Lactobacillus casei adalah bakteria probiotik yang ditemukan di usus dan mulut manusia. Bakteria ini mampu memproduksi asam laktat dan menunjang pertumbuhan bakteria baik lainnya. L. casei banyak digunakan dalam industri tenusu dan minuman probiotik seperti Yakult karena mampu meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangi masalah perut.
1. NAMA : SANTI SUSANTI
KELAS :X 3
Lactobacillus casei
Lactobacillus casei
Yakult, minuman yang mengandungi Lactobacillus
casei
Pengelasan saintifik
Alam: Bakteria
Divisi: Firmicutes
Kelas: Bacilli
Order: Lactobacillales
Keluarga: Lactobacillaceae
Genus: Lactobacillus
Spesies: L. casei
Nama binomial
Lactobacillus casei
(Orla-Jensen 1916)
Hansen & Lessel 1971
Lactobacillus casei merupakan satu spesies dari genus Lactobacillus yang terdapat dalam
usus dan mulut manusia. Sebagai penghasil asid laktik, ia didapati mampu menggalakkan
2. pertumbuhan bakteria baik. Spesies lactobacillus ini mampu hidup pada banjaran pH dan suhu
yang luas, serta melengkapkan pertumbuhan L. acidophilus, penghasil enzim amilase (enzim
pencerna karbohidrat). Ia dikenali kerana mampu meperbaiki sistem pencernaan serta
mengurangkan ketidakserasian laktosa dan masalah sembelit.
Aplikasi paling lazim bagi L. casei adalah dalam bidang industri, khususnya bagi
pengeluaran produk tenusu. Walau bagaimanapun, sepasukan saintis dari Universiti Simón
Bolívar di Caracas, Venezuela mendapati bahawa semasa penggunaan bakteria Lactobacillus
casei dalam penapaian semulajadi kacang, kandungan sebatian di dalam kacang tersebut adalah
lebih rendah, menyebabkan masalah kembung perut semasa pencernaan.
Lactobacillus casei secara lazimnya adalah spesies dominan bagi bakteria asid laktik
bukan pemula (NSLAB) yang wujud semasa pemeraman keju Cheddar, dan, baru-baru ini,
jujukan genom lengkap L. casei ATCC 334 sudah boleh didapati. L. casei juga adalah spesies
dominan dalam buah zaitun hijau Sicily yang diperam secara semulajadi.1
Satu minuman komersial yang mengandungi L. casei strain Shirota didapati dapat
menghalang pertumbuhan H. pylori dalam tabung uji. Namun demikian, apabila minuman sama
diambil oleh manusia dalam satu percubaan kecil, pembiakan H. pylori hanya berkurangan
sedikit, dan trend tersebut tidak begitu ketara secara statistik.2 Sesetengah L. casei dianggap
sebagai probiotik serta berkesan dalam mencegah penyakit patogenik perut dan usus. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sifat tersebut perlu didemonstrasikan pada setiap strain khusus —
termasuklah kajian klinikal manusia — untuk disahihkan.3
Antara probiotik L.casei yang didokumentasikan secara meluas ialah L. casei DN-
114001, dan L. casei Shirota yang telah dikaji secara ekstensif serta boleh didapati secara meluas
dalam makanan seperti Yakult.
24