SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
SEJARAH, TREND DAN PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

                                      D20101037790

                                          Abstrak

Darsawarsa ini, proses pembandaran, pembangunan manusia dan globalisasi ekonomi yang
sedang pesat berlaku di sekitar wilayah Asia Tenggara. Dalam era perubahan masa kini,
proses pembangunan ekonomi cenderung bertumpu ke kawasan bandaraya metropolitan.
Keadaan ini dikaitkan dengan kelebihan daya saing yang tinggi berbanding bandar besar lain
yang berada di sekitarnya. Di Malaysia, evolusi pembandaran berlaku selari dengan
peredaran masa. Dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia merupakan
negara yang terpantas mengalami kadar urbanisasi kerana hakikatnya perkembangan
pembandaran itu mengambil masa yang agak lama untuk berkembang. Secara
keseluruhannya, trend pembandaran di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi. Jika dilihat pada ibu negara Malaysia, Kuala
Lumpur merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang mengalami proses pembandaran
yang amat pesat. Antara faktor yang diambilkira dalam perkembangan proses pembandaran
di Kuala Lumpur ialah faktor sejarah, kepesatan pembangunan sector ekonomi, dasar dan
rancangan kerajaan, faktor pertambahan bandar semulajadi dan faktor pembandaran yang
memusat kepada bandar utama sahaja.

Kata kunci: Pembandaran, bandar, penduduk, trend pembandaran




                                     PENGENALAN

Pembandaran adalah suatu proses perubahan menjadi bandar terutamanya melibatkan
perubahan penduduk iaitu melalui perpindahan ke bandar-bandar, perubahan kegiatan
ekonomi pertanian kepada bukan pertanian, perubahan taburan penduduk ke arah yang lebih
padat dan perubahan masyarakat ke arah yang lebih moden. Takrifan pembandaran turut
diperkatakan oleh pakar dalam kajian kependudukan, Kingsley Davis (1972) yang
mengatakan bahawa pembandaran sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan
yang boleh dianggap sebagai bandar iaitu membuat perbandingan membandingkan peratus
penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan yang tinggal di luar dari kawasan bandar
bagi sesebuah daerah, negara atau unit-unit kawasan yang lain.
SEJARAH PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

Dalam kupasan dan huraian mengenai sejarah pembandaran, hakikatnya tiada maklumat yang
tepat tentang permulaan pembandaran. Menurut Mc Gee, 1971 proses urbanisasi atau
pembandaran adalah proses perubahan masyarakat dari yang bercorak desa dan tidak formal
kepada corak bandar yang lazimnya lebih formal. Ia merupakan suatu proses penumpuan
penduduk ke sesebuah kawasan yang dianggap sebagai bandar. Pembandaran turut membawa
maksud nisbah penduduk bandar berbanding dengan jumlah penduduk dan proses ini akan
selesai sekiranya semua penduduk tinggal di bandar (Wheatly, 1972).

       Walau bagaimanapun, sejarah mengatakan bahawa proses pembandaran telah wujud
sejak zaman batu iaitu zaman neolitik sekitar 8000 SM. Ketika itu, manusia mula hidup
berkelompok dan bermasyarakat.




                         Rajah 1: Negara-negara di Asia Tenggara
TAHAP-TAHAP DALAM PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

Mc Gee (1971) membahagikan proses pembandaran di Asia Tenggara kepada beberapa tahap
yang terdiri daripada pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan,
pembandaran selepas perang dan pembandaran selepas tahun 1970-an.




Pembandaran kaum peribumi

Pada abad kelapan dan kesembilan Masihi, para pengkaji arkeologi telah mengenalpasti
bahawa sudah wujud pusat-pusat bandar di rantau Asia Tenggara. Ketika itu, bandar
berperanan sebagai pusat perkembangan agama, kebudayaan dan perdagangan. Ini dapat
dilihat seperti yang berlaku di Angkor Theme, Indochina yang terkenal sebagai pusat
keagamaan. Bandar ini mengamalkan sistem ekonomi tertutup yang hanya bergantung
kepada ekonomi sara diri sebagai bekalan makanan. Walaupun terdapat aktiviti perniagaan
tetapi ianya tidaklah dominan kerana bandar ini lebih berorientasikan agama dan kebudayaan.
Pusat perdagangan menyatakan fungsi kemudian dari pusat keagamaan apabila penduduk
lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi. Apa yang berlaku di Melaka pada abad ke-15 jelas
menunjukkan fungsi Melaka sebgai pusat pentadbiran, strategik dari segi keselamatan dan
perdagangan telah menggugat proses pembandaran apabila saudagar dari Eropah mula
menguasai perdagangan ketika itu.




