SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
SKRIP KEJOHANAN SUKAN SKDKr (2) 2019
K.MUNI :
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali
diiringi oleh Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir, dengan iringan paluan pasukan
kompang seri Keramat menuju ke pentas seterusnya mengambil tempat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali, Pengarah Eksekutif Restoran Ali Maju
Yang Berusaha Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir, Guru Besar SK Datuk Keramat 2
Yang Dihormati En Ahamad Shukri Bin Mad Lazim, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum merangkap Naib Pengerusi 1 Temasya Sukan Tahunan kali ke-19 SK
Datuk Keramat 2.
Yang Dhormati, Pn Hajjah Nurmallina Manja Ainillah binti Abdullah, Pegawai
Perhubungan Sekolah, En Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG, Guru-Guru
Penolong Kanan, Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, para jemputan,guru-guru,ibu bapa
,tuan-tuan , puan-puan,murid-murid dan hadirin sekalian.
Bunga gantang di Jeti Peramu,
Indah Warnanya bagaikan bara,
Selamat datang para tetamu,
Dengan izin mulakan acara
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, kita
semua dapat berkumpul dalam majlis sukan pada hari yang berbahagia ini, bagi
menjayakan Kejohanan Olahraga kali ke-19 ini.
Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan
puan- puan khususnya kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali kerana
sudi menyempurnakan Temasya Sukan Olahraga kali ke-19 ini.
2
ZATY :
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Setiap kontinjen segak berhias
Tibalah masa Perarakan kontinjen olahraga
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk daripada peserta-peserta dari setiap
rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam acara kejohanan olahraga ini.
Untuk itu, dengan segala hormatnya, dipersilakan Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir,
Guru Besar SK Datuk Keramat 2 untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali
untuk berdiri bagi membalas perarakan masuk setiap rumah sukan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
(Murid-murid berjalan mengikut peserta rumah sukan)
Untuk makluman hadirin semua, tema perbarisan kontinjen rumah pada
tahun ini ialah negara Asean. Juri-juri diminta untuk bersedia bagi
memberikan penilaian kepada setiap kontinjen rumah sukan. Hadiah yang
menarik bakal diberikan kepada johan perbarisan di akhir majils nanti. Juri
perbarisan terdiri darpada Dato’ Hj Jawahar Ali, Pn Hajjah Nurmalina Manja
Ainillah dan En Kasniza Jumari.
Perarakan masuk dimulakan oleh ketua kontinejn, Mohd Irfan bin Jonedi
diikuti oleh pembawa bendera sekolah iaiatu Aidil Nasution bin Rasid. Untuk
pengetahuan, Mohd Irfan bin Jonedi merupakan atlet sepak takraw sekolah
yang telah berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan.
Melintas masuk sekarang adalah peserta rumah sukan daripada peserta rumah
saga yang merupakan Johan bagi kejohanan sukan yang lepas dengan berlatarkan
warna kemerah-merahan. Diketuai oleh MOHD IMRON HANAFI BIN SUHARI
selaku pembawa bendera.Seiring dengan cogan kata ” Saga Mara Tetap Juara”.
NEGARA ASEAN YANG DIPILIH OLH RUMAH SAGA IALAH VIETNAM. NAGA
VIETNAM MERUPAKAN MAKHLUK YANG SIMBOLIK DALAM BUDAYA
RAKYAT AN MITOS NEGARA VIETNAM. MENURUT SATU KISAH MITOS
PENCIPTAAN, BANGSA VIETNAM ADALAH KETURUNAN SEEKOR NAGA DAN
SEEKOR PARI-PARI. MASYARAKAT VIETNAM PERCAYA BAHAWA NAGA
MENDATANGKAN HUJAN YANG PENTING UNTUK PERTANIAN. MAKHLUK
INI JUGA MELAMBANGKAN MAHARAJA, KEMAKMURAN DAN KEKUASAAN
BANGSA. SEPERTI DENGN NAGA CINA, NAGA VIETNAM MERUPAKAN
3
LAMBANG TENAGA YANG MELIPUTI ALAM SEMESTA, KEHIDUPAN,
KEWUJUDAN DAN PERTUMBUHAN.
Peserta rumah sukan yang seterusnya adalah merupakan kontijen naib johan yang
