SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
1
1. Ajaran Qadiyaniah atau Ahmadiah
Pendahuluan
Ajaran Qadiyaniah (familiar dalam kalangan melayu sebagai ajaran Qadiyani) atau juga
dikenali dengan ajaran Ahmadiyah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad pada tahun 1889 di
Qadiyani, India.
Perkataan Qadiyaniah disandarkan kepada sebuah kampung kelahiran Ghulam Ahmad iaitu
Qadiyani. Manakala Ahmadiah pula disandarkan kepada nama pengasas ajaran ini, Ahmad.
Nama beliau Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani bin Mirza Ghulam Murtaza. Lahir di kampung
Qadiyan, daerah Gurdaspur di Punjabi pada 13 feburari, 1839 di penghujung pemerintahan
Sikh.
Beliau meninggal di Lahore, 6 batu dari qadiyan, 26 mei 1908, kemudian di pindahkan ke
qadiyan
Mendapat pendidikan awal dengan mengaji alquran dan bahasa arab, serta beberapa buah
buku parsi. Namun tidak mengaji agama daripada mana-mana ustaz akan tetapi hanya
bergantung pada dirinya sendiri.
Pada umur 17 tahun beliau belajar ilmu Nahu, Mantiq dan Falsafah secara bertalaqqi. Beliau
juga belajar ilmu perubatan tradisional daripada ayahnya, Ghulam Murtaza yang merupakan
seorang tabib yang mahir.
7 perkara anda perlu tahu tentang kesesatan ajaran ini :
1. Mendakwa dirinya Al-Masih dan Imam Mahdi
 Pada 24 januari 1891, Al Hakim Nuruddin telah menghantar surat kepadanya
mencadangkan supaya Ghulam Ahmad mendakwa dirinya almasih, kerana ia akan
memudahkannya untuk menguasai rohani masyarakat, kepimpinan dan politik.
 Perancangan ini diyakini akan berhasil kerana Ghulam Ahmad mempunyai ilham
dan mimpi yang banyak yang dapat meyakinkan dan menundukkan masyarakat
 Ghulam Ahmad mendakwa dia telah menemui kubur Al-Masih yang terletak di
kasymir. Disebabkan itu ruh Al-Masih telah masuk ke dalam tubuhnya
2. Mendakwa dirinya nabi
 Mereka mendakwa wahyu turun kepada Ghulam Ahmad sepertimana diturunkan
kepada anbiya' bahkan diturunkan kepada pengikutnya juga
 Selagi mana wahyu diturunkan kepadanya, maka dia adalah nabi.
 Juga mendakwa beliau mempunyai darjat yang lebih tinggi dari nabi-nabi yang lain
termasuk nabi muhammad SAW
 Dakwaan ini menurut beliau tidak menafikan bahawa Nabi Muhammad sebagai
(Khatimun Nabiyin) kerana beliau menafsirkan (Khatimun Nabiyin) adalah setiap
nabi yang datang selepas muhammad adalah 'khatim' (pengakhir) kepadanya.
2
3. Ghulam Ahmad mempunyai mukjizat
 Mereka mendakwa, pelepasan ahmad dari tuduhan ke atasnya, dan selamat dari
serangan awam kepadanya adalah mukjizat.
 Mendakwa mengetahui akan berlaku gerhana bulan dan matahari sebelum ia
terjadi.
4. Mengkafirkan orang yang tidak beriman dengan risalah ahmadiyah
 Beliaumengharamkan pengikutnya solatjenazah terhadap orang yang menentang
kenabian ahmad
 Begitu jugadengan larangan kepada pengikut wanita Qadiyaniah untuk berkahwin
dengan orang yang tidak beriman kepada kenabian Ghulam Ahmad.
5. Jihad telah dimansuhkan
 Jihad yang dimaksudkan di sini adalah jihad perang
6. Mendakwa pimpinan qadiyani maksum
7. Muslimin wajib menunaikan haji di Qadiyan
 Mendakwa bahawa yang dimaksudkan dengan Masjid Al Aqsa di dalam alquran
merupakan masjid di qadiyan
Pimpinan Jemaah Ahmadiyah
1. Mirza Ghulam Ahmad (tahun 1908)
2. Nuruddin Al-Bhairawi (1908-1914)
3. Mirza Basyiruddin Mahmud, anak Ghulam Ahmad (1914-1965)
4. Mirza Nasir Ahmad (1965-1982)
5. Mirza Tahir Ahmad (1982-2003)
6. Mirza Masrur Ahmad (2003-Sekarang)
Fatwa ulama' terhadap Ajaran Qadiyaniah
Majoriti ulama' mefatwakan bahawa ajaran Qadiyani atau dikenali sebagai Ahmadiyah ini
kufur dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Antaranya:-
1. Syeikh Al Azhar, Al Imam Al Akbar Syeikh Muhammad Al Khidir Husein
2. Syeikh Husnain Mahkluf (Mufti Mesir)
3. Syeikh Muhammad Abi Zahrah (Ulama' Al Azhar)
4. Saad Muhammad Al Mursofi (penyarah fakulti Hadith)
5. Syeikh Al Azhar, Al Imam Al Akbar Jaadul Haq
Begitu juga pertubuhan-pertubuhan islam yang turut mefatwakan bahawa ajaran ini kufur:-
1. Ikatan Islam Sedunia (Rabithah Al-Alam Al-Islami), April 1974
2. Muktamar Muslimin di Indonesia
3. Majlis Al-Mujamma' Al-Fiqhi
Qadiyani di Malaysia
Kedatangan ajaran Qadianike Malaysiadipercayai pada awaltahun 1930-an.dan penyebarnya
yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan
3
pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singapura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau
menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin
Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat oleh ulama-ulama Islam. Di
Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta
Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb.
Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala
Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak
ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam
Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf
sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.
Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang
berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalamtahun 1951 itu, ajaran inimenjadi makin lemah
dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini
tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar. Dengan demikian, ianya tidak dapat
berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini ajaran qadiani nampak aktif di kampung Nakhoda,
Gombak.
Wallahu A'lam
Sumber
1. ‫فتاوى‬‫كبارعلماء‬‫األزهر‬‫الشريف‬‫في‬‫البهائية‬‫والقاديانية‬ , Syeikh Abu Alhasan Ali AnNadwi
2. ‫القاديني‬‫والقادينية‬‫دراسة‬‫وتحليل‬ , Syeikh Abu Alhasan Ali AnNadwi
3. ‫تاريخ‬‫مذاهيب‬‫اإلسالمية‬ , Syeikh Muhammad Abu Zahrah
4. http://www.islamahmadiyya.net
5. https://ar.wikipedia.org/wiki/‫القاديانية‬
6. Qadiyani atau Ahmadiyah Satu Ajaran, kajian Fatin Mailin
Lampiran
Sejarah ringkas Islam di India
Pada tahun 1009, Sultan Mahmud Al Ghaznawi telah membuka negara India dan india telah
diperintah oleh muslimin. Tetapi dengan toleransi Islam, pemerintahan islam ketika itu
membiarkan kaum india dengan apa yang merka anuti (majoriti beragama buddha dan
barhamiah).
Islam telah mengesani pegangan (akidah) kaum india yang belum memeluk islam sehingga
wujud dalam kalangan mereka yang cuba menggabungkan ajaran islam dengan ajaran
agama hindu. Hasil dari itu, muncul lah Guru Nanak yang telah mengasaskan agama baru
4
yang menggabungkan dua agama tersebut yang bernama Sikh. Agama ini berkembang
di utara india. Guru Nanak telah mati pada tahun 1838.
Inggeris datang masuk ke india membawa ajaran kristian dan dakyah mereka mengesani
sebilangan besar kaum india dan juga kelompok muslimin yang lemah imannya.
Kurun ke 19 disifatkan sebagai fasa krisis pemikiran di timur khususnya di india di mana
pertembungan berlaku antara dua tamadun; barat dan timur dan antara 2 agama; islam dan
Kristian.
Pada 1857, telah meletus reformasi India terbesar. Muslimin di India kalah dan penjajah
meluaskan lagi pengaruh dan kuasanya. Kristianisasi dan athisme semakin berleluasa.
Kecelaruan akidah muslimin semakin kuat. Berlaku perdebatan antara para ulama' dan paderi
Kristian. Hasilnya ulama' muslimin menang namun selepas itu kecelaruan akidah berlaku
semula.
Kemudian, jurang antara mazhab dan kelompok muslimin semakin luas. Masing-masing ingin
memenangkan kelompok sendiri. Berlaku pertelingkahan sesama mereka menyebabkan
kecelaruan pemikiran semakin teruk dan keyakinan masyarakat pada ulama' semakin pudar.
Selepas itu muncul pula kelompok sufi yang terpesong. Masyarakat mula berminat dengan
perkara ajaib, karamah dan ghaib serta khurafat.
Masyarakat muslim mula berputus asa, marah dan keliru. Mereka mula mencari 'penyelamat'
yang baru dan pelik. Berleluasalah penyebaran hadith palsu berkenaan fitnah akhir zaman,
pengakuan sebagai nabi, ilham serta mimpi-mimpi pelik.
Punjabi adalahkawasanterbesar melandanya krisis kecelaruan pemikiran ini dan paling lemah
pegangan terhadap akidah dan keilmuan.
Dari sinilah munculnya Mirza Ghulam Ahmad (akhir kurun ke 19). Keadaan dan suasana yang
sangat sesuai untuk mengembangkan pemikiran dan dakyahnya. Tambahan pula wujudnya
campurtangan Inggeris dalam memberikan dorongan dan semangat.
Daripada seorang penulis kepada Al-Masih
DiDaerah Gurdaspur, Mirza Ghulam Ahmad menghabiskan waktunya dengan menelaah kitab-
kitab agama. Pada tahun 1880, Mirza mula mengeluarkan tulisan-tulisannya yang majoritinya
berkaitan kajian agama (Milal dan Nihal), tentang nabi isa, barhamiyah serta ariyan.
Pada zaman ini, perdebatan antara agama dan aliran-aliran berlaku dengan sangat banyak, di
mana agama-agama lain ingin menyebarkan dakyah meraka dan menentang agama islam.
Mirza Ghulam Ahmad terlibat di dalam perdebatan ini bagi memenangkan agama islam.
Beliau telah menulis sebuah kitab yang besar yang dinamakan 'Barahin Ahmad' yang
terkandung di dalamnya jawapan-jawapan dan bukti-bukti kebenaran islam. Dari tulisan ini
beliau merasakan dirinya hebat. beliau mencabar mana-mana orang yang mampu menulis
seperti buku ini dengan tawaran 10 ribu rupee.
5
Beliaujugamendakwa bahawa beliau telah diperintahkan oleh Allah untuk menegakkan hujah
islam dan bersedia memuaskan hati semua orang dengan tulisannya
Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya
iaitu mengaku sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-
penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.
Siapa Al Hakim Nuruddin?
Di sebalik kesesatan yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad, wujud susuk tubuh yang
memainkan peranan penting yang mempengaruhi Ghulam Ahmad dan dipercayai merupakan
penggubal gagasan Ahmadiyah dan pencorak dalam gerakan ini. Beliau adalah Al-Hakim
Nuruddin alBhairawi
Beliau lahir pada 1841 di daerah Shah Pore di punjabi. Mula berkenalan dengan Ghulam
Ahmad semasa Ghulam Ahmad menetap di Sialkot dan di sana bermula hubungan mereka.
Nuruddin telah menulis sebuah buku yang bertajuk " Tasdiq Barahin Ahmadiah" yang
menyokong tulisan Ahmad "Barahin Ahmadiyah".
Beliau telah berbaiah dengan Ghulam Ahmad dan taat kepadanya sehingga beliau
membenarkan kenabian ghulam Ahmad. Beliau berkata, "kalaulah Ahmad mengaku dia
pemilik syariat dan membatalkan syariat alquran, aku tidak akan menafikannya"
Beliau juga menulis buku "faslul Khitab" sebagai cadangan jawapan untuk membalas
tangkasan ulama' terhadap dakwaan Ghulam Ahmad sebagai Al-Masih
Daripada Al-Masih kepada nabi
Pada tahun 1876, ayah ahmad telah jatuh sakit lalu beliau mendakwa bahawa wahyu telah
turun kepadanya mengatakan ayahnya akan mati, Di sinilah bermulanya dakwaan beliau
sebagai nabi yang menerima wahyu dari ilahi.
Beliau mendapat tentangan hebat dari para ulama'. Namun beliau selamat bawah peliharaan
inggeris.
Kewafatan Ghulam Ahmad
Pada tahun 1905, beliau mendakwa bahawa menerima wahyu yang mengatakan ajalnya
sudah hampir. Lalu beliau menulis sebuah kitab 'wasiat'. Namun ajalnya lewat 3 tahun dari
sangkaannya. Beliau meninggal dalam siri lawatannya di Lahore.
Selepas kematiannya, pengikut ajaran Qadiyani terbahagi kepada 2 kelompok:
1. kelompok Qadiyan. Dikepalai oleh anaknya sendiri, mirza basyiruddin
muhammad.
6
2. kelompok lahore. Dikepalai oleh Muhammad Ali, seorang penulis islam yang
menterjemahkan alquran kepada bahasa inggeris.
7
2. Ajaran Syi’ah
Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab, Syiah (‫)شيعة‬ bermaksud:
Pengikut dan pembela seseorang.
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa
Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih
utama daripada sahabat-sahabat lain.
Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga
dengan firqah Khawarij, namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala,
pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga
membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah
fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat
kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.
Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’ yang
berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini
disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada
yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (‫.)السبائية‬
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin
Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka SaidinaAli
berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang
sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]
Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar. Syiah pada
zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah. Adapun Imamiah Isna
‘Asyar, ulamak khilaf.Kebanyakan daripada para syeikhAl-Azhar mengambil pendekatan yang
wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak
berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama’ yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti
Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh
Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.
Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar
daripada Islam kerana sampai keterlampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi,
berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul,
menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang
selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah,
8
menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai
Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi
antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh
Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain.
Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh
kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah, maka mereka masih lagi
dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak
memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti
Yahudi, Nasrani dan selainnya.
Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka
terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar
semata-mata menghancurkan golongan Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku
kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
KEDATANGAN SYIAH KE MALAYSIA
Syiah dikesan tiba di Semenanjung Malaysia melaui beberapa peringkat. Peringkat pertama
berlaku pada kurun ke-12 apabila Sheikh Abdullah Arif menyebarkan ajaran falsafah dalam
bentuk tasawwuf di Kedah.
Setelah diteliti, kitab karangannya yang berjudul Bahr al-Lahut mengandungi doktrin Syiah
Batiniyyah
seperti Nur Muhammad, Rijal al-Ghaib, Insan Kamil dan lain-lain. Sesetengah daripada
pengaruh Syiah Batiniyyah masih lagi wujud dalam budaya masyarakat kini (Abdullah Farhan,
2014).
Gelombang kedua pula berlaku pada zaman penjajahan British di mana pekerja dan peniaga
daripada India memasuki Semenanjung Tanah Melayu. Sesetengah daripada Mereka
berfahaman Syiah daripada aliran Isma’iliyah Agha Khan dan Daudi Bohra. Mereka membuka
kedai dan menetap di sekitar Pulau Pinang dan Klang (Aizam Mas’ud, 2016). Walaupun Syiah
daripada dua aliran ini telah lama berada di Malaysia, mereka tidak pula cuba untuk
mempengaruhi masyarakat Islam terhadap fahaman mereka (Anis Malik, 2012). Oleh itu,
adalah sukar untuk dijumpai pengikut Syiah Daudi Bohra atau Isma’iliyah Agha Khan selain
daripada kaum India.
Seterusnya, gelombang ketiga datang pada tahun 80-an, ketika kebangkitan Khomeini
menjatuhkan pemerintahan Shah di Iran. Segelintir pemuda yang bercita-cita menegakkan
negara Islam terpengaruh dengan gerakan pimpinan Khomeini dengan persepsi bahawa
mereka adalah pelaksana undang-undang dan pencabar utama hegemoni barat (Muhammad
9
Faisal, 2014). Di samping mengambil semangat menumbangkan kerajaan yang sedia ada,
mereka yang terpengaruh turut terkesan dengan fahaman Syiah Ithna ‘Asyariyyah.
Kesimpulannya, kedatangan Syiah daripada latar yang berbeza menyebabkan kepelbagaian
tipologi Syiah di Malaysia. Jalur yang dikenalpasti terdapat di Malaysia ialah daripada
kumpulan Ithna ‘Asyariyyah, Dawoodi Bohra dan Isma’iliyyah Agha Khan. Namun, kumpulan
yang mempunyai tempat ibadat khusus serta organisasi yang jelas hanyalah daripada
kumpulan Ithna ‘Asyariyyah dan Dawoodi Bohra. Jumlah Ithna ‘Asyariyyah adalah sekitar
1500-2000 orang manakala Dawoodi Bohra berjumlah 400-700 orang (Anis Matta, 2016).
Kenali 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1. Mereka tidak membasuh dalam wuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai
khuf( kasut kulit).
2. Ketika dalam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan
di atas pusat.
3. Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai
tempat sujud).
4. Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salamtetapi mereka akan memukul
kedua pehanya beberapa kali.
5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan
solat zohor-asar dan maghrib- isyak walaupun tanpa bermusafir.
6. Menghalalkan nikah mutaah.
7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi saw dan isteri-isteri Nabi saw.
8. Mencela imam-imam sunnah 4 mazhab seperti Imam Hanafi,Maliki,Syafie, dan Hanbali dan
imam-imam hadis yang lain seperti Imam Bukhari dan Muslim.
9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap, sepatutnya 2 kali ganda lebih tebal
daripada al-Quran yang ada sekarang.
10. Mengatakan Saidina Ali ra lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar,Saidina
Umar dan Saidina Uthman.
11. Seorang syiah tidak boleh boleh diberikan nama atau dipanggil dengan nama Abu
Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan Aisyah.
12. Beriktikad Imam-Imam 12 mereka adalah maksum (bebas daripada dosa besar dan dosa
kecil). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan kedudukan imam- imam 12
adalah setara bahkan ada yang mengatakan lebih tinggi dari kedudukan para Nabi dan
Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
10
13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi.
14. Rukun islampertama : mengucap dua kalimah syahadah tetapi bagi fahaman syiah adalah
walayah (imam 12) . Oleh itu jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-
imam 12 maka jatuh kafir.
15. Kain kafan mayat mereka bertulis.
16. Membaca talqin tetapi dengan menyebut imam-imam 12.
17. Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya di dalam bilik.
18. Suami halal meliwat isteri.
19. Harus taqiah (boleh menipu,berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20. Mereka tidak ada solat terawih. Jika ada orang syiah berterawih adalah bertujuan
bertaqiah.
21. Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah
Allah ketika mereka ditimpa musibah.
22. Orang syiahtidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan
di hari tersebut.
23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti hari memperingati terbunuhnya Saidina Ali
bin Abi Talib dan peringatan terbunuhnya Saidina Hussien bin Abi Talib , pengikut syiah akan
melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-
musibah yang menimpa ahlul bait.
Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk
mereka memukul-mukul badan mereka dengan tangan kosong, tetapi di Pakistan dan
Lebanon mereka akan mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang atau belati untuk
menumpahkan darah atau melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang memukul badan
dengan rantai.
Secara keseluruhan artikel ini bukan lah untuk menanam benih kebencian pada fahaman syiah
ini, tetapi sebagai ingatan kepada kita semua dan mengenai mereka yang berfahaman syiah.
Ini ada mereka yang salah faham mengatakan syiah itu islam cuma berbezamazhab, tetapi
sebenarnya syiah bukan mazhab tetapi agama.
11
Lampiran
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun
fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
dan hukum syarak.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan
sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang
mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan
aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas
kejayaan Revolusi Iran pada 1979.
"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam
Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada Bernama di pejabatnya
di sini baru-baru ini.
Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:
* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
* Tidak ada Solat Jumaat.
* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
* Menghalalkan nikah Muta'ah.
* Menolak Ijmak Ulama.
* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan
Rasulullah S.A.W.
* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad
S.A.W.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ajaran-syiah-di-malaysia-adalah-
menyeleweng-jakim-26941
12
3. Tarekat Sesat
BANYAK pihak bercakap tentang hubungan ajaran sesat atau penyelewengan akidah dengan
tarekat tasawuf. Perkara ini kelihatan jelas ada kebenarannya, bagaimanapun ia tidak pula
bermakna bahawa disiplin tasawuf dan tarekat itu kesemuanya terpalit dengan unsur
ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Namun kita perlu lebih berhati-hati lantaran
banyaknya tarekat-tarekat yang terseleweng jauh dari Islam sebenar bahkan sebahagiannya
menjadi pintu masuk kepada syi’ah, nabi-nabi palsu dan sebagainya.
Bukti-bukti jelas boleh dikemukakan dalam hubungan ini, sebagai contoh ajaran Taslimyang
dianggap terkeluar daripada Islam dan diharamkan itu adalah cukup jelas dipromosi
menggunakan pendekatan ilmu tasawuf. Ajaran Taslim menekankan zikir, kashf, guru
murshid, makrifah, dan malahan tanpa konsep makrifah Allah ajaran Taslimtidak akan wujud.
Semua istilah yang digunakan itu merupakan istilah-istilah yang dominan dan malahan ‘part
and parcel’ kepada disiplin ilmu tasawuf dan tarekat.
Demikian pula halnya dengan Pertubuhan Darul Arqam yang diharamkan, adalahjugadari segi
pendekatan dan pengamalannya ditunjangi disiplin tasawuf dan tarekat.
Mereka ternyata perlu dimurnikan kefahaman berkaitan dengan konsep-konsep tertentu
dalam disiplin ilmu tasawuf dan tarekat. Dan demikian juga Aurad Muhammadiah yang
menjadi paksi kegiatan amalan Darul Arqam juga diamalkan dengan menggunakan
pendekatan ilmu tasawuf dan tarekat.
FAKTORPENYELEWENGAN
Penelitian mendalam dalam hal ini membolehkan satu kesimpulan diambil bahawa faktor
utama berlakunya penyelewengan dalam institusi tarekat adalah tertumpu kepada satu
komponen utama, iaitu sheikh atau guru:
Institusi tarekat tasawuf memberikan kuasa yang cukup luas bahkan “mutlak” kepada
seseorang sheikh dalam proses mendidik dan membimbing kerohanian para murid yang
bernaung dalam sesebuah tarekat.
Kuasa luas inilah yang boleh membahayakan murid dan sesebuah tarekat itu sendiri sekiranya
ia jatuh ke tangan seseorang yang tidak cukup syarat untuk menjadi sheikh.
* Dalam lain perkataan, seseorang sheikh yang hendak diikuti para murid dalam mana-mana
tarekat mestilah seorang yang cukup syarat-syarat seperti diletakkan oleh institusi tarekat
