Laporan mengenai aktiviti senamrobik dan cerdas bersama Milo yang diadakan pada 16 Ogos 2018 bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang sihat dan cerdas dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal seperti senamrobik.
2. Aktiviti Cergas Bersama Milo dan Senamrobik
Anjuran Milo telah diadakan pada sebelah pagi
bertarikh 16 Ogos 2018. Ia bertujuan untuk
melahirkan generasi berkonsep sihat sejahtera
melalui gaya hidup sihat tajaan Milo (Nestle
Malaysia).
3. Matlamat mengadakan aktiviti cerdas bersama
Milo dan senamrobik ini adalah untuk melahirkan
generasi murid yang cerdas dan sihat, dan
membudayakan senaman sebagai amalan yang
rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi
senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk
melakukannya kerana senaman ini dilakukan
dengan iringan muzik beserta dengan gaya
senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga
bertujuan membina keyakinan diri murid supaya
yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas
seperti senamrobik dan sukan.
4. 1.Memberi peluang kepada semua
murid untuk melibatkan diri dalam
gaya hidup yang sihat.
2.Mengamalkan dan mempraktikkan
gaya hidup yang sihat dengan cara
yang betul.
3.Meningkatkan koordinasi tubuh badan
murid-murid.
4.Meningkatkan semangat kesukanan
dan kekitaan.