SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
1
Teori negara Islam berdasarkan Al Mawardidan Al Maududi
Pengenalan
Negara Islam didefinasikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan ideologi yang asasnya
ditegakkan dengan berpandukan asas akidah Islam.Di samping itu, negara Islam atau“Darul
al-Islam” dapat di definasikan sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan
hukum-hukum Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini
termasuklah jaminan wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh rakyatnya dan
keamanan rakyat yang mendiami dalamnya terjamin dan terlindung dibawah keadilan
undang-undang .Sumber sistem pemerintahan Islam adalah berakarkan kepada :-
Bersumberkan asas inilah sistem pemerintahan Islam dibentuk .Kenyataan ini menjelaskan
bahawa pemerintahan adalah satu cara yang terbaik dalam menyempurnakan kebajikan
manusia melalui sistem yang tersusun kerana ia bersumber kepada wahyu pencipta ,kepada
percontohan manusia terbaik dibumi , kepada kesepakatan generasi terbaik dan kepada
NEGARA ISLAM
IJMAKUMAT(KHULAFAAR-
RASHIDIN)
IJTIHAD
HADIS SYARIF DAN SIRAH
NABI
AL-QURAN
2
pandangan dan kesepakatan ulama.Matlamat negara Islam adalah untuk melaksanakan
undang-undang Islam di atas muka bumi ini.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah
dan Rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara ( tidaklah harus bagi mereka
) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak
taat kepada hukum Allah dan Rasulnya maka mereka sesungguhnya telah sesat dengan
kesesatan yang nyata.”
Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah
wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan:
“Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak
dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan
keadilan dan melaksanakanhukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya
kekuasaan(kekuatan) dan negara.”
Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat adalah perintah Allah. Firman
Allah dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud:
“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang
mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi Allah perlu
sentiasa menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,mengeluarkan zakat
sambil menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan.Membawa keadilan kepada
seluruh umat manusia dan alam sejagat menjadi keutamaan. Ini kerana pemerintahan Islam
merupakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa mahupun
warna kulit ataupun ahli keluarga. Ini menunjukkan bahawa semua aspek yang berkaitan
dengan soal kehidupan manusia tertakluk kepada undang-undang dan hukum-hukum Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya.”
3
Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara merupakan satu lagi ciri
pemerintahan Islam yang adil. Ini merangkumi hubungan yang akrab dan baik sesama
sendiri. Segala pergaduhan,persengketaan, hasad dengki dan dendam hendaklah dijauhi.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, mereka
menguatkan antara satu sama lain.”
Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia diseluruh pelusuk dunia
serta berjihad pada jalan Allah dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada
serangan musuh-musuh Islam. Dua ilmuan Islam yang lahir dari latar belakang zaman
berbeza telah menjadi tunggak kajian ini yang mendasari pemikiran kedua-dua tokoh. Tokoh
yang dimaksudkan ialah Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi dan Abul A’la Al-
Maududi.
Latar Belakang Abul A’la Al Maududi
Abul-Ala Al-Maududi, lahir pada 3 Rejab 1321 H bersamaan 25 September 1903 M di
Aurangabad.Lahir dalam keluarga berketurunan Syarif yang amat dihormati di India Utara
buakanlah jaminan bagi Al Maududi hidup dalam kemewahan. Al-Maududi adalah anak
bongsu dari tiga beradik.Pendidikan awalnya di Madrasah Furqaniyah yang pada masa itu
merupakan sebuah sekolah yang terkenal di Hyderabad.Beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran di Dar al-Ulum di Hyderabad. Al Maududui mahir berbahasa Arab, bahasa Parsi,
bahasa Inggeris,dan bahasa Urdu.Tahun 1918 ketika usianya 15 tahun,beliau mulai bekerja
sebagai wartawan dalam suratkhabar berbahasa Urdu .
Tahun 1920, beliau menjawat jawatan sebagai editor surat khabar Taj yang diterbitkan di
bandar Jabalpore. Tahun 1921, Al- Maududi pindah ke Delhi dan bekerja sebagai editor
suratkhabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jami’yat(1925-1928), yang
diterbitkan oleh Jami’yat- Ulama-Al Hind,sebuah parti politik.Hasil kepimpinannya sebagai
editor , al-Jami’yat menjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India,
Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive).
Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik- al Hijrat,iaitu
Persatuan Asia Selatan yang menentang penjajahan Inggeris.Zaman itu, Maulana Maududi
mulai menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggris ke bahasa Urdu. Beliau juga
4
telah menulis buku berjudul al-Jihad fi al-Islam -Jihad dalam Islam- diterbitkan secara
berkala dengan nama al-Jami’yat tahun 1927. Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor
majalah bulanan .
Kecenderungan beliau dalam penulisan ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan
Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian yang dihadapi pada
zaman itu ialah dengan masyarakat kembali kepada Islam .Bagi beliau, Islam ada jawaban
bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.Bergandingan dengan ahli falsafah
dan ulama Muhammad Iqbal, Maududi menggagas pusat pendidikan Darul-Islam di bandar
Pathankot di wilayah Punjab.Pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai
falsafah politik Islam.Maulana Maududi mengkritik konsep-konsep yang dibawa penjajah
Barat seperti nasionalisme, pluralisme dan feminisme. Menurut beliau semua idea ini adalah
alat Barat untuk menjajah umat Islam.
Beliau menegaskan umat Islam perlu mempunyai jatidiri, bangun berjihad sehingga berjaya
menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan menafsirkan al-
Quran ke dalam bahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan undang-undang Islam
dan kebudayaan masyarakat Islam. Pokok- pokok fikirannya selalu bertemakan tentang
kebangkitan Islam dalam menghadapi tantangan zaman moden .Ini kerana latar zaman hidup
beliau,yang menyaksikan agama Islam dicabar oleh imperialime barat.Antara karyanya yang
paling besar kesannya kepada kebangkitan Islam ialah Al-Jihad fi Al-Islam yang ditulis pada
tahun 1930 ketika ia berusia 27 tahun. Buku ini membahas tentang hukum perang dan damai
menurut ajaran Islam. Abu al-Ala Al Maududi merupakan salah seorang ulama abad ke-20
yang amat dikagumi kawan dan lawan .Idea radikal yang beliau lontarkan ditengah-tengah
masyarakat yang dipalit idealisme barat mulanya ditolak.Namun akhirnya , idea beliau
diterima sebagai idea hebat ilmuan Islam.Ini kerana beliau bukan membaharukan idealisme
Quran itu tetapi sebaliknya beliau menekankan kembali kepada Al Quran yang sebenarnya .
Maududi merupakan seorang ahli filsafat,sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan
dan perjuangan Islam di seluruh dunia. Abu al-Ala al-Maududi mendapat ilham dari
perjuangan Sayyid Qutb di Mesir seperti Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin . Sebagaimana
Sayyid Qutb, Maududi merupakan tokoh perjuangan Islam yang dikenali seluruh dunia.
Beliau menjadi begitu terkenal kerana berjaya menguasai berbagai bidang ilmu seperti
politik, sosial, agama, budaya, ekonomi, dan pendidikan.
5
Bagi Al-Maududi, pendidikan merupakan asas peradaban umat manusia untuk mencipta
masa depan yang gemilang . Oleh karena itu,kesungguhan dalam mencorak sarana
pendidikan bagi pembentukan masa depan peradaban manusia tidak boleh dikompromi.
Latar Belakang Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi
Nama lengkap al-Mawardi adalah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Di
lahir di Basra 364 H/975 M, dan wafat di Bagdad 450 H/1058 M. Dia seorang pemikir Islam
yang terkenal, tokoh terkemuka mazhab Syafi’i, dan mempunyai pengaruh yang besar
dalam pemerintahan Abbasiyah. Sungguhpun demikian, beliau termasuk penulis produktif.
Banyak bukunya dalam berbagai- bagai bidang ilmu dari ilmu bahasa, sastera, tafsir hingga
kenegaraan.
Walaupun al-Mawardi lahir di Basra, tapi ia dibesarkan di Bagdad. Dari ulama-ulama
terkemuka di Baghad ia mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam.Antara guru-
gurunya adalah Al-Hasan Ibnu Ali al-Hambali, Muhammad Ibnu Adi al-Muqri, Muhammad
ibnu al-Ma’ali al-Asdi, Ja’far ibnu Muhammad ibnu al-Fadl al-Baghadi, dan Abu Hamid al-
Isfiraini. Gurunya yang terakhir ini amat berpengaruh pada diri Al-Mawardi. Melalui gurunya
itulah ia mendalami mazhab Syafi’i dalam kuliah rutin yang diadakan disebuah masjid yang
terkenal dengan masjid Abdullah ibnu al-Mubarok, di Baghdad.
Kedalaman ilmu dan ketinggian akhlak Imam Mawardi telah membuat ia terkenal sebagai
seorang ilmuan yang disegani dan berwibawa dikalangan masyarakat umum, maupun pihak
pemerintah. Oleh sebab itu beberapa kali dia ditunjuk sebagai hakim kerajaan di Baghdad,
dalam pemerintahan Abbasiyah.Pada masa al-Qadir berkuasa (381 H/991 M – 423 H/1031
M) kedudukan al-Mawardi meningkat setelah ia menetap kembali di Baghdad.Beliau
menjadi hakim dan penasihat raja atau khalifah di bidang agama dan pemerintahan.
Disamping itu banyak ulama lahir hasil dari bimbingannya .Antaranya Abu al-Ainain Kadiri
dan Abu Bakar al-Khattib. Dalam fiqih siyasah ini namanya menonjol, yang sampai
sekarang menjadi rujukan untuk ilmu politik dan pemerintahan menurut fiqih Islam. Bukunya
yang terkenal adalah al-Ahkam al-Sulthaniyah.Buku ini sedemikian lengkap dan dapat
dikatakan sebagai “konstitusi umum” untuk negara, berisikan pokok-pokok kenegaraan
seperti tentang jabatan khalifah dan syarat-syarat bagi mereka yang dapat diangkat sebagai
pemimpin atau ketua negara dan para pembantunya, baik diperingkat puasa maupun
didaerah.Al-Mawardi berijtihad dan menyusun sebuah kerangka politik tentang apa yang
6
harus dilakukan dalam suatu pemerintahan, seperti ketentuan pokok dalam pemilihan seorang
khalifah, tugas-tugas khalifah dan pejabat negara, dan hubungan negara dengan rakyat.
Pandangan Maulana Maududi Tentang Politik
Menurut Al Maududi Tauhid, risalat (kerasulan) dan khilafat, adalah tiga tonggak yang
didirikan di atasnya binaan sistem politik Islam. Bagi membentuk sistem politik Ilsam
menurut Maulana AL – Maududi ,kita perlu memahami tauhid, risalat, dan khilafat itu
dengan fahaman yang sempurna.
i)Tauhid
Dalam tauhid Allah telah menggariskan dasar pembangunan sebuah masyarakat berasaskan
Quran. FirmanNya
“Katakanlah;Marilah kubacakan apakah yang diharamkan Allah atas kamu. Janganlah
mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Berbuat baiklah terhadap ibubapamu.Janganlah
kamu membunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan.Kami akan memberi rezeki kepada
kamu dan kepada mereka ,janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji,baik yang Nampak
antaranya atau yang tersembunyi.Jaanganlah kamu membunuh jiwa jiwa yang diharamkan
Allah kecuali dengan sebab-sebab yang benar .Demikianlah yang diperintahkan oleh
tuhanmu kepadamu supaya kamu memmahaminya .Dan janganlah kamu mendekati harta
anak yatim kecuali dengan cara yang lebih manfaat hingga ia dewasa.Dan sempurnakanlah
takaran dan timbangan dengan adil.Kami tidak memikulkan beban keatas sesseorany kecuali
sekadar kesanggupannya .Dan apabila kamu berkata ,maka hendaklah kamu berlaku adil
walaupun ia adalah kerabatmu.Dan pernuhilah janji Allah.Yang demikian itu diperintahkan
Allah agar kamu ingat.Dan bahawa ,Inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia:jangan
kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari
jalannya.
Al – An’Aam :151-153
Tauhid bermaksud mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan hanya
Dia yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah mahupun batiniah. Ini kerana prinsip
tauhid ini merupakan paksi kepada kehidupan seorang Islam yang bertitik tolak daripada
7
mengucap dua kalimah syahadah seperti yang terdapat dalam Rukun Islam yang pertama
iaitu:
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Bagi Al Maududi prinsip tauhid mencerminkan satu teras utama dalam sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara Islam. Ia mestilah diselaraskan melalui pelaksanaan peraturan-
peraturan, hukum-hukum, undang-undang dan sebagainya sepertimana yang telah digariskan
oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, segala tindakan yang diambil bagi memenuhi agenda
negara mestilah bermatlamat untuk mencapai keredaan dan keberkatan Allah. Inilah hakikat
tauhid bernegara . Ianya menafikan seperti mana yang kita lihat itu fikiran kedaulatan
manusia( system demokrasi barat), dan mahu membasmikannya sama sekali samada
