ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
PENGURUSAN KOKURIKULUM T6 STAR 2017
1. Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6
PENGURUSAN KOKURIKULUM
SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH
1.0 Pengenalan :
1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi segala aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan
Persatuan serta Permainan yang merupakan aktiviti luar bilik darjah danmempunyai peranan
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.
1.2 Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar adalah suatu aktiviti yang boleh
membentuk ciri-ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah
bermatlamat untuk mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab,
prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan futuristik,
keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
1.3 Namun demikian, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9 Tahun 1997,
wakil Bahagian Pengajian Tinggi, mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah
dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan
kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian
dari markah penilaian kemasukan ke IPTA.
2.0 Pengurusan kokurikulum PPU
2.1 Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan
pengoperasian ko kurikulumnya. Walaupun tiada modul khas tentang pelaksanaannya dari
pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak PPU mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti
kokurikulum diadakan secara berasingan daripada aktiviti kokurikulum aliran perdana. Oleh
yang demikian, pelajar tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum bersama para
pelajar aliran perdana.
2.2 Secara rasionalnya, pengasingan penglibatan kokurikulum adalah seperti berikut :
2.2.1 Penglibatan aktiviti kokurikulum dalam kumpulan pelajar pra Universiti sahaja.
2.2.2 Peluang kepada pelajar aliran perdana memegang jawatan tertinggi dalam Unit
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan.
2.2.3 Aktiviti kokurikulum melibatkan kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Kerajaan
dan NGO.
2.2.4 Pelajar akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah dan
komuniti setempat.
2. 2.2.5 Penglibatan sepenuhnya pelajar dalam mendapatkan markah maksimum 10% daripada
kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke IPTA
3.0 Penglibatan Kokurikulum
3.1 Pengoperasian kokurikulum mewajibkan setiap pelajar menyertai pasukan Unit
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Namun demikian, pelajar PPU diwajibkan
menyertai Sukan Tahunan Sekolah melalui penglibatan dalam Rumah Sukan serta membantu
pihak sekolah menganjurkan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.
3.2 Setiap pelajar wajib menyertai Persatuan Tingkatan Enam (PPTE) dan menyertai dua
kegiatan kokurikulum :
3.2.1 Badan Beruniform :
3.2.1.1 Pengakap Kelana
3.2.2 Kelab / Persatuan :
3.2.2.1 Persatuan Pelajar Tingkatan Enam ( wajib )
3.2.3 Permainan :
3.2.3.1 Bola Jaring
3.2.3.2 Bola Tampar
3.2.3.3 Petanque
3.2.3.4 Futsal
3.3 Pemilihan Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan adalah berdasarkan
kriteria berikut:
3.3.1 Merupakan kelab dan persatuan berkaitan mata pelajaran STPM.
3.3.2 Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan dan NGO.
3.3.3 Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus
anjuran seperti anjuran pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3.3.4 Pelajar yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat Negeri dan Kebangsaan.
3.3.5 Guru Penasihat adalah dalam kalangan tenaga pengajar dan memudahkan
penglibatan bidang tugas pada sebelah petang
3. 4.0 Pelaksanaan Kokurikulum:
4.1 Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3
Penggal sahaja iaitu Penggal 1 dan 2 dan 3.
4.2 Melibatkan sekurang-kurangnya 18 kali perjumpaan badan beruniform dan 12 kali bagi
Kelab / Persatuan dan Permainan sepanjang Penggal 1,2, dan 3.
4.3 Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Pengurusan KoKurikulum
setiap Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan dan diselia oleh seorang guru
penasihat.
4.5 Jadual Aktiviti Kokurikulum :
Hari Waktu Rasmi
Rabu 1.50 – 2.50 petang dan Khamis 7.30 – 8.50 pagi
4.6 Guru Penasihat yang terlibat hanya menguruskan Unit Beruniform, Kelab dan
Persatuan serta Permainan kokurikulum PPU sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti
kokurikulum aliran perdana.
4.7 Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan
Permainan :
4.7.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan GPK
4.7.2 Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat.
4.7.3 Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan KPM,
JPN, Pengetua dan GPK
4.7.4 Bekerjasama dengan Guru Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum
Kementerian, JPN dan sekolah.
4.7.5 Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK sekiranya
diperlukan.
4.7.6 Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan
dilaksanakan.
4.7.7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK
4. 4.8 Kod Pakaian
4.8.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :
4.8.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan
1. Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek berwarna gelap.
2. Tudung sekolah sahaja dibenarkan.
4.8.1.2 Aktiviti Unit Beruniform
1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.
4.8.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan
1. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.
4.9 Ketidakhadiran Aktiviti kokurikulum
4.9.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak sihat
daripada doktor awam/swasta.
4.9.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar tindakan
disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid.
5.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum
5.1 Penilaian Aktiviti Kokrikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis
aktiviti yang disertai adalah berdasarkan :
a. Kehadiran
b. Jawatan disandang
c. Penglibatan
d. Pencapaian
5.2 Gred Keseluruhan
5.2.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dari tiga jenis
kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan
kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua
bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi.
5. Contoh :
Jumlah Markah Persatuan Badan Beruniform = 79
Jumlah Markah Persatuan / Kelab = 68
Jumlah Markah Sukan / Permainan = 85
Markah purata ialah : ( 79+85 ) / 2 = 82
Markah bonus ( Ketua Pengawas / Pelajar ) = 8
Markah keseluruhan : 82 + 8 = 90
Gred Keseluruhan : A
5.2.2 Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum
GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E 19 ke bawah
5.2.2.1 Gred Penilaian seperti berikut:
5.2.3 Markah Bonus
5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan :
a. Jawatan Kepimpinan
i. Perjawatan Peringkat Sekolah Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Presiden MPP dan
sebagainya.
ii Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan sebagainya.
iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya
5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA= Markah Keseluruhan 10
6. Contoh Kiraan Markah 10% :
Markah Keseluruhan = 80
= 80 x 10 / 100
Markah 10% = 8.0
5.3 Peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) :
5.3.1 Pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti PLKN, boleh memilih
markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini,
pelajar mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah
kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah
terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah kokurikulum yang diperolehi calon
ialah 60 markah atau 60/100 x 10 = 6 ( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)
5.4 Pelaksanaan Penilaian :
5.4.1 Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian
Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Langkah ini
memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya pelajar
berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA.
5.4.2 Pihak hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada tenaga
pengajar dan dipengerusikan oleh GPK
5.4.3 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh GPK
6.0 Khidmat Masyarakat
6.1 Merupakan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti /
masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar
6.2 Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan
oleh pelajar dan dikawal selia oleh penyelia projek.
6.3 Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin
dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari pihak
sekolah.
6.4 Program ini membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
6.5 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang
mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan.
6.6 Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
7. 6.7 Setiap pelajar perlu melaksanakan khidmat masyarakat ini sekurang-kurangnya 3 jam
sepanjang sesi pengajian ( Penggal 1 dan 2 sahaja )
6.8 Setiap pelajar diwajibkan melaksanakan tempoh khidmat masyarakat ini sebagai
prasyarat tamat pengajian atau digraduasikan ( syarat graduasi ) pada majlis mini
konvokesyen ( Majlis Graduasi )
7.0 Penutup :
Pengurusan Kokurikulum yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan dan
penjenamman semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan
tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka
sebagai panduan serta penyelarasan untuk guru-guru menggerakkan kegiatan kokurikulum
agar lebih terancang dan berfokus.