SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi 
PENDAHULUAN. 
Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu 
kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang 
paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al- 
Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia 
kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. 
Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. 
Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah 
satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya 
ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk 
lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi. 
Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu 
adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan 
tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan 
Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak 
mencipta yang diizinkan. 
Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak 
diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini 
bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga 
bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. 
Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi 
konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak 
menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah 
s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri 
tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat 
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai 
sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam 
perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala ciptaan 
di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas 
khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan 
tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas 
khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi 
manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta 
kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya 
manusia untuk melakukan perbuatan tersebut. 
Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau 
semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya adalah 
hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. 
dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak 
dan berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan 
melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. 
Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang
diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan 
kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU. 
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu asas terpenting untuk 
melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda bagi di 
pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian 
dan penyerahan. 
Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia dalam menjalankan tugas 
sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung 
dengan Allah s.w.t. ialah:- 
a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib 
b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik 
c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam benda(e) 
Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31; 
'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan segala nama benda-benda dan 
gunanya' 
Definisi khalifah 
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang 
yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah 
berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan 
khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi 
sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 
24:55) 
Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau 
yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, 
sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan 
norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah. 
Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan 
menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya 
kepada seseorang atau suatu kelas tertentu. 
Maksud khalifah menurut bahasa 
Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu 
seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama 
dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya 
termasuklah:-(c) 
1. Menggantikan orang yang tiada. 
2. Menggantikan orang yang telah mati. 
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya. 
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. 
Maksud khalifah menurut istilah 
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. 
sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini
dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, 
masyarakat, negara dan antarabangsa. 
Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum mukmin 
secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu 
atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka 
bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah 
semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain. 
Pemilihan menjadi khalifah 
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah menjadikan 
manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang 
bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia 
telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. 
Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, 
sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha 
Penyayang'( surah Al-anam ayat 165) 
Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia 
itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik 
oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak 
yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi 
manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana. 
Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari otaknya yang membuat satu 
pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t. Dengan akal yang diberikan Allah 
s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai pewaris Allah s.w.t. di muka bumi dan cuba 
mengatasi tentangan kehidupan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Bagi seorang 
khalifah, dia perlulah memikirkan keputsan yang terbaik dan memilih tindakan yang diredhai 
oleh Allah s.w.t. Jika penggunaan akal yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya 
ianya akan membuatkan manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni malaikat. 
Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di tanya oleh malaikat kepada Allah 
s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut, yang bermaksud:- ' Ingatlah, " Firman 
Allah s.w.t. kepada malaikat, " Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas 
muka bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, " Adakah patut Engkau jadikan diatas muka 
bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji 
Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa 
yang tiada engakau ketahui". (surah al-Baqarah ayat 30) 
Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan dengan kekuatan 
kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah menurut syariat bagi 
menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah yang berdasarkan kesepakatan dan 
permusyawaratan para ahli fikir yang memeng patut di ajak bermusyawarah. 
Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik untuk memelih khalifah ialah 
dengan cara rakyat yang meletakkan kendali pemerintahan, setelah permusyawaratan mereka, 
mereka akan memilih seseorang yang mereka anggap paling tepat untuk memimpin umat dan 
patut menggendalikannya.
Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang yang zalim, fasik, fajir*, lalai 
akan Allah s.w.t. , melanggar batasan-batasan-Nya tetapi mereka haruslah terdiri atas orang-orang 
mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shaad 
ayat 28, bermaksud: 'Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh 
seperti orang-orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami jadikan 
orang-orang yang taqwa(baik) seperti orang-orang yang fasik(jahat)? 
Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh atau dungu, tapi haruslah orang-orang 
yang berilmu, berakal, sihat, memiliki kecerdasan, kearifan, kemamapuan intelektual 
dan fasik untuk memerintah roda khalifah dan mengikut tanggungjawabnya. 
Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin) 
Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk menduduki 
jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi s.a.w. Dan penduduk kota Madinah, yang 
pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara keseluruhan telah menerimanya 
dengan baik, mereka itu telah membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, 
tanpa paksaan ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan 
khalifah bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. , 
kemudian berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk 
menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah s.w.t. , telah 
bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak mengangkat 
seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin Khattab sebagai 
penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. " 
Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)". Ketika Umar 
bin Khattab pada saat menlaksanakan haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar 
bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal 
dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu 
peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung dengan baik dan 
sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini 
dan akan menggeluarkan peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan 
kehendak mereka atas rakyat". 
Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama sekembalinya 
ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi 
pada hari Saqifah dan kondisi yang telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan 
bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu 
tidak mempunyai pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. 
Sekiranya kami meningalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka 
akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka 
dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan 
terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan kaum 
muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya 
sebab keduanya terancam akan di bunuh. 
Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian mengangkat 
suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat memutuskam perkara 
kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa 
bermusyawarah dengan kaum muslimin maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan
suatu keputusan yang mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar 
jabatan itu tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam 
panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling besar 
penggaruhnya dan di terima oleh rakyat. 
Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan pemilihan 
khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling siapakah yang lebih dapat 
di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang 
pulang dari haji dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum 
bahawa kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu 
di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu 
pertamuan umum. 
Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah 
Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan kelayakan 
dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas tersebut. 
Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah s.w.t. jika di bandingkan 
secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan 
para malaikat. 
Antara kelebihannya ialah:- 
1. Keseimbangan kejadian 
2. Anugerah akal fikiran 
3. Memiliki ilmu pengetahuan 
Keseimbangan kejadian manusia 
Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di berikan 
oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk melaksanakan tugas sebagai 
seorang khalifah. Firman-Nya dalam surah as-Sajdah 32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan 
tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah” 
Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi dengan 
perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani menjadikan manusia amat 
berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. 
bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah 
bumi. Keelokkan kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota 
dan fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di fungsikan 
sebaik mungkin oleh generasi manusia. 
Anugerah akal fikiran 
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9, bermaksud: 'Kemudian Dia 
sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan 
Dia menjadikan untukmu pendengaran, penglihatan, dan hati(tetapi kebanyakan) kamu amat 
sedikit bersyukur’ 
Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan 
untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, 
susunana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah 
tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang lain.
Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang sepatutnya agar 
manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t. Batasan kemampuan akal akan 
diatasi oleh wahyu agar manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka 
bumi dengan lebih berpedoman dan jayanya. 
Memiliki ilmu pengetahuan 
Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud: 'Dan Dia(Allah) mengajar 
kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang kemudian mengemukakan kepada 
para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah kepada-Ku nam benda-benda itu jika kamu orang-orang 
yang benar". 
Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya 
merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri yang 
dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani 
pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah 
semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah 
ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang 
bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang menciptakannya. Panduan akal dan 
wahyu merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki. 
Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat memikul tanggungjawab 
dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus yang perlu berlandaskan hukum 
Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah mempunyai ukhuwah yang kuat supaya 
masyarakat yang dipimpinnya akan hormat dan memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum 
dalam surah Shaad ayat 20, yang bermaksud: ' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan 
kepadanya nikmat dan lidah yang fasih( kata putus)' 
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang bermaksud: ' Orang-orang mukmin 
itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang yang bersaudara dan 
takutlah kepada Allah s.w.t. , mudah-mudahan kamu mendapat rahmat’ 
Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman Rasulullah s.a.w. iaitu semasa 
baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah. Semasa berhijrah meraka menolong antara 
satu sama lain walaupun mereka tidak kenal. Oleh itu, sebagai seorang khalifah haruslah 
menolong saudara mereka dengan hati yang ikhlas dan jangan biarkan mereka dalam 
kemurkaan dan kebinasaan. Kita juga haruslah tidak melepaskan hajat saudara kita dan 