berlatarkan warna kekuning-kuningan dari rumah Waja. Diketuai oleh ALIF
DANIAL BIN SYAFRIANTO selaku pembawa bendera. Berbekalkan semangat
juang yang tinggi, waja terus mara ke hadapan tanpa menoleh kebelakang seiring
dengan cogan kata mereka ” Waja-Pantang Berundur Sebelum Bertempur”.
MEMILIH NEGARA ASEAN INDONESIA SEBAGAI TEMA PADA KALI INI.
ELEMEN YANG DITONJOLKAN DALAM KONTINJEN WAJA IALAH BATIK
JAWA DAN BATIK BALI. SEJARAH BATIK DI INDONESIA BERMULA
PERKEMBANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT DAN PENYEBARAN AGAMA
ISLAM DI PULAU JAWA. BUDAYA BALI PULA DIPILIH KERANA KEUNIKAN
PERPADUAN ANTARA AGAMA HINDU-DHARMA DAN ADAT ISTIADAT
SETEMPAT DI BALI. KONTINJEN WAJA MENONJOLKAN ELEMEN
PERTUNJUKAN TARIAN TRADISIONAL DI BALI MELALUI WATAK
BERTOPENG, HIASAN KEPALA PEREMPUAN BESERTA GEBONGAN YANG
MERUPAKAN PERSEMBAHAN BUAH-BUAHAN DAN BUNGA.
Melangkah dengan penuh bangga ketika ini, ditampilkan peserta rumah ketiga
yang berlatarkan warna kebiru-biruan dari rumah Putra. Diketuai oleh IBRAHIM
BIN AHMAD selaku pembawa bendera. Putra telah mendapat tempat ketiga pada
temasya sukan yang lalu. Berbekalkan motto ”Putra Tetap Juara” menjadi
pembakar semangat mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
NEGARA ASEAN CAMBODIA MERUPAKAN PILIHAN RUMAH PUTRA. SOM
SVA KUM ATAU SELAMAT DATANG. WARNA BIRU DALAM BENDERA
CAMBODIA MEWAKILI SEMANGAT YANG INGIN DISAMPAIKAN PASUKAN
PUTRA IAITU KBEBASAN, KERJASAMA DAN PERSAUDARAAN. ELEMEN
KEBUDAYAAN CAMBODIA LEBIH MEMENTINGKAN ELEMEN
KEKELUARGAAN BERBANDING SIKAP PERIBADI. CAMBODIA MEMASUKI
NEGARA ASEAN PADA TAHUN 1999. OHUNCRAN (TERIMA KASIH)
Perbarisan kita diteruskan lagi, dengan peserta rumah sukan yang berlatarkan
warna kehijau-hijauan dari rumah Wira . Diketuai oleh AIDIL NASUTION BIN
RASID selaku pembawa bendera. Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi,
Wira terus mengorak langkah dengan iltizam dan daya juang yang tinggi menuju
ke arah kecemerlangan. Selaras dengan cogan kata ”Wira Juara” Teruskan
perjuanganmu. WIRA PULA MEMILIH NEGARA ASEAN THAILAND.
MENAMPILKAN MASKOT GAJAH PUTIH YANG MERUPAKAN HAIWAN
SIMBOLIK BAGI NEGARA THAILAND. TURUT DITAMPILKAN KEHADIRAN
PUTERI THAILAND YANG CANTIK BERPAKAIAN TRADISONAL. SELAIN ITU,
KELIHATAN SEORANG LELAKI MUAY THAI YANG MANA MUAY THAI
4
MERUPAKAN ANTARA SUKAN YANG PALING POPULAR DI THAILAND.
SAWADIKAP SALAM SEJAHTERA SEMBAH DIBERI DARI KONTINJEN WIRA.
Dengan berlalunya peserta rumah sukan daripada rumah WIRA itu tadi, maka
lengkaplah sudah kesemua perarakan yang mengambil bahagian pada kali ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Dato’ Jawahar Ali kerana sudi membalas perarakan sebentar tadi.
(Perlahankan muzik dan off, standby Lagu Negaraku)
K MUNI :
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Dengan segala hormatnya diminta supaya semua hadirin berdiri tegak untuk turut
sama menyanyikan lagu Negaraku yang akan berkumandang sebentar lagi.
( Nyanyian Lagu Negaraku)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana keprihatinan terhadap lagu
Negaraku itu tadi. Para hadirin dan murid dipersilakan duduk.
Lebat Kemiri Pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha Esa.
Seterusnya, untuk menambahkan keberkatan majlis, dengan segala hormatnya,
dipersilakan Ustaz Ahmad Solehin Redza bin Mustapha Kamal untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
( Doa )
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Solehin Redza bin
Mustapha Kamal atas bacaan doa itu tadi.
5
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan ikrar yang akan diketuai oleh Adik
Mohd Irfan bin Jonedi selaku ketua Perbarisan sukan untuk memimpin bacaan
ikrar kejohanan olahraga. Diminta semua murid berdiri.
