SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
1
No. Rujukan : MAMPU.100-1/9/1 (16)
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN
PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU
BILANGAN 6 TAHUN 2014
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN
PENULISAN MINIT MESYUARAT
TUJUAN
Arahan Pentadbiran ini bertujuan untuk memaklumkan panduan
pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat berdasarkan format
MAMPU.
LATARBELAKANG
2. Mesyuarat merupakan platform utama bagi membincangkan,
menyelaraskan, menyelesaikan seterusnya memutuskan sesuatu perkara
atau isu. Mesyuarat dikatakan berkesan apabila matlamat mesyuarat
tercapai mengikut tempoh yang ditetapkan. Perbincangan dan keputusan
mesyuarat perlu dicatat dan diedarkan kepada ahli mesyuarat agar
(2)
tindakan susulan dapat diambil dan dipantau. Minit mesyuarat yang
berkualiti perlulah berasaskan fakta, padat, tepat, dan jelas.
3. Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat ini
dikeluarkan sebagai garis panduan kepada warga MAMPU semasa
mengendalikan mesyuarat dengan baik dan penyediaan minit mesyuarat
yang berkualiti, mantap, dan seragam.
TANGGUNGJAWAB URUS SETIA MESYUARAT
4. Urus setia berperanan penting bagi menyelaraskan urusan
mesyuarat bermula dari sebelum, semasa, dan selepas sesuatu
mesyuarat itu diadakan. Antara tanggungjawab urus setia mesyuarat
adalah seperti yang berikut:
4.1 Tindakan Pramesyuarat
(i) Menentukan tarikh, masa, dan tempat mesyuarat;
(ii) Membuat tempahan bilik mesyuarat;
(iii) Menentukan agenda mesyuarat dengan persetujuan
pengerusi mesyuarat serta menyediakan Perutusan
Pengerusi mesyuarat. Agenda mesyuarat hendaklah
disusun dalam bentuk seperti yang berikut:
a) Perutusan Pengerusi,
b) Pengesahan Minit Mesyuarat,
c) Perkara-perkaraBerbangkit,
(3)
d) Pembentangan Kertas Kerja,
e) Hal-hal Lain; dan
f) Penutup;
(iv) Mewujudkan ‘Mesyuarat’ dalam sistem MyMesyuarat;
(v) Mengisi maklumat mesyuarat dalam sistem
MyMesyuarat seperti yang berikut:
a) Tajuk dan bilangan mesyuarat dijana oleh sistem,
b) Tarikh mesyuarat,
c) Tempat,
d) Wakil dibenarkan,
e) Agenda,
f) Fail-fail agenda,
g) Tarikh akhir pengesahan kehadiran; dan
h) Ahli (sekurang-kurangnya seorang pengerusi,
seorang urus setia,dan seorang ahli);
(vi) Menentukan kertas kerja yang akan dibawa untuk
perbincangan mesyuarat.
a) Urus setia hendaklah memastikan kertas kerja yang
disediakan oleh
kementerian/jabatan/agensi/bahagian untuk
pembentangan dalam mesyuarat diterima
sekurang-kurangnya 15 hari sebelum mesyuarat.
b) Urus setia juga dikehendaki memaklumi
kementerian/jabatan/agensi/bahagian yang
(4)
dipertanggungjawabkan dalam penyediaan kertas
kerja tentang perkara yang berikut:
 Bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan;
dan
 Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif
sekiranya kertas kerja melebihi 15 muka surat
(tidak termasuk lampiran);
(vii) Menghantar surat/e-mel jemputan mesyuarat.
a) Pihak urus setia hendaklah menentukan ahli
mesyuarat menerima surat/e-mel jemputan
mesyuarat dan dokumen-dokumen berkenaan
dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum
sesuatu mesyuarat itu diadakan.
b)Surat/e-mel jemputan mesyuarat sewajarnya
mengandungi maklumat asas seperti:
 tajuk mesyuarat,
 nama jawatankuasa,
 tarikh dan tempat mesyuarat,
 masa mula dan masa dijangka tamat,
 agenda mesyuarat; dan
 nama pengerusi.
c)Menghantar peringatan sehari sebelum mesyuarat
diadakan.
(5)
(viii) Memastikan persediaan kemudahan bilik
Mesyuarat seperti yangberikut:
a) Bilik mesyuarat dalam keadaan bersih dan kemas;
b) Tempat duduk yang mencukupi disediakan dan jika
perlu, menyediakan, dan menyusun nama
pengerusi dan ahli mesyuarat yang akan hadir;
c) Sistem audio disediakan, dan berfungsi;
d) Komputer, dan skrin disediakan, dan berfungsi (jika
perlu);
e) Menyusun kedudukan ahli mesyuarat mengikut
kekananan; dan
f) Meletakkan tanda nama (tagging)di atas meja
mesyuarat (jika perlu);
(ix) Menentukan kehadiran;
a) Urus setia dikehendaki berhubung dengan ahli
mesyuarat untuk menentukan senarai ahli
yangakan menghadiri mesyuarat. Senarai ini
hendaklah disediakan dalam tempoh sekurang-
kurangnya dua hari sebelum mesyuarat diadakan;
dan
(x) Mengadakan perbincangan pramesyuarat;
a) Urus setia perlu mengadakan perbincangan
denganpengerusi sebelum mesyuarat diadakan
untuk meneliti semua maklum balas yang diterima
(6)
dan mengenal pasti tindakan yang perlu untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