perlulah bantu hingga hajatnya tercapai dengan amanah dan jujur. 
Khalifah dan Perubahan 
Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi perubahan bersama 
perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya perubahan yang di 
lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan serta perlulah memepunyai ciri-ciri 
aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza daripada aliran perubahan yang lain di 
dunia. 
Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi material atau fizikal sahaja tetapi ianya 
merangkumi semua sudut kehidupan manusia iaitu dari segi sosial, ekonomi, politik, aqidah, 
tabiat dan tingkah laku masyarakat seluruhnya. Perubahan Islam itu mestilah dengan 
persiapan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat madani
sebenar di atas asas-asas yang kukuh. 
Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan menuju kepada kebaikan dengan 
menggunakan jalan keburukan atau menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kejayaan. 
Perubahan-perubahan ke arah kemajuan yang Rabbani tidak mungkin akan bercanggah 
dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya 
perubahan tersebut adalah meruntuhkan jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip. 
Maka ianya secara menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan 
manusia sebagai khalifah di bumi. 
Kesimpulan 
Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah allah s.w.t. di Muka 
Bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan 
manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu 
juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , 
oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta 
meninggalkan apa yang dilarang-Nya. 
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik 
dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. 
Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan 
dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah 
perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya. 
Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik. Ini kerana 
kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu memerintah dengan 
cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di 
perintahnya juga menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang 
diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat 
yang berdisplin serta mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal. 
Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak pandai 
supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. 
Ilmu pengetahuan adalah faktor yang penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan 
satu bonus terhadapnya supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam 
hal yang berkaitan. 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin 
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis 
02600 Arau, Perlis 
MALAYSIA 
HP: 013-4006206 
PJ: 04-9882701 
RU: 04-9882597
Manusia Sebagai Khalifah Allah - 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH S. W. T 
Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan kepada manusia. 
Sebaliknya, gelaran sebagai hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia 
seperti yang ditegaskan oleh Allah sendiri dalam Al -Quran kerana itulah gelaran yang diberikan 
kepada setiap Nabi dan Rasul. Al-Quran juga menyatakan bahawa maksud ‘ISLAM’ itu ialah “tunduk 
dan patuh kepada Allah. [1] Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: 
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya. ” 
Tugas manusia sebagai khalifah kepada Allah Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, 
keagungan dan kekuatan. Perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menyentuh soal 
pentadbiran sesama manusia yang memerlukan satu sistem tauhid. Penjelasan pendek mulai akan 
membawa kepada ketiadaan ketaatan seseorang manusia yang lain. 
Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah 
yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas dan konsep tauhid. Salah satu dari 
keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang sebenarnya hamba 
kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas / amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk 
lainnya, iaitu tugas Khlifahtullah di muka bumi. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah 2 : 30 
bermaksud : 
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak 
menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah. “ 
Manusia sebagai hamba Allah boleh dilantik untuk memegang jawatan khalifah Allah. Dan 
perlantikan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara 
kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hambaNya, manusia adalah lebih hampir kepada Allah 
yang melantiknya iaitu tentang sifat-sifatNya kerana biasanya yang dilantik itu ialah orang yang lebih 
hampir kepada yang melantik demi untuk menjadi penggantinya. 
Sebagai hakikat, hambaNya dan khalifahNya, maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan. 
Sebaliknya manusia hanyalah menerima, menyampaikan dan melaksanakan apa yang telah 
termaktub dan tertulis. Tugas khalifah yang dipertanggungjawabkan kebahu manusia merupakan 
suatu penghormatan dan amanah yang amat berat untuk dipikul oleh seluruh generasi manusia 
sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Ahzab 33: 72 bermaksud : 
“Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kepada langit dan bumi 
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak 
dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan 
(pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat (kebanyakan) 
manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga) jahil. “ 
Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak diberikan
kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Dari sini dapat diyakini bahawa bukan setiap 
hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah. Seterusnya bukan setiap manusia yang pada 
hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah walaupun dari segi hakikatnya manusia itu 
hamba dan khalifah Allah. Namun dari segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak. Oleh kerana 
itu, manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan 
konsep kehambaan diri kepada Allah, dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah 
dalam keempat-empat ciri itu iaitu :[2] 
*Syariat 
*Akhlak 
*Akidah 
*Ibadah 
Maksud khalifah menurut bahasa 
Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat : Al -Siyadah @ ketuanan “Sifat 
ini diakui oleh Allah dalam Al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah seperti 
yang termaktub dalam perlembagaan suci Al-Quran untuk menjadi”Tuan”ke atas segala makhluk dan 
segala ciptaan di atas muka bumi ini. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi 
dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk 
melaksanakan tugas sebagai khalifah tersebut. 
Khalifah berasal dari kata “ khalafa” bererti ganti ; iaitu seseorang menggantikan seseorang yang lain 
sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya semasa 
ketiadaannya. Tugas khalifah merangkumi : 
-Menggantikan orang yang telah mati. 
-Menggantikan orang yang telah tiada 
-Mengambil alih tempat bagi orang yang tidak mampu menjalankan sesuatu tugas 
-Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. -[3] 
Maksud khalifah menurut istilah 
Menurut istilah, khalifah ialah manusia turun-temurun yang telah dipilih oleh Allah SWT. sebagai 
penggantiNya untuk mentadbir, mengurus, dan memulihara serta memakmurkan alam ini sebagai 
amanah Allah SWT. dengan menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaik-baiknya. 
Kesimpulannya, khalifah merupakan suatu tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepada seti ap 
manusia sebagai wakil-Nya untuk memulihara dan memakmurkan alam ini berdasarkan syariah-Nya. 
Kriteria utama sebagai khalifatullah 
Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khalifatullah di muka 
bumi maka manusia itu tadi tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang dan 
melawan, menderhaka, dan memberontak kepada Allah, kepada kekuasaan Allah, kepada
pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman Allah, alangkah betapa kerdilnya manusia 
untuk melakukan perbuatan tersebut. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan Firman Allah dalam 
Surah al-An’am 1: 49 bermaksud : 
“Tidakkah mereka melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada 
hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak Kami berikan kepada Kamu. Kami 
turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai yang mengalir di bawah mereka, 
kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah 
mereka umat yang lain”. 
Dari sini jelaslah apa yang telah ditegaskan dahulu bahawa bukannya setiap hamba Allah itu dengan 
sendirinya atau semestinya menjadi khalifah. Walaupun manusia itu pada hakikatnya hamba tetapi 
oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Al lah dalam hidupnya maka dengan 
sendiri ia bukan khalifah Allah. Jadi manusia yang layak menjadi khalifah Allah ialah manusia yang 
menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian iaitu konsep 
pengabdian diri kepada Allah. [4] 
1) Memiliki ilmu pengetahuan 
Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang diberikan 
demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnya itu, 
maka manusia memerlukan “ILMU”. 
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa salah satu dari asas terpenting untuk melaksanakan 
tugas khalifah ialah ILMU. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda demi untuk 
menguasai alam ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan 
konsep pengabdian dan penyerahan. [5] 
Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut bererti telah mengubah kedudukannya yang tabii dan 
semulajadi, yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan, kerosakan, dan kefasadan 
kerana ilmu yang selayaknya menjadi”Nur” atau cahaya sudah bertukar corak kepada ilmu yang 
menjadi “Api” yang membahang yang memusnahkan manusia dan tamadunnya. 
Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas sebagai 
khalifah yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah yang telah 
meletakkan tugas/ amanah khalifah. 
Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya berkaitan dengan alam tabii dan fizikal malah ia merangkumi : 
(i) Ilmu tentang alam syahadah 
(ii) Ilmu tentang alam ghaib 
(iii) Ilmu tentang alam fizik
(iv) Ilmu tentang alam metafizik (ghaib) 
(v) Ilmu tentang alam benda 
(vi) Ilmu tentang Pencipta alam benda. 
Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT. dalam surah al -Baqarah 2 : 31 bermaksud : 
Dan Dia (Allah) telah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, yang 
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman : “Sebutkanlah kepada-Ku nama 
benda-benda itu jika kamu orang yang benar. ” 
Selain dari firman di atas, Allah juga telah berfirman di dalam surah al-Rahman 1:4 yang bermaksud : 
“ (Tuhan) yang Amat Pemurah serta melimpah-melimpah rahmatNya. Dialah yang telah 
mengajarkan Al-Quran. Dialah yang mencipta manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi 
dan menerima penyataan. ” 
2) Pengabdian kepada Allah SWT. dan Pembangunan Bumi 
Islam telah menentukan tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan hubungan 
antara manusia dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Kita dapati banyak ayat Al - 
Quran yang memaparkan hubungan ini seperti Firman Allah SWT. dalam surah al -Zariyat 56 : 57 
bermaksud : 
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak 
menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga Aku meminta mereka memberi Aku makan. “ 
Al-Ustaz ‘Ilal al-Fasi menerangkan maksud hubungan ini, katanya : 
“Sesungguhnya Tuhan menjadikan ibadat sebagai hikmat kepada kejadian manusia tetapi ibadat itu 
bukan bermakna memisahkan manusia dari bekerja atau menyisih diri dari hal-hal keduniaan, yang 
tidak sesuai dengan risalah Tuhan yang menghendaki manusia memakmurkan muka bumi dan 
menyebarkan hokum-hukum Tuhan serta peraturannya selaras dengan kehendak syariat, bahkan 
manusia itu sendiri bertanggungjawab mempelajari hokum Allah, sebelum mempelajari sesuatu 
yang lain. ”[6] 
Demikian juga manusia hendaklah memahami bahawa Allah tidak meredhai hamba-Nya yang 
bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri mereka di dalam rumah-rumah 
ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat dan bermunajat di mana-mana sahaja ; di 
kebun, di tempat-tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana sahaja kerana semua munajat 
itu dapat di dengar oleh Allah dan dengan cara itu juga manusia boleh mendekatkan diri dengan 
Allah SWT. [7] 
Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali.
Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri 
semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih berada di alam roh lagi. Hal 
ini diceritakan oleh Al-Quran sebagaimana Firman Allah SWT. dalam surah al-A’raf, ayat 172 
bermaksud : 
“Bukankah Aku Tuhan kamu ? “ Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak 
menyatakan pada hari Qiamat : Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini. ” 
Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi 
ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai 
kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar manusia 
sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dalam ayat-ayat Al-Quran 
berikut yang bermaksud : 
Firman Allah SWT. dalam surah Hud ayat 61 bermaksud : 
“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di. dalamnya. ” 
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah 30 : 32 bermaksud : 
“ (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan menjadikan 
seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka : Adakah patut Engkau menjadikan di atas 
muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih 
memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa 
yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama barang kemudian dibawa barang-barang 
itu kepada malaikat, lalu Allah berfirman : Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika 
kamu yang benar. Jawab mereka : Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa 
yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ” 
Allah SWT menciptakan alam seperti langit, bumi, tumbuhan, binatang, dan sebagainya untuk 
kepentingan dan kemudahan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. Allah SWT. telah 
berfirman dalam surah al-Nahl ayat 10 bermaksud: 
“Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di 
antaranya untuk tumbuh-tumbuhan ; di sana kamu mengembala ternakan. ” 
Semua kemudahan tersebut hanya diberikan kepada manusia berbanding makhluk Allah SWT. yang 
lain dengan objektif yang khusus iaitu melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi. [8] Firman-Nya 
dalam surah al-Isra’ 17 : 70 bermaksud : 
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami telah berikan kenderaan di 
daratan dan lautan serta rezeki yang baik-baik kepada mereka, dan telah Kami lebihkan dengan 
sesungguhnya dari kebanyakan (makhluk lain) yang telah Kami jadikan. 
Segala kemudahan yang diberikan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bersyukur di
