Uitm~ctu151 ali bin abi talib

5,716 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,716
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
54
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Uitm~ctu151 ali bin abi talib

  1. 1. Saidina Ali Abi Talib (Bahasa Arab: ; 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601[1] atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661)[2]) ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau merupakan khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW. Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2] Saidina Ali di Madinah Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai. Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.[sunting] Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Menjadi khalifah ke-4[sunting]
  2. 2. Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Pentadbiran Saidina Ali Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah. Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217) Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.
  3. 3. ANOTHERRRRRRRRRRRRRRRRRR Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang teramat indah, selain daripada memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Selain itu Beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu (sarjana), terutama dalam dalam bidang Fiqh (Undang-undang) Islam, Tafsir Al-Qur’an dan Ilmu Nahu.(*95) Ali bin Abi Talib r.a juga merupakan salah seorang daripada pahlwan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela Agama Allah dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertai oleh beliau ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal. Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat. Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi Saidina Ali. Semenjak kecil lagi beliau telah pandai bersyair dan berpidato. Bahasanya baik, kemas, indah lagi tersusun. Jadi, tidak hairanlah Ali bin Abi Talib r.a muncul sebagai ahli pidato dan ahli sastera yang hebat selepas itu. Memandangkan kebijaksanaannya dalam berpidato itulah menyebabkan rasulullah selalu mengirimkannya ke beberapa wilayah sebagai jurudakwah. Rasulullah juga selalu memilih Ali bin Abi Talib dalam
  4. 4. menjalankan tugas-tugas yang banyak memerlukan kesabaran dan keberanian. Daripada aspek tu, Ali bin Abi Talib dianggap paling terkemuka sekali di antara keempat-empat khalifah sebelumnya. Beliau juga menetapkan Tahun Hijrah bagi umat Islam. Ali bin Abi Talib r.a pernah menjadi jurutulis kepada Rasulullah s.a.w. dalam perjanjian Hudaibiyah. Beliau juga telah tidur di tempat Rasulullah semasa kaum Quraisy membuat pengepungan di rumah Rasulullah s.a.w. Ali bin Abi Talib mempunyai hubungan yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Ali bin Abi Talib juga telah menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w. beliau juga banyak meriwayatkan Hadis. Para sahabat sentiasa meminta nasihat dan panduan daripadanya dalam menjalani beberapa perkara. Selain itu, tiga orang khalifah iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Uthman r.a selalu meminta pendapat Ali bin Abi Talib bila sahaja mereka berdepan dengan kes yang sukar. Manakala Abu Bakar dan Umar menjadikan Ali r.a sebagai penasihat mereka. KETIGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA PENCALONAN Perlantikan ‘Ali sebagai khalifah banyak dipengaruhi oleh keadaan pada masa itu. ‘Ali dilantik menjadi khalifah pada 23 Jun 656M bersamaan 25 Zulhijjah 35H dimana perlantikan dibuat kebanyakkannya daripada masyarakat Islam Madinah iaitu golongan Ansar, termasuklah kaum pemberontak Kufah yang merupakan penyokong kuat ‘Ali. SUMBANGAN Sumbangan terbesar khalifah ‘Ali adalah kesanggupan beliau dalam meneruskan jawatan sebagai khalifah disaat berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam. Selain itu, beliau menubuhkan markas tentera di sempadan Syria dan kutipan jizyah diteruskan. KEEMPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTT
  5. 5. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB 1. PENGENALAN Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang membawa maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah karana tidak pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga sangat terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam. Berkaitan dengan cara pemilihannya pula, Saidina Ali dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris penggantinya. 2. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB Di antara sumbangan dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib dalam siri pemerintahannya ialah: 2.1. Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan Sumbangan terbesar saidina Ali bin Abi Talib kepada kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad. 2.2. Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan. 2.3. Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria.
  6. 6. Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria. 2.4. Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi. Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka. 3. KESIMPULAN Pada tahun 661M setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB 1. PENGENALAN Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. Beliau juga merupakan kanakkanak pertama yang memeluk Islam. Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang membawa maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah karana tidak pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga sangat terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam. 2. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
  7. 7. Di antara sumbangan dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib dalam siri pemerintahannya ialah: 2.1. Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan Sumbangan terbesar saidina Ali bin Abi Talib kepada kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga beliau dibunuh kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara. 2.2. Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan. 2.3. Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria. Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria. 2.4. Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi. Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka. 3. KESIMPULAN Pada tahun 661M setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki

×