kedaulatan itu untuk orang perseorangan( system soaialis ), untuk satu-satu lapisan, satu-satu
bangsa atau untuk seluruh manusia di atas muka bumi ini. Menurut Al-Maududi kedaulatan
itu hanyalah layak untuk Allah sahaja. Tidak ada pemerintah melainkan Allah, tidak ada
pemerintahan melainkan pemerintahanNya, dan tidak ada undang-undang
melainkan undang-undangNya.
ii.Risalah
Risalah ialah mengakui dan mengiktiraf kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW sebagai
panduan utama dalam membangunkan negara. Ini kerana para Anbiya yang diutuskan
kepada seluruh manusia adalah dengan tujuan menyeru manusia agar mentauhidkan Allah
Ada pun risalat (keRasulan), ialah saluran yang melaluinya undang – undang Ilahi sampai
kepada kita. .Risalah kenabian menurut Abu Urwah (Konsep-konsep Umum Islam
)mengandungi tiga perkara iaitu :-
a.Mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutikan dengan sesuatu
b.Beriman kepada rasul dan mentaati perintahnya
c.Beriman kepada hari akhirat
Para rasul Allah yang diutuskan adalah utnuk membimbingh manusia mentaati perintah Allah
dan menjadi pemimpin –pemimpin dalam kedhidupan manusia dimuka bumi ini.
8
“ Dan kami jadikan mereka ini sebagi pemimpin –pemimpin yang memrberi petunjuk dengan
perintah kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan ,mendirikan
solatmenunaikan zakat dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah”
(Al-Anbiya;73)
Dalam hal ini , Saidina Muhamad Rasulullah merupakan contoh dan teladan yang terpuji
sebagai ketua negara Islam sewaktu era pemerintahan dan pentadbirannya di Madinah yang
mana baginda telah menerapkan hukum-hukum Allah SWT dalam semua bidang seperti yang
terkandung dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.Di samping itu, baginda turut menjelaskan
contoh-contoh yang praktikal dalam melaksanakan hukum-hukum Allah agar diikuti oleh
semua manusia.
Firman Allah dalam surah al-Azhab, ayat 21yangbermaksud
“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah itu suatu contoh teladan yang baik bagi
mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Hari Akhirat.”
Dengan perantaraannya kita menerima dua perkara: Kitab Allah yang mana di dalamnya
Allah menerangkan undang-undang diperkuatkan oleh Rasul dengan perkataan dan
perbuatan beliau selaku wakil dari pihak Allah dan khalifahNya (penggantinya) di dunia ini.
Di dalam kitabNya (Al-Qur'an), Allah telah menerangkan asas-asas dan prinsip – prinsip
yang di atasnya sistem hidup manusia harus ditegakkan. Adapun apa yang kita kehendaki
selepas itu dari penghuraian dan penerangan terhadap asas-asas dan prinsip-prinsip itu, telah
diterang dan ditunjukkan oleh Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam semasa hidup beliau dengan
mengasaskan satu sistem untuk kehidupan manusia dan penyusunannya mengikut apa yang
dikehendaki oleh kitab Allah, sehingga ianya menjadi tauladan yang baik untuk orang yang
datang selepasnya. Himpunan antara kedua-dua sumber inilah yang dinamakan di dalam
istilah Islam dengan 'Syari'at'. Syari'at ini adalah merupakan perlembangaan asasi yang
dibangunkan di atasnya kerajaan Islam yang digelarkan sebagai khilafat.
iii) Khilafat
Di dalam bahasa 'Arab, khilafat itu bererti 'wakilan'. Posisi manusia di dalam alam ini, dari
sudut kaca mata Islam, ialah sebagai khilafat untuk Allah. Ertinya dia mewakili Allah di
dalam kerajaanNya. Oleh itu dia tidak boleh bertindak di dalam kerajaan ini melainkan
mengikut hak perwakilan dan hak menjalankan tindakan yang diberikan Allah kepadanya.
9
Khilafah ialah wakil Allah di bumi dalam mengurus dan mentadbir alam semesta yang
berpandukan kepada hukum-hukum Allah. Ini termasuklah soal politik,ekonomi, sosial dan
sebagainya. Menurut Ibnu Khaldun, khalifah wajib menegakkan agama dan mentadbir dunia
mengikut hukum syarak demi mencapai kebaikan di dunia dan di Akhirat. .Sesungguhnya
Allah telah mencipta manusia daripada bahan-bahan bumi dan menghendaki manusia
memmakmurkan bumi ini
“Dan sebutkanlah selalu ,ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikatnya :Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seseorang sebagai Khalifah di bumi.”Mereka bertanya ,”Adakah Engkau
hendak jkadikan bumi ini orang yang memb uat benacana dan menumpahkan darah ,padahal
kami sentiasa bertasbih dengan menujimu dan mensucikan Mu?”Tuhan berfirman:
Sesungguhnya aku Mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya “
( AL- Baqarah-30 )
Ulama tafsir berpendapat “ hakikat perlantikan anak Adam sebagai khalifah di muka bumi ini
menurut satu pendapat adalah mengantikan satu jenis makhluk lain yang telah mendiami
bumi ini terlebih dahulu yang mana mereka dahulu ini telah melakukan keraosakan dan
kezaliman lalu dimusnahkan Allah manakala bagi satu pihak lagi berpendapat perlantikan
anak adam sebagai khalifah adalah sebagai wakil Allah mentadbirkan bumi bukan bagi
menggantikan mahkluk yang lain itu .”(Abdul Qadir Audah ,Harta dan
Pemerintahan)Walaupun begitu ,bagi menjurus maksud perbincangan ini kita ingin
mengambil dalil ayat ini sebagai tugas manusia sebenar dihantar ke muka bumi adalah untuk
menjadi khalifah Allah walau dalam apa tujuannya .
“ Dialah menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan darjat sesetengah kamu
diantara yang lain beberapa darjat kearana Dia hendak menguji kamu apa yang dia
kurniakan kepada kamu”
Terdapat empat ciri penting dalam sistem khalifah menurut Al Maududi :-
i-Kuasa mutlak adalah hak milik Allah SWT sepenuhnya.
ii-Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir.
iii-Pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan dalam negara hendaklahberpandukan
kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
10
iv-Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif seperti yang ditentukan dalam
undang-undang Allah.
Menurut Al Maudidi hanya pengertian beginilah sahaja yang dikehendaki oleh Islam dengan
khalifat apabila dia mengatakan, bahawa manusia adalah khalifah (wakil) Allah di bumi ini.
Kerajaan yang tegak mengikut teori politik ini tidak lain melainkan khilafah manusia di
bawah authoriti Tuhan.
Matlamatnya yang dituju ialah melaksanakan kehendak dan kemahuan Tuhan yang Maha
Tinggi dengan jalan mengikut hidayatNya tanpa melampaui batas-batas yang telah
digariskannya untuk khilafat ini serta kerja-kerjanya. Apa yang munasabah disebutkan di sini
ialah, bahawa Islam tidak menggantungkan urusan khilafat ini kepada orang atau keluarga
atau lapisan manusia yang tertentu, tetapi dia menyerahkannya kepada seluruh anggota
masyarakat yang percaya dengan prinsip-prinsip asasi dari tawhid dan risalat di samping
mempunyai kecekapan dan persediaan itu melaksanakan segala apa yang dikandungi dan
yang kehendaki oleh perkataan 'khilafat' itu. Jika ada didapati dunia ini sebuah masyarakat
yang memakai sifat-sifat ini, tidak syak lagi bahawa ianya layak dengan khilafat ini. Di
sinilah tempatnya di mana fikrah pemerintahan cara republik di dalam Islam mulai tumbuh.
Tiap-tiap seorang dari anggota - anggota masyarakat Islam mempunyai, habuannya dari
khilafat tersebut dan berhak meni'mat, hak-hak ini laksana gigi sikat. Seseorang tidak boleh
mengharamkan hak-hak ini terhadap sesiapa yang dia mahu di kalangan para individu
masyarakat. Ternyata sekali bahawa tiap-tiap kerajaan yang bersedia untuk menggerakkan
perjalanan khilafat ini dan mengendalikan pentadbirannya tidak tersusun dan terbentuk
melainkan dengan pendapat serta sokongan orang ramai yang memberikan kepada kerajaan
sebahagian dari hak-hak mereka iaitu hak khilafat. Oleh itu, kerajaan tidak boleh terbentuk
melainkan dengan pendapat-pendapat mereka, dan tidak boleh melaksanakan kerjanya
melainkan dengan sokongan serta persetujuan mereka. Barangsiapa yang disukai dan diberi
kepercayaan oleh mereka, dialah mewakili mereka dalam menjalankan tanggungjawab-
tanggungjawab khilafat. Dan barangsiapa yang tidak dipercayakan lagi oleh anggota-anggota
masyarakat, maka dia tidak boleh berbuat apa-apa selain dari meletakkan jawatan yang
penting ini. Oleh itu, "Republik Islam", adalah sebuah republik yang paling sempurna
sehingga tidak ada tujuan lain di belakanganya. Tetapi yang membezakan "Republik Isam"
dari pada republik Barat yang terkenal itu dan yang meratai dunia hari ini, ialah bahawa teori
11
politik Barat mengatakan tentang kedaulatan republik, sedang Islam mengatakan tentang
khilafat orang ramai.
Pandangan Al Mawardi Tentang Politik
Mawardi juga berpendapat bahawa manusia itu adalah makhluk sosial, tetapi Mawardi
memasukkan unsur agama dalam teorinya. Manusia adalah makhluk yang paling memerlukan
bantuan pihak lain dibandingkan makhluk lain. Menurutnya, kelemahan manusia yang tidak
memiliki kemampuan untuk memenuhi semua keperluan sendiri dan adanya perbedaan
individual mendorong manusia untuk bersatu dan saling membantu dan mengadakan
kerjasama. Dengan kata lain sebab lahirnya negara adalah hajat umat manusia untuk
memenuhi keperluan mereka bersama, dan otak mereka yang menunjuki tentang cara
bagaimana saling membantu dan tentang bagaimana mengadakan ikatan satu sama lain.
Al-Mawardi menetapkan unsur dalam pembentukan Negara Islam.Bagi Mawardi agama
yang dianut dan dihayati akan memberikan kekuatan moral. Agama dapat mengendalikan
keinginan dan hawa nafsu manusia, karena menjadi pengawas melekat pada hati nurani
manusia, maka agama menjadi sendi yang paling pokok bagi kesejahteraan dan kestabilan
negara.Selain itu , penguasa yang kharismatik dan berwibawa dapat dijadikan teladan.
Penguasa perlu mampu menyatukan aspirasi-aspirasi yang berbeza dalam membina negara
untuk mencapai tujuan agama yang dihayati serta diamalkan dan melindungi rakyat,
kekayaan, serta kehormatan mereka. Penguasa adalah imam atau khalifah yang mewakili
tuhan didunia.
Menurut Al Mawardi ,dalam sebuah Negara Islam keperluan kepada keadilan yang
menyeluruh perlu diwujudkan. Dengan menyeluruhnya keadilan akan tercipta keakraban
antara sesama warga negara, menimbulkan rasa hormat dan ketaatan kepada pimpinan,
menyemarakkan kehidupan rakyat dan membangunkan minat rakyat untuk berkarya dan
berprestasi. Keadilan juga akan menciptakan persatuan, membangkitkan kesetiaan rakyat,
memakmurkan negeri yang akhirnya mengamankan kedudukan penguasa. Keadilan harus
dimulai dari diri sendiri yang tercermin pada melakukan kebaikan dan meninggalkan
perbuatan buruk, kemudian berlaku adil pada orang lain.
Seorang khalifah mestilah berlaku adil terhadap masyarakat bawahan seperti raja terhadap
rakyatnya perlu memberi kemudahan dan meninggalkan cara-cara yang memberatkan orang
bawahannya .Dengan keadilan keamanan akan merata. Dengan meratanya keamanan, rakyat
12
dapat hidup tenang dan dapat melaksanakan kewajiban dan haknya sebagai rakyat. Meratanya
keamanan adalah akibat menyeluruhnya keadilan.
Bagi Al Mawardi sarana ekonomi perlu disediakan oleh pemimpin . Kesuburan ekonomi
akan memenuhi keperluan rakyat.Sarana ekonomi yang baik akan membantu memenuhi
keperluan seharian rakyat dan dapat menghindarkan ketidakpuasan hati rakyat.Seterusnya
sebuah Negara Islam perlu menyediakan pewaris generasi lalu.Ini karena, prasara harus
dipersiapkan bagi membentuk generasi yang bersikap optimisme sehingga mampu
mencukupi keperluannya. Sebaliknya generasi yang pesimis akan disediakan oleh waktu dan
perkembangan zaman dan tak mungkin bertahan.
Rasulullah bersabda :
“Adanya harapan adalah satu nikmat dari Allah kepada umatku, kalau tidak ada harapan
orang tidak akan (payah-payah) menanam pohon, dan seorang ibu tidak akan menyusui
anaknya”
Mawardi mengharapkan negara benar-benar menjaga persatuan umat dan saling tolong
menolong sesama mereka, memperbanyak sarana kehidupan yang baik bagi setiap warga
sehingga seluruh rakyat dapat menjadi laksana bangunan yang kukuh. Pada waktu yang sama
memikul kewajiban dan memperoleh hak tanpa adanya perbezaan antara penguasa dan
rakyat, antara yang kuat dan yang lemah dan antara kawan dan lawan.
Maududi dan Al-Mawardi Dua Tokoh Dua Zaman
Menelesuri pandangan kedua-dua tokoh ini dalam melontarkan pandangan mereka berkaitan
Negara dan sistem politik Islam memang nyata berbeza.Kekuatan dan kelemahan yang
terhasil adalah kerana beberapa sebab.Antaranya adalah seperti berikut :-
i.Latar zaman
Berdasarkan latar zaman hidupnya kedua – dua ulama ini bezanya bagai langit dengan bumi.
Al Mawardi hidup dizaman Absyiah yang mana nilai Ialam masih belum dicampur adukkan
dengan fahaman luar.Cuma pada masa ini pemikiran falsafah Yunani saja yang dibawa dan
mula mempengaruhi. Dicatatkan era Al Mawardi adalah era penghujung kerajaan Abasyyah.
Namun begitu , masih banyak ilmuan Islam yang menjadi pengikut sahabat (ra) yang masih
hidup pada masa itu dapat dijadikan rujukan.Oleh itu ,huraian Negara Islam yang dibawa
oleh Al Mawardi berdasarkan model Madinah .
13
Al Maududi yang hidup pada abad ke-20 lahir di sebuah Negara yang menerima pelbagai
pengaruh keagamaan atau sosialisasi. Jika dikaji latar pengaruh bagi benua kecil India ini
