3. Huraian : Penggunaan kata ganda ialah
perulangan kata sama ada secara penuh,
berirama, berubah ataupun separa.
Contoh : Tenang-tenang air di laut
4. Huraian : Anafora ialah pengulangan diksi
pada awal baris ayat.
Contoh : Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
5. Huraian : Unsur terdiri daripada simpulan
bahasa, pepatah, perumpamaan, bidalan dan
sebagainya.
Contoh : Bagai cincin dengan permata
6. Huraian : Inversi ialah penggunaan kata ayat
songsang.
Contoh : Jatuh daunnya ke dalam ruang;
7. Huraian : Singkatan sesuatu kata seperti ku,
kau, mu, tu dan sebagainya.
Contoh : Budi yang baik rasa nak junjung.
8. Huraian : Unsur yang menunjukkan tentang
alam sekitar.
Contoh : air, laut, tanjung, bunga melati, bunga
seroja, kali, bunga cina, batu, daun, anak
beruk, pantai, kayu, padang dan sebagainya.
9. Huraian : Unsur ini melambangkan perorangan
atau memberikan sifat manusia kepada benda
lain atau unsur alam. Unsur ini menjurus
kepada suatu perlambangan benda yang tidak
bernyawa sebagai sifat-sifat manusia.
Contoh : Bijak bertemu dengan jauhari
10. Huraian : Penggunaan unsur repetisi, iaitu
ulangan ayat.
Contoh : Padang temu padang baiduri,
11. Huraian : Responsi ialah pengulangan diksi
pada awal baris ayat.
Contoh : Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.