistik deskriptif, statistik crosstab, t-test sampel bebas, Anova satu hala dan korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan dan perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah. 4. Dapatan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang pertama, dapatan kajian berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki, di mana bilangan responden perempuan ialah 109 orang (67.7%) manakala bilangan responden lelaki hanya 52 orang (32.3%) Dapatan kajian, Guru perempuan mencatatkan penggunaan komputer yang terbanyak iaitu sebanyak 57 orang berbanding guru lelaki iaitu sebanyak 27 orang. Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 68 orang (42.2%), diikuti oleh kategori umur antara 36–45 tahun iaitu seramai 56 orang (34.8%) dan kategori umur lebih 45 tahun adalah seramai 28 orang (17.4%). Cuma 9 orang (5.6%) yang berumur kurang dari 26 tahun. Dapatan kajian, Keputusan menunjukkan responden yang berumur di antara 26 hingga 35 tahun merupakan kategori umur yang mencatat bilangan penggunaan komputer yang tertinggi iaitu sebanyak 38 orang atau 56% (38 daripada 68 orang yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran). Responden yang berumur lebih daripada 45 tahun mencatatkan peratusan yang paling kurang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu hanya sebanyak 43% (12 daripada 28 orang). Ini mungkin disebabkan responden yang berada 2
  • 3. dalam kategori umur ini lebih selesa dan berpengalaman dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Taburan kekerapan bagi mata pelajaran major yang diajar pula menunjukkan responden yang mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan bilangan responden yang sama iaitu masing-masing seramai 23 orang (14.3%), diikuti dengan 22 responden (13.7%) yang mengajar subjek Sains, 19 responden (11.8%) yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan 15 responden (9.3%) yang mengajar subjek Sejarah. Baki 59 responden lagi merupakan mereka yang dikategorikan sebagai mengajar subjek lain-lain seperti subjek Pendidikan Islam, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian menunjukkan responden yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik mencatatkan peratusan yang paling tinggi menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu masing-masing mencatat peratusan sebanyak 68% (15 daripada 22 orang) dan 70% (16 daripada 23 orang). Keputusan ini adalah selaras dengan saranan kerajaan supaya menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai subjek yang serasi dengan pembelajaran berkomputer. Peratusan terendah bagi mata pelajaran major yang diajar terhadap penggunaan komputer pula adalah subjek Sejarah iaitu sebanyak 47% (7 daripada 15 orang). Berdasarkan objektif kajian ketiga, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.(Rujuk Jadual 12) Berdasarkan objektif kajian keempat pula, dapat disimpulkan bahawa faktor personaliti mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu personaliti yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.(Rujuk Jadual 14) Dapatan kajian bagi objektif kelima, dapat disimpulkan bahawa faktor organisasi mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sokongan organisasi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya. (Rujuk Jadual 15) Dapatan kajian bagi objektif keenam , dapat disimpulkan bahawa faktor faedah relatif mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap faedah relatif komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.(Rujuk Jadual 16) 3
  • 4. Dapatan kajian objektif ketujuh, dapat disimpulkan bahawa faktor kesepadanan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap faedah kesepadanan komputer mempengaruhi penggunaannya Dapatan kajian objektif kelapan pula,walaupun tahap kekuatannya rendah iaitu nilai r = 0.366 dan P = 0.001. Namun begitu, dapat juga disimpulkan bahawa faktor ketidakrumitan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap ketidakrumitan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.(Rujuk jadual 18) Dapatan kajian kesembilan, kebolehcubaan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap kebolehcubaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya. Dapatan objektif kesepuluh, Jadual 20 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara keteramatan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.388 dan P = 0.001. PENUTUP Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 4