sebelum dari terwujudnya Pakistan dan Bangladesh, benua ini telah menerima pelbagai
pengaruh . Kedatangan Islam pada awal pengaruh Islam merata , terpalit juga dengan
fahaman purba masyarakat setempat. Seterusnya kedatangan pengaruh Inggeris yang kuat
menapak dibenua kecil ini telah mengikis keaslian ajaran itu.. Pada zaman ini, fahaman
Islam dipengaruhi kuat oleh fahaman idelisme barat. Dalam era ini Al Maudidi merasakan
keperluan bagi beliau mengajak masyarakat kembali kepada Islam.Maka beliaupun
menegemukakan pangdangannya perjuangan mengembalikan Islam perlu berlandaskan
ajaran Islam yang dibawa oleh Rasul Allah.
Bagi Maulana ini tujuan utama bagi perjuangan Islam ialah untuk mewujudkan Negara
Islam. Al Maududi telah banyak melontarkan pandangannya dalam bentuk ceramah –
ceramah atau tulisan untuk membetulkan ‘fahaman salah’ masyarakat umum dan ulama
sendiri terhadap beberapa istilah asas Islam yang telah disalah-ertikan . Silap-kefahaman
terhadap empat istilah asas inilah mengikut Maulana Maududi telah menyebabkan
masyarakat tidak mengutamakan agenda mewujudkan Islamic state dan menganggap agama
sebagai seolah-olah agenda peribadi.
2.Pandangan Berkaitan Pemimpin Negara Islam Terpengaruh Dengan Situasi Zaman
Dalam hal yang sebegini pandangan AlMawardi lebih kepada membetulkan idealisme
pemerintah pada zamannya kerana tiada tentangan dan kerosakan yang besar yang melanda
Islam pada zaman Al Mawardi.Pandangan politik Al Mawardi selari dengan tetangan yang
beliau hadapi pada zaman itu. Sebagai reaksi terhadap situasi politik pada zamannya maka al-
Mawardi mendasarkan teori politiknya atas kenyataan yang ada dan kemudian secara realistik
menawarkan pandaangan perbaikan atau reformasi misalnya dengan mempertahankan status
quo. Sebagai contoh,beliau menekankan bahwa khalifah harus tetap berbangsa Arab dari
suku Quraisy.Wazir tafwidh harus berbangsa Arab, dan perlu ditegaskan persyaratan bagi
pengisian jabatan pemerintah serta jabatan-jabatan pembantunya yang penting.Kenyataan
AL Mawardi ini amat berbeza dengan pandangan yang diutarakan oleh Al Maududi.
Al Maududi berpandangan berkaitan system politik semasa.Al Maududi berpandangan,
bangsa Arab semestinya memimpin kebankitan Islam itu namun beliau tidak menetapkan
dalam aturcaranya kemestian Khalifah itu adalah bangsa Quraisy.
14
3.Perjuangan Al Maududi Penyatuan Perjuangan Manakala Al Mawardi Pengekalan
Sistem Khalifah
Al Mawardi didalam kitabnya membahas tentang pokok-pokok kenegaraan seperti : Jabatan
khalifah dan syarat-syaratnya, cara perlantikan Amir, hubungan antara negara dan rakyat,
dasar pokok pemerintahan agar suatu negara dapat berdiri, dan juga mengenai pemecatan
khalifah dan masalah lain yang berkaitan dengan ketatanegaraan.Keadaan seumpama ini
berlaku kerana tentangan dan kerosakan umat zaman Al Mawardi adalah terlalu minima.
Masih banyak ulama yang murni pemikirannya yang boleh dijadikan rujukan.
Berbeza dengan Al Maududi yang menetapkan matlamat perjuangannya, Al Maududi telah
mengemukakan istilah semasa dan contoh-contoh semasa dengan penggunaan gaya bahasa
yang sangat menyakinkan untuk menengahkan fahamannya. Ini bertujuan mengajak
golongan muda yang terpelajar dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyertai
beliau .Ramai daripada kalangan aktivis Islam yang telah menerima pemikiran Maulana
Maududi ini sehingga ianya hampir merupakan fahaman bersama bagi setiap harakah
Islamiyyah yang kedapatan di negara-negara Islam.
Beberapa istilah khusus bagi harakah Islamiyyah telah terbentuk, seperti harakah
(movement), ‘amilin (workers), huriyyah (freedom), wehdahatu al-fikri, wehdatu al-amal,
inqilabi (revolution) serta lain-lainnya. Bagi Al Maududi ,kepentingan kepada kembali
kepada akar Islam –
i. Mempertahankan sistem dari abad-abad permulaan Islam sebagai sesuatu sistem yang benar
dan tentunya setelah dibersihkan dari bid'ah yang telah terlalu banyak dalam system Islam
ii.Kecenderungan dalam usaha untuk membangun kembali ajaran yang benar serta apabila
dipandang perlu akan disesuaikan dengan pengertian-pengertian dan pemahaman-
pemahaman kontemporer dan disesuaikan dengan zaman dan keperluan yang dihadapinya,
khususnya yang mencakup segi-segi agama, nilai dan kemasyarakatan.
iii.Kecenderungan dalam berpegang teguh kepada dasar-dasar ajaran Islam yang diakui pada
umumnya, tetapi tidak menutup pintu bagi pandanganp-pandangan baru yang biasanya
datang dari Barat.
Daripada tiga kecenderungan itu, Abul A’la Maududi menetapkan politik meliputi konsep
negara atau pemerintahan dan tujuannya, dasar negara, demokrasi, struktur pemerintahan dan
hukum menurut pandangan Maududi.
15
Maududi tidak menerima sistem pemerintahan yang sedang dijalankan pada zaman modern
ini.Baginya memperjuangkan simbol Islam bukannya diterapkan sebagai dasar negara karena
menurutnya mendirikan sebuah negara adalah misi besar Islam .Beliau menolak demokrasi
yang berfaham akan kedaulatan rakyat yang mana bagi beliau bukan acuan Islam sebenar.
Bagi beliau sistem kekhalifahan dengan berakarkan kedaulatan Allah yang mana manusia
harus tunduk pada aturan Tuhan karena manusia hanya merupakan wakil Allah di muka
bumi.
4.Struktur Pemerintahan Al Maududi dan Al Mawardi
Tentang struktur pemerintahan, Maududi memandang bahwa struktur yang telah diterapkan
oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin adalah struktur pemerintahan yang dapat pula
dijalankan di abad moden ini karena struktur itu merupakan struktur ideal yang dibangun di
awal pemerintahan Islam. Oleh karenanya hukum atau undang-undang yang harus berjalan
adalah syari'at Islam seperti di awal tradisi Islam tanpa perlu adanya ijtihad karena Islam
merupakan sistem yang komprehensif dan sesuai dengan situasi dan zaman. Dengan
demikian, apa yang menjadi idealisme besar Maududi iaitu ingin menjadikan Islam kembali
sebagai cara hidup akan dapat direalisasikan.
Kemudian Daulah Islamiyyah ini pula akan menolak sahaja kerosakan yang dilakukan di
muka bumi ini sehinggalah segala hukum tunduk kepada hukum Allah. Cara bergerak yang
dituntut oleh al-Quran adalah satu cara bergerak yang mengarah kepada penolakan jahiliyyah
dan kebatilan secara tegas dan tidak bertolak ansur
Dalam pandangan al-Mawardi negara dapat ditegakkan, dari segi politik perlu mempunyai
enam unsur pokok . Agama yang dianut dan dihayati adalah asas kepada kekuatan moral.
Ketua Negara yang berwibawa dan dapat dijadikan teladan.Ketua Negara perlu mempunyai
Sifat mulia seorang pemimpin sebagaimana yang ditunjukkan oleh Khulafa
ArRashidin.Dalam sebuah Negara Islam ,kewajipan dalam Negara yang berteraskan
pemerintahan Islam adalah keadilan. Dalam sebuah Negara berteraskan undang-undang Islam
setiap rakyatnya berhak memiliki keamanan.Seterusnya pemerintah dalam sebuah Negara
Islam seharusnya bijak mengeksploitasi segala sumber bagi tujuan meningkatkan ekonomi
rakyatnya.
16
5.Hukum Menegakkan Imamah Menurut Al Mawardi dan Al Maududi
Al-Mawardi,memberikan maksud imamah sebagai khalifah atau pemimpin, raja , penguasa
atau kepala Negara.Menurutt beliau kepada merekalah label agama dipertanggungjawab. Al-
Mawardi menyatakan “Imamah dibentuk untuk menggantikan fungsi kenabian guna
memelihara agama dan mengatur dunia” Dengan demikian seorang imam adalah pemimpin
agama disatu pihak dan dilain pihak pemimpin politik.
Dasar pembentukan imamah kata Mawardi adalah wajib secara ijma’. Akan tetapi, dasar
kewajiban itu diperselisihkan, apakah berdasarkan rasional atau hukum agama . Menurutnya
ada dua golongan iaitu :-
1.Wajib karena pertimbangan akal . Alasannya manusia itu adalah makhluk sosial, dan
dalam pergaulan antara mereka mungkin terjadi permusuhan, perselisihan, dan penganiayaan.
Karenanya diperlukan pemimpin yang dapat mencegah terjadinya kemungkinan-
kemungkinan itu. Jadi secara logika manusia memerlukan pemerintahan.
2.Wajib berdasarkan hukum agama (syari’ah) bukan karena pertimbangan akal, karena
pemerintah menjalankan tugas-tugas agama disamping semestinya pemimpin itu seorang
yang berilmu dan mempunyai pemikiran agama yang kukuh.
Menurut Mawardi, perlantikan imam atau khalifah dapat dilakukan dengan penunjukan atau
wasiat oleh imam yang sebelumnya berdasarkan situasi perlantikan Umar bin Khattab
menjadi khalifah melalui penunjukkan oleh pendahulunya, iaitu Abu Bakar. Demikian pula
halnya Usman. Enam anggota “dewan syura” yang memilihnya sebagai khalifah adalah
ditunjuk oleh pendahulunya, Umar bin Khattab. Dalam hal pengangkatan imam melalui
penunjukkan atau wasiat oleh imam yang berkuasa, al-Mawardi menyatakan bahwa sebelum
menunjuk calon penggantinya, seorang imam harus berusaha agar yang ditunjuknya itu
benar-benar berhak untuk mendapatkan kepercayaan dan kehormatan yang tinggi dan orang
yang betul-betul paling memenuhi syarat.
Bagi Al Maududi pula soal mengendalikan pentadbiran dan menggerakkan perjalanan
kerajaan Islam ini adalah diserahkan kepada seorang 'AMIR' yang mana jawatan serta tugas
tugasnya serupalah dengan presiden republik zaman ini. Tiap-tiap orang yang percaya dan
menerima prinsip-prinsip perlembagaan, dia berhak - bila mana sampai usia kematangannya -
menyatakan pendapatnya dalam pemilihan amir. Apa yang harus diperhatikan secara khusus
dalam soal pemilihan amir ini ialah taqwa, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
17
Islam serta keahlian yang lengkap untuk mentadbirkan urusan-urusan umat Islam baik waktu
damai maupun waktu perang.
Oleh itu jawatan amir ini tidak boleh disandangkan melainkan kepada orang yang memakai
sifat-sifat ini sepenuh-penuhnya, dan dia juga mendapat kepercayaan umat lebih banyak
daripada orang-orang lain . Kemudian sebuah Dewan Permesyuaratan harus diadakan untuk
menolong amir, yang mana seluruh anggota- aggotanya dipilihkan juga oleh individu-
individu masyarakat. Amir mestilah menjalankan polisi negara dengan mesyuarat bersama-
sama para anggota dewan permesyuaratan. Dia akan tetap menjadi amir selama mana
dibekali dengan kepercayaan umat dan selama mana umat bergantung kepadanya. Tetapi jika
kepercayaan itu telah hilang, dia mestilah turun dari jawatannya.
Selama mana dia mendapat kepercayaan umat, dia masih tetap menduduki jawatan yang
tertinggi itu, perintahnya tetap dipatuhi, kata-katanya masih didengar dan dilaksanakan.
Malah dalam keadaan yang demikian itu, dia berhak juga menolak fikiran-fikiran para
anggota Dewan Permesyuaratan dalam satu-satu hal yang dilihatnya bahawa kebenaran
adalah berlainan daripada pendapat-pendapat mereka itu. Penghuni-penghuni Negara berhak
mengkritik kerajaan amir jika sekiranya ada perkara-perkara yang mereka
nampak harus dikritik.Ini bermakna Amir bagi Al Maududi bukan berkuasa mutlak atau
seorang diktator.
Penutup
Kedua – dua ilmuan ini menetapkan Negara Islam adalah Negara yang ditegakkan atas dasar
aqidah Islam dan dibentuk mengikut prinsip – prinsip ysng ditetapkan Allah .Negara Islam
adalah Negara yang bermatlamat mendidik dan mengasuh manusia supaya beriman dan
bertakwa kepada Allah .Ia buka Negara yang berfahaman kedaerahan yang terbatas ,tidak
juga disempitkan oleh batasan kaum ,warna kulit ,kasta atau sebagainya.Negara ini didirikan
atas akar aqidah yang bercirikan universal bersesuaian dengan pelbagai zaman dan pelbagai
ketika.Sesiapa juga boleh menjadi rakyat dibawah payungnya tanpa perlu menukar agama
untuk mendapat kesamaan selaku warganya.
Tujuan Negara Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri. Tujuannya bukanlah
setakat untuk menwujudkan keamanan , suasana damai ,melindungi keselamatan rakyat dan
menentang pencerobohan musuh dari luar tetapi yang terutama ialah untuk melaksanakan
18
hukum- hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam
keseluruh pelusuk dunia.
Berteraskan tauhid ,berbekalkan yakin kepada Allah yang telah menyerahkan manual
pemerintahan alam ini kepada Saidina Muhamad SAW yang mana baginda telah
menunjukkan tatacara bernegara yang kemudiannya diikuti oleh para khalifahnya yang lurus .
Tiada keraguan mahupun kekhilafan dalam mengatur pemerintahan kerana setiap keraguan
dan kesamaran ada dalam Kitabullah dan Sunahtulrasulullah.
19
Rujukan
1.Khalid Ali Ahmad Al Anbariy,Sistem Politik Islam ,2008.Telaga Biru
2. Abu Urwah,Konsep Konsep Umum Islam,1989,Pustaka Salam
3.Mustafa Haji Ahmad ,Pemikiran Politik dan Ekonomi Al Maududi,1989,DBP
4.Muhamad Al Baqir ,Khilafah dan Kerajaan –Abul A’La Al Maududi,1986,Dewan Pustaka
Fajar
5.Hj Sallehuddin Abdullan (pen)Harta dan Pemerintahan Dalam Islam-Abdul Qodir
Audah,1983.Pustaka Antara
6.Muhamed S.El-Awa,Sistem Politik Negara Islam , 1991 ,DBP
7. Modul Insan Dan Manhaj Ketuhanan,UITM
8. Mushnaf Tajwed Berserta Terjemahan Al Quran ,Darul Fikir
Laman Web
1.www.islamicinterlink.com/topics/maudoodi
2.www.4shared.com/document/mmWAlgCI/Jihad_In_Islam_-_Abul_Ala_
3.islamfuture.wordpress.com/2010/03/02/towards-understanding
4.www.sunnah.org/history/Scholars/al_mawardi.htm
5.www.islamic-life.com/forums/books-booklets/download-book

