SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 1
3.0 WAWASAN, MATLAMAT, STRATEGI DAN KONSEP
PEMBANGUNAN
3.1 WAWASAN PEMBANGUNAN
Perancangan pembangunan masa hadapan kawasan MPAJ sehingga
tahun 2020 berasaskan kepada wawasan berikut:-
‘Perbandaran Metropolitan yang Selesa, Dinamik,
Mudahsampai, Seimbang Dan Cekap’
3.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN
Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam wawasan pembangunan MPAJ ini
disokong oleh penyataan matlamat (rujuk Jadual 3.1).
Jadual 3.1: Prinsip Dan Matlamat Pembangunan
PRINSIP MATLAMAT
Selesa
Membangunkan kawasan perbandaran yang selamat
dilengkapi pelbagai kemudahan.
Dinamik
Mewujudkan asas ekonomi bandar yang berkembang, maju,
moden dan pelbagai.
Mudahsampai
Memastikan tahap mudah gerak, mobiliti dan ‘connectivity’
manusia dan barangan yang tinggi.
Seimbang
Merancang pembangunan pusat bandar, petempatan, fizikal
dan pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu dan
bijaksana.
Cekap
Mengamal kaedah pengurusan dan pentadbiran
perbandaran secara efisien.
3.3 STRATEGI PEMBANGUNAN
Strategi pembangunan digubal untuk menjelaskan langkah-langkah bagi
mencapai wawasan, prinsip dan matlamat pembangunan dengan
berpandukan kepada indikator pembangunan terpilih yang telah
dikenalpasti dan disasarkan.
3.3.1 PRINSIP DAN MATLAMAT 1 - SELESA
3.3.1.1 Indikator Semasa Dan Sasaran
Sembilan indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran
untuk mencapai prinsip dan matlamat Selesa telah dikenalpasti (rujuk
Jadual 3.2).
Jadual 3.2: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 1 - Selesa
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN 2020
1.
Kadar
pertumbuhan
penduduk
Kurang dari
1.50%
2.58 % 1.32%
2.
Peratus rumah
setinggan
Sifar 1.36% Sifar
3.
Nisbah guru
kepada murid
sekolah rendah
1:16 1:20.0
Kurang dari
1:20
4.
Nisbah guru
kepada murid
sekolah
menengah
1:15
1:17.4
Kurang dari
1:15
5.
Nisbah doktor
kepada
penduduk
1:800 1:1,338.9
Kurang dari
1:800
6.
Nisbah anggota
polis kepada
penduduk
- 1.44:1000 2:1000
7.
Peratus kawasan
liputan sekolah
menengah
kurang efektif
-
6.48%
Sifar
8.
Peratus kawasan
liputan sekolah
rendah kurang
efektif
-
25.37%
Sifar
Bersambung...
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 2
Jadual 3.2: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 1 – Selesa
(sambungan)
Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007
3.3.1.2 Strategi Pembangunan
i. Penduduk
Jumlah penduduk MPAJ yang diunjurkan pada tahun 2020 adalah 583,200
orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata 0.73
peratus.
a. Mencapai pertumbuhan penduduk yang mampan dan terkawal
selaras dengan tahap ketersediaan kawasan pembangunan dan
keupayaan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat dan
kawasan rekreasi;
b. Mengagihkan taburan penduduk dengan lebih seimbang
terutama ke kawasan-kawasan separa perbandaran dan pinggir
bandar yang berpotensi; dan
c. Mengawal pertambahan penduduk di dalam kawasan tepubina
sedia ada.
ii. Perumahan
Unjuran berasaskan pertumbuhan penduduk, mendapati kawasan MPAJ
memerlukan tambahan unit kediaman sebanyak 16,657 unit bagi tempoh
dari tahun 2005 hingga 2020. Keperluan tersebut telah mengambil kira
perumahan di dalam pembinaan dan perumahan dalam perancangan.
Dalam cadangan telah mengkelaskan densiti kepada tiga iaitu rendah 6
hingga 15 unit/ekar, densiti sederhana 16 unit hingga 25 unit/ekar dan
densiti tinggi 26 unit hingga 50 unit/ekar.
Secara amnya, kawasan MPAJ memerlukan cadangan unit perumahan
baharu. Bagaimanapun hasil daripada analisis mendapati kedapatan
tanah untuk dibangunkan semakin terhad dengan keluasan setiap lot
kurang daripada 1 ekar. Ini dapat dilihat melalui analisis terhadap tanah
untuk dibangunkan yang mendapati kebanyakan kawasan MPAJ adalah
dalam kawasan yang tidak boleh dibangunkan iaitu kategori Kelas III dan
Kelas IV.
Manakala bagi perumahan sedia ada dan komited, dicadangkan untuk
dikekalkan kepadatannya. Cadangan kepadatan baharu akan
digunapakai sekiranya keadaan berikut berlaku:-
a. Tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan
komited telah luput;
b. Pindaan ke atas pelan tatatur yang telah diluluskan; dan
c. Cadangan pembangunan baharu di sesebuah tapak cadangan.
Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk pembangunan
perumahan baharu, alternatif lain dicadangkan iaitu, bagi kawasan
perkampungan yang sesuai seperti kampung dalam bandar adalah
dicadangkan dijana semula melalui pemodenan dan pengezonan semula
guna tanah. Pendekatan yang di gunakan adalah melalui peningkatan
densiti daripada kepadatan rendah ke sederhana. Di antara kampung-
kampung yang terlibat di dalam proses penjanaan semula (peningkatan
densiti) adalah:-
a. Kg. Cheras Baru;
b. Kg. Ampang Campuran;
c. Kg. Kuala Ampang; dan
d. Kg. Klang Gate.
Kajian terperinci juga dicadangkan iaitu dua kajian Rancangan Kawasan
Khas (RKK) yang berkonsepkan pembangunan semula kampung dalam
bandar.
Keluasan keseluruhan kampung yang terlibat untuk kajian RKK adalah
seluas 519.00 hektar. Bagi setiap cadangan perumahan ianya hanya
melibatkan 50 peratus sahaja untuk dicadangkan pembangunan semula
perumahan. Dari segi densiti yang dicadangkan adalah densiti tinggi iaitu
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN 2020
9.
Peratus kawasan
liputan kemudahan
kesihatan yang
optima dan
sederhana
- 91.45% 100.0%
10.
Nisbah kawasan
lapang kepada
1,000 penduduk
0.87 hektar 0.73 hektar
Tidak kurang dari
1 hektar
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 3
50 unit/ekar. Dua buah kampung di kawasan MPAJ yang terlibat dalam
cadangan RKK adalah seperti berikut:-
a. Kg. Pandan Dalam; dan
b. Kg. Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan
Ianya menggunakan konsep Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)1 dan
‘Transit Oriented Development’ (TOD)2.
Tiga strategi pembangunan yang dicadangkan untuk memandu ke arah
mencapai objektif pembangunan masa hadapan seperti di bawah: -
a. Memperuntukan keluasan kawasan yang mencukupi untuk
pembangunan perumahan bagi menampung keperluan masa
hadapan;
b. Memberi penekanan kepada projek-projek perumahan kos rendah
pelbagai jenis dan saiz mengikut kemampuan penduduk;
c. Meningkatkan tahap penyediaan kemudahan awam di kawasan
perumahan sedia ada dan kawalan bagi pembangunan baharu;
dan
d. Pembangunan semula projek perumahan terbengkalai melalui satu
program seperti Bantuan Perumahan Terbengkalai yang
memerlukan kerja sama di antara pihak kerajaan dan agensi
kewangan.
1 Satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang berjiran
disusun semula melalui kerjasama dan persetujuan pemilik-pemilik tanah mengikut
pelan dan susun atur terancang dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan
kemudahan masyarakat yang mencukupi. Sebagai balasan kepada sebahagian
tanah yang disumbangkan, pemilik tanah akan menerima pulangan dalam
bentuk hartanah. Sebahagian lagi tanah dijadikan sebagai tanah kewangan dan
dijual di pasaran bagi menampung sebahagian kos projek.
2 Pembangunan kawasan perumahan dan komersil yang direkabentuk untuk
memaksimumkan kebolehsampaian melalui transit dan mod pengangkutan tidak
bermotor, serta menggalakkan ‘transit ridership’ (Sumber : RSN Selangor)
Strategi pembangunan perumahan secara keseluruhannya telah
mengambilkira perumahan sedia ada, komited dan cadangan (rujuk Rajah
3.1).
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 4
Rajah 3.1: Pelan Strategi Perumahan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 5
iii. Kemudahan Masyarakat
Selaras dengan pembangunan pesat Pandan Indah dan Ampang serta
Melawati, beberapa strategi kemudahan masyarakat yang disediakan
haruslah mencukupi dan moden, mencapai tahap piawaian agar setiap
kemudahan yang disediakan adalah selamat dan selesa, serta
perkhidmatan yang ditawarkan perlu efisien (rujuk Rajah 3.2).
Strategi untuk menjadikan kawasan MPAJ sebagai sebuah zon perubatan
dan kesihatan adalah bersesuaian memandangkan terdapat hospital
awam dan klinik kesihatan yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang
canggih dan berteknologi tinggi serta kewujudan beberapa hospital
swasta serta klinik pakar yang menawarkan perkhidmatan perubatan yang
terbaik. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, konsep ‘Health
Tourism’ adalah tepat untuk dilaksanakan.
Bagi menjadikan kawasan MPAJ bebas jenayah dan mengurangkan
masalah sosial, beberapa buah balai polis dan balai polis komuniti
dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan yang padat dengan
penduduk dan pusat-pusat tumpuan utama. Program naiktaraf beberapa
buah pondok polis sedia ada turut dicadangkan bagi memastikan
perkhidmatan keselamatan dapat diberikan dengan menyeluruh.
Cadangan naiktaraf ini melibatkan penyediaan kemudahan yang bertaraf
moden dan ruang yang lebih selesa serta anggota yang mencukupi dan
terlatih.
Selain itu, strategi untuk menyediakan kemudahan untuk bersosial turut
diambilkira dengan penyediaan beberapa buah pusat komuniti yang turut
diintegrasi dengan kawasan lapang dan rekreasi serta dapat diakses oleh
semua golongan masyarakat. Selain itu, balai raya dan dewan serbaguna
sediada yang sesuai akan dinaiktaraf kepada pusat komuniti yang
dilengkapi dengan kemudahan yang lebih sempurna. Kemudahan untuk
aktiviti bersosial ini dapat membantu dalam memastikan penduduk
mempunyai persekitaran kawasan kediaman yang selesa dan harmoni.
Kemudahan pendidikan yang mencukupi adalah perlu dalam memastikan
taraf kehidupan penghuni di kawasan MPAJ lebih sempurna. Terdapat
beberapa buah sekolah menengah dan rendah yang dicadangkan untuk
tambahan blok bagi menampung pertambahan pelajar pada masa
hadapan. Selain itu, beberapa tapak komited turut dikenalpasti untuk
dimajukan bagi menampung keperluan masa hadapan. Turut
dicadangkan adalah penyediaan kemudahan sokongan seperti lintasan
zebra, pemasangan CCTV serta pengindahan landskap di sekolah terpilih.
Memandangkan kawasan MPAJ ini terhad dengan tapak yang boleh
dibangunkan, maka satu kaedah telah dipilih untuk memastikan
kemudahan yang disediakan adalah mencukupi. Kaedah ini melibatkan
kemudahan pendidikan dan kesihatan di mana diandaikan 50% daripada
keperluan masa hadapan akan ditampung oleh kemudahan di luar
kawasan dan penyediaan dari pihak swasta.
Kemudahan keagamaan dan perkuburan pula adalah dijangka
mencukupi sehingga tahun 2020. Terdapat beberapa tapak komited dan
tapak cadangan baharu yang telah dikenalpasti untuk menampung
keperluan masa hadapan.
Dengan segala kemudahan fizikal dan rohani yang disediakan adalah
selaras dengan matlamat MPAJ sebagai sebuah bandar selesa, sejahtera
dan selamat berdasarkan unjuran 2020 (rujuk Jadual 3.3).
Jadual 3.3: Unjuran, Sedia Ada Dan Keperluan Tambahan 2020
KEMUDAHAN A B C D E
Sekolah Menengah* 65 15 5 7 16
Sekolah Rendah* 78 29 11 9 11
SRA 58 31 2 4 17
Tadika (awam) 233 47 6 3 177
Hospital (awam) 1 1 - - -
Klinik Kesihatan* 30 2 5 2 10
Klinik Desa - 1 - - -
IPD 1 1 - - -
Balai Polis 38 4 3 3 28
Pondok Polis - 3 - 3 -
Bit Polis - 22 - - -
Balai Bomba 3 2 1 2 -1
Masjid 18 24 5 1 -12
Surau 142 120 13 2 7
Bersambung…
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 6
Jadual 3.3: Unjuran, Sedia Ada Dan Keperluan Tambahan 2020 (sambungan)
Petunjuk:-
A – Unjuran Keperluan 2020 – mengikut unjuran penduduk 2020
B – Kemudahan Sedia Ada
C – Tapak Komited & Tapak Rizab
D – Tambahan Blok, Naiktaraf & Tapak Cadangan Baharu
E – Keperluan Tambahan 2020
KEMUDAHAN A B C D E
Tokong 61 9 3 - 49
Kuil 14 9 1 - 4
Gereja - 3 - - -
Kubur Islam (hek) 30 12.71 12.37 4.42 0.5
Jirat Cina (hek) 10.8 12.14 - - -1.34
Kubur Hindu/Sikh (hek) 0.8 1.56 - - -0.76
Dewan Orang Ramai /
Dewan Serbaguna (Pusat
Komuniti)
58 55 4 8 -9
Balai Raya - 26 - 26 -
Perpustakaan Tempatan/
Perpustakaan Desa
3 3 2 - -2
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 7
Rajah 3.2: Pelan Strategi Kemudahan Masyarakat MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 8
iv. Kemudahan Rekreasi Dan Landskap
Penyediaan kemudahan rekreasi dan landskap adalah penting untuk
mewujudkan suasana kehidupan yang baik dan lebih kondusif.
Pendekatan yang diambil dalam menentukan strategi ini ialah dengan
membuat penilaian ke atas semua isu, prospek dan sasaran yang telah
dikenalpasti daripada sektor-sektor strategik. Selain itu, dasar dan strategi
semasa peringkat nasional dan negeri juga diambilkira bagi memastikan
strategi pembangunan yang dihasilkan adalah selari dengan perancangan
yang ditetapkan.
Kemudahan rekreasi dan landskap merupakan aspek yan perlu diberi
penekanan dalam proses pembangunan kerana ia adalah keperluan
sokongan kepada sesuatu guna tanah. Penyediaan kemudahan ini
kepada masyarakat mendekatkan manusia dengan alam. Secara tidak
langsung semangat mencintai alam sekitar dapat disemai kepada
penduduk khasnya yang berada di kawasan pembangunan yang pesat
seperti di MPAJ.
Penekanan kepada kawasan-kawasan rekreasi dan landskap serta
kemudahan sokongan yang perlu disediakan dan dikekalkan supaya
dapat menggalakkan lebih ramai pengunjung mengunjungi MPAJ. Di
samping itu ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negeri
Selangor amnya malah ianya dapat digunakan untuk tujuan riadah dan
rekreasi bagi semua lapisan masyarakat.
Berdasarkan kepada wawasan pembangunan MPAJ, penyediaan
kawasan rekreasi dan landskap juga mengambil beberapa strategi bagi
mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, penyediaan kawasan rekreasi
adalah dirujuk kepada keperluan dan kehendak penduduk tempatan agar
prinsip selesa yang dicadangkan tercapai dalam membangunkan
kawasan perbandaran yang selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan
rekreasi.
Bagi kemudahan landskap diberi penekanan kepada kawasan-kawasan
pusat bandar seperti pusat bandar Pandan Indah, Ampang dan Taman
Melawati. Ini adalah kerana kawasan pusat bandar tersebut perlu
mencerminkan identiti seimbang di antara pembangunan pesat pusat
bandar dan kualiti persekitaran.
Cadangan pembangunan rekreasi adalah melibatkan cadangan
menaiktaraf taman rekreasi sedia ada serta cadangan kawasan rekreasi
baharu dalam skala yang lebih besar dalam memenuhi kehendak dan
keperluan penduduk tempatan. Bagaimanapun taman-taman rekreasi
berskala kecil seperti lot permainan dan padang permainan tidak
ketinggalan dalam memastikan pembangunan kawasan rekreasi dan
landskap yang menyeluruh di dalam pentadbiran MPAJ. Ini secara tidak
langsung dapat memastikan semua kemudahan sedia ada serta baharu
berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Oleh itu satu program
penyelenggaraan yang berterusan dan berkala adalah penting dalam
menjamin kualiti dan keselamatan kemudahan yang disediakan.
Cadangan pembangunan landskap merangkumi cadangan landskap
Jalan Pandan Utama, Jalan Ampang dan Jalan Taman Melawati.
Cadangan landskap ini merangkumi cadangan perindahan jalan utama
dengan pokok teduhan dan renek berbunga. Namun begitu jalan-jalan
utama yang lain juga perlu diberi perhatian dalam memastikan berada
dalam keadaan baik dan selamat agar keselamatan pengguna terutama
pengguna pejalan kaki terjamin. Ini sejajar dengan prinsip selesa iaitu
membangunkan kawasan perbandaran yang selamat dan dilengkapi
pelbagai kemudahan.
Ringkasan cadangan rekreasi dan landskap telah disenaraikan mengikut BP
(rujuk Jadual 3.4 dan Rajah 3.3).
Jadual 3.4: Cadangan Rekreasi Dan Landskap Mengikut Blok Perancangan
BLOK
PERANCANGAN
CADANGAN REKREASI DAN LANDSKAP
BP 1: Pandan
Indah
• Menaiktaraf Taman Bandar Pandan Indah
• Pembangunan rekreasi Taman Persisiran Sungai Kerayong
• Pembangunan Taman Rekreasi Tasik Pandan Perdana
• Pembangunan mini stadium di Taman Tasek Tambahan
• Pembangunan landskap di Jalan Pandan Utama
BP 2: Ampang • Pembangunan Kompleks Sukan Mini Ampang (Taman
Kosas)
• Pembangunan landskap di Jalan Ampang
BP 3: Melawati • Pembangunan stadium mini
• Pembangunan Taman Sukan Lasak Taman Melawati
• Pembangunan rekreasi Persisiran Sungai Klang di AU3
• Pembangunan landskap di Jalan Taman Melawati
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
• Menaiktaraf kawasan rekreasi di Kg. Kemensah Hilir
• Menaiktaraf Taman Rimba Ampang
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 9
Rajah 3.3: Pelan Strategi Rekreasi
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 10
v. Infrastruktur Dan Utiliti
Pembangunan infrastruktur dan utiliti kawasan MPAJ adalah berdasarkan
kepada unjuran keseluruhan keperluan sehingga tahun 2020 (rujuk Jadual
3.5 hingga Jadual 3.11).
a. Bekalan Air
Unjuran keperluan bekalan air harian pada tahun 2020 adalah 296 juta liter
sehari (rujuk Jadual 3.5). Keperluan masa hadapan dijangka dapat
dipenuhi dengan pelaksanaan projek bekalan air mentah dari Negeri
Pahang ke Negeri Selangor (rujuk Jadual 3.6).
Jadual 3.5: Unjuran Keperluan Bekalan Air (JLH) Tahun 2007-2020
BLOK
PERANCANGAN
2007 2010 2015 2020
BP 1: Pandan
Indah
105 108 115 121
BP 2: Ampang 96 105 109 117
BP 3: Melawati 45 46 50 53
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
5 5 5 5
Jumlah 251 264 279 296
Kapasiti Loji
Rawatan Air
4642 4642 4642 4642
Sumber: Kajian Sumber Air Negara, 2000-2050 (Tahun 2000)
Jadual 3.6: Skim Pengagihan Air Dari Negeri Pahang Ke Negeri Selangor
SUMBER AIR (PAHANG)
KAPASITI AIR
(JLH)
TAHUN PELAKSANAAN
Liang 610 2018
Lipis/Sia 1090 2018
Sempan 230 2018
Kenong 120 2018
Jumlah 2050 2018
Sumber: Kajian Sumber Air Negara, 2000-2050 (Tahun 2000)
Konsep dan strategi sistem bekalan air adalah menjurus kepada
perlindungan sumber air seperti berikut:-
• Kawalan guna tanah /pembangunan
• Kawalan koridor sungai dan kawasan riparian
• Galakan kitar semula air hujan (rujuk Foto 3.1)
• Kawalan pencemaran sumber air/kawalan kualiti air dengan
mengambil langkah-langkah berikut:-
− Pemasangan perangkap sisa makanan, minyak dan gris di
gerai makanan dan restoran.
− Rawatan ekologi bagi aliran air larian dari pasar basah dan
restoran.
− Rawatan ekologi bagi air sisa dari rumah sembelihan.
− Rawatan biologikal bagi air sisa dari pasar basah/borong.
− Menaiktaraf sistem rawatan kumbahan jenis tangki ‘Imhoff’
kepada sistem biologi seperti sistem rawatan ‘Extended
Aeration Activated Sludged System’.
− Pelaksanaan Pelan Induk Pembetungan oleh ‘Indah Water
Konsortium’ (IWK).
− ‘Sullage’ daripada kawasan perumahan perlu dialirkan ke
sistem pembetungan dan bukannya ke dalam sistem saliran.
Penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Foto 3.1: Tangki Simpanan Air Hujan
b. Bekalan Elektrik
Kadar penggunaan bekalan elektrik harian bagi tahun 2007 adalah 191
Mwatt berbanding unjuran penggunaan pada tahun 2020 adalah 229
Mwatt (rujuk Jadual 3.7). Dijangkakan peningkatan penggunaan bekalan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 11
elektrik ini akan dapat dipenuhi dengan perancangan peningkatan
kapasiti Pencawang Masuk Utama (PMU) di masa hadapan oleh Tenaga
Nasional Berhad (TNB).
Jadual 3.7: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik (MWatt) Tahun 2007-2020
UNJURAN KEPERLUAN ELEKTRIK (MWatt)BLOK
PERANCANGAN
2007 2010 2015 2020
BP 1: Pandan 86 90 94 97
BP 2: Ampang 69 79 85 90
BP 3: Melawati 33 35 37 39
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
3 3 3 3
Jumlah 191 207 219 229
Perkakasan suis dan gear lama diganti kepada yang baharu dan lebih baik
bagi meningkatkan mutu perkhidmatan seperti penggunaan `Automatic
Switching’ di setiap Pencawang Elektrik (PE).
c. Bekalan Gas
Strategi pembangunan bekalan gas adalah mengalakkan pengunaan gas
asli untuk kenderaan persendirian dan perdagangan dengan menambah
bilangan stesen ‘Natural Gas for Vehicle’ (NGV) (rujuk Foto 3.2) serta
penggunaan domestik (rujuk Rajah 3.4 dan 3.5).
Foto 3.2: Stesen Servis NGV Petronas
Rajah 3.4: Sistem Pengagihan Gas Asli
Rajah 3.5: Sistem Perpaipan Gas Asli Ke Pengguna Perumahan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 12
d. Sistem Telekomunikasi
Unjuran keperluan talian telefon menunjukkan peningkatan permintaan
dari tahun 2007 hingga 2020. Bagaimanapun, permintaan tersebut dapat
ditampung oleh kapasiti ibusawat sedia ada (rujuk Jadual 3.8).
Peningkatan keperluan talian telefon di masa hadapan dapat
ditambahbaik dengan pelaksanaan projek ’triple play high speed
broadband’ oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang boleh
mengurangkan bilangan ibusawat.
Jadual 3.8: Unjuran Keperluan Talian Telefon Tetap , Tahun 2007-2020
TALIAN TELEFONBLOK
PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020
BP 1:Pandan Indah 57,057 69,887 72,762 74,716
BP 2: Ampang 64,116 69,974 69,869 72,722
BP 3: Melawati 23,845 29,341 31,013 32,429
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
3,124 3,124 3,278 3,346
Jumlah 148,142 172,326 176,922 183,213
Kapasiti Ibusawat 220,000 220,000 220,000 220,000
Konsep rekabentuk sistem rangkaian perlu memenuhi perkara-perkara
berikut:-
• Menyediakan perkhidmatan yang berdaya tinggi dan
mengurangkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna sedia
ada;
• Menyediakan ‘low loss and low error rate data transmission
network’; dan
• Menggunakan kaedah pemasangan dan pemilihan barang
kelengkapan yang memerlukan penggunaan tanah yang minima
dan mengurangkan gangguan visual dan alam sekitar.
e. Sistem Pembetungan
Jumlah penduduk setara (PE) pada tahun 2020 bagi kawasan MPAJ
adalah 979,715 (rujuk Jadual 3.9). Peningkatan ini dijangka akan dapat
ditampung dengan pelaksanaan Pelan Strategi Pembetungan oleh IWK. Ia
melibatkan pembinaan loji baharu, membaikpulih dan menaiktaraf loji
sedia ada serta jajaran paip pembetungan baharu.
Jadual 3.9: Unjuran Penduduk Setara ( PE ), Tahun 2007-2020
Strategi IWK untuk sistem pembetungan di kawasan MPAJ dibahagikan
kepada tiga zon yang mempunyai strategi tersendiri (rujuk Rajah 3.6). Zon-
zon tersebut telah dibahagikan bersama dengan strategi sistem
pembetungan (rujuk Jadual 3.10).
PENDUDUK SETARABLOK
PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020
BP 1: Pandan Indah 349,607 358,150 381,731 400,777
BP 2: Ampang 315,904 354,507 362,165 386,990
BP 3: Melawati 148,120 151,826 164,164 175,218
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
15,620 15,620 16,390 16,730
Jumlah 829,251 880,103 924,450 979,715
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 13
Rajah 3.6: Pelan Strategi Pembangunan Sistem Pembetungan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 14
Jadual 3.10: Zon-Zon Sistem Pembentungan
ZON LOKASI STRATEGI
Hutan Simpan
1
Empangan Klang Gates
• Tiada loji rawatan di kawasan ini
Taman Melawati
Taman Bukit Perdana
Taman Tun Razak
Taman Ukay Height
• Rasionalisasi kesemua loji–loji
rawatan di kawasan ini ke loji
Rawatan Kumbahan Bunus di
kawasan Bandaraya KL2
Bukit Antarabangsa
• Rasionalisasi loji-loji rawatan di
kawasan ini ke Loji Rawatan
Berpusat Bukit Antarabangsa
Taman Dagang
Taman Nirwana
Taman Cahaya
Bandar Baru Ampang
Pekan Ampang
Kg. Baru Ampang
Taman Ampang Mewah
Taman Seri Rampai*
Taman Cahaya Indah
Taman Putra Sulaiman
• Penaiktarafan kolam oksidasi di
Taman Dagang ke sistem mekanikal.
• Pembasmian sistem tangki septik
individu di Taman Nirwana dan
Taman Dagang dengan
mengalirkan kumbahan loji di
Taman Dagang (selepas
penaiktarafan)
Taman Seri Angsana Hilir
Taman Pandan Jaya
Kg. Pandan Dalam
Taman Bakti
Taman Cempaka
• Penaiktarafan kolam oksidasi di
Taman Bakti ke sistem mekanikal
• Rasionalisasi loji-loji rawatan jenis
‘imhoff tank’ di Kg. Pandan Dalam
dan mengalirkan kumbahan dari
loji-loji ini ke loji di Taman Bakti.
(selepas penaiktarafan)
• Penyelenggaraan loji-loji di Taman
Cempaka dan Pandan Jaya
Taman Pandan Indah
Taman Pandan Mewah
Taman Lembah Maju
Taman Maju Jaya
Taman Muda
• Penaiktarafan loji rawatan di Taman
Pandan Indah
• Pembasmian sistem tangki septik
individu di Taman Maju Jaya
Kg. Ampang Campuran
Kg. Tasik Tambahan