Pembandaran pada zaman penjajahan

Pertumbuhan Bandar di Asia Tenggara pada zaman penjajahan berpunca daripada kegiatan
ekonomi perlombongan dan pertanian. Taburan penduduk ketika itu adalah tidak seimbang
apabila penduduk asing tinggal di bandar-bandar manakala kaum peribumi mendiami
kawasan luar bandar. Hal ini menunjukkan berlaku ketidakseimbangan taburan penduduk
mengikut keturunan dan taraf sosioekonomi sehingga negara-negara di Asia Tenggara
mencapai kemerdekaan. Bandar-bandar dibuka hanya untuk kepentingan penjajah apabila ia
berfungsi sebagai pusat pengumpul dan mengeksort barangan ke Eropah. Keadaan yang
berlaku menyebabkan pembukaan bandar-bandar seperti Manila, Rangoon dan Kuala Lumpur
apabila pihak penjajah menjalankan kegiatan mengeksploitasi keluaran ekonomi di Asia
Tenggara.
Pembandaran selepas perang

Proses pembandaran di kebanyakan Negara di Asia Tenggara berubah corak corak selepas
Perang Dunia Kedua. Peralihan penumpuan dalam bidang politik dan pentadbiran
menyebabkan proses pembandaran lebih cepat berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila ciri
bentuk bandar pada ketika itu ditentukan melalui perpindahan penduduk dari luar Bandar ke
Bandar. Hoselitz (1957) menyatakan bahawa fungsi bandar-bandar utama di Asia Tenggara
telah berubah menjadi pusat perindustrian selain pusat perdagangan, pentadbiran dan
kebudayaan. Kesan akibat penumpuan penduduk di sesebuah Bandar menyebabkan muncul
Bandar primat seperti yang berlaku di negara Thailand.

Pembandaran selepas tahun 1970-an

Selepas kebanyakan negara di Asia Tenggara mencapai kemerdekaan, penduduk mula
berpindah meninggalkan kawasan luar bandar dan berpusu-pusu menuju ke bandar. Masalah
ketidakseimbangan kemajuan ini menyebabkan negara-negra di Asia Tenggara mewujudkan
dasar bagi menyelaraskan pembandaran. Oleh itu, pembandaran ketika itu dicirikan oleh
perkembangan pertumbuhan bandar kecil dan bersaiz sederhana dengan kadar yang perlahan.
Setelah pembukaan kawasan perindustrian dibuka di bandar-bandar ini, proses pembandaran
telah berlaku dengan lebih pesat. Walau bagaimanapun, bandar-bandar besar di Asia
Tenggara telah mengalami masalah dari segi kemiskinan dan pengangguran apabila berlaku
lebihan penduduk di bandar-bandar tersebut.




                               TREND PEMBANDARAN

Trend pembandaran dapat didefinisikan sebagai suatu pola pertambahan penduduk bandar
sama ada secara mendadak, sederhana, perlahan (gradual) atau penurunan. Trend
pembandaran berbeza dengan kadar pembandaran yang mana kadar pembandaran bermaksud
pertumbuhan penduduk Bandar tahunan atau secara purata. Trend pembandaran negara pada
masa ini dipengaruhi oleh pemusatan kegiatan ekonomi di sekitar bandar raya metropolitan.

       Asia Tenggara merupakan salah satu rantaian yang mempunyai aras pembandaran
yang agak rendah di dunia. Keadaan pertambahan penduduk yang pesat memungkinkan
peningkatan indeks pembandaran yang sangat perlahan.
Jadual 1: Pertumbuhan penduduk Bandar di Malaysia antara tahun banci, 1970-2000

Tahun banci          Penduduk (000)                  Kadar purata        Aras/    kadar
                                              pertumbuhan penduduk       pembandaran
                                                     tahunan (%)         (%)
               Jumlah           Bandar            Jumlah        Bandar
1970           10,439.4       2,750.8         -             -            28.4
1980           13,136.1       5,007.3         2.30          6.5          34.2
1991           17,563.4       8,862.6         2.90          5.2          50.7
2000           22,202.6       13,759.2        2.26          4.9          61.8



Sumber: Ghani Salleh (2000)