________________________________________________________________________
( Bacaan Ikrar)
Demikianlah tadi , bacaan ikrar yang penuh bersemangat oleh peserta-peserta
perbarisan rumah sukan kita pada kali ini. Semua murid dipersilakan duduk.
( Ucapan GB )
Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,
Majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Kasniza Jumari bin Shamsir, Guru
Besar SK Datuk Keramat 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
ZATY :
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir
atas ucapan beliau sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang Jerami rebah kebumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Majlis kita diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali
untuk menyampaikan ucaptama beliau dan seterusnya merasmikan Kejohanan
olahraga SK Datuk Keramat 2 kali ke 19. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali diatas
ucaptama beliau sebentar tadi
Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Encik Kasniza Jumari bin Shamsir
mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali turun ke padang bagi
menyempurnakan upacara perasmian menandakan bermulanya Kejohanan
olahraga SK Datuk Keramat 2 kali ke 19. Dipersilakan.
6
(Gimik Perasmian)
Marilah kita sama-sama saksikan gimik perasmian kejohanan olaharaga Sk
Datok Keramat 2.
BAIKLAH,YANG SEDANG KITA SAKSIKAN SEKARANG,PERARAKAN MASUK
KONTINJEN PEMBAWA OBOR DAN PEMBAWA BENDERA RUMAH SUKAN
MEWAKILI SAGA, WAJA, PUTRA DAN WIRA.
Saudara Adam Malik membawaobor dan menyerahkanobortersebut kepada
dato Jawahar Ali untuk dinyalakan. Adam Malik merupakan olahragawan
harapan 2018 dan juga atlet olahraga sekolah yang berjaya sehingga ke
peringkat negeri.
Begitulah tadi gimik perasmian yg telah disempurnakan oleh Dato Jawahar Ali
Majlis merafakkan ucapan setinggi –tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia
Dato’ Hj Jawahar Ali atas ucaptama dan perasmian sebentar tadi
(SENAMROBIK)
Murid-murid perbarisan diminta untuk bangun dan bersiap sedia untuk acara
seterusnya.
Baiklah, marilah kita saksikan persembahan pergerakan berirama, senamrobik
sebagai pembuka tirai Kejohanan Olahraga oleh murid murid tahun 4,5,dan 6.
Untuk makluman para hadirin sekalian pasukan senamrobik ini telah dilatih oleh
Pn Siti Mardiana, Cik Adira Ainul Balqis dan semua guru pendidikan jasmani dan
kesihatan. Sama-ama kita saksikan.
Demikianlah tadi persembahan pergerakan berirama, senamrobik yang begitu
bersemangat oleh semua kontinjen rumah sukan.
Seterusnya, diminta kepada semua peserta rumah sukan bersedia untuk perarakan
keluar menuju ke khemah rumah sukan masing-masing. Perarakan keluar
dimulakan dengan kontinjen rumah putra, saga, waja dan wira. (Mengikut setiap
rumah sukan).
(Peserta rumah sukan berarak keluar)
K MUNI:
7
Baiklah tanpa melengahkan masa ayuh marilah kita sama-sama memberikan
sokogan dan sorakan semangat kepada atlet-atlet yang akan mengambil
acara larian 100m yg merupakan acara yang pertama. Seramai 2 orang
peserta terpilih yang akan mewakili rumah sukan masing2.
Pengadil lorong dan hakim penamat sila mengambil tempat masing2. Jika
ada sebarang bantahan keputusan bolehlah merujuk juri rayuan yang terdiri
daripada barisan pentadbir iaitu tuan guru besar,Ustaz Ahamad Shukre dan
Puan Ahla Wardah.
(TEMASYA KEJOHANAN SUKAN BERMULA)
Acara 100m bermula
Majlis berhenti seketika bagi memberi laluan untuk acara penyampaian hadiah
bagi kategori 100m lelaki dan perempuan. Untuk itu dijemput Yang Berbahagia
Dato’ Jawahar Ali bagi menyampaikan hadiah.
Sebagai tanda terima kasih, pihak SK Datuk Keramat 2 kepada Yang Berbahagia
Dato’ Jawahar Ali. maka dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Kasniza
Jumari bin Shamsir untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia
Dato’ Jawahar Ali .sebagai tanda kenangan. Dipersilakan.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera
Hiangan mesra pengikat kasih
Untuk itu Majlis menjemput Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali bersama-
sama pihak pentadbir untuk menjamah hidangan yang telah disediakan. Majlis
juga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Yang Berbahagia Dato’ Jawahar
Ali meluangkan masa dan seterusnya merasmikan majlis ini. Semoga ukhwah ini
akan berkekalan selamanya. Dipersilakan.
Diteruskan majlis dengan penyampaian hadiah 100m tahun 5 dan 6 lelaki dan
perempuan. Untuk itu, dijemput Pn Hajjah Nurmalina Manja Ainilllah binti
Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah bagi menyampaikan medal kepada
pemenang.
8
100 meter tahun 5 ,tahun 6
ZATY :
Acara Ibu (Mizan)
Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara ibu sebentar tadi, dijemput En
Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Terima kasih diucapkan kepada En Shamsul Norzaen di atas kesudian
menyampaikan hadiah.
Acara 200 m tahun 4,5 dan 6.
Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara 200 meter sebentar tadi,kita jemput
sekali lagi En Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG bagi menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
Kita redakan sebentar acara anak-anak di padang dengan acara bapa pula.
Diminta para bapa bersedia di padang sekarang.
Kita jemput En Muhd Ali bin Jaan, Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid
bagi acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
Terima kasih En mohd Ali.
K. MUNI
Acara 4x100 tahun 4,5 dan 6.
Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara x100 meter sebentar tadi,kita
jemput sekali lagi En Mohd Ali bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
9
Alhamdulilah, kesemua acara yang dipertandingkan pada hari ini telah
selesai dan berjalan dengan baiknya. Semua murid diminta berkumpul di
tengah padang bagi acara penyampaian hadiah keseluruhan.
Bagi menyampaikan hadiaah kepada emenang, dijemput En Ahamad Shukre
bin Mad Lazim untuk menyampaikan hadiah bagi acara Johan Perbarisan
dan Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2019.
Olahragawan Harapan ____________
Olahragawati Harapan __________
Majlis mengucapkan terima kasih.
ZATY :
Untuk acara kemuncak pada hari ini, dijemput En Kasniza Jumari bin
Shamsir, GB SK Datok Keramat 2 bagi menyampaikan hadiah.
Bagi olahragawan 2019, mengumpul ________________________
Olahragawati 2019 berjaya mengumpul ________________
Johan Keseluruhan dengan mata _______________
Naib Johan dengan mata ___________
Ketiga _______________
Keempat _________________
Terima kasih En Kasniza Jumari.
K.MUNI
(Ucapan Penutup)
Nampaknya, majlis kejohanan olahraga kita pada tahun ini telah sampai ke
penamatnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir
pada hari ini, terutamanya dif-dif kehormat yang dapat meluangkan masa hadir
meskipun masing-masing mempunyai komitmen kerja. Terima kasih daun keladi
10
juga kepada pihak-pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan wang,
hadiah mahupun tenaga bagi membantu melunaskan program pada hari ini.
Semoga segala usaha kita mendapat kebaikan dan manfaat bersama. Tahniah
dan teruskan kejayaan demi memajukan sukan sekolah. Saya sudahi majlis
kejohanan olahraga dengan ucapan terima kasih ,jumpa lagi dan salam ramadhan
al-karem.
Assalamualaikum.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkbKertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkbBazli Hj Azizan
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
WAJ 3108 Pengurusan Mesyuarat
WAJ 3108 Pengurusan MesyuaratWAJ 3108 Pengurusan Mesyuarat
WAJ 3108 Pengurusan MesyuaratEi Reen
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratDhani Julian
 