atas segala kurniaan-Nya. Seperti dalam Firman Allah SWT. dalam surah al-Nahl ayat 14 yang 
bermaksud : 
“Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut dan 
supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal layar di 
laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu bersyukur. ” 
3) Anugerah Akal Fikiran 
Imam Syairazi mentakrifkan akal merupakan satu sifat di mana dengannya kita dapat membezakan 
yang baik dan yang buruk. Manakala Ahli Sunnah Wal -Jamaah pula memberi pendapat bahawa akal 
merupakan satu cahaya rohani yang dengannya jiwa dapat mencapai ilmu-ilmu yang bersifat dharuri 
dan nazari. [9] 
Manusia menggunakan akal fikiran untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih jauh lagi. Manusia 
mampu melakukan pemikiran untuk memikirkan perkara yang akan datang dengan mengkaji sejarah 
masa silam, dengan itu manusia boleh mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. [10] 
Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran untuk memperhambakan diri kepada penciptanya 
iaitu Allah. 
Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk mengimarahkan bumi ini sesuai dengan tujuan ia 
dijadikan oleh Allah SWT. sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : 
“Dan tidak sekali-sekali Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. ” 
Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk memahami kebesaran Allah sesungguhnya 
telah meletakkan dirinya lebih rendah daripada taraf binatang kerana manusia memiliki kemampuan 
akal yang tinggi sedangkan binatang memang tidak berakal atau memiliki akal bertaraf rendah. 
Pengurusan Sebagai Khalifah Dalam Islam 
Sebagai seorang khalifah, Islam tidak menggalakkan umatnya menyisihkan diri dari urusan-urusan 
keduniaan atau bersikap memadai dengan apa yang ada, lebih-lebih lagi Islam melarang manusia 
bersikap memutuskan hubungan dengan keduniaan sehingga ia menjadi terasing dari manusia lain 
dan masyarakatnya. Bahkan Islam lebih-lebih lagi melarang manusia bersikap sebaliknya, iaitu 
mengambil semua harta keduniaan dengan menggunakan kuasa, bakat dan kebolehan yang ada 
pada mereka untuk membolot, memonopoli dan mengaut segala kemewahan dan keseronokan 
dunia untuk kepentingannya sendiri hingga hilang perasaan kasih sayang, belas kasihan, dan sikap 
tolong-menolong. Islam menganggap golongan ini sebagai golongan yang zalim, bongkak, cuai, dan 
lalai. Seperti Firman Allah dalam surah Hud 15:16 bermaksud : 
“Barangsiapa mencari hidup keduniaan dan perhiasannya, Kami sempurnakannya pekerjaannya di
dunia mereka tidak mendapat apa-apa di akhirat melainkan neraka. Dan hapuslah segala yang 
mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan. ” 
Dari aspek kebendaan dan pekerjaan umpamanya, manusia mempunyai tugas untuk menyusun dan 
melaksanakannya sejajar dengan peranan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Meskipun 
begitu, sesuatu usaha itu tidak akan bernilai sekiranya usaha itu mengarah kepada sesuatu yang 
menghilangkan keistimewaan manusia atau memutuskan perhubungan manusia dengan 
masyarakatnya. 
KESIMPULAN 
Hanya dengan Islam maka manusia berhak menjadi khalifah di dunia. Tanpa Islam, manusia telah 
menentang dan memberontak terhadap kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah. 
Hanya dengan Islam yang berpandukan kepada dua jenis Ilmu tadi manusia akan mencapai 
kesejahteraan yang menjadi saripati tamadun umat manusia. 
Tanpa ilmu manusia tidak akan mencapai hakikat tamadun kerana antara Islam dengan erti 
kesejahteraan tidak dapat dipisahkan. Hakikat akan lebih jelas dirasakan manakala Allah 
menegaskan kepada umat manusia bahawa Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada alam 
ciptaan-Nya. 
Islam itulah juga fitrah manusia dan fitrah alam semesta. Penafian dan keingkaran manusia kepada 
Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah kemanusiaannya 
yang pasti akan mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia sendiri. 
RUJUKAN 
Ilal al-Fasi. (tanpa tahun). Maqasid as-Syari’ah wa Makarimu-ha. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian 
Islam, Universiti Malaya. 
Afif Abd. Fatah Tabarah (Dr. ) (1992). Nadi Ajaran Islam. Kuala Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam, 
Jabatan Perdana Menteri. 
Mahmud Syahout. (tanpa tahun). Tawjihat al-Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. 
Musa Muhammad (1987). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. 
Haji Muhamad bin Endut. (2000). Pendidikan Islam PMR. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 
Insan dan Manhaj Ketuhanan. (IMK 102). (tanpa tahun). Arau. Pusat Pendidikan Islam, UiTM 
Cawangan Perlis.
FUNGSI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 
Februari 28, 2010 
Oleh : Zaldy Munir 
ALLAH SWT menciptakan alam semesta dan menentukan fungsi- fungsi dari setiap elemen 
alam ini. Mata hari punya fungsi, bumi punya fungsi, udara punya fungsi, begitulah 
seterusnya; bintang-bintang, awan, api, air, tumbuh-tumbuhan dan seterusnya hingga 
makhluk yang paling kecil masing-masing memiliki fungsi dalam kehidupan. Pertanyaan kita 
adalah apa sebenarnya fungsi manusia dalam pentas kehidupan ini? Apakah sama fungsinya 
dengan hewan dan tumbuh-tumbuhan? atau mempunyai fungsi yang lebih istimewa ? 
Bagi seorang atheis, manusia tak lebih dari fenomena alam seperti makhluk yang lain. Oleh 
karena itu, manusia menurut mereka hadir di muka bumi secara alamiah dan akan hilang 
secara alamiah. Apa yang dialami manusia, seperti peperangan dan bencana alam yang 
menyebabkan banyak orang mati, adalah tak lebih sebagai peristiwa alam yang tidak perlu 
diambil pelajaran atau dihubungkan dengan kejahatan dan dosa, karena dibalik kehidupan ini 
tidak ada apa-apa, tidak ada Tuhan yang mengatur, tidak ada sorga atau neraka, seluruh 
kehidupan adalah peristiwa alam. Bagi orang atheis fungsi manusia tak berbeda dengan 
fungsi hewan atau tumbuh-tumbuhan, yaitu sebagai bagian dari alam. 
Bagi orang yang menganut faham sekuler, manusia adalah pemilik alam yang boleh 
mengunakannya sesuai dengan keperluan. Manusia berhak mengatur tata kehidupan di dunia 
ini sesuai dengan apa yang dipandang perlu, dipandang baik dan masuk akal karena manusia 
memiliki akal yang bisa mengatur diri sendiri dan memutuskan apa yang dipandang perlu. 
Mungkin dunia dan manusia diciptakan oleh Tuhan, tetapi kehidupan dunia adalah urusan 
manusia, yang tidak perlu dicampuri oleh agama. Agama adalah urusan individu setiap orang 
yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain apa lagi oleh negara. 
Agama Islam mengajarkan bahwa manusia memiliki dua predikat, yaitu sebagai hamba Allah 
(`abdullah) dan sebagai wakil Allah (khalifatullah) di muka bumi. Sebagai hamba Allah, 
manusia adalah kecil dan tak memiliki kekuasaan. Oleh karena itu, tugasnya hanya 
menyembah kepada-Nya dan berpasrah diri kepada-Nya. Tetapi sebagai khalifatullah, 
manusia diberi fungsi sangat besar, karena Allah Maha Besar maka manusia sebagai wakil- 
Nya di muka bumi memiliki tanggung jawab dan otoritas yang sangat besar. 
Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk 
kesejahteraan umat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Tuhan untuk manusia. 
Sebagai wakil Tuhan manusia juga diberi otoritas ketuhanan; menyebarkan rahmat Tuhan, 
menegakkan kebenaran, membasmi kebatilan, menegakkan keadilan, dan bahkan diberi 
otoritas untuk menghukum mati manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai 
khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi 
kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan 
psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya 
sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, 
disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding 
binatang. 
Fungsi Khalifah
Pada dasarnya, akhlak yang diajarkan Alquran terhadap lingkungan bersumber dari 
fungi manusia sebagai khalifah. Kekhalifahan menuntut adanya interaksi antara manusia 
dengan sesamanya dan manusia terhadap alam. Kekhalifahan mengandung arti pengayoman, 
pemeliharaan, serta pembimbingan, agar setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya. 
Dalam pandangan akhlak Islam, seseorang tidak dibenarkan mengambil buah sebelum 
matang, atau memetik bunga sebelum mekar, karena hal ini berarti tidak memberi 
kesempatan kepada makhluk untuk mencapai tujuan penciptaannya. 
Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, 
dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia 
bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, 
“Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia 
sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh 
Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. 
Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” 
Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik. 
Karena itu dalam Alquran ditegaskan bahwa : 
“Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang 
dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti manusia...” (QS. Al-An’am 
[6] : 38) 
Bahwa semuanya adalah milik Allah, mengantarkan manusia kepada kesadaran bahwa 
apapun yang berada di dalam genggaman tangannya, tidak lain kecuali amanat 
yang harus dipertanggungjawabkan. “Setiap jengkal tanah yang terhampar di bumi, setiap 
angin yang berhembus di udara, dan setiap tetes hujan yang tercurah dari langit akan 
dimintakan pertanggungjawabannya, manusia menyangkut pemeliharaan dan 
pemanfaatannya”, demikian kandungan penjelasan Nabi Saw. tentang firman-Nya dalam 
Alquran 
“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kemikmatan (yang kamu 
peroleh).” (At-Takatsur, [102]: 8) 
Dengan demikian manusia bukan saja dituntut agar tidak alpa dan angkuh terhadap 
sumber daya yang dimilikinya, melainkan juga dituntut untuk memperhatikan apa yang 
sebenarnya dikehendaki oleh Pemilik (Tuhan) menyangkut apa yang berada di sekitar 
manusia. 
“Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta yang berada di antara keduanya, kecuali 
dengan (tujuan) yang hak dan pada waktu yang ditentukan” (QS Al-Ahqaf [46]: 3). 
Pernyataan Allah ini mengundang seluruh manusia untuk tidak hanya memikirkan 
kepentingan diri sendiri, kelompok, atau bangsa, dan jenisnya saja, melainkan juga harus 
berpikir dan bersikap demi kemaslahatan semua pihak. Ia tidak boleh bersikap sebagai 
penakluk alam atau berlaku sewenang-wenang terhadapnya. Memang, istilah penaklukan 
alam tidak dikenal dalam ajaran Islam. Istilah itu muncul dari pandangan mitos Yunani yang 
beranggapan bahwa benda-benda alam merupakan dewa-dewa yang memusuhi manusia 
sehingga harus ditaklukkan.
Yang menundukkan alam menurut Alquran adalah Allah. Manusia tidak sedikit pun 
mempunyai kemampuan kecuali berkat kemampuan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. 
“Mahasuci Allah yang menjadikan (binatang) ini mudah bagi kami, sedangkan kami sendiri 
tidak mempunyai kemampuan untuk itu.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 13) 
Jika demikian, manusia tidak mencari kemenangan, tetapi keselarasan dengan alam. 
Keduanya tunduk kepada Allah, sehingga mereka harus dapat bersahabat. Aquran 
menekankan agar umat Islam meneladani Nabi Muhammad Saw. yang membawa rahmat 
untuk seluruh alam (segala sesuatu). Untuk menyebarkan rahmat itu, Nabi Muhammad Saw. 
bahkan memberi nama semua yang menjadi milik pribadinya, sekalipun benda-benda itu tak 
bernyawa. “Nama” memberikan kesan adanya kepribadian, sedangkan kesan itu 
mengantarkan kepada kesadaran untuk bersahabat dengan pemilik nama. 
Ini berarti bahwa manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Namun pada saat 
yang sama, manusia tidak boleh tunduk dan merendahkan diri kepada segala sesuatu yang 
telah direndahkan Allah untuknya, berapa pun harga benda-benda itu. Ia tidak boleh 
diperbudak oleh benda-benda itu. Ia tidak boleh diperbudak oleh benda-benda sehingga 
mengorbankan kepentingannya sendiri. Manusia dalam hal ini dituntut untuk selalu 
mengingat-ingat, bahwa ia boleh meraih apapun asalkan yang diraihnya serta cara meraihnya 
tidak mengorbankan kepentingannya di akhirat kelak. 
Memanfaatkan Segala Potensi 
Manusia merupakan khalifah di bumi ini, diciptakan oleh Allah dengan berbagai kelebihan 
dan kesempurnaan yang menyertainya. Kita diberi akal pikiran dan juga hawa nafsu sebagai 
pelengkapnya. Manusia telah diberikan berbagai fasilitas di muka bumi sebagai alat 
pemenuhan kebutuhan manusia. Semua yang kita perlukan telah terhampar di alam semesta, 
manusia hanya perlu mengelolanya saja. 
Dalam kelangsungan hidup manusia terjadi berbagai perkembangan di dunia, semakin 
kompleksnya kebutuhan manusia, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, dengan 
terciptanya berbagai mesin-mesin dan berbagai alat komunikasi yang membantu 
meringankan kehidupan dan pekerjaan manusia. Didorong dengan nafsu keserakahannya, 
manusia hanya berusaha untuk memenuhi kebutuhannya, negara hanya berpikir untuk 
memajukan perekonomian dan pembangunan besar-besaran diberbagai sektor, tanpa 
memikirkan dampak lingkungan yang diakibatkan dari apa yang dilakukan manusia. 
Termasuk penduduk Indonesia perilakunya juga seperti itu, bisa dikatakan kepeduliannya 
sangat kecil terhadap lingkungan, ini tidak lepas dari tingkat kesadaran masyarakat dan juga 
desakan ekonomi yang juga menuntut masyarakat berusaha untuk memenuhi kebutuhannya 
tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang diakibatkan. 
Kegiatan manusia di dunia ini banyak menimbulkan masalah bagi lingkungan, erosi tanah, 
polusi udara, banjir, tanah longsor, tanah yang hilang kesuburannya, hilangnya spesies-spesies 
dalam ekosistem, kekeringan, hilangnya biota-biota laut dan yang paling 
memprihatinkan adalah pemanasan suhu global, yaitu peristiwa pemanasan bumi yang 
disebabkan oleh peningkatan ERK (Efek Rumah Kaca) yang disebabkan oleh gas rumah kaca 
(GRK), seperti CO2, CH4, Sulfur dan lain-lain yang menyerap sinar panas atau menyebabkan 
terperangkapnya panas matahari (sinar infra merah). ERK (greenhouse effect) bukan berarti
disebabkan oleh bangunan-bangunan yang berdinding kaca, tapi hanya merupakan istilah 
yang berasal dari para petani di daerah iklim sedang yang menanam tanaman di rumah kaca. 
Global Warming sangat perlu diperhatikan oleh seluruh penduduk dunia, dan termasuk 
didalamnya penduduk Indonesia, dengan bersinergi menurunkan dan memperlambat 
peningkatan greenhouse effect. Langkah-langkah nyata harus dilakukan oleh masyarakat, 
karena sangat besarnya dampak yang diakibatkan oleh pemanasan global bagi kelangsungan 
hidup manusia dan makhluk lain yang hidup di bumi. 
Kita ketahui Indonesia merupakan negara maritim. Pemanasan global yang saat ini terjadi 
akan memicu naiknya suhu atmosfer bumi, dan akan menaikkan permukaaan air laut, yang 
juga didukung oleh pencairan es di kutub bumi. Hal ini dapat memicu tenggelamnya negara 
kita, didahului dengan tenggelamnya ribuan pulau-pulau kecil yang dimiliki Indonesia. Kalau 
pemanasan global tidak cepat ditanggulangi dan membiarkan kegiatan-kegiatan manusia 
yang tidak ramah dengan lingkungan, mungkin beberapa abad lagi negara kita akan 
tenggelam dan berakhirlah peradaban manusia di dunia. 
Seiring pertumbuhan penduduk yang cenderung tidak dapat dikendalikan dan selalu 
menunjukkan peningkatan. Hal ini juga terjadi di Indonesia, akan memicu naiknya 
kebutuhan-kebutuhan manusia seperti pangan, tempat tinggal, listrik, BBM dan banyak 