4.2 Tindakan Semasa Mesyuarat
(i) Menyemak kehadiran ahli mesyuarat sejurus sebelum
mesyuarat berlangsung;
(ii) Mengemas kini senarai kehadiran. Jika ada ahli yang
tidak hadir, masukkan nama wakil dan sebab ketidak
hadiran (jika ada); dan
(iii) Mencatat minit mesyuarat.
4.3 Tindakan Selepas Mesyuarat
a. Menyediakan draf minit mesyuarat mengikut format yang
ditetapkan dan mengemukakannya kepada pengerusi
mesyuarat untuk kelulusan dalam tempoh tiga hari bekerja
selepas mesyuarat diadakan;
b. Mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya tujuh hari
bekerja selepas mesyuarat;
c. Mengesan maklum balas pelaksanaan keputusan mesyuarat;
d. Menyediakan dan mengedarkan borang maklum balas; dan
e. Mendapatkan laporan maklum balas daripada pihak yang
bertanggungjawab.
(7)
STRUKTUR MINIT MESYUARAT
5. Pada asasnya, penulisan minit mesyuarat MAMPU perlu menepati
format teknikal minit mesyuarat seperti yang berikut:
a. Jenis Font – Arial;
b. Saiz Font – 14;
c. Jarak antara barisan – Langkau sebaris (Single Spacing); dan
d. Kedudukan teks – Justified.
6. Struktur minit mesyuarat perlulah berpandukan agenda dan urutan
mesyuarat seperti yang berikut:
I. Perutusan Pengerusi,
II. Pengesahan Minit Mesyuarat,
III. Perkara-perkara Berbangkit,
IV. Pembentangan Kertas Kerja/Kertas Cadangan untuk
mendapatkan keputusan,
V. Pembentangan Kertas Makluman,
VI. Hal-hal Lain, dan
VII. Penutup.
PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT
7. Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat, dan padat
sertalaras bahasanya bersifat formal dengan menggunakan perkataan, dan
ungkapan bahasa rasmi. Format minit mesyuarat berserta contoh
(8)
penggunaan bahasa rasmi dalam penulisan minit mesyuarat dinyatakan
seperti yang berikut:
I. PERUTUSAN PENGERUSI
(Ruangan ini mengandungi catatan tentang perkara penting
yang telah dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat)
1. Ucapan alu-aluan
YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan
mengucapkan salam kegemilangan, salam perpaduan
dan salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” serta mengucapkan terima kasih kepada ahli
mesyuarat yang hadir.
2. Ucapan penghargaan dan tahniah
YBhg. Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan
penghargaan/tahniah yang setinggi-tingginya kepada .....
3. Memaklumkan sesuatu perkara atau isu hasil
daripada mesyuarat lain
YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat
tentang keputusan mesyuarat .....yang dipengerusikan
oleh ....... pada ........ seterusnya memberikan peringatan
dan pandangan seperti yang berikut:
(9)
3.1 bahawa.......
4. Memaklumkan sesuatu perkara atau isu tertentu
YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat
tentang......... dan seterusnya memberikan pandangan
seperti yang berikut:
4.1 bahawa.......
5. Ulasan ahli mesyuarat terhadap Perutusan Pengerusi
boleh direkodkan seperti yang berikut:
5.1 Mesyuarat:
(a) mengambil maklum:
(i) akan keterangan bahawa ....
(ii) akan pandangan ......
(iii) bahawa ....
(iv) akan peringatan .....
(b) bersetuju:
(i) supaya .......
(10)
6. Catatan agensi yang perlu mengambil tindakan
terhadap keputusan mesyuarat boleh
dinyatakan/direkodkan seperti yang berikut:
Tindakan: Kementerian …
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
(Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas, iaitu sama ada
disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada
pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan
berkenaan)
7. Minit Mesyuarat tanpa pindaan boleh direkodkan
seperti yang berikut:
Minit Mesyuarat ...... Bilangan ... Tahun ....pada
.....disahkan tanpa pindaan.
8. Sekiranya terdapat pindaan kepada minit mesyuarat:
Minit mesyuarat yang diadakan pada ....... telah disahkan
dengan pindaan seperti yang berikut:
a) ..........................
(11)
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
(Ruangan ini mengandungi catatan tentang perkara yang
dibangkitkan dalam mesyuarat yang lepas).
Tajuk utama perkara berbangkit hendaklah dicatatkan. Untuk
memudahkan rujukan, muka surat, dan perenggan minit
mesyuarat lepas yang membincangkan perkara yang sama
hendaklah dicatatkan.
Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan
tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu
mengambil tindakan.
Ungkapan yang sering digunakan untuk melaporkan
perbincangan semasa mesyuarat. Antaranya termasuklah:
mengusulkan, membahaskan, dibahaskan
mencadangkan, membincangkan, dibincangkan
mengesyorkan, disyorkan
Contohnya:
Mesyuarat mengusulkan pihak terbabit meneliti semula tawaran
yang telah dikemukakan.
(12)
IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA
Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan
untuk dibincangkan. Perkara yang perlu direkodkan dalam
ruangan ini ialah:
a) tajuk kertas kerja;
b) pihak yang menyediakan kertas kerja;
c) tujuan utama kertas kerja disediakan;
d) isu-isu penting yang dibangkitkan dalam kertas kerja;
e) pandangan/komen ahli mesyuarat berkaitan dengan isu-
isu yang dibangkitkan dalam kertas kerja; dan
f) keputusan mesyuarat tentangisu yang dibangkitkan serta
tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
Contoh catatan minit mesyuarat bagi pembentangan kertas
kerja adalah seperti yang berikut:
1. Kertas Kerja daripada Bahagian Penyelidikan
Pengurusan, MAMPU bertajuk “Penubuhan
Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (JITU)”
(13)
Mesyuarat:
1.1 mengambil maklum bahawa:
a) Kertas kerja daripada Bahagian Penyelidikan
Pengurusan, MAMPU bertajuk “Penubuhan
Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (JITU)”;
b) Taklimat oleh YBhg. Datuk/Dato’/Encik/Puan (nama,
jawatan dan Bahagian) seperti nota taklimat yang
diedarkan adalah seperti yang berikut:
(i) bahawa ......
1.2 bersetuju:
a) supaya ....
Tindakan: Kementerian ....
V. KERTAS MAKLUMAN
Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas makluman dibentangkan
untuk dimaklumkan kepada ahli mesyuarat. Perkara yang perlu
direkodkan dalam ruangan ini ialah:
a) tajuk kertas makluman; dan
b) bahagian yang menyediakan kertas makluman.
(14)
Contoh catatan minit mesyuarat bagi pembentangan kertas
makluman adalah seperti yang berikut:
1.Kertas Makluman daripada Bahagian Dasar dan
Transformasi, MAMPU bertajuk “Kerangka Pelan
Transformasi Sektor Awam”
1.1 Mesyuarat:
a) akan Kertas Makluman daripada Bahagian Dasar
dan Transformasi, MAMPU bertajuk “Kerangka
Pelan Transformasi Sektor Awam”;
b) akan keterangan bahawa .....:
Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat
VI. HAL-HAL LAIN
(Ruangan ini merekodkan perkaralain yang dibincangkan dalam
mesyuarat, yang tidak termasuk dalam agenda mesyuarat).
(15)
Contoh pengekodan Hal-hal Lain adalah seperti yang berikut:
I. Pelaksanaan IKON MAMPU
1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan
bahawa ....... / mesyuarat mengambil maklum
bahawa……
VII. PENUTUP
Ruangan ini merekodkan perkara yang berikut:
a) Masa mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan.
b) Catatan tentang tarikh mesyuarat yang akan datang jika
tarikhnya telah ditentukan.
Contoh:
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Mesyuarat
Kajian Semula Pengurusan MAMPU Bilangan 2 Tahun 2014
akan diadakan pada ..
URUS SETIA
- Nama Bahagian/Jawatankuasa yang bertanggungjawab sebagai urus
setia mesyuarat.
TARIKH
- Tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
(16)
8. Contoh minit mesyuarat adalah seperti Lampiran A
(17)
LAMPIRAN A
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANAN MAMPU
Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2014
Tarikh : 9 Mei 2014 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
Aras 6, Blok B2, MAMPU,
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya.
Hadir
1. Ketua Pengarah MAMPU, - Pengerusi
(YBhg. Datuk Wira Omar bin Kaseh)
2. Timbalan Ketua Pengarah (ICT),
(YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri)
3. Timbalan Ketua Pengarah (TPP),
(YBrs Dr. Aizi Razman Ismail)
4. Advisori ICT (Teknikal),
(Encik Wan Mohd Rosdi Wan Dolah)
5. Advisori ICT (Strategis),
(YBrs. Dr. Mohamad Zainuddi Taib)
6. Advisori ICT (Pembangunan Sistem),
(YBrs. Dr. Azizah Abd. Manan)
7. Pengarah Bahagian Perancangan dan - Setiausaha
komunikasi korporat,
(Puan Chan Hong Jin)
(18)
Tidak Hadir dengan Maaf:
Pengarah Bahagian Dasar Transformasi
(YBrs. Dr. Zulkefli bin Ibrahim)
Turut Hadir:
Timbalan Pengarah Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT.
(YBrs. Dr. Yusminar Yunus)
Timbalan Pengarah Penyelidikan Pengurusan.
(Puan Azlin Lee Abdullah)
Urus Setia:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat,
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
Penolong Pengarah.
(Puan Norfariza Rosnan)
(19)
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-aluan
YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan
salam kegemilangan, salam perpaduan dan salam “1Malaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” serta mengucapkan
terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir.
Makluman
2. Ucapan Penghargaan kepada Ahli Mesyuarat yang telah
Bersara
YBhg. Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan
penghargaan yang setinggi-tingginya kepada YBrs. Dr. Azizah binti
Manan, bekas Ketua Perunding ICT yang telah bersara wajib pada
4 April 2014.
Makluman
3. Ucapan YAB Perdana Menteri semasa Sambutan Hari Pekerja
pada Khamis, 1 Mei 2014
YBhg. Pengerusi memohon perhatian tentang ucapan YAB Perdana
Menteri semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja pada Khamis, 1 Mei
2014. Tema sambutan Hari Pekerja ialah “Penjawat Awam: Tiang
(20)
Seri Negara” dan seterusnya beliau memaklumkan dan
memberikan pandangan serta cadangan seperti yang berikut:
(i) Bahawa YAB Perdana Menteri telah menyeru penjawat
awam agar melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran,
dan kebolehan tertentu yang bertunjangkan
limaprinsip/kriteria (attributes) tiang seri negara.
4. Mesyuarat bersetuju:
(i) dengan pandangan dan cadangan padaperenggan 1;
(ii) supaya Bahagian Khidmat Pengurusan merujuk
cadangan pada perenggan 1.
Tindakan: Bahagian Khidmat
Pengurusan
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM) Bilangan 9
Tahun 2014 pada 18 April 2014 disahkan.
Makluman
(21)
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5.Pelaporan Keputusan Perbincangan/Mesyuarat Luar
Mesyuarat mengambil maklum:
(i) Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU (Bil. 2 Tahun
2014) ini telah diedarkan kepada semua warga MAMPU
melalui e-mel pada 15 Mei 2014.
Makluman
6. Pelaksanaan Perakaunan Akrual
Mesyuarat mengambil maklum:
(i) Seminar Perakaunan Akrual akan diadakan secara
dalaman (in house training)pada 26 Jun 2014.
Penceramah ulasan adalah daripada Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.
Makluman
(22)
IV. PERBINCANGAN KERTAS KERJA
7. Kertas Bil. 18 Tahun 2014: Laporan Kemajuan Pembangunan
Intranet & AplikasiSokongan MAMPU
Mesyuarat:
7.1 mengambil maklum:
(a) akan taklimat oleh Encik Wan Mohd Rosdi Wan Dolah,
Ketua Perunding, Bahagian Advisori ICT (Teknikal)
tentang “Laporan Kemajuan Pembangunan Intranet
&Aplilkasi Sokongan MAMPU” seperti edaran nota
taklimat yang berikut:
(i) Bahawa kertas ini bertujuan untuk mendapatkan
persetujuan ahli mesyuarat berkenaan
Pembangunan Intranet dan Aplikasi Sokongan
MAMPU; dan
(ii) Bahawa Intranet MAMPU berfungsi sebagai Portal
Perkhidmatan bagi warga MAMPU (Employee
Portal) yang menyediakan perkhidmatan seperti
yangberikut:
I. Kemudahan capaian kepada aplikasi dalaman
MAMPU secara bersepadu;
II. Memudahkan perkongsian ilmu dan maklumat
antara warga MAMPU; dan
(23)
III. Berperanan sebagai saluran informasi pihak
pengurusan kepada warga MAMPU melalui
pembangunan saluran internet dan laman web
MAMPU.
7.2 bersetuju
(a) dengan cadangan pembangunan Intranet MAMPU seperti
pembentangan dan Intranet MAMPU dilancarkan semasa
Perhimpunan Bulanan MAMPU bulan Jun 2014.
Tindakan: Bahagian Advisori ICT
(Pembangunan Sistem)
V. KERTAS MAKLUMAN
8. Kertas Bil. 14 Tahun 2014: Status Penyediaan Pelan Strategik
MAMPU 2014-2020
Mesyuarat mengambil maklum:
(a) sijil pelantikan ahli jawatankuasa kerja dan fasilitator (SME)
telah ditandatangani dan akan diedarkan semasa Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Penyediaan Pelan Strategik MAMPU Bil.
2/2014 yang dijadualkan pada 9 Mei 2014; dan
(b) Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Siri I akan diadakan pada
20-21 Mei 2014.
Perhatian: Bahagian Perancangan dan
Komunikasi Korporat
(24)
VI. HAL-HAL LAIN
9. Lanjutan Tarikh Pencalonan Anugerah Inovasi CAPAM
Mesyuarat:
(i) mengambil maklum:
(a) akan pandangan agar tarikh tutup pencalonan Anugerah
Inovasi CAPAM dilanjutkan sehingga 11 Jun 2014.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Perancangan dan
Komunikasi Korporat perlu mengeluarkan surat
makluman kepada semua kementerian/ jabatan/ agensi
berhubung dengan perkara tersebut.
Tindakan: Bahagian Perancangan dan
Komunikasi Korporat
VII. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
Makluman
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat,
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan PengurusanMalaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya.
12 Mei 2014
(25)
PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA
8. Arahan Pentadbiran ini berkuat kuasa mulai tarikh arahan ini
dikeluarkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK WIRA OMAR BIN KASEH)
Ketua Pengarah MAMPU
14 Oktober 2014

More Related Content

Similar to Panduan Pengurusan Mesyuarat1.pdf

Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratHazwani Hashim
 
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Abdul Muhaimin
 
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuaratMuhamad Samsudin
 
1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat66ong
 
Mengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan MesyuaratMengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan Mesyuaratfyeda
 
Penulisan minit mesyuarat
Penulisan minit mesyuaratPenulisan minit mesyuarat
Penulisan minit mesyuaratiyatieku ayune
 
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)alizaridwan
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoYusoff Amri
 
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARATKERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARATalizaridwan
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiAminah Awang Basar
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1Muhamad Samsudin
 

Similar to Panduan Pengurusan Mesyuarat1.pdf (20)

Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
 
Minitmesyuarat
MinitmesyuaratMinitmesyuarat
Minitmesyuarat
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
 
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
 
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
 
1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat
 
Mengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan MesyuaratMengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan Mesyuarat
 
Penulisan minit mesyuarat
Penulisan minit mesyuaratPenulisan minit mesyuarat
Penulisan minit mesyuarat
 
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)
BKP 304 - MESYUARAT ( MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT)
 
Nota Minit mesyuarat
Nota Minit mesyuaratNota Minit mesyuarat
Nota Minit mesyuarat
 
Format minit mesy (1)
Format minit mesy (1)Format minit mesy (1)
Format minit mesy (1)
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
 
Bpp 304 mesyuarat
Bpp 304 mesyuaratBpp 304 mesyuarat
Bpp 304 mesyuarat
 
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuaratTajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
 
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARATKERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
 
Pengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmiPengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmi
 
1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Recently uploaded (14)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Panduan Pengurusan Mesyuarat1.pdf