Tentatif program latest
Tentatif program latestTentatif program latest
Tentatif program latestRaja Hafsah
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSiput Sedut
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM BalqisAbdul
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis Mahani Mohamad
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025Raimi Syazwan Ruzaidi
 
Nota tatacara perjumpaan ppim
Nota tatacara perjumpaan ppimNota tatacara perjumpaan ppim
Nota tatacara perjumpaan ppimAzizan Jae
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanAurakaya6966
 
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)Nurul Huda Abdul Rahman
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Noramaly AFiqa
 

What's hot (20)

Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkbKertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Overview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awamOverview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awam
 
WAJ 3108 Pengurusan Mesyuarat
WAJ 3108 Pengurusan MesyuaratWAJ 3108 Pengurusan Mesyuarat
WAJ 3108 Pengurusan Mesyuarat
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat
 
Tentatif program latest
Tentatif program latestTentatif program latest
Tentatif program latest
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Nota tatacara perjumpaan ppim
Nota tatacara perjumpaan ppimNota tatacara perjumpaan ppim
Nota tatacara perjumpaan ppim
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
 
Separa liga
Separa ligaSepara liga
Separa liga
 
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)
contoh kertas kerja bola baling(assignment kokurikulum)
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 

Similar to Skrip temasya sukan tahunan skdk 2 2019

Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Hoods Comel
 
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docx
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docxskrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docx
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docxssuserd6f8f8
 
Teks hari kanak kanak
Teks hari kanak kanakTeks hari kanak kanak
Teks hari kanak kanakNurul Haida
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013halini_imran
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013halini_imran
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013halini_imran
 
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxTEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxRichardWong129305
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgNorkaspawati Kassim
 
Teks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersaraTeks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersaraAnis Lisa Ahmad
 
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docx
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docxSKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docx
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docxNajwaAbdulHalim1
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruSuryadi Lagga
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxSHAHRIMANBINHUSSINMo
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraanikin5474
 
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02Asmahan Lebai Ahmad
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanRazah Dollah
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunanafiz123
 

Similar to Skrip temasya sukan tahunan skdk 2 2019 (20)

Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
 
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docx
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docxskrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docx
skrip pengacara majlis hari sukan SEBIMBING.docx
 
Teks hari kanak kanak
Teks hari kanak kanakTeks hari kanak kanak
Teks hari kanak kanak
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013
 
Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013Teks mc sukan 2013
Teks mc sukan 2013
 
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxTEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
 
skrip hari sukan
skrip hari sukanskrip hari sukan
skrip hari sukan
 
Teks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersaraTeks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersara
 
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docx
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docxSKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docx
SKRIP MC SUKAN 2023 TERKINI.docx
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Temasya sukan 2019
Temasya sukan 2019Temasya sukan 2019
Temasya sukan 2019
 
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02
Skripjuruacaramajliskejohanansukantahunankalike 130126025542-phpapp02
 
EMCEE
EMCEEEMCEE
EMCEE
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunan
 
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
 

Recently uploaded

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 

Recently uploaded (20)