kebutuhan lainnya. Kesemuanya itu akan meningkatkan kebutuhan manusia akan lahan-lahan 
yang digunakan untuk produksi pertanian, perkebunan, pertambangan, tempat tinggal, jalan-jalan 
dan fasilitas umum. Hal ini tidak bisa dipungkiri, dan akhirnya terjadilah penebangan 
pohon-pohon dan hutan untuk memenuhi kebutuhan untuk bahan baku industri tanpa 
menghiraukan dampak lingkungan yang akan diderita. 
Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, 
dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia 
bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, 
“Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia 
sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh 
Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. 
Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” 
Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik. 
Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk 
kesejahteraan ummat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Allah untuk 
manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia 
memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. 
Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat 
sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi 
manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat 
potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang. *** 
About these ads
( MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH ) 
8.1. PERANAN MANUSIA. 
Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan 
matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT: 
Maksudnya : 
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja 
(sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak 
akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115) 
Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi 
ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah 
kepadaNya. 
8.1 KONSEP MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH. 
8.1.1 Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba. 
Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan 
di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai 
hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua 
keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya. 
Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut. 
Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa 
yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan 
ditanya tentang pengembalaannya.” 
(Muttafaq ‘alaih) 
Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan 
semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan 
selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari 
pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan. 
8.1.2 Manusia Sebagai Khalifah Allah.
Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau 
wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan 
kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah. 
Firman Allah SWT : 
Maksudnya : 
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi 
seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang 
melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis 
dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” 
(Al-Baqarah:30) 
Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab 
tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa. 
8.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA. 
Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi 
perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan 
seperti berikut: 
1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam 
bentuk yang sempurna. 
2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama 
Allah serta ajaran Allah SWT. 
3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan 
memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam 
ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan 
berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran. 
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : 
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan 
(mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada 
segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang 
berjaya. (Ali Imran: 104) 
Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi 
kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan 
tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab. 
4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama 
dengan melaksanakan dua perkara: 
i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah 
SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping 
mempertahankan agamanya dari ancaman musuh. 
ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam 
semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan. 
5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka. 
Firman Allah SWT : 
Maksudnya : 
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang 
bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat 
yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang 
diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At - 
Tahrim : 6) 
Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di 
atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali 
kepada beriman dan beramal soleh.
Antara hamba dan khalifah Allah 
Isu ini telah saya bangkitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 November lalu ketika 
membicarakan seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang 
keperluan memperkasakan sekolah kebangsaan di Malaysia. Hal yang sama juga telah saya sentuh di 
dalam program khas Al-Kulliyyah secara langsung di TV3 juga pada 27 November 2002 ketika 
membicarakan tajuk Islam Serba Indah. 
Saya melihat bahawa sejak lima belas abad kedatangan Islam ke rantau ini, tekanan dan kefahaman 
kita tentang Islam adalah tertumpu sebahagian besarnya kepada amalan ritual, ibadat khusus dan 
fardu ain sahaja. Penumpuan kepada soal ini sememangnya merupakan asas yang penting dan 
utama bagi setiap individu Islam agar asas utama Islam ini menjadi amalan umat keseluruhannya. 
Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila asas amalan Islam ini tidak dilanjutkan lagi ke hadapan, 
iaitu ke satu sasaran yang menjangkaui aspek ibadat khusus dan amalan ritual. Sepatutnya dengan 
perubahan zaman dan keadaan dan kemajuan manusia yang telah begitu jauh terkehadapan, segala 
ajaran Islam juga seharusnya telah dapat meliputi segala aspek kehidupan umat Islam. 
Kita sering memperkatakan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah subhanahu wa taala 
dan fungsi manusia, atau tujuan manusia diciptakan Allah. Mengikut ajaran Islam, manusia dijadikan 
Allah adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah, dan dalam masa yang sama 
menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan membangunkan dunia ini mengikut perintah dan ajaran 
Allah dan Rasul-Nya. 
Allah berfirman: 
Dialah (Allah) yang menjadikan kamu sebagai para khalifah di bumi, dan mengangkat beberapa 
darjat sesetengah kamu di atas sesetengah (yang lain) agar Dia dapat menguji kamu di atas apa yang 
kamu lakukan (Al-An'am, ayat 165). 
Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa makhluk Allah yang bernama manusia ini telah 
diamanahkan oleh Allah agar menjadi khalifah untuk mengatur kehidupan di muka bumi sesuai 
dengan ajaran-Nya. Maka di antara umat manusia itu pula, Allah akan mengangkat darjat mereka 
sesuai dengan apa yang mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab tersebut. 
Maka tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam, mengambil manfaat daripada kejadian langit 
dan bumi, lautan dan daratan, di atas muka bumi dan di dalam perutnya, mentadbir umat manusia 
supaya dapat berfungsi sebagai umat yang berakhlak dan berkemajuan, bertamadun dan berilmu. 
Tugas ini merupakan tanggungjawab manusia ketika diberikan amanah untuk mentadbirkan alam ini 
dengan sebaik-baiknya. 
Segala panduan dan dasar pentadbiran ini telah diterangkan oleh Allah dalam kitab suci al-Quran, 
dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sejarah hidupnya dengan perbuatan dan perkataan 
baginda, serta tingkah laku dan kepimpinan baginda sendiri sepanjang hayat baginda. Di dalam al - 
Quran terdapat penjelasan umum tentang segala sesuatu yang terdapat di atas muka bumi dan alam
sarwajagat ini. Terdapat segala dasar ilmu dunia akhirat yang membuka ruang yang begitu luas tanpa 
sempadan untuk manusia mengkajinya. 
Al-Quran mengajar manusia supaya menjadi umat yang bertamadun, berilmu pengetahuan, menjadi 
hamba Allah yang dapat berfikir, berperanan sebagai makhluk yang dapat mengambil faedah 
daripada segala kejadian-Nya, sehingga ruang lingkup rahsia kejadian Allah dan kurniaan-Nya 
menjelma menjadi bidang ilmu yang seharusnya dikuasai manusia, dan bidang ilmu inilah yang 
kemudiannya menjelma dalam era maju manusia menjadi ilmu teknologi, pengurusan, ekonomi, 
kemanusiaan, perusahaan, pembuatan dan sains. 
Inilah sebahagian daripada peranan yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini dan 
seharusnya ditunaikan atas sifatnya sebagai khalifah Allah. Umat yang diamanahkan menjadi 
khalifah ini seharusnya dapat menjadi pemimpin manusia lain dalam merealisasikan ajaran Allah dan 
melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan mereka sendiri serta memandu manusia yang lain 
dalam mencipta kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. 
Dalam konteks inilah juga penegasan Allah tentang kebangkitan umat sebagai umat terbaik untuk 
menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar merupakan satu panduan yang perlu 
dimanifestasikan di dalam kehidupan mereka ketika menjalankan amanah yang 
dipertanggungjawabkan itu. 
Memandangkan realiti umat Islam pada hari ini, nampaknya harapan agar umat Islam menjadi 
khalifah Allah bagi menjalankan peranannya sebagai pemegang amanah mentadbirkan alam ini 
menurut ajaran Islam tidak terlaksana, malahan agak jauh terlepas daripada tangan mereka. Umat 
Islam kini bukan menjadi pemimpin alam, tetapi menjadi umat yang dipimpin dan diheret ke sana ke 
mari mengikut kuasa pengembala alam yang terdiri daripada manusia dan umat lain yang selama ini 
telah memanfaatkan segala kejadian Allah dan memainkan peranan mereka untuk menguasai segala 
ilmu yang membawa kepada kuasa kepimpinannya. 
Umat Islam dalam sejarahnya yang panjang hanya dapat mengecap tamadun dan ketinggian 
peradabannya dalam masa yang agak singkat, iaitu ketika tamadun dan ilmu pengetahuan Islam itu 
telah memartabatkan umat menjadi pemimpin dunia di Timur dan di Barat dengan tersebarnya 
tamadun Islam dan ilmu pengetahuannya yang tinggi, sehingga umat Islam pada ketika itu menjadi 
penyumbang yang besar terhadap tamadun alam ini. 
Setelah itu umat Islam mundur ke belakang, dan menjadi umat yang dipimpin oleh penjajahan 
mental dan fizikal Barat, menjadi umat yang ditindas dan diperlakukan sebagai manusia serba lemah 
dan mundur. 
Maka tidak hairanlah setelah sekian lama kita menerima Islam, termasuk di daerah kita dan alam 
nusantara ini, kita telah menjadi umat yang keliru dan sempit kefahamannya tentang Islam itu 
sendiri. Selama berabad-abad lamanya kita nampaknya menumpukan perhatian dan kerja kita 
memahami ritual dan ibadat dalam skopnya yang terbatas. Kita lebih banyak bertindak untuk 
memahami peranan kita sebagai hamba Allah dengan menumpukan kefahaman dan amalan kita 
dalam melakukan ibadat khusus bagi membina hubungan kita dengan Allah.
Pengisian 
Sedangkan kita semua memahami tugas kita sebagai hamba dan khalifah Allah. Maka sebahagian 
besar tugas kita sebagai khalifah untuk mentadbir dan menguasai alam ini dalam aspek yang lebih 
luas dan bermakna tidak kita periksa dan laksanakan. 
Segala saluran pendidikan, formal atau tidak formal nampaknya diisikan dengan ilmu pengetahuan 
yang amat sempit, dan terlalu lemah untuk mendidik manusia menjadi khalifah di alam ini. Selama 
berabad-abad penumpuan kita di dalam pendidikan yang dikatakan ``pendidikan Islam'' atau 
``pendidikan agama'' itu hanya tertumpu kepada beberapa bidang pengisian yang terhad dan 
sempit. Yang lebih mendukacitakan pula ialah dalam masa yang sama segala pengisian ilmu 
pengetahuan ciptaan akal fikiran manusia yang merupakan ilmu peralatan untuk memakmurkan 
alam ini dikira sebagai ilmu dunia yang terkeluar daripada pembicaraan Islam. 
Ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan dulu, banyak negara Islam yang 
menyatakan pandangannya bahawa UIAM bukanlah merupakan sebuah universiti Islam kerana 
universiti itu memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti ekonomi, undang-undang, 
kemudiannya seni bina, kejuruteraan dan sebagainya. Kekeliruan ini berlaku kerana skop kefahaman 
umat Islam tentang universiti Islam ialah sebuah universiti yang menumpukan disiplin ilmunya 
kepada pengajaran syariah, usuluddin, bahasa Arab dan sebagainya dalam kefahaman tradisional 
yang menjadi anutan umat Islam selama ini. Maka mana-mana universiti yang menjurus kepada 
bidang ilmu akli dianggap bukanlah merupakan pusat pengajian yang berbentuk Islam, walaupun 
falsafah pengajiannya adalah menurut falsafah dan konsep ilmu seperti yang dikehendaki I slam itu 
sendiri misalnya seperti falsafah penubuhan UIAM. 
Kita sepatutnya menyedari bahawa makhluk rohani tidak dapat menjadi khalifah Allah untuk 
mentadbirkan alam ini. Makhluk seperti manusia yang merangkumi peranan kerohanian, kebendaan, 
fizikal dan akal inilah yang seharusnya menjadi khalifah Allah. Kerana itulah, pada pandangan saya, 
ketika para malaikat membantah kehendak Allah agar dilantik manusia untuk menjadi khalifah di 
atas muka bumi ini atas alasan bahawa merekalah yang selayaknya menjadi khalifah, atas dasar 
bahawa merekalah yang sentiasa mensucikan Allah, maka Allah memberitahu mereka bahawa Allah 
lebih mengetahui tentang perkara ini lebih daripada apa yang mereka ketahui. 
Hal ini mempunyai hubungan dengan kefahaman dan tanggapan umat Islam pada hari ini tentang 
skop pendidikan dan agenda mereka untuk menjadi pentadbir alam ini. Kefahaman ini amat 
mengongkong akal fikiran. 
Hal yang sama sebenarnya dapat kita fahami pada masa ini ketika kefahaman kita tentang sekolah 
agama, pusat pengajian agama dan sebagainya telah disempitkan bidang pengajiannya. Ramai yang 
merasakan bahawa ``agama'' itu telah terkongkong dalam sempadan yang amat sempit. 
Tetapi bila menyebut hal ini, saya tidaklah mempersoalkan tentang bidang pengajian agama yang 
menjadi asas setiap individu dalam urusan ibadat format dan fardu ain. Malah asas itu perlulah 
diperkasakan dan diperkuatkan dalam setiap individu Islam di semua peringkat dan institusi.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimanakah perjalanan kita dalam jalan yang sempit dan 
terhad itu dapat kita panjangkan dan perluaskan lagi agar mencakupi matlamat yang lebih besar 
dalam kehidupan kita, iaitu kita di samping menjadi hamba Allah yang baik, taat dan patuh kepada 
Allah dalam amal ibadat, akan juga dapat menjalankan peranan kita sebagai khalifah-Nya yang dapat 
menguasai alam ini dalam semua ilmu, kecekapan dan kemampuan semasa. 
Kalau matlamat ini dapat difahami dan akhirnya dicapai oleh umat Islam, pada masa itu barulah 
dapat kita laung-laungkan dengan sekeras-keras suara bahawa kita adalah umat yang berperanan 
sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. 
Posted by mfrstudio at 8:39 AM

