Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Sembelit
1. Cari...
Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman Bahasa Malaysia
BAYI/KANAKKANAK Perut Sembelit
Sembelit
Apakah sembelit?
Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau
kesukaran membuang air besar.
Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku di kalangan kanakkanak
dan apakah faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini?
Masalah ini adalah biasa di kalangan kanakkanak tetapi biasanya hanya sementara.
Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
Pengambilan cecair yang tidak mencukupi.
Kurang bersenam.
Menahan keinginan untuk buang air besar.
Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung
atau hypothyrodism.
Ubatubatan contoh ubat tahan sakit narkotik.
Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika anak saya sembelit?
Tandatanda dan gejalanya termasuk :
Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan
keras.
Sakit perut.
Sakit ketika membuang air besar seperti menyempitkan duburnya, tidak boleh duduk
diam dan muka bertukar menjadi kemerahmerahan.
JUMAAT, 31 JUL 2015, 08:51:41
Sembelit
Sembelit
UTAMA BAYI/KANAKKANAK REMAJA DEWASA WARGA EMAS PEMAKANAN UBAT & ANDA PERGIGIAN KESIHATAN MENTAL UMUM
2. Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanakkanak.
Apakah masalah yang akan terjadi sekiranya menghidapi sembelit?
Terjadinya luka kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh menyebabkan
perdarahan dan kesakitan.
Enggan membuang air besar.
Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang dihidapi contoh usus tersumbat dalam
penyakit Hirschprung.
Bagaimanakah mengendalikan kanakkanak sembelit?
Penilaian
Penting untuk menilai situasi bagi mengecam dan merawat penyakit yang dihidapi.
Pemakanan
Lebihkan pengambilan makanan berserat (buahbuahan, sayuran hijau dan bijirin) dan
cecair di dalam pemakanan harian kanakkanak.
Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah
penting untuk memastikan susu yang di ambil mencukupi. Pertukaran susu formula
mungkin boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.
Latih tabiat ke tandas
Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.
Senaman
Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit.
Ubatubatan
Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin memberi ubat untuk melembutkan najis
atau enema bagi mengeluarkan najis.
Bagaimanakah latihan tabiat ke tandas dilakukan?
Anak anda harus duduk di atas mangkuk tandas sekurangkurangnya 15 minit setiap
hari.
Semasa membuang air besar, anak anda boleh membaca buku.
Konsisten, kesabaran dan ketekunan diperlukan supaya latihan ini berjaya.
Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini daripada terjadi?