2. Surah Ya’asin
Ya’asin yang ke-36 dari 114 surah di dalam kitab suci
Al~Quran.
Terdiri daripada 83 ayat
Diturunkan di Mekkah kecuali ayat 46 yang diturunkan di
Madinah
Bertujuan untuk membina mental manusia menjadi mental
yang hanya mahu beribadah kepada Allah
3. Ayat 67
Maksud ayat : “dan bila Kami kehendaki tentu Kami ubah rupa mereka di
tempat mereka berada, maka mereka tidak mampu berjalan dan tidak
(mampu) kembali.”
Huraian: Bila rupa seseorang berubah menjadi buruk misalnya kerana
kecelakaan, tentu dia sangat sedih dan menjadi rendah hati bahkan
mungkin malu bertemu dengan manusia sehingga dia selalu menyendiri.
4. Ayat 68
Maksud: “dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya, (niscaya) Kami
kembalikan dia kepada kejadiaanya yang asal, apakah mereka tidak
memikirkannya?”
Huraian: Di manakah letaknya akal fikiran mereka ? Apakah mereka tidak
melihat itu semua dan menginsafi bahawa Allah Ta’ala boleh menghilangkan
kekuatan yang ada pada orang muda apabila mereka tua, sehingga mereka
menjadi nyanyuk dan kembali seperti kanak-kanak.
5. Ayat 69
Maksudnya: “(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan kami tidak mengajarkan
syair kepadanya dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya yang kami
wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab
Suciyang memberi penerangan.”
Huraian: Tidak, sekali-kali tidak pernah Allah S.W.T mengajarkan syair kepada
Nabi Muhammad S.A.W, maka tidak sesuai atau layak dikatakan bahawa
Muhammad itu seorang penyair. Walhal , tidak ada yang nabi sampaikan kepada
umatnya melainkan ia adalah suatu peringatan yang nyata daripada Allah S.W.T.
6. Pengajaran Ayat 67~69
Umat Islam haruslah sedar bahawa Allah itu berkuasa mengubah mereka
kepada yang sihat dan sebaliknya
Manusia tidak mampu mengubah takdir Allah
Janganlah kita berlengah-lengah dalam beribadah
Mengingatkan kepada manusia setiap yang muda pasti akan menjadi tua
Syariat berpandukan kepada Al~Quran, manusia berpandukan kepada
syariat
Al~Quran sebagai nasihat, pengajaran dan penerangan kepada manusia
yang diutuskan melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad S.A.W manakala syair adalah berdasarkan buah fikiran
manusia.
7. Isu Semasa
Manusia sekarang lebih cenderung mengejar kepada kebahagiaan dunia dan
berseronok kerana mereka menggap beribadah itu hanya pada usia lanjut sahaja.
Ramai warga tua masa kini tidak dapat mengamalkan ibadah mereka dengan
baik kerana mereka tidak mempraktikkan ibadah tersebut ketika di usia muda.
Manusia hanya menerima sebahagiaan daripada syariat Allah S.W.T sedangkan
mereka wajib menerima dan mengamalkan dalam kehidupan sehariaan.