       Proses pembandaran di Malaysia umumnya berlaku pada kadar yang agak perlahan
sebelum tahun 1970. Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 1. Penumpuan hanyalah pada
bandar besar sahaja khususnya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan migrasi penduduk.
Walau bagaimanapun, ekonomi negara pada waktu itu bertumpu ke kawasan luar Bandar
yang menjalanakan aktiviti pertanian dan perlombongan. Aras pembandaran ketika itu agak
rendah iaitu 28.4 peratus kerana kebanyakan penduduk tinggal di bandar. Pada tahun 1980,
jumlah penduduk semakin meningkat selaras dengan aras pembandaran yang mewakili 34.2
peratus. Menjelang akhir 1980-an, perubahan pesat dalam struktur ekonomi negara menjadi
penyumbang kepada ekonomi apabila sektor pembuatan telah mengeluarkan produknya
untuk dieksport ke luar negara. Kadar purata pertumbuhan penduduk bandar pada tahun 1991
agak tinggi melebihi lima peratus manakala aras pembandaran negara juga adalah pesat
mencecah hampir 65 peratus. Menjelang alaf baru iaitu pada tahun 2000, aras pembandaran
menunjukkan peratusan tertinggi, sebanyak 61.8 peratus kerana penumpuan diberikan dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan moden.
PROSES PEMBANDARAN

Faktor yang mempengaruhi trend dan proses pembandaran

Di Semenanjung Malaysia, penduduk bandar semakin berkembang dengan pesatnya sejak
akhir-akhir ini. Hal ini berlaku selari dengan pertambahan bilangan bandar dan ia juga
berpunca daripada pelbagai faktor.

Faktor sejarah mempengaruhi perkembangan bandar yang merupakan petempatan awal yang
mula terdapat di situ. Penjajahan dan kemasukan migran asing membawa kepada
pembentukan kawasan luar bandar menjadi bandar apabila penemuan bahan-bahan mentah
seperti galian dan hasil tanaman untuk perdagangan telah mendorong kepada pengeluaran
dijalankan secara besar-besaran. Pengeksploitasian sumber alam dan penguasaan politik
mendorong kepada pembukaan bandar pelabuhan dan juga bandar-bandar di kawasan
pedalaman seperti Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh yang dikaitkan dengan bahan mentah
iaitu bijih timah dan getah. Bandar-bandar di tepi laut pula terbina ekoran keperluan sektor
pelabuhan seperti yang terdapat di Pelabuhan Kuala Sepetang dan Pelabuhan Klang.
Pertambahan bilangan penduduk di kawasan tersebut menyebabkan kemajuan dari segi
kemudahan      pembandaran,     perkhidmatan     dan     pengangkutan     yang     berupaya
memperkembangkan sektor-sektor ekonomi moden.

       Kepesatan pembangunan sektor ekonomi khususnya sektor industri, perkhidmatan,
pengangkutan, telekomunikasi dan perdagangan telah memberi peluang pekerjaan yang
banyak kepada penduduk. Keadaan ini menyebabkan saiz dan fungsi bandar semakin
bertambah terutama apabila perkembangan pesat sektor industri di bandar-bandar besar
mendorong kepada proses migrasi desa ke bandar. Sektor industri yang menawarkan
pendapatan yang lumayan, pakej pekerjaan dan kemudahan yang mencukupi telah menarik
minat golongan muda khususnya untuk menceburi bidang tersebut dan akhirnya
menambahkan bilangan penduduk bandar dengan cepat (T.G. McGee, 1983). Secara tidak
langsung, bilangan kawasan petempatan turut bertambah dan memungkinkan kepesatan
urbanisasi di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan ini turut mewujudkan pola
pembangunan yang tidak seimbang apabila bandar-bandar primat terbina (Henderson 1986).
Selain itu, dasar dan rancangan kerajaan dalam membangunkan bandar juga
mempengaruhi perkembangan sesebuah bandar itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila
kerajaan telah membangunkan bandar-bandar baru seperti Bandar Jengka yang kini dikenali
sebagai Bandar Tun Razak sempena perasmian Hari Peneroka 2011 selain Bandar Muadzam
Shah dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang disepakati melalui dasar kerajaan dalam
Rancangan Pembangunan Wilayah (Utusan, 2011). Penubuhan bandar-bandar ini merupakan
keperluan penduduk dalam rancangan penempatan peneroka di samping keperluan akibat
pertambahan penduduk yang pesat di sekitar. Bagi mengatasi limpahan pembandaran di
bandar metropolitan Kuala Lumpur, bandar satelit seperti Putrajaya dan Petaling Jaya turut
dibina manakala bandar Nilai pula turut diwjudkan bagi tujuan perindustrian.

       Faktor pertambahan penduduk bandar semulajadi merupakan petunjuk penting bagi
mengukur tahap urbanisasi yang dialami oleh sesebuah bandar (Mc Gee, 1971). Di Malaysia,
pertambahan penduduk bandar secara semulajadi ini merangkumi peningkatan kadar
kelahiran dan pengurangan kadar kematian penduduk dalam bandar. Hal ini dapat dilihat
apabila peningkatan taraf kesihatan dan teknologi perubatan mampu mengawal penyakit yang
berbahaya apabila keadaan ini akan mengurangkan risiko kematian bayi sekaligus
meningkatkan jangka hayat penduduk bandar. Selain itu, peningkatan kadar kelahiran adalah
disebabkan halangan agama dan adat yang masih kuat dipegang oleh migran seperti amalan
agama Islam yang menggalakkan kaum wanita yang sudah berkahwin untuk mempunyai
anak yang ramai. Tambahan pula, ia turut dikaitkan dengan amalan perkahwinan pada usia
muda yang akhirnya akan meningkatkan aras kesuburan dan seterusnya meningkatkan kadar
kelahiran.