More Related Content

What's hot

Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanUzairi Azali
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatHidayat Shafie
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Nur Nashwa Alia binti Khairudin
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHanuar2u
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisBudak Baik
 
Islam sebagai ad din
Islam sebagai ad dinIslam sebagai ad din
Islam sebagai ad dinsafwanpbs
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusiaDya Imani
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Andalusia
AndalusiaAndalusia
Andalusiaziboqx
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Khairul Anwar
 

What's hot (20)

Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
 
Bab 3
Bab 3 Bab 3
Bab 3
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 11 (Sifat Ma'ani)
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 11 (Sifat Ma'ani)BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 11 (Sifat Ma'ani)
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 11 (Sifat Ma'ani)
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Islam sebagai ad din
Islam sebagai ad dinIslam sebagai ad din
Islam sebagai ad din
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusia
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Andalusia
AndalusiaAndalusia
Andalusia
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 

Similar to KhalifahManusia

( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI
( Projek )  SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI( Projek )  SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMIMuhd Shafiq
 
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...Muhd Shafiq
 
Konsep politik islam
Konsep politik islamKonsep politik islam
Konsep politik islamujang77
 
Status dan kewajiban manusia 2
Status dan kewajiban manusia 2Status dan kewajiban manusia 2
Status dan kewajiban manusia 2Andre Ace
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah m10ehebat
 
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165Ali Murfi
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizulDania Azmy
 
Hakikat Manusia Dalam Islam
Hakikat Manusia Dalam IslamHakikat Manusia Dalam Islam
Hakikat Manusia Dalam IslamAli Sakir
 
Tugas qur'an hadits kelompok 2
Tugas qur'an hadits kelompok 2Tugas qur'an hadits kelompok 2
Tugas qur'an hadits kelompok 2ria210
 
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptx
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptxPPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptx
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptxLINDASEPTIANA9
 
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptx
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptxKEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptx
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptxDeddyBrata2
 
Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi
Manusia sebagai Khalifah di Muka BumiManusia sebagai Khalifah di Muka Bumi
Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumifiqihku
 
Agama dan manusia
Agama dan manusiaAgama dan manusia
Agama dan manusiaAan Editing
 

Similar to KhalifahManusia (20)

( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI
( Projek )  SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI( Projek )  SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI
 
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...
( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI AT...
 
Konsep politik islam
Konsep politik islamKonsep politik islam
Konsep politik islam
 
Khilafah
KhilafahKhilafah
Khilafah
 
Status dan kewajiban manusia 2
Status dan kewajiban manusia 2Status dan kewajiban manusia 2
Status dan kewajiban manusia 2
 
Khalifah
KhalifahKhalifah
Khalifah
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah
 
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 30 dan Surat Al-An'am ayat 165
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul
 
Hakikat Manusia Dalam Islam
Hakikat Manusia Dalam IslamHakikat Manusia Dalam Islam
Hakikat Manusia Dalam Islam
 
Tugas qur'an hadits kelompok 2
Tugas qur'an hadits kelompok 2Tugas qur'an hadits kelompok 2
Tugas qur'an hadits kelompok 2
 
Modul 7 kb 4
Modul 7 kb 4Modul 7 kb 4
Modul 7 kb 4
 
31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin
 
31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin
 
31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin31644952 sifat-sifat-pemimpin
31644952 sifat-sifat-pemimpin
 
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptx
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptxPPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptx
PPT PAI KEMULIAAN KEDUDUKAN MANUSIA.pptx
 
Agama , haris
Agama , harisAgama , haris
Agama , haris
 
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptx
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptxKEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptx
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM.pptx
 
Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi
Manusia sebagai Khalifah di Muka BumiManusia sebagai Khalifah di Muka Bumi
Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi
 