demi untuk menjaga kepentingan murid dan kelangsungan sesebuah tarekat supaya tidak
terjerumus kepada elemen melanggar syarak.
KRITERIA SHEIKH
Justeru, kalangan umat Islam yang berhasrat mengikuti dan mengamalkan amalan tarekat
mestilah mencari dan menemukan guru yang cukup syarat-syarat sebagai seorang sheikh.
13
Kalangan sufi mengenakan kriteria-kriteria cukup ketat yang perlu ada pada diri seseorang
bagimelayakkan dirinya menjadi sheikh untuk membimbing para murid. Dalamtulisan-tulisan
mereka, para sufi meletakkan pelbagai kemestian atau syarat wajib yang mesti ada pada
sahsiah seseorang sheikh.
Antaranya:
1. Mempunyai ilmu pengetahuan iaitu alim khususnya tentang isi kandungan kitab al-Quran
dan sunnah serta ilmu fikah dan akidah bagi membolehkan seorang sheikh dapat
menyelesaikan permasalahan muridnya.
* Menguasai ilmu berhubung dengan persoalan batin manusia dengan cukup mendalam
sekali, kerana aspek ilmu ini merupakan tugas utama sheikh dalam mendidik murid.
2. Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi kepimpinan.
3. Hendaklah sheikh itu benar-benar arif tentang berbagai sifat kesempurnaan hati, adab
sopannya, berbagai kerosakan dan penyakitnya serta juga bagaimana cara untuk memelihara
dan mengimbangkannya.
4. Mempunyai sifat adil dan takwa.
5. Mestilah mempunyai sifat zuhud daripada kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada
kehidupan akhirat.
6 Hendaklah memiliki sifat sentiasa suka menyuruh dan mengajak kepada makruf dan
mencegah perkara mungkar; sangat tegas dengan fikirannya, mempunyai pendapat,
pandangan sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak menyeleweng, mempunyai maruah
serta kekuatan akal yang sempurna.
7. Dalam sejarah kerohaniannya, sheikh itu mestilah telah pernah bergaul, bersahabat dan
berguru dengan mashayikh kerohanian dalam suatu tempoh yang agak panjang.
8. Semestinya seorang Muslimyang memiliki pengalaman kerohanian yang luas serta memiliki
kehebatan personaliti yang disalut rapi dengan akhlak mulia, keupayaan kepemimpinan yang
baik dan keluasan ilmu terhasil daripada acuan dan adunan kefahaman mendalam mengenai
syariat Islam.
9. Seseorang sheikh atau murshid itu perlu dididik oleh seseorang sheikh sebelumnya sehingga
mewujudkan rantaian salasilah dan keizinan yang sah.
CIRI CIRI TAREKATSESAT
Ciri-ciri aliran sesat, tanda-tanda kelompok dan golongan yang menyimpang dari ajaran islam
Jika ada suatu kelompok, baik yang berkedok kelompok pengajian maupun lainnya memiliki
Salah satu ciri berikut ini maka patut dicurigai sebagai kelompok sesat. Dan jika memiliki lebih
dari satu ciri maka dugaan kelompok tersebut sesat semakin kuat.
14
Yang paling mudah terjerumus dalamkelompok sesat adalah mereka yang memiliki semangat
tinggi untuk mempelajari agama tetapi memiliki asas keilmuan yang lemah sehingga mudah
ditipu oleh kelompok sesat. Kemudian mereka yang memiliki fanatisme buta terhadap
kelompok tertentu, dalam arti fanatisme mereka tidak dilandasi metode ilmiah atau dalil
ilmiah dari Al Quran dan As Sunnah. Sebab, pada dasarnya kita memang harus fanatik
terhadap kebenaran sejati, yaitu ajaran islamyang masih murni dan konsekuen, yang belum
tercampur dengan berbagai dogma sesat seperti TBC (Takhayul – Bid’ah – Churofat) ataupun
SIPILIS (sekulerisme – pluralisme – liberalisme).
CIRI CIRI TAREKAT SESAT
1. mengutamakan akal diatas hadits-hadits shahih
2. berusaha meremehkan hukum-hukum Islam dengan akalnya, membantah hadits-
haidts shahih dengan akalnya
3. memalingkan tafsir ayat-ayat Al quran agar sesuai dengan hawa nafsunya atau
menafsirkan ayat-ayat Al Quran seenaknya sendiri
4. ajarannya bersifat rahsia,tidak terbuka untuk umum, pengajarannya bersifat tertutup,
hanya untuk kalangannya sendiri, dll
5. tidak berani terang-terangan menyampaikan ajaran kelompoknya kepada umum
6. mewajibkan pengikutnya menyerahkan harta, meskipun beralasankan untuk
infak/sedeqah, apalagi jika angkanya besar, misalnya 20% dari gaji, terutama jika
penggunaan dana tersebut tidak jelas.
7. menganggap kafir majoriti umat Islam yang bukan kelompoknya (takfiri)
8. menganggap pemeluk agama lain juga akan masuk syurga (pluralisme)
9. melakukan ritual-ritual yang tidak diajarkan nabi, yang tidak ada dalilnya dari hadits-
hadits shahih
Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia juga adalah diwartakan sebagai
Ajaran Sesat:
1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma’unah
(pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
15
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam
Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah
melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dalamamalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islamdan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung
dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib seseorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan
dan dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada
gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islamsesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi
adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan
Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan
sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalamsatu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri
tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan
bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam
bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalau tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
16
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali
lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk-makhluk seperti kayu, bata, batu dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh
dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa
pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan “niat” (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islamitu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi,biladapat isi kulit tidak berguna
lagi.
17
4. Sekularisme
Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme
Secara simplistik, sekularisme bermaksud pemisahan antaraa agama dan urusan
dunia. Berikut adalah catatan ringkas dari buku Islam & Sekularisme karya ilmuwan ulung
tanah air, Prof Dr Syed Naquib Al Attas dalam bab “Sekular-Sekularisasi-Sekularisme”.
Maksud Sekular
1. Secular berasal dari bahasa Latin saeculum merujuk kepada dua pengertian iaitu
waktu dan ruang (atau tempat).
2. Definasi sekular yang difahami kini, merujuk kepada dunia atau
duniawi. Saeculum bermakna masa kini. Dan ia juga bererti peristiwa-peristiwa masa
kini.
3. Disebabkanoleh konsep sekular yang merujuk kepada “keadaandunia pada ketika ini”,
maka ia mudah berkembang dan diterima kerana seolahnya ia adalah konsep yang
“up-to-date”.
4. Jadi fahaman relativisme tentang nilai-nilai kemanusiaan, iaitu nilai manusia boleh
berubah mengikut keadaan ruang dan tempat, mudah untuk mendapat sambutan.
ManakalaSekularisme adalahsuatu kefahaman atau ideologi yang mendukung konsep sekular
ini bahkan menjadi satu gerakan yang berkembang keseluruh pelosok dunia.
Sekularisme di Malaysia
Menelusuri sekularisme di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris
yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara
Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syaratpenting dalamperjanjian itu ialah
residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali
mengenai agama Islamdan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran
dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut
sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini
para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk
mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan
akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari
negara.
BilaTanah Melayu merdeka pada 31 Ogos,1957 dasarpemisahan di antara agama dan negara
itu diteruskan dan dikekalkan dalambentuk konstitusi iaitu dalamPerlembagaan Persekutuan.
Dalam Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis
Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat
tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan
kerajaan Tanah Melayu itu.
Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah
pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah
disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir,
18
perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah
itu sendiri.
Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di
Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam
tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut
memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.
Bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan haluan hidup
manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung
jawab mengemukakan rancangan halus untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui
pendidikan beliau merencanakan Singapura sebagai pusat bagi kebangkitan semula
peradaban aslikuno dan menyegarkan menerusi penyebaran perluasan pengaruh Inggeris dan
faedah-faedah pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau telah mengemukakan
gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara bagi mencapai matlamat ini. Beliau berhasrat untuk
melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku orang suruhan yang jujur
kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-
anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di
kalangan orang-orang Melayu.
Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka
memperkenalkan sistemkapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu
sistem itu tidak akan dapat dijalankan. Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang
berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Manusia
diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana akhirnya tindas
menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan masyarakat. Akhirnya
manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang Islamyang hanya
sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islamdan melaksanakan
jihad seperti yang dikehendakki Islam.
Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang
tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan
wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya
dengan cara yang dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan
puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan
bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara
yang menjurus kepada soal kebendaan semata yang kesemuanya bertentangan dengan
prinsip Islam.
Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan
Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalamhal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya
dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu
dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai. Hijrahnya Rasul saw adalah
untuk mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat
dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di
Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan
kebendaan.
19
Apabila benda-benda menguasai manusai, maka mereka pun tenggelamdalamsuasana hidup
yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat
kita hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu,
bahkan ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan BN, menjadikan orang Islamdi
Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan
sebagainya. Projek-projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya
adalah kerana faham kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku
beragama Islam. Mampukan orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak
kepada orang Melayu sendiri. Namun pengaruh sekularisme bukanlah semudah itu untuk
dibuang, apalagi ia telah tertanam ke dalam jiwa dan dijunjung pula oleh kaum pemerintah.
Inilah halangan-halangan utama untuk menyebarkan akidah Islam, apalagi untuk memberikan
kefahaman tentang negara Islam kerana fahaman itu amat bertentangan dengan jiwa Islam
yang murni itu
20
5. ISLAM LIBERAL
Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama,
fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam
bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya. Kedua, fenomena
kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini.
Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4
kumpulan.Kumpulan pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh dan
menerima hakikat bahawa umat Islamsememangnya lemah dan tidak akan mampu menyaingi
barat untuk selama-lamanya. Maka hiduplah mereka ibarat melukut di tepi gantang, adanya
tidak menambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa
mengganggu sesiapa dan tidak mahu sesiapapun mengganggu mereka.
Kumpulan kedua adalah mereka yang mengambil kesimpulan bahawa agama adalah faktor
penghalang utama bagi mengejar kemajuan barat dan agama mesti dipisahkan daripada
kehidupan harian jika berhajat untuk standing dengan kemajuan barat. Kumpulan ini lebih
dikenali sebagai golongan yang berfahaman sekularisme. Golongan ini cuba mengasingkan
agama dari kehidupan mereka dan memenjarakan agama di masjid-masjid dan di institusi-
institusi agama.
Kumpulan ketiga adalah mereka yang juga menganggap agama sebagai halangan tetapi
berpendapat penyelesaiannya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada
tafsiran lama yang dikatakan jumud dan tidak menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat.
Golongan inilah yang dikenali sebagaigolongan MuslimLiberal yang dipelopori oleh golongan
cendiakawan dan intelek yang merasa mereka terlajak pandai dengan kehebatan pemikiran
mereka yang dirasakan terlalu hebat. Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama,
namun menggunakan agama sebagai alat pelindung terhadap kekacauan pemikiran mereka.
Mereka amat memerlukan agama tetapi agama sekadar dijadikan kosmetik untuk mencapai
kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah pejuang agama yang sebenarnya.
Manakala kumpulan keempat adalah mereka yang mengakui kelemahan dan kemunduran
umat Islamtetapi tidak pernah menyalahkan agama terhadap kemunduran tersebut. Mereka
memuhasabah diri mereka sendiri dan menyalahkan kelekaan mereka dalam memahami
ajaran Islam serta kegagalan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka. Golongan
terakhir inilah sebenarnya yang dapat diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam
sepenuhnya.
Artikel ini tidak akan membincangkan kumpulan yang pertama, kedua dan keempat tetapi
hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang ketiga. Hal ini kerana
kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaranIslamdan umat seluruhnya. Walaupun
kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian
mereka sama sahaja dan amat mudah dikenali. Antaraa pendirian mereka bahawa Islam
adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar.
Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran
agamanya sahaja yang betul, maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam
konteks agamanya sahaja. Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya
dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan
mengagongkan agama mereka sahaja.
21
Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua; iaitu wahyu secara
bertulis (al-Quran) dan wahyu tidak bertulis (Akal Manusia). Mereka mengatakan bahawa
akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan
suasana semasa. Oleh itu al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan
agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan al-
Quran dengan kehendak kontemporari. Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah
Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan
bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan
ketamadunan manusia. Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran
daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan umat manusia. Malah mereka
menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat
sebagai ‘penyembah’ teks al-Quran semata-mata. Pemikiran ini jika dibiarkan akan
menjerumuskan mereka kepada takwilan tersendiri terhadap al-Quran yang amat
menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa syaitan dan malaikat hakikatnya tidak
wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia.
Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan
kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap
semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah.
Golongan liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan
sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang
dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak.
Penetapan sesuatu hadis samada mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’
yang boleh ditolak dan dipertikaikan. Malah, mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri
iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri.
Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antaraa lelaki
dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan
dengan zaman, azab kubur adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbagai-bagai lagi
hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat.
Golongan liberal initetap ada dimana-mana sahajadan bila-bilamasasahaja.Walaupun nama
dan identiti mereka berbeza, namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua
mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di
barat. Negara-negara Timur Tengah menyaksikan lahirnya golongan ini yang sebahagiannya
ada yang ditarik balik kelulusandan ijazahmereka oleh universiti asalpengajianmereka. Maka
apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di negara kita yang
tercinta ini?!. Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam
yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk
menimbulkan keraguan terhadap agama I.
Inilah yang berlaku terhadap kita yang masih berada dalam lingkungan zon selesa, masih
bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan
stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak. Justeru, umat Islam wajib bangkit
dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan Allah swt serta perlu segera kembali
mempertahankan kedaulatan Islam.
Islam Liberal Di Malaysia
MENGGUNAKAN rasional akal dalammenafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi
berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
22
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta
pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi
akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secaraterbuka menyerang institusiagama negaraini
serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada
dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan
umat Islamyang jahil ialah fahaman IslamLiberal, menyusup secara diam dan pantas dalam
akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha
Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara
ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh
mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri dan penzahiran fahaman Islam Liberal
● Mereka menganut Fahaman Pluralisme
Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agamaadalahsamayakni benar belaka.Orang
Islamtidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islamsahaja yang benar. Sebaliknya mereka
hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil
Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra(Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan:
“Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut
Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana
semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah
diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di
Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:
a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara
agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti
dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan
dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama
tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan
b. Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim
dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith
Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama
ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui
memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
● Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam
Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari
agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan
keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada
parti kerajaan iaitu ZaidIbrahim pernah mengungkapkan isumurtad ini dalamsatuforum yang
dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.
23
Bagikelompok IslamLiberalyang jahilinimereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut
mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah
tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:
“Tidak ada paksaan dalam agama.”
(al-Baqarah: 256)
Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan
Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan
sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan
Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.
Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang
berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka
untuk selama-lamanya.
Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah
yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.”
(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).
● Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman
Menurut golongan IslamLiberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran
Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk
zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul,
Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu.
Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.
“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik
(lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan
usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.
(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)
Jelasnya, golongan IslamLiberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran
berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis
Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah
tempat duduknya dari api neraka”
Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia
supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.
● Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional
Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu,
mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada
penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie.