Kg. Tasik Permai
3
Taman Seri Bayu
• Penaiktarafan kolam oksidasi di Kg.
Tasik Tambahan
• Pembasmian sistem tangki septik
individu di Kg. Tasik Permai dan
mengalirkan sisa kumbahan ke loji di
Kg. Tasik Tambahan (selepas
penaiktarafan)
ZON LOKASI STRATEGI
Taman Putra
Taman Saga
Taman Seraya
Taman Bukit Teratai
Taman Mega Jaya
Taman Melur
• Penaiktarafan kolam oksidasi di
Taman Putra ke sistem mekanikal
• Pembasmian sistem tangki septik
individu dan rasionalisasi loji rawatan
jenis ‘imhoff tank’ di Taman Mega
Jaya ke loji di Taman Putra (selepas
penaiktarafan)
• Rasionalisasi kolam oksidasi di
Taman Melur dan Taman Seraya ke
loji rawatan di Taman Putra
(selepas penaiktarafan)
Taman Pandan Perdana
Taman Cheras Indah
Taman Maju Jaya
Taman Shamelin Perkasa*
• Penyelenggaraan semua loji-loji
rawatan kumbahan di kawasan ini
Taman Kencana
Kg. Cheras Baru
Kg. Cheras Baru Tambahan*
3
Taman Bukit Permai
• Penaiktarafan kolam oksidasi di
Taman Kencana ke sistem
mekanikal
• Pembasmian sistem tangki septik
individu di Kg. Cheras Baru
Tambahan dan mengalirkan sisa
kumbahan ke loji di Taman Kencana
(selepas penaiktarafan)
• Penyelenggaraan semua loji-loji
rawatan kumbahan di kawasan ini
Taman Bukit Mewah
Taman Rajawali*
Taman Desa Aman*
Taman Mutiara Timur*
3
Taman Segar*
• Penaiktarafan kolam oksidasi di
Taman Desa Aman ke sistem
mekanikal
• Pembasmian tangki septik individu
dan rasionalisasi loji rawatan jenis
‘imhoff tank’ di Taman Desa Aman
ke loji rawatan (selepas
penaiktarafan)
• Penyelenggaraan loji-loji rawatan
kumbahan yang lain di kawasan ini
Sumber : Indah Water Konsortium
Nota : * Di Luar Kawasan MPAJ
Strategi sistem pembetungan di MPAJ adalah untuk memastikan loji-loji
lama dan tidak berupaya untuk merawat sisa kumbahan ke tahap yang
memuaskan, dirasionalisasikan ke loji rawatan kumbahan berpusat. Loji
rawatan kumbahan berpusat dibina atau dinaiktarafkan kepada sistem
mekanikal berkapasiti tinggi dan mampu untuk merawat sisa kumbahan ke
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 15
piawai efluen yang memuaskan. Loji rawatan kumbahan berpusat dapat
membantu kawasan perumahan yang masih menggunakan tangki septik
individu memperolehi sistem pembetungan yang sempurna. Ini melibatkan
pembasmian sistem tangki septik dan penyaluran sisa kumbahan daripada
rumah individu ke paip pembetungan terdekat terus ke loji rawatan
berpusat berhampiran.
Di samping itu, terdapat juga loji-loji rawatan mekanikal yang mampu
merawat sisa kumbahan kepada piawai efluen yang dikehendaki. Namun
begitu, loji-loji ini berkeadaan lama dari segi peralatan mekanikal, struktur
mahupun estetika. Oleh itu loji-loji lama yang masih berkeupayaan akan
diselenggarakan dan diperbaharui dari segi peralatan dan rupa bentuk. Ini
bagi meningkatkan keberkesanan loji-loji rawatan kumbahan tersebut.
Perangkap sisa pepejal, minyak dan gris perlu dipasang di premis seperti
restoran, medan selera, kantin, kedai makanan dan kilang-kilang bagi
mengelakkan pengumpulan minyak dan gris di saluran sistem
pembetungan. Ianya boleh mengurangkan kadar aliran air kumbahan dan
kecekapan rawatan sistem pembetungan (rujuk Rajah 3.7, Foto 3.3, 3.4 dan
3.5).
f. Pengurusan Sisa Pepejal
Sisa pepejal dari kawasan MPAJ dilupuskan di tapak pelupusan Jeram,
Daerah Kuala Selangor. Manakala sisa pepejal pukal pula dilupuskan di
tapak pelupusan Dengkil, Daerah Sepang. Unjuran penjanaan sisa pepejal
bagi kawasan MPAJ menunjukkan peningkatan dari 756 tan sehari pada
tahun 2007 kepada 981 tan sehari pada tahun 2020 (rujuk Jadual 3.11).
Foto 3.4: Pengosongan
Perangkap Sisa Makanan,
Minyak & Gris
Foto 3.3: Perangkap Sisa Makanan,
Gris & Minyak
Rajah 3.7: Contoh IIustrasi Perangkap Sisa
Makanan, Minyak Dan Gris
Foto 3.5: Pengosongan Tangki Septik Setiap Dua Tahun Sekali Atau Mengikut
Keperluan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 16
Jadual 3.11: Unjuran Penjanaan Sisa Pepejal (Tan/Hari), Tahun 2007-2020
UNJURAN PENJANAAN SISA PEPEJAL (TAN/HARI)BLOK
PERANCANGAN
2007 2010 2015 2020
BP 1: Pandan
Indah
305 326 359 392
BP2: Ampang 137 149 163 177
BP3: Melawati 10 10 11 11
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
304 351 367 401
Jumlah 756 836 900 981
Bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal, satu tapak insinerator
dicadangkan di Taman Bukit Teratai. Bagaimanapun, keserasian lokasi
bergantung kepada Kajian Impak Alam Sekitar (EIA).
Perangkap sampah dipasang di parit utama dan sekunder bagi
mengelakkan kejadian banjir kilat. Semua sistem saliran daripada
pembangunan baharu yang disambung ke parit utama mesti
menyediakan perangkap sampah di ‘outlet’ terakhirnya sebelum
memasuki parit utama. Kerja penyelenggaraan yang berjadual dan
sistematik akan menjamin aliran air larian yang sempurna di samping dapat
mengelakkan tempat pembiakan nyamuk dan binatang perosak lain.
Selaras dengan Program Local Agenda 21, digalakkan kempen kitar
semula ‘Reduce, Reuse & Recycle’ (3R) di kawasan MPAJ dengan
penglibatan pihak MPAJ, sektor awam dan swasta. Melalui program 3R
jumlah penggunaan sumber semulajadi dapat dikurangkan.
g. Sistem Pengairan Dan Saliran
Untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengairan dan saliran terdapat
tujuh strategi yang dicadangkan iaitu:-
• Semua sungai dan parit di dalam kawasan MPAJ diinventorikan
dan bidang kuasa badan pengurusan ditentukan dan dipetakan
serta dijadualkan;
• Satu jawatankuasa khas diwujudkan di bawah kelolaan MPAJ yang
bersidang secara berkala bagi tujuan memantau keberkesanan
penyelenggaraan dan menentukan keperluan kerja-kerja
perparitan yang diperlukan dari masa ke semasa serta
menentukan badan yang bertanggungjawab mendapatkan bajet
serta melaksanakan dan menyelenggaraannya;
• Satu Pelan Induk Saliran dibuat bagi kawasan MPAJ;
• Memastikan ROW yang sedia ada
tidak dicerobohi atau dibenarkan
pembangunan di atasnya;
• Memastikan industri sedia ada
mematuhi garispanduan bagi
pelepasan efluen mereka mematuhi
sasaran;
• Membina perangkap sampah sama
ada berbentuk ‘Gross Pollutant Trap’
atau ‘Trash Screen’ di kesemua parit
akhir memasuki parit utama dan
sungai; dan
• Mewujudkan sistem rawatan biologikal di pasar-pasar basah yang
mempunyai aktiviti penyembelihan ternakan bagi memastikan air
sisa dan darah sembelihan dirawat terlebih dahulu sebelum
dialirkan ke dalam sistem saliran.
Rajah 3.8: Contoh
Perangkap Sampah
Foto 3.6 : Contoh Tipikal
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 17
Rajah 3.9: Contoh Ilustrasi Tipikal Sistem Rawatan Biologikal Air Sisa
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 18
Rajah 3.10: Pelan Strategi Infrastruktur Dan Utiliti
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 19
3.3.2 PRINSIP DAN MATLAMAT 2 - DINAMIK
3.3.2.1 Indikator Semasa Dan Sasaran
Tiga indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran
untuk mencapai prinsip dan matlamat Dinamik telah dikenalpasti (rujuk
Jadual 3.12).
Jadual 3.12: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 2 –
Dinamik
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN
2020
1. Kadar pergantungan
peluang pekerjaan
sektor perniagaan dan
perkhidmatan luar
kawasan
- 25.3% 20.0%
2. Kadar pergantungan
peluang pekerjaan
sektor pembuatan luar
kawasan
- 75.0% 80.0%
3.
Kadar pengangguran 3.7% 3.1%
Kurang
dari 3.0%
Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007
3.3.2.2 Strategi Pembangunan
i. Strategi Pembangunan Kemakmuran Ekonomi
Strategi pembangunan ekonomi kawasan MPAJ adalah berdasarkan
konsep kemampanan aktiviti ekonomi untuk kemakmuran penduduk.
Pembangunan ini mengambilkira pendekatan strategi RSN Selangor iaitu:-
a. Penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat pertumbuhan
sebagai pusat ekonomi yang maju dan ‘self contained’ serta
mudah dikawal dan diurus; dan
b. Pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan sumber jaya
ekonomi yang terdapat di sekitar kawasan untuk mempelbagaikan
asas ekonomi.
Selain meningkatkan pendapatan isi rumah, konsep ini juga mensasarkan
penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan.
Aktiviti perindustrian juga akan terus menyumbang kepada pekerjaan
tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding perdagangan. Konsep
pembangunan kemakmuran ekonomi melibatkan komponen perniagaan,
perindustrian dan perlancongan (rujuk Rajah 3.11). Di samping itu,
penjanaan aktiviti ekonomi akan saling bergantung kepada Bandaraya
Kuala Lumpur.
Lima pendekatan konsep pembangunan ekonomi adalah:-
a. Mewujudkan aktiviti ekonomi yang mampu menjana banyak
peluang pekerjaan;
b. Menyediakan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan
pendapatan;
c. Menggalakkan pembangunan kawasan perniagaan baharu di
kawasan yang strategik dan berdaya maju;
d. Menyediakan ruang untuk pembangunan usahawan industri kecil;
dan
e. Memperkukuhkan sumberjaya pelancongan sedia ada.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 20
Rajah 3.11: Konsep Pembangunan Aktiviti Ekonomi MPAJ
ii. Strategi Pembangunan Perniagaan
Tiga strategi pemantapan aktiviti perniagaan mengandungi elemen
penting seperti berikut:-
• Pembangunan perniagaan mengikut hierarki;
• Perluasan aktiviti perniagaan berdasarkan unjuran permintaan; dan
• Kemudahan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Elemen-elemen strategi perniagaan adalah seperti berikut:-
a. Meningkatkan Aktiviti Di Kawasan Perniagaan Sedia Ada Selaras
Dengan Hierarki
Strategi pembangunan perniagaan meliputi hierarki, lokasi pusat
petempatan, ciri-ciri dan peranannya (rujuk Rajah 3.12 dan Jadual 3.13).
Jadual 3.13: Hierarki Pusat Perniagaan Kawasan MPAJ 2020
HIERARKI CIRI-CIRI
PUSAT PERNIAGAAN
DAN PERANAN
I
Pusat Separa
Wilayah
i. Pusat pentadbiran kawasan
ii. Pusat perkhidmatan utama
daerah
iii. Keluasan ruang lantai melebihi
500,000 meter persegi. Sasaran
ruang lantai adalah 550,000
meter persegi berbanding
keluasan semasa iaitu 440,000
meter persegi
iv. Memberikan perkhidmatan
perniagaan kepada penduduk
kawasannya dan kawasan di
sekitarnya
v. Aktiviti utama adalah borong,
runcit dan perkhidmatan ‘higher
order good’ termasuk
perbankan, hartanah,
perkhidmatan persendirian dan
profesional
Pandan Indah
Peranan:-
• Sebagai pusat
perniagaan utama
kepada penduduk
kawasan MPAJ
• Pusat pentadbiran
MPAJ
II
Pusat
Perkhidmatan
i. Keluasan ruang lantai melebihi
400,000 meter persegi. Sasaran
ruang lantai adalah 500,000
meter persegi berbanding
keluasan semasa 360,000 meter
persegi.
ii. Memberikan perkhidmatan
perniagaan kepada penduduk
kawasannya dan kawasan di
sekitarannya
a. Pusat Bandar
Taman Melawati
b. Jajaran Ampang
Peranan:-
• Sebagai pusat
perniagaan
sokongan kepada
pandan indah dan
pusat
perkhidmatan
perniagaan bagi
kawasan sekitarnya
Bersambung...
PENDUDUK
KEHIDUPAN LEBIH MAKMUR
PEKERJAAN
GUNATENAGA
PENUH
PENDAPATAN
PENDAPATAN ISI
RUMAH
MENINGKAT
EKONOMI
MAMPAN
BANDARAYA
KUALA LUMPUR
CHERAS
(KAJANG)
GOMBAK
AKTIVITI EKONOMI
MPAJ
PERNIAGAAN
PERINDUSTRIAN
PELANCONGAN
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 21
Jadual 3.13: Hierarki Pusat Perniagaan Kawasan MPAJ 2020 (sambungan)
b. Sasaran, Keperluan Dan Penyediaan Ruang Lantai Dan Keluasan
Tanah
Keperluan ruang lantai masa hadapan adalah berdasarkan sasaran
pekerjaan tambahan dalam tempoh perancangan dan nisbah pekerja
dengan ruang lantai perniagaan. Nisbah asas yang diguna pakai adalah
berdasarkan statistik tahun 2007 tanpa menggunakan pekali. Keperluan
ruang lantai dan keluasan tanah perniagaan masa hadapan dinyatakan
seperti berikut:-
Jadual 3.14: Unjuran Keperluan Ruang Lantai Dan Keluasan Tanah
Perniagaan
PERKARA 2007 2020 TAMBAHAN
Pekerjaan 123,863 160,600 36,737
Keluasan kawasan perniagaan
(hektar)
177.52 312.62 135.10
Ruang Lantai (meter persegi[mps]) 2,039,223 2,644,043 604,820
Nisbah ruang lantai/pekerja (mps
per pekerja)
16.46 16.46 -
Nisbah ruang lantai/keluasan tanah
(mps per hektar)
11,487 : 1 8,458 : 1 -
c. Pusat Bandar Pandan Indah
Hierarki Pusat Bandar Pandan Indah adalah Pusat Separa Wilayah. Oleh itu,
ianya akan menjadi sebagai pusat perkhidmatan perdagangan utama
bagi kawasan MPAJ. Peranan tersebut akan menyokong cadangan untuk
menjadikan kawasan ini sebagai pusat pentadbiran MPAJ. Dalam pada itu
ia juga disasarkan sebagai pusat perdagangan alternatif bagi penduduk
Bandaraya Kuala Lumpur, Seri Gombak, Cheras dan Kajang. Ini membuka
ruang yang lebih luas untuk aktiviti pusat bandar ini terus berkembang.
Selain borong dan runcit, aktiviti perniagaan yang beroperasi dalam pusat
bandar ini termasuk:-
• Perkhidmatan perbankan, kewangan dan insurans
• Perkhidmatan profesional dan runding cara
• Perkhidmatan hartanah
• Perkhidmatan sosial dan persendirian
• Perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran
• Perkhidmatan penginapan dan penyajian
d. Pusat Bandar Taman Melawati
Pusat Bandar Taman Melawati dirancang sebagai pusat perniagaan yang
bukan sahaja memberikan perkhidmatan perniagaan utama kepada
penduduk di Melawati, tetapi juga penduduk taman-taman perumahan di
kawasan yang bersebelahan dengannya.
HIERARKI CIRI-CIRI
PUSAT PERNIAGAAN
DAN PERANAN
• Aktiviti utama adalah borong,
runcit dan perkhidmatan
‘higher order good’ termasuk
perbankan, perkhidmatan
persendirian dan profesional
III
Pusat
Perkhidmatan
Kecil
i. Keluasan ruang lantai kurang
dari 100,000 meter persegi
ii. Memberikan perkhidmatan
perniagaan kepada penduduk
persekitarannya
iii. Aktiviti utama adalah runcit dan
borong di mana perkhidmatan
utama adalah barangan bagi
keperluan runcit harian dan
barangan terpilih
a. Ukay Perdana
b. Taman Keramat
c. Taman Permai Jaya
d. Pandan Perdana
Peranan :-
• Menyediakan
perniagaan runcit
dan keperluan
harian penduduk
tempatan dan
perkhidmatan
persendirian
IV
Pusat
Kejiranan
i. Keluasan ruang lantai kurang
dari 5,000 meter persegi
ii. Memberikan perkhidmatan
perniagaan kepada penduduk
kawasan perumahan
iii. Aktiviti utama adalah runcit
berskala kecil di mana
perkhidmatan utama adalah
barangan runcit keperluan
harian
• Semua unit-unit
perniagaan
kejiranan di
kawasan
perumahan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 22
e. Jajaran Ampang
Jajaran Ampang merangkumi pusat perniagaan Ampang Point, Pekan
Lama Ampang, Bandar Baru Ampang hingga ke ‘Ampang Waterfront’.
Jajaran ini akan dirancang untuk berfungsi sebagai pusat perkhidmatan
utama melalui pengezonan semula guna tanah dan pengukuhan.
f. Pusat-Pusat Perkhidmatan Kecil
Tujuh pusat perkhidmatan kecil dicadangkan bagi menyediakan
perkhidmatan perniagaan runcit dan keperluan harian penduduk seperti
berikut:-
• Ukay Perdana
• Taman Keramat
• Taman Bukit Ampang
• Taman Permai Jaya
• Taman Muda
• Pandan Perdana
• Pandan Jaya
g. Jajaran Perniagaan MRR2
Jajaran perniagaan telah dikenalpasti di sepanjang MRR2 iaitu dari Kg.
Kuala Ampang hingga ke Zoo Negara. Ianya bertujuan untuk
memperkukuhkan aktiviti perniagaan.
h. Penempatan Semula Gerai Makan
Sebagai sebuah kawasan metropolitan Ampang Jaya, seharusnya tidak
terdapat gerai makan yang buruk, usang dan tidak menarik. Pada tahun
2020, kawasan MPAJ akan bebas dari aktiviti penjaja di laluan pejalan kaki
dalam bangunan dan di bahu jalan. Langkah-langkah berikut
dicadangkan untuk mengatasi masalah ini:-
a. Menyediakan medan selera moden dalam bangunan perniagaan
dan kompleks pejabat;
b. Menyediakan kompleks medan selera; dan
c. Penggunaan gerai bergerak/mudah alih. Ini akan membolehkan
peniaga makanan memberikan khidmat jualan makanan siap
pada waktu-waktu tertentu (sarapan dan makan tengahari) dan
lokasi tertentu (kawasan gerai malam).
Bagi kawasan kediaman, aktiviti ini akan disediakan melalui penyediaan
ruang niaga di pusat kejiranan. Penyediaannya adalah melalui arahan
kelas kegunaan tanah dalam garis panduan perumahan. Strategi RT
adalah memastikan pemaju perumahan, pusat-pusat perniagaan,
kompleks pejabat dan kompleks membeli-belah menyediakan ruang-ruang
niaga untuk menempatkan penjaja.
i. Penyediaan Kemudahan Sukan Dan Rekreasi Swasta
Kemudahan sukan dan rekreasi swasta dicadangkan untuk melengkap
dan menyokong kemudahan sedia ada. Melalui cadangan ini, peminat
sukan dan rekreasi boleh mendapatkan perkhidmatan gelanggang dan
termasuk khidmat jurulatih. Antara lokasi yang dicadang adalah:-
a. Kawasan perniagaan baharu di Jalan Hulu Langat;
b. Kawasan perniagaan di Jajaran Ampang; dan
c. Bangunan/Kompleks perniagaan.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 23
Rajah 3.12: Pelan Strategi Perniagaan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 24
iii. Strategi Pembangunan Perindustrian
Aktiviti perindustrian akan terus kekal sebagai salah satu aktiviti utama yang
menjana ekonomi penduduk MPAJ.
Strategi pembangunan perindustrian berlandaskan elemen-elemen berikut
(rujuk Rajah 3.13):-
a. Mengehadkan Pembangunan Kawasan Industri Baharu
Kawasan MPAJ mempunyai kesediaan tanah untuk pembangunan yang
terhad. Oleh yang demikian, pembangunan kawasan industri baharu perlu
dihadkan. Dicadangkan tambahan kawasan industri adalah seluas 28.79
hektar (rujuk Jadual 3.15). Kawasan tambahan ini adalah melibatkan
penukaran aktiviti guna tanah dari perumahan dan perniagaan kepada
industri.
Jadual 3.15: Unjuran Keperluan Keluasan Kawasan Industri
DATA ASAS
PERKARA
2007 2020 TAMBAHAN
Pekerjaan 26,767 32,600 5,833
Keluasan (hektar) 155.51 184.30 28.79
Nisbah pekerja/keluasan tanah
(orang per hektar)
172.12 172.12 Dikekalkan
b. Mengekalkan Kawasan Zon Perindustrian Bebas Hulu Kelang
Kawasan peridustrian ini adalah antara kawasan perindustrian bebas cukai
yang paling lama beroperasi di Lembah Klang. Sebahagian besar hasil
keluaran industri di kawasan ini adalah untuk eksport.
c. Memenuhi Dan Perluasan Kawasan Perindustrian Pandan Indah
Ruang-ruang kosong (tanah industri yang belum dibangunkan untuk tujuan
industri) dalam kawasan perindustrian Pandan Indah yang boleh
dibangunkan untuk aktiviti pembuatan melalui kaedah ‘in fill
development’.
Seluas 15.71 hektar telah dikenalpasti sebagai kawasan tambahan untuk
perindustrian di Pandan Indah. Ianya merupakan pengezonan semula
guna tanah perumahan kepada industri. Aktiviti utama adalah industri
ringan dan sederhana yang selari dengan garispanduan JAS Malaysia.
d. Menempatkan Semula Aktiviti Bengkel Ke Kawasan Perindustrian
Semua aktiviti bengkel servis, baikpulih kenderaan, kerja pertukangan dan
kimpalan besi/logam yang beroperasi di kawasan perniagaan, kediaman
dan persendirian akan ditempatkan semula ke kawasan perindustrian yang
bersesuaian seperti kawasan perindustrian Pandan Indah.
e. Menempatkan Semula Premis Industri Dari Lokasi Yang Tidak Sesuai
Sasaran adalah untuk memastikan semua aktiviti perindustrian dijalankan di
kawasan yang dikhususkan. Oleh yang demikian, keutamaan dalam
tempoh lima tahun pertama perancangan adalah penguatkuasaan
pemindahan ke kawasan industri yang disediakan. Cadangan ini turut
melibatkan pengusaha yang telah mendapat kebenaran operasi di bawah
proses pemutihan aktiviti industri.
f. Tukarguna Premis Perniagaan Terbiar Kepada Kegunaan Bengkel
Strategi ini merujuk kepada kawasan Taman Komersil Pandan Indah yang
mana kebanyakan aktiviti di premis-premis berkenaan adalah bengkel
kereta dan kerja besi/logam/kimpalan.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 25
Rajah 3.13: Pelan Strategi Perindustrian MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 26
iv. Strategi Pembangunan Pelancongan
Matlamat pembangunan pelancongan adalah untuk menarik kedatangan
lebih ramai pengunjung ke tempat-tempat rekreasi dan riadah sedia ada.
Strategi pembangunan pelancongan berlandaskan elemen-elemen berikut
(rujuk Rajah 3.14):-
a. Zoo Negara Sebagai Zoo Bertaraf Dunia
Pengurusan Zoo Negara meneruskan usaha untuk menjadikan Zoo Negara
Malaysia sebagai antara zoo bertaraf dunia melalui program dan aktiviti
berterusan. Zoo Negara akan menjadi antara pakej pelancongan utama
pelancongan ke Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya.
b. Taman Rimba Ampang Sebagai Kawasan Tarikan
MPAJ dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Selangor akan
menyediakan kemudahan tambahan untuk menarik kedatangan
pengunjung. Taman Rimba Ampang juga berfungsi sebagai pintu masuk ke
Taman Negeri Selangor.
c. Penambahbaikkan Kemudahan Rekreasi Dan Riadah Sedia Ada
Menjadikan Laman Budaya Ampang, Ampang Waterfront dan Taman Tasik
Pandan Perdana sebagai kawasan pelancongan rekreasi dan riadah masa
hadapan. Aktiviti dan program secara berkala dan berterusan dijalankan
bagi menarik kedatangan pengunjung.
d. Bukit Tabur Sebagai Kawasan Tumpuan Pencinta Alam Dan
Pelancongan Kembara
Bukit Tabur merupakan kawasan yang sesuai untuk menjadi tumpuan
pencinta alam dan pelancongan kembara. Bukit ini yang dikenali sebagai
Permatang Kuarza akan dijadikan kawasan tarikan pengunjung/pelancong
tempatan dan luar negara. Kemudahan sokongan yang dicadangkan
adalah penginapan kos rendah di Taman Melawati.
e. Badan Air Sebagai Kawasan Rekreasi
Dicadangkan semua badan air semulajadi dikekalkan sebagai kawasan
rekreasi selaras dengan cadangan sektor rekreasi dan landskap. Tumpuan
utama adalah di Taman Tasik Pandan Perdana sebagai kawasan tasik
rekreasi.
f. Pakej Pelancongan
Pembangunan pelancongan di kawasan MPAJ dipakejkan dengan aktiviti-
aktiviti yang menarik pelancong. Antara pakej yang boleh disediakan
termasuk:-
a. Pakej Taman Rimba Ampang : antara aktiviti adalah melihat alam
semulajadi, mergastua, burung dan unggas, pendidikan dan
eksplorasi hutan dan persembahan kebudayaan;
b. Pakej Zoo : Lawatan Zoo Negara, beli belah (cenderahati) dan
persembahan kebudayaan dan perfileman di Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS); dan
c. Pakej Eksplorasi Lasak : Lawatan Permatang Kuarza, Bukit Tabur dan
Taman Negeri Selangor.
Pengusaha dan agensi yang berminat boleh menyediakan lain-lain pakej
yang mengabungkan elemen-elemen pelancongan menarik yang
terdapat di kawasan bersempadan dengan MPAJ dengan memberi
penekanan kepada pelancong untuk menginap di kawasan MPAJ.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 27
Rajah 3.14: Pelan Strategi Pelancongan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 28
v. Strategi Pembangunan Pertanian Dan Sumber Jaya Desa
a. Strategi 1: Mengeksploitasi Kawasan Berpotensi Untuk Aktiviti
Pertanian
Menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan seperti berikut:-
• Tanah milik untuk dijadikan nurseri secara sementara ;
• Tanah rizab di bawah talian rentis elektrik ;
• Tanah rizab sungai.
b. Strategi 2: Menambah Nilai Produk Makanan
• Menggalakkan aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS);
• Pengukuhan rangkaian dan logistik pengeluaran dan bekalan; dan
• Mengenalpasti lokasi logistik untuk pengumpulan, pemprosesan,
pengredan dan pembungkusan sebelum diedarkan.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 29
3.3.3 PRINSIP DAN MATLAMAT 3 - MUDAHSAMPAI
3.3.3.1 Indikator Semasa Dan Sasaran
Empat indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran
untuk mencapai prinsip dan matlamat Mudahsampai (rujuk Jadual 3.16).
Jadual 3.16: Indikator Semasa Serta Sasaran Prinsip Dan Matlamat 3 –
Mudahsampai
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN 2020
1. Peratus ‘Modal
Split’
pengangkutan
awam
- 6.0 % 30 %
2. Nisbah kes
kemalangan jalan
raya setiap 1000
penduduk
- 129.3 kes
Kurang dari 10
kes
3. Peratus kes
kemalangan maut
di jalan raya
10 0.42 Kurang dari 1
4. Nisbah kes
kemalangan
pejalan kaki setiap
1000 penduduk
- 1.7 kes Kurang dari 1
Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007
3.3.3.2 Strategi Pembangunan
i. Strategi Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas
Strategi pembangunan pengangkutan di dalam kawasan MPAJ adalah
berdasarkan kepada dasar RSN Selangor 2020 yang telah menggariskan
empat dasar yang perlu dilaksanakan. Dasar-dasar tersebut adalah seperti
berikut:-