Agama dan manusia
Agama dan manusiaAgama dan manusia
Agama dan manusia
 

KhalifahManusia

  • 1. Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi PENDAHULUAN. Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al- Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi. Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan. Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut. Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang
  • 2. diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU. Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu asas terpenting untuk melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda bagi di pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan. Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah s.w.t. ialah:- a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam benda(e) Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31; 'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya' Definisi khalifah Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 24:55) Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah. Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu. Maksud khalifah menurut bahasa Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c) 1. Menggantikan orang yang tiada. 2. Menggantikan orang yang telah mati. 3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya. 4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. Maksud khalifah menurut istilah Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini
  • 3. dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain. Pemilihan menjadi khalifah Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah Al-anam ayat 165) Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana. Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari otaknya yang membuat satu pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t. Dengan akal yang diberikan Allah s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai pewaris Allah s.w.t. di muka bumi dan cuba mengatasi tentangan kehidupan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Bagi seorang khalifah, dia perlulah memikirkan keputsan yang terbaik dan memilih tindakan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Jika penggunaan akal yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya ianya akan membuatkan manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni malaikat. Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di tanya oleh malaikat kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut, yang bermaksud:- ' Ingatlah, " Firman Allah s.w.t. kepada malaikat, " Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, " Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engakau ketahui". (surah al-Baqarah ayat 30) Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan dengan kekuatan kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah menurut syariat bagi menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah yang berdasarkan kesepakatan dan permusyawaratan para ahli fikir yang memeng patut di ajak bermusyawarah. Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik untuk memelih khalifah ialah dengan cara rakyat yang meletakkan kendali pemerintahan, setelah permusyawaratan mereka, mereka akan memilih seseorang yang mereka anggap paling tepat untuk memimpin umat dan patut menggendalikannya.
  • 4. Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang yang zalim, fasik, fajir*, lalai akan Allah s.w.t. , melanggar batasan-batasan-Nya tetapi mereka haruslah terdiri atas orang-orang mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shaad ayat 28, bermaksud: 'Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti orang-orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami jadikan orang-orang yang taqwa(baik) seperti orang-orang yang fasik(jahat)? Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh atau dungu, tapi haruslah orang-orang yang berilmu, berakal, sihat, memiliki kecerdasan, kearifan, kemamapuan intelektual dan fasik untuk memerintah roda khalifah dan mengikut tanggungjawabnya. Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin) Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk menduduki jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi s.a.w. Dan penduduk kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, tanpa paksaan ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. , kemudian berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah s.w.t. , telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak mengangkat seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. " Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)". Ketika Umar bin Khattab pada saat menlaksanakan haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan kehendak mereka atas rakyat". Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan kondisi yang telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. Sekiranya kami meningalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya sebab keduanya terancam akan di bunuh. Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian mengangkat suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa bermusyawarah dengan kaum muslimin maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan
  • 5. suatu keputusan yang mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat. Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling siapakah yang lebih dapat di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum bahawa kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu pertamuan umum. Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah s.w.t. jika di bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat. Antara kelebihannya ialah:- 1. Keseimbangan kejadian 2. Anugerah akal fikiran 3. Memiliki ilmu pengetahuan Keseimbangan kejadian manusia Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di berikan oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah. Firman-Nya dalam surah as-Sajdah 32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah” Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani menjadikan manusia amat berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah bumi. Keelokkan kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota dan fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di fungsikan sebaik mungkin oleh generasi manusia. Anugerah akal fikiran Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9, bermaksud: 'Kemudian Dia sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan untukmu pendengaran, penglihatan, dan hati(tetapi kebanyakan) kamu amat sedikit bersyukur’ Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, susunana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang lain.
  • 6. Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang sepatutnya agar manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t. Batasan kemampuan akal akan diatasi oleh wahyu agar manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan lebih berpedoman dan jayanya. Memiliki ilmu pengetahuan Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud: 'Dan Dia(Allah) mengajar kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah kepada-Ku nam benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar". Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri yang dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang menciptakannya. Panduan akal dan wahyu merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki. Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat memikul tanggungjawab dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus yang perlu berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah mempunyai ukhuwah yang kuat supaya masyarakat yang dipimpinnya akan hormat dan memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum dalam surah Shaad ayat 20, yang bermaksud: ' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya nikmat dan lidah yang fasih( kata putus)' Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang bermaksud: ' Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang yang bersaudara dan takutlah kepada Allah s.w.t. , mudah-mudahan kamu mendapat rahmat’ Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman Rasulullah s.a.w. iaitu semasa baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah. Semasa berhijrah meraka menolong antara satu sama lain walaupun mereka tidak kenal. Oleh itu, sebagai seorang khalifah haruslah menolong saudara mereka dengan hati yang ikhlas dan jangan biarkan mereka dalam kemurkaan dan kebinasaan. Kita juga haruslah tidak melepaskan hajat saudara kita dan perlulah bantu hingga hajatnya tercapai dengan amanah dan jujur. Khalifah dan Perubahan Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi perubahan bersama perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya perubahan yang di lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan serta perlulah memepunyai ciri-ciri aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza daripada aliran perubahan yang lain di dunia. Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi material atau fizikal sahaja tetapi ianya merangkumi semua sudut kehidupan manusia iaitu dari segi sosial, ekonomi, politik, aqidah, tabiat dan tingkah laku masyarakat seluruhnya. Perubahan Islam itu mestilah dengan persiapan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat madani
  • 7. sebenar di atas asas-asas yang kukuh. Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan menuju kepada kebaikan dengan menggunakan jalan keburukan atau menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kejayaan. Perubahan-perubahan ke arah kemajuan yang Rabbani tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya perubahan tersebut adalah meruntuhkan jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip. Maka ianya secara menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan manusia sebagai khalifah di bumi. Kesimpulan Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah allah s.w.t. di Muka Bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya. Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik. Ini kerana kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu memerintah dengan cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di perintahnya juga menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat yang berdisplin serta mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal. Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak pandai supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah faktor yang penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan satu bonus terhadapnya supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang berkaitan. Ustaz Abd Aziz bin Harjin Pensyarah Universiti Teknologi MARA Perlis 02600 Arau, Perlis MALAYSIA HP: 013-4006206 PJ: 04-9882701 RU: 04-9882597
  • 8. Manusia Sebagai Khalifah Allah - MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH S. W. T Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan kepada manusia. Sebaliknya, gelaran sebagai hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah sendiri dalam Al -Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada setiap Nabi dan Rasul. Al-Quran juga menyatakan bahawa maksud ‘ISLAM’ itu ialah “tunduk dan patuh kepada Allah. [1] Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: “Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya. ” Tugas manusia sebagai khalifah kepada Allah Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menyentuh soal pentadbiran sesama manusia yang memerlukan satu sistem tauhid. Penjelasan pendek mulai akan membawa kepada ketiadaan ketaatan seseorang manusia yang lain. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas dan konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang sebenarnya hamba kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas / amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lainnya, iaitu tugas Khlifahtullah di muka bumi. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah 2 : 30 bermaksud : Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah. “ Manusia sebagai hamba Allah boleh dilantik untuk memegang jawatan khalifah Allah. Dan perlantikan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hambaNya, manusia adalah lebih hampir kepada Allah yang melantiknya iaitu tentang sifat-sifatNya kerana biasanya yang dilantik itu ialah orang yang lebih hampir kepada yang melantik demi untuk menjadi penggantinya. Sebagai hakikat, hambaNya dan khalifahNya, maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan. Sebaliknya manusia hanyalah menerima, menyampaikan dan melaksanakan apa yang telah termaktub dan tertulis. Tugas khalifah yang dipertanggungjawabkan kebahu manusia merupakan suatu penghormatan dan amanah yang amat berat untuk dipikul oleh seluruh generasi manusia sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Ahzab 33: 72 bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat (kebanyakan) manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga) jahil. “ Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak diberikan
  • 9. kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Dari sini dapat diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah. Seterusnya bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah. Namun dari segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak. Oleh kerana itu, manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah, dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah dalam keempat-empat ciri itu iaitu :[2] *Syariat *Akhlak *Akidah *Ibadah Maksud khalifah menurut bahasa Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat : Al -Siyadah @ ketuanan “Sifat ini diakui oleh Allah dalam Al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci Al-Quran untuk menjadi”Tuan”ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi ini. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah tersebut. Khalifah berasal dari kata “ khalafa” bererti ganti ; iaitu seseorang menggantikan seseorang yang lain sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya semasa ketiadaannya. Tugas khalifah merangkumi : -Menggantikan orang yang telah mati. -Menggantikan orang yang telah tiada -Mengambil alih tempat bagi orang yang tidak mampu menjalankan sesuatu tugas -Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. -[3] Maksud khalifah menurut istilah Menurut istilah, khalifah ialah manusia turun-temurun yang telah dipilih oleh Allah SWT. sebagai penggantiNya untuk mentadbir, mengurus, dan memulihara serta memakmurkan alam ini sebagai amanah Allah SWT. dengan menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaik-baiknya. Kesimpulannya, khalifah merupakan suatu tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepada seti ap manusia sebagai wakil-Nya untuk memulihara dan memakmurkan alam ini berdasarkan syariah-Nya. Kriteria utama sebagai khalifatullah Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khalifatullah di muka bumi maka manusia itu tadi tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang dan melawan, menderhaka, dan memberontak kepada Allah, kepada kekuasaan Allah, kepada
