1. Rujukan Kami : JEA 10660/03/03/2019 –(9)
Tarikh : 15 Mac 2019
Dato Seri’ Hj Zaim Hamidi Bin Abdullah Long
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Menara MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur.
Yang Berbahagia Dato Seri’,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM HARI INOVASI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI AMPANG
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Kolej Komuniti Ampangakan mengadakan satu program hari inovasi
yang melibatkan seramai 150 orang pelajar yangdiadakan padaketetapan berikut:-
Tarikh : 30 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Putra World Trade Centre(PWTC), Jalan Tun Ismail,ChowKit, 50480
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Untuk makluman Yg Berbhg Dato’, objektif program ini diadakan bagi memberi pendedahan dan lebih
pengetahuan kepada para pelajar berkaitan bidang teknologi dan reka cipta.Sehubungan itu, kami berharap agar
pihak Y.Bhg Dato’ dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program
tersebut.
4. Kerjasama dan keprihatinan pihak YgBerbhg Dato’ terhadap perkara ini amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas.
______iebal_________
(Muhammad Iqbal Bin Fazi)
Naib Timbalan Exco Multimedia Dan Kreativiti
MajlisPerwakilan PelajarKolej Komuniti Ampang,Selangor