Lima faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa, yaitu peranan guru, jenis bahasa, gender pelajar, latar belakang keluarga, dan motivasi. Guru perlu mengajar dengan berbagai strategi untuk memudahkan pelajar mempelajari bahasa, sedangkan jenis bahasa dan gender juga berpengaruh pada strategi yang digunakan. Latar belakang keluarga dan motivasi pelajar juga mempengaruhi keberhasilan pembelajaran bahasa
4. TENAGA PENGAJAR
Pelajar melihat guru sebagai sumber
pengetahuan dan mereka mengharapkan guru
untuk menyediakan bahan kursus. Pensyarah
mempunyai peranan yang aktif dalam
pengajaran kerana ia memutuskan tentang
perancangan dan penyediaan bahan
pengajaran. Pensyarah juga diharap dapat
menyampaikan isi pelajaran bersesuaian
dengan kebolehan pelajar.
5. TENAGA PENGAJAR
Bagi memastikan pelajar mahir dan berjaya dalam
menguasai sesuatu bahasa, para guru harus mengajar
dan membantu pelajar pelajar menggunakan strategi
belajar yang berkesan. Guru-guru yang mempelbagai
strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajar
menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan
berkesan (Oxford & Crookall, 1989).
6. JENIS BAHASA
Perbezaan jenis bahasa dari segi linguistik dan
ortografi juga didapati mempengaruhi
penggunaan strategi dalam pembelajaran bahasa
sasaran ( Grabe, 1986; Douglas,1992).
Pelajar yang mempelajari bahasa kedua daripada
bahasa Indo-Eropah dan membina SPB mereka
berkemungkinan tidak mampu memindahkan
strategi yang sama ketika mempelajari bahasa
Jepun (Nakayama, 1995).
7. JANTINA
Abu Talib (1998), Mohd. Nazali, Mohamed
Amin dan Zamri (1999), Mohamed Amin,
Mohd. Nazali dan Zamri (2001) serta
Mohamed Amin, Zamri dan Mohd. Isa (2004)
mendapati bahawa pelajar perempuan lebih
banyak menggunakan strategi pembelajaran
bahasa ketika belajar BM berbanding pelajar
lelaki.
8. LATAR BELAKANG KELUARGA
Gleitmann (1986) dalam Puteri Roslina
(2004) menyatakan, sikap, kepercayaan,
tanggapan, penilaian dan sifat semulajadi
menyebabkan seseorang itu bertindak
dengan cara tertentu. Sikap kanak-kanak
terhadap bahasa kedua mungkin berbeza
bagi mereka yang berlatar belakang
keluarga profesional daripada yang
bukan profesional.
9. MOTIVASI
Mengikut Lightbown dan Spada
(1999) dalamkajian yang dilakukan
oleh Nik Mohd Rahimi et al (2008)
menyatakan banyak keputusan kajian
yangtelah membuktikan elemen
motivasi memberikan sumbangan
kepada pencapaian bahasa kedua
dalam kalangan pelajar.