       Trend pembandaran di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh pembandaran yang
memusat kepada bandar utama sahaja. Bandar-bandar di Asia Tenggara seperti Bangkok di
Thailand, Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina dan Kuala Lumpur di Malaysia telah
menunjukkan bukti pembandaran yang memusat ke sebuah Bandar utama (rujuk lampiran).
Akhirnya, keadaan ini menyebabkan kewujudan bandaraya primat iaitu kewujudan sebuah
sahaja bandar terbesar yang saiznya berpuluh kali ganda lebih besar berbanding bandar kedua
dalam negara tersebut. Bandar utama ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan bandar seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan kilang memproses, sistem
pengangkutan yang menjadi asas kepada sesebuah bandar untuk terus berkembang pesat.
KESIMPULAN

Proses pembandaran di Malaysia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu pembandaran kaum
peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan, pembandaran selepas perang dan
pembandaran selepas tahun 1970-an. Trend pembandaran di Asia Tenggara agak perlahan
namun secara khususnya, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan dari segi proses
perkembangan Bandar dan dinilai mengikut kepadatan penduduk dan aras pembandaran pada
tahun tertentu. Pembandaran merupakan suatu gambaran perubhan yang besar dalam
masyarakat. Hingga ke alaf baru, proses pembangunan dan pembandaran di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh perkembangan sektor ekonomi moden. Walau bagaimanapun, masih
terdapat faktor lain seperti faktor sejarah, dasar dan rancangan keajaan, faktor pertambahan
semulajadi dan pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja dalam menentukan
perkembangan sesebuah bandar.
BIBLIOGRAFI

Akhbar Utusan, 2011

Berry, B.J.L. and Garrison, W.L., 1961, “City size distributions and economic development”,
       Economic Development and Cultural Change, 9: No.4.

Davis, Kingsley, 1972, World Urbanization 1950-1970, 1 and 2 Barkeley, University of
       California, Population Monograph Series, 4 and 9.

Ghani Salleh. 2000. Urbanisation and Regional Developmen in Malaysia. Kuala Lumpur:
       Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.

Henderson,J. 1986. The new international division of labour and urban development in the
       contemporary world system. In D. Drakakis-Smith. (eds). Urbanization in Developing
       World. London: Croom Helm.
Hoselitz, B.F., 1957. Urbanization and Economic Growth in Asia, Economic Development
       and Cultural Change; 6: 42-54.

McGee, T.G., 1971, The Urbanization Process in the Third World: Explorations in Search of
       a Theory, London, G. Bell and Sons.

McGee, T.G., 1983, Proletarianization, Industrialization, and Urbanization in Asia: A Case Study
       of Malaysia, London, G. Bell and Sons.
Sulong Mohamad, 1994. Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia, dalam
       R. M. Michael, H.L Colin, R.L Thomas dan Robert S. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
       dan Pustaka

Wheatly, Paul. 1972, The Concept of Urbanism, dalam P. J. Ucko, R. Tringham dan G.W.
       Dimbley, eds. Man, Settlement and Urbanism. London: Duckworth.



Sumber internet

Population     concentration      in     the     cities    and     worsening       environments,
http://www.env.go.jp/en/wpaper/1995/eae240000000005.html
LAMPIRAN

           Jadual 1: Trend pembandaran di rantau Asia Pasifik

More Related Content

What's hot

Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Graf bar STPM Penggal 2
Graf bar STPM Penggal 2Graf bar STPM Penggal 2
Graf bar STPM Penggal 2pokcik6465
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASInasywah79
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Nur Syafika
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020960623
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanArwendy jaikul
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksiAsmawi Abdullah
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)路人 路过
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasjyejye
 
Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaranilahmamat
 

What's hot (20)

Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Graf bar STPM Penggal 2
Graf bar STPM Penggal 2Graf bar STPM Penggal 2
Graf bar STPM Penggal 2
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
 
Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaran
 

Viewers also liked

Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Geografi Taburan penduduk
Geografi Taburan pendudukGeografi Taburan penduduk
Geografi Taburan pendudukInsyirah Anati
 
URBANISM AS A WAY OF LIFE
URBANISM AS A WAY OF LIFEURBANISM AS A WAY OF LIFE
URBANISM AS A WAY OF LIFEhope cole
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Farhana Aisyah Norzelan
 