• FZ 14 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DILAKSANAKAN
DI SEMUA BANDAR UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN
SEMUA MOD PENGANGKUTAN.
• FZ 15 SISTEM PENGURUSAN PERMINTAAN PERJALANAN (TRAVEL
DEMAND MANAGEMENT) PERLU DILAKSANAKAN BAGI
MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG MAMPAN.
• FZ 16 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PERLU DIPERLUASKAN
UNTUK MENGINTEGRASIKAN PERKHIDMATAN BERASASKAN REL.
• FZ 17 KEMUDAHAN SOKONGAN PENGANGKUTAN YANG SELAMAT
DAN MESRA PENGGUNA PERLU DISEDIAKAN DENGAN MENCUKUPI,
MENYELURUH DAN BERTERUSAN.
Strategi pembangunan pengangkutan di dalam kawasan MPAJ telah
mengenal pasti rangkaian sistem pengangkutan dan perhubungan yang
perlu disediakan untuk memastikan tahap kemudahsampaian yang baik.
Cadangan rangkaian jalan raya baharu dan yang perlu dinaiktaraf akan
dapat meningkatkan kemudahsampaian dan keselesaan pengguna
kenderaan persendirian dan pengangkutan awam. Sistem pengangkutan
awam itu sendiri perlu memenuhi ciri-ciri ‘universal access’ terutama bagi
golongan OKU.
Isu dan masalah sistem pengangkutan awam dapat diatasi melalui
sambungan sistem rangkaian rel berdasarkan cadangan Pelan Kuala
Lumpur 2020 ke kawasan MPAJ. Ini akan meningkatkan kawasan tadahan
kepada pengguna sistem pengangkutan awam berasaskan rel dan
menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam.
Untuk memudahkan pengguna kenderaan bertukar mod pengangkutan
kemudahan terminal ‘park-and-ride’ dicadangkan. Penyediaan
perkhidmatan bas pengantara akan memudahkan pengguna
mendapatkan sistem pengangkutan rel. Perkhidmatan rel dan bas
pengantara hendaklah beroperasi dengan ‘punctual’ dan efisien
khususnya di waktu puncak.
ii. Cadangan Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas
Lima aspek yang dikenalpasti untuk melaksanakan strategi pembangunan
seperti berikut:-
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 30
a. Aksesibiliti Antara Wilayah
Dicadangkan satu rangkaian jalan utama strategik untuk penyuraian
kenderaan yang menggunakan MRR2. Salah satu komponen rangkaian
tersebut adalah KLORR yang dibina di bahagian timur MPAJ.
Selain daripada sistem jalan raya, sistem pengangkutan awam juga perlu
dipertingkatkan. Dicadangkan laluan bas dari Pandan Indah ke Terminal
Putra, Gombak bagi melancar dan mempercepatkan perjalanan
pengangkutan awam.
b. Hierarki Dan Fungsi Jalan Raya
Hierarki dan fungsi jalan raya ditetapkan supaya lebih jelas (rujuk Rajah
3.15). Ini bertujuan untuk memberi keutamaan dalam pembaikan,
penyelenggaraan jalan dan penyediaan perabot jalan dan kemudahan-
kemudahan seperti bahu dan lorong jalan, laluan pejalan kaki dan jenis-
jenis jalan.
c. Cadangan Jalan Dan Persimpangan
Beberapa rangkaian jalan dan persimpangan baharu dicadangkan di
dalam kawasan MPAJ. Selain itu, beberapa batang jalan di dalam
kawasan kajian perlu dinaiktaraf dan dilebarkan seperti Jalan Hulu Langat,
Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah. Cadangan ini bertujuan
untuk meningkatkan keupayaan jalan dan keselamatan pengguna (rujuk
Rajah 3.16).
d. Pengurusan Lalu Lintas Di Pusat Bandar
Pelaksanaan sistem pengurusan lalu lintas yang menyeluruh perlu bagi
memastikan aliran lalu lintas yang cekap, selamat dan berkesan.
Pengurusan ini juga bertujuan menyediakan kemudahan pejalan kaki dan
tempat letak kereta khusus di pusat bandar bagi keselesaan pengguna.
• Penyediaan Tempat Letak Kenderaan Berpusat
Penyediaan tempat letak kereta berpusat diperlukan terutamanya
di Pusat Bandar Ampang Point dan Taman Melawati untuk
memastikan penyediaan tempat letak kereta mencukupi. Selain itu
ia juga bertujuan memastikan kenderaan diletakkan di tempat
yang disediakan bagi menggelakkan gangguan aliran lalu lintas.
• Cadangan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Dan Lintasan Pejalan
Kaki
Laluan pejalan kaki yang menyeluruh dan bersambung perlu
disediakan bagi menghubungkan kawasan aktiviti perdagangan
terutama di Pusat Bandar Ampang Point. Lintasan pejalan kaki juga
disediakan di jalan utama yang menjadi tumpuan pejalan kaki
seperti di Jalan Pandan Utama, Jalan Ampang dan Jalan Pandan
Indah.
e. Cadangan Sistem Pengangkutan Awam
Empat jajaran rel dicadangkan iaitu sambungan daripada cadangan Draf
Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2020 bagi meningkatkan kemudahan
pengangkutan awam. Jajaran yang dimaksudkan adalah:-
• Jalan Kuari ke Jalan Pandan Utama (Laluan 4: Taman Cheras)
• Jalan Ampang ke Bukit Ampang (Laluan 11: Ampang Point)
• Wangsa Maju ke Ukay Perdana (Laluan 9: Zoo Negara)
• Jalan Genting Kelang ke MRR2 (Taman Melawati) (Laluan 8: Sri
Rampai)
Di samping itu, satu laluan bas dicadangkan untuk menghubungkan
Pandan Indah ke Terminal Putra, Gombak. Laluan bas ini bertujuan untuk
meningkatkan kemudahsampaian dari Pandan Indah ke Jalan Ampang,
Ampang Point, Lembah Keramat, Taman Permata dan Taman Melawati
(rujuk Rajah 3.17).
Cadangan pembaikan pengangkutan awam juga meliputi cadangan
menyediakan stesen bas, stesen rel dan kemudahan ‘Park-And-Ride’.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 31
Rajah 3.15: Pelan Cadangan Hierarki Jalan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 32
Rajah 3.16: Pelan Cadangan Rangkaian Jalan Keseluruhan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 33
Rajah 3.17: Pelan Cadangan Pengangkutan Awam Keseluruhan MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 34
3.3.4 PRINSIP DAN MATLAMAT 4 - SEIMBANG
3.3.4.1 Indikator Semasa Dan Sasaran
Enam indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran
untuk mencapai prinsip dan matlamat Seimbang (rujuk Jadual 3.17).
Jadual 3.17: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 4 –
Seimbang
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN 2020
1.
Peratus kawasan
pemeliharaan
- 48.6 Melebihi 50.0%
2.
Kes geo bencana (tanah
runtuh)
- 5 Sifar
3.
Keluasan tanah
terbiar/tanah kosong
petempatan desa
(hektar)
-
12.0
Sifar
4.
Indek kualiti air sungai
(WQI)
70-100 45 80
5.
Indek pencemaran
udara (API)
0-50 92.0
0-50
6.
Peratus peruntukan
kewangan PBT untuk
program landskap
- 2.6 % Melebihi 7.0 %
Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ 2007
3.3.4.2 Strategi Pembangunan
i. Guna Tanah Fizikal
a. Pembangunan kawasan tepubina sedia ada perlu dikawal dengan
menggalakkan pembangunan secara ‘infill’ dan kawasan
‘brownfield’;
b. Pembangunan secara ‘compact’ dan kegunaan bercampur
menggunakan konsep TOD perlu digalakkan terutama di kawasan
‘brownfield’;
c. Kawasan-kawasan geo bencana yang telah dikenal pasti perlu
dipelihara dan pulihara secara tegas; dan
d. Pembangunan masa hadapan perlu ditumpukan kepada
kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti tersedia dan berpotensi
untuk pembangunan.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 35
ii. Reka Bentuk Bandar
Strategi pembangunan reka bentuk bandar merujuk kepada tiga pusat bandar utama iaitu Pandan Indah, Jajaran Ampang dan Pusat Bandar Taman
Melawati-Taman Permata serta Koridor MRR2. Bagi memperkukuhkan imej dan hierarki bandar, strategi, konsep serta cadangan reka bentuk bandar
diperincikan seperti berikut:-
PUSAT BANDAR PANDAN INDAH JAJARAN AMPANG
TAMAN MELAWATI – TAMAN
PERMATA
HIERARKI BANDAR Pusat Separa Wilayah Pusat Petempatan Utama Pusat Petempatan Utama
CADANGAN IMEJ Pentadbiran dan Perniagaan Perniagaan dan Rekreasi Pusat Petempatan
KONSEP DAN
KARAKTER
• Formal
• Jelas dan mudah difahami
• Warisan
• Metropolitan
• Kejiranan
CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT BANDAR
ELEMEN PANDAN INDAH JAJARAN AMPANG
TAMAN MELAWATI –
TAMAN PERMATA
• Penyataan
Ketibaan (Entrance
Statement)
• Pembinaan jejantas sebagai
pintu gerbang di Jalan
Pandan Indah
• Pembentukan penyataan
ketibaan di MRR2 dan Jalan
Pandan Utama
• Pembinaan batu tanda
dan pengindahan
landskap (2 unit)
• Pembinaan dan
pembaikan batu tanda
dan pengindahan
landskap (2 unit)
• Rangkaian Pejalan
Kaki
• Pembinaan/pengindahan
laluan pejalan kaki
• Melengkapkan laluan
pejalan kaki berbumbung
yang menghubungkan
Stesen LRT Cempaka ke
Menara MPAJ
• Pembinaan/ pengindahan
laluan pejalan kaki
• Pembinaan/ pengindahan
laluan pejalan kaki
• Persimpangan
• Pembinaan /Pembaikan
Persimpangan
(3 persimpangan)
• Pembinaan /Pembaikan
Persimpangan (3
persimpangan)
• Pembinaan /Pembaikan
Persimpangan
(5 persimpangan)
• Papan Tanda
• Pembinaan Papan Tanda
Elektronik (3 unit)
• Pembinaan Papan Tanda
Elektronik (3 unit)
• Pembinaan Papan Tanda
Elektronik (3 unit)
• CCTV • Pemasangan CCTV
(11 kawasan)
• Pemasangan CCTV
(9 kawasan)
• Pemasangan CCTV
(6 kawasan)
CADANGAN PEMBANGUNAN KORIDOR MRR2
• Pengindahan • Pengindahan di sepanjang MRR2
• Arah Pandangan • Lokasi bagi arah pandangan ke metropolitan dan alam semulajadi
• Penyataan
Ketibaan/’entrance
statement’
• Pembinaan batu tanda dan pengindahan landskap di bahagian utara dan selatan
(sempadan kawasan MPAJ)
Taman Melawati –
Taman Permata
Pandan Indah
Rajah 3.18: Lokasi Dan Sempadan Reka Bentuk Bandar
Ampang
* Definisi pusat bandar bagi kajian ini merujuk kepada kawasan CBD iaitu merupakan tumpuan aktiviti
perbandaran semasa
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 36
iii. Petempatan Kampung
Cadangan pembangunan bagi petempatan kampung adalah untuk
mencapai matlamat pembangunan yang seimbang antara kawasan
perbandaran dan kawasan petempatan kampung (rujuk Rajah 3.19).
Semua kampung di MPAJ merupakan kampung dalam bandar yang
dilengkapi bekalan kemudahan utiliti iaitu bekalan air bersih, bekalan
elektrik dan telekomunikasi. Tahap kemudahsampaian bagi kemudahan
pendidikan, kesihatan, keagamaan, polis dan bomba juga adalah baik.
Walau bagaimanapun keadaan fizikalnya masih tidak sempurna dari aspek
sistem perparitan, sistem pembetungan, dan jalan raya.
Empat objektif pembangunan petempatan kampung bagi mencapai
matlamat pembangunan Seimbang adalah:-
a. Memodenkan kawasan kampung dalam bandar yang
menghadapi tekanan pembangunan perbandaran, kawasan
yang sesak dengan kediaman serta kawasan yang memerlukan
peningkatan prasarana;
b. Mempertingkatkan kualiti persekitaran kampung di MPAJ melalui
program peningkatan imej dan pengindahan;
c. Menyediakan kemudahan masyarakat serta kemudahan rekreasi
bagi mencapai kehidupan yang berkualiti; dan
d. Mempertingkatkan ekonomi kampung.
Empat strategi pembangunan petempatan kampung adalah seperti
berikut:-
a. Pemodenan kampung melalui penjanaan, pengezonan, dan
pembangunan semula (rujuk Jadual 3.18). Kawasan kampung
yang menghadapi tekanan pembangunan yang ketara dan
masalah kekurangan penyediaan kemudahan masyarakarat,
kemudahan infrastruktur dan rekreasi;
b. Mengambilkira konsep Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan
konsep pembangunan berasaskan transit (TOD) dalam
pemodenan/penjanaan semula kampung dalam bandar;
c. Memperindahkan kawasan kampung melalui program landskap;
d. Penempatan semula kawasan petempatan Orang Asli melalui
pendekatan Penempatan Semula Kampung (PSK).
Jadual 3.18: Pendekatan Pemodenan Petempatan Kampung
PENDEKATAN PEMBANGUNAN KETERANGAN
1. Pengezonan semula Tukarguna tanah perumahan kepada
perniagaan atau perindustrian
2. Penjanaan semula Meningkatkan densiti perumahan dari
rendah kepada sederhana atau tinggi
3. Pembangunan semula Pembangunan semula secara menyeluruh
bagi sesebuah kawasan kampung
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 37
• Pengezonan Dan Penjanaan Semula
Kampung-kampung yang terlibat untuk cadangan pengezonan dan
penjanaan semula adalah Kg. Cheras Baru, Kg. Tasek Permai, Kg. Ampang
Campuran, Kg. Baru Ampang Tambahan, Kg. Baru Ampang (BP1), Kg.
Kuala Ampang, Kg. Melayu Ampang, Kg. Pasir dan Kg. Klang Gate.
• Pembangunan Semula
Dua buah kampung yang terlibat dengan pembangunan semula
kampung iaitu Kg. Pandan Dalam dan sebahagian Kg. Baru Ampang
(BP2). Pembangunan bercampur dengan kepadatan perumahan tinggi (50
unit per ekar) dicadangkan bagi kawasan pembangunan semula.
• Kajian Rancangan Kawasan Khas
Dua kajian RKK dicadangkan iaitu:-
- RKK Kg. Pandan Dalam
- RKK Kg. Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan
• Program Landskap
Pengindahan dan peningkatan imej persekitaran kampung juga akan
dijalankan melalui program landskap yang melibatkan semua kampung di
MPAJ. Penglibatan secara terus daripada penduduk setempat terutama
aspek penyelenggaraan kawasan landskap masing-masing difokuskan
dalam strategi ini.
• Peningkatan Kemudahan Masyarakat
Pendekatan yang diambil adalah dengan menaiktaraf balai
raya/dewan/dewan serbaguna sedia ada sebagai pusat komuniti atau
pembangunan pusat komuniti baharu. Setiap pusat komuniti akan
menyediakan kemudahan seperti Bilik Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK), bilik mesyuarat, ruang pameran, dewan,
pusat ICT/ pusat sumber, tadika/taska, kemudahan rekreasi (gelanggang
badminton, takraw, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain),
kafeteria, kemudahan orang kurang upaya dan lain-lain.
• Peningkatan Prasarana
Secara umumnya, peningkatan prasarana di kampung-kampung dapat
dipertingkatkan melalui penjanaan, pengezonan dan pembangunan
semula kawasan kampung terutama sistem perparitan dan pembetungan
(berpusat). Namun begitu, terdapat cadangan untuk mempertingkatkan
sistem perparitan dan pembetungan bagi Kg. Datok Mufti Shuib (Kg.
Tengah).
Sebuah jambatan untuk kenderaan ringan juga dicadangkan dibina di Kg.
Kuala Ampang bagi mempertingkatkan kemudahsampaian penduduk
setempat ke Zon Perindustrian Bebas Hulu Kelang.
• Peluang Ekonomi
Dua cadangan untuk mempertingkatkan peluang ekonomi penduduk
kampung di MPAJ adalah pembinaan pusat inkubator (Kg. Cheras Baharu)
dan inap desa (Kg. Kemensah). Pusat inkubator dijangkakan mampu
melatih usahawan-usahawan di kawasan MPAJ terutama usahawan
Bumiputera bagi latihan pengurusan, pembungkusan, pemasaran dan
sebagainya. Pembangunan inap desa dicadangkan di Kg. Kemensah
kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan eko pelancongan
seperti kawasan air terjun, Bukit Tabur (Banjaran Rabung Gunung Kuarza),
Taman Rimba Ampang).
• Penempatan Semula Orang Asli
Penempatan semula petempatan Orang Asli di Kg. Hulu Klang ke Batu 13,
Gombak (Majlis Perbandaran Selayang) melalui pendekatan PSK.
Pendekatan ini diambil kerana jumlah penduduk Orang Asli yang kecil dan
keadaan ini menyukarkan penyediaan kemudahan prasarana serta
kemudahan masyarakat. Petempatan Orang Asli ini juga terletak di KSAS
iaitu kawasan tadahan air. Penempatan semula tersebut membolehkan
kemudahan asas disediakan di samping dapat mengekalkan nilai dan cara
hidup dan kebudayaan suku Temuan.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 38
Rajah 3.19: Pelan Strategi Petempatan Kampung
MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 39
iv. Alam Sekitar
Strategi pembangunan dirancang bagi mencapai lima prinsip utama
Wawasan Pembangunan MPAJ iaitu Selesa, Dinamik, Mudahsampai,
Seimbang dan Cekap. Dalam strategi pembangunan pemeliharaan alam
sekitar, penekanan diberi kepada dua prinsip utama iaitu Selesa dan
Seimbang.
Penekanan ini dapat dilihat melalui pengenalpastian KSAS (rujuk Rajah
3.20). Kawasan KSAS akan dinilai sama ada berada dalam tahap
kesensitifan I, II, III atau IV iaitu:-
i. KSAS Tahap I - Perlindungan dan pengekalan sepenuhnya
ii. KSAS Tahap II – Pembangunan yang terhad dengan kawalan yang
ketat
iii. KSAS Tahap III – Pembangunan terkawal
iv. KSAS Tahap IV – Semua jenis pembangunan dibenarkan dengan
kawalan pencemaran alam sekitar
Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditentukan seperti
kawasan tadahan air, kawasan tanah tinggi, kawasan rizab perlindungan
hidupan liar, taman rekreasi kawasan lapang, kawasan berisiko bencana
dan kawasan bernilai warisan. Kawasan–kawasan ini perlulah dilindungi
dalam membangunkan kawasan perbandaran yang selamat, mampan
dan menyokong pengurusan dan pentadbiran perbandaran yang efisien.
Pewartaan kawasan ke hulu takat pengambilan air adalah penting bagi
menjamin sumber terpenting kehidupan masa kini dan hadapan iaitu
sumber bekalan air bersih kekal terpelihara.
Langkah pemantauan berkala kualiti air sungai oleh pihak MPAJ
dicadangkan untuk memastikan sumber air bersih sentiasa terkawal. Stesen
pemantauan yang dicadangkan ialah stesen-stesen pemantauan Jabatan
Alam Sekitar sedia ada dan dengan menggunakan maklumat yang di
kumpul oleh Jabatan Alam Sekitar. Dengan mewujudkan langkah
pemantauan kualiti air sungai pihak MPAJ akan dapat menggunakan
maklumat terkini bagi mengambil langkah-langkah pro-aktif bagi
memastikan pemuliharaan sumber air bersih kawasan MPAJ.
Parameter-parameter dan tahap kualiti air sungai boleh menjadi indikator
bagi keadaan kualiti persekitaran kawasan MPAJ bagi membolehkan
pihak MPAJ memantau aktiviti-aktiviti lain yang berkemungkinan memberi
kesan kepada kualiti persekitaran dengan lebih mantap.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 40
Rajah 3.20: Pelan Keseluruhan KSAS MPAJ
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 41
3.3.5 PRINSIP DAN MATLAMAT 5 - CEKAP
3.3.5.1 Indikator Semasa Dan Sasaran
Enam indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran
untuk mencapai prinsip dan matlamat cekap (rujuk Jadual 3.19).
Jadual 3.19: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 5 – Cekap
NO. INDIKATOR
‘BENCHMARK’
(RSN
SELANGOR)
KEADAAN
SEMASA
SASARAN 2020
1. Hasil PBT Per Kapita (RM) - 141.1 Melebihi 170.0
2. Kadar kutipan cukai (%) - 85.0 % Melebihi 90 %
3.
Nisbah aliran tunai
kepada emolumen
- 1.16:1 4 : 1
4.
Peratus perbelanjaan
mengurus berbanding
hasil
- 134.4 % Kurang dari 80 %
5. Kadar hutang PBT(%) - 25.4 % Kurang dari 20 %
6.
Kadar kutipan cukai
tertunggak(%)
- 41.8 % Melebihi 50 %
Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ
3.3.5.2 Strategi Pembangunan
i. Struktur Organisasi
Ketua Jabatan di MPAJ hendaklah terdiri dari pegawai kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang kompeten. Arus pembangunan,
penggunaan teknologi dan keadaan ekonomi masa kini memerlukan
pencapaian akademik dan pengalaman di tahap yang tinggi. Semua
urusan yang melibatkan hal permohonan yang dibuat dengan MPAJ
ditetapkan oleh Akta yang berkaitan supaya diurus oleh mereka yang
berkelayakan profesional. Imej MPAJ akan terserlah apabila isu yang
dibangkitkan dalam semua urusan ditangani dengan segera dan berkesan.
Tindakan bagi mengukuhkan kedudukan organisasi dengan mewujudkan
perjawatan dan pengambilan tenaga kerja yang kompeten adalah
diperlukan.
ii. Kedudukan Kewangan
Lima strategi dan dasar kewangan yang diperlukan adalah:-
a. Jumlah kutipan sebarang hasil cukai dan bukan cukai kecuali lesen
dan permit disasarkan pada kadar sekurang-kurangnya 90 peratus
setiap tahun.
b. Kadar minimum 50 peratus jumlah semua tunggakan hasil diambil
tindakan susulan segera.
c. Jumlah simpanan tunai (liquidity) sekurang-kurangnya boleh
membiayai kadar setahun perbelanjaan mengurus.
d. Semua pembangunan hartanah yang dikenakan cukai dipastikan
tiada tunggakan sebelum ianya diproses.
e. Kadar pulangan bagi projek pembangunan perniagaan yang
diceburi bersama oleh MPAJ berada pada tahap dua kali ganda
kadar pelaburan jangka panjang kerajaan (contohnya
penggunaan kadar Bon Sekuriti Kerajaan Malaysia).
Antara langkah kewangan lain, MPAJ boleh menggunakan maklumat
cadangan projek pembangunan terutamanya untuk infrastruktur bagi
mengenakan caj kepada pemaju untuk menyediakan infrastruktur yang
telah dirancang di dalam dan di persekitaran kawasan cadangan
pemajuan. Caj ini boleh dijadikan sebagai ‘sinking fund’ untuk
pembangunan masa hadapan. Dengan cara ini, penglibatan pihak swasta
dalam memajukan kawasan MPAJ dipertingkatkan.
Permohonan kebenaran merancang dikenakan caj perkhidmatan bagi
mengemaskini maklumat GIS MPAJ selepas maklumat GIS pembangunan
diserahkan kepadanya. Langkah ini dapat mengurangkan beban MPAJ
untuk mengawal pembangunan.
iii. Kerjasama Antara PBT Bersempadan
Isu dan potensi perancangan antara kawasan MPAJ dan PBT
bersempadan seperti DBKL, MPS, MPKj dan Majlis Perbandaran Bentong
perlu ditangani secara bersama dan bersepadu. Penubuhan
Jawatankuasa antara PBT bersempadan dicadang untuk memastikan
perancangan dan kerjasama yang lebih berkesan dapat dicapai. Isu dan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 42
potensi yang dikenalpasti antara kawasan MPAJ dan PBT bersempadan
mengikut aspek pembangunan termasuklah:-
a. Lalu lintas dan Pengangkutan
b. Kemudahan Masyarakat dan Rekreasi
c. Infrastruktur dan Utiliti
d. Pemeliharaan Alam Sekitar
e. Perumahan
f. Ekonomi
3.4 KONSEP PEMBANGUNAN
Konsep Pembangunan MPAJ mengandungi tiga teras pembangunan iaitu :
Perbandaran Metropolitan Domitori kepada Bandaraya Kuala Lumpur;
Perbandaran Metropolitan Berorientasi Kluster Ekonomi; dan Perbandaran
Metropolitan Berasaskan Koridor Pengangkutan. Gabungan ketiga-tiga
teras ini membentuk strategi terbaik untuk membangunkan kawasan MPAJ
dalam mencapai wawasan, prinsip dan matlamat pembangunan yang
telah digariskan (rujuk Rajah 3.21).
Empat falsafah konsep pembangunan kawasan MPAJ adalah:-
i. Pembangunan masa hadapan akan berteraskan kepada falsafah
’repositioning’ fungsi MPAJ ke arah mencapai matlamat konsep
ekonomi mendiri;
ii. Membangunkan perbandaran metropolitan berasaskan koridor
untuk menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai
pemangkin pembentukan beberapa koridor pembangunan dan
juga untuk mengurangkan tekanan kepada kapasiti rangkaian
jalanraya utama kawasan MPAJ. Penekanan diberi untuk
mewujudkan kawasan metropolitan yang ’self contained’ dalam
aspek ekonomi, fizikal, sosial dan alam sekitar dan mewujudkan
pusat-pusat pertumbuhan TOD yang mempunyai komponen
bercampur, berkepadatan tinggi dan ‘compact’ akan
dibangunkan sebagai pemangkin di sepanjang koridor
pembangunan.
iii. Pengukuhan dan penekanan sektor ekonomi bagi kluster-kluster
perbandaran mengikut aset dan potensi sekitar Bandaraya Kuala
Lumpur boleh menyumbang kepada pencapaian pembangunan
Konurbasi Kuala Lumpur yang mampan secara keseluruhan; dan
iv. Meneruskan fungsi utama sebagai salah satu metropolitan
sokongan kepada Bandaraya Kuala Lumpur dalam aspek
ekonomi, perumahan, pengangkutan, infrastruktur dan
kemudahan sosial.
3.4.1 Ciri-Ciri Konsep Pembangunan
Ciri-ciri konsep pembangunan adalah membentuk kluster pembangunan
ekonomi mengikut fungsi khusus setiap BP berdasarkan aset dan potensi
(rujuk Jadual 3.20).
Jadual 3.20: Ciri-Ciri Konsep Pembangunan
BLOK
PERANCANGAN
KLUSTER EKONOMI DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
BP 1: Pandan
Indah
• Kluster Perkhidmatan, Pentadbiran dan Perniagaan
• Koridor Rel Ampang - Pandan Indah- Kuala Lumpur
• Koridor Rel Pandan Indah-Cheras- Kuala Lumpur
• Pusat Separa Wilayah:-
- Pandan Indah
• Pusat Perkhidmatan Kecil
- Pandan Jaya,
- Pandan Perdana
- Taman Muda
- Taman Permai Jaya
BP 2: Ampang • Kluster Perkhidmatan dan Perniagaan
• Koridor Rel Bukit Ampang-Ampang Point-Kuala Lumpur
• Pusat Perkhidmatan:-
- Jajaran Perniagaan Ampang
• Pusat Perkhidmatan Kecil
- Taman Keramat
- Taman Bukit Ampang
BP 3: Melawati • Kluster Perkhidmatan dan Perniagaan
• Koridor Rel Ukay Perdana-Kg. Pasir-Kuala Lumpur
• Koridor Rel Taman Melawati-Kuala Lumpur
• Pusat Perkhidmatan:-
- Pusat Bandar Taman Melawati
• Pusat Perkhidmatan Kecil
- Ukay Perdana
Bersambung…
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 43
Jadual 3.20: Ciri-Ciri Pembangunan Konsep Pembangunan (sambungan)
BLOK
PERANCANGAN
KLUSTER EKONOMI DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
BP 4: Kawasan
Pemeliharaan
• Kawasan pemeliharaan alam semulajadi, penyelidikan,
pendidikan, pelancongan dan rekreasi
• Cadangan KLORR
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1
PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3 - 44
Rajah 3.21: Pelan Konsep Pembangunan MPAJ