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 

Skrip temasya sukan tahunan skdk 2 2019

  • 1. 1 SKRIP KEJOHANAN SUKAN SKDKr (2) 2019 K.MUNI : Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali diiringi oleh Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir, dengan iringan paluan pasukan kompang seri Keramat menuju ke pentas seterusnya mengambil tempat. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali, Pengarah Eksekutif Restoran Ali Maju Yang Berusaha Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir, Guru Besar SK Datuk Keramat 2 Yang Dihormati En Ahamad Shukri Bin Mad Lazim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Naib Pengerusi 1 Temasya Sukan Tahunan kali ke-19 SK Datuk Keramat 2. Yang Dhormati, Pn Hajjah Nurmallina Manja Ainillah binti Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah, En Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG, Guru-Guru Penolong Kanan, Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, para jemputan,guru-guru,ibu bapa ,tuan-tuan , puan-puan,murid-murid dan hadirin sekalian. Bunga gantang di Jeti Peramu, Indah Warnanya bagaikan bara, Selamat datang para tetamu, Dengan izin mulakan acara Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, kita semua dapat berkumpul dalam majlis sukan pada hari yang berbahagia ini, bagi menjayakan Kejohanan Olahraga kali ke-19 ini. Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan- puan khususnya kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali kerana sudi menyempurnakan Temasya Sukan Olahraga kali ke-19 ini.
  • 2. 2 ZATY : Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Setiap kontinjen segak berhias Tibalah masa Perarakan kontinjen olahraga Majlis dimulakan dengan perarakan masuk daripada peserta-peserta dari setiap rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam acara kejohanan olahraga ini. Untuk itu, dengan segala hormatnya, dipersilakan Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir, Guru Besar SK Datuk Keramat 2 untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali untuk berdiri bagi membalas perarakan masuk setiap rumah sukan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Murid-murid berjalan mengikut peserta rumah sukan) Untuk makluman hadirin semua, tema perbarisan kontinjen rumah pada tahun ini ialah negara Asean. Juri-juri diminta untuk bersedia bagi memberikan penilaian kepada setiap kontinjen rumah sukan. Hadiah yang menarik bakal diberikan kepada johan perbarisan di akhir majils nanti. Juri perbarisan terdiri darpada Dato’ Hj Jawahar Ali, Pn Hajjah Nurmalina Manja Ainillah dan En Kasniza Jumari. Perarakan masuk dimulakan oleh ketua kontinejn, Mohd Irfan bin Jonedi diikuti oleh pembawa bendera sekolah iaiatu Aidil Nasution bin Rasid. Untuk pengetahuan, Mohd Irfan bin Jonedi merupakan atlet sepak takraw sekolah yang telah berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Melintas masuk sekarang adalah peserta rumah sukan daripada peserta rumah saga yang merupakan Johan bagi kejohanan sukan yang lepas dengan berlatarkan warna kemerah-merahan. Diketuai oleh MOHD IMRON HANAFI BIN SUHARI selaku pembawa bendera.Seiring dengan cogan kata ” Saga Mara Tetap Juara”. NEGARA ASEAN YANG DIPILIH OLH RUMAH SAGA IALAH VIETNAM. NAGA VIETNAM MERUPAKAN MAKHLUK YANG SIMBOLIK DALAM BUDAYA RAKYAT AN MITOS NEGARA VIETNAM. MENURUT SATU KISAH MITOS PENCIPTAAN, BANGSA VIETNAM ADALAH KETURUNAN SEEKOR NAGA DAN SEEKOR PARI-PARI. MASYARAKAT VIETNAM PERCAYA BAHAWA NAGA MENDATANGKAN HUJAN YANG PENTING UNTUK PERTANIAN. MAKHLUK INI JUGA MELAMBANGKAN MAHARAJA, KEMAKMURAN DAN KEKUASAAN BANGSA. SEPERTI DENGN NAGA CINA, NAGA VIETNAM MERUPAKAN
  • 3. 3 LAMBANG TENAGA YANG MELIPUTI ALAM SEMESTA, KEHIDUPAN, KEWUJUDAN DAN PERTUMBUHAN. Peserta rumah sukan yang seterusnya adalah merupakan kontijen naib johan yang berlatarkan warna kekuning-kuningan dari rumah Waja. Diketuai oleh ALIF DANIAL BIN SYAFRIANTO selaku pembawa bendera. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, waja terus mara ke hadapan tanpa menoleh kebelakang seiring dengan cogan kata mereka ” Waja-Pantang Berundur Sebelum Bertempur”. MEMILIH NEGARA ASEAN INDONESIA SEBAGAI TEMA PADA KALI INI. ELEMEN YANG DITONJOLKAN DALAM KONTINJEN WAJA IALAH BATIK JAWA DAN BATIK BALI. SEJARAH BATIK DI INDONESIA BERMULA PERKEMBANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM DI PULAU JAWA. BUDAYA BALI PULA DIPILIH KERANA KEUNIKAN PERPADUAN ANTARA AGAMA HINDU-DHARMA DAN ADAT ISTIADAT SETEMPAT DI BALI. KONTINJEN WAJA MENONJOLKAN ELEMEN PERTUNJUKAN TARIAN TRADISIONAL DI BALI MELALUI WATAK BERTOPENG, HIASAN KEPALA PEREMPUAN BESERTA GEBONGAN YANG MERUPAKAN PERSEMBAHAN BUAH-BUAHAN DAN BUNGA. Melangkah dengan penuh bangga ketika ini, ditampilkan peserta rumah ketiga yang berlatarkan warna kebiru-biruan dari rumah Putra. Diketuai oleh IBRAHIM BIN AHMAD selaku pembawa bendera. Putra telah mendapat tempat ketiga pada temasya sukan yang lalu. Berbekalkan motto ”Putra Tetap Juara” menjadi pembakar semangat mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. NEGARA ASEAN CAMBODIA MERUPAKAN PILIHAN RUMAH PUTRA. SOM SVA KUM ATAU SELAMAT DATANG. WARNA BIRU DALAM BENDERA CAMBODIA MEWAKILI SEMANGAT YANG INGIN DISAMPAIKAN PASUKAN PUTRA IAITU KBEBASAN, KERJASAMA DAN PERSAUDARAAN. ELEMEN KEBUDAYAAN CAMBODIA LEBIH MEMENTINGKAN ELEMEN KEKELUARGAAN BERBANDING SIKAP PERIBADI. CAMBODIA MEMASUKI NEGARA ASEAN PADA TAHUN 1999. OHUNCRAN (TERIMA KASIH) Perbarisan kita diteruskan lagi, dengan peserta rumah sukan yang berlatarkan warna kehijau-hijauan dari rumah Wira . Diketuai oleh AIDIL NASUTION BIN RASID selaku pembawa bendera. Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, Wira terus mengorak langkah dengan iltizam dan daya juang yang tinggi menuju ke arah kecemerlangan. Selaras dengan cogan kata ”Wira Juara” Teruskan perjuanganmu. WIRA PULA MEMILIH NEGARA ASEAN THAILAND. MENAMPILKAN MASKOT GAJAH PUTIH YANG MERUPAKAN HAIWAN SIMBOLIK BAGI NEGARA THAILAND. TURUT DITAMPILKAN KEHADIRAN PUTERI THAILAND YANG CANTIK BERPAKAIAN TRADISONAL. SELAIN ITU, KELIHATAN SEORANG LELAKI MUAY THAI YANG MANA MUAY THAI
  • 4. 4 MERUPAKAN ANTARA SUKAN YANG PALING POPULAR DI THAILAND. SAWADIKAP SALAM SEJAHTERA SEMBAH DIBERI DARI KONTINJEN WIRA. Dengan berlalunya peserta rumah sukan daripada rumah WIRA itu tadi, maka lengkaplah sudah kesemua perarakan yang mengambil bahagian pada kali ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali kerana sudi membalas perarakan sebentar tadi. (Perlahankan muzik dan off, standby Lagu Negaraku) K MUNI : Sidang hadirin yang dimuliakan, Dengan segala hormatnya diminta supaya semua hadirin berdiri tegak untuk turut sama menyanyikan lagu Negaraku yang akan berkumandang sebentar lagi. ( Nyanyian Lagu Negaraku) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana keprihatinan terhadap lagu Negaraku itu tadi. Para hadirin dan murid dipersilakan duduk. Lebat Kemiri Pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang maha Esa. Seterusnya, untuk menambahkan keberkatan majlis, dengan segala hormatnya, dipersilakan Ustaz Ahmad Solehin Redza bin Mustapha Kamal untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ( Doa ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Solehin Redza bin Mustapha Kamal atas bacaan doa itu tadi.
  • 5. 5 Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan ikrar yang akan diketuai oleh Adik Mohd Irfan bin Jonedi selaku ketua Perbarisan sukan untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan olahraga. Diminta semua murid berdiri. ________________________________________________________________________ ( Bacaan Ikrar) Demikianlah tadi , bacaan ikrar yang penuh bersemangat oleh peserta-peserta perbarisan rumah sukan kita pada kali ini. Semua murid dipersilakan duduk. ( Ucapan GB ) Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian, Majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Kasniza Jumari bin Shamsir, Guru Besar SK Datuk Keramat 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. ZATY : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir atas ucapan beliau sebentar tadi. Daun semulur di pekan sari, Batang Jerami rebah kebumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Majlis kita diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali untuk menyampaikan ucaptama beliau dan seterusnya merasmikan Kejohanan olahraga SK Datuk Keramat 2 kali ke 19. Dengan segala hormatnya , dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali diatas ucaptama beliau sebentar tadi Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Encik Kasniza Jumari bin Shamsir mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali turun ke padang bagi menyempurnakan upacara perasmian menandakan bermulanya Kejohanan olahraga SK Datuk Keramat 2 kali ke 19. Dipersilakan.
  • 6. 6 (Gimik Perasmian) Marilah kita sama-sama saksikan gimik perasmian kejohanan olaharaga Sk Datok Keramat 2. BAIKLAH,YANG SEDANG KITA SAKSIKAN SEKARANG,PERARAKAN MASUK KONTINJEN PEMBAWA OBOR DAN PEMBAWA BENDERA RUMAH SUKAN MEWAKILI SAGA, WAJA, PUTRA DAN WIRA. Saudara Adam Malik membawaobor dan menyerahkanobortersebut kepada dato Jawahar Ali untuk dinyalakan. Adam Malik merupakan olahragawan harapan 2018 dan juga atlet olahraga sekolah yang berjaya sehingga ke peringkat negeri. Begitulah tadi gimik perasmian yg telah disempurnakan oleh Dato Jawahar Ali Majlis merafakkan ucapan setinggi –tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Jawahar Ali atas ucaptama dan perasmian sebentar tadi (SENAMROBIK) Murid-murid perbarisan diminta untuk bangun dan bersiap sedia untuk acara seterusnya. Baiklah, marilah kita saksikan persembahan pergerakan berirama, senamrobik sebagai pembuka tirai Kejohanan Olahraga oleh murid murid tahun 4,5,dan 6. Untuk makluman para hadirin sekalian pasukan senamrobik ini telah dilatih oleh Pn Siti Mardiana, Cik Adira Ainul Balqis dan semua guru pendidikan jasmani dan kesihatan. Sama-ama kita saksikan. Demikianlah tadi persembahan pergerakan berirama, senamrobik yang begitu bersemangat oleh semua kontinjen rumah sukan. Seterusnya, diminta kepada semua peserta rumah sukan bersedia untuk perarakan keluar menuju ke khemah rumah sukan masing-masing. Perarakan keluar dimulakan dengan kontinjen rumah putra, saga, waja dan wira. (Mengikut setiap rumah sukan). (Peserta rumah sukan berarak keluar) K MUNI:
  • 7. 7 Baiklah tanpa melengahkan masa ayuh marilah kita sama-sama memberikan sokogan dan sorakan semangat kepada atlet-atlet yang akan mengambil acara larian 100m yg merupakan acara yang pertama. Seramai 2 orang peserta terpilih yang akan mewakili rumah sukan masing2. Pengadil lorong dan hakim penamat sila mengambil tempat masing2. Jika ada sebarang bantahan keputusan bolehlah merujuk juri rayuan yang terdiri daripada barisan pentadbir iaitu tuan guru besar,Ustaz Ahamad Shukre dan Puan Ahla Wardah. (TEMASYA KEJOHANAN SUKAN BERMULA) Acara 100m bermula Majlis berhenti seketika bagi memberi laluan untuk acara penyampaian hadiah bagi kategori 100m lelaki dan perempuan. Untuk itu dijemput Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali bagi menyampaikan hadiah. Sebagai tanda terima kasih, pihak SK Datuk Keramat 2 kepada Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali. maka dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Kasniza Jumari bin Shamsir untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali .sebagai tanda kenangan. Dipersilakan. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih, Sudilah tuan jamu selera Hiangan mesra pengikat kasih Untuk itu Majlis menjemput Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali bersama- sama pihak pentadbir untuk menjamah hidangan yang telah disediakan. Majlis juga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Yang Berbahagia Dato’ Jawahar Ali meluangkan masa dan seterusnya merasmikan majlis ini. Semoga ukhwah ini akan berkekalan selamanya. Dipersilakan. Diteruskan majlis dengan penyampaian hadiah 100m tahun 5 dan 6 lelaki dan perempuan. Untuk itu, dijemput Pn Hajjah Nurmalina Manja Ainilllah binti Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah bagi menyampaikan medal kepada pemenang.
  • 8. 8 100 meter tahun 5 ,tahun 6 ZATY : Acara Ibu (Mizan) Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara ibu sebentar tadi, dijemput En Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada En Shamsul Norzaen di atas kesudian menyampaikan hadiah. Acara 200 m tahun 4,5 dan 6. Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara 200 meter sebentar tadi,kita jemput sekali lagi En Shamsul Norzaen bin Nordin, YDP PIBG bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kita redakan sebentar acara anak-anak di padang dengan acara bapa pula. Diminta para bapa bersedia di padang sekarang. Kita jemput En Muhd Ali bin Jaan, Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi acara penyampaian hadiah. Dipersilakan. Terima kasih En mohd Ali. K. MUNI Acara 4x100 tahun 4,5 dan 6. Untuk acara penyampaian hadiah bagi acara x100 meter sebentar tadi,kita jemput sekali lagi En Mohd Ali bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
  • 9. 9 Alhamdulilah, kesemua acara yang dipertandingkan pada hari ini telah selesai dan berjalan dengan baiknya. Semua murid diminta berkumpul di tengah padang bagi acara penyampaian hadiah keseluruhan. Bagi menyampaikan hadiaah kepada emenang, dijemput En Ahamad Shukre bin Mad Lazim untuk menyampaikan hadiah bagi acara Johan Perbarisan dan Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2019. Olahragawan Harapan ____________ Olahragawati Harapan __________ Majlis mengucapkan terima kasih. ZATY : Untuk acara kemuncak pada hari ini, dijemput En Kasniza Jumari bin Shamsir, GB SK Datok Keramat 2 bagi menyampaikan hadiah. Bagi olahragawan 2019, mengumpul ________________________ Olahragawati 2019 berjaya mengumpul ________________ Johan Keseluruhan dengan mata _______________ Naib Johan dengan mata ___________ Ketiga _______________ Keempat _________________ Terima kasih En Kasniza Jumari. K.MUNI (Ucapan Penutup) Nampaknya, majlis kejohanan olahraga kita pada tahun ini telah sampai ke penamatnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir pada hari ini, terutamanya dif-dif kehormat yang dapat meluangkan masa hadir meskipun masing-masing mempunyai komitmen kerja. Terima kasih daun keladi
  • 10. 10 juga kepada pihak-pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan wang, hadiah mahupun tenaga bagi membantu melunaskan program pada hari ini. Semoga segala usaha kita mendapat kebaikan dan manfaat bersama. Tahniah dan teruskan kejayaan demi memajukan sukan sekolah. Saya sudahi majlis kejohanan olahraga dengan ucapan terima kasih ,jumpa lagi dan salam ramadhan al-karem. Assalamualaikum.