  • 10. pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman Allah, alangkah betapa kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan Firman Allah dalam Surah al-An’am 1: 49 bermaksud : “Tidakkah mereka melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak Kami berikan kepada Kamu. Kami turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain”. Dari sini jelaslah apa yang telah ditegaskan dahulu bahawa bukannya setiap hamba Allah itu dengan sendirinya atau semestinya menjadi khalifah. Walaupun manusia itu pada hakikatnya hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Al lah dalam hidupnya maka dengan sendiri ia bukan khalifah Allah. Jadi manusia yang layak menjadi khalifah Allah ialah manusia yang menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian iaitu konsep pengabdian diri kepada Allah. [4] 1) Memiliki ilmu pengetahuan Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnya itu, maka manusia memerlukan “ILMU”. Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa salah satu dari asas terpenting untuk melaksanakan tugas khalifah ialah ILMU. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda demi untuk menguasai alam ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan. [5] Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut bererti telah mengubah kedudukannya yang tabii dan semulajadi, yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan, kerosakan, dan kefasadan kerana ilmu yang selayaknya menjadi”Nur” atau cahaya sudah bertukar corak kepada ilmu yang menjadi “Api” yang membahang yang memusnahkan manusia dan tamadunnya. Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas sebagai khalifah yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah yang telah meletakkan tugas/ amanah khalifah. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya berkaitan dengan alam tabii dan fizikal malah ia merangkumi : (i) Ilmu tentang alam syahadah (ii) Ilmu tentang alam ghaib (iii) Ilmu tentang alam fizik
  • 11. (iv) Ilmu tentang alam metafizik (ghaib) (v) Ilmu tentang alam benda (vi) Ilmu tentang Pencipta alam benda. Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT. dalam surah al -Baqarah 2 : 31 bermaksud : Dan Dia (Allah) telah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, yang kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman : “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang yang benar. ” Selain dari firman di atas, Allah juga telah berfirman di dalam surah al-Rahman 1:4 yang bermaksud : “ (Tuhan) yang Amat Pemurah serta melimpah-melimpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dialah yang mencipta manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima penyataan. ” 2) Pengabdian kepada Allah SWT. dan Pembangunan Bumi Islam telah menentukan tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan hubungan antara manusia dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Kita dapati banyak ayat Al - Quran yang memaparkan hubungan ini seperti Firman Allah SWT. dalam surah al -Zariyat 56 : 57 bermaksud : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga Aku meminta mereka memberi Aku makan. “ Al-Ustaz ‘Ilal al-Fasi menerangkan maksud hubungan ini, katanya : “Sesungguhnya Tuhan menjadikan ibadat sebagai hikmat kepada kejadian manusia tetapi ibadat itu bukan bermakna memisahkan manusia dari bekerja atau menyisih diri dari hal-hal keduniaan, yang tidak sesuai dengan risalah Tuhan yang menghendaki manusia memakmurkan muka bumi dan menyebarkan hokum-hukum Tuhan serta peraturannya selaras dengan kehendak syariat, bahkan manusia itu sendiri bertanggungjawab mempelajari hokum Allah, sebelum mempelajari sesuatu yang lain. ”[6] Demikian juga manusia hendaklah memahami bahawa Allah tidak meredhai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri mereka di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat dan bermunajat di mana-mana sahaja ; di kebun, di tempat-tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana sahaja kerana semua munajat itu dapat di dengar oleh Allah dan dengan cara itu juga manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT. [7] Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali.
  • 12. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih berada di alam roh lagi. Hal ini diceritakan oleh Al-Quran sebagaimana Firman Allah SWT. dalam surah al-A’raf, ayat 172 bermaksud : “Bukankah Aku Tuhan kamu ? “ Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat : Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini. ” Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar manusia sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dalam ayat-ayat Al-Quran berikut yang bermaksud : Firman Allah SWT. dalam surah Hud ayat 61 bermaksud : “Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di. dalamnya. ” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah 30 : 32 bermaksud : “ (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka : Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada malaikat, lalu Allah berfirman : Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika kamu yang benar. Jawab mereka : Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ” Allah SWT menciptakan alam seperti langit, bumi, tumbuhan, binatang, dan sebagainya untuk kepentingan dan kemudahan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 10 bermaksud: “Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di antaranya untuk tumbuh-tumbuhan ; di sana kamu mengembala ternakan. ” Semua kemudahan tersebut hanya diberikan kepada manusia berbanding makhluk Allah SWT. yang lain dengan objektif yang khusus iaitu melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi. [8] Firman-Nya dalam surah al-Isra’ 17 : 70 bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami telah berikan kenderaan di daratan dan lautan serta rezeki yang baik-baik kepada mereka, dan telah Kami lebihkan dengan sesungguhnya dari kebanyakan (makhluk lain) yang telah Kami jadikan. Segala kemudahan yang diberikan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bersyukur di
  • 13. atas segala kurniaan-Nya. Seperti dalam Firman Allah SWT. dalam surah al-Nahl ayat 14 yang bermaksud : “Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal layar di laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu bersyukur. ” 3) Anugerah Akal Fikiran Imam Syairazi mentakrifkan akal merupakan satu sifat di mana dengannya kita dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Manakala Ahli Sunnah Wal -Jamaah pula memberi pendapat bahawa akal merupakan satu cahaya rohani yang dengannya jiwa dapat mencapai ilmu-ilmu yang bersifat dharuri dan nazari. [9] Manusia menggunakan akal fikiran untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih jauh lagi. Manusia mampu melakukan pemikiran untuk memikirkan perkara yang akan datang dengan mengkaji sejarah masa silam, dengan itu manusia boleh mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. [10] Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran untuk memperhambakan diri kepada penciptanya iaitu Allah. Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk mengimarahkan bumi ini sesuai dengan tujuan ia dijadikan oleh Allah SWT. sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : “Dan tidak sekali-sekali Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. ” Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk memahami kebesaran Allah sesungguhnya telah meletakkan dirinya lebih rendah daripada taraf binatang kerana manusia memiliki kemampuan akal yang tinggi sedangkan binatang memang tidak berakal atau memiliki akal bertaraf rendah. Pengurusan Sebagai Khalifah Dalam Islam Sebagai seorang khalifah, Islam tidak menggalakkan umatnya menyisihkan diri dari urusan-urusan keduniaan atau bersikap memadai dengan apa yang ada, lebih-lebih lagi Islam melarang manusia bersikap memutuskan hubungan dengan keduniaan sehingga ia menjadi terasing dari manusia lain dan masyarakatnya. Bahkan Islam lebih-lebih lagi melarang manusia bersikap sebaliknya, iaitu mengambil semua harta keduniaan dengan menggunakan kuasa, bakat dan kebolehan yang ada pada mereka untuk membolot, memonopoli dan mengaut segala kemewahan dan keseronokan dunia untuk kepentingannya sendiri hingga hilang perasaan kasih sayang, belas kasihan, dan sikap tolong-menolong. Islam menganggap golongan ini sebagai golongan yang zalim, bongkak, cuai, dan lalai. Seperti Firman Allah dalam surah Hud 15:16 bermaksud : “Barangsiapa mencari hidup keduniaan dan perhiasannya, Kami sempurnakannya pekerjaannya di
  • 14. dunia mereka tidak mendapat apa-apa di akhirat melainkan neraka. Dan hapuslah segala yang mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan. ” Dari aspek kebendaan dan pekerjaan umpamanya, manusia mempunyai tugas untuk menyusun dan melaksanakannya sejajar dengan peranan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Meskipun begitu, sesuatu usaha itu tidak akan bernilai sekiranya usaha itu mengarah kepada sesuatu yang menghilangkan keistimewaan manusia atau memutuskan perhubungan manusia dengan masyarakatnya. KESIMPULAN Hanya dengan Islam maka manusia berhak menjadi khalifah di dunia. Tanpa Islam, manusia telah menentang dan memberontak terhadap kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah. Hanya dengan Islam yang berpandukan kepada dua jenis Ilmu tadi manusia akan mencapai kesejahteraan yang menjadi saripati tamadun umat manusia. Tanpa ilmu manusia tidak akan mencapai hakikat tamadun kerana antara Islam dengan erti kesejahteraan tidak dapat dipisahkan. Hakikat akan lebih jelas dirasakan manakala Allah menegaskan kepada umat manusia bahawa Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada alam ciptaan-Nya. Islam itulah juga fitrah manusia dan fitrah alam semesta. Penafian dan keingkaran manusia kepada Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah kemanusiaannya yang pasti akan mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia sendiri. RUJUKAN Ilal al-Fasi. (tanpa tahun). Maqasid as-Syari’ah wa Makarimu-ha. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Afif Abd. Fatah Tabarah (Dr. ) (1992). Nadi Ajaran Islam. Kuala Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Mahmud Syahout. (tanpa tahun). Tawjihat al-Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Musa Muhammad (1987). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Haji Muhamad bin Endut. (2000). Pendidikan Islam PMR. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Insan dan Manhaj Ketuhanan. (IMK 102). (tanpa tahun). Arau. Pusat Pendidikan Islam, UiTM Cawangan Perlis.
  • 15. FUNGSI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI Februari 28, 2010 Oleh : Zaldy Munir ALLAH SWT menciptakan alam semesta dan menentukan fungsi- fungsi dari setiap elemen alam ini. Mata hari punya fungsi, bumi punya fungsi, udara punya fungsi, begitulah seterusnya; bintang-bintang, awan, api, air, tumbuh-tumbuhan dan seterusnya hingga makhluk yang paling kecil masing-masing memiliki fungsi dalam kehidupan. Pertanyaan kita adalah apa sebenarnya fungsi manusia dalam pentas kehidupan ini? Apakah sama fungsinya dengan hewan dan tumbuh-tumbuhan? atau mempunyai fungsi yang lebih istimewa ? Bagi seorang atheis, manusia tak lebih dari fenomena alam seperti makhluk yang lain. Oleh karena itu, manusia menurut mereka hadir di muka bumi secara alamiah dan akan hilang secara alamiah. Apa yang dialami manusia, seperti peperangan dan bencana alam yang menyebabkan banyak orang mati, adalah tak lebih sebagai peristiwa alam yang tidak perlu diambil pelajaran atau dihubungkan dengan kejahatan dan dosa, karena dibalik kehidupan ini tidak ada apa-apa, tidak ada Tuhan yang mengatur, tidak ada sorga atau neraka, seluruh kehidupan adalah peristiwa alam. Bagi orang atheis fungsi manusia tak berbeda dengan fungsi hewan atau tumbuh-tumbuhan, yaitu sebagai bagian dari alam. Bagi orang yang menganut faham sekuler, manusia adalah pemilik alam yang boleh mengunakannya sesuai dengan keperluan. Manusia berhak mengatur tata kehidupan di dunia ini sesuai dengan apa yang dipandang perlu, dipandang baik dan masuk akal karena manusia memiliki akal yang bisa mengatur diri sendiri dan memutuskan apa yang dipandang perlu. Mungkin dunia dan manusia diciptakan oleh Tuhan, tetapi kehidupan dunia adalah urusan manusia, yang tidak perlu dicampuri oleh agama. Agama adalah urusan individu setiap orang yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain apa lagi oleh negara. Agama Islam mengajarkan bahwa manusia memiliki dua predikat, yaitu sebagai hamba Allah (`abdullah) dan sebagai wakil Allah (khalifatullah) di muka bumi. Sebagai hamba Allah, manusia adalah kecil dan tak memiliki kekuasaan. Oleh karena itu, tugasnya hanya menyembah kepada-Nya dan berpasrah diri kepada-Nya. Tetapi sebagai khalifatullah, manusia diberi fungsi sangat besar, karena Allah Maha Besar maka manusia sebagai wakil- Nya di muka bumi memiliki tanggung jawab dan otoritas yang sangat besar. Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan umat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Tuhan untuk manusia. Sebagai wakil Tuhan manusia juga diberi otoritas ketuhanan; menyebarkan rahmat Tuhan, menegakkan kebenaran, membasmi kebatilan, menegakkan keadilan, dan bahkan diberi otoritas untuk menghukum mati manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang. Fungsi Khalifah
  • 16. Pada dasarnya, akhlak yang diajarkan Alquran terhadap lingkungan bersumber dari fungi manusia sebagai khalifah. Kekhalifahan menuntut adanya interaksi antara manusia dengan sesamanya dan manusia terhadap alam. Kekhalifahan mengandung arti pengayoman, pemeliharaan, serta pembimbingan, agar setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya. Dalam pandangan akhlak Islam, seseorang tidak dibenarkan mengambil buah sebelum matang, atau memetik bunga sebelum mekar, karena hal ini berarti tidak memberi kesempatan kepada makhluk untuk mencapai tujuan penciptaannya. Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, “Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik. Karena itu dalam Alquran ditegaskan bahwa : “Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti manusia...” (QS. Al-An’am [6] : 38) Bahwa semuanya adalah milik Allah, mengantarkan manusia kepada kesadaran bahwa apapun yang berada di dalam genggaman tangannya, tidak lain kecuali amanat yang harus dipertanggungjawabkan. “Setiap jengkal tanah yang terhampar di bumi, setiap angin yang berhembus di udara, dan setiap tetes hujan yang tercurah dari langit akan dimintakan pertanggungjawabannya, manusia menyangkut pemeliharaan dan pemanfaatannya”, demikian kandungan penjelasan Nabi Saw. tentang firman-Nya dalam Alquran “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kemikmatan (yang kamu peroleh).” (At-Takatsur, [102]: 8) Dengan demikian manusia bukan saja dituntut agar tidak alpa dan angkuh terhadap sumber daya yang dimilikinya, melainkan juga dituntut untuk memperhatikan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Pemilik (Tuhan) menyangkut apa yang berada di sekitar manusia. “Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta yang berada di antara keduanya, kecuali dengan (tujuan) yang hak dan pada waktu yang ditentukan” (QS Al-Ahqaf [46]: 3). Pernyataan Allah ini mengundang seluruh manusia untuk tidak hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, kelompok, atau bangsa, dan jenisnya saja, melainkan juga harus berpikir dan bersikap demi kemaslahatan semua pihak. Ia tidak boleh bersikap sebagai penakluk alam atau berlaku sewenang-wenang terhadapnya. Memang, istilah penaklukan alam tidak dikenal dalam ajaran Islam. Istilah itu muncul dari pandangan mitos Yunani yang beranggapan bahwa benda-benda alam merupakan dewa-dewa yang memusuhi manusia sehingga harus ditaklukkan.