More Related Content

What's hot

Tamadun islam dan tamadun asia (isis)
Tamadun islam dan tamadun asia (isis)Tamadun islam dan tamadun asia (isis)
Tamadun islam dan tamadun asia (isis)Freedy Kalang
 
Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniDiana Fuad
 
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syamsul Noor
 
Pengantar Fiqih Siyasah
Pengantar Fiqih SiyasahPengantar Fiqih Siyasah
Pengantar Fiqih Siyasahatiyu
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniHamuza Hamuza
 
laporan Hp sosial-pdf
laporan Hp sosial-pdflaporan Hp sosial-pdf
laporan Hp sosial-pdfshafirahmalek
 
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islam
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islamBab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islam
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islamhadisukmo
 
Penyelewengan syiah
Penyelewengan syiahPenyelewengan syiah
Penyelewengan syiahamany15011
 
Jihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wJihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wAzmi Mohd Zain
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islamkarina_auliaa
 
Konsep Siasah Syari’yyah
Konsep Siasah Syari’yyahKonsep Siasah Syari’yyah
Konsep Siasah Syari’yyahAr Rayyan
 
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadCiri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadAdila Ayuni
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASAN
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASANRAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASAN
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASANEpisteme IAIN Tulungagung
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Nor Fadzilah Md Ehwan
 

What's hot (20)

Gerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran modenGerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran moden
 
Iman malik lahir pada tahun 93
Iman malik lahir pada tahun 93Iman malik lahir pada tahun 93
Iman malik lahir pada tahun 93
 
Tamadun islam dan tamadun asia (isis)
Tamadun islam dan tamadun asia (isis)Tamadun islam dan tamadun asia (isis)
Tamadun islam dan tamadun asia (isis)
 
Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..
 
