2. Apa itu Kata Seru ?
• Kata seru ialah kata yang
digunakan
untuk menyatakan atau
menggambarkan
perasaan seseorang.
• Marah, sedih, gembira, sakit,
hairan, benci, kagum dan
kecewa.
3. Nota penting :
1. Semua ayat seruan diakhiri dengan
tanda seru ( ! ).
2. Tanda seru (!) mesti diletakkan di
hujung ayat seruan dan bukannya
selepas kata seru.
3. Gunakan kata seru yang betul untuk
menggambarkan perasaan yang
dinyatakan.
4. Cara menulis kata seru dengan betul di dalam ayat.
Wah ! cantiknya baju awak. SALAH
Wah ! Cantiknya baju awak. SALAH
Wah, cantiknya baju awak! BETUL
5. Contoh Kata Seru
• Menyatakan perasaan sakit.
Aduh
• Menyatakan perasaan sedih
atau dukacita
Aduhai
• Menyatakan penolakan/tidak
bersetuju/bantahan
Ah
• Menyatakan perasaan
kagum/hairan.
Amboi
• Menyatakan perasaan marah,
mengejek, menyindir.
Cis/Cih
Aduh, sakitnya tanganku!
Aduhai, malang sungguh
nasibku!
Ah, saya tetap tidak mengaku
bersalah!
Amboi, mahal betul kereta itu!
Cis, berani dia menentangku!
6. Contoh Kata Seru
• Menyatakan perasaan
hairan/terkejut
Eh
• Menyatakan perasaan
menegur/menyapa, menarik
perhatian seseorang.
Hai
• Menarik
perhatian/menyatakan
persetujuan.
Nah
• Menyatakan perasaan
kagum/takjub.
Wah
Eh, kamu sudah sampai!
Hai, diamlah sikit!
Nah, terimalah habuanmu!
Wah, cantiknya merak ini!
7. Contoh Kata Seru
• Menyatakan rasa
gembira/puas hati.
Syabas/bagus
• Menyatakan rasa hairan,
terkejut atau kagum.
Oh
• Menyatakan rasa hairan.
Eh
• Menyatakan perasaan dukacita
atau ingin mendapat
perhatian.
Wahai
Syabas, awak berjaya juga
akhirnya!
Oh, itu rupanya rumah kamu!
Eh, bila ia terjadi !
Wahai, adik ku sayang !