More Related Content

What's hot

PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Nota pendidikan islam t5 solat jumaat
Nota pendidikan islam t5 solat jumaatNota pendidikan islam t5 solat jumaat
Nota pendidikan islam t5 solat jumaatAminuddin Mohamad
 
ahli sunnah waljamaah
ahli sunnah waljamaahahli sunnah waljamaah
ahli sunnah waljamaahguest7aa98d3e
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliNATASHYA AYUNIE
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Roslim Mustapha
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرور
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرورHuruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرور
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرورHafiz Zakaria
 
Kronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahKronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahZuhaida Shofa
 

What's hot (20)

PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Nota pendidikan islam t5 solat jumaat
Nota pendidikan islam t5 solat jumaatNota pendidikan islam t5 solat jumaat
Nota pendidikan islam t5 solat jumaat
 
ahli sunnah waljamaah
ahli sunnah waljamaahahli sunnah waljamaah
ahli sunnah waljamaah
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Formula Pintar Jawi
Formula Pintar JawiFormula Pintar Jawi
Formula Pintar Jawi
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
ASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAMASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAM
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam Hanbali
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Motivasi Maal Hijrah 1438
Motivasi Maal Hijrah 1438Motivasi Maal Hijrah 1438
Motivasi Maal Hijrah 1438
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرور
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرورHuruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرور
Huruf Jar & Isim Majrur - حروف الجرّ والاسم المجرور
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 
Kronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahKronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyah
 

Similar to AJARAN QADIYANIAH

Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islamhusni240995
 
Jms 316 e qadianisme
Jms 316 e   qadianismeJms 316 e   qadianisme
Jms 316 e qadianismeSiti Raudhah
 
Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manarDodyk Fallen
 
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahKontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahAhmadi Muslim
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degreeSalam Salleh
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdfZukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxZukét Printing
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negaraazhar am
 
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)Arief Rahman Hakim
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptxMuhdFarhanJamil
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxYoga495659
 
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)Ahmad Farhan
 
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptx
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptxDakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptx
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptxAsihAgustina
 
Dakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad sDakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad sLaksmana Recka
 
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadSejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadHelmon Chan
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Perkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanPerkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanYanisa S
 

Similar to AJARAN QADIYANIAH (20)

Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islam
 
Jms 316 e qadianisme
Jms 316 e   qadianismeJms 316 e   qadianisme
Jms 316 e qadianisme
 
PPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptxPPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptx
 
Pan-Islamisme
Pan-IslamismePan-Islamisme
Pan-Islamisme
 
Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manar
 
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahKontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
 
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 15 (7 Juni 2013)
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
 
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)
Ahmad farhanudin (pendidikan sosial budaya)
 
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptx
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptxDakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptx
Dakwah_Islam_di_Nusantara_dan_Asal_usul (1).pptx
 
Dakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad sDakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad s
 
makalah sppi 2
makalah sppi 2makalah sppi 2
makalah sppi 2
 
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadSejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Perkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruanPerkembangan islam di masa pembaruan
Perkembangan islam di masa pembaruan
 