Sshi
SshiSshi
Sshi
 
Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembani
 
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
 
Pengantar Fiqih Siyasah
Pengantar Fiqih SiyasahPengantar Fiqih Siyasah
Pengantar Fiqih Siyasah
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
 
laporan Hp sosial-pdf
laporan Hp sosial-pdflaporan Hp sosial-pdf
laporan Hp sosial-pdf
 
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islam
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islamBab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islam
Bab 1 peradaban bangsa arab sebelum kedatangan islam
 
Penyelewengan syiah
Penyelewengan syiahPenyelewengan syiah
Penyelewengan syiah
 
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di PalembangRiwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
 
Jihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wJihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.w
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
 
Konsep Siasah Syari’yyah
Konsep Siasah Syari’yyahKonsep Siasah Syari’yyah
Konsep Siasah Syari’yyah
 
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadCiri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASAN
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASANRAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASAN
RAGAM IDENTITAS ISLAM DI INDONESIA DARI PERSPEKTIF KAWASAN
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 

Similar to NEGARA ISLAM MENURUT AL MAWARDI DAN AL MAUDUDI

Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi
Pemikiran Politik Abu A’la Al-MaududiPemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi
Pemikiran Politik Abu A’la Al-MaududiAr Rayyan
 
Moderasi Islam-WPS Office.docx
Moderasi Islam-WPS Office.docxModerasi Islam-WPS Office.docx
Moderasi Islam-WPS Office.docxNurulAula2
 
Perkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanPerkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanYanisa S
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
126 tahun jemaat ahmadiyah
126 tahun jemaat ahmadiyah126 tahun jemaat ahmadiyah
126 tahun jemaat ahmadiyahDoni Sutriana
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniHumairahnia12
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniHumairahnia12
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamAzman Ariffin
 
hubungan etnik bab 7
hubungan etnik bab 7hubungan etnik bab 7
hubungan etnik bab 7wsalwa2
 
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahBab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahhadisukmo
 
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxPEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxudin100
 
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarahPandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarahcaturprasetyo11tgb1
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahWan Syafawati
 

Similar to NEGARA ISLAM MENURUT AL MAWARDI DAN AL MAUDUDI (20)

Liberalisme
LiberalismeLiberalisme
Liberalisme
 
Liberalisme
LiberalismeLiberalisme
Liberalisme
 
Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi
Pemikiran Politik Abu A’la Al-MaududiPemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi
Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi
 
PPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptxPPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptx
 
Moderasi Islam-WPS Office.docx
Moderasi Islam-WPS Office.docxModerasi Islam-WPS Office.docx
Moderasi Islam-WPS Office.docx
 
Perkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanPerkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruan
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
1.pdf
1.pdf1.pdf
1.pdf
 
126 tahun jemaat ahmadiyah
126 tahun jemaat ahmadiyah126 tahun jemaat ahmadiyah
126 tahun jemaat ahmadiyah
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
 
Pan-Islamisme
Pan-IslamismePan-Islamisme
Pan-Islamisme
 
Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
hubungan etnik bab 7
hubungan etnik bab 7hubungan etnik bab 7
hubungan etnik bab 7
 
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahBab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
 
Kajian Islam & Liberalisme
Kajian Islam & LiberalismeKajian Islam & Liberalisme
Kajian Islam & Liberalisme
 
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxPEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
 
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarahPandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ah
 