Viewers also liked (11)

Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Ppt filifina
Ppt filifinaPpt filifina
Ppt filifina
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Geografi Taburan penduduk
Geografi Taburan pendudukGeografi Taburan penduduk
Geografi Taburan penduduk
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
URBANISM AS A WAY OF LIFE
URBANISM AS A WAY OF LIFEURBANISM AS A WAY OF LIFE
URBANISM AS A WAY OF LIFE
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Sejarah Tingkatan 4: Bab5
Sejarah Tingkatan 4: Bab5Sejarah Tingkatan 4: Bab5
Sejarah Tingkatan 4: Bab5
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
 

Similar to Sejarah, trend dan proses pembandaran

SITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHSITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHUkhti Liza
 
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDARKERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDARILKKM SG BULOH
 
Modul penuh transformasi
Modul penuh transformasiModul penuh transformasi
Modul penuh transformasiAsmawi Abdullah
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaNo Name
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikErica Leenya
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)NURSYAMIMI SHARIFF
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_barufathizul93
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaMohd Tarmizi
 
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan EtnikPembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan EtnikSyafiq Mansor
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirNur Hafizah Mohd Abas
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Hubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_heHubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_heAsraf Rahmat
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 

Similar to Sejarah, trend dan proses pembandaran (20)

SITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHSITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAH
 
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDARKERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
 
Modul penuh transformasi
Modul penuh transformasiModul penuh transformasi
Modul penuh transformasi
 
Urbanisasi.ppt
Urbanisasi.pptUrbanisasi.ppt
Urbanisasi.ppt
 
Pembangunan Bandar di Kota Bharu
Pembangunan Bandar di Kota BharuPembangunan Bandar di Kota Bharu
Pembangunan Bandar di Kota Bharu
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
 
Tesis geografi
Tesis geografiTesis geografi
Tesis geografi
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi Malaysia
 
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan EtnikPembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Hubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_heHubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_he
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 