  • 1. 1 No. Rujukan : MAMPU.100-1/9/1 (16) UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT TUJUAN Arahan Pentadbiran ini bertujuan untuk memaklumkan panduan pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat berdasarkan format MAMPU. LATARBELAKANG 2. Mesyuarat merupakan platform utama bagi membincangkan, menyelaraskan, menyelesaikan seterusnya memutuskan sesuatu perkara atau isu. Mesyuarat dikatakan berkesan apabila matlamat mesyuarat tercapai mengikut tempoh yang ditetapkan. Perbincangan dan keputusan mesyuarat perlu dicatat dan diedarkan kepada ahli mesyuarat agar
  • 2. (2) tindakan susulan dapat diambil dan dipantau. Minit mesyuarat yang berkualiti perlulah berasaskan fakta, padat, tepat, dan jelas. 3. Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat ini dikeluarkan sebagai garis panduan kepada warga MAMPU semasa mengendalikan mesyuarat dengan baik dan penyediaan minit mesyuarat yang berkualiti, mantap, dan seragam. TANGGUNGJAWAB URUS SETIA MESYUARAT 4. Urus setia berperanan penting bagi menyelaraskan urusan mesyuarat bermula dari sebelum, semasa, dan selepas sesuatu mesyuarat itu diadakan. Antara tanggungjawab urus setia mesyuarat adalah seperti yang berikut: 4.1 Tindakan Pramesyuarat (i) Menentukan tarikh, masa, dan tempat mesyuarat; (ii) Membuat tempahan bilik mesyuarat; (iii) Menentukan agenda mesyuarat dengan persetujuan pengerusi mesyuarat serta menyediakan Perutusan Pengerusi mesyuarat. Agenda mesyuarat hendaklah disusun dalam bentuk seperti yang berikut: a) Perutusan Pengerusi, b) Pengesahan Minit Mesyuarat, c) Perkara-perkaraBerbangkit,
  • 3. (3) d) Pembentangan Kertas Kerja, e) Hal-hal Lain; dan f) Penutup; (iv) Mewujudkan ‘Mesyuarat’ dalam sistem MyMesyuarat; (v) Mengisi maklumat mesyuarat dalam sistem MyMesyuarat seperti yang berikut: a) Tajuk dan bilangan mesyuarat dijana oleh sistem, b) Tarikh mesyuarat, c) Tempat, d) Wakil dibenarkan, e) Agenda, f) Fail-fail agenda, g) Tarikh akhir pengesahan kehadiran; dan h) Ahli (sekurang-kurangnya seorang pengerusi, seorang urus setia,dan seorang ahli); (vi) Menentukan kertas kerja yang akan dibawa untuk perbincangan mesyuarat. a) Urus setia hendaklah memastikan kertas kerja yang disediakan oleh kementerian/jabatan/agensi/bahagian untuk pembentangan dalam mesyuarat diterima sekurang-kurangnya 15 hari sebelum mesyuarat. b) Urus setia juga dikehendaki memaklumi kementerian/jabatan/agensi/bahagian yang
  • 4. (4) dipertanggungjawabkan dalam penyediaan kertas kerja tentang perkara yang berikut:  Bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan; dan  Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif sekiranya kertas kerja melebihi 15 muka surat (tidak termasuk lampiran); (vii) Menghantar surat/e-mel jemputan mesyuarat. a) Pihak urus setia hendaklah menentukan ahli mesyuarat menerima surat/e-mel jemputan mesyuarat dan dokumen-dokumen berkenaan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuatu mesyuarat itu diadakan. b)Surat/e-mel jemputan mesyuarat sewajarnya mengandungi maklumat asas seperti:  tajuk mesyuarat,  nama jawatankuasa,  tarikh dan tempat mesyuarat,  masa mula dan masa dijangka tamat,  agenda mesyuarat; dan  nama pengerusi. c)Menghantar peringatan sehari sebelum mesyuarat diadakan.
  • 5. (5) (viii) Memastikan persediaan kemudahan bilik Mesyuarat seperti yangberikut: a) Bilik mesyuarat dalam keadaan bersih dan kemas; b) Tempat duduk yang mencukupi disediakan dan jika perlu, menyediakan, dan menyusun nama pengerusi dan ahli mesyuarat yang akan hadir; c) Sistem audio disediakan, dan berfungsi; d) Komputer, dan skrin disediakan, dan berfungsi (jika perlu); e) Menyusun kedudukan ahli mesyuarat mengikut kekananan; dan f) Meletakkan tanda nama (tagging)di atas meja mesyuarat (jika perlu); (ix) Menentukan kehadiran; a) Urus setia dikehendaki berhubung dengan ahli mesyuarat untuk menentukan senarai ahli yangakan menghadiri mesyuarat. Senarai ini hendaklah disediakan dalam tempoh sekurang- kurangnya dua hari sebelum mesyuarat diadakan; dan (x) Mengadakan perbincangan pramesyuarat; a) Urus setia perlu mengadakan perbincangan denganpengerusi sebelum mesyuarat diadakan untuk meneliti semua maklum balas yang diterima
  • 6. (6) dan mengenal pasti tindakan yang perlu untuk menyelesaikan masalah yang timbul. 4.2 Tindakan Semasa Mesyuarat (i) Menyemak kehadiran ahli mesyuarat sejurus sebelum mesyuarat berlangsung; (ii) Mengemas kini senarai kehadiran. Jika ada ahli yang tidak hadir, masukkan nama wakil dan sebab ketidak hadiran (jika ada); dan (iii) Mencatat minit mesyuarat. 4.3 Tindakan Selepas Mesyuarat a. Menyediakan draf minit mesyuarat mengikut format yang ditetapkan dan mengemukakannya kepada pengerusi mesyuarat untuk kelulusan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas mesyuarat diadakan; b. Mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya tujuh hari bekerja selepas mesyuarat; c. Mengesan maklum balas pelaksanaan keputusan mesyuarat; d. Menyediakan dan mengedarkan borang maklum balas; dan e. Mendapatkan laporan maklum balas daripada pihak yang bertanggungjawab.
  • 7. (7) STRUKTUR MINIT MESYUARAT 5. Pada asasnya, penulisan minit mesyuarat MAMPU perlu menepati format teknikal minit mesyuarat seperti yang berikut: a. Jenis Font – Arial; b. Saiz Font – 14; c. Jarak antara barisan – Langkau sebaris (Single Spacing); dan d. Kedudukan teks – Justified. 6. Struktur minit mesyuarat perlulah berpandukan agenda dan urutan mesyuarat seperti yang berikut: I. Perutusan Pengerusi, II. Pengesahan Minit Mesyuarat, III. Perkara-perkara Berbangkit, IV. Pembentangan Kertas Kerja/Kertas Cadangan untuk mendapatkan keputusan, V. Pembentangan Kertas Makluman, VI. Hal-hal Lain, dan VII. Penutup. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT 7. Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat, dan padat sertalaras bahasanya bersifat formal dengan menggunakan perkataan, dan ungkapan bahasa rasmi. Format minit mesyuarat berserta contoh