NEGARA ISLAM MENURUT AL MAWARDI DAN AL MAUDUDI

  • 1. 1 Teori negara Islam berdasarkan Al Mawardidan Al Maududi Pengenalan Negara Islam didefinasikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan ideologi yang asasnya ditegakkan dengan berpandukan asas akidah Islam.Di samping itu, negara Islam atau“Darul al-Islam” dapat di definasikan sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan hukum-hukum Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini termasuklah jaminan wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh rakyatnya dan keamanan rakyat yang mendiami dalamnya terjamin dan terlindung dibawah keadilan undang-undang .Sumber sistem pemerintahan Islam adalah berakarkan kepada :- Bersumberkan asas inilah sistem pemerintahan Islam dibentuk .Kenyataan ini menjelaskan bahawa pemerintahan adalah satu cara yang terbaik dalam menyempurnakan kebajikan manusia melalui sistem yang tersusun kerana ia bersumber kepada wahyu pencipta ,kepada percontohan manusia terbaik dibumi , kepada kesepakatan generasi terbaik dan kepada NEGARA ISLAM IJMAKUMAT(KHULAFAAR- RASHIDIN) IJTIHAD HADIS SYARIF DAN SIRAH NABI AL-QURAN
  • 2. 2 pandangan dan kesepakatan ulama.Matlamat negara Islam adalah untuk melaksanakan undang-undang Islam di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara ( tidaklah harus bagi mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasulnya maka mereka sesungguhnya telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan: “Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan keadilan dan melaksanakanhukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kekuasaan(kekuatan) dan negara.” Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat adalah perintah Allah. Firman Allah dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud: “Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.” Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi Allah perlu sentiasa menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,mengeluarkan zakat sambil menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan.Membawa keadilan kepada seluruh umat manusia dan alam sejagat menjadi keutamaan. Ini kerana pemerintahan Islam merupakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit ataupun ahli keluarga. Ini menunjukkan bahawa semua aspek yang berkaitan dengan soal kehidupan manusia tertakluk kepada undang-undang dan hukum-hukum Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya.”
  • 3. 3 Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara merupakan satu lagi ciri pemerintahan Islam yang adil. Ini merangkumi hubungan yang akrab dan baik sesama sendiri. Segala pergaduhan,persengketaan, hasad dengki dan dendam hendaklah dijauhi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, mereka menguatkan antara satu sama lain.” Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia diseluruh pelusuk dunia serta berjihad pada jalan Allah dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada serangan musuh-musuh Islam. Dua ilmuan Islam yang lahir dari latar belakang zaman berbeza telah menjadi tunggak kajian ini yang mendasari pemikiran kedua-dua tokoh. Tokoh yang dimaksudkan ialah Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi dan Abul A’la Al- Maududi. Latar Belakang Abul A’la Al Maududi Abul-Ala Al-Maududi, lahir pada 3 Rejab 1321 H bersamaan 25 September 1903 M di Aurangabad.Lahir dalam keluarga berketurunan Syarif yang amat dihormati di India Utara buakanlah jaminan bagi Al Maududi hidup dalam kemewahan. Al-Maududi adalah anak bongsu dari tiga beradik.Pendidikan awalnya di Madrasah Furqaniyah yang pada masa itu merupakan sebuah sekolah yang terkenal di Hyderabad.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Dar al-Ulum di Hyderabad. Al Maududui mahir berbahasa Arab, bahasa Parsi, bahasa Inggeris,dan bahasa Urdu.Tahun 1918 ketika usianya 15 tahun,beliau mulai bekerja sebagai wartawan dalam suratkhabar berbahasa Urdu . Tahun 1920, beliau menjawat jawatan sebagai editor surat khabar Taj yang diterbitkan di bandar Jabalpore. Tahun 1921, Al- Maududi pindah ke Delhi dan bekerja sebagai editor suratkhabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jami’yat(1925-1928), yang diterbitkan oleh Jami’yat- Ulama-Al Hind,sebuah parti politik.Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jami’yat menjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik- al Hijrat,iaitu Persatuan Asia Selatan yang menentang penjajahan Inggeris.Zaman itu, Maulana Maududi mulai menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggris ke bahasa Urdu. Beliau juga
  • 4. 4 telah menulis buku berjudul al-Jihad fi al-Islam -Jihad dalam Islam- diterbitkan secara berkala dengan nama al-Jami’yat tahun 1927. Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan . Kecenderungan beliau dalam penulisan ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian yang dihadapi pada zaman itu ialah dengan masyarakat kembali kepada Islam .Bagi beliau, Islam ada jawaban bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.Bergandingan dengan ahli falsafah dan ulama Muhammad Iqbal, Maududi menggagas pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab.Pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam.Maulana Maududi mengkritik konsep-konsep yang dibawa penjajah Barat seperti nasionalisme, pluralisme dan feminisme. Menurut beliau semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam. Beliau menegaskan umat Islam perlu mempunyai jatidiri, bangun berjihad sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan menafsirkan al- Quran ke dalam bahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan undang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam. Pokok- pokok fikirannya selalu bertemakan tentang kebangkitan Islam dalam menghadapi tantangan zaman moden .Ini kerana latar zaman hidup beliau,yang menyaksikan agama Islam dicabar oleh imperialime barat.Antara karyanya yang paling besar kesannya kepada kebangkitan Islam ialah Al-Jihad fi Al-Islam yang ditulis pada tahun 1930 ketika ia berusia 27 tahun. Buku ini membahas tentang hukum perang dan damai menurut ajaran Islam. Abu al-Ala Al Maududi merupakan salah seorang ulama abad ke-20 yang amat dikagumi kawan dan lawan .Idea radikal yang beliau lontarkan ditengah-tengah masyarakat yang dipalit idealisme barat mulanya ditolak.Namun akhirnya , idea beliau diterima sebagai idea hebat ilmuan Islam.Ini kerana beliau bukan membaharukan idealisme Quran itu tetapi sebaliknya beliau menekankan kembali kepada Al Quran yang sebenarnya . Maududi merupakan seorang ahli filsafat,sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. Abu al-Ala al-Maududi mendapat ilham dari perjuangan Sayyid Qutb di Mesir seperti Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin . Sebagaimana Sayyid Qutb, Maududi merupakan tokoh perjuangan Islam yang dikenali seluruh dunia. Beliau menjadi begitu terkenal kerana berjaya menguasai berbagai bidang ilmu seperti politik, sosial, agama, budaya, ekonomi, dan pendidikan.
  • 5. 5 Bagi Al-Maududi, pendidikan merupakan asas peradaban umat manusia untuk mencipta masa depan yang gemilang . Oleh karena itu,kesungguhan dalam mencorak sarana pendidikan bagi pembentukan masa depan peradaban manusia tidak boleh dikompromi. Latar Belakang Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi Nama lengkap al-Mawardi adalah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Di lahir di Basra 364 H/975 M, dan wafat di Bagdad 450 H/1058 M. Dia seorang pemikir Islam yang terkenal, tokoh terkemuka mazhab Syafi’i, dan mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Abbasiyah. Sungguhpun demikian, beliau termasuk penulis produktif. Banyak bukunya dalam berbagai- bagai bidang ilmu dari ilmu bahasa, sastera, tafsir hingga kenegaraan. Walaupun al-Mawardi lahir di Basra, tapi ia dibesarkan di Bagdad. Dari ulama-ulama terkemuka di Baghad ia mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam.Antara guru- gurunya adalah Al-Hasan Ibnu Ali al-Hambali, Muhammad Ibnu Adi al-Muqri, Muhammad ibnu al-Ma’ali al-Asdi, Ja’far ibnu Muhammad ibnu al-Fadl al-Baghadi, dan Abu Hamid al- Isfiraini. Gurunya yang terakhir ini amat berpengaruh pada diri Al-Mawardi. Melalui gurunya itulah ia mendalami mazhab Syafi’i dalam kuliah rutin yang diadakan disebuah masjid yang terkenal dengan masjid Abdullah ibnu al-Mubarok, di Baghdad. Kedalaman ilmu dan ketinggian akhlak Imam Mawardi telah membuat ia terkenal sebagai seorang ilmuan yang disegani dan berwibawa dikalangan masyarakat umum, maupun pihak pemerintah. Oleh sebab itu beberapa kali dia ditunjuk sebagai hakim kerajaan di Baghdad, dalam pemerintahan Abbasiyah.Pada masa al-Qadir berkuasa (381 H/991 M – 423 H/1031 M) kedudukan al-Mawardi meningkat setelah ia menetap kembali di Baghdad.Beliau menjadi hakim dan penasihat raja atau khalifah di bidang agama dan pemerintahan. Disamping itu banyak ulama lahir hasil dari bimbingannya .Antaranya Abu al-Ainain Kadiri dan Abu Bakar al-Khattib. Dalam fiqih siyasah ini namanya menonjol, yang sampai sekarang menjadi rujukan untuk ilmu politik dan pemerintahan menurut fiqih Islam. Bukunya yang terkenal adalah al-Ahkam al-Sulthaniyah.Buku ini sedemikian lengkap dan dapat dikatakan sebagai “konstitusi umum” untuk negara, berisikan pokok-pokok kenegaraan seperti tentang jabatan khalifah dan syarat-syarat bagi mereka yang dapat diangkat sebagai pemimpin atau ketua negara dan para pembantunya, baik diperingkat puasa maupun didaerah.Al-Mawardi berijtihad dan menyusun sebuah kerangka politik tentang apa yang
  • 6. 6 harus dilakukan dalam suatu pemerintahan, seperti ketentuan pokok dalam pemilihan seorang khalifah, tugas-tugas khalifah dan pejabat negara, dan hubungan negara dengan rakyat. Pandangan Maulana Maududi Tentang Politik Menurut Al Maududi Tauhid, risalat (kerasulan) dan khilafat, adalah tiga tonggak yang didirikan di atasnya binaan sistem politik Islam. Bagi membentuk sistem politik Ilsam menurut Maulana AL – Maududi ,kita perlu memahami tauhid, risalat, dan khilafat itu dengan fahaman yang sempurna. i)Tauhid Dalam tauhid Allah telah menggariskan dasar pembangunan sebuah masyarakat berasaskan Quran. FirmanNya “Katakanlah;Marilah kubacakan apakah yang diharamkan Allah atas kamu. Janganlah mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Berbuat baiklah terhadap ibubapamu.Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan.Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka ,janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji,baik yang Nampak antaranya atau yang tersembunyi.Jaanganlah kamu membunuh jiwa jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab-sebab yang benar .Demikianlah yang diperintahkan oleh tuhanmu kepadamu supaya kamu memmahaminya .Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih manfaat hingga ia dewasa.Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil.Kami tidak memikulkan beban keatas sesseorany kecuali sekadar kesanggupannya .Dan apabila kamu berkata ,maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun ia adalah kerabatmu.Dan pernuhilah janji Allah.Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu ingat.Dan bahawa ,Inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia:jangan kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. Al – An’Aam :151-153 Tauhid bermaksud mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan hanya Dia yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah mahupun batiniah. Ini kerana prinsip tauhid ini merupakan paksi kepada kehidupan seorang Islam yang bertitik tolak daripada
  • 7. 7 mengucap dua kalimah syahadah seperti yang terdapat dalam Rukun Islam yang pertama iaitu: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.” Bagi Al Maududi prinsip tauhid mencerminkan satu teras utama dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Ia mestilah diselaraskan melalui pelaksanaan peraturan- peraturan, hukum-hukum, undang-undang dan sebagainya sepertimana yang telah digariskan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, segala tindakan yang diambil bagi memenuhi agenda negara mestilah bermatlamat untuk mencapai keredaan dan keberkatan Allah. Inilah hakikat tauhid bernegara . Ianya menafikan seperti mana yang kita lihat itu fikiran kedaulatan manusia( system demokrasi barat), dan mahu membasmikannya sama sekali samada kedaulatan itu untuk orang perseorangan( system soaialis ), untuk satu-satu lapisan, satu-satu bangsa atau untuk seluruh manusia di atas muka bumi ini. Menurut Al-Maududi kedaulatan itu hanyalah layak untuk Allah sahaja. Tidak ada pemerintah melainkan Allah, tidak ada pemerintahan melainkan pemerintahanNya, dan tidak ada undang-undang melainkan undang-undangNya. ii.Risalah Risalah ialah mengakui dan mengiktiraf kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW sebagai panduan utama dalam membangunkan negara. Ini kerana para Anbiya yang diutuskan kepada seluruh manusia adalah dengan tujuan menyeru manusia agar mentauhidkan Allah Ada pun risalat (keRasulan), ialah saluran yang melaluinya undang – undang Ilahi sampai kepada kita. .Risalah kenabian menurut Abu Urwah (Konsep-konsep Umum Islam )mengandungi tiga perkara iaitu :- a.Mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutikan dengan sesuatu b.Beriman kepada rasul dan mentaati perintahnya c.Beriman kepada hari akhirat Para rasul Allah yang diutuskan adalah utnuk membimbingh manusia mentaati perintah Allah dan menjadi pemimpin –pemimpin dalam kedhidupan manusia dimuka bumi ini.