More Related Content

Similar to Wawasan matlamat konsep

NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxMuhamadFaredZulkafli
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Asmawi Abdullah
 
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5faizatulhazwani
 
Penswastaan Projek Pembangunan
Penswastaan Projek PembangunanPenswastaan Projek Pembangunan
Penswastaan Projek PembangunanZati Syazana
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranAsmawi Abdullah
 
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmTADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmjyejye
 
Task 3 penswastaan projek pembangunan
Task 3 penswastaan projek pembangunanTask 3 penswastaan projek pembangunan
Task 3 penswastaan projek pembangunanmaheran96
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanjijiismail
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirNur Hafizah Mohd Abas
 
Laporan Pengangkutan Bandar A174007
Laporan Pengangkutan Bandar A174007Laporan Pengangkutan Bandar A174007
Laporan Pengangkutan Bandar A174007IsaBelleFaizal
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatJapenTV
 

Similar to Wawasan matlamat konsep (20)

MODUL 9
MODUL 9MODUL 9
MODUL 9
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Renew slide
Renew slideRenew slide
Renew slide
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan tugasan 5
 
Penswastaan Projek Pembangunan
Penswastaan Projek PembangunanPenswastaan Projek Pembangunan
Penswastaan Projek Pembangunan
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Agenda 21
Agenda 21Agenda 21
Agenda 21
 