More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 

More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 

Recently uploaded (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 

Sejarah, trend dan proses pembandaran

  • 1. SEJARAH, TREND DAN PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA D20101037790 Abstrak Darsawarsa ini, proses pembandaran, pembangunan manusia dan globalisasi ekonomi yang sedang pesat berlaku di sekitar wilayah Asia Tenggara. Dalam era perubahan masa kini, proses pembangunan ekonomi cenderung bertumpu ke kawasan bandaraya metropolitan. Keadaan ini dikaitkan dengan kelebihan daya saing yang tinggi berbanding bandar besar lain yang berada di sekitarnya. Di Malaysia, evolusi pembandaran berlaku selari dengan peredaran masa. Dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang terpantas mengalami kadar urbanisasi kerana hakikatnya perkembangan pembandaran itu mengambil masa yang agak lama untuk berkembang. Secara keseluruhannya, trend pembandaran di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi. Jika dilihat pada ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang mengalami proses pembandaran yang amat pesat. Antara faktor yang diambilkira dalam perkembangan proses pembandaran di Kuala Lumpur ialah faktor sejarah, kepesatan pembangunan sector ekonomi, dasar dan rancangan kerajaan, faktor pertambahan bandar semulajadi dan faktor pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja. Kata kunci: Pembandaran, bandar, penduduk, trend pembandaran PENGENALAN Pembandaran adalah suatu proses perubahan menjadi bandar terutamanya melibatkan perubahan penduduk iaitu melalui perpindahan ke bandar-bandar, perubahan kegiatan ekonomi pertanian kepada bukan pertanian, perubahan taburan penduduk ke arah yang lebih padat dan perubahan masyarakat ke arah yang lebih moden. Takrifan pembandaran turut diperkatakan oleh pakar dalam kajian kependudukan, Kingsley Davis (1972) yang mengatakan bahawa pembandaran sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap sebagai bandar iaitu membuat perbandingan membandingkan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan yang tinggal di luar dari kawasan bandar bagi sesebuah daerah, negara atau unit-unit kawasan yang lain.
  • 2. SEJARAH PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA Dalam kupasan dan huraian mengenai sejarah pembandaran, hakikatnya tiada maklumat yang tepat tentang permulaan pembandaran. Menurut Mc Gee, 1971 proses urbanisasi atau pembandaran adalah proses perubahan masyarakat dari yang bercorak desa dan tidak formal kepada corak bandar yang lazimnya lebih formal. Ia merupakan suatu proses penumpuan penduduk ke sesebuah kawasan yang dianggap sebagai bandar. Pembandaran turut membawa maksud nisbah penduduk bandar berbanding dengan jumlah penduduk dan proses ini akan selesai sekiranya semua penduduk tinggal di bandar (Wheatly, 1972). Walau bagaimanapun, sejarah mengatakan bahawa proses pembandaran telah wujud sejak zaman batu iaitu zaman neolitik sekitar 8000 SM. Ketika itu, manusia mula hidup berkelompok dan bermasyarakat. Rajah 1: Negara-negara di Asia Tenggara
  • 3. TAHAP-TAHAP DALAM PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA Mc Gee (1971) membahagikan proses pembandaran di Asia Tenggara kepada beberapa tahap yang terdiri daripada pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan, pembandaran selepas perang dan pembandaran selepas tahun 1970-an. Pembandaran kaum peribumi Pada abad kelapan dan kesembilan Masihi, para pengkaji arkeologi telah mengenalpasti bahawa sudah wujud pusat-pusat bandar di rantau Asia Tenggara. Ketika itu, bandar berperanan sebagai pusat perkembangan agama, kebudayaan dan perdagangan. Ini dapat dilihat seperti yang berlaku di Angkor Theme, Indochina yang terkenal sebagai pusat keagamaan. Bandar ini mengamalkan sistem ekonomi tertutup yang hanya bergantung kepada ekonomi sara diri sebagai bekalan makanan. Walaupun terdapat aktiviti perniagaan tetapi ianya tidaklah dominan kerana bandar ini lebih berorientasikan agama dan kebudayaan. Pusat perdagangan menyatakan fungsi kemudian dari pusat keagamaan apabila penduduk lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi. Apa yang berlaku di Melaka pada abad ke-15 jelas menunjukkan fungsi Melaka sebgai pusat pentadbiran, strategik dari segi keselamatan dan perdagangan telah menggugat proses pembandaran apabila saudagar dari Eropah mula menguasai perdagangan ketika itu. Pembandaran pada zaman penjajahan Pertumbuhan Bandar di Asia Tenggara pada zaman penjajahan berpunca daripada kegiatan ekonomi perlombongan dan pertanian. Taburan penduduk ketika itu adalah tidak seimbang apabila penduduk asing tinggal di bandar-bandar manakala kaum peribumi mendiami kawasan luar bandar. Hal ini menunjukkan berlaku ketidakseimbangan taburan penduduk mengikut keturunan dan taraf sosioekonomi sehingga negara-negara di Asia Tenggara mencapai kemerdekaan. Bandar-bandar dibuka hanya untuk kepentingan penjajah apabila ia berfungsi sebagai pusat pengumpul dan mengeksort barangan ke Eropah. Keadaan yang berlaku menyebabkan pembukaan bandar-bandar seperti Manila, Rangoon dan Kuala Lumpur apabila pihak penjajah menjalankan kegiatan mengeksploitasi keluaran ekonomi di Asia Tenggara.
  • 4. Pembandaran selepas perang Proses pembandaran di kebanyakan Negara di Asia Tenggara berubah corak corak selepas Perang Dunia Kedua. Peralihan penumpuan dalam bidang politik dan pentadbiran menyebabkan proses pembandaran lebih cepat berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila ciri bentuk bandar pada ketika itu ditentukan melalui perpindahan penduduk dari luar Bandar ke Bandar. Hoselitz (1957) menyatakan bahawa fungsi bandar-bandar utama di Asia Tenggara telah berubah menjadi pusat perindustrian selain pusat perdagangan, pentadbiran dan kebudayaan. Kesan akibat penumpuan penduduk di sesebuah Bandar menyebabkan muncul Bandar primat seperti yang berlaku di negara Thailand. Pembandaran selepas tahun 1970-an Selepas kebanyakan negara di Asia Tenggara mencapai kemerdekaan, penduduk mula berpindah meninggalkan kawasan luar bandar dan berpusu-pusu menuju ke bandar. Masalah ketidakseimbangan kemajuan ini menyebabkan negara-negra di Asia Tenggara mewujudkan dasar bagi menyelaraskan pembandaran. Oleh itu, pembandaran ketika itu dicirikan oleh perkembangan pertumbuhan bandar kecil dan bersaiz sederhana dengan kadar yang perlahan. Setelah pembukaan kawasan perindustrian dibuka di bandar-bandar ini, proses pembandaran telah berlaku dengan lebih pesat. Walau bagaimanapun, bandar-bandar besar di Asia Tenggara telah mengalami masalah dari segi kemiskinan dan pengangguran apabila berlaku lebihan penduduk di bandar-bandar tersebut. TREND PEMBANDARAN Trend pembandaran dapat didefinisikan sebagai suatu pola pertambahan penduduk bandar sama ada secara mendadak, sederhana, perlahan (gradual) atau penurunan. Trend pembandaran berbeza dengan kadar pembandaran yang mana kadar pembandaran bermaksud pertumbuhan penduduk Bandar tahunan atau secara purata. Trend pembandaran negara pada masa ini dipengaruhi oleh pemusatan kegiatan ekonomi di sekitar bandar raya metropolitan. Asia Tenggara merupakan salah satu rantaian yang mempunyai aras pembandaran yang agak rendah di dunia. Keadaan pertambahan penduduk yang pesat memungkinkan peningkatan indeks pembandaran yang sangat perlahan.
  • 5. Jadual 1: Pertumbuhan penduduk Bandar di Malaysia antara tahun banci, 1970-2000 Tahun banci Penduduk (000) Kadar purata Aras/ kadar pertumbuhan penduduk pembandaran tahunan (%) (%) Jumlah Bandar Jumlah Bandar 1970 10,439.4 2,750.8 - - 28.4 1980 13,136.1 5,007.3 2.30 6.5 34.2 1991 17,563.4 8,862.6 2.90 5.2 50.7 2000 22,202.6 13,759.2 2.26 4.9 61.8 Sumber: Ghani Salleh (2000) Proses pembandaran di Malaysia umumnya berlaku pada kadar yang agak perlahan sebelum tahun 1970. Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 1. Penumpuan hanyalah pada bandar besar sahaja khususnya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan migrasi penduduk. Walau bagaimanapun, ekonomi negara pada waktu itu bertumpu ke kawasan luar Bandar yang menjalanakan aktiviti pertanian dan perlombongan. Aras pembandaran ketika itu agak rendah iaitu 28.4 peratus kerana kebanyakan penduduk tinggal di bandar. Pada tahun 1980, jumlah penduduk semakin meningkat selaras dengan aras pembandaran yang mewakili 34.2 peratus. Menjelang akhir 1980-an, perubahan pesat dalam struktur ekonomi negara menjadi penyumbang kepada ekonomi apabila sektor pembuatan telah mengeluarkan produknya untuk dieksport ke luar negara. Kadar purata pertumbuhan penduduk bandar pada tahun 1991 agak tinggi melebihi lima peratus manakala aras pembandaran negara juga adalah pesat mencecah hampir 65 peratus. Menjelang alaf baru iaitu pada tahun 2000, aras pembandaran menunjukkan peratusan tertinggi, sebanyak 61.8 peratus kerana penumpuan diberikan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden.
  • 6. PROSES PEMBANDARAN Faktor yang mempengaruhi trend dan proses pembandaran Di Semenanjung Malaysia, penduduk bandar semakin berkembang dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini. Hal ini berlaku selari dengan pertambahan bilangan bandar dan ia juga berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor sejarah mempengaruhi perkembangan bandar yang merupakan petempatan awal yang mula terdapat di situ. Penjajahan dan kemasukan migran asing membawa kepada pembentukan kawasan luar bandar menjadi bandar apabila penemuan bahan-bahan mentah seperti galian dan hasil tanaman untuk perdagangan telah mendorong kepada pengeluaran dijalankan secara besar-besaran. Pengeksploitasian sumber alam dan penguasaan politik mendorong kepada pembukaan bandar pelabuhan dan juga bandar-bandar di kawasan pedalaman seperti Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh yang dikaitkan dengan bahan mentah iaitu bijih timah dan getah. Bandar-bandar di tepi laut pula terbina ekoran keperluan sektor pelabuhan seperti yang terdapat di Pelabuhan Kuala Sepetang dan Pelabuhan Klang. Pertambahan bilangan penduduk di kawasan tersebut menyebabkan kemajuan dari segi kemudahan pembandaran, perkhidmatan dan pengangkutan yang berupaya memperkembangkan sektor-sektor ekonomi moden. Kepesatan pembangunan sektor ekonomi khususnya sektor industri, perkhidmatan, pengangkutan, telekomunikasi dan perdagangan telah memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Keadaan ini menyebabkan saiz dan fungsi bandar semakin bertambah terutama apabila perkembangan pesat sektor industri di bandar-bandar besar mendorong kepada proses migrasi desa ke bandar. Sektor industri yang menawarkan pendapatan yang lumayan, pakej pekerjaan dan kemudahan yang mencukupi telah menarik minat golongan muda khususnya untuk menceburi bidang tersebut dan akhirnya menambahkan bilangan penduduk bandar dengan cepat (T.G. McGee, 1983). Secara tidak langsung, bilangan kawasan petempatan turut bertambah dan memungkinkan kepesatan urbanisasi di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan ini turut mewujudkan pola pembangunan yang tidak seimbang apabila bandar-bandar primat terbina (Henderson 1986).