  • 17. Yang menundukkan alam menurut Alquran adalah Allah. Manusia tidak sedikit pun mempunyai kemampuan kecuali berkat kemampuan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. “Mahasuci Allah yang menjadikan (binatang) ini mudah bagi kami, sedangkan kami sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk itu.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 13) Jika demikian, manusia tidak mencari kemenangan, tetapi keselarasan dengan alam. Keduanya tunduk kepada Allah, sehingga mereka harus dapat bersahabat. Aquran menekankan agar umat Islam meneladani Nabi Muhammad Saw. yang membawa rahmat untuk seluruh alam (segala sesuatu). Untuk menyebarkan rahmat itu, Nabi Muhammad Saw. bahkan memberi nama semua yang menjadi milik pribadinya, sekalipun benda-benda itu tak bernyawa. “Nama” memberikan kesan adanya kepribadian, sedangkan kesan itu mengantarkan kepada kesadaran untuk bersahabat dengan pemilik nama. Ini berarti bahwa manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Namun pada saat yang sama, manusia tidak boleh tunduk dan merendahkan diri kepada segala sesuatu yang telah direndahkan Allah untuknya, berapa pun harga benda-benda itu. Ia tidak boleh diperbudak oleh benda-benda itu. Ia tidak boleh diperbudak oleh benda-benda sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri. Manusia dalam hal ini dituntut untuk selalu mengingat-ingat, bahwa ia boleh meraih apapun asalkan yang diraihnya serta cara meraihnya tidak mengorbankan kepentingannya di akhirat kelak. Memanfaatkan Segala Potensi Manusia merupakan khalifah di bumi ini, diciptakan oleh Allah dengan berbagai kelebihan dan kesempurnaan yang menyertainya. Kita diberi akal pikiran dan juga hawa nafsu sebagai pelengkapnya. Manusia telah diberikan berbagai fasilitas di muka bumi sebagai alat pemenuhan kebutuhan manusia. Semua yang kita perlukan telah terhampar di alam semesta, manusia hanya perlu mengelolanya saja. Dalam kelangsungan hidup manusia terjadi berbagai perkembangan di dunia, semakin kompleksnya kebutuhan manusia, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, dengan terciptanya berbagai mesin-mesin dan berbagai alat komunikasi yang membantu meringankan kehidupan dan pekerjaan manusia. Didorong dengan nafsu keserakahannya, manusia hanya berusaha untuk memenuhi kebutuhannya, negara hanya berpikir untuk memajukan perekonomian dan pembangunan besar-besaran diberbagai sektor, tanpa memikirkan dampak lingkungan yang diakibatkan dari apa yang dilakukan manusia. Termasuk penduduk Indonesia perilakunya juga seperti itu, bisa dikatakan kepeduliannya sangat kecil terhadap lingkungan, ini tidak lepas dari tingkat kesadaran masyarakat dan juga desakan ekonomi yang juga menuntut masyarakat berusaha untuk memenuhi kebutuhannya tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang diakibatkan. Kegiatan manusia di dunia ini banyak menimbulkan masalah bagi lingkungan, erosi tanah, polusi udara, banjir, tanah longsor, tanah yang hilang kesuburannya, hilangnya spesies-spesies dalam ekosistem, kekeringan, hilangnya biota-biota laut dan yang paling memprihatinkan adalah pemanasan suhu global, yaitu peristiwa pemanasan bumi yang disebabkan oleh peningkatan ERK (Efek Rumah Kaca) yang disebabkan oleh gas rumah kaca (GRK), seperti CO2, CH4, Sulfur dan lain-lain yang menyerap sinar panas atau menyebabkan terperangkapnya panas matahari (sinar infra merah). ERK (greenhouse effect) bukan berarti
  • 18. disebabkan oleh bangunan-bangunan yang berdinding kaca, tapi hanya merupakan istilah yang berasal dari para petani di daerah iklim sedang yang menanam tanaman di rumah kaca. Global Warming sangat perlu diperhatikan oleh seluruh penduduk dunia, dan termasuk didalamnya penduduk Indonesia, dengan bersinergi menurunkan dan memperlambat peningkatan greenhouse effect. Langkah-langkah nyata harus dilakukan oleh masyarakat, karena sangat besarnya dampak yang diakibatkan oleh pemanasan global bagi kelangsungan hidup manusia dan makhluk lain yang hidup di bumi. Kita ketahui Indonesia merupakan negara maritim. Pemanasan global yang saat ini terjadi akan memicu naiknya suhu atmosfer bumi, dan akan menaikkan permukaaan air laut, yang juga didukung oleh pencairan es di kutub bumi. Hal ini dapat memicu tenggelamnya negara kita, didahului dengan tenggelamnya ribuan pulau-pulau kecil yang dimiliki Indonesia. Kalau pemanasan global tidak cepat ditanggulangi dan membiarkan kegiatan-kegiatan manusia yang tidak ramah dengan lingkungan, mungkin beberapa abad lagi negara kita akan tenggelam dan berakhirlah peradaban manusia di dunia. Seiring pertumbuhan penduduk yang cenderung tidak dapat dikendalikan dan selalu menunjukkan peningkatan. Hal ini juga terjadi di Indonesia, akan memicu naiknya kebutuhan-kebutuhan manusia seperti pangan, tempat tinggal, listrik, BBM dan banyak kebutuhan lainnya. Kesemuanya itu akan meningkatkan kebutuhan manusia akan lahan-lahan yang digunakan untuk produksi pertanian, perkebunan, pertambangan, tempat tinggal, jalan-jalan dan fasilitas umum. Hal ini tidak bisa dipungkiri, dan akhirnya terjadilah penebangan pohon-pohon dan hutan untuk memenuhi kebutuhan untuk bahan baku industri tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang akan diderita. Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, “Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik. Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan ummat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Allah untuk manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang. *** About these ads
  • 19. ( MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH ) 8.1. PERANAN MANUSIA. Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115) Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya. 8.1 KONSEP MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH. 8.1.1 Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba. Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya. Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut. Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.” (Muttafaq ‘alaih) Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan. 8.1.2 Manusia Sebagai Khalifah Allah.
  • 20. Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (Al-Baqarah:30) Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa. 8.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA. Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut: 1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna. 2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT. 3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran. Firman Allah Ta’ala :
  • 21. Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104) Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab. 4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara: i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh. ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan. 5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At - Tahrim : 6) Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh.
  • 22. Antara hamba dan khalifah Allah Isu ini telah saya bangkitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 November lalu ketika membicarakan seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang keperluan memperkasakan sekolah kebangsaan di Malaysia. Hal yang sama juga telah saya sentuh di dalam program khas Al-Kulliyyah secara langsung di TV3 juga pada 27 November 2002 ketika membicarakan tajuk Islam Serba Indah. Saya melihat bahawa sejak lima belas abad kedatangan Islam ke rantau ini, tekanan dan kefahaman kita tentang Islam adalah tertumpu sebahagian besarnya kepada amalan ritual, ibadat khusus dan fardu ain sahaja. Penumpuan kepada soal ini sememangnya merupakan asas yang penting dan utama bagi setiap individu Islam agar asas utama Islam ini menjadi amalan umat keseluruhannya. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila asas amalan Islam ini tidak dilanjutkan lagi ke hadapan, iaitu ke satu sasaran yang menjangkaui aspek ibadat khusus dan amalan ritual. Sepatutnya dengan perubahan zaman dan keadaan dan kemajuan manusia yang telah begitu jauh terkehadapan, segala ajaran Islam juga seharusnya telah dapat meliputi segala aspek kehidupan umat Islam. Kita sering memperkatakan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah subhanahu wa taala dan fungsi manusia, atau tujuan manusia diciptakan Allah. Mengikut ajaran Islam, manusia dijadikan Allah adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah, dan dalam masa yang sama menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan membangunkan dunia ini mengikut perintah dan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman: Dialah (Allah) yang menjadikan kamu sebagai para khalifah di bumi, dan mengangkat beberapa darjat sesetengah kamu di atas sesetengah (yang lain) agar Dia dapat menguji kamu di atas apa yang kamu lakukan (Al-An'am, ayat 165). Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa makhluk Allah yang bernama manusia ini telah diamanahkan oleh Allah agar menjadi khalifah untuk mengatur kehidupan di muka bumi sesuai dengan ajaran-Nya. Maka di antara umat manusia itu pula, Allah akan mengangkat darjat mereka sesuai dengan apa yang mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab tersebut. Maka tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam, mengambil manfaat daripada kejadian langit dan bumi, lautan dan daratan, di atas muka bumi dan di dalam perutnya, mentadbir umat manusia supaya dapat berfungsi sebagai umat yang berakhlak dan berkemajuan, bertamadun dan berilmu. Tugas ini merupakan tanggungjawab manusia ketika diberikan amanah untuk mentadbirkan alam ini dengan sebaik-baiknya. Segala panduan dan dasar pentadbiran ini telah diterangkan oleh Allah dalam kitab suci al-Quran, dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sejarah hidupnya dengan perbuatan dan perkataan baginda, serta tingkah laku dan kepimpinan baginda sendiri sepanjang hayat baginda. Di dalam al - Quran terdapat penjelasan umum tentang segala sesuatu yang terdapat di atas muka bumi dan alam
  • 23. sarwajagat ini. Terdapat segala dasar ilmu dunia akhirat yang membuka ruang yang begitu luas tanpa sempadan untuk manusia mengkajinya. Al-Quran mengajar manusia supaya menjadi umat yang bertamadun, berilmu pengetahuan, menjadi hamba Allah yang dapat berfikir, berperanan sebagai makhluk yang dapat mengambil faedah daripada segala kejadian-Nya, sehingga ruang lingkup rahsia kejadian Allah dan kurniaan-Nya menjelma menjadi bidang ilmu yang seharusnya dikuasai manusia, dan bidang ilmu inilah yang kemudiannya menjelma dalam era maju manusia menjadi ilmu teknologi, pengurusan, ekonomi, kemanusiaan, perusahaan, pembuatan dan sains. Inilah sebahagian daripada peranan yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini dan seharusnya ditunaikan atas sifatnya sebagai khalifah Allah. Umat yang diamanahkan menjadi khalifah ini seharusnya dapat menjadi pemimpin manusia lain dalam merealisasikan ajaran Allah dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan mereka sendiri serta memandu manusia yang lain dalam mencipta kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dalam konteks inilah juga penegasan Allah tentang kebangkitan umat sebagai umat terbaik untuk menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar merupakan satu panduan yang perlu dimanifestasikan di dalam kehidupan mereka ketika menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan itu. Memandangkan realiti umat Islam pada hari ini, nampaknya harapan agar umat Islam menjadi khalifah Allah bagi menjalankan peranannya sebagai pemegang amanah mentadbirkan alam ini menurut ajaran Islam tidak terlaksana, malahan agak jauh terlepas daripada tangan mereka. Umat Islam kini bukan menjadi pemimpin alam, tetapi menjadi umat yang dipimpin dan diheret ke sana ke mari mengikut kuasa pengembala alam yang terdiri daripada manusia dan umat lain yang selama ini telah memanfaatkan segala kejadian Allah dan memainkan peranan mereka untuk menguasai segala ilmu yang membawa kepada kuasa kepimpinannya. Umat Islam dalam sejarahnya yang panjang hanya dapat mengecap tamadun dan ketinggian peradabannya dalam masa yang agak singkat, iaitu ketika tamadun dan ilmu pengetahuan Islam itu telah memartabatkan umat menjadi pemimpin dunia di Timur dan di Barat dengan tersebarnya tamadun Islam dan ilmu pengetahuannya yang tinggi, sehingga umat Islam pada ketika itu menjadi penyumbang yang besar terhadap tamadun alam ini. Setelah itu umat Islam mundur ke belakang, dan menjadi umat yang dipimpin oleh penjajahan mental dan fizikal Barat, menjadi umat yang ditindas dan diperlakukan sebagai manusia serba lemah dan mundur. Maka tidak hairanlah setelah sekian lama kita menerima Islam, termasuk di daerah kita dan alam nusantara ini, kita telah menjadi umat yang keliru dan sempit kefahamannya tentang Islam itu sendiri. Selama berabad-abad lamanya kita nampaknya menumpukan perhatian dan kerja kita memahami ritual dan ibadat dalam skopnya yang terbatas. Kita lebih banyak bertindak untuk memahami peranan kita sebagai hamba Allah dengan menumpukan kefahaman dan amalan kita dalam melakukan ibadat khusus bagi membina hubungan kita dengan Allah.
  • 24. Pengisian Sedangkan kita semua memahami tugas kita sebagai hamba dan khalifah Allah. Maka sebahagian besar tugas kita sebagai khalifah untuk mentadbir dan menguasai alam ini dalam aspek yang lebih luas dan bermakna tidak kita periksa dan laksanakan. Segala saluran pendidikan, formal atau tidak formal nampaknya diisikan dengan ilmu pengetahuan yang amat sempit, dan terlalu lemah untuk mendidik manusia menjadi khalifah di alam ini. Selama berabad-abad penumpuan kita di dalam pendidikan yang dikatakan ``pendidikan Islam'' atau ``pendidikan agama'' itu hanya tertumpu kepada beberapa bidang pengisian yang terhad dan sempit. Yang lebih mendukacitakan pula ialah dalam masa yang sama segala pengisian ilmu pengetahuan ciptaan akal fikiran manusia yang merupakan ilmu peralatan untuk memakmurkan alam ini dikira sebagai ilmu dunia yang terkeluar daripada pembicaraan Islam. Ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan dulu, banyak negara Islam yang menyatakan pandangannya bahawa UIAM bukanlah merupakan sebuah universiti Islam kerana universiti itu memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti ekonomi, undang-undang, kemudiannya seni bina, kejuruteraan dan sebagainya. Kekeliruan ini berlaku kerana skop kefahaman umat Islam tentang universiti Islam ialah sebuah universiti yang menumpukan disiplin ilmunya kepada pengajaran syariah, usuluddin, bahasa Arab dan sebagainya dalam kefahaman tradisional yang menjadi anutan umat Islam selama ini. Maka mana-mana universiti yang menjurus kepada bidang ilmu akli dianggap bukanlah merupakan pusat pengajian yang berbentuk Islam, walaupun falsafah pengajiannya adalah menurut falsafah dan konsep ilmu seperti yang dikehendaki I slam itu sendiri misalnya seperti falsafah penubuhan UIAM. Kita sepatutnya menyedari bahawa makhluk rohani tidak dapat menjadi khalifah Allah untuk mentadbirkan alam ini. Makhluk seperti manusia yang merangkumi peranan kerohanian, kebendaan, fizikal dan akal inilah yang seharusnya menjadi khalifah Allah. Kerana itulah, pada pandangan saya, ketika para malaikat membantah kehendak Allah agar dilantik manusia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini atas alasan bahawa merekalah yang selayaknya menjadi khalifah, atas dasar bahawa merekalah yang sentiasa mensucikan Allah, maka Allah memberitahu mereka bahawa Allah lebih mengetahui tentang perkara ini lebih daripada apa yang mereka ketahui. Hal ini mempunyai hubungan dengan kefahaman dan tanggapan umat Islam pada hari ini tentang skop pendidikan dan agenda mereka untuk menjadi pentadbir alam ini. Kefahaman ini amat mengongkong akal fikiran. Hal yang sama sebenarnya dapat kita fahami pada masa ini ketika kefahaman kita tentang sekolah agama, pusat pengajian agama dan sebagainya telah disempitkan bidang pengajiannya. Ramai yang merasakan bahawa ``agama'' itu telah terkongkong dalam sempadan yang amat sempit. Tetapi bila menyebut hal ini, saya tidaklah mempersoalkan tentang bidang pengajian agama yang menjadi asas setiap individu dalam urusan ibadat format dan fardu ain. Malah asas itu perlulah diperkasakan dan diperkuatkan dalam setiap individu Islam di semua peringkat dan institusi.
  • 25. Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimanakah perjalanan kita dalam jalan yang sempit dan terhad itu dapat kita panjangkan dan perluaskan lagi agar mencakupi matlamat yang lebih besar dalam kehidupan kita, iaitu kita di samping menjadi hamba Allah yang baik, taat dan patuh kepada Allah dalam amal ibadat, akan juga dapat menjalankan peranan kita sebagai khalifah-Nya yang dapat menguasai alam ini dalam semua ilmu, kecekapan dan kemampuan semasa. Kalau matlamat ini dapat difahami dan akhirnya dicapai oleh umat Islam, pada masa itu barulah dapat kita laung-laungkan dengan sekeras-keras suara bahawa kita adalah umat yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Posted by mfrstudio at 8:39 AM