Dokumen tersebut membahas tiga jenis kata adjektif yaitu kata adjektif cara, kata adjektif perasaan, dan kata adjektif pancaindera yang memberikan pengertian keadaan, perasaan, dan indera sebagai penerang kata nama dalam sebuah kalimat.
1. KATA ADJEKTIF CARA
• Memberi pengertian keadaan
kelakuan atau ragam sebagai
penerang kata nama.
Contoh: lincah, jelas, cepat, gopoh,
lambat dan maju.
Contoh penggunaan dalam ayat:
Kereta itu bergerak dengan begitu
laju.
2. Kata Adjektif Perasaan
• -memberi pengertian konsep
perasaan sebagai penerang kata
nama dan harus diikuti oleh kata
sendi nama.
• Contoh: sayang, suka, gembira,
benci, rindu dan segan.
• Contoh penggunaan dalam ayat:
Hazwan sedih kerana barang
pemainannya rosak.
3. Kata Adjektif Pancaindera
-memberi pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh atau
gabungan kelima-lima indera
sebagai penerang kata nama.
Contoh: manis, wangi, garau, tawar,
hodoh, cantik dan licin.
Contoh penggunaan dalam ayat:
Permukaan papan yang baru
diketam itu amat licin.