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmTADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
Task 3 penswastaan projek pembangunan
Task 3 penswastaan projek pembangunanTask 3 penswastaan projek pembangunan
Task 3 penswastaan projek pembangunan
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapan
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
 
Penswastaan
PenswastaanPenswastaan
Penswastaan
 
Penswastaan
PenswastaanPenswastaan
Penswastaan
 
Penswastaan
PenswastaanPenswastaan
Penswastaan
 
Laporan Pengangkutan Bandar A174007
Laporan Pengangkutan Bandar A174007Laporan Pengangkutan Bandar A174007
Laporan Pengangkutan Bandar A174007
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
 

More from cyberns_

Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalala
Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalalaKeusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalala
Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalalacyberns_
 
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4cyberns_
 
Surat rasmi Kelab DMT 4
Surat rasmi Kelab DMT 4Surat rasmi Kelab DMT 4
Surat rasmi Kelab DMT 4cyberns_
 
Minit Mesyuarat Kelab Mobile Technology
Minit Mesyuarat Kelab Mobile TechnologyMinit Mesyuarat Kelab Mobile Technology
Minit Mesyuarat Kelab Mobile Technologycyberns_
 
Implikasi penggunaan telefon bimbit
Implikasi penggunaan telefon bimbitImplikasi penggunaan telefon bimbit
Implikasi penggunaan telefon bimbitcyberns_
 
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956cyberns_
 
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductions
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductionsMpu 1181 topic 1 greetings &introductions
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductionscyberns_
 
Dsm1021sains1 topik3 Gerakanlinear
Dsm1021sains1 topik3 GerakanlinearDsm1021sains1 topik3 Gerakanlinear
Dsm1021sains1 topik3 Gerakanlinearcyberns_
 
Benchmarking
BenchmarkingBenchmarking
Benchmarkingcyberns_
 
Antena proximity sensor
Antena proximity sensorAntena proximity sensor
Antena proximity sensorcyberns_
 
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpang
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpangKelab e sport Kolej Komunit iAmpang
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpangcyberns_
 
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenaga
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian TenagaKerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenaga
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenagacyberns_
 
Dsm1021 sains1 Gerakanlinear
Dsm1021 sains1 GerakanlinearDsm1021 sains1 Gerakanlinear
Dsm1021 sains1 Gerakanlinearcyberns_
 
Proximity sensors
Proximity sensorsProximity sensors
Proximity sensorscyberns_
 
Mobile Device-Architecture
Mobile Device-ArchitectureMobile Device-Architecture
Mobile Device-Architecturecyberns_
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUM
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUMDSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUM
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUMcyberns_
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYAcyberns_
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYAcyberns_
 
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)cyberns_
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYAcyberns_
 

More from cyberns_ (20)

Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalala
Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalalaKeusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalala
Keusahawanan Laporan Amali Jualan Oden shalalala
 
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4
Kertas kerja Kelab Esporst Dmt 4
 
Surat rasmi Kelab DMT 4
Surat rasmi Kelab DMT 4Surat rasmi Kelab DMT 4
Surat rasmi Kelab DMT 4
 
Minit Mesyuarat Kelab Mobile Technology
Minit Mesyuarat Kelab Mobile TechnologyMinit Mesyuarat Kelab Mobile Technology
Minit Mesyuarat Kelab Mobile Technology
 
Implikasi penggunaan telefon bimbit
Implikasi penggunaan telefon bimbitImplikasi penggunaan telefon bimbit
Implikasi penggunaan telefon bimbit
 
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
 
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductions
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductionsMpu 1181 topic 1 greetings &introductions
Mpu 1181 topic 1 greetings &introductions
 
Dsm1021sains1 topik3 Gerakanlinear
Dsm1021sains1 topik3 GerakanlinearDsm1021sains1 topik3 Gerakanlinear
Dsm1021sains1 topik3 Gerakanlinear
 
Benchmarking
BenchmarkingBenchmarking
Benchmarking
 
Antena proximity sensor
Antena proximity sensorAntena proximity sensor
Antena proximity sensor
 
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpang
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpangKelab e sport Kolej Komunit iAmpang
Kelab e sport Kolej Komunit iAmpang
 
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenaga
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian TenagaKerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenaga
Kerja,Kuasa,Tenaga Keupayaan,Tenaga Kinetik Dan Keabadian Tenaga
 
Dsm1021 sains1 Gerakanlinear
Dsm1021 sains1 GerakanlinearDsm1021 sains1 Gerakanlinear
Dsm1021 sains1 Gerakanlinear
 
Proximity sensors
Proximity sensorsProximity sensors
Proximity sensors
 
Mobile Device-Architecture
Mobile Device-ArchitectureMobile Device-Architecture
Mobile Device-Architecture
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUM
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUMDSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUM
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-MOMENTUM
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-LERAIAN-DAYA
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA-KESEIMBANGAN-PANDUAN-DAYA
 
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)
UI AND UX GRAPHIC DESIGN(SOCIAL NETWORKING)
 
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYADSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA
DSM1021-SAINS-1-TOPIK-2-DAYA
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (14)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Wawasan matlamat konsep

  • 1. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 1 3.0 WAWASAN, MATLAMAT, STRATEGI DAN KONSEP PEMBANGUNAN 3.1 WAWASAN PEMBANGUNAN Perancangan pembangunan masa hadapan kawasan MPAJ sehingga tahun 2020 berasaskan kepada wawasan berikut:- ‘Perbandaran Metropolitan yang Selesa, Dinamik, Mudahsampai, Seimbang Dan Cekap’ 3.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam wawasan pembangunan MPAJ ini disokong oleh penyataan matlamat (rujuk Jadual 3.1). Jadual 3.1: Prinsip Dan Matlamat Pembangunan PRINSIP MATLAMAT Selesa Membangunkan kawasan perbandaran yang selamat dilengkapi pelbagai kemudahan. Dinamik Mewujudkan asas ekonomi bandar yang berkembang, maju, moden dan pelbagai. Mudahsampai Memastikan tahap mudah gerak, mobiliti dan ‘connectivity’ manusia dan barangan yang tinggi. Seimbang Merancang pembangunan pusat bandar, petempatan, fizikal dan pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu dan bijaksana. Cekap Mengamal kaedah pengurusan dan pentadbiran perbandaran secara efisien. 3.3 STRATEGI PEMBANGUNAN Strategi pembangunan digubal untuk menjelaskan langkah-langkah bagi mencapai wawasan, prinsip dan matlamat pembangunan dengan berpandukan kepada indikator pembangunan terpilih yang telah dikenalpasti dan disasarkan. 3.3.1 PRINSIP DAN MATLAMAT 1 - SELESA 3.3.1.1 Indikator Semasa Dan Sasaran Sembilan indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran untuk mencapai prinsip dan matlamat Selesa telah dikenalpasti (rujuk Jadual 3.2). Jadual 3.2: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 1 - Selesa NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 1. Kadar pertumbuhan penduduk Kurang dari 1.50% 2.58 % 1.32% 2. Peratus rumah setinggan Sifar 1.36% Sifar 3. Nisbah guru kepada murid sekolah rendah 1:16 1:20.0 Kurang dari 1:20 4. Nisbah guru kepada murid sekolah menengah 1:15 1:17.4 Kurang dari 1:15 5. Nisbah doktor kepada penduduk 1:800 1:1,338.9 Kurang dari 1:800 6. Nisbah anggota polis kepada penduduk - 1.44:1000 2:1000 7. Peratus kawasan liputan sekolah menengah kurang efektif - 6.48% Sifar 8. Peratus kawasan liputan sekolah rendah kurang efektif - 25.37% Sifar Bersambung...
  • 2. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 2 Jadual 3.2: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 1 – Selesa (sambungan) Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007 3.3.1.2 Strategi Pembangunan i. Penduduk Jumlah penduduk MPAJ yang diunjurkan pada tahun 2020 adalah 583,200 orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata 0.73 peratus. a. Mencapai pertumbuhan penduduk yang mampan dan terkawal selaras dengan tahap ketersediaan kawasan pembangunan dan keupayaan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat dan kawasan rekreasi; b. Mengagihkan taburan penduduk dengan lebih seimbang terutama ke kawasan-kawasan separa perbandaran dan pinggir bandar yang berpotensi; dan c. Mengawal pertambahan penduduk di dalam kawasan tepubina sedia ada. ii. Perumahan Unjuran berasaskan pertumbuhan penduduk, mendapati kawasan MPAJ memerlukan tambahan unit kediaman sebanyak 16,657 unit bagi tempoh dari tahun 2005 hingga 2020. Keperluan tersebut telah mengambil kira perumahan di dalam pembinaan dan perumahan dalam perancangan. Dalam cadangan telah mengkelaskan densiti kepada tiga iaitu rendah 6 hingga 15 unit/ekar, densiti sederhana 16 unit hingga 25 unit/ekar dan densiti tinggi 26 unit hingga 50 unit/ekar. Secara amnya, kawasan MPAJ memerlukan cadangan unit perumahan baharu. Bagaimanapun hasil daripada analisis mendapati kedapatan tanah untuk dibangunkan semakin terhad dengan keluasan setiap lot kurang daripada 1 ekar. Ini dapat dilihat melalui analisis terhadap tanah untuk dibangunkan yang mendapati kebanyakan kawasan MPAJ adalah dalam kawasan yang tidak boleh dibangunkan iaitu kategori Kelas III dan Kelas IV. Manakala bagi perumahan sedia ada dan komited, dicadangkan untuk dikekalkan kepadatannya. Cadangan kepadatan baharu akan digunapakai sekiranya keadaan berikut berlaku:- a. Tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan komited telah luput; b. Pindaan ke atas pelan tatatur yang telah diluluskan; dan c. Cadangan pembangunan baharu di sesebuah tapak cadangan. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk pembangunan perumahan baharu, alternatif lain dicadangkan iaitu, bagi kawasan perkampungan yang sesuai seperti kampung dalam bandar adalah dicadangkan dijana semula melalui pemodenan dan pengezonan semula guna tanah. Pendekatan yang di gunakan adalah melalui peningkatan densiti daripada kepadatan rendah ke sederhana. Di antara kampung- kampung yang terlibat di dalam proses penjanaan semula (peningkatan densiti) adalah:- a. Kg. Cheras Baru; b. Kg. Ampang Campuran; c. Kg. Kuala Ampang; dan d. Kg. Klang Gate. Kajian terperinci juga dicadangkan iaitu dua kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang berkonsepkan pembangunan semula kampung dalam bandar. Keluasan keseluruhan kampung yang terlibat untuk kajian RKK adalah seluas 519.00 hektar. Bagi setiap cadangan perumahan ianya hanya melibatkan 50 peratus sahaja untuk dicadangkan pembangunan semula perumahan. Dari segi densiti yang dicadangkan adalah densiti tinggi iaitu NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 9. Peratus kawasan liputan kemudahan kesihatan yang optima dan sederhana - 91.45% 100.0% 10. Nisbah kawasan lapang kepada 1,000 penduduk 0.87 hektar 0.73 hektar Tidak kurang dari 1 hektar
  • 3. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 3 50 unit/ekar. Dua buah kampung di kawasan MPAJ yang terlibat dalam cadangan RKK adalah seperti berikut:- a. Kg. Pandan Dalam; dan b. Kg. Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan Ianya menggunakan konsep Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)1 dan ‘Transit Oriented Development’ (TOD)2. Tiga strategi pembangunan yang dicadangkan untuk memandu ke arah mencapai objektif pembangunan masa hadapan seperti di bawah: - a. Memperuntukan keluasan kawasan yang mencukupi untuk pembangunan perumahan bagi menampung keperluan masa hadapan; b. Memberi penekanan kepada projek-projek perumahan kos rendah pelbagai jenis dan saiz mengikut kemampuan penduduk; c. Meningkatkan tahap penyediaan kemudahan awam di kawasan perumahan sedia ada dan kawalan bagi pembangunan baharu; dan d. Pembangunan semula projek perumahan terbengkalai melalui satu program seperti Bantuan Perumahan Terbengkalai yang memerlukan kerja sama di antara pihak kerajaan dan agensi kewangan. 1 Satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang berjiran disusun semula melalui kerjasama dan persetujuan pemilik-pemilik tanah mengikut pelan dan susun atur terancang dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang mencukupi. Sebagai balasan kepada sebahagian tanah yang disumbangkan, pemilik tanah akan menerima pulangan dalam bentuk hartanah. Sebahagian lagi tanah dijadikan sebagai tanah kewangan dan dijual di pasaran bagi menampung sebahagian kos projek. 2 Pembangunan kawasan perumahan dan komersil yang direkabentuk untuk memaksimumkan kebolehsampaian melalui transit dan mod pengangkutan tidak bermotor, serta menggalakkan ‘transit ridership’ (Sumber : RSN Selangor) Strategi pembangunan perumahan secara keseluruhannya telah mengambilkira perumahan sedia ada, komited dan cadangan (rujuk Rajah 3.1).
  • 4. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 4 Rajah 3.1: Pelan Strategi Perumahan MPAJ
  • 5. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 5 iii. Kemudahan Masyarakat Selaras dengan pembangunan pesat Pandan Indah dan Ampang serta Melawati, beberapa strategi kemudahan masyarakat yang disediakan haruslah mencukupi dan moden, mencapai tahap piawaian agar setiap kemudahan yang disediakan adalah selamat dan selesa, serta perkhidmatan yang ditawarkan perlu efisien (rujuk Rajah 3.2). Strategi untuk menjadikan kawasan MPAJ sebagai sebuah zon perubatan dan kesihatan adalah bersesuaian memandangkan terdapat hospital awam dan klinik kesihatan yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi serta kewujudan beberapa hospital swasta serta klinik pakar yang menawarkan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, konsep ‘Health Tourism’ adalah tepat untuk dilaksanakan. Bagi menjadikan kawasan MPAJ bebas jenayah dan mengurangkan masalah sosial, beberapa buah balai polis dan balai polis komuniti dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan yang padat dengan penduduk dan pusat-pusat tumpuan utama. Program naiktaraf beberapa buah pondok polis sedia ada turut dicadangkan bagi memastikan perkhidmatan keselamatan dapat diberikan dengan menyeluruh. Cadangan naiktaraf ini melibatkan penyediaan kemudahan yang bertaraf moden dan ruang yang lebih selesa serta anggota yang mencukupi dan terlatih. Selain itu, strategi untuk menyediakan kemudahan untuk bersosial turut diambilkira dengan penyediaan beberapa buah pusat komuniti yang turut diintegrasi dengan kawasan lapang dan rekreasi serta dapat diakses oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, balai raya dan dewan serbaguna sediada yang sesuai akan dinaiktaraf kepada pusat komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih sempurna. Kemudahan untuk aktiviti bersosial ini dapat membantu dalam memastikan penduduk mempunyai persekitaran kawasan kediaman yang selesa dan harmoni. Kemudahan pendidikan yang mencukupi adalah perlu dalam memastikan taraf kehidupan penghuni di kawasan MPAJ lebih sempurna. Terdapat beberapa buah sekolah menengah dan rendah yang dicadangkan untuk tambahan blok bagi menampung pertambahan pelajar pada masa hadapan. Selain itu, beberapa tapak komited turut dikenalpasti untuk dimajukan bagi menampung keperluan masa hadapan. Turut dicadangkan adalah penyediaan kemudahan sokongan seperti lintasan zebra, pemasangan CCTV serta pengindahan landskap di sekolah terpilih. Memandangkan kawasan MPAJ ini terhad dengan tapak yang boleh dibangunkan, maka satu kaedah telah dipilih untuk memastikan kemudahan yang disediakan adalah mencukupi. Kaedah ini melibatkan kemudahan pendidikan dan kesihatan di mana diandaikan 50% daripada keperluan masa hadapan akan ditampung oleh kemudahan di luar kawasan dan penyediaan dari pihak swasta. Kemudahan keagamaan dan perkuburan pula adalah dijangka mencukupi sehingga tahun 2020. Terdapat beberapa tapak komited dan tapak cadangan baharu yang telah dikenalpasti untuk menampung keperluan masa hadapan. Dengan segala kemudahan fizikal dan rohani yang disediakan adalah selaras dengan matlamat MPAJ sebagai sebuah bandar selesa, sejahtera dan selamat berdasarkan unjuran 2020 (rujuk Jadual 3.3). Jadual 3.3: Unjuran, Sedia Ada Dan Keperluan Tambahan 2020 KEMUDAHAN A B C D E Sekolah Menengah* 65 15 5 7 16 Sekolah Rendah* 78 29 11 9 11 SRA 58 31 2 4 17 Tadika (awam) 233 47 6 3 177 Hospital (awam) 1 1 - - - Klinik Kesihatan* 30 2 5 2 10 Klinik Desa - 1 - - - IPD 1 1 - - - Balai Polis 38 4 3 3 28 Pondok Polis - 3 - 3 - Bit Polis - 22 - - - Balai Bomba 3 2 1 2 -1 Masjid 18 24 5 1 -12 Surau 142 120 13 2 7 Bersambung…
  • 6. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 6 Jadual 3.3: Unjuran, Sedia Ada Dan Keperluan Tambahan 2020 (sambungan) Petunjuk:- A – Unjuran Keperluan 2020 – mengikut unjuran penduduk 2020 B – Kemudahan Sedia Ada C – Tapak Komited & Tapak Rizab D – Tambahan Blok, Naiktaraf & Tapak Cadangan Baharu E – Keperluan Tambahan 2020 KEMUDAHAN A B C D E Tokong 61 9 3 - 49 Kuil 14 9 1 - 4 Gereja - 3 - - - Kubur Islam (hek) 30 12.71 12.37 4.42 0.5 Jirat Cina (hek) 10.8 12.14 - - -1.34 Kubur Hindu/Sikh (hek) 0.8 1.56 - - -0.76 Dewan Orang Ramai / Dewan Serbaguna (Pusat Komuniti) 58 55 4 8 -9 Balai Raya - 26 - 26 - Perpustakaan Tempatan/ Perpustakaan Desa 3 3 2 - -2
  • 7. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 7 Rajah 3.2: Pelan Strategi Kemudahan Masyarakat MPAJ
  • 8. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 8 iv. Kemudahan Rekreasi Dan Landskap Penyediaan kemudahan rekreasi dan landskap adalah penting untuk mewujudkan suasana kehidupan yang baik dan lebih kondusif. Pendekatan yang diambil dalam menentukan strategi ini ialah dengan membuat penilaian ke atas semua isu, prospek dan sasaran yang telah dikenalpasti daripada sektor-sektor strategik. Selain itu, dasar dan strategi semasa peringkat nasional dan negeri juga diambilkira bagi memastikan strategi pembangunan yang dihasilkan adalah selari dengan perancangan yang ditetapkan. Kemudahan rekreasi dan landskap merupakan aspek yan perlu diberi penekanan dalam proses pembangunan kerana ia adalah keperluan sokongan kepada sesuatu guna tanah. Penyediaan kemudahan ini kepada masyarakat mendekatkan manusia dengan alam. Secara tidak langsung semangat mencintai alam sekitar dapat disemai kepada penduduk khasnya yang berada di kawasan pembangunan yang pesat seperti di MPAJ. Penekanan kepada kawasan-kawasan rekreasi dan landskap serta kemudahan sokongan yang perlu disediakan dan dikekalkan supaya dapat menggalakkan lebih ramai pengunjung mengunjungi MPAJ. Di samping itu ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor amnya malah ianya dapat digunakan untuk tujuan riadah dan rekreasi bagi semua lapisan masyarakat. Berdasarkan kepada wawasan pembangunan MPAJ, penyediaan kawasan rekreasi dan landskap juga mengambil beberapa strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, penyediaan kawasan rekreasi adalah dirujuk kepada keperluan dan kehendak penduduk tempatan agar prinsip selesa yang dicadangkan tercapai dalam membangunkan kawasan perbandaran yang selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi. Bagi kemudahan landskap diberi penekanan kepada kawasan-kawasan pusat bandar seperti pusat bandar Pandan Indah, Ampang dan Taman Melawati. Ini adalah kerana kawasan pusat bandar tersebut perlu mencerminkan identiti seimbang di antara pembangunan pesat pusat bandar dan kualiti persekitaran. Cadangan pembangunan rekreasi adalah melibatkan cadangan menaiktaraf taman rekreasi sedia ada serta cadangan kawasan rekreasi baharu dalam skala yang lebih besar dalam memenuhi kehendak dan keperluan penduduk tempatan. Bagaimanapun taman-taman rekreasi berskala kecil seperti lot permainan dan padang permainan tidak ketinggalan dalam memastikan pembangunan kawasan rekreasi dan landskap yang menyeluruh di dalam pentadbiran MPAJ. Ini secara tidak langsung dapat memastikan semua kemudahan sedia ada serta baharu berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Oleh itu satu program penyelenggaraan yang berterusan dan berkala adalah penting dalam menjamin kualiti dan keselamatan kemudahan yang disediakan. Cadangan pembangunan landskap merangkumi cadangan landskap Jalan Pandan Utama, Jalan Ampang dan Jalan Taman Melawati. Cadangan landskap ini merangkumi cadangan perindahan jalan utama dengan pokok teduhan dan renek berbunga. Namun begitu jalan-jalan utama yang lain juga perlu diberi perhatian dalam memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat agar keselamatan pengguna terutama pengguna pejalan kaki terjamin. Ini sejajar dengan prinsip selesa iaitu membangunkan kawasan perbandaran yang selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Ringkasan cadangan rekreasi dan landskap telah disenaraikan mengikut BP (rujuk Jadual 3.4 dan Rajah 3.3). Jadual 3.4: Cadangan Rekreasi Dan Landskap Mengikut Blok Perancangan BLOK PERANCANGAN CADANGAN REKREASI DAN LANDSKAP BP 1: Pandan Indah • Menaiktaraf Taman Bandar Pandan Indah • Pembangunan rekreasi Taman Persisiran Sungai Kerayong • Pembangunan Taman Rekreasi Tasik Pandan Perdana • Pembangunan mini stadium di Taman Tasek Tambahan • Pembangunan landskap di Jalan Pandan Utama BP 2: Ampang • Pembangunan Kompleks Sukan Mini Ampang (Taman Kosas) • Pembangunan landskap di Jalan Ampang BP 3: Melawati • Pembangunan stadium mini • Pembangunan Taman Sukan Lasak Taman Melawati • Pembangunan rekreasi Persisiran Sungai Klang di AU3 • Pembangunan landskap di Jalan Taman Melawati BP 4: Kawasan Pemeliharaan • Menaiktaraf kawasan rekreasi di Kg. Kemensah Hilir • Menaiktaraf Taman Rimba Ampang
  • 9. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 9 Rajah 3.3: Pelan Strategi Rekreasi
  • 10. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 10 v. Infrastruktur Dan Utiliti Pembangunan infrastruktur dan utiliti kawasan MPAJ adalah berdasarkan kepada unjuran keseluruhan keperluan sehingga tahun 2020 (rujuk Jadual 3.5 hingga Jadual 3.11). a. Bekalan Air Unjuran keperluan bekalan air harian pada tahun 2020 adalah 296 juta liter sehari (rujuk Jadual 3.5). Keperluan masa hadapan dijangka dapat dipenuhi dengan pelaksanaan projek bekalan air mentah dari Negeri Pahang ke Negeri Selangor (rujuk Jadual 3.6). Jadual 3.5: Unjuran Keperluan Bekalan Air (JLH) Tahun 2007-2020 BLOK PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020 BP 1: Pandan Indah 105 108 115 121 BP 2: Ampang 96 105 109 117 BP 3: Melawati 45 46 50 53 BP 4: Kawasan Pemeliharaan 5 5 5 5 Jumlah 251 264 279 296 Kapasiti Loji Rawatan Air 4642 4642 4642 4642 Sumber: Kajian Sumber Air Negara, 2000-2050 (Tahun 2000) Jadual 3.6: Skim Pengagihan Air Dari Negeri Pahang Ke Negeri Selangor SUMBER AIR (PAHANG) KAPASITI AIR (JLH) TAHUN PELAKSANAAN Liang 610 2018 Lipis/Sia 1090 2018 Sempan 230 2018 Kenong 120 2018 Jumlah 2050 2018 Sumber: Kajian Sumber Air Negara, 2000-2050 (Tahun 2000) Konsep dan strategi sistem bekalan air adalah menjurus kepada perlindungan sumber air seperti berikut:- • Kawalan guna tanah /pembangunan • Kawalan koridor sungai dan kawasan riparian • Galakan kitar semula air hujan (rujuk Foto 3.1) • Kawalan pencemaran sumber air/kawalan kualiti air dengan mengambil langkah-langkah berikut:- − Pemasangan perangkap sisa makanan, minyak dan gris di gerai makanan dan restoran. − Rawatan ekologi bagi aliran air larian dari pasar basah dan restoran. − Rawatan ekologi bagi air sisa dari rumah sembelihan. − Rawatan biologikal bagi air sisa dari pasar basah/borong. − Menaiktaraf sistem rawatan kumbahan jenis tangki ‘Imhoff’ kepada sistem biologi seperti sistem rawatan ‘Extended Aeration Activated Sludged System’. − Pelaksanaan Pelan Induk Pembetungan oleh ‘Indah Water Konsortium’ (IWK). − ‘Sullage’ daripada kawasan perumahan perlu dialirkan ke sistem pembetungan dan bukannya ke dalam sistem saliran. Penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Foto 3.1: Tangki Simpanan Air Hujan b. Bekalan Elektrik Kadar penggunaan bekalan elektrik harian bagi tahun 2007 adalah 191 Mwatt berbanding unjuran penggunaan pada tahun 2020 adalah 229 Mwatt (rujuk Jadual 3.7). Dijangkakan peningkatan penggunaan bekalan
  • 11. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 11 elektrik ini akan dapat dipenuhi dengan perancangan peningkatan kapasiti Pencawang Masuk Utama (PMU) di masa hadapan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Jadual 3.7: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik (MWatt) Tahun 2007-2020 UNJURAN KEPERLUAN ELEKTRIK (MWatt)BLOK PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020 BP 1: Pandan 86 90 94 97 BP 2: Ampang 69 79 85 90 BP 3: Melawati 33 35 37 39 BP 4: Kawasan Pemeliharaan 3 3 3 3 Jumlah 191 207 219 229 Perkakasan suis dan gear lama diganti kepada yang baharu dan lebih baik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan seperti penggunaan `Automatic Switching’ di setiap Pencawang Elektrik (PE). c. Bekalan Gas Strategi pembangunan bekalan gas adalah mengalakkan pengunaan gas asli untuk kenderaan persendirian dan perdagangan dengan menambah bilangan stesen ‘Natural Gas for Vehicle’ (NGV) (rujuk Foto 3.2) serta penggunaan domestik (rujuk Rajah 3.4 dan 3.5). Foto 3.2: Stesen Servis NGV Petronas Rajah 3.4: Sistem Pengagihan Gas Asli Rajah 3.5: Sistem Perpaipan Gas Asli Ke Pengguna Perumahan
  • 12. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 12 d. Sistem Telekomunikasi Unjuran keperluan talian telefon menunjukkan peningkatan permintaan dari tahun 2007 hingga 2020. Bagaimanapun, permintaan tersebut dapat ditampung oleh kapasiti ibusawat sedia ada (rujuk Jadual 3.8). Peningkatan keperluan talian telefon di masa hadapan dapat ditambahbaik dengan pelaksanaan projek ’triple play high speed broadband’ oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang boleh mengurangkan bilangan ibusawat. Jadual 3.8: Unjuran Keperluan Talian Telefon Tetap , Tahun 2007-2020 TALIAN TELEFONBLOK PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020 BP 1:Pandan Indah 57,057 69,887 72,762 74,716 BP 2: Ampang 64,116 69,974 69,869 72,722 BP 3: Melawati 23,845 29,341 31,013 32,429 BP 4: Kawasan Pemeliharaan 3,124 3,124 3,278 3,346 Jumlah 148,142 172,326 176,922 183,213 Kapasiti Ibusawat 220,000 220,000 220,000 220,000 Konsep rekabentuk sistem rangkaian perlu memenuhi perkara-perkara berikut:- • Menyediakan perkhidmatan yang berdaya tinggi dan mengurangkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna sedia ada; • Menyediakan ‘low loss and low error rate data transmission network’; dan • Menggunakan kaedah pemasangan dan pemilihan barang kelengkapan yang memerlukan penggunaan tanah yang minima dan mengurangkan gangguan visual dan alam sekitar. e. Sistem Pembetungan Jumlah penduduk setara (PE) pada tahun 2020 bagi kawasan MPAJ adalah 979,715 (rujuk Jadual 3.9). Peningkatan ini dijangka akan dapat ditampung dengan pelaksanaan Pelan Strategi Pembetungan oleh IWK. Ia melibatkan pembinaan loji baharu, membaikpulih dan menaiktaraf loji sedia ada serta jajaran paip pembetungan baharu. Jadual 3.9: Unjuran Penduduk Setara ( PE ), Tahun 2007-2020 Strategi IWK untuk sistem pembetungan di kawasan MPAJ dibahagikan kepada tiga zon yang mempunyai strategi tersendiri (rujuk Rajah 3.6). Zon- zon tersebut telah dibahagikan bersama dengan strategi sistem pembetungan (rujuk Jadual 3.10). PENDUDUK SETARABLOK PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020 BP 1: Pandan Indah 349,607 358,150 381,731 400,777 BP 2: Ampang 315,904 354,507 362,165 386,990 BP 3: Melawati 148,120 151,826 164,164 175,218 BP 4: Kawasan Pemeliharaan 15,620 15,620 16,390 16,730 Jumlah 829,251 880,103 924,450 979,715
  • 13. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 13 Rajah 3.6: Pelan Strategi Pembangunan Sistem Pembetungan MPAJ