  • 8. (8) penggunaan bahasa rasmi dalam penulisan minit mesyuarat dinyatakan seperti yang berikut: I. PERUTUSAN PENGERUSI (Ruangan ini mengandungi catatan tentang perkara penting yang telah dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat) 1. Ucapan alu-aluan YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kegemilangan, salam perpaduan dan salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir. 2. Ucapan penghargaan dan tahniah YBhg. Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan penghargaan/tahniah yang setinggi-tingginya kepada ..... 3. Memaklumkan sesuatu perkara atau isu hasil daripada mesyuarat lain YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang keputusan mesyuarat .....yang dipengerusikan oleh ....... pada ........ seterusnya memberikan peringatan dan pandangan seperti yang berikut:
  • 9. (9) 3.1 bahawa....... 4. Memaklumkan sesuatu perkara atau isu tertentu YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang......... dan seterusnya memberikan pandangan seperti yang berikut: 4.1 bahawa....... 5. Ulasan ahli mesyuarat terhadap Perutusan Pengerusi boleh direkodkan seperti yang berikut: 5.1 Mesyuarat: (a) mengambil maklum: (i) akan keterangan bahawa .... (ii) akan pandangan ...... (iii) bahawa .... (iv) akan peringatan ..... (b) bersetuju: (i) supaya .......
  • 10. (10) 6. Catatan agensi yang perlu mengambil tindakan terhadap keputusan mesyuarat boleh dinyatakan/direkodkan seperti yang berikut: Tindakan: Kementerian … II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT (Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas, iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan) 7. Minit Mesyuarat tanpa pindaan boleh direkodkan seperti yang berikut: Minit Mesyuarat ...... Bilangan ... Tahun ....pada .....disahkan tanpa pindaan. 8. Sekiranya terdapat pindaan kepada minit mesyuarat: Minit mesyuarat yang diadakan pada ....... telah disahkan dengan pindaan seperti yang berikut: a) ..........................
  • 11. (11) III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (Ruangan ini mengandungi catatan tentang perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat yang lepas). Tajuk utama perkara berbangkit hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan, muka surat, dan perenggan minit mesyuarat lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan. Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan. Ungkapan yang sering digunakan untuk melaporkan perbincangan semasa mesyuarat. Antaranya termasuklah: mengusulkan, membahaskan, dibahaskan mencadangkan, membincangkan, dibincangkan mengesyorkan, disyorkan Contohnya: Mesyuarat mengusulkan pihak terbabit meneliti semula tawaran yang telah dikemukakan.
  • 12. (12) IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk dibincangkan. Perkara yang perlu direkodkan dalam ruangan ini ialah: a) tajuk kertas kerja; b) pihak yang menyediakan kertas kerja; c) tujuan utama kertas kerja disediakan; d) isu-isu penting yang dibangkitkan dalam kertas kerja; e) pandangan/komen ahli mesyuarat berkaitan dengan isu- isu yang dibangkitkan dalam kertas kerja; dan f) keputusan mesyuarat tentangisu yang dibangkitkan serta tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya. Contoh catatan minit mesyuarat bagi pembentangan kertas kerja adalah seperti yang berikut: 1. Kertas Kerja daripada Bahagian Penyelidikan Pengurusan, MAMPU bertajuk “Penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (JITU)”
  • 13. (13) Mesyuarat: 1.1 mengambil maklum bahawa: a) Kertas kerja daripada Bahagian Penyelidikan Pengurusan, MAMPU bertajuk “Penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (JITU)”; b) Taklimat oleh YBhg. Datuk/Dato’/Encik/Puan (nama, jawatan dan Bahagian) seperti nota taklimat yang diedarkan adalah seperti yang berikut: (i) bahawa ...... 1.2 bersetuju: a) supaya .... Tindakan: Kementerian .... V. KERTAS MAKLUMAN Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas makluman dibentangkan untuk dimaklumkan kepada ahli mesyuarat. Perkara yang perlu direkodkan dalam ruangan ini ialah: a) tajuk kertas makluman; dan b) bahagian yang menyediakan kertas makluman.
  • 14. (14) Contoh catatan minit mesyuarat bagi pembentangan kertas makluman adalah seperti yang berikut: 1.Kertas Makluman daripada Bahagian Dasar dan Transformasi, MAMPU bertajuk “Kerangka Pelan Transformasi Sektor Awam” 1.1 Mesyuarat: a) akan Kertas Makluman daripada Bahagian Dasar dan Transformasi, MAMPU bertajuk “Kerangka Pelan Transformasi Sektor Awam”; b) akan keterangan bahawa .....: Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat VI. HAL-HAL LAIN (Ruangan ini merekodkan perkaralain yang dibincangkan dalam mesyuarat, yang tidak termasuk dalam agenda mesyuarat).
  • 15. (15) Contoh pengekodan Hal-hal Lain adalah seperti yang berikut: I. Pelaksanaan IKON MAMPU 1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa ....... / mesyuarat mengambil maklum bahawa…… VII. PENUTUP Ruangan ini merekodkan perkara yang berikut: a) Masa mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan. b) Catatan tentang tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan. Contoh: Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MAMPU Bilangan 2 Tahun 2014 akan diadakan pada .. URUS SETIA - Nama Bahagian/Jawatankuasa yang bertanggungjawab sebagai urus setia mesyuarat. TARIKH - Tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
  • 16. (16) 8. Contoh minit mesyuarat adalah seperti Lampiran A