  • 7. Selain itu, dasar dan rancangan kerajaan dalam membangunkan bandar juga mempengaruhi perkembangan sesebuah bandar itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan telah membangunkan bandar-bandar baru seperti Bandar Jengka yang kini dikenali sebagai Bandar Tun Razak sempena perasmian Hari Peneroka 2011 selain Bandar Muadzam Shah dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang disepakati melalui dasar kerajaan dalam Rancangan Pembangunan Wilayah (Utusan, 2011). Penubuhan bandar-bandar ini merupakan keperluan penduduk dalam rancangan penempatan peneroka di samping keperluan akibat pertambahan penduduk yang pesat di sekitar. Bagi mengatasi limpahan pembandaran di bandar metropolitan Kuala Lumpur, bandar satelit seperti Putrajaya dan Petaling Jaya turut dibina manakala bandar Nilai pula turut diwjudkan bagi tujuan perindustrian. Faktor pertambahan penduduk bandar semulajadi merupakan petunjuk penting bagi mengukur tahap urbanisasi yang dialami oleh sesebuah bandar (Mc Gee, 1971). Di Malaysia, pertambahan penduduk bandar secara semulajadi ini merangkumi peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian penduduk dalam bandar. Hal ini dapat dilihat apabila peningkatan taraf kesihatan dan teknologi perubatan mampu mengawal penyakit yang berbahaya apabila keadaan ini akan mengurangkan risiko kematian bayi sekaligus meningkatkan jangka hayat penduduk bandar. Selain itu, peningkatan kadar kelahiran adalah disebabkan halangan agama dan adat yang masih kuat dipegang oleh migran seperti amalan agama Islam yang menggalakkan kaum wanita yang sudah berkahwin untuk mempunyai anak yang ramai. Tambahan pula, ia turut dikaitkan dengan amalan perkahwinan pada usia muda yang akhirnya akan meningkatkan aras kesuburan dan seterusnya meningkatkan kadar kelahiran. Trend pembandaran di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja. Bandar-bandar di Asia Tenggara seperti Bangkok di Thailand, Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina dan Kuala Lumpur di Malaysia telah menunjukkan bukti pembandaran yang memusat ke sebuah Bandar utama (rujuk lampiran). Akhirnya, keadaan ini menyebabkan kewujudan bandaraya primat iaitu kewujudan sebuah sahaja bandar terbesar yang saiznya berpuluh kali ganda lebih besar berbanding bandar kedua dalam negara tersebut. Bandar utama ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bandar seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan kilang memproses, sistem pengangkutan yang menjadi asas kepada sesebuah bandar untuk terus berkembang pesat.
  • 8. KESIMPULAN Proses pembandaran di Malaysia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan, pembandaran selepas perang dan pembandaran selepas tahun 1970-an. Trend pembandaran di Asia Tenggara agak perlahan namun secara khususnya, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan dari segi proses perkembangan Bandar dan dinilai mengikut kepadatan penduduk dan aras pembandaran pada tahun tertentu. Pembandaran merupakan suatu gambaran perubhan yang besar dalam masyarakat. Hingga ke alaf baru, proses pembangunan dan pembandaran di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan sektor ekonomi moden. Walau bagaimanapun, masih terdapat faktor lain seperti faktor sejarah, dasar dan rancangan keajaan, faktor pertambahan semulajadi dan pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja dalam menentukan perkembangan sesebuah bandar.
  • 9. BIBLIOGRAFI Akhbar Utusan, 2011 Berry, B.J.L. and Garrison, W.L., 1961, “City size distributions and economic development”, Economic Development and Cultural Change, 9: No.4. Davis, Kingsley, 1972, World Urbanization 1950-1970, 1 and 2 Barkeley, University of California, Population Monograph Series, 4 and 9. Ghani Salleh. 2000. Urbanisation and Regional Developmen in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd. Henderson,J. 1986. The new international division of labour and urban development in the contemporary world system. In D. Drakakis-Smith. (eds). Urbanization in Developing World. London: Croom Helm. Hoselitz, B.F., 1957. Urbanization and Economic Growth in Asia, Economic Development and Cultural Change; 6: 42-54. McGee, T.G., 1971, The Urbanization Process in the Third World: Explorations in Search of a Theory, London, G. Bell and Sons. McGee, T.G., 1983, Proletarianization, Industrialization, and Urbanization in Asia: A Case Study of Malaysia, London, G. Bell and Sons. Sulong Mohamad, 1994. Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia, dalam R. M. Michael, H.L Colin, R.L Thomas dan Robert S. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wheatly, Paul. 1972, The Concept of Urbanism, dalam P. J. Ucko, R. Tringham dan G.W. Dimbley, eds. Man, Settlement and Urbanism. London: Duckworth. Sumber internet Population concentration in the cities and worsening environments, http://www.env.go.jp/en/wpaper/1995/eae240000000005.html
  • 10. LAMPIRAN Jadual 1: Trend pembandaran di rantau Asia Pasifik