3. Bantal kelajuan
Jalan ini terdapat selekoh tajam, namun
oleh kerana ruang yang terhad, di bahagian
lengkung jalan, jalan tersebut tidak dapat
dibesarkan, oleh itu, dicadangkan agar
diletakkan bantal kelajuan supaya
kenderaan tidak memecut laju di selekoh
kerana jalan ini juga merupakan jalan
utama.
4. Persimpangan ternaik
Ini merupakan simpang keluar dari sebuah
taman, dan jalan ini adalah jalan utama,
agak sukar untuk penduduk taman untuk
keluar kerana kenderaan memandu laju di
jalan ini. Oleh itu dicadangkan agar letakkan
persimpangan ternaik agar kenderaan
dapat memperlahankan kenderaan.
5. Bonggol
Ini merupakan jalan lurus panjang di
kawasan kampung, kenderaan suka
memecut laju oleh itu di cadangkan
meletakkan bonggol supaya kenderaan
mengawal kelajuan.
6. Ilusi Optik
Jalan ini merupakan jalan utama dan juga
berhadapan sekolah, kenderaan tidak peka
dengan lintasan pejalan kaki yang sedia ada,
maka dicadangkan menjadikan lintasan
pejalan kaki tersebut dalam bentuk ilusi
optik supaya pemandu lebih peka.