  • 17. (17) LAMPIRAN A MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANAN MAMPU Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2014 Tarikh : 9 Mei 2014 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok B2, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Hadir 1. Ketua Pengarah MAMPU, - Pengerusi (YBhg. Datuk Wira Omar bin Kaseh) 2. Timbalan Ketua Pengarah (ICT), (YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri) 3. Timbalan Ketua Pengarah (TPP), (YBrs Dr. Aizi Razman Ismail) 4. Advisori ICT (Teknikal), (Encik Wan Mohd Rosdi Wan Dolah) 5. Advisori ICT (Strategis), (YBrs. Dr. Mohamad Zainuddi Taib) 6. Advisori ICT (Pembangunan Sistem), (YBrs. Dr. Azizah Abd. Manan) 7. Pengarah Bahagian Perancangan dan - Setiausaha komunikasi korporat, (Puan Chan Hong Jin)
  • 18. (18) Tidak Hadir dengan Maaf: Pengarah Bahagian Dasar Transformasi (YBrs. Dr. Zulkefli bin Ibrahim) Turut Hadir: Timbalan Pengarah Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT. (YBrs. Dr. Yusminar Yunus) Timbalan Pengarah Penyelidikan Pengurusan. (Puan Azlin Lee Abdullah) Urus Setia: Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Penolong Pengarah. (Puan Norfariza Rosnan)
  • 19. (19) I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Kata Alu-aluan YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kegemilangan, salam perpaduan dan salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir. Makluman 2. Ucapan Penghargaan kepada Ahli Mesyuarat yang telah Bersara YBhg. Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada YBrs. Dr. Azizah binti Manan, bekas Ketua Perunding ICT yang telah bersara wajib pada 4 April 2014. Makluman 3. Ucapan YAB Perdana Menteri semasa Sambutan Hari Pekerja pada Khamis, 1 Mei 2014 YBhg. Pengerusi memohon perhatian tentang ucapan YAB Perdana Menteri semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja pada Khamis, 1 Mei 2014. Tema sambutan Hari Pekerja ialah “Penjawat Awam: Tiang
  • 20. (20) Seri Negara” dan seterusnya beliau memaklumkan dan memberikan pandangan serta cadangan seperti yang berikut: (i) Bahawa YAB Perdana Menteri telah menyeru penjawat awam agar melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, dan kebolehan tertentu yang bertunjangkan limaprinsip/kriteria (attributes) tiang seri negara. 4. Mesyuarat bersetuju: (i) dengan pandangan dan cadangan padaperenggan 1; (ii) supaya Bahagian Khidmat Pengurusan merujuk cadangan pada perenggan 1. Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM) Bilangan 9 Tahun 2014 pada 18 April 2014 disahkan. Makluman
  • 21. (21) III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.Pelaporan Keputusan Perbincangan/Mesyuarat Luar Mesyuarat mengambil maklum: (i) Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU (Bil. 2 Tahun 2014) ini telah diedarkan kepada semua warga MAMPU melalui e-mel pada 15 Mei 2014. Makluman 6. Pelaksanaan Perakaunan Akrual Mesyuarat mengambil maklum: (i) Seminar Perakaunan Akrual akan diadakan secara dalaman (in house training)pada 26 Jun 2014. Penceramah ulasan adalah daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Makluman
  • 22. (22) IV. PERBINCANGAN KERTAS KERJA 7. Kertas Bil. 18 Tahun 2014: Laporan Kemajuan Pembangunan Intranet & AplikasiSokongan MAMPU Mesyuarat: 7.1 mengambil maklum: (a) akan taklimat oleh Encik Wan Mohd Rosdi Wan Dolah, Ketua Perunding, Bahagian Advisori ICT (Teknikal) tentang “Laporan Kemajuan Pembangunan Intranet &Aplilkasi Sokongan MAMPU” seperti edaran nota taklimat yang berikut: (i) Bahawa kertas ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan ahli mesyuarat berkenaan Pembangunan Intranet dan Aplikasi Sokongan MAMPU; dan (ii) Bahawa Intranet MAMPU berfungsi sebagai Portal Perkhidmatan bagi warga MAMPU (Employee Portal) yang menyediakan perkhidmatan seperti yangberikut: I. Kemudahan capaian kepada aplikasi dalaman MAMPU secara bersepadu; II. Memudahkan perkongsian ilmu dan maklumat antara warga MAMPU; dan
  • 23. (23) III. Berperanan sebagai saluran informasi pihak pengurusan kepada warga MAMPU melalui pembangunan saluran internet dan laman web MAMPU. 7.2 bersetuju (a) dengan cadangan pembangunan Intranet MAMPU seperti pembentangan dan Intranet MAMPU dilancarkan semasa Perhimpunan Bulanan MAMPU bulan Jun 2014. Tindakan: Bahagian Advisori ICT (Pembangunan Sistem) V. KERTAS MAKLUMAN 8. Kertas Bil. 14 Tahun 2014: Status Penyediaan Pelan Strategik MAMPU 2014-2020 Mesyuarat mengambil maklum: (a) sijil pelantikan ahli jawatankuasa kerja dan fasilitator (SME) telah ditandatangani dan akan diedarkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyediaan Pelan Strategik MAMPU Bil. 2/2014 yang dijadualkan pada 9 Mei 2014; dan (b) Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Siri I akan diadakan pada 20-21 Mei 2014. Perhatian: Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
  • 24. (24) VI. HAL-HAL LAIN 9. Lanjutan Tarikh Pencalonan Anugerah Inovasi CAPAM Mesyuarat: (i) mengambil maklum: (a) akan pandangan agar tarikh tutup pencalonan Anugerah Inovasi CAPAM dilanjutkan sehingga 11 Jun 2014. Sehubungan dengan itu, Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat perlu mengeluarkan surat makluman kepada semua kementerian/ jabatan/ agensi berhubung dengan perkara tersebut. Tindakan: Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat VII. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Makluman Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan PengurusanMalaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya. 12 Mei 2014
  • 25. (25) PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 8. Arahan Pentadbiran ini berkuat kuasa mulai tarikh arahan ini dikeluarkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATUK WIRA OMAR BIN KASEH) Ketua Pengarah MAMPU 14 Oktober 2014