2. • John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan
sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti
dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap
sesutu keadaan.
• Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat
tidak bergantung kepada kajian secara saintifik,
tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan
kajian tersebut dalam membantu manusia untuk
mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak
secara bijak.
3. • Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan
pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan
pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).
• Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah
satu usaha susila yang mencari dan memahami
nilai-nilai dalam pendidikan.
• Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam
pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan
menjadi penyumbang utama.
4. • John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi
tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan
terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam
peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak
sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada
lingkaran kedua.
• Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model
Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar
berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam
proses kajian tindakan.
• Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih
lengkap. Contoh model ini ialah:
5.
6. Format penulisan kajian tindakan John Elliott
• Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model.
Biasa digunakan oleh doktor perubatan.
1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
5. Perancangan Tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4
6. Refleksi : Huraian kejayaan