Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
Autisme n pgunaan komputer
1. d) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’
dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep
yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek
yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran
konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan
bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan
ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak.
Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran
membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones,
Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).