  • 14. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 14 Jadual 3.10: Zon-Zon Sistem Pembentungan ZON LOKASI STRATEGI Hutan Simpan 1 Empangan Klang Gates • Tiada loji rawatan di kawasan ini Taman Melawati Taman Bukit Perdana Taman Tun Razak Taman Ukay Height • Rasionalisasi kesemua loji–loji rawatan di kawasan ini ke loji Rawatan Kumbahan Bunus di kawasan Bandaraya KL2 Bukit Antarabangsa • Rasionalisasi loji-loji rawatan di kawasan ini ke Loji Rawatan Berpusat Bukit Antarabangsa Taman Dagang Taman Nirwana Taman Cahaya Bandar Baru Ampang Pekan Ampang Kg. Baru Ampang Taman Ampang Mewah Taman Seri Rampai* Taman Cahaya Indah Taman Putra Sulaiman • Penaiktarafan kolam oksidasi di Taman Dagang ke sistem mekanikal. • Pembasmian sistem tangki septik individu di Taman Nirwana dan Taman Dagang dengan mengalirkan kumbahan loji di Taman Dagang (selepas penaiktarafan) Taman Seri Angsana Hilir Taman Pandan Jaya Kg. Pandan Dalam Taman Bakti Taman Cempaka • Penaiktarafan kolam oksidasi di Taman Bakti ke sistem mekanikal • Rasionalisasi loji-loji rawatan jenis ‘imhoff tank’ di Kg. Pandan Dalam dan mengalirkan kumbahan dari loji-loji ini ke loji di Taman Bakti. (selepas penaiktarafan) • Penyelenggaraan loji-loji di Taman Cempaka dan Pandan Jaya Taman Pandan Indah Taman Pandan Mewah Taman Lembah Maju Taman Maju Jaya Taman Muda • Penaiktarafan loji rawatan di Taman Pandan Indah • Pembasmian sistem tangki septik individu di Taman Maju Jaya Kg. Ampang Campuran Kg. Tasik Tambahan Kg. Tasik Permai 3 Taman Seri Bayu • Penaiktarafan kolam oksidasi di Kg. Tasik Tambahan • Pembasmian sistem tangki septik individu di Kg. Tasik Permai dan mengalirkan sisa kumbahan ke loji di Kg. Tasik Tambahan (selepas penaiktarafan) ZON LOKASI STRATEGI Taman Putra Taman Saga Taman Seraya Taman Bukit Teratai Taman Mega Jaya Taman Melur • Penaiktarafan kolam oksidasi di Taman Putra ke sistem mekanikal • Pembasmian sistem tangki septik individu dan rasionalisasi loji rawatan jenis ‘imhoff tank’ di Taman Mega Jaya ke loji di Taman Putra (selepas penaiktarafan) • Rasionalisasi kolam oksidasi di Taman Melur dan Taman Seraya ke loji rawatan di Taman Putra (selepas penaiktarafan) Taman Pandan Perdana Taman Cheras Indah Taman Maju Jaya Taman Shamelin Perkasa* • Penyelenggaraan semua loji-loji rawatan kumbahan di kawasan ini Taman Kencana Kg. Cheras Baru Kg. Cheras Baru Tambahan* 3 Taman Bukit Permai • Penaiktarafan kolam oksidasi di Taman Kencana ke sistem mekanikal • Pembasmian sistem tangki septik individu di Kg. Cheras Baru Tambahan dan mengalirkan sisa kumbahan ke loji di Taman Kencana (selepas penaiktarafan) • Penyelenggaraan semua loji-loji rawatan kumbahan di kawasan ini Taman Bukit Mewah Taman Rajawali* Taman Desa Aman* Taman Mutiara Timur* 3 Taman Segar* • Penaiktarafan kolam oksidasi di Taman Desa Aman ke sistem mekanikal • Pembasmian tangki septik individu dan rasionalisasi loji rawatan jenis ‘imhoff tank’ di Taman Desa Aman ke loji rawatan (selepas penaiktarafan) • Penyelenggaraan loji-loji rawatan kumbahan yang lain di kawasan ini Sumber : Indah Water Konsortium Nota : * Di Luar Kawasan MPAJ Strategi sistem pembetungan di MPAJ adalah untuk memastikan loji-loji lama dan tidak berupaya untuk merawat sisa kumbahan ke tahap yang memuaskan, dirasionalisasikan ke loji rawatan kumbahan berpusat. Loji rawatan kumbahan berpusat dibina atau dinaiktarafkan kepada sistem mekanikal berkapasiti tinggi dan mampu untuk merawat sisa kumbahan ke
  • 15. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 15 piawai efluen yang memuaskan. Loji rawatan kumbahan berpusat dapat membantu kawasan perumahan yang masih menggunakan tangki septik individu memperolehi sistem pembetungan yang sempurna. Ini melibatkan pembasmian sistem tangki septik dan penyaluran sisa kumbahan daripada rumah individu ke paip pembetungan terdekat terus ke loji rawatan berpusat berhampiran. Di samping itu, terdapat juga loji-loji rawatan mekanikal yang mampu merawat sisa kumbahan kepada piawai efluen yang dikehendaki. Namun begitu, loji-loji ini berkeadaan lama dari segi peralatan mekanikal, struktur mahupun estetika. Oleh itu loji-loji lama yang masih berkeupayaan akan diselenggarakan dan diperbaharui dari segi peralatan dan rupa bentuk. Ini bagi meningkatkan keberkesanan loji-loji rawatan kumbahan tersebut. Perangkap sisa pepejal, minyak dan gris perlu dipasang di premis seperti restoran, medan selera, kantin, kedai makanan dan kilang-kilang bagi mengelakkan pengumpulan minyak dan gris di saluran sistem pembetungan. Ianya boleh mengurangkan kadar aliran air kumbahan dan kecekapan rawatan sistem pembetungan (rujuk Rajah 3.7, Foto 3.3, 3.4 dan 3.5). f. Pengurusan Sisa Pepejal Sisa pepejal dari kawasan MPAJ dilupuskan di tapak pelupusan Jeram, Daerah Kuala Selangor. Manakala sisa pepejal pukal pula dilupuskan di tapak pelupusan Dengkil, Daerah Sepang. Unjuran penjanaan sisa pepejal bagi kawasan MPAJ menunjukkan peningkatan dari 756 tan sehari pada tahun 2007 kepada 981 tan sehari pada tahun 2020 (rujuk Jadual 3.11). Foto 3.4: Pengosongan Perangkap Sisa Makanan, Minyak & Gris Foto 3.3: Perangkap Sisa Makanan, Gris & Minyak Rajah 3.7: Contoh IIustrasi Perangkap Sisa Makanan, Minyak Dan Gris Foto 3.5: Pengosongan Tangki Septik Setiap Dua Tahun Sekali Atau Mengikut Keperluan
  • 16. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 16 Jadual 3.11: Unjuran Penjanaan Sisa Pepejal (Tan/Hari), Tahun 2007-2020 UNJURAN PENJANAAN SISA PEPEJAL (TAN/HARI)BLOK PERANCANGAN 2007 2010 2015 2020 BP 1: Pandan Indah 305 326 359 392 BP2: Ampang 137 149 163 177 BP3: Melawati 10 10 11 11 BP 4: Kawasan Pemeliharaan 304 351 367 401 Jumlah 756 836 900 981 Bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal, satu tapak insinerator dicadangkan di Taman Bukit Teratai. Bagaimanapun, keserasian lokasi bergantung kepada Kajian Impak Alam Sekitar (EIA). Perangkap sampah dipasang di parit utama dan sekunder bagi mengelakkan kejadian banjir kilat. Semua sistem saliran daripada pembangunan baharu yang disambung ke parit utama mesti menyediakan perangkap sampah di ‘outlet’ terakhirnya sebelum memasuki parit utama. Kerja penyelenggaraan yang berjadual dan sistematik akan menjamin aliran air larian yang sempurna di samping dapat mengelakkan tempat pembiakan nyamuk dan binatang perosak lain. Selaras dengan Program Local Agenda 21, digalakkan kempen kitar semula ‘Reduce, Reuse & Recycle’ (3R) di kawasan MPAJ dengan penglibatan pihak MPAJ, sektor awam dan swasta. Melalui program 3R jumlah penggunaan sumber semulajadi dapat dikurangkan. g. Sistem Pengairan Dan Saliran Untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengairan dan saliran terdapat tujuh strategi yang dicadangkan iaitu:- • Semua sungai dan parit di dalam kawasan MPAJ diinventorikan dan bidang kuasa badan pengurusan ditentukan dan dipetakan serta dijadualkan; • Satu jawatankuasa khas diwujudkan di bawah kelolaan MPAJ yang bersidang secara berkala bagi tujuan memantau keberkesanan penyelenggaraan dan menentukan keperluan kerja-kerja perparitan yang diperlukan dari masa ke semasa serta menentukan badan yang bertanggungjawab mendapatkan bajet serta melaksanakan dan menyelenggaraannya; • Satu Pelan Induk Saliran dibuat bagi kawasan MPAJ; • Memastikan ROW yang sedia ada tidak dicerobohi atau dibenarkan pembangunan di atasnya; • Memastikan industri sedia ada mematuhi garispanduan bagi pelepasan efluen mereka mematuhi sasaran; • Membina perangkap sampah sama ada berbentuk ‘Gross Pollutant Trap’ atau ‘Trash Screen’ di kesemua parit akhir memasuki parit utama dan sungai; dan • Mewujudkan sistem rawatan biologikal di pasar-pasar basah yang mempunyai aktiviti penyembelihan ternakan bagi memastikan air sisa dan darah sembelihan dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke dalam sistem saliran. Rajah 3.8: Contoh Perangkap Sampah Foto 3.6 : Contoh Tipikal
  • 17. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 17 Rajah 3.9: Contoh Ilustrasi Tipikal Sistem Rawatan Biologikal Air Sisa
  • 18. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 18 Rajah 3.10: Pelan Strategi Infrastruktur Dan Utiliti
  • 19. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 19 3.3.2 PRINSIP DAN MATLAMAT 2 - DINAMIK 3.3.2.1 Indikator Semasa Dan Sasaran Tiga indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran untuk mencapai prinsip dan matlamat Dinamik telah dikenalpasti (rujuk Jadual 3.12). Jadual 3.12: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 2 – Dinamik NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 1. Kadar pergantungan peluang pekerjaan sektor perniagaan dan perkhidmatan luar kawasan - 25.3% 20.0% 2. Kadar pergantungan peluang pekerjaan sektor pembuatan luar kawasan - 75.0% 80.0% 3. Kadar pengangguran 3.7% 3.1% Kurang dari 3.0% Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007 3.3.2.2 Strategi Pembangunan i. Strategi Pembangunan Kemakmuran Ekonomi Strategi pembangunan ekonomi kawasan MPAJ adalah berdasarkan konsep kemampanan aktiviti ekonomi untuk kemakmuran penduduk. Pembangunan ini mengambilkira pendekatan strategi RSN Selangor iaitu:- a. Penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju dan ‘self contained’ serta mudah dikawal dan diurus; dan b. Pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan sumber jaya ekonomi yang terdapat di sekitar kawasan untuk mempelbagaikan asas ekonomi. Selain meningkatkan pendapatan isi rumah, konsep ini juga mensasarkan penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan. Aktiviti perindustrian juga akan terus menyumbang kepada pekerjaan tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding perdagangan. Konsep pembangunan kemakmuran ekonomi melibatkan komponen perniagaan, perindustrian dan perlancongan (rujuk Rajah 3.11). Di samping itu, penjanaan aktiviti ekonomi akan saling bergantung kepada Bandaraya Kuala Lumpur. Lima pendekatan konsep pembangunan ekonomi adalah:- a. Mewujudkan aktiviti ekonomi yang mampu menjana banyak peluang pekerjaan; b. Menyediakan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan pendapatan; c. Menggalakkan pembangunan kawasan perniagaan baharu di kawasan yang strategik dan berdaya maju; d. Menyediakan ruang untuk pembangunan usahawan industri kecil; dan e. Memperkukuhkan sumberjaya pelancongan sedia ada.
  • 20. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 20 Rajah 3.11: Konsep Pembangunan Aktiviti Ekonomi MPAJ ii. Strategi Pembangunan Perniagaan Tiga strategi pemantapan aktiviti perniagaan mengandungi elemen penting seperti berikut:- • Pembangunan perniagaan mengikut hierarki; • Perluasan aktiviti perniagaan berdasarkan unjuran permintaan; dan • Kemudahan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Elemen-elemen strategi perniagaan adalah seperti berikut:- a. Meningkatkan Aktiviti Di Kawasan Perniagaan Sedia Ada Selaras Dengan Hierarki Strategi pembangunan perniagaan meliputi hierarki, lokasi pusat petempatan, ciri-ciri dan peranannya (rujuk Rajah 3.12 dan Jadual 3.13). Jadual 3.13: Hierarki Pusat Perniagaan Kawasan MPAJ 2020 HIERARKI CIRI-CIRI PUSAT PERNIAGAAN DAN PERANAN I Pusat Separa Wilayah i. Pusat pentadbiran kawasan ii. Pusat perkhidmatan utama daerah iii. Keluasan ruang lantai melebihi 500,000 meter persegi. Sasaran ruang lantai adalah 550,000 meter persegi berbanding keluasan semasa iaitu 440,000 meter persegi iv. Memberikan perkhidmatan perniagaan kepada penduduk kawasannya dan kawasan di sekitarnya v. Aktiviti utama adalah borong, runcit dan perkhidmatan ‘higher order good’ termasuk perbankan, hartanah, perkhidmatan persendirian dan profesional Pandan Indah Peranan:- • Sebagai pusat perniagaan utama kepada penduduk kawasan MPAJ • Pusat pentadbiran MPAJ II Pusat Perkhidmatan i. Keluasan ruang lantai melebihi 400,000 meter persegi. Sasaran ruang lantai adalah 500,000 meter persegi berbanding keluasan semasa 360,000 meter persegi. ii. Memberikan perkhidmatan perniagaan kepada penduduk kawasannya dan kawasan di sekitarannya a. Pusat Bandar Taman Melawati b. Jajaran Ampang Peranan:- • Sebagai pusat perniagaan sokongan kepada pandan indah dan pusat perkhidmatan perniagaan bagi kawasan sekitarnya Bersambung... PENDUDUK KEHIDUPAN LEBIH MAKMUR PEKERJAAN GUNATENAGA PENUH PENDAPATAN PENDAPATAN ISI RUMAH MENINGKAT EKONOMI MAMPAN BANDARAYA KUALA LUMPUR CHERAS (KAJANG) GOMBAK AKTIVITI EKONOMI MPAJ PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN PELANCONGAN
  • 21. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 21 Jadual 3.13: Hierarki Pusat Perniagaan Kawasan MPAJ 2020 (sambungan) b. Sasaran, Keperluan Dan Penyediaan Ruang Lantai Dan Keluasan Tanah Keperluan ruang lantai masa hadapan adalah berdasarkan sasaran pekerjaan tambahan dalam tempoh perancangan dan nisbah pekerja dengan ruang lantai perniagaan. Nisbah asas yang diguna pakai adalah berdasarkan statistik tahun 2007 tanpa menggunakan pekali. Keperluan ruang lantai dan keluasan tanah perniagaan masa hadapan dinyatakan seperti berikut:- Jadual 3.14: Unjuran Keperluan Ruang Lantai Dan Keluasan Tanah Perniagaan PERKARA 2007 2020 TAMBAHAN Pekerjaan 123,863 160,600 36,737 Keluasan kawasan perniagaan (hektar) 177.52 312.62 135.10 Ruang Lantai (meter persegi[mps]) 2,039,223 2,644,043 604,820 Nisbah ruang lantai/pekerja (mps per pekerja) 16.46 16.46 - Nisbah ruang lantai/keluasan tanah (mps per hektar) 11,487 : 1 8,458 : 1 - c. Pusat Bandar Pandan Indah Hierarki Pusat Bandar Pandan Indah adalah Pusat Separa Wilayah. Oleh itu, ianya akan menjadi sebagai pusat perkhidmatan perdagangan utama bagi kawasan MPAJ. Peranan tersebut akan menyokong cadangan untuk menjadikan kawasan ini sebagai pusat pentadbiran MPAJ. Dalam pada itu ia juga disasarkan sebagai pusat perdagangan alternatif bagi penduduk Bandaraya Kuala Lumpur, Seri Gombak, Cheras dan Kajang. Ini membuka ruang yang lebih luas untuk aktiviti pusat bandar ini terus berkembang. Selain borong dan runcit, aktiviti perniagaan yang beroperasi dalam pusat bandar ini termasuk:- • Perkhidmatan perbankan, kewangan dan insurans • Perkhidmatan profesional dan runding cara • Perkhidmatan hartanah • Perkhidmatan sosial dan persendirian • Perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran • Perkhidmatan penginapan dan penyajian d. Pusat Bandar Taman Melawati Pusat Bandar Taman Melawati dirancang sebagai pusat perniagaan yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan perniagaan utama kepada penduduk di Melawati, tetapi juga penduduk taman-taman perumahan di kawasan yang bersebelahan dengannya. HIERARKI CIRI-CIRI PUSAT PERNIAGAAN DAN PERANAN • Aktiviti utama adalah borong, runcit dan perkhidmatan ‘higher order good’ termasuk perbankan, perkhidmatan persendirian dan profesional III Pusat Perkhidmatan Kecil i. Keluasan ruang lantai kurang dari 100,000 meter persegi ii. Memberikan perkhidmatan perniagaan kepada penduduk persekitarannya iii. Aktiviti utama adalah runcit dan borong di mana perkhidmatan utama adalah barangan bagi keperluan runcit harian dan barangan terpilih a. Ukay Perdana b. Taman Keramat c. Taman Permai Jaya d. Pandan Perdana Peranan :- • Menyediakan perniagaan runcit dan keperluan harian penduduk tempatan dan perkhidmatan persendirian IV Pusat Kejiranan i. Keluasan ruang lantai kurang dari 5,000 meter persegi ii. Memberikan perkhidmatan perniagaan kepada penduduk kawasan perumahan iii. Aktiviti utama adalah runcit berskala kecil di mana perkhidmatan utama adalah barangan runcit keperluan harian • Semua unit-unit perniagaan kejiranan di kawasan perumahan
  • 22. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 22 e. Jajaran Ampang Jajaran Ampang merangkumi pusat perniagaan Ampang Point, Pekan Lama Ampang, Bandar Baru Ampang hingga ke ‘Ampang Waterfront’. Jajaran ini akan dirancang untuk berfungsi sebagai pusat perkhidmatan utama melalui pengezonan semula guna tanah dan pengukuhan. f. Pusat-Pusat Perkhidmatan Kecil Tujuh pusat perkhidmatan kecil dicadangkan bagi menyediakan perkhidmatan perniagaan runcit dan keperluan harian penduduk seperti berikut:- • Ukay Perdana • Taman Keramat • Taman Bukit Ampang • Taman Permai Jaya • Taman Muda • Pandan Perdana • Pandan Jaya g. Jajaran Perniagaan MRR2 Jajaran perniagaan telah dikenalpasti di sepanjang MRR2 iaitu dari Kg. Kuala Ampang hingga ke Zoo Negara. Ianya bertujuan untuk memperkukuhkan aktiviti perniagaan. h. Penempatan Semula Gerai Makan Sebagai sebuah kawasan metropolitan Ampang Jaya, seharusnya tidak terdapat gerai makan yang buruk, usang dan tidak menarik. Pada tahun 2020, kawasan MPAJ akan bebas dari aktiviti penjaja di laluan pejalan kaki dalam bangunan dan di bahu jalan. Langkah-langkah berikut dicadangkan untuk mengatasi masalah ini:- a. Menyediakan medan selera moden dalam bangunan perniagaan dan kompleks pejabat; b. Menyediakan kompleks medan selera; dan c. Penggunaan gerai bergerak/mudah alih. Ini akan membolehkan peniaga makanan memberikan khidmat jualan makanan siap pada waktu-waktu tertentu (sarapan dan makan tengahari) dan lokasi tertentu (kawasan gerai malam). Bagi kawasan kediaman, aktiviti ini akan disediakan melalui penyediaan ruang niaga di pusat kejiranan. Penyediaannya adalah melalui arahan kelas kegunaan tanah dalam garis panduan perumahan. Strategi RT adalah memastikan pemaju perumahan, pusat-pusat perniagaan, kompleks pejabat dan kompleks membeli-belah menyediakan ruang-ruang niaga untuk menempatkan penjaja. i. Penyediaan Kemudahan Sukan Dan Rekreasi Swasta Kemudahan sukan dan rekreasi swasta dicadangkan untuk melengkap dan menyokong kemudahan sedia ada. Melalui cadangan ini, peminat sukan dan rekreasi boleh mendapatkan perkhidmatan gelanggang dan termasuk khidmat jurulatih. Antara lokasi yang dicadang adalah:- a. Kawasan perniagaan baharu di Jalan Hulu Langat; b. Kawasan perniagaan di Jajaran Ampang; dan c. Bangunan/Kompleks perniagaan.
  • 23. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 23 Rajah 3.12: Pelan Strategi Perniagaan MPAJ
  • 24. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 24 iii. Strategi Pembangunan Perindustrian Aktiviti perindustrian akan terus kekal sebagai salah satu aktiviti utama yang menjana ekonomi penduduk MPAJ. Strategi pembangunan perindustrian berlandaskan elemen-elemen berikut (rujuk Rajah 3.13):- a. Mengehadkan Pembangunan Kawasan Industri Baharu Kawasan MPAJ mempunyai kesediaan tanah untuk pembangunan yang terhad. Oleh yang demikian, pembangunan kawasan industri baharu perlu dihadkan. Dicadangkan tambahan kawasan industri adalah seluas 28.79 hektar (rujuk Jadual 3.15). Kawasan tambahan ini adalah melibatkan penukaran aktiviti guna tanah dari perumahan dan perniagaan kepada industri. Jadual 3.15: Unjuran Keperluan Keluasan Kawasan Industri DATA ASAS PERKARA 2007 2020 TAMBAHAN Pekerjaan 26,767 32,600 5,833 Keluasan (hektar) 155.51 184.30 28.79 Nisbah pekerja/keluasan tanah (orang per hektar) 172.12 172.12 Dikekalkan b. Mengekalkan Kawasan Zon Perindustrian Bebas Hulu Kelang Kawasan peridustrian ini adalah antara kawasan perindustrian bebas cukai yang paling lama beroperasi di Lembah Klang. Sebahagian besar hasil keluaran industri di kawasan ini adalah untuk eksport. c. Memenuhi Dan Perluasan Kawasan Perindustrian Pandan Indah Ruang-ruang kosong (tanah industri yang belum dibangunkan untuk tujuan industri) dalam kawasan perindustrian Pandan Indah yang boleh dibangunkan untuk aktiviti pembuatan melalui kaedah ‘in fill development’. Seluas 15.71 hektar telah dikenalpasti sebagai kawasan tambahan untuk perindustrian di Pandan Indah. Ianya merupakan pengezonan semula guna tanah perumahan kepada industri. Aktiviti utama adalah industri ringan dan sederhana yang selari dengan garispanduan JAS Malaysia. d. Menempatkan Semula Aktiviti Bengkel Ke Kawasan Perindustrian Semua aktiviti bengkel servis, baikpulih kenderaan, kerja pertukangan dan kimpalan besi/logam yang beroperasi di kawasan perniagaan, kediaman dan persendirian akan ditempatkan semula ke kawasan perindustrian yang bersesuaian seperti kawasan perindustrian Pandan Indah. e. Menempatkan Semula Premis Industri Dari Lokasi Yang Tidak Sesuai Sasaran adalah untuk memastikan semua aktiviti perindustrian dijalankan di kawasan yang dikhususkan. Oleh yang demikian, keutamaan dalam tempoh lima tahun pertama perancangan adalah penguatkuasaan pemindahan ke kawasan industri yang disediakan. Cadangan ini turut melibatkan pengusaha yang telah mendapat kebenaran operasi di bawah proses pemutihan aktiviti industri. f. Tukarguna Premis Perniagaan Terbiar Kepada Kegunaan Bengkel Strategi ini merujuk kepada kawasan Taman Komersil Pandan Indah yang mana kebanyakan aktiviti di premis-premis berkenaan adalah bengkel kereta dan kerja besi/logam/kimpalan.
  • 25. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 25 Rajah 3.13: Pelan Strategi Perindustrian MPAJ
  • 26. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 26 iv. Strategi Pembangunan Pelancongan Matlamat pembangunan pelancongan adalah untuk menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke tempat-tempat rekreasi dan riadah sedia ada. Strategi pembangunan pelancongan berlandaskan elemen-elemen berikut (rujuk Rajah 3.14):- a. Zoo Negara Sebagai Zoo Bertaraf Dunia Pengurusan Zoo Negara meneruskan usaha untuk menjadikan Zoo Negara Malaysia sebagai antara zoo bertaraf dunia melalui program dan aktiviti berterusan. Zoo Negara akan menjadi antara pakej pelancongan utama pelancongan ke Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya. b. Taman Rimba Ampang Sebagai Kawasan Tarikan MPAJ dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Selangor akan menyediakan kemudahan tambahan untuk menarik kedatangan pengunjung. Taman Rimba Ampang juga berfungsi sebagai pintu masuk ke Taman Negeri Selangor. c. Penambahbaikkan Kemudahan Rekreasi Dan Riadah Sedia Ada Menjadikan Laman Budaya Ampang, Ampang Waterfront dan Taman Tasik Pandan Perdana sebagai kawasan pelancongan rekreasi dan riadah masa hadapan. Aktiviti dan program secara berkala dan berterusan dijalankan bagi menarik kedatangan pengunjung. d. Bukit Tabur Sebagai Kawasan Tumpuan Pencinta Alam Dan Pelancongan Kembara Bukit Tabur merupakan kawasan yang sesuai untuk menjadi tumpuan pencinta alam dan pelancongan kembara. Bukit ini yang dikenali sebagai Permatang Kuarza akan dijadikan kawasan tarikan pengunjung/pelancong tempatan dan luar negara. Kemudahan sokongan yang dicadangkan adalah penginapan kos rendah di Taman Melawati. e. Badan Air Sebagai Kawasan Rekreasi Dicadangkan semua badan air semulajadi dikekalkan sebagai kawasan rekreasi selaras dengan cadangan sektor rekreasi dan landskap. Tumpuan utama adalah di Taman Tasik Pandan Perdana sebagai kawasan tasik rekreasi. f. Pakej Pelancongan Pembangunan pelancongan di kawasan MPAJ dipakejkan dengan aktiviti- aktiviti yang menarik pelancong. Antara pakej yang boleh disediakan termasuk:- a. Pakej Taman Rimba Ampang : antara aktiviti adalah melihat alam semulajadi, mergastua, burung dan unggas, pendidikan dan eksplorasi hutan dan persembahan kebudayaan; b. Pakej Zoo : Lawatan Zoo Negara, beli belah (cenderahati) dan persembahan kebudayaan dan perfileman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS); dan c. Pakej Eksplorasi Lasak : Lawatan Permatang Kuarza, Bukit Tabur dan Taman Negeri Selangor. Pengusaha dan agensi yang berminat boleh menyediakan lain-lain pakej yang mengabungkan elemen-elemen pelancongan menarik yang terdapat di kawasan bersempadan dengan MPAJ dengan memberi penekanan kepada pelancong untuk menginap di kawasan MPAJ.
  • 27. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 27 Rajah 3.14: Pelan Strategi Pelancongan MPAJ
  • 28. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 28 v. Strategi Pembangunan Pertanian Dan Sumber Jaya Desa a. Strategi 1: Mengeksploitasi Kawasan Berpotensi Untuk Aktiviti Pertanian Menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan seperti berikut:- • Tanah milik untuk dijadikan nurseri secara sementara ; • Tanah rizab di bawah talian rentis elektrik ; • Tanah rizab sungai. b. Strategi 2: Menambah Nilai Produk Makanan • Menggalakkan aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS); • Pengukuhan rangkaian dan logistik pengeluaran dan bekalan; dan • Mengenalpasti lokasi logistik untuk pengumpulan, pemprosesan, pengredan dan pembungkusan sebelum diedarkan.
  • 29. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 29 3.3.3 PRINSIP DAN MATLAMAT 3 - MUDAHSAMPAI 3.3.3.1 Indikator Semasa Dan Sasaran Empat indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran untuk mencapai prinsip dan matlamat Mudahsampai (rujuk Jadual 3.16). Jadual 3.16: Indikator Semasa Serta Sasaran Prinsip Dan Matlamat 3 – Mudahsampai NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 1. Peratus ‘Modal Split’ pengangkutan awam - 6.0 % 30 % 2. Nisbah kes kemalangan jalan raya setiap 1000 penduduk - 129.3 kes Kurang dari 10 kes 3. Peratus kes kemalangan maut di jalan raya 10 0.42 Kurang dari 1 4. Nisbah kes kemalangan pejalan kaki setiap 1000 penduduk - 1.7 kes Kurang dari 1 Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ, 2007 3.3.3.2 Strategi Pembangunan i. Strategi Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas Strategi pembangunan pengangkutan di dalam kawasan MPAJ adalah berdasarkan kepada dasar RSN Selangor 2020 yang telah menggariskan empat dasar yang perlu dilaksanakan. Dasar-dasar tersebut adalah seperti berikut:- • FZ 14 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DILAKSANAKAN DI SEMUA BANDAR UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN SEMUA MOD PENGANGKUTAN. • FZ 15 SISTEM PENGURUSAN PERMINTAAN PERJALANAN (TRAVEL DEMAND MANAGEMENT) PERLU DILAKSANAKAN BAGI MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG MAMPAN. • FZ 16 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PERLU DIPERLUASKAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN PERKHIDMATAN BERASASKAN REL. • FZ 17 KEMUDAHAN SOKONGAN PENGANGKUTAN YANG SELAMAT DAN MESRA PENGGUNA PERLU DISEDIAKAN DENGAN MENCUKUPI, MENYELURUH DAN BERTERUSAN. Strategi pembangunan pengangkutan di dalam kawasan MPAJ telah mengenal pasti rangkaian sistem pengangkutan dan perhubungan yang perlu disediakan untuk memastikan tahap kemudahsampaian yang baik. Cadangan rangkaian jalan raya baharu dan yang perlu dinaiktaraf akan dapat meningkatkan kemudahsampaian dan keselesaan pengguna kenderaan persendirian dan pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam itu sendiri perlu memenuhi ciri-ciri ‘universal access’ terutama bagi golongan OKU. Isu dan masalah sistem pengangkutan awam dapat diatasi melalui sambungan sistem rangkaian rel berdasarkan cadangan Pelan Kuala Lumpur 2020 ke kawasan MPAJ. Ini akan meningkatkan kawasan tadahan kepada pengguna sistem pengangkutan awam berasaskan rel dan menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam. Untuk memudahkan pengguna kenderaan bertukar mod pengangkutan kemudahan terminal ‘park-and-ride’ dicadangkan. Penyediaan perkhidmatan bas pengantara akan memudahkan pengguna mendapatkan sistem pengangkutan rel. Perkhidmatan rel dan bas pengantara hendaklah beroperasi dengan ‘punctual’ dan efisien khususnya di waktu puncak. ii. Cadangan Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas Lima aspek yang dikenalpasti untuk melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:-
  • 30. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 30 a. Aksesibiliti Antara Wilayah Dicadangkan satu rangkaian jalan utama strategik untuk penyuraian kenderaan yang menggunakan MRR2. Salah satu komponen rangkaian tersebut adalah KLORR yang dibina di bahagian timur MPAJ. Selain daripada sistem jalan raya, sistem pengangkutan awam juga perlu dipertingkatkan. Dicadangkan laluan bas dari Pandan Indah ke Terminal Putra, Gombak bagi melancar dan mempercepatkan perjalanan pengangkutan awam. b. Hierarki Dan Fungsi Jalan Raya Hierarki dan fungsi jalan raya ditetapkan supaya lebih jelas (rujuk Rajah 3.15). Ini bertujuan untuk memberi keutamaan dalam pembaikan, penyelenggaraan jalan dan penyediaan perabot jalan dan kemudahan- kemudahan seperti bahu dan lorong jalan, laluan pejalan kaki dan jenis- jenis jalan. c. Cadangan Jalan Dan Persimpangan Beberapa rangkaian jalan dan persimpangan baharu dicadangkan di dalam kawasan MPAJ. Selain itu, beberapa batang jalan di dalam kawasan kajian perlu dinaiktaraf dan dilebarkan seperti Jalan Hulu Langat, Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah. Cadangan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan jalan dan keselamatan pengguna (rujuk Rajah 3.16). d. Pengurusan Lalu Lintas Di Pusat Bandar Pelaksanaan sistem pengurusan lalu lintas yang menyeluruh perlu bagi memastikan aliran lalu lintas yang cekap, selamat dan berkesan. Pengurusan ini juga bertujuan menyediakan kemudahan pejalan kaki dan tempat letak kereta khusus di pusat bandar bagi keselesaan pengguna. • Penyediaan Tempat Letak Kenderaan Berpusat Penyediaan tempat letak kereta berpusat diperlukan terutamanya di Pusat Bandar Ampang Point dan Taman Melawati untuk memastikan penyediaan tempat letak kereta mencukupi. Selain itu ia juga bertujuan memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang disediakan bagi menggelakkan gangguan aliran lalu lintas. • Cadangan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Dan Lintasan Pejalan Kaki Laluan pejalan kaki yang menyeluruh dan bersambung perlu disediakan bagi menghubungkan kawasan aktiviti perdagangan terutama di Pusat Bandar Ampang Point. Lintasan pejalan kaki juga disediakan di jalan utama yang menjadi tumpuan pejalan kaki seperti di Jalan Pandan Utama, Jalan Ampang dan Jalan Pandan Indah. e. Cadangan Sistem Pengangkutan Awam Empat jajaran rel dicadangkan iaitu sambungan daripada cadangan Draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2020 bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam. Jajaran yang dimaksudkan adalah:- • Jalan Kuari ke Jalan Pandan Utama (Laluan 4: Taman Cheras) • Jalan Ampang ke Bukit Ampang (Laluan 11: Ampang Point) • Wangsa Maju ke Ukay Perdana (Laluan 9: Zoo Negara) • Jalan Genting Kelang ke MRR2 (Taman Melawati) (Laluan 8: Sri Rampai) Di samping itu, satu laluan bas dicadangkan untuk menghubungkan Pandan Indah ke Terminal Putra, Gombak. Laluan bas ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahsampaian dari Pandan Indah ke Jalan Ampang, Ampang Point, Lembah Keramat, Taman Permata dan Taman Melawati (rujuk Rajah 3.17). Cadangan pembaikan pengangkutan awam juga meliputi cadangan menyediakan stesen bas, stesen rel dan kemudahan ‘Park-And-Ride’.
  • 31. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 31 Rajah 3.15: Pelan Cadangan Hierarki Jalan MPAJ
  • 32. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 32 Rajah 3.16: Pelan Cadangan Rangkaian Jalan Keseluruhan MPAJ
  • 33. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 33 Rajah 3.17: Pelan Cadangan Pengangkutan Awam Keseluruhan MPAJ
  • 34. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 34 3.3.4 PRINSIP DAN MATLAMAT 4 - SEIMBANG 3.3.4.1 Indikator Semasa Dan Sasaran Enam indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran untuk mencapai prinsip dan matlamat Seimbang (rujuk Jadual 3.17). Jadual 3.17: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 4 – Seimbang NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 1. Peratus kawasan pemeliharaan - 48.6 Melebihi 50.0% 2. Kes geo bencana (tanah runtuh) - 5 Sifar 3. Keluasan tanah terbiar/tanah kosong petempatan desa (hektar) - 12.0 Sifar 4. Indek kualiti air sungai (WQI) 70-100 45 80 5. Indek pencemaran udara (API) 0-50 92.0 0-50 6. Peratus peruntukan kewangan PBT untuk program landskap - 2.6 % Melebihi 7.0 % Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ 2007 3.3.4.2 Strategi Pembangunan i. Guna Tanah Fizikal a. Pembangunan kawasan tepubina sedia ada perlu dikawal dengan menggalakkan pembangunan secara ‘infill’ dan kawasan ‘brownfield’; b. Pembangunan secara ‘compact’ dan kegunaan bercampur menggunakan konsep TOD perlu digalakkan terutama di kawasan ‘brownfield’; c. Kawasan-kawasan geo bencana yang telah dikenal pasti perlu dipelihara dan pulihara secara tegas; dan d. Pembangunan masa hadapan perlu ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti tersedia dan berpotensi untuk pembangunan.
  • 35. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 35 ii. Reka Bentuk Bandar Strategi pembangunan reka bentuk bandar merujuk kepada tiga pusat bandar utama iaitu Pandan Indah, Jajaran Ampang dan Pusat Bandar Taman Melawati-Taman Permata serta Koridor MRR2. Bagi memperkukuhkan imej dan hierarki bandar, strategi, konsep serta cadangan reka bentuk bandar diperincikan seperti berikut:- PUSAT BANDAR PANDAN INDAH JAJARAN AMPANG TAMAN MELAWATI – TAMAN PERMATA HIERARKI BANDAR Pusat Separa Wilayah Pusat Petempatan Utama Pusat Petempatan Utama CADANGAN IMEJ Pentadbiran dan Perniagaan Perniagaan dan Rekreasi Pusat Petempatan KONSEP DAN KARAKTER • Formal • Jelas dan mudah difahami • Warisan • Metropolitan • Kejiranan CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT BANDAR ELEMEN PANDAN INDAH JAJARAN AMPANG TAMAN MELAWATI – TAMAN PERMATA • Penyataan Ketibaan (Entrance Statement) • Pembinaan jejantas sebagai pintu gerbang di Jalan Pandan Indah • Pembentukan penyataan ketibaan di MRR2 dan Jalan Pandan Utama • Pembinaan batu tanda dan pengindahan landskap (2 unit) • Pembinaan dan pembaikan batu tanda dan pengindahan landskap (2 unit) • Rangkaian Pejalan Kaki • Pembinaan/pengindahan laluan pejalan kaki • Melengkapkan laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Stesen LRT Cempaka ke Menara MPAJ • Pembinaan/ pengindahan laluan pejalan kaki • Pembinaan/ pengindahan laluan pejalan kaki • Persimpangan • Pembinaan /Pembaikan Persimpangan (3 persimpangan) • Pembinaan /Pembaikan Persimpangan (3 persimpangan) • Pembinaan /Pembaikan Persimpangan (5 persimpangan) • Papan Tanda • Pembinaan Papan Tanda Elektronik (3 unit) • Pembinaan Papan Tanda Elektronik (3 unit) • Pembinaan Papan Tanda Elektronik (3 unit) • CCTV • Pemasangan CCTV (11 kawasan) • Pemasangan CCTV (9 kawasan) • Pemasangan CCTV (6 kawasan) CADANGAN PEMBANGUNAN KORIDOR MRR2 • Pengindahan • Pengindahan di sepanjang MRR2 • Arah Pandangan • Lokasi bagi arah pandangan ke metropolitan dan alam semulajadi • Penyataan Ketibaan/’entrance statement’ • Pembinaan batu tanda dan pengindahan landskap di bahagian utara dan selatan (sempadan kawasan MPAJ) Taman Melawati – Taman Permata Pandan Indah Rajah 3.18: Lokasi Dan Sempadan Reka Bentuk Bandar Ampang * Definisi pusat bandar bagi kajian ini merujuk kepada kawasan CBD iaitu merupakan tumpuan aktiviti perbandaran semasa
  • 36. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 36 iii. Petempatan Kampung Cadangan pembangunan bagi petempatan kampung adalah untuk mencapai matlamat pembangunan yang seimbang antara kawasan perbandaran dan kawasan petempatan kampung (rujuk Rajah 3.19). Semua kampung di MPAJ merupakan kampung dalam bandar yang dilengkapi bekalan kemudahan utiliti iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik dan telekomunikasi. Tahap kemudahsampaian bagi kemudahan pendidikan, kesihatan, keagamaan, polis dan bomba juga adalah baik. Walau bagaimanapun keadaan fizikalnya masih tidak sempurna dari aspek sistem perparitan, sistem pembetungan, dan jalan raya. Empat objektif pembangunan petempatan kampung bagi mencapai matlamat pembangunan Seimbang adalah:- a. Memodenkan kawasan kampung dalam bandar yang menghadapi tekanan pembangunan perbandaran, kawasan yang sesak dengan kediaman serta kawasan yang memerlukan peningkatan prasarana; b. Mempertingkatkan kualiti persekitaran kampung di MPAJ melalui program peningkatan imej dan pengindahan; c. Menyediakan kemudahan masyarakat serta kemudahan rekreasi bagi mencapai kehidupan yang berkualiti; dan d. Mempertingkatkan ekonomi kampung. Empat strategi pembangunan petempatan kampung adalah seperti berikut:- a. Pemodenan kampung melalui penjanaan, pengezonan, dan pembangunan semula (rujuk Jadual 3.18). Kawasan kampung yang menghadapi tekanan pembangunan yang ketara dan masalah kekurangan penyediaan kemudahan masyarakarat, kemudahan infrastruktur dan rekreasi; b. Mengambilkira konsep Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan konsep pembangunan berasaskan transit (TOD) dalam pemodenan/penjanaan semula kampung dalam bandar; c. Memperindahkan kawasan kampung melalui program landskap; d. Penempatan semula kawasan petempatan Orang Asli melalui pendekatan Penempatan Semula Kampung (PSK). Jadual 3.18: Pendekatan Pemodenan Petempatan Kampung PENDEKATAN PEMBANGUNAN KETERANGAN 1. Pengezonan semula Tukarguna tanah perumahan kepada perniagaan atau perindustrian 2. Penjanaan semula Meningkatkan densiti perumahan dari rendah kepada sederhana atau tinggi 3. Pembangunan semula Pembangunan semula secara menyeluruh bagi sesebuah kawasan kampung
  • 37. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 37 • Pengezonan Dan Penjanaan Semula Kampung-kampung yang terlibat untuk cadangan pengezonan dan penjanaan semula adalah Kg. Cheras Baru, Kg. Tasek Permai, Kg. Ampang Campuran, Kg. Baru Ampang Tambahan, Kg. Baru Ampang (BP1), Kg. Kuala Ampang, Kg. Melayu Ampang, Kg. Pasir dan Kg. Klang Gate. • Pembangunan Semula Dua buah kampung yang terlibat dengan pembangunan semula kampung iaitu Kg. Pandan Dalam dan sebahagian Kg. Baru Ampang (BP2). Pembangunan bercampur dengan kepadatan perumahan tinggi (50 unit per ekar) dicadangkan bagi kawasan pembangunan semula. • Kajian Rancangan Kawasan Khas Dua kajian RKK dicadangkan iaitu:- - RKK Kg. Pandan Dalam - RKK Kg. Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan • Program Landskap Pengindahan dan peningkatan imej persekitaran kampung juga akan dijalankan melalui program landskap yang melibatkan semua kampung di MPAJ. Penglibatan secara terus daripada penduduk setempat terutama aspek penyelenggaraan kawasan landskap masing-masing difokuskan dalam strategi ini. • Peningkatan Kemudahan Masyarakat Pendekatan yang diambil adalah dengan menaiktaraf balai raya/dewan/dewan serbaguna sedia ada sebagai pusat komuniti atau pembangunan pusat komuniti baharu. Setiap pusat komuniti akan menyediakan kemudahan seperti Bilik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bilik mesyuarat, ruang pameran, dewan, pusat ICT/ pusat sumber, tadika/taska, kemudahan rekreasi (gelanggang badminton, takraw, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain), kafeteria, kemudahan orang kurang upaya dan lain-lain. • Peningkatan Prasarana Secara umumnya, peningkatan prasarana di kampung-kampung dapat dipertingkatkan melalui penjanaan, pengezonan dan pembangunan semula kawasan kampung terutama sistem perparitan dan pembetungan (berpusat). Namun begitu, terdapat cadangan untuk mempertingkatkan sistem perparitan dan pembetungan bagi Kg. Datok Mufti Shuib (Kg. Tengah). Sebuah jambatan untuk kenderaan ringan juga dicadangkan dibina di Kg. Kuala Ampang bagi mempertingkatkan kemudahsampaian penduduk setempat ke Zon Perindustrian Bebas Hulu Kelang. • Peluang Ekonomi Dua cadangan untuk mempertingkatkan peluang ekonomi penduduk kampung di MPAJ adalah pembinaan pusat inkubator (Kg. Cheras Baharu) dan inap desa (Kg. Kemensah). Pusat inkubator dijangkakan mampu melatih usahawan-usahawan di kawasan MPAJ terutama usahawan Bumiputera bagi latihan pengurusan, pembungkusan, pemasaran dan sebagainya. Pembangunan inap desa dicadangkan di Kg. Kemensah kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan eko pelancongan seperti kawasan air terjun, Bukit Tabur (Banjaran Rabung Gunung Kuarza), Taman Rimba Ampang). • Penempatan Semula Orang Asli Penempatan semula petempatan Orang Asli di Kg. Hulu Klang ke Batu 13, Gombak (Majlis Perbandaran Selayang) melalui pendekatan PSK. Pendekatan ini diambil kerana jumlah penduduk Orang Asli yang kecil dan keadaan ini menyukarkan penyediaan kemudahan prasarana serta kemudahan masyarakat. Petempatan Orang Asli ini juga terletak di KSAS iaitu kawasan tadahan air. Penempatan semula tersebut membolehkan kemudahan asas disediakan di samping dapat mengekalkan nilai dan cara hidup dan kebudayaan suku Temuan.
  • 38. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 38 Rajah 3.19: Pelan Strategi Petempatan Kampung MPAJ
  • 39. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 39 iv. Alam Sekitar Strategi pembangunan dirancang bagi mencapai lima prinsip utama Wawasan Pembangunan MPAJ iaitu Selesa, Dinamik, Mudahsampai, Seimbang dan Cekap. Dalam strategi pembangunan pemeliharaan alam sekitar, penekanan diberi kepada dua prinsip utama iaitu Selesa dan Seimbang. Penekanan ini dapat dilihat melalui pengenalpastian KSAS (rujuk Rajah 3.20). Kawasan KSAS akan dinilai sama ada berada dalam tahap kesensitifan I, II, III atau IV iaitu:- i. KSAS Tahap I - Perlindungan dan pengekalan sepenuhnya ii. KSAS Tahap II – Pembangunan yang terhad dengan kawalan yang ketat iii. KSAS Tahap III – Pembangunan terkawal iv. KSAS Tahap IV – Semua jenis pembangunan dibenarkan dengan kawalan pencemaran alam sekitar Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditentukan seperti kawasan tadahan air, kawasan tanah tinggi, kawasan rizab perlindungan hidupan liar, taman rekreasi kawasan lapang, kawasan berisiko bencana dan kawasan bernilai warisan. Kawasan–kawasan ini perlulah dilindungi dalam membangunkan kawasan perbandaran yang selamat, mampan dan menyokong pengurusan dan pentadbiran perbandaran yang efisien. Pewartaan kawasan ke hulu takat pengambilan air adalah penting bagi menjamin sumber terpenting kehidupan masa kini dan hadapan iaitu sumber bekalan air bersih kekal terpelihara. Langkah pemantauan berkala kualiti air sungai oleh pihak MPAJ dicadangkan untuk memastikan sumber air bersih sentiasa terkawal. Stesen pemantauan yang dicadangkan ialah stesen-stesen pemantauan Jabatan Alam Sekitar sedia ada dan dengan menggunakan maklumat yang di kumpul oleh Jabatan Alam Sekitar. Dengan mewujudkan langkah pemantauan kualiti air sungai pihak MPAJ akan dapat menggunakan maklumat terkini bagi mengambil langkah-langkah pro-aktif bagi memastikan pemuliharaan sumber air bersih kawasan MPAJ. Parameter-parameter dan tahap kualiti air sungai boleh menjadi indikator bagi keadaan kualiti persekitaran kawasan MPAJ bagi membolehkan pihak MPAJ memantau aktiviti-aktiviti lain yang berkemungkinan memberi kesan kepada kualiti persekitaran dengan lebih mantap.
  • 40. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 40 Rajah 3.20: Pelan Keseluruhan KSAS MPAJ
  • 41. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 41 3.3.5 PRINSIP DAN MATLAMAT 5 - CEKAP 3.3.5.1 Indikator Semasa Dan Sasaran Enam indikator pembangunan yang berkaitan serta cadangan sasaran untuk mencapai prinsip dan matlamat cekap (rujuk Jadual 3.19). Jadual 3.19: Indikator Semasa Dan Sasaran Prinsip Dan Matlamat 5 – Cekap NO. INDIKATOR ‘BENCHMARK’ (RSN SELANGOR) KEADAAN SEMASA SASARAN 2020 1. Hasil PBT Per Kapita (RM) - 141.1 Melebihi 170.0 2. Kadar kutipan cukai (%) - 85.0 % Melebihi 90 % 3. Nisbah aliran tunai kepada emolumen - 1.16:1 4 : 1 4. Peratus perbelanjaan mengurus berbanding hasil - 134.4 % Kurang dari 80 % 5. Kadar hutang PBT(%) - 25.4 % Kurang dari 20 % 6. Kadar kutipan cukai tertunggak(%) - 41.8 % Melebihi 50 % Sumber : RSN Selangor 2020 dan Murninet MPAJ 3.3.5.2 Strategi Pembangunan i. Struktur Organisasi Ketua Jabatan di MPAJ hendaklah terdiri dari pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang kompeten. Arus pembangunan, penggunaan teknologi dan keadaan ekonomi masa kini memerlukan pencapaian akademik dan pengalaman di tahap yang tinggi. Semua urusan yang melibatkan hal permohonan yang dibuat dengan MPAJ ditetapkan oleh Akta yang berkaitan supaya diurus oleh mereka yang berkelayakan profesional. Imej MPAJ akan terserlah apabila isu yang dibangkitkan dalam semua urusan ditangani dengan segera dan berkesan. Tindakan bagi mengukuhkan kedudukan organisasi dengan mewujudkan perjawatan dan pengambilan tenaga kerja yang kompeten adalah diperlukan. ii. Kedudukan Kewangan Lima strategi dan dasar kewangan yang diperlukan adalah:- a. Jumlah kutipan sebarang hasil cukai dan bukan cukai kecuali lesen dan permit disasarkan pada kadar sekurang-kurangnya 90 peratus setiap tahun. b. Kadar minimum 50 peratus jumlah semua tunggakan hasil diambil tindakan susulan segera. c. Jumlah simpanan tunai (liquidity) sekurang-kurangnya boleh membiayai kadar setahun perbelanjaan mengurus. d. Semua pembangunan hartanah yang dikenakan cukai dipastikan tiada tunggakan sebelum ianya diproses. e. Kadar pulangan bagi projek pembangunan perniagaan yang diceburi bersama oleh MPAJ berada pada tahap dua kali ganda kadar pelaburan jangka panjang kerajaan (contohnya penggunaan kadar Bon Sekuriti Kerajaan Malaysia). Antara langkah kewangan lain, MPAJ boleh menggunakan maklumat cadangan projek pembangunan terutamanya untuk infrastruktur bagi mengenakan caj kepada pemaju untuk menyediakan infrastruktur yang telah dirancang di dalam dan di persekitaran kawasan cadangan pemajuan. Caj ini boleh dijadikan sebagai ‘sinking fund’ untuk pembangunan masa hadapan. Dengan cara ini, penglibatan pihak swasta dalam memajukan kawasan MPAJ dipertingkatkan. Permohonan kebenaran merancang dikenakan caj perkhidmatan bagi mengemaskini maklumat GIS MPAJ selepas maklumat GIS pembangunan diserahkan kepadanya. Langkah ini dapat mengurangkan beban MPAJ untuk mengawal pembangunan. iii. Kerjasama Antara PBT Bersempadan Isu dan potensi perancangan antara kawasan MPAJ dan PBT bersempadan seperti DBKL, MPS, MPKj dan Majlis Perbandaran Bentong perlu ditangani secara bersama dan bersepadu. Penubuhan Jawatankuasa antara PBT bersempadan dicadang untuk memastikan perancangan dan kerjasama yang lebih berkesan dapat dicapai. Isu dan
  • 42. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 42 potensi yang dikenalpasti antara kawasan MPAJ dan PBT bersempadan mengikut aspek pembangunan termasuklah:- a. Lalu lintas dan Pengangkutan b. Kemudahan Masyarakat dan Rekreasi c. Infrastruktur dan Utiliti d. Pemeliharaan Alam Sekitar e. Perumahan f. Ekonomi 3.4 KONSEP PEMBANGUNAN Konsep Pembangunan MPAJ mengandungi tiga teras pembangunan iaitu : Perbandaran Metropolitan Domitori kepada Bandaraya Kuala Lumpur; Perbandaran Metropolitan Berorientasi Kluster Ekonomi; dan Perbandaran Metropolitan Berasaskan Koridor Pengangkutan. Gabungan ketiga-tiga teras ini membentuk strategi terbaik untuk membangunkan kawasan MPAJ dalam mencapai wawasan, prinsip dan matlamat pembangunan yang telah digariskan (rujuk Rajah 3.21). Empat falsafah konsep pembangunan kawasan MPAJ adalah:- i. Pembangunan masa hadapan akan berteraskan kepada falsafah ’repositioning’ fungsi MPAJ ke arah mencapai matlamat konsep ekonomi mendiri; ii. Membangunkan perbandaran metropolitan berasaskan koridor untuk menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai pemangkin pembentukan beberapa koridor pembangunan dan juga untuk mengurangkan tekanan kepada kapasiti rangkaian jalanraya utama kawasan MPAJ. Penekanan diberi untuk mewujudkan kawasan metropolitan yang ’self contained’ dalam aspek ekonomi, fizikal, sosial dan alam sekitar dan mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan TOD yang mempunyai komponen bercampur, berkepadatan tinggi dan ‘compact’ akan dibangunkan sebagai pemangkin di sepanjang koridor pembangunan. iii. Pengukuhan dan penekanan sektor ekonomi bagi kluster-kluster perbandaran mengikut aset dan potensi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur boleh menyumbang kepada pencapaian pembangunan Konurbasi Kuala Lumpur yang mampan secara keseluruhan; dan iv. Meneruskan fungsi utama sebagai salah satu metropolitan sokongan kepada Bandaraya Kuala Lumpur dalam aspek ekonomi, perumahan, pengangkutan, infrastruktur dan kemudahan sosial. 3.4.1 Ciri-Ciri Konsep Pembangunan Ciri-ciri konsep pembangunan adalah membentuk kluster pembangunan ekonomi mengikut fungsi khusus setiap BP berdasarkan aset dan potensi (rujuk Jadual 3.20). Jadual 3.20: Ciri-Ciri Konsep Pembangunan BLOK PERANCANGAN KLUSTER EKONOMI DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN BP 1: Pandan Indah • Kluster Perkhidmatan, Pentadbiran dan Perniagaan • Koridor Rel Ampang - Pandan Indah- Kuala Lumpur • Koridor Rel Pandan Indah-Cheras- Kuala Lumpur • Pusat Separa Wilayah:- - Pandan Indah • Pusat Perkhidmatan Kecil - Pandan Jaya, - Pandan Perdana - Taman Muda - Taman Permai Jaya BP 2: Ampang • Kluster Perkhidmatan dan Perniagaan • Koridor Rel Bukit Ampang-Ampang Point-Kuala Lumpur • Pusat Perkhidmatan:- - Jajaran Perniagaan Ampang • Pusat Perkhidmatan Kecil - Taman Keramat - Taman Bukit Ampang BP 3: Melawati • Kluster Perkhidmatan dan Perniagaan • Koridor Rel Ukay Perdana-Kg. Pasir-Kuala Lumpur • Koridor Rel Taman Melawati-Kuala Lumpur • Pusat Perkhidmatan:- - Pusat Bandar Taman Melawati • Pusat Perkhidmatan Kecil - Ukay Perdana Bersambung…
  • 43. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 43 Jadual 3.20: Ciri-Ciri Pembangunan Konsep Pembangunan (sambungan) BLOK PERANCANGAN KLUSTER EKONOMI DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN BP 4: Kawasan Pemeliharaan • Kawasan pemeliharaan alam semulajadi, penyelidikan, pendidikan, pelancongan dan rekreasi • Cadangan KLORR
  • 44. DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 1 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS 3 - 44 Rajah 3.21: Pelan Konsep Pembangunan MPAJ