Masyarakat Warung dan Pentingnya Berfikir Rasional
1. MAKSUD SAJAK
Rangkap 1 : Pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat di warung-warung . Misalnya , di
warung terdapat penjual sentimental dan para pengunjung yang terlalu
mengikut emosi
Rangkap 2 : Golongan tersebut memperkatakan sesuatu menurut kata hati dan
bukannya berfikir secara rasional dan menggunakan akal yang waras
Rangkap 3 : Golongan ini berhujah tanpa asas yang kukuh dan hujah itu pula mudah
disangkal
Rangkap 4 : Di warung itu , masyarakat lebih banyak berbual-bual kosong
2. Rangkap 5 : Golongan ini hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal
yang cetek dan pengetahuan yang dangkal semata-mata
Rangkap 6 : Penyair mendapati mereka yang berada di warung itu kaya
dengan perasaan tetapi kurang bijaksana dalam bercakap atau
bertindak
Rangkap 7 : Penyair mendapati pasar itu dipenuhi pengunjung yang tidak
menggunakan fikiran dalam berurusan tetapi penuh dengan
hiruk-pikuk yang tidak mempunyai apa-apa makna
3. TEMA
Sajak ‘ Pasar Perasaan ‘ bertemakan
kerenah segolongan masyarakat yang
begitu lantang bersuara di warung-warung
. Masyarakat ini menyuarakan
pendapat mengikut perasaan tanpa
menggunakan akal
4. Persoalan
1 . Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia
2 . Sikap emosional ketika berkata-kata atau berhujah
3. Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung
warung
4 . Perbincangan golongan tertentu yang berasaskan fikiran dan
pendapat yang dangkal
5. Gaya Bahasa
1 . Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
indah dan berkesan .
Contohnya - pada gerainya duduk penjual sentimental ( rangkap 1 baris 2 )
2 . Simile
Contohnya - yang rapuh dan lapuk , bagai kayu buruk ( rangkap 3 baris 3 )
3 .Metafora
Contohnya - pasar perasaan
4 . Penggunaan kata pinjaman
Contohnya - sentimental ( rangkap 1 baris 2 )
5 . Repetisi
Contohnya - ini pasar perasaan ( rangkap 1 baris 1 , rangkap 2 baris 1 , rangkap 4 baris
1 , rangkap 5 baris 1 )
6. 6 . Personafikasi
Contohnya - ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek ( rangkap 5 baris 1 dan 2 )
7 . Perlambangan atau imejan
Contohnya - kayu buruk ( rangkap 3 baris 3 )
8 . Inversi
Contohnya - di dalamnya mengalir sungai manusia ( rangkap 4 baris 2 )
( sepatutnya sungai manusia mengalir di dalamnya )
9 . Responsi - yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal ( rangkap 2 baris 3 dan 4 )
7. Nilai
1 . Berhati- hati : berhati-hati ketika menyuarakan pendapat
2 . Kebijaksanaan : bijak berkata-kata dengan menggunakan akal
dan bukannya menurut hati atau perasaan
3 . Rasional : bersikap rasional dalam setiap tutur kata atau
tindakan supaya tiada masalah yang timbul
8. PENGAJARAN
1 . Kita perlu bijak dalam menyampaikan pandangan atau
menyuarakan perasaan
2 . Kita hendaklah bersikap rasional dalam apa-apa jua perkara
3 . Kita sewajarnya menggunakan akal apabila berhujah dengan
pihak lain