  • 8. 8 “ Dan kami jadikan mereka ini sebagi pemimpin –pemimpin yang memrberi petunjuk dengan perintah kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan ,mendirikan solatmenunaikan zakat dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah” (Al-Anbiya;73) Dalam hal ini , Saidina Muhamad Rasulullah merupakan contoh dan teladan yang terpuji sebagai ketua negara Islam sewaktu era pemerintahan dan pentadbirannya di Madinah yang mana baginda telah menerapkan hukum-hukum Allah SWT dalam semua bidang seperti yang terkandung dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.Di samping itu, baginda turut menjelaskan contoh-contoh yang praktikal dalam melaksanakan hukum-hukum Allah agar diikuti oleh semua manusia. Firman Allah dalam surah al-Azhab, ayat 21yangbermaksud “Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah itu suatu contoh teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Hari Akhirat.” Dengan perantaraannya kita menerima dua perkara: Kitab Allah yang mana di dalamnya Allah menerangkan undang-undang diperkuatkan oleh Rasul dengan perkataan dan perbuatan beliau selaku wakil dari pihak Allah dan khalifahNya (penggantinya) di dunia ini. Di dalam kitabNya (Al-Qur'an), Allah telah menerangkan asas-asas dan prinsip – prinsip yang di atasnya sistem hidup manusia harus ditegakkan. Adapun apa yang kita kehendaki selepas itu dari penghuraian dan penerangan terhadap asas-asas dan prinsip-prinsip itu, telah diterang dan ditunjukkan oleh Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam semasa hidup beliau dengan mengasaskan satu sistem untuk kehidupan manusia dan penyusunannya mengikut apa yang dikehendaki oleh kitab Allah, sehingga ianya menjadi tauladan yang baik untuk orang yang datang selepasnya. Himpunan antara kedua-dua sumber inilah yang dinamakan di dalam istilah Islam dengan 'Syari'at'. Syari'at ini adalah merupakan perlembangaan asasi yang dibangunkan di atasnya kerajaan Islam yang digelarkan sebagai khilafat. iii) Khilafat Di dalam bahasa 'Arab, khilafat itu bererti 'wakilan'. Posisi manusia di dalam alam ini, dari sudut kaca mata Islam, ialah sebagai khilafat untuk Allah. Ertinya dia mewakili Allah di dalam kerajaanNya. Oleh itu dia tidak boleh bertindak di dalam kerajaan ini melainkan mengikut hak perwakilan dan hak menjalankan tindakan yang diberikan Allah kepadanya.
  • 9. 9 Khilafah ialah wakil Allah di bumi dalam mengurus dan mentadbir alam semesta yang berpandukan kepada hukum-hukum Allah. Ini termasuklah soal politik,ekonomi, sosial dan sebagainya. Menurut Ibnu Khaldun, khalifah wajib menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syarak demi mencapai kebaikan di dunia dan di Akhirat. .Sesungguhnya Allah telah mencipta manusia daripada bahan-bahan bumi dan menghendaki manusia memmakmurkan bumi ini “Dan sebutkanlah selalu ,ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikatnya :Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang sebagai Khalifah di bumi.”Mereka bertanya ,”Adakah Engkau hendak jkadikan bumi ini orang yang memb uat benacana dan menumpahkan darah ,padahal kami sentiasa bertasbih dengan menujimu dan mensucikan Mu?”Tuhan berfirman: Sesungguhnya aku Mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya “ ( AL- Baqarah-30 ) Ulama tafsir berpendapat “ hakikat perlantikan anak Adam sebagai khalifah di muka bumi ini menurut satu pendapat adalah mengantikan satu jenis makhluk lain yang telah mendiami bumi ini terlebih dahulu yang mana mereka dahulu ini telah melakukan keraosakan dan kezaliman lalu dimusnahkan Allah manakala bagi satu pihak lagi berpendapat perlantikan anak adam sebagai khalifah adalah sebagai wakil Allah mentadbirkan bumi bukan bagi menggantikan mahkluk yang lain itu .”(Abdul Qadir Audah ,Harta dan Pemerintahan)Walaupun begitu ,bagi menjurus maksud perbincangan ini kita ingin mengambil dalil ayat ini sebagai tugas manusia sebenar dihantar ke muka bumi adalah untuk menjadi khalifah Allah walau dalam apa tujuannya . “ Dialah menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan darjat sesetengah kamu diantara yang lain beberapa darjat kearana Dia hendak menguji kamu apa yang dia kurniakan kepada kamu” Terdapat empat ciri penting dalam sistem khalifah menurut Al Maududi :- i-Kuasa mutlak adalah hak milik Allah SWT sepenuhnya. ii-Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir. iii-Pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan dalam negara hendaklahberpandukan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
  • 10. 10 iv-Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif seperti yang ditentukan dalam undang-undang Allah. Menurut Al Maudidi hanya pengertian beginilah sahaja yang dikehendaki oleh Islam dengan khalifat apabila dia mengatakan, bahawa manusia adalah khalifah (wakil) Allah di bumi ini. Kerajaan yang tegak mengikut teori politik ini tidak lain melainkan khilafah manusia di bawah authoriti Tuhan. Matlamatnya yang dituju ialah melaksanakan kehendak dan kemahuan Tuhan yang Maha Tinggi dengan jalan mengikut hidayatNya tanpa melampaui batas-batas yang telah digariskannya untuk khilafat ini serta kerja-kerjanya. Apa yang munasabah disebutkan di sini ialah, bahawa Islam tidak menggantungkan urusan khilafat ini kepada orang atau keluarga atau lapisan manusia yang tertentu, tetapi dia menyerahkannya kepada seluruh anggota masyarakat yang percaya dengan prinsip-prinsip asasi dari tawhid dan risalat di samping mempunyai kecekapan dan persediaan itu melaksanakan segala apa yang dikandungi dan yang kehendaki oleh perkataan 'khilafat' itu. Jika ada didapati dunia ini sebuah masyarakat yang memakai sifat-sifat ini, tidak syak lagi bahawa ianya layak dengan khilafat ini. Di sinilah tempatnya di mana fikrah pemerintahan cara republik di dalam Islam mulai tumbuh. Tiap-tiap seorang dari anggota - anggota masyarakat Islam mempunyai, habuannya dari khilafat tersebut dan berhak meni'mat, hak-hak ini laksana gigi sikat. Seseorang tidak boleh mengharamkan hak-hak ini terhadap sesiapa yang dia mahu di kalangan para individu masyarakat. Ternyata sekali bahawa tiap-tiap kerajaan yang bersedia untuk menggerakkan perjalanan khilafat ini dan mengendalikan pentadbirannya tidak tersusun dan terbentuk melainkan dengan pendapat serta sokongan orang ramai yang memberikan kepada kerajaan sebahagian dari hak-hak mereka iaitu hak khilafat. Oleh itu, kerajaan tidak boleh terbentuk melainkan dengan pendapat-pendapat mereka, dan tidak boleh melaksanakan kerjanya melainkan dengan sokongan serta persetujuan mereka. Barangsiapa yang disukai dan diberi kepercayaan oleh mereka, dialah mewakili mereka dalam menjalankan tanggungjawab- tanggungjawab khilafat. Dan barangsiapa yang tidak dipercayakan lagi oleh anggota-anggota masyarakat, maka dia tidak boleh berbuat apa-apa selain dari meletakkan jawatan yang penting ini. Oleh itu, "Republik Islam", adalah sebuah republik yang paling sempurna sehingga tidak ada tujuan lain di belakanganya. Tetapi yang membezakan "Republik Isam" dari pada republik Barat yang terkenal itu dan yang meratai dunia hari ini, ialah bahawa teori
  • 11. 11 politik Barat mengatakan tentang kedaulatan republik, sedang Islam mengatakan tentang khilafat orang ramai. Pandangan Al Mawardi Tentang Politik Mawardi juga berpendapat bahawa manusia itu adalah makhluk sosial, tetapi Mawardi memasukkan unsur agama dalam teorinya. Manusia adalah makhluk yang paling memerlukan bantuan pihak lain dibandingkan makhluk lain. Menurutnya, kelemahan manusia yang tidak memiliki kemampuan untuk memenuhi semua keperluan sendiri dan adanya perbedaan individual mendorong manusia untuk bersatu dan saling membantu dan mengadakan kerjasama. Dengan kata lain sebab lahirnya negara adalah hajat umat manusia untuk memenuhi keperluan mereka bersama, dan otak mereka yang menunjuki tentang cara bagaimana saling membantu dan tentang bagaimana mengadakan ikatan satu sama lain. Al-Mawardi menetapkan unsur dalam pembentukan Negara Islam.Bagi Mawardi agama yang dianut dan dihayati akan memberikan kekuatan moral. Agama dapat mengendalikan keinginan dan hawa nafsu manusia, karena menjadi pengawas melekat pada hati nurani manusia, maka agama menjadi sendi yang paling pokok bagi kesejahteraan dan kestabilan negara.Selain itu , penguasa yang kharismatik dan berwibawa dapat dijadikan teladan. Penguasa perlu mampu menyatukan aspirasi-aspirasi yang berbeza dalam membina negara untuk mencapai tujuan agama yang dihayati serta diamalkan dan melindungi rakyat, kekayaan, serta kehormatan mereka. Penguasa adalah imam atau khalifah yang mewakili tuhan didunia. Menurut Al Mawardi ,dalam sebuah Negara Islam keperluan kepada keadilan yang menyeluruh perlu diwujudkan. Dengan menyeluruhnya keadilan akan tercipta keakraban antara sesama warga negara, menimbulkan rasa hormat dan ketaatan kepada pimpinan, menyemarakkan kehidupan rakyat dan membangunkan minat rakyat untuk berkarya dan berprestasi. Keadilan juga akan menciptakan persatuan, membangkitkan kesetiaan rakyat, memakmurkan negeri yang akhirnya mengamankan kedudukan penguasa. Keadilan harus dimulai dari diri sendiri yang tercermin pada melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan buruk, kemudian berlaku adil pada orang lain. Seorang khalifah mestilah berlaku adil terhadap masyarakat bawahan seperti raja terhadap rakyatnya perlu memberi kemudahan dan meninggalkan cara-cara yang memberatkan orang bawahannya .Dengan keadilan keamanan akan merata. Dengan meratanya keamanan, rakyat
  • 12. 12 dapat hidup tenang dan dapat melaksanakan kewajiban dan haknya sebagai rakyat. Meratanya keamanan adalah akibat menyeluruhnya keadilan. Bagi Al Mawardi sarana ekonomi perlu disediakan oleh pemimpin . Kesuburan ekonomi akan memenuhi keperluan rakyat.Sarana ekonomi yang baik akan membantu memenuhi keperluan seharian rakyat dan dapat menghindarkan ketidakpuasan hati rakyat.Seterusnya sebuah Negara Islam perlu menyediakan pewaris generasi lalu.Ini karena, prasara harus dipersiapkan bagi membentuk generasi yang bersikap optimisme sehingga mampu mencukupi keperluannya. Sebaliknya generasi yang pesimis akan disediakan oleh waktu dan perkembangan zaman dan tak mungkin bertahan. Rasulullah bersabda : “Adanya harapan adalah satu nikmat dari Allah kepada umatku, kalau tidak ada harapan orang tidak akan (payah-payah) menanam pohon, dan seorang ibu tidak akan menyusui anaknya” Mawardi mengharapkan negara benar-benar menjaga persatuan umat dan saling tolong menolong sesama mereka, memperbanyak sarana kehidupan yang baik bagi setiap warga sehingga seluruh rakyat dapat menjadi laksana bangunan yang kukuh. Pada waktu yang sama memikul kewajiban dan memperoleh hak tanpa adanya perbezaan antara penguasa dan rakyat, antara yang kuat dan yang lemah dan antara kawan dan lawan. Maududi dan Al-Mawardi Dua Tokoh Dua Zaman Menelesuri pandangan kedua-dua tokoh ini dalam melontarkan pandangan mereka berkaitan Negara dan sistem politik Islam memang nyata berbeza.Kekuatan dan kelemahan yang terhasil adalah kerana beberapa sebab.Antaranya adalah seperti berikut :- i.Latar zaman Berdasarkan latar zaman hidupnya kedua – dua ulama ini bezanya bagai langit dengan bumi. Al Mawardi hidup dizaman Absyiah yang mana nilai Ialam masih belum dicampur adukkan dengan fahaman luar.Cuma pada masa ini pemikiran falsafah Yunani saja yang dibawa dan mula mempengaruhi. Dicatatkan era Al Mawardi adalah era penghujung kerajaan Abasyyah. Namun begitu , masih banyak ilmuan Islam yang menjadi pengikut sahabat (ra) yang masih hidup pada masa itu dapat dijadikan rujukan.Oleh itu ,huraian Negara Islam yang dibawa oleh Al Mawardi berdasarkan model Madinah .