AJARAN QADIYANIAH

  • 1. 1 1. Ajaran Qadiyaniah atau Ahmadiah Pendahuluan Ajaran Qadiyaniah (familiar dalam kalangan melayu sebagai ajaran Qadiyani) atau juga dikenali dengan ajaran Ahmadiyah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad pada tahun 1889 di Qadiyani, India. Perkataan Qadiyaniah disandarkan kepada sebuah kampung kelahiran Ghulam Ahmad iaitu Qadiyani. Manakala Ahmadiah pula disandarkan kepada nama pengasas ajaran ini, Ahmad. Nama beliau Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani bin Mirza Ghulam Murtaza. Lahir di kampung Qadiyan, daerah Gurdaspur di Punjabi pada 13 feburari, 1839 di penghujung pemerintahan Sikh. Beliau meninggal di Lahore, 6 batu dari qadiyan, 26 mei 1908, kemudian di pindahkan ke qadiyan Mendapat pendidikan awal dengan mengaji alquran dan bahasa arab, serta beberapa buah buku parsi. Namun tidak mengaji agama daripada mana-mana ustaz akan tetapi hanya bergantung pada dirinya sendiri. Pada umur 17 tahun beliau belajar ilmu Nahu, Mantiq dan Falsafah secara bertalaqqi. Beliau juga belajar ilmu perubatan tradisional daripada ayahnya, Ghulam Murtaza yang merupakan seorang tabib yang mahir. 7 perkara anda perlu tahu tentang kesesatan ajaran ini : 1. Mendakwa dirinya Al-Masih dan Imam Mahdi  Pada 24 januari 1891, Al Hakim Nuruddin telah menghantar surat kepadanya mencadangkan supaya Ghulam Ahmad mendakwa dirinya almasih, kerana ia akan memudahkannya untuk menguasai rohani masyarakat, kepimpinan dan politik.  Perancangan ini diyakini akan berhasil kerana Ghulam Ahmad mempunyai ilham dan mimpi yang banyak yang dapat meyakinkan dan menundukkan masyarakat  Ghulam Ahmad mendakwa dia telah menemui kubur Al-Masih yang terletak di kasymir. Disebabkan itu ruh Al-Masih telah masuk ke dalam tubuhnya 2. Mendakwa dirinya nabi  Mereka mendakwa wahyu turun kepada Ghulam Ahmad sepertimana diturunkan kepada anbiya' bahkan diturunkan kepada pengikutnya juga  Selagi mana wahyu diturunkan kepadanya, maka dia adalah nabi.  Juga mendakwa beliau mempunyai darjat yang lebih tinggi dari nabi-nabi yang lain termasuk nabi muhammad SAW  Dakwaan ini menurut beliau tidak menafikan bahawa Nabi Muhammad sebagai (Khatimun Nabiyin) kerana beliau menafsirkan (Khatimun Nabiyin) adalah setiap nabi yang datang selepas muhammad adalah 'khatim' (pengakhir) kepadanya.
  • 2. 2 3. Ghulam Ahmad mempunyai mukjizat  Mereka mendakwa, pelepasan ahmad dari tuduhan ke atasnya, dan selamat dari serangan awam kepadanya adalah mukjizat.  Mendakwa mengetahui akan berlaku gerhana bulan dan matahari sebelum ia terjadi. 4. Mengkafirkan orang yang tidak beriman dengan risalah ahmadiyah  Beliaumengharamkan pengikutnya solatjenazah terhadap orang yang menentang kenabian ahmad  Begitu jugadengan larangan kepada pengikut wanita Qadiyaniah untuk berkahwin dengan orang yang tidak beriman kepada kenabian Ghulam Ahmad. 5. Jihad telah dimansuhkan  Jihad yang dimaksudkan di sini adalah jihad perang 6. Mendakwa pimpinan qadiyani maksum 7. Muslimin wajib menunaikan haji di Qadiyan  Mendakwa bahawa yang dimaksudkan dengan Masjid Al Aqsa di dalam alquran merupakan masjid di qadiyan Pimpinan Jemaah Ahmadiyah 1. Mirza Ghulam Ahmad (tahun 1908) 2. Nuruddin Al-Bhairawi (1908-1914) 3. Mirza Basyiruddin Mahmud, anak Ghulam Ahmad (1914-1965) 4. Mirza Nasir Ahmad (1965-1982) 5. Mirza Tahir Ahmad (1982-2003) 6. Mirza Masrur Ahmad (2003-Sekarang) Fatwa ulama' terhadap Ajaran Qadiyaniah Majoriti ulama' mefatwakan bahawa ajaran Qadiyani atau dikenali sebagai Ahmadiyah ini kufur dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Antaranya:- 1. Syeikh Al Azhar, Al Imam Al Akbar Syeikh Muhammad Al Khidir Husein 2. Syeikh Husnain Mahkluf (Mufti Mesir) 3. Syeikh Muhammad Abi Zahrah (Ulama' Al Azhar) 4. Saad Muhammad Al Mursofi (penyarah fakulti Hadith) 5. Syeikh Al Azhar, Al Imam Al Akbar Jaadul Haq Begitu juga pertubuhan-pertubuhan islam yang turut mefatwakan bahawa ajaran ini kufur:- 1. Ikatan Islam Sedunia (Rabithah Al-Alam Al-Islami), April 1974 2. Muktamar Muslimin di Indonesia 3. Majlis Al-Mujamma' Al-Fiqhi Qadiyani di Malaysia Kedatangan ajaran Qadianike Malaysiadipercayai pada awaltahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan
  • 3. 3 pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singapura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini. Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat oleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam. Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalamtahun 1951 itu, ajaran inimenjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar. Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Namun beberapa tahun kebelakangan ini ajaran qadiani nampak aktif di kampung Nakhoda, Gombak. Wallahu A'lam Sumber 1. ‫فتاوى‬‫كبارعلماء‬‫األزهر‬‫الشريف‬‫في‬‫البهائية‬‫والقاديانية‬ , Syeikh Abu Alhasan Ali AnNadwi 2. ‫القاديني‬‫والقادينية‬‫دراسة‬‫وتحليل‬ , Syeikh Abu Alhasan Ali AnNadwi 3. ‫تاريخ‬‫مذاهيب‬‫اإلسالمية‬ , Syeikh Muhammad Abu Zahrah 4. http://www.islamahmadiyya.net 5. https://ar.wikipedia.org/wiki/‫القاديانية‬ 6. Qadiyani atau Ahmadiyah Satu Ajaran, kajian Fatin Mailin Lampiran Sejarah ringkas Islam di India Pada tahun 1009, Sultan Mahmud Al Ghaznawi telah membuka negara India dan india telah diperintah oleh muslimin. Tetapi dengan toleransi Islam, pemerintahan islam ketika itu membiarkan kaum india dengan apa yang merka anuti (majoriti beragama buddha dan barhamiah). Islam telah mengesani pegangan (akidah) kaum india yang belum memeluk islam sehingga wujud dalam kalangan mereka yang cuba menggabungkan ajaran islam dengan ajaran agama hindu. Hasil dari itu, muncul lah Guru Nanak yang telah mengasaskan agama baru
  • 4. 4 yang menggabungkan dua agama tersebut yang bernama Sikh. Agama ini berkembang di utara india. Guru Nanak telah mati pada tahun 1838. Inggeris datang masuk ke india membawa ajaran kristian dan dakyah mereka mengesani sebilangan besar kaum india dan juga kelompok muslimin yang lemah imannya. Kurun ke 19 disifatkan sebagai fasa krisis pemikiran di timur khususnya di india di mana pertembungan berlaku antara dua tamadun; barat dan timur dan antara 2 agama; islam dan Kristian. Pada 1857, telah meletus reformasi India terbesar. Muslimin di India kalah dan penjajah meluaskan lagi pengaruh dan kuasanya. Kristianisasi dan athisme semakin berleluasa. Kecelaruan akidah muslimin semakin kuat. Berlaku perdebatan antara para ulama' dan paderi Kristian. Hasilnya ulama' muslimin menang namun selepas itu kecelaruan akidah berlaku semula. Kemudian, jurang antara mazhab dan kelompok muslimin semakin luas. Masing-masing ingin memenangkan kelompok sendiri. Berlaku pertelingkahan sesama mereka menyebabkan kecelaruan pemikiran semakin teruk dan keyakinan masyarakat pada ulama' semakin pudar. Selepas itu muncul pula kelompok sufi yang terpesong. Masyarakat mula berminat dengan perkara ajaib, karamah dan ghaib serta khurafat. Masyarakat muslim mula berputus asa, marah dan keliru. Mereka mula mencari 'penyelamat' yang baru dan pelik. Berleluasalah penyebaran hadith palsu berkenaan fitnah akhir zaman, pengakuan sebagai nabi, ilham serta mimpi-mimpi pelik. Punjabi adalahkawasanterbesar melandanya krisis kecelaruan pemikiran ini dan paling lemah pegangan terhadap akidah dan keilmuan. Dari sinilah munculnya Mirza Ghulam Ahmad (akhir kurun ke 19). Keadaan dan suasana yang sangat sesuai untuk mengembangkan pemikiran dan dakyahnya. Tambahan pula wujudnya campurtangan Inggeris dalam memberikan dorongan dan semangat. Daripada seorang penulis kepada Al-Masih DiDaerah Gurdaspur, Mirza Ghulam Ahmad menghabiskan waktunya dengan menelaah kitab- kitab agama. Pada tahun 1880, Mirza mula mengeluarkan tulisan-tulisannya yang majoritinya berkaitan kajian agama (Milal dan Nihal), tentang nabi isa, barhamiyah serta ariyan. Pada zaman ini, perdebatan antara agama dan aliran-aliran berlaku dengan sangat banyak, di mana agama-agama lain ingin menyebarkan dakyah meraka dan menentang agama islam. Mirza Ghulam Ahmad terlibat di dalam perdebatan ini bagi memenangkan agama islam. Beliau telah menulis sebuah kitab yang besar yang dinamakan 'Barahin Ahmad' yang terkandung di dalamnya jawapan-jawapan dan bukti-bukti kebenaran islam. Dari tulisan ini beliau merasakan dirinya hebat. beliau mencabar mana-mana orang yang mampu menulis seperti buku ini dengan tawaran 10 ribu rupee.
  • 5. 5 Beliaujugamendakwa bahawa beliau telah diperintahkan oleh Allah untuk menegakkan hujah islam dan bersedia memuaskan hati semua orang dengan tulisannya Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya iaitu mengaku sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi. Di sinilah bermulanya penyelewengan- penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini. Siapa Al Hakim Nuruddin? Di sebalik kesesatan yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad, wujud susuk tubuh yang memainkan peranan penting yang mempengaruhi Ghulam Ahmad dan dipercayai merupakan penggubal gagasan Ahmadiyah dan pencorak dalam gerakan ini. Beliau adalah Al-Hakim Nuruddin alBhairawi Beliau lahir pada 1841 di daerah Shah Pore di punjabi. Mula berkenalan dengan Ghulam Ahmad semasa Ghulam Ahmad menetap di Sialkot dan di sana bermula hubungan mereka. Nuruddin telah menulis sebuah buku yang bertajuk " Tasdiq Barahin Ahmadiah" yang menyokong tulisan Ahmad "Barahin Ahmadiyah". Beliau telah berbaiah dengan Ghulam Ahmad dan taat kepadanya sehingga beliau membenarkan kenabian ghulam Ahmad. Beliau berkata, "kalaulah Ahmad mengaku dia pemilik syariat dan membatalkan syariat alquran, aku tidak akan menafikannya" Beliau juga menulis buku "faslul Khitab" sebagai cadangan jawapan untuk membalas tangkasan ulama' terhadap dakwaan Ghulam Ahmad sebagai Al-Masih Daripada Al-Masih kepada nabi Pada tahun 1876, ayah ahmad telah jatuh sakit lalu beliau mendakwa bahawa wahyu telah turun kepadanya mengatakan ayahnya akan mati, Di sinilah bermulanya dakwaan beliau sebagai nabi yang menerima wahyu dari ilahi. Beliau mendapat tentangan hebat dari para ulama'. Namun beliau selamat bawah peliharaan inggeris. Kewafatan Ghulam Ahmad Pada tahun 1905, beliau mendakwa bahawa menerima wahyu yang mengatakan ajalnya sudah hampir. Lalu beliau menulis sebuah kitab 'wasiat'. Namun ajalnya lewat 3 tahun dari sangkaannya. Beliau meninggal dalam siri lawatannya di Lahore. Selepas kematiannya, pengikut ajaran Qadiyani terbahagi kepada 2 kelompok: 1. kelompok Qadiyan. Dikepalai oleh anaknya sendiri, mirza basyiruddin muhammad.
  • 6. 6 2. kelompok lahore. Dikepalai oleh Muhammad Ali, seorang penulis islam yang menterjemahkan alquran kepada bahasa inggeris.
  • 7. 7 2. Ajaran Syi’ah Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab, Syiah (‫)شيعة‬ bermaksud: Pengikut dan pembela seseorang. Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij, namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah. Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk. Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (‫.)السبائية‬ Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka SaidinaAli berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6] Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar. Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah. Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf.Kebanyakan daripada para syeikhAl-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib). Antara ulama’ yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai keterlampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah,
  • 8. 8 menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain. Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain. Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah, maka mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya. Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni. Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”. KEDATANGAN SYIAH KE MALAYSIA Syiah dikesan tiba di Semenanjung Malaysia melaui beberapa peringkat. Peringkat pertama berlaku pada kurun ke-12 apabila Sheikh Abdullah Arif menyebarkan ajaran falsafah dalam bentuk tasawwuf di Kedah. Setelah diteliti, kitab karangannya yang berjudul Bahr al-Lahut mengandungi doktrin Syiah Batiniyyah seperti Nur Muhammad, Rijal al-Ghaib, Insan Kamil dan lain-lain. Sesetengah daripada pengaruh Syiah Batiniyyah masih lagi wujud dalam budaya masyarakat kini (Abdullah Farhan, 2014). Gelombang kedua pula berlaku pada zaman penjajahan British di mana pekerja dan peniaga daripada India memasuki Semenanjung Tanah Melayu. Sesetengah daripada Mereka berfahaman Syiah daripada aliran Isma’iliyah Agha Khan dan Daudi Bohra. Mereka membuka kedai dan menetap di sekitar Pulau Pinang dan Klang (Aizam Mas’ud, 2016). Walaupun Syiah daripada dua aliran ini telah lama berada di Malaysia, mereka tidak pula cuba untuk mempengaruhi masyarakat Islam terhadap fahaman mereka (Anis Malik, 2012). Oleh itu, adalah sukar untuk dijumpai pengikut Syiah Daudi Bohra atau Isma’iliyah Agha Khan selain daripada kaum India. Seterusnya, gelombang ketiga datang pada tahun 80-an, ketika kebangkitan Khomeini menjatuhkan pemerintahan Shah di Iran. Segelintir pemuda yang bercita-cita menegakkan negara Islam terpengaruh dengan gerakan pimpinan Khomeini dengan persepsi bahawa mereka adalah pelaksana undang-undang dan pencabar utama hegemoni barat (Muhammad
