1. Laporan pembentangan Pedagogi Pendidikan
Pada hari selasa 3 Disember 2019 merupakan tarikh pembentangan kedua bagi subjek yang
diajar oleh Dr. Maskiah Masrom. Tugasan yang diberikan oleh Dr. Maskiah pada kali ini
amat berbeza kerana kami telah ditugasanksn untuk mencari akhbar yang berkaitan
berkenaan dengan guru dan pelajar.
Bagai layang – layang putus tali, saya rasa resah gelisah sebelum pembentangan kerana
merisaukan bahan saya akan sama dengan kumpulan lain. Semasa pembentangan, saya
mendapat banyak pengetahuan baru mengenai penyelesaian yang patut dilakukan oleh pelajar
apabila menjadi mangsa seksual gurunya sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana isu yang
jenayah seksual yang dilakukan oleh guru semakin bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini
sangat membimbangkan masyarakat.
Sebagai guru, kita perlulah mempunyai 4 elemen yang telah digariskan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam menjalankan tugas
sebagai guru.