  • 13. 13 Al Maududi yang hidup pada abad ke-20 lahir di sebuah Negara yang menerima pelbagai pengaruh keagamaan atau sosialisasi. Jika dikaji latar pengaruh bagi benua kecil India ini sebelum dari terwujudnya Pakistan dan Bangladesh, benua ini telah menerima pelbagai pengaruh . Kedatangan Islam pada awal pengaruh Islam merata , terpalit juga dengan fahaman purba masyarakat setempat. Seterusnya kedatangan pengaruh Inggeris yang kuat menapak dibenua kecil ini telah mengikis keaslian ajaran itu.. Pada zaman ini, fahaman Islam dipengaruhi kuat oleh fahaman idelisme barat. Dalam era ini Al Maudidi merasakan keperluan bagi beliau mengajak masyarakat kembali kepada Islam.Maka beliaupun menegemukakan pangdangannya perjuangan mengembalikan Islam perlu berlandaskan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasul Allah. Bagi Maulana ini tujuan utama bagi perjuangan Islam ialah untuk mewujudkan Negara Islam. Al Maududi telah banyak melontarkan pandangannya dalam bentuk ceramah – ceramah atau tulisan untuk membetulkan ‘fahaman salah’ masyarakat umum dan ulama sendiri terhadap beberapa istilah asas Islam yang telah disalah-ertikan . Silap-kefahaman terhadap empat istilah asas inilah mengikut Maulana Maududi telah menyebabkan masyarakat tidak mengutamakan agenda mewujudkan Islamic state dan menganggap agama sebagai seolah-olah agenda peribadi. 2.Pandangan Berkaitan Pemimpin Negara Islam Terpengaruh Dengan Situasi Zaman Dalam hal yang sebegini pandangan AlMawardi lebih kepada membetulkan idealisme pemerintah pada zamannya kerana tiada tentangan dan kerosakan yang besar yang melanda Islam pada zaman Al Mawardi.Pandangan politik Al Mawardi selari dengan tetangan yang beliau hadapi pada zaman itu. Sebagai reaksi terhadap situasi politik pada zamannya maka al- Mawardi mendasarkan teori politiknya atas kenyataan yang ada dan kemudian secara realistik menawarkan pandaangan perbaikan atau reformasi misalnya dengan mempertahankan status quo. Sebagai contoh,beliau menekankan bahwa khalifah harus tetap berbangsa Arab dari suku Quraisy.Wazir tafwidh harus berbangsa Arab, dan perlu ditegaskan persyaratan bagi pengisian jabatan pemerintah serta jabatan-jabatan pembantunya yang penting.Kenyataan AL Mawardi ini amat berbeza dengan pandangan yang diutarakan oleh Al Maududi. Al Maududi berpandangan berkaitan system politik semasa.Al Maududi berpandangan, bangsa Arab semestinya memimpin kebankitan Islam itu namun beliau tidak menetapkan dalam aturcaranya kemestian Khalifah itu adalah bangsa Quraisy.
  • 14. 14 3.Perjuangan Al Maududi Penyatuan Perjuangan Manakala Al Mawardi Pengekalan Sistem Khalifah Al Mawardi didalam kitabnya membahas tentang pokok-pokok kenegaraan seperti : Jabatan khalifah dan syarat-syaratnya, cara perlantikan Amir, hubungan antara negara dan rakyat, dasar pokok pemerintahan agar suatu negara dapat berdiri, dan juga mengenai pemecatan khalifah dan masalah lain yang berkaitan dengan ketatanegaraan.Keadaan seumpama ini berlaku kerana tentangan dan kerosakan umat zaman Al Mawardi adalah terlalu minima. Masih banyak ulama yang murni pemikirannya yang boleh dijadikan rujukan. Berbeza dengan Al Maududi yang menetapkan matlamat perjuangannya, Al Maududi telah mengemukakan istilah semasa dan contoh-contoh semasa dengan penggunaan gaya bahasa yang sangat menyakinkan untuk menengahkan fahamannya. Ini bertujuan mengajak golongan muda yang terpelajar dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyertai beliau .Ramai daripada kalangan aktivis Islam yang telah menerima pemikiran Maulana Maududi ini sehingga ianya hampir merupakan fahaman bersama bagi setiap harakah Islamiyyah yang kedapatan di negara-negara Islam. Beberapa istilah khusus bagi harakah Islamiyyah telah terbentuk, seperti harakah (movement), ‘amilin (workers), huriyyah (freedom), wehdahatu al-fikri, wehdatu al-amal, inqilabi (revolution) serta lain-lainnya. Bagi Al Maududi ,kepentingan kepada kembali kepada akar Islam – i. Mempertahankan sistem dari abad-abad permulaan Islam sebagai sesuatu sistem yang benar dan tentunya setelah dibersihkan dari bid'ah yang telah terlalu banyak dalam system Islam ii.Kecenderungan dalam usaha untuk membangun kembali ajaran yang benar serta apabila dipandang perlu akan disesuaikan dengan pengertian-pengertian dan pemahaman- pemahaman kontemporer dan disesuaikan dengan zaman dan keperluan yang dihadapinya, khususnya yang mencakup segi-segi agama, nilai dan kemasyarakatan. iii.Kecenderungan dalam berpegang teguh kepada dasar-dasar ajaran Islam yang diakui pada umumnya, tetapi tidak menutup pintu bagi pandanganp-pandangan baru yang biasanya datang dari Barat. Daripada tiga kecenderungan itu, Abul A’la Maududi menetapkan politik meliputi konsep negara atau pemerintahan dan tujuannya, dasar negara, demokrasi, struktur pemerintahan dan hukum menurut pandangan Maududi.
  • 15. 15 Maududi tidak menerima sistem pemerintahan yang sedang dijalankan pada zaman modern ini.Baginya memperjuangkan simbol Islam bukannya diterapkan sebagai dasar negara karena menurutnya mendirikan sebuah negara adalah misi besar Islam .Beliau menolak demokrasi yang berfaham akan kedaulatan rakyat yang mana bagi beliau bukan acuan Islam sebenar. Bagi beliau sistem kekhalifahan dengan berakarkan kedaulatan Allah yang mana manusia harus tunduk pada aturan Tuhan karena manusia hanya merupakan wakil Allah di muka bumi. 4.Struktur Pemerintahan Al Maududi dan Al Mawardi Tentang struktur pemerintahan, Maududi memandang bahwa struktur yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin adalah struktur pemerintahan yang dapat pula dijalankan di abad moden ini karena struktur itu merupakan struktur ideal yang dibangun di awal pemerintahan Islam. Oleh karenanya hukum atau undang-undang yang harus berjalan adalah syari'at Islam seperti di awal tradisi Islam tanpa perlu adanya ijtihad karena Islam merupakan sistem yang komprehensif dan sesuai dengan situasi dan zaman. Dengan demikian, apa yang menjadi idealisme besar Maududi iaitu ingin menjadikan Islam kembali sebagai cara hidup akan dapat direalisasikan. Kemudian Daulah Islamiyyah ini pula akan menolak sahaja kerosakan yang dilakukan di muka bumi ini sehinggalah segala hukum tunduk kepada hukum Allah. Cara bergerak yang dituntut oleh al-Quran adalah satu cara bergerak yang mengarah kepada penolakan jahiliyyah dan kebatilan secara tegas dan tidak bertolak ansur Dalam pandangan al-Mawardi negara dapat ditegakkan, dari segi politik perlu mempunyai enam unsur pokok . Agama yang dianut dan dihayati adalah asas kepada kekuatan moral. Ketua Negara yang berwibawa dan dapat dijadikan teladan.Ketua Negara perlu mempunyai Sifat mulia seorang pemimpin sebagaimana yang ditunjukkan oleh Khulafa ArRashidin.Dalam sebuah Negara Islam ,kewajipan dalam Negara yang berteraskan pemerintahan Islam adalah keadilan. Dalam sebuah Negara berteraskan undang-undang Islam setiap rakyatnya berhak memiliki keamanan.Seterusnya pemerintah dalam sebuah Negara Islam seharusnya bijak mengeksploitasi segala sumber bagi tujuan meningkatkan ekonomi rakyatnya.
  • 16. 16 5.Hukum Menegakkan Imamah Menurut Al Mawardi dan Al Maududi Al-Mawardi,memberikan maksud imamah sebagai khalifah atau pemimpin, raja , penguasa atau kepala Negara.Menurutt beliau kepada merekalah label agama dipertanggungjawab. Al- Mawardi menyatakan “Imamah dibentuk untuk menggantikan fungsi kenabian guna memelihara agama dan mengatur dunia” Dengan demikian seorang imam adalah pemimpin agama disatu pihak dan dilain pihak pemimpin politik. Dasar pembentukan imamah kata Mawardi adalah wajib secara ijma’. Akan tetapi, dasar kewajiban itu diperselisihkan, apakah berdasarkan rasional atau hukum agama . Menurutnya ada dua golongan iaitu :- 1.Wajib karena pertimbangan akal . Alasannya manusia itu adalah makhluk sosial, dan dalam pergaulan antara mereka mungkin terjadi permusuhan, perselisihan, dan penganiayaan. Karenanya diperlukan pemimpin yang dapat mencegah terjadinya kemungkinan- kemungkinan itu. Jadi secara logika manusia memerlukan pemerintahan. 2.Wajib berdasarkan hukum agama (syari’ah) bukan karena pertimbangan akal, karena pemerintah menjalankan tugas-tugas agama disamping semestinya pemimpin itu seorang yang berilmu dan mempunyai pemikiran agama yang kukuh. Menurut Mawardi, perlantikan imam atau khalifah dapat dilakukan dengan penunjukan atau wasiat oleh imam yang sebelumnya berdasarkan situasi perlantikan Umar bin Khattab menjadi khalifah melalui penunjukkan oleh pendahulunya, iaitu Abu Bakar. Demikian pula halnya Usman. Enam anggota “dewan syura” yang memilihnya sebagai khalifah adalah ditunjuk oleh pendahulunya, Umar bin Khattab. Dalam hal pengangkatan imam melalui penunjukkan atau wasiat oleh imam yang berkuasa, al-Mawardi menyatakan bahwa sebelum menunjuk calon penggantinya, seorang imam harus berusaha agar yang ditunjuknya itu benar-benar berhak untuk mendapatkan kepercayaan dan kehormatan yang tinggi dan orang yang betul-betul paling memenuhi syarat. Bagi Al Maududi pula soal mengendalikan pentadbiran dan menggerakkan perjalanan kerajaan Islam ini adalah diserahkan kepada seorang 'AMIR' yang mana jawatan serta tugas tugasnya serupalah dengan presiden republik zaman ini. Tiap-tiap orang yang percaya dan menerima prinsip-prinsip perlembagaan, dia berhak - bila mana sampai usia kematangannya - menyatakan pendapatnya dalam pemilihan amir. Apa yang harus diperhatikan secara khusus dalam soal pemilihan amir ini ialah taqwa, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
  • 17. 17 Islam serta keahlian yang lengkap untuk mentadbirkan urusan-urusan umat Islam baik waktu damai maupun waktu perang. Oleh itu jawatan amir ini tidak boleh disandangkan melainkan kepada orang yang memakai sifat-sifat ini sepenuh-penuhnya, dan dia juga mendapat kepercayaan umat lebih banyak daripada orang-orang lain . Kemudian sebuah Dewan Permesyuaratan harus diadakan untuk menolong amir, yang mana seluruh anggota- aggotanya dipilihkan juga oleh individu- individu masyarakat. Amir mestilah menjalankan polisi negara dengan mesyuarat bersama- sama para anggota dewan permesyuaratan. Dia akan tetap menjadi amir selama mana dibekali dengan kepercayaan umat dan selama mana umat bergantung kepadanya. Tetapi jika kepercayaan itu telah hilang, dia mestilah turun dari jawatannya. Selama mana dia mendapat kepercayaan umat, dia masih tetap menduduki jawatan yang tertinggi itu, perintahnya tetap dipatuhi, kata-katanya masih didengar dan dilaksanakan. Malah dalam keadaan yang demikian itu, dia berhak juga menolak fikiran-fikiran para anggota Dewan Permesyuaratan dalam satu-satu hal yang dilihatnya bahawa kebenaran adalah berlainan daripada pendapat-pendapat mereka itu. Penghuni-penghuni Negara berhak mengkritik kerajaan amir jika sekiranya ada perkara-perkara yang mereka nampak harus dikritik.Ini bermakna Amir bagi Al Maududi bukan berkuasa mutlak atau seorang diktator. Penutup Kedua – dua ilmuan ini menetapkan Negara Islam adalah Negara yang ditegakkan atas dasar aqidah Islam dan dibentuk mengikut prinsip – prinsip ysng ditetapkan Allah .Negara Islam adalah Negara yang bermatlamat mendidik dan mengasuh manusia supaya beriman dan bertakwa kepada Allah .Ia buka Negara yang berfahaman kedaerahan yang terbatas ,tidak juga disempitkan oleh batasan kaum ,warna kulit ,kasta atau sebagainya.Negara ini didirikan atas akar aqidah yang bercirikan universal bersesuaian dengan pelbagai zaman dan pelbagai ketika.Sesiapa juga boleh menjadi rakyat dibawah payungnya tanpa perlu menukar agama untuk mendapat kesamaan selaku warganya. Tujuan Negara Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri. Tujuannya bukanlah setakat untuk menwujudkan keamanan , suasana damai ,melindungi keselamatan rakyat dan menentang pencerobohan musuh dari luar tetapi yang terutama ialah untuk melaksanakan
  • 18. 18 hukum- hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam keseluruh pelusuk dunia. Berteraskan tauhid ,berbekalkan yakin kepada Allah yang telah menyerahkan manual pemerintahan alam ini kepada Saidina Muhamad SAW yang mana baginda telah menunjukkan tatacara bernegara yang kemudiannya diikuti oleh para khalifahnya yang lurus . Tiada keraguan mahupun kekhilafan dalam mengatur pemerintahan kerana setiap keraguan dan kesamaran ada dalam Kitabullah dan Sunahtulrasulullah.
  • 19. 19 Rujukan 1.Khalid Ali Ahmad Al Anbariy,Sistem Politik Islam ,2008.Telaga Biru 2. Abu Urwah,Konsep Konsep Umum Islam,1989,Pustaka Salam 3.Mustafa Haji Ahmad ,Pemikiran Politik dan Ekonomi Al Maududi,1989,DBP 4.Muhamad Al Baqir ,Khilafah dan Kerajaan –Abul A’La Al Maududi,1986,Dewan Pustaka Fajar 5.Hj Sallehuddin Abdullan (pen)Harta dan Pemerintahan Dalam Islam-Abdul Qodir Audah,1983.Pustaka Antara 6.Muhamed S.El-Awa,Sistem Politik Negara Islam , 1991 ,DBP 7. Modul Insan Dan Manhaj Ketuhanan,UITM 8. Mushnaf Tajwed Berserta Terjemahan Al Quran ,Darul Fikir Laman Web 1.www.islamicinterlink.com/topics/maudoodi 2.www.4shared.com/document/mmWAlgCI/Jihad_In_Islam_-_Abul_Ala_ 3.islamfuture.wordpress.com/2010/03/02/towards-understanding 4.www.sunnah.org/history/Scholars/al_mawardi.htm 5.www.islamic-life.com/forums/books-booklets/download-book