  • 9. 9 Faisal, 2014). Di samping mengambil semangat menumbangkan kerajaan yang sedia ada, mereka yang terpengaruh turut terkesan dengan fahaman Syiah Ithna ‘Asyariyyah. Kesimpulannya, kedatangan Syiah daripada latar yang berbeza menyebabkan kepelbagaian tipologi Syiah di Malaysia. Jalur yang dikenalpasti terdapat di Malaysia ialah daripada kumpulan Ithna ‘Asyariyyah, Dawoodi Bohra dan Isma’iliyyah Agha Khan. Namun, kumpulan yang mempunyai tempat ibadat khusus serta organisasi yang jelas hanyalah daripada kumpulan Ithna ‘Asyariyyah dan Dawoodi Bohra. Jumlah Ithna ‘Asyariyyah adalah sekitar 1500-2000 orang manakala Dawoodi Bohra berjumlah 400-700 orang (Anis Matta, 2016). Kenali 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah 1. Mereka tidak membasuh dalam wuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai khuf( kasut kulit). 2. Ketika dalam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat. 3. Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai tempat sujud). 4. Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salamtetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali. 5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib- isyak walaupun tanpa bermusafir. 6. Menghalalkan nikah mutaah. 7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi saw dan isteri-isteri Nabi saw. 8. Mencela imam-imam sunnah 4 mazhab seperti Imam Hanafi,Maliki,Syafie, dan Hanbali dan imam-imam hadis yang lain seperti Imam Bukhari dan Muslim. 9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap, sepatutnya 2 kali ganda lebih tebal daripada al-Quran yang ada sekarang. 10. Mengatakan Saidina Ali ra lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Uthman. 11. Seorang syiah tidak boleh boleh diberikan nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan Aisyah. 12. Beriktikad Imam-Imam 12 mereka adalah maksum (bebas daripada dosa besar dan dosa kecil). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan kedudukan imam- imam 12 adalah setara bahkan ada yang mengatakan lebih tinggi dari kedudukan para Nabi dan Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
  • 10. 10 13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi. 14. Rukun islampertama : mengucap dua kalimah syahadah tetapi bagi fahaman syiah adalah walayah (imam 12) . Oleh itu jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam- imam 12 maka jatuh kafir. 15. Kain kafan mayat mereka bertulis. 16. Membaca talqin tetapi dengan menyebut imam-imam 12. 17. Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya di dalam bilik. 18. Suami halal meliwat isteri. 19. Harus taqiah (boleh menipu,berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah. 20. Mereka tidak ada solat terawih. Jika ada orang syiah berterawih adalah bertujuan bertaqiah. 21. Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah Allah ketika mereka ditimpa musibah. 22. Orang syiahtidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut. 23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti hari memperingati terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Talib dan peringatan terbunuhnya Saidina Hussien bin Abi Talib , pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah- musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul-mukul badan mereka dengan tangan kosong, tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka akan mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang atau belati untuk menumpahkan darah atau melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang memukul badan dengan rantai. Secara keseluruhan artikel ini bukan lah untuk menanam benih kebencian pada fahaman syiah ini, tetapi sebagai ingatan kepada kita semua dan mengenai mereka yang berfahaman syiah. Ini ada mereka yang salah faham mengatakan syiah itu islam cuma berbezamazhab, tetapi sebenarnya syiah bukan mazhab tetapi agama.
  • 11. 11 Lampiran PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak. Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini. Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979. "Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini. Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah: * Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa. * Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W. * Tidak ada Solat Jumaat. * Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. * Menghalalkan nikah Muta'ah. * Menolak Ijmak Ulama. * Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W. * Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ajaran-syiah-di-malaysia-adalah- menyeleweng-jakim-26941
  • 12. 12 3. Tarekat Sesat BANYAK pihak bercakap tentang hubungan ajaran sesat atau penyelewengan akidah dengan tarekat tasawuf. Perkara ini kelihatan jelas ada kebenarannya, bagaimanapun ia tidak pula bermakna bahawa disiplin tasawuf dan tarekat itu kesemuanya terpalit dengan unsur ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Namun kita perlu lebih berhati-hati lantaran banyaknya tarekat-tarekat yang terseleweng jauh dari Islam sebenar bahkan sebahagiannya menjadi pintu masuk kepada syi’ah, nabi-nabi palsu dan sebagainya. Bukti-bukti jelas boleh dikemukakan dalam hubungan ini, sebagai contoh ajaran Taslimyang dianggap terkeluar daripada Islam dan diharamkan itu adalah cukup jelas dipromosi menggunakan pendekatan ilmu tasawuf. Ajaran Taslim menekankan zikir, kashf, guru murshid, makrifah, dan malahan tanpa konsep makrifah Allah ajaran Taslimtidak akan wujud. Semua istilah yang digunakan itu merupakan istilah-istilah yang dominan dan malahan ‘part and parcel’ kepada disiplin ilmu tasawuf dan tarekat. Demikian pula halnya dengan Pertubuhan Darul Arqam yang diharamkan, adalahjugadari segi pendekatan dan pengamalannya ditunjangi disiplin tasawuf dan tarekat. Mereka ternyata perlu dimurnikan kefahaman berkaitan dengan konsep-konsep tertentu dalam disiplin ilmu tasawuf dan tarekat. Dan demikian juga Aurad Muhammadiah yang menjadi paksi kegiatan amalan Darul Arqam juga diamalkan dengan menggunakan pendekatan ilmu tasawuf dan tarekat. FAKTORPENYELEWENGAN Penelitian mendalam dalam hal ini membolehkan satu kesimpulan diambil bahawa faktor utama berlakunya penyelewengan dalam institusi tarekat adalah tertumpu kepada satu komponen utama, iaitu sheikh atau guru: Institusi tarekat tasawuf memberikan kuasa yang cukup luas bahkan “mutlak” kepada seseorang sheikh dalam proses mendidik dan membimbing kerohanian para murid yang bernaung dalam sesebuah tarekat. Kuasa luas inilah yang boleh membahayakan murid dan sesebuah tarekat itu sendiri sekiranya ia jatuh ke tangan seseorang yang tidak cukup syarat untuk menjadi sheikh. * Dalam lain perkataan, seseorang sheikh yang hendak diikuti para murid dalam mana-mana tarekat mestilah seorang yang cukup syarat-syarat seperti diletakkan oleh institusi tarekat demi untuk menjaga kepentingan murid dan kelangsungan sesebuah tarekat supaya tidak terjerumus kepada elemen melanggar syarak. KRITERIA SHEIKH Justeru, kalangan umat Islam yang berhasrat mengikuti dan mengamalkan amalan tarekat mestilah mencari dan menemukan guru yang cukup syarat-syarat sebagai seorang sheikh.
  • 13. 13 Kalangan sufi mengenakan kriteria-kriteria cukup ketat yang perlu ada pada diri seseorang bagimelayakkan dirinya menjadi sheikh untuk membimbing para murid. Dalamtulisan-tulisan mereka, para sufi meletakkan pelbagai kemestian atau syarat wajib yang mesti ada pada sahsiah seseorang sheikh. Antaranya: 1. Mempunyai ilmu pengetahuan iaitu alim khususnya tentang isi kandungan kitab al-Quran dan sunnah serta ilmu fikah dan akidah bagi membolehkan seorang sheikh dapat menyelesaikan permasalahan muridnya. * Menguasai ilmu berhubung dengan persoalan batin manusia dengan cukup mendalam sekali, kerana aspek ilmu ini merupakan tugas utama sheikh dalam mendidik murid. 2. Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi kepimpinan. 3. Hendaklah sheikh itu benar-benar arif tentang berbagai sifat kesempurnaan hati, adab sopannya, berbagai kerosakan dan penyakitnya serta juga bagaimana cara untuk memelihara dan mengimbangkannya. 4. Mempunyai sifat adil dan takwa. 5. Mestilah mempunyai sifat zuhud daripada kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada kehidupan akhirat. 6 Hendaklah memiliki sifat sentiasa suka menyuruh dan mengajak kepada makruf dan mencegah perkara mungkar; sangat tegas dengan fikirannya, mempunyai pendapat, pandangan sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak menyeleweng, mempunyai maruah serta kekuatan akal yang sempurna. 7. Dalam sejarah kerohaniannya, sheikh itu mestilah telah pernah bergaul, bersahabat dan berguru dengan mashayikh kerohanian dalam suatu tempoh yang agak panjang. 8. Semestinya seorang Muslimyang memiliki pengalaman kerohanian yang luas serta memiliki kehebatan personaliti yang disalut rapi dengan akhlak mulia, keupayaan kepemimpinan yang baik dan keluasan ilmu terhasil daripada acuan dan adunan kefahaman mendalam mengenai syariat Islam. 9. Seseorang sheikh atau murshid itu perlu dididik oleh seseorang sheikh sebelumnya sehingga mewujudkan rantaian salasilah dan keizinan yang sah. CIRI CIRI TAREKATSESAT Ciri-ciri aliran sesat, tanda-tanda kelompok dan golongan yang menyimpang dari ajaran islam Jika ada suatu kelompok, baik yang berkedok kelompok pengajian maupun lainnya memiliki Salah satu ciri berikut ini maka patut dicurigai sebagai kelompok sesat. Dan jika memiliki lebih dari satu ciri maka dugaan kelompok tersebut sesat semakin kuat.
  • 14. 14 Yang paling mudah terjerumus dalamkelompok sesat adalah mereka yang memiliki semangat tinggi untuk mempelajari agama tetapi memiliki asas keilmuan yang lemah sehingga mudah ditipu oleh kelompok sesat. Kemudian mereka yang memiliki fanatisme buta terhadap kelompok tertentu, dalam arti fanatisme mereka tidak dilandasi metode ilmiah atau dalil ilmiah dari Al Quran dan As Sunnah. Sebab, pada dasarnya kita memang harus fanatik terhadap kebenaran sejati, yaitu ajaran islamyang masih murni dan konsekuen, yang belum tercampur dengan berbagai dogma sesat seperti TBC (Takhayul – Bid’ah – Churofat) ataupun SIPILIS (sekulerisme – pluralisme – liberalisme). CIRI CIRI TAREKAT SESAT 1. mengutamakan akal diatas hadits-hadits shahih 2. berusaha meremehkan hukum-hukum Islam dengan akalnya, membantah hadits- haidts shahih dengan akalnya 3. memalingkan tafsir ayat-ayat Al quran agar sesuai dengan hawa nafsunya atau menafsirkan ayat-ayat Al Quran seenaknya sendiri 4. ajarannya bersifat rahsia,tidak terbuka untuk umum, pengajarannya bersifat tertutup, hanya untuk kalangannya sendiri, dll 5. tidak berani terang-terangan menyampaikan ajaran kelompoknya kepada umum 6. mewajibkan pengikutnya menyerahkan harta, meskipun beralasankan untuk infak/sedeqah, apalagi jika angkanya besar, misalnya 20% dari gaji, terutama jika penggunaan dana tersebut tidak jelas. 7. menganggap kafir majoriti umat Islam yang bukan kelompoknya (takfiri) 8. menganggap pemeluk agama lain juga akan masuk syurga (pluralisme) 9. melakukan ritual-ritual yang tidak diajarkan nabi, yang tidak ada dalilnya dari hadits- hadits shahih Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia juga adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat: 1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu. 2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga. 3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat. 4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup. 5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat. 6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga. 7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang. 8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama. 9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad. 10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin. 11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati. 12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma’unah (pertolongan) Allah. 13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya. 14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya. 15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
