Murid kurang diberi peluang untuk menggunakan teknologi ICT di sekolah karena guru lebih fokus mengajar mata pelajaran utama. Ini mengakibatkan murid kurang mendapat pengetahuan tentang kemahiran teknologi. Cadangan untuk menyelesaikan masalah ini adalah membuat jadwal khusus penggunaan laboratorium komputer dan memberikan akses kepada murid. Strategi ini terbukti berhasil di kelas 5G dengan murid
1. Jurnal Minggu ke 6
Apa yang dapat saya kupaskan melalui isu atau permasalahan pada minggu ini ialah
kurangnya penggunaan teknologi ICT di kalangan murid. Melalui pengamatan saya, dapat
saya lihat ialah murid di sekolah ini kurang didedahkan dengan penggunaan teknologi ICT
kerana kebanyakkan guru mengambil peluang untuk mengajar subjek teras semasa waktu
ke bengkel computer. Jadi murid kurang diberi peluang untuk menggunakan teknologi ICT
pada masa tersebut. Pada masa rehat pula, murid jarang mendapat peluang ke bilik
computer atau bilik akses kerana kebiasaannya murid akan makan sewaktu rehat dan
mungkin akan kesuntukan masa.
Antara sebab utama timbulnya isu ini ialah, murid jarang diberi peluang untuk menggunakan
teknologi ICT pada masa yang ditetapkan atas sebab guru mengajar subjek teras akan
mengambil masa tersebut untuk mengajar subjek teras. Hal seperti ini tidak boleh terjadi
kerana apa yang saya fahamkan, semua murid telah membayar yuran khas dalam
penggunaan kemudahan teknologi ICT di sekolah. Jadi wajarlah, murid-murid harus
diberikan masa untuk mereka menimba ilmu dalam penggunaan kemudahan teknologi ICT
yang terdapat di sekolah.
Kelemahan atau akibat yang dapat saya tafsirkan melalui isu ini ialah, murid akan kurang
mendapat input atau pengetahuan dalam kemahiran teknologi ICT. Murid juga kurang
berkemahiran dan tidak dapat menimba ilmu dalam teknologi ICT seterusnya pihak sekolah
akan dianggap tidak menyahut hasrat kerajaan iaitu menggalakkan murid terdedah dengan
kemahiran penggunaan teknolog ICT. Perkara seperti ini tidak boleh berlaku kerana setiap
murid mempunyai hak untuk mempelajari dan menimba ilmu dalam kemahiran teknologi
ICT.
Cadangan yang dapat saya berikan ialah membuat jadual khas penggunaan bilik computer
dan murid harus diberikan pas kemasukan bilik computer. Jadi semua guru yang terlibat
akan dapat mengenalpasti murid yang kerap masuk dan menggunakan bilik computer atau
bilik akses ataupun tidak. Bilik akses dan bilik computer juga harus diceriakan dengan infi
terkini dan bahan-bahan yang boleh menarik minat murid untuk menggunakan bilik tersebut.
Saya telah mencuba strategi ini kepada murid tahun 5G dan hasilnya sangat
memberansangkan. Setiap murid berpeluang menggunakan teknologi ICT dengan baik
disampg mempelajari sesuatu perkara baru yang positif agar setiap pelajar ini mampu
bersaing dan setaraf dengan pelajar-pelajar di Negara maju yang lain. Saya berharap
semua murid akan meneruskan minat dan usaha seperti ini agar menjadi murid yang serba
boleh dan penuh informasi dalam sudut global pada masa kini. InsyaAllah.