Al-Qurb bermakna kedekatan, yang dicapai melalui ketaatan dan disiplin waktu dalam ibadah. Al-Bu'd bermakna kejauhan, yang timbul dari pelanggaran dan ketidaktaatan kepada Allah. Hamba yang ingin dekat dengan Allah perlu taat kepada perintah-Nya, manakala hamba yang jauh akan menentang perintah-Nya. Ketaatan membolehkan hamba menikmati kedekatan dengan Penciptanya.
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
AL QURB DAN AL BU'D
1.
2. Maksud al-Qurb ialah dekat. Maksudnya dekat
seorang hamba dalam taatnya dan disiplin
waktu melalui ibadat-ibadatnya.
DEFINISI AL QURB (DEKAT)
3. Maksud al-Bu’d ialah jauh. Yang bermaksud
pengotoran diri dengan menentang dan
menghampakan diri terhadap taat kepada Allah
SWT dan jauh daripada Allah SWT.
DEFINISI AL BU'D (JAUH)
4. AL QURB
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:
1. AL QURB NAWAFIL
2. AL QURB FARAID
AL QURB NAWAFIL : BERMAKSUD HILANGNYA
SIFAT KEMANUSIAAN DAN TERBIT SIFAT ALLAH
SWT DALAM DIRI MANUSIA ITU.
AL QURB FARAID : BERMAKSUD HILANG SECARA
KESELURUHAN TERHADAP MAKHLUK SEKELILING
DAN DIRINYA SENDIRI DAN MENGANGGAP SEMUANYA
MUSNAH KECUALI ALLAH SWT.
AL BU'D
TIDAK DIJUMPAI PEMBAHAGIAN
PEMBAHAGIAN AL QURB (DEKAT) DAN AL BU'D (JAUH)
5. Dalam pembahasannya tentang kedekatan dan
kejauhan al-Qusyairi mengabungkan pelbagai sudut
pandangan yang cukup rumit. Ia memulakan
pembahasannya dengan mengungkapkan beberapa
definisi kemudian mengumpulkan hadis tentang
ibadah sunat.
AL QURB (DEKAT) DAN AL BU'D (JAUH)
MENURUT AL QUSYAIRI
6. Dalam hadis itu Tuhan berbicara tentang hamba-
hambaNya yang melalui pengamalan ibadah wajib dan
sunat. Yang mana menunjukkan hamba akan semakin
dekat dengan Tuhannya. Tuhan berkata, “Aku menjadi
pendengaran yang dengannya ia melihat”. Hadis tentang
ibadah sunat itu menjadi dasar bagi keseluruhan yang
berbicara tentang tentang hubungan antara kesedaran
diri (yang terjadi dalam kedekatan yang sangat dekat)
hingga hilangnya kesedaran (terjadi dalam kedekatan
yang lebih dekat dengan penyatuan)
7. Tingkatan pertama dalam keadaan taqarrub atau al-
qurb (kedekatan) akan muncul ketika seorang
hamba sentiasa menanti setiap kehendak Tuhannya.
Yang bermaksud ia sentiasa tetap dalam ketaatan di
setiap waktu melalui seluruh ibadah kepada Nya.
KEADAAN DALAM BERTAQARRUB
8. Keadaan al-bu'd (kejauhan) adalah ketika seorang
hamba menentang dan tidak mahu bersikap taat
terhadap seluruh perintah Allah
Tingkatan pertama al-bu'd adalah jauh dari taufiq,
kemudian jauh dari kenyataan (tahqiq). Bahkan
sesungguhnya jauh dari taufiq adalah juga beerti
jauh dari tahqiq.
KEADAAN DALAM AL BU'D (JAUH)
9. "Para hamba sentiasa bertaqarrub kepada Ku, dengan
melaksanakan semua aturan yang Aku wajibkan kepada
mereka. Dan seorang hamba sentiasa bertaqarrub
kepada Ku melalui ibadah-ibadah sunat, sehingga ia
mencintaiKu dan Aku mencintainya. Apabila aku telah
mencintainya, maka Aku menjadi pendengaran dan
penglihatan baginya. Maka dengan Ku ia melihat, dan
dengan Ku ia mendengar. "
DALAM SEBUAH HADIS QUDSI DIJELASKAN:
10. Kedekatan Allah Maha berkuasa kepada hamba-
hamba Nya terbuka untuk semua orang melalui
makrifat dan kekuasaan yang Dia anugerahkan
kepada para Mukmin melalu rahmat Nya serta
kepada para wali Allah yang terpilih.
11. Kedekatan hamba kepada Tuhannya, mula-mula
dicapai melalui iman dan pembenarannya. Dan
kemudiaan melalui kedekatan ihsan dan seluruh
ketaatannya. Sedangkan kedekatan al-Haq kepada
hambaNya terjadi melalui maknifat yang dilimpahkan
kepadanya di dunia. Dan kelak di akhirat, ia akan
dimuliakan dengan kesempatan untuk menyaksikan
Nya secara nyata.
12. Abu Husain an Nuri melihat seorang murid Abu
Hamzah. Ia berkata kepadanya. "Engkau adalah
seorang murid Abu Hamzah yang pernah memberikan
nasihat tentang kedekatan. Kalau kau bertemu
dengan beliau sampaikan bahawa Abu al- Hussain al
Nuri mengirimkan salam dan mengatakan. " Dekatnya
kedekatan adalah seperti yang kita alami kini, yakni
jauhnya jarak yang jauh. "
13. Jika yang dimaksud dengan kedekatan adalah dekat
dengan zat, maka Allah Maha Mengetahui, terbebas
dari hal itu. Dia berada melampaui segala batas,
wilayah, pangkal, tujuan, serta ukuran.
Allah tidak bersentuhan dengan makhluk, begitu juga
tidak terpisah dengan sesuatu yang Dia liputi. Dia
adalah pemilik sifat keagungan shamadiyah yang
terlampau lembut untuk pertemuan dan perpisahan.
14. Al-Qurb adalah dekat. Yang bermaksud dekatnya hamba
dalam taatnya dan disiplin waktu melalui ibadat-ibadatnya.
Hamba yang ingin sentiasa dekat dengan Allah maka di akan
sentiasa patuh dan taat kepada setiap perintah Penciptanya.
Manakala maksud al-Bu’d ialah jauh. Yang bermaksud
pengotoran diri dengan menentang dan menghampakan diri
terhadap taat kepada Allah S.W.T. Hamba yang jauh dengan
Allah akan sentiasa berada dalam kegelapan dan menentang
kepada setiap perintah Allah dan tidak patuh dan taat kepada
setiap suruhan dan perintah Penciptanya.
KESIMPULAN