  • 15. 15 16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga. 17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya. 18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi. 19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya. 20) Boleh memanggil roh orang mati dalamamalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir. 21) Memansuhkan Syariah islamdan mengadakan syariat baru. 22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk. 23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh. 24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang. 25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk. 26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi. 27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa. 28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi. 29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat. 30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib seseorang. 31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum 32) Menghalalkan nikah adik beradik 33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan dan dosa. 34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya. 35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya. 36) Islamsesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya. 37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini. 38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat. 39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja. 40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat. 41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w. 42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat. 43) Jika ada kemusykilan dalamsatu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru. 44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat. 45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru. 46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu. 47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu. 48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalau tidak akan ditimpa bala. 49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat. 50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
  • 16. 16 51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin. 52) Percaya kepada makhluk-makhluk seperti kayu, bata, batu dan dan kuasa ghaib. 53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya. 54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya. 55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya. 56) Ibadat sembahyang berpada dengan “niat” (terlintas dihati) sahaja. 57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah. 58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat. 59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna. 60) Islamitu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi,biladapat isi kulit tidak berguna lagi.
  • 17. 17 4. Sekularisme Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme Secara simplistik, sekularisme bermaksud pemisahan antaraa agama dan urusan dunia. Berikut adalah catatan ringkas dari buku Islam & Sekularisme karya ilmuwan ulung tanah air, Prof Dr Syed Naquib Al Attas dalam bab “Sekular-Sekularisasi-Sekularisme”. Maksud Sekular 1. Secular berasal dari bahasa Latin saeculum merujuk kepada dua pengertian iaitu waktu dan ruang (atau tempat). 2. Definasi sekular yang difahami kini, merujuk kepada dunia atau duniawi. Saeculum bermakna masa kini. Dan ia juga bererti peristiwa-peristiwa masa kini. 3. Disebabkanoleh konsep sekular yang merujuk kepada “keadaandunia pada ketika ini”, maka ia mudah berkembang dan diterima kerana seolahnya ia adalah konsep yang “up-to-date”. 4. Jadi fahaman relativisme tentang nilai-nilai kemanusiaan, iaitu nilai manusia boleh berubah mengikut keadaan ruang dan tempat, mudah untuk mendapat sambutan. ManakalaSekularisme adalahsuatu kefahaman atau ideologi yang mendukung konsep sekular ini bahkan menjadi satu gerakan yang berkembang keseluruh pelosok dunia. Sekularisme di Malaysia Menelusuri sekularisme di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syaratpenting dalamperjanjian itu ialah residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islamdan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara. BilaTanah Melayu merdeka pada 31 Ogos,1957 dasarpemisahan di antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan dalambentuk konstitusi iaitu dalamPerlembagaan Persekutuan. Dalam Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu. Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir,
  • 18. 18 perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri. Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu. Bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab mengemukakan rancangan halus untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui pendidikan beliau merencanakan Singapura sebagai pusat bagi kebangkitan semula peradaban aslikuno dan menyegarkan menerusi penyebaran perluasan pengaruh Inggeris dan faedah-faedah pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau telah mengemukakan gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara bagi mencapai matlamat ini. Beliau berhasrat untuk melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak- anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka memperkenalkan sistemkapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan. Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan masyarakat. Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang Islamyang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islamdan melaksanakan jihad seperti yang dikehendakki Islam. Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya dengan cara yang dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan semata yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam. Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalamhal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai. Hijrahnya Rasul saw adalah untuk mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.
  • 19. 19 Apabila benda-benda menguasai manusai, maka mereka pun tenggelamdalamsuasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu, bahkan ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan BN, menjadikan orang Islamdi Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya. Projek-projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya adalah kerana faham kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam. Mampukan orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak kepada orang Melayu sendiri. Namun pengaruh sekularisme bukanlah semudah itu untuk dibuang, apalagi ia telah tertanam ke dalam jiwa dan dijunjung pula oleh kaum pemerintah. Inilah halangan-halangan utama untuk menyebarkan akidah Islam, apalagi untuk memberikan kefahaman tentang negara Islam kerana fahaman itu amat bertentangan dengan jiwa Islam yang murni itu
  • 20. 20 5. ISLAM LIBERAL Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama, fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya. Kedua, fenomena kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini. Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4 kumpulan.Kumpulan pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh dan menerima hakikat bahawa umat Islamsememangnya lemah dan tidak akan mampu menyaingi barat untuk selama-lamanya. Maka hiduplah mereka ibarat melukut di tepi gantang, adanya tidak menambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa mengganggu sesiapa dan tidak mahu sesiapapun mengganggu mereka. Kumpulan kedua adalah mereka yang mengambil kesimpulan bahawa agama adalah faktor penghalang utama bagi mengejar kemajuan barat dan agama mesti dipisahkan daripada kehidupan harian jika berhajat untuk standing dengan kemajuan barat. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai golongan yang berfahaman sekularisme. Golongan ini cuba mengasingkan agama dari kehidupan mereka dan memenjarakan agama di masjid-masjid dan di institusi- institusi agama. Kumpulan ketiga adalah mereka yang juga menganggap agama sebagai halangan tetapi berpendapat penyelesaiannya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada tafsiran lama yang dikatakan jumud dan tidak menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat. Golongan inilah yang dikenali sebagaigolongan MuslimLiberal yang dipelopori oleh golongan cendiakawan dan intelek yang merasa mereka terlajak pandai dengan kehebatan pemikiran mereka yang dirasakan terlalu hebat. Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama, namun menggunakan agama sebagai alat pelindung terhadap kekacauan pemikiran mereka. Mereka amat memerlukan agama tetapi agama sekadar dijadikan kosmetik untuk mencapai kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah pejuang agama yang sebenarnya. Manakala kumpulan keempat adalah mereka yang mengakui kelemahan dan kemunduran umat Islamtetapi tidak pernah menyalahkan agama terhadap kemunduran tersebut. Mereka memuhasabah diri mereka sendiri dan menyalahkan kelekaan mereka dalam memahami ajaran Islam serta kegagalan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka. Golongan terakhir inilah sebenarnya yang dapat diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepenuhnya. Artikel ini tidak akan membincangkan kumpulan yang pertama, kedua dan keempat tetapi hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang ketiga. Hal ini kerana kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaranIslamdan umat seluruhnya. Walaupun kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian mereka sama sahaja dan amat mudah dikenali. Antaraa pendirian mereka bahawa Islam adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar. Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran agamanya sahaja yang betul, maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam konteks agamanya sahaja. Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan mengagongkan agama mereka sahaja.
  • 21. 21 Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua; iaitu wahyu secara bertulis (al-Quran) dan wahyu tidak bertulis (Akal Manusia). Mereka mengatakan bahawa akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana semasa. Oleh itu al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan al- Quran dengan kehendak kontemporari. Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan ketamadunan manusia. Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan umat manusia. Malah mereka menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat sebagai ‘penyembah’ teks al-Quran semata-mata. Pemikiran ini jika dibiarkan akan menjerumuskan mereka kepada takwilan tersendiri terhadap al-Quran yang amat menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa syaitan dan malaikat hakikatnya tidak wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia. Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah. Golongan liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak. Penetapan sesuatu hadis samada mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’ yang boleh ditolak dan dipertikaikan. Malah, mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri. Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antaraa lelaki dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan dengan zaman, azab kubur adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbagai-bagai lagi hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat. Golongan liberal initetap ada dimana-mana sahajadan bila-bilamasasahaja.Walaupun nama dan identiti mereka berbeza, namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di barat. Negara-negara Timur Tengah menyaksikan lahirnya golongan ini yang sebahagiannya ada yang ditarik balik kelulusandan ijazahmereka oleh universiti asalpengajianmereka. Maka apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di negara kita yang tercinta ini?!. Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk menimbulkan keraguan terhadap agama I. Inilah yang berlaku terhadap kita yang masih berada dalam lingkungan zon selesa, masih bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak. Justeru, umat Islam wajib bangkit dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan Allah swt serta perlu segera kembali mempertahankan kedaulatan Islam. Islam Liberal Di Malaysia MENGGUNAKAN rasional akal dalammenafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
  • 22. 22 Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secaraterbuka menyerang institusiagama negaraini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islamyang jahil ialah fahaman IslamLiberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi. Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka. Ciri-ciri dan penzahiran fahaman Islam Liberal ● Mereka menganut Fahaman Pluralisme Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agamaadalahsamayakni benar belaka.Orang Islamtidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islamsahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra(Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”. Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut: a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan b. Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001. ● Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu ZaidIbrahim pernah mengungkapkan isumurtad ini dalamsatuforum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.
  • 23. 23 Bagikelompok IslamLiberalyang jahilinimereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi: “Tidak ada paksaan dalam agama.” (al-Baqarah: 256) Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya. Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.” (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas). ● Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman Menurut golongan IslamLiberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. “Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times) Jelasnya, golongan IslamLiberